• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kefahaman Guru Tentang Nilai Metematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kefahaman Guru Tentang Nilai Metematik"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kefahaman Guru Tentang Nilai Metematik

Wan Z. W.A., Sharifah K., Habsah I., Ramlah H., Mat R. I., M.N. K.& Rohani A. T. (2005) Jurnal Teknologi : Kefahaman Guru tentang Nilai Matematik. 43(E), 45-62.

Antara jurnal yang dipilih ialah satu kertas kerja yang membentangkan hasil kajian dengan isu kefahaman guru tentang nilai matemtik. Penerangan yang agak mendalam tentang topik penyelidikan ini cukup untuk menerangkan perbezaan nilai matematik, nilai intrisik dan nilai murni. Menurut Adnan Kamis (1993) yang dipetik dari jurnal ini, nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama yang memandu penganutnya-penganutnya sentiasa berakhlak mulia sehingga dapat membina satu masyarakat yang baik, aman dan progresif. Manakala nilai matematik adalah ciri-ciri afektif yang dihayati dengan mendalam terbit daripada pemahaman tentang sifat dan kebenaran ilmu matematik. 1 Jurnal ini juga

menyatakan nilai intrinsik merupakan nilai yang terbit daripda tabii matematik dan tabii matematik merupakan nilai kepastian atau kejituan walaupun matematik dianggap satu ilmu yang abstrak.

Noraini Idris (2013) menyatakan sesuatu penyelidikan tidaka kan dapat dilaksanakan apatah disempurnakan jika masalah penyelidikan tidak dikenalpasti terlebih dahulu. Pernyataan masalah yang diketengahkan berkaitan dengan isu kajian iaitu kefahaman guru tentang nilai matematik melalui beberapa mazhab yang wujud dalam menyampaikan ilmu matematik. Antara mazhab dalam matematik ialah logikisme, formalisme, intuisisme dan kuhnisme. Fahaman logikisme ini memberi penekanan bahawa konsep teori set sebagai asas matematik dengan mempercayai bahawa hakikat matematik ialah logik di mana kebenaran diperoleh melalui prinsip-prinsip logik. Fahaman formailisme percaya pemikiran matematik tertumpu kepada penyelesaian matematik dalam bentuk rangkaian simbol sahaja. Fahaman yang seterusnya ialah intuisisme menyatakan proses pemikiran matematik adalah satu proses binaan mental semata-mata. Jurnal ini menyatakan aliran logikisme, formailisme dan intuisisme merupakan matematik bebas nilai kerana nilai matematik yang wujud tidak dikaitkan dengan komponen budaya berbeza dengan aliran kuhnisme yang dikatakan sarat nilai.

(2)

Persoalan kajian yang diketengahkan ialah :

i. Apakah yang ditanggapi oleh guru tentang nilai matematik ?

ii. Apakah cara yang digunakan oleh mereka untuk menerapkan nilai matematik ? iii. Apakah masalah yang dihadapi dalam usaha menerapkan nilai ini ?

Persoalan kajian yang pertama, penyelidik cuba mengetahui taggapan guru tentang nilai matematik bersesuaian dengan isu yang diketengahkan iaitu mengkaji kefahaman guru tentang nilai matematik. Persoalan kajian yang kedua iaitu mengenai cara ilmu matematik disampaikan dapat membantu penyelidik mengetahui fahaman yang digunakan oleh guru dan secara tidak langsung, penyelidik dapat mengetahui persepsi mereka tentang nilai matematik. Persoalan ketiga kajian, penyelidik dapat mengetahui masalah usaha menerapkan nilai juga secara tidak langsung dapat memahami tentang isu dengan lebih mendalam. Pembolehubah yang ditakrif dalam kajian ini bersesuaian dengan persoalan kajian kerana penyelidik dapat mengumpul data yang berkaitan dengan kefahaman guru tentang nilai matematik.

Jenis persampelan yang digunakan ialah homogeneous sampling kerana dalam kajian ini, penyelidik memilih sampel empat orang guru matematik yang terbaik, daripada dua buah sekolah harian dan dua buah sekolah harian di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jenis persampelan ini biasa digunakan untuk mengkaji kumpulan-kumpulan berfokus. Kajian ini lebih menjurus kepada guru matematik. Saiz sampel yang dianggap bersesuaian dengan persoalan kajian kerana membolehkan pengumpulan makklumat yang optima tentang nilai matematik di kalangan guru. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang dilakukan beberapa kali sehingga mencapai tahap ketepuan data yang dikehendaki. Penyelidik menjelaskan pengumpulan data melalui penerangan. Transkripsi data temubual dianalisis secara induktif. Penyelidik juga menyatakan bilangan sampel terpilih yang kecil tidak memungkinkan generalisasi dilakukan. C. F. Meng & Jaizah Mahmud (2011) menyatakan kejayaan sesuatu temubual bergantung antara lain kepada kualiti soalan-soalan yang ditujukan kepada sasaran yang dikaji. Prosedur pengumpulan data dilaksanakan bersesuaian dengan persoalan kajian. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif.

(3)

penyelidik untuk memperbaiki atau proses menambah ilmu. Namun, untuk mewakili semua guru tentang kefahaman nilai matematik, kajian boleh dijalankan dengan menambah variasi sekolah contohnya, sekolaha amanah, sekolah kluster, sekolah kurang murid, sekolah bekeperluan khas dan lain-lain.

(4)

Model Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT)

Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa(1999) Jurnal teknologi E : pengurusan, pendidikan dan sains sosial,UTM

Jurnal kedua yang dipilih mempunyai sorotan kajian mengenai model penerapan nilai yang telah dibentuk oleh pengkaji terdiri daripada lima komponen Model Nukleitik. Model ini digubal daripada Falsafah Pendidikan Islam yang berteraskan hati ( Iman kepada Allah s.w.t) dan disusuli oleh Taksonomi TRNOC iaitu bermula dari Tahap I hingga V, T bermaksud Terima, R bermaksud respon, N bermaksud nilai, 0 bermaksud organisasi dan C bermaksud ciri. Pengkaji juga menerangkan pendekatan proses input dan output (penanaman nilai). Oleh itu, kajian ini menggunakan model urutan penerapan nilai kesedaran nukleitik dan kitaran TRNOC. Pengkaji menegaskan pendekatan ini disesuaikan dari pemikiran Iman Ghazali dalam Ihya dan rujukan kajian model pelaksanaan nilai dalam pengajaran di IPT oleh UTM pada tahun 1997.

Penerangan Model Nukleitik oleh penyelidik dengan terperinci. Model Nukleitik bermula daripada konsep nukleus iaitu hati yang dapat merasa nilai baik atau buruk. Model ini berasaskan bertitik tolak iman kepada Allah s.w.t dapat melahirkan insan yang baik ini perlu melalui proses input atau output serta TRNOC. Menerusi model ini penyelidik mengharap pensyarah akan dapat melaksanakan penerapan nilai melalui proses model-model berikut yang bergerak secara sistematik dan berterusan.

Penyelidik menerangkan penerapan nilai menurut Barat terdiri daripada aspek pendidikan yang terbatas pengertiannya iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Ini berbeza dengan Pendidikan Islam yang menekankan kesyumulan dalam membentuk manusia. Kajian ini mengkaji sejauh mana model penerapan nilai dalam pengajaran yang boleh diaplikasikan di dalam bilik kuliah serta peranannya dalam perhubungan formal dan informal proses pembinaan kemanusiaan individu yang terbabit. Artikel ini membentangkan laporan kajian yang meninjau sejauh mana model penerapan nilai pengkaji boleh diaplikasikan dalam pengajaran di IPT.

(5)

pengkaji berdasarkan penulisan Imam Ghazali dan Falsafah Pendidikan Islam serta Falsafah Pendidikan Negara. Jawapan kepada persoalan kajian belum diketahui sebelum ini dan persoalan merupakan sesuatu yang asli. Pembolehubah ditakrifkan bersesuaian dengan persoalan kajian ini kerana Pensyarah dianggap sebagai Pembolehubah bebas dan hasil dari ciri penerapan nilai dalam pengajaran dijadikan pembolehubah bersandar.

Ini dijelaskan lagi oleh penyelidik dalam bentuk kerangka konsep. Melalui kerangka konsep, Input ialah nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui proses kaedah penanaman nilai dan terhasillah Output iaitu Tahap Penanaman Nilai dalam Pengajaran. Sampel yang digunakan ialah pensyarah dan pelajar dipilih secara rawak. Namun demikian dalam kajian ini jumlah saiz persampelan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kaedah pengumpulan data terdiri daripada temubual, pemerhatian dan soal selidik. Responden terlibat telah diberikan penerangan tentang model. Prosedur ini sesuai kerana penyelidikan abstrak memerlukan kajian yang lebih terperinci dan mengambilkira pandangan pengguna dan pandangan pengeluar.

Kaedah penyelidikan yang digunakan kaedah diskriptif dan menggunakan rekabentuk kajian kes.Penyelidik menyelidik menerusi kaedah pengamatan dalam pengajaran dan temubual yang dijalankan ke atas responden daripada pelbagai bidang di UTM. Data telah dianalisis selepas proses temubual dan pemerhatian dijalankan, kebanyakan pensyarah yang di temubual dapat menilai kembali pengajaran reponden. Responden meminta maklumbalas daripada penyelidik dan dan komen membina yang dapat diutarakan. Seterusnya penyelidik mengadakan kembali perbincangan dengan mereka secepat mungkin dengan tujuan untuk mengukur sejauh mana mereka memahami Falsafah pendidikan dan menggunakan model dan soalan kajian yang dibincangkan.

Penyelidik telah menerangkan kerangka konsep namun kurang menerangkan mengenai menguji kebergantungan , kepengesahan dan kredibilti data dalam kajian kecuali menerangkan dalam beberapa perenggan bahawa penyelidik mendapat persetujuan daripada pensyarah dan pelajar mengenai mdel kajiannya. Selain itu, penyelidik menyatakan responden menyokong model ini perlu dilaksanakan.

(6)

Pendidikan Negara. Penyelidik mencadangkan agar model ini diketengahkan supaya diamalkan oleh beberapa buah IPT sebagai percubaan bagi memastikan keberkesanannya. Penyelidik juga mengharapkan model ini diperbaiki sekiranya ada kelemahan dan hasil kajian akan dapat dimanfaatkan oleh setiap insane sebagai ibadah kepada Allah s.w.t dan diredhaiNya. Penyelidik ada menyakan reaksi responden yang negatif, namun penyelidik dapat membawa kembali kepada persoalan pokok, iaitu hati mesti dididik.

Kaedah kajian kes ini dapat menunjukkan mengukur sejauhmana responden memahami Falsafah pendidikan dan menggunakan model dan soalan kajian . Penyelidik menyatakan dapatan semasa sesi temubual dengan pensyarah dan pelajar, catatan telah dibuat hasil perbincangan yang dijalankan. Penyelidik menunjukkan keyakinan modelnya diterima kerana kebanyakan pensyarah dan pelajar menyetujui model penerapan nilai dalam pengajaran harus diperkenalkan dalam silibus pengajaran. Penyelidik juga mengaitkan rangka model penerapan nilai, keseluruhan responden merasakan tiada nilai dalam pengajaran dan system pendidikan sekarang dari segi amalannya, khasnya pelajar dari Fakulti Pendidikan atau bakal guru yang sememangnya melalui pedagogi pengajaran. Malah, responden dari fakulti lain turut merasakan perlu kepada pendedahan pedagogi pengajaran dalam bidang-bidang lain untuk melahirkan pengajaran yang berkesan.

Penyelidik menyatakan bahawa responden yang ditemubual merasakan bahawa soalan-soalan yang diajukan adalah penting serta perlu untuk memantapkan lagi mutu pengajaran. Penyelidik juga membincangkan tahap penanaman nilai boleh dilakukan menurut model pengkaji. Namun, penerapan nilai bermual daripada intipati tauhid kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang soleh dan seterusnya masyarakat sejahtera. Tahap penanaman nilai yang perlu ditunjukkan oleh pensyarah ialah tahap pengajaran di bilik kuliah yang meliputi tahap penerimaan nilai yang semuanya dikaitkan dengan ketuhanan dan ketauhidan.

(7)

KESIMPULAN

(8)

BIBLIOGRAFI

Buku

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam : McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud . 2011. Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Jurnal

Wan Z. W.A., Sharifah K., Habsah I., Ramlah H., Mat R. I., M.N. K.& Rohani A. T. (2005)

Kefahaman Guru tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, 43(E), 45-62.

Referensi

Dokumen terkait

Judul yang saya ajukan PERANCANGAN FUNGSI PENDUKUNG FASILITAS OLAHRAGA DI KAWASAN EKONOMI KHUSUS PARIWISATA IDEA LAND TELUK DALAM-NIAS SELATAN.. Dalam penyusunan dan

Kandungan logam berat Pb, Cu dan Zn pada kepah didapat hasil yang berbeda antara daging dan cangkang. Logam Pb tertinggi terdapat dalam cangkang, sedangkan

Jika cairan yang diinokulasikan ini menimbulkan gejala penyakit kulit diplodia, maka dapat disimpulkan bahwa patogen mengeluarkan toksin pada saat konidia mulai berkecambah.. Uji

Hal ini tentu menjadi keharusan karena dengan menjadi kebijakan publik akan mempermudah dalam pencapai tujuan pembangunan pariwisata, karena pariwisata adalah bukan

diuraikan penulis dalam artikel ini tidak jauh berbeda dengan beberapa informasi sejarah yang tertuang di dalam buku-buku sejarah lokal sebagaimana yang telah

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui kualitas gula putih kristal dengan tingkat kecacatan produk dengan menggunakan metode Six sigma.. Metodologi

Aroma yang menyengat yang dihasilkan water kefir teh pecut Kuda berasal dari proses metabolisme yang terjadi selama fermentasi dalam kefir grain sehingga

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mencari daya hambat dan konsentrasi hambat minimum (KHM) dari ekstrak etanol daun Akasia Berduri ( Acacia nilotica L.) yang