• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Prakata

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita masih lagi dapat merasai nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Selawat serta salam diucapkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda serta para tabi’in yang telah berjihad mentauhidkan kalimahNya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norizatini bt Norali, pensyarah subjek FLKP 2003 yang mana telah memberikan saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam mempelajari subjek ini. Tidak dilupakan juga, jasa kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong serta bantuan dari rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea dan buah fikiran bernas dalam proses pembikinan tugasan ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan untuk puan kerana telah memberikan kami mahasiswa-mahasiswi pengajian asasi semester kedua, kepercayaan untuk melaksanakan sebuah tugasan yang bertajuk “Kepentingan Akta Gangguan Seksual Kepada Masyarakat Malaysia Umumnya Dan Di Tempat Kerja Khususnya”.

Dalam tugasan ini, saya akan membentangkan serba sedikit mengenai definisi gangguan seksual serta jenis-jenis gangguan seksual. Saya juga akan menghuraikan beberapa kepentingan serta kesan negatif penubuhan akta gangguan seksual di Malaysia. Pada penghujung tugasan ini, saya akan merumuskan kesimpulan berdasarkan fahaman saya sendiri mengenai topik ini.

(2)

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh buah fikiran manusia kerana ia adalah tingkah laku berunsur lucah yang mana tidak diminta, tidak diundang serta tidak ditawarkan oleh mana-mana individu yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak.

Gangguan seksual merupakan perlakuan tidak bermoral yang seharusnya kita semua elakkan kerana ia meliputi gangguan yang tidak masuk akal yang hanya membelenggu fikiran seseorang individu yang terlibat, bukan sahaja secara fizikal malahan mental seseorang akan turut terjejas. Salah laku ini akan memberikan impak yang besar terhadap diri mangsa, keluarga, agama, bangsa dan juga negara.

Secara umumnya, gangguan seksual boleh dikategorikan kepada lima

bahagian iaitu gangguan seksual secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

1. Gangguan Seksual Melalui Lisan

Menuturkan teguran yang menyebabkan rangsangan di luar jangkauan seseorang, mengutarakan komentar berbaur seksual secara sengaja, mengucapkan kata-kata jenaka dan usikan-usikan bertujuan meluahkan keinginan seks, mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya serta menyoal seseorang mengenai perkara-perkara yang berunsur lucah serta tidak menyelesakan.

2. Gangguan Seksual Melalui Isyarat

(3)

3. Gangguan Seksual Melalui Visual

Menayangkan mangsa material-material berunsurkan pornografi, melukis serta melakar karikartur yang tidak elok, menghantar surat, e-mail, sistem pesanan ringkas (sms) dan sistem pesanan bergambar (mms) lucah serta mempamerkan subjek berunsurkan seksual.

4. Gangguan Seksual Melalui Psikologi

Mengadakan undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak seseorang dan mengadakan temujanji atau ajakan untuk melakukan intimasi secara fizikal.

5. Gangguan Seksual Melalui Fizikal

Perlakuan menyentuh, menepuk, mencubit, mengurut, mengusap, meraba, menggesel anggota badan dengan segaja, memeluk dengan niat, menghidu, mencium dan sebagainya.

Mangsa yang telah mengalami gangguan seksual akan cenderung dalam melakukan tindakan yang boleh merugikan diri mereka. Selain meninggalkan kesan terhadap diri mangsa itu sendiri, mangsa salah laku seksual juga akan menyumbangkan implikasi tidak baik terhadap individu lain mahupun sesebuah organisasi.

Walaupun pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh pihak tertentu sama ada badan-badan kerajaan mahupun pertubuhan swasta bagi membendung gejala ini dari terus berleluasa, isu gangguan seksual masih acapkali dipersoalkan dan ia berterusan menular dalam kalangan masyarakat.

(4)

Kesalahan dan jenayah salah laku seksual merupakan perbuatan yang berat dan tidak boleh dipandang ringan. Oleh yang demikian, akta khusus berkaitan gangguan seksual wajar dipinda serta digubal dengan kadar yang segera.

Kebanyakan negara-negara maju dunia sudah lama menubuhkankan serta menguatkuasakan akta gangguan seksual di negara mereka sendiri yang mana dengan adanya akta ini, pesalah laku seksual tidak akan terlepas dari hukuman dan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Di samping itu dengan wujudnya penubuhan akta sebegini di Malaysia, secara tidak langsung ianya dapat membela nasib mangsa-mangsa gangguan seksual yang teraniaya serta melindungi golongan lemah dan tidak berkemampuan.

Dengan menguatkuasakan akta ini maka, keselamatan serta kesejahteraan negara mereka terjamin. Permasalahan berkaitan dengan salah laku seksual dapat dikawal serta ditangani dengan baik dan secara tidak langsung,ia dapat mengekang isu gangguan ini dari terus berleluasa.

Antara contoh akta-akta dan perlembagaan yang berkaitan dengan salah laku seksual yang dikuatkuasakan di negara-negara maju dunia adalah seperti berikut:

 Amerika Syarikat: Equal Employment Opportunity Commission  Australia: The Sex Discrimination Act 1984

 Denmark: Law number 1385 of December 21, 2005  Israel: The 1998 Israeli Sexual Harassment Law  Perancis: French Criminal Code Article 222-33

 Russia: Article 118 of Criminal Code, Russian Federation  Switzerland: Article 4 Federal Act on Gender Equality 1995  United Kingdom: The Discrimination Act of 1975

Tidak dapat kita nafikan dengan tertubuhnya Akta Gangguan Seksual di Malaysia akan mewujudkan fenomenanya tersendiri. Di bawah, saya akan menyenaraikan kepentingan dan kesan negatif penubuhan akta ini.

Antara kepentingan penubuhan serta penguatkuasaan Akta Gangguan Seksual di Malaysia adalah seperti berikut:

(5)

2. Mengurangkan kadar pesalahlaku gangguan seksual. 3. Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

4. Member jaminan keselamatan kepada yang lemah. 5. Meningkatkan imej dan nama Malaysia.

6. Mewujudkan kesedaran mengenai salahlaku seksual dalam kalangan masyarakat.

Sudah menjadi adat dan kebiasaan, tiada ciptaan yang sempurna. Dengan adanya kelebihan maka wujudnya kekurangan. Di sini saya dapat senaraikan antara implikasi dan kesan-kesan negatif penubuhan Akta Gangguan Seksual di Malaysia:

1. Penyalahgunaan akta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.

3. Menyebabkan golongan yang tidak menjaga sahsiah melampaui batas.

Kepentingan Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1.Memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat.

Individu ataupun mangsa yang pernah terlibat dalam fenomena seperti gangguan seksual ini pastinya akan merasakan kesan yang mendalam terhadap diri mereka. Mereka akan merasakan bahawa diri mereka sudah kotor dan tidak suci. Dalam erti kata lain, mereka bagaikan sudah tiada maruah ataupun telah kehilangan kehormatan diri.

Mangsa yang teraniaya ini akan berasa sangat marah, kecewa dan malu dengan diri mereka sendiri, apatah lagi apabila si pesalah laku yang telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut terlepas bebas dengan begitu sahaja tanpa mendapat pengadilan dan penghakiman yang sewajarnya.

(6)

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, dengan tertubuhnya akta gangguan seksual di Malaysia, maka nasib mereka yang teraniaya akan terbela. Mereka tidak akan merasakan hidup mereka telah sia-sia kerana dengan adanya akta ini, ia akan memberikan keadilan kepada mangsa. Justeru, mereka yang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini akan mendapat pembalasan yang sewajarnya di muka pengadilan

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia merupakan sebuah sistem yang mementingkan keadilan dan kesaksamaan. Maka dengan ini, individu yang bersalah tidak akan dapat meloloskan diri dari muka pengadilan.

Mereka akan menghadapi hukuman yang setimpal dengan perlakuan mereka yang telah mengucar-kacirkan kehidupan serta kestabilan emosi individu lain dengan sewenang-wenangnya. Sememangnya mereka tidak perlu dikasihani agar menjadi iktibar supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

2.Mengurangkan kadar pesalah laku.

Walaupun telah lama wujud Kod Amalan 1999, Perundangan Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan di Malaysia, namun perlembagaan ini tidak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

Mereka akan berterusan melakukan perlakuan yang sama berulang kali kerana merasakan tiada pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab. Justeru, mereka tidak akan berasa serik untuk melakukan perbuatan yang sama.

Oleh yang demikian, dengan adanya akta gangguan seksual di Malaysia, ianya dapat mencegah dari perlakuan terkutuk tersebut. Di samping itu, melalui peruntukan akta berkenaan, pihak berkuasa tempatan boleh menghukum individu yang telah dibuktikan bersalah dengan hukuman yang setimpal dan mereka dapat menentukan ganti rugi yang boleh dituntut oleh mangsa terhadap mereka.

(7)

Kewujudan akta gangguan seksual di Malaysia sudah semestinya akan menjanjikan suasana dan persekitaran selamat terutamanya kepada golongan yang lemah. Masyarakat dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan yakin tanpa rasa bimbang dan gusar. Ini kerana risiko berlakunya salah laku seksual adalah di tahap yang minima.

Persekitaran tempat kerja yang selamat dapat mewujudkan jalinan hubungan yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat yang wujud di persekitaran tersebut. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa dapat bekerja dan bergaul bersama dengan aman tanpa timbul rasa curiga dan syak wasangka antara satu sama lain. Dengan ini, maka suasana tempat kerja yang ceria, kondusif dan produktif terjamin.

4. Memberi jaminan keselamatan kepada yang lemah.

Marcapada ini, kita sering disajikan dengan berita dan laporan mengenai salah laku seksual. Saban hari, kita dapat saksikan kes-kes gangguan seksual yang disiarkan di dada-dada akhbar yang mana rata-ratanya dilakukan oleh golongan yang tidak bermoral seperti golongan Filodofia. Dengan adanya akta seperti ini di Malaysia, keselamatan mereka yang lemah terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak akan lebih terpelihara di masa akan datang.

Mereka akan diberi perlindungan oleh badan-badan berkenaan seperti

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), All Women's Action Society (Awam), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Women's Centre for Change (WCC) dan sebagainya. Kesejahteraan serta keselamatan rakyat juga akan lebih terjamin dengan tertubuhnya akta ini.

5.Meningkatkan imej dan nama Malaysia.

(8)

Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bertunjang dan berpaksikan ajaran Islam sebenar. Negara luar dapat melihat keharmonian perpaduan kaum yang ada di Malaysia. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat hidup bersama dengan aman damai tanpa timbulnya pelbagai permasalahan.

Dengan adanya akta seperti ini, maka keharmonian dan kesejahteraan negara akan lebih terjamin disamping dapat menjadi bukti serta petunjuk di mata dunia bahawa isu gangguan seksual merupakan suatu perkara serius yang perlu dititik beratkan serta diambil tindakan yang sewajarnya.

6.Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Seperti yang diketahui umum, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Rakyatnya yang berbilang kaum saling bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kedaulatan Negara. Dengan adanya kerjasama yang jitu dalam kalangan masyarakat, maka salah laku seksual dapat dibendung.

Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia, rakyat akan lebih berhati-hati dalam tingkah laku serta pergaulan harian mereka khususnya di tempat kerja. Penubuhan akta ini akan mewujudkan kesedaran terhadap individu itu sendiri. Secara langsung, mereka tidak akan melakukan lagi aktiviti tersebut kerana takut dengan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka

. Antara langkah dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib ialah dengan mengedarkan risalah-risalah penerangan, mengadakan ceramah berkaitan salahlaku seksual dan sebagainya bagi mendedahkan mereka dengan kepentingan serta kebaikan penubuhan akta ini.

(9)

.

Kesan Negatif Penubuhan Akta Gangguan Seksual Di Malaysia

1. Penyalahgunaan akta.

Pelbagai andaian dan pertikaian boleh berlaku dalam satu-satu masa dengan tertubuhnya akta ini. Antara perkara yang mungkin berlaku ialah penyalahgunaan akta. Tidak dapat dinafikan, akan ada kewujudan individu mahupun organisasi yang cuba untuk menjatuhkan pihak lain dengan memanipulasi akta ini.

Sebagai contoh, mereka boleh mengemukakan kes palsu dan memfailkan saman di mahkamah. Akan ada pihak yang menjalankan konspirasi dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Mereka sanggup menegakkan benang yang basah. Mereka akan menidakkan kebenaran demi memenuhi kehendak jahat mereka.Bagi mengaburi pandangan awam, mereka akan mengaplikasikan korupsi dengan menghulurkan wang sogokan dan sebagainya.

Natijahnya, pihak ataupun individu yang tidak bersalah akan dikhianati. Reputasi mereka akan tercemar. Kehormatan serta nama baik mereka akan dipersoalkan umum. Dan akhirnya, individu yang tidak bertangungjawab ini akan memperolehi keuntungan serta manfaaat daripadanya.Mereka akan mendapat apa yang mereka mahukan. Maka, fenomena gangguan seksual ini akan terus berleluasa tanpa mendapat pembelaan serta keadilan yang sewajarnya.

2. Mewujudkan ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri.

(10)

Dengan wujudnya akta gangguan seksual di Malaysia, dibimbangi akan adanya kesan negatif seperti ketegangan dan suasana dingin sesama sendiri. Keterbatasan komunikasi di tempat kerja khususnya, akan mewujudkan suasana keruh dan suram.

Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa sekiranya tersalah langkah dan tersilap bicara, maka interpretasi yang tidak baik akan terhasil lalu menyebabkan ketegangan dalam kalangan ahli yang lain.

Keadaan ini akan menambahkan lagi tekanan dalam diri mereka. Mesej yang cuba disampaikan tidak akan berjaya sekaligus komunikasi kurang berkesan akan timbul. Mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan mereka sahaja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Akibatnya, tiada lagi aktiviti sosial seperti bertegur sapa, bergurau senda, keluar bersama dan lain-lain kerana mereka bimbang akan akta gangguan seksual itu sendiri yang mungkin akan diguna pakai oleh individu yang tidak semangat bekerjasama serta sifat bantu menbantu antara mereka dan yang paling mendukacitakan adalah, mereka berkelakuan seperti saling tidak mengenali antara satu sama lain.

3.Golongan yang tidak menjaga sahsiah melampaui batas.

(11)

akan dilindungi dan nasib mereka akan lebih terbela. Akan tetapi, dengan penubuhan akta ini juga, ia mampu menimbulkan permasalahan lain.

Dikhuatiri bahawa golongan wanita akan lebih berani mendedahkan aurat dan tubuh badan mereka dengan mengenakan persalinan yang terdedah dan mencolok mata. Mereka juga tanpa rasa bersalah dan segan silu berpelakuan tidak sopan serta mengghairahkan.

Ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka bebas untuk melakukan apa sahaja menurut kehendak dan kemahuan mereka. Lebih menyedihkan lagi, mereka sanggup berkelakuan dengan kelakuan yang sudah nyata menyimpang dengan ajaran agama dan adab-adab kesopanan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Mereka beranggapan bahawa diri mereka terpelihara sepenuhnya di bawah perlindungan akta ini.

Rumusan

Melalui kajian serta tinjauan yang telah dijalankan berhubung isu gangguan seksual, dapat dirumuskan bahawa akta gangguan seksual merupakan satu akta yang memainkan peranannya yang tersendiri dalam menjana serta membentuk sesebuah negara maju yang aman lagi sejahtera.

Sudah terang lagi bersuluh, di samping kepentingan dan kebaikan, penubuhan akta ini juga akan menyumbang ke arah implikasi yang negatif terhadap negara yang menguatkuasakannya.

Pada pendapat saya, bagi memastikan akta ini dikuatkuasakan dengan jayanya, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka. Baik penguatkuasa mahupun rakyat awam, tiada individu yang terkecuali.

(12)

hukuman wajib dilaksanakan ke atas mereka meskipun pesalah mempunyai pertalian hubungan sesama sendiri.

Prosedur bagi menjalankan hukuman ke atas pesalah perlu dilaksanakan dengan penuh adil dan saksama bagi mengelakkan berlakunya penganiayaan dan ketidakadilan. Dengan ini, kita secara tidak langsung dapat mempamerkan serta memperkasakan kewibaan perundangan negara kita yang mana tidak mengenal siapa itu kawan dan siapa itu lawan.

Di samping itu, masyarakat harus menjalani aktiviti seharian mereka dengan berpandukan etika dan tatatertib yang sebenar. Jauhkan diri dari menyerap budaya dan fahaman dari Barat yang terlalu mementingkan kebebasan individu.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali ke jalan yang benar iaitu dengan mengamalkan ajaran Islam yang hakiki serta mengaplikasikan budaya dan nilai-nilai ketimuran yang amat menitik beratkan elemen kesopanan dan kesusilaan.

Penutup

Sebagai rakyat Malaysia, saya mahukan apa yang terbaik untuk kepentingan semua, baik untuk kepentingan saya sendiri mahupun kepentingan masyarakat sekalian. Sebagai pengakhirannya, harapan saya agar rang undang-undang berkaitan akta gangguan seksual di Malaysia diluluskan da dipinda dengan kadar yang segera kerana ia lebih banyak menyumbangkan kesan ke arah kebaikan berbanding keburukan.

(13)

Dari sudut perlembagaan pula, diharapkan supaya akta yang bakal dipinda ini dapat dikuatkuasakan dengan penuh kesaksamaan. Akta ini perlulah lengkap dari segi perlaksanaannya, tiada elemen kesamaran dan unsur-unsur kesulitan.

Akta ini perlulah telus, berintegriti dan tidak bersifat berat sebelah. Pihak yang bersalah akan dijatuhkan hukuman tidak kira pangkat, harta mahupun nama. Semua individu adalah setara di sisi perundangan, tiada perbezaannya. Dengan ini, ia akan menjamin keselamatan serta memberi keadilan buat semua pihak.

Penguatkuasaaan akta yang baik akan mempamerkan kewibawaaan dan ketegasan pelaksanaan perundangan di Malaysia. Secara tidak langsung, imej dan maruah serta kedaulatan negara kita dapat dimartabatkan di mata dunia. Persepsi dunia terhadap Malaysia akan berubah dengan tertubuhnya akta ini. Semoga dengan perlaksanaan dan penguatkuasaaan akta gangguan seksual di Malaysia akan memacu negara kita ke arah kebaikan,kemajuan serta kemaslahatan ummah.

Lampiran

23 Feb - Akta Gangguan Seksual Diwujud

(14)

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita, termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-satunya garis panduan yang digunakan kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini semalam.

Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu sesuatu sangat serius dan kesalahannya diperuntukkan mengikut Kanun Keseksaan.

Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu privasi dalam kehidupan. Cadangan akta itu akan dilihat dan dibincangkan lebih lanjut," katanya.

(15)

Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27 kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilapormembabit-kan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata berdasarkan statistik, punca kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi serta 36 kes dalam perebutan anak.

276 Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dilaporkan Sejak 1999

(16)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 276 kes gangguan seksual di tempat kerja dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia sejak Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja dilancarkan pada 17 Ogos 1999.

"Daripada jumlah itu, 271 bilangan kes gangguan seksual diselesaikan manakala baki lima kes masih dalam siasatan," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan semasa menjawab soalan Senator Loga Chitra pada persidangan Dewan Negara di sini.

Mengulas lanjut Maznah berkata, terdapat lima jenis gangguan seksual iaitu berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

Menjawab soalan tambahan Loga yang meminta penjelasan mengenai tindakan undang-undang sedia ada untuk melindungi gangguan seksual, Maznah berkata, terdapat undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan perkara seperti mengeluarkan perkataan dan isyarat seperti yang dimaksudkan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara hingga tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kod cegah gangguan seksual dalam Perintah Am

(17)

KUALA LUMPUR, Isnin: Kod amalan mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja akan dimasukkan dalam peraturan Perintah Am untuk diguna pakai oleh agensi kerajaan tidak lama lagi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat beberapa pengubahsuaian bagi memasukkan kod itu dalam Perintah Am. Ketika ini, kakitangan awam yang terbabit dengan gangguan seksual hanya dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar disiplin.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perbincangan mengenai kod itu sudah dibuat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, pada dasarnya sudah bersetuju.

“Perintah Am yang ada tidak memasukkan kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Malah, tidak ada pengertian gangguan seksual yang jelas dalam peraturan itu.

“Apabila kod itu dimasukkan dalam Perintah Am, tindakan lebih menyeluruh dan tegas boleh dikenakan kepada mana-mana kakitangan awam yang terbabit dengan gangguan seksual berbanding tindakan sekarang,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan kempen kesedaran bagi mencegah, membasmi dan menangani gangguan seksual di tempat kerja bagi pekerja wanita sektor swasta 2002 di Hotel Nikko.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Buruh, Tan Gaik Kwan dan Presiden Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan, Abdullah Ahmad Ismail.

Kempen sehari itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Persatuan Pegawai Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

(18)

organisasi bagi menangani masalah itu. Bagaimanapun, kod amalan berkenaan hanya diguna pakai oleh syarikat swasta setakat ini.

Shahrizat berkata, pihaknya masih lagi berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai cadangan mewujudkan Akta Gangguan Seksual berikutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya akta itu diperkenalkan segera.

“Satu jawatankuasa teknikal antara kedua-dua kementerian juga sudah dibentuk untuk mengkaji cadangan itu dan kita harap penggubalan akta itu akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Apabila kajian itu siap, kita akan kemukakan draf itu kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti, khususnya dari aspek pelaksanaan bagi memastikan akta itu benar-benar dapat membela wanita atau mangsa gangguan seksual.

Setakat ini, sebanyak 310 dilaporkan ke Jabatan Buruh dengan satu kes

(19)
(20)
(21)
(22)

Risalah kesedaran gangguan seksual terbitan Pusat Kesedaran Wanita

Bibliografi

 en.wikipedia.org/wiki/Sexual_harassment

 www.jobsdb.com.ph/MY/EN/V6HTML/.../sexual-harassment.htm

 http://thestar.com.my/fightcrime/resources/story.asp?

file=/2006/3/11/resoureso/20060316161439&sec=resources

 http://www.lawyerment.com.my/library/doc/empl/sxhr/

 http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gangguanseksual/Articl e/index_html

 http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/Pekerja_Industri/ Gangguan_Seksual/gangguan_seksual.html

 www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil22/pp2205.pdf - 2010-03-30

 http://www.tranungkite.net/v7/modules.php? name=News&file=article&sid=2161

Referensi

Dokumen terkait