1
Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan
Dr Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM) [email protected] Warti bt Kimi (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) [email protected]
Saipo bin Ayub (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) [email protected] ABSTRAK:
Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut perspektif Islam. Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam kalangan siswa IPGM. Kandungan Program atau aktiviti dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu berbeza dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hasil daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG – KPI. Pemahaman ini penting kerana apabila mengajar kelak, siswa IPGM akan berhadapan dengan para murid dari pelbagai kaum. Melalui pendekatan pendidikan multikultural dalam mata pelajara n Hubungan Etnik mereka akan berjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik dan semua murid daripada pelbagai kaum.
Kata Kunci: Pendidikan multikultural, Kepelbagaian budaya, mata pelajaran Hubungan Etnik, perspektif Islam,
2
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Pendidikan multikultural atau kepelbagaian budaya wajar diberi ruang dan peluang dalam mata pelajaran Hubungan Etnik untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan siswa IPGM. Perlu disedari bahawa unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di IPGM bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.
3
pemahaman tentang pendidikan multikultural boleh menggunakan prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan isu kepelbagaian budaya seperti yang telah termaktub dalam prinsip asas keadilan dan persefahaman yang dianjurkan agama Islam.
Berasaskan teori multikultural (kepelbagaian budaya) terdapat tiga perspektif utama yang bersesuaian bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik untuk memupuk perpaduan dan pembentukan integrasi nasional. Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya) melihat dari perspektif sejarah budaya yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang unsur kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita Malaysia. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan dalam diri pelajar ialah, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. Menurut Fatimah Daud (1984) persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain. Selain daripada itu, melalui persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak menimbulkan konflik.
4
akan lebih bersedia untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain sebagai warganegara sebuah negara dan satu bangsa. Zakiah Hanum (1989) berpendapat setiap kaum hendaklah mengetahui kedudukan dan peranan mereka, menerima kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama bagi mengelakkan konflik perkauman dan yang paling penting sentiasa mengamalkan tolak ansur dalam hubungan antara kaum. Shamsul Amri (2007) sendiri menegaskan kepentingan setiap kaum untuk mengenali perbezaan dan mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.
Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada berintegrasi membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia. Melalui perspektif ini, asas-asas pembentukan negara bangsa melalui Falsafah Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan diberikan kefahaman secara menyeluruh. Melalui cara ini, siswa IPGM mengenal dan menghayati simbol-simbol dan lambang-lambang negara serta memahami proses integrasi budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Umpamanya siswa IPGM menjadi begitu sensitif dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan secara perundingan yang telah melibatkan ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu sehingga wujud dalam diri siswa semangat jati diri yang tinggi dan cintakan negara sehingga sanggup berkorban untuk memastikan negara tidak dijajah buat kali kedua. Pengalaman yang melibatkan unsur emosi, afektif dan kognitif inilah yang cuba diketengahkan dalam pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) melalui mata pelajaran Hubungan Etnik di IPGM.
Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian budaya) dalam Mata pelajaran
5
Hubungan etnik merujuk kepada interaksi antara etnik-etnik yang berbeza atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama. Isu hubungan etnik di Malaysia telah menjadi isu yang sering kali mendapat perhatian dalam merancang dasar pembangunan negara sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia, kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai alat perpaduan bangsa. Perpaduan bangsa telah menjadi asas dalam perancangan pendidikan negara kita seperti yang terdapat dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam hal ini, pemupukan perpaduan ke arah integrasi nasional diharap dapat dicapai untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan dalam kalangan etnik di Malaysia. Oleh itu, pendidikan multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik boleh menjadi wadah yang dipercayai untuk mencapai matlamat tersebut (Ahmad Ali bin Seman, 2009).
6
Perlu disedari bahawa, kepelbagaian budaya di Malaysia adalah bersesuaian dengan prinsip Islam dalam isu etnisiti. Dalam hal ini Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Saling faham memahami, kenal-mengenal, menghormati, bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT dan bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
7
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Surah al-Hujurat 49: 11 Daripada maksud ayat tersebut dapat dibuat rumusan bahawa kewujudan pelbagai etnik, bangsa dan suku kaum adalah satu realiti yang memang perlu disedari yang diadakan oleh Allah swt, malah manusia telah diberi peringatan untuk tidak melakukan kejahatan. Kesimpulannya, dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan kaum itu sangat-sangat dikehendaki untuk saling menghormati antara satu sama lain dan hak orang lain, pemahaman terhadap bangsa atau kelompok atau etnik lain sangat perlu agar dapat melahirkan suasana yang aman antara kelompok-kelompok atau bangsa-bangsa tersebut. Ghazali Basri (1991) menegaskan sikap asabiyyah itu diharuskan sehingga ia tidak membawa kepada fahaman kesukuan melampau atau faham kebangsaan sempit sehingga boleh membawa kepada persengketaan.
8
9
mengadakan temu bual dan kajian ke tempat-tempat terpilih akan menjadikan mata pelajaran Hubungan Etnik berbeza dengan mata pelajaran Sejarah.
10
Nyatalah di sini bahawa istilah kepelbagaian budaya (multy cultural), seperti yang dinyatakan oleh Will Kymlieka (2002), merupakan fahaman atau idea berkaitan penghargaan dan keadilan setiap etnik minoriti berhubung hak-hak universal bagi diri dan komunitinya yang bersifat kesatuan untuk menonjolkan identiti budaya masyarakatnya. Stavenhagen (1986) juga menegaskan konsep multikultural adalah realiti sosial dalam kumpulan masyarakat yang heterogen iaitu perlu satu keyakinan, fahaman, sikap atau pertimbangan untuk menghargai kemajmukan etnik dan budaya dalam sesebuah negara untuk terus dipelihara perlu ditekankan dan dikembangkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik. Dalam hal ini, kenyataan Blum (2001) menyokong pendapat tersebut dengan menyatakan :
Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka.
Jadi jelas kepada kita kepelbagaian budaya merujuk akan dua kata tugas utama iaitu perbezaan dan penghargaan. Oleh sebab itu pendekatan kepelbagaian budaya bukan
11
pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan. Menurut Blum (2001) tiga sub nilai dalam pendekatan kepelbagaian budaya yang perlu difahami iaitu:
(1) menegaskan identiti budaya yang diterimanya;
(2) memahami dan belajar kebudayaan etknik-etnik lain; serta
(3) menilai dan menerima perbezaan budaya yang wujud tanpa rasa sangsi.
Dalam erti kata lain wujudnya kepelbagaian budaya tidak bermakna sesuatu kumpulan itu telah hilang identiti budayanya, sebaliknya kepelbagaian itu merupakan kebaikan positif untuk dihargai dan dikembangkan. Dalam multikulturalisme, terdapat dua perkataan yang perlu diberi perhatian iaitu perbezaan dan penghargaan yang selama ini sering dibincangakan dalam perdebatan pendidikan multikulturalism. Kerana itu dalam pendekatan multikulturalisme, pemilikan memberi maksud memiliki atau dimiliki budaya tertentu, tetapi berlandaskan pada kesedaran untuk menghargai dan menghormati yang berasaskan semangat toleransi dan pakatan murni antara kaum terhadap rumusan-rumusan berdasarkan realiti keperluan masyarakat yang sedia ada. Keanekaragaman budaya bukan faktor penentu pemecah-belah bangsa, melainkan diharapkan mampu menjadi “rencah kehidupan” bagi mengikat kaum-kaum yang ada di Malaysia.
12
tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu : 1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima 3. Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK
Dalam Perlembagaan Malaysia telah termaktub dengan jelas larangan membicarakan sebarang isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein Ali, 1990). Oleh sebab itulah, satu formula bagi mengelakkan hal ini berlaku ialah perlu didedahkan dengan pendidikan multikultural agar dapat pelajar memahami, menerima kepelbagaian, menghargai keunikan, mengakui realiti hubungan dan dalam masa yang sama memupuk perpaduan dan membuang jauh prasangka perkauman. Bakal guru hendaklah mengetahui dan memahami kepelbagaian budaya ketika menerapkan elemen perpaduan dalam pengajaran. Penjelasan dan aktiviti yang hendak dilaksanakan haruslah memberi pertimbangan kepada unsur aplikasi nilai kepelbagaian budaya dan perkaitannya dengan kehidupan realiti pelajar di tengah masyarakat.
13
itu, kegagalan guru memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
Pemikiran Dadang Supardan (2004) pula menyatakan perspektif pengajaran kepelbagaian budaya amat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran sejarah ( diperingkat IPG adalah mata pelajaran Hubungan Etnik) untuk membentuk Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Perkara ini disokong oleh Mansor Mohd Nor (2006) iaitu pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya sebenarnya mampu membentuk sosialisasi dalam kalangan pelajar ke arah integrasi nasional. Ramai tokoh akademik seperti Syed Hussein al-Attas (1982); Syed Hussein Ali (1990); dan Shamsul Amri Baharuddin. (2007) menegaskan peri pentingnya menerapkan pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya dan identiti kebangsaan dalam pengajaran di sekolah tetapi sehingga kini kurang dilaksanakan secara berkesan. Berasaskan pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian budaya dengan menggunakan kaedah yang lebih inovasi berorientasikan pelajar bagi menentukan keberkesanan ke arah pembentukan integrasi nasional, pengajaran kepelbagaian budaya dalam subjek tersebut dapat menjadi satu model alternatif pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam membentuk Integrasi Nasional dan melahirkan satu bangsa Malaysia melalui guru-guru yang dilatih oleh IPG.
14
diwujudkan melalui kebijaksanaan guru mengelola situasi belajar dan menyediakan aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai-nilai perpaduan. Menurut Ahmad Ali Seman (2009), etnik minoriti dalam sesebuah negara tidak boleh diketepikan dalam program pendidikan, oleh sebab itu kurikulum yang digunapakai seharusnya menggunakan elemen-elemen tempatan dan nasional menurut perspektif yang menyeluruh, supaya menjadi model yang dapat digunakan untuk membentuk keperibadian nasional.
Usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum terus digerakkan secara konsisten, terutama setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei yang mengingatkan kita betapa hubungan antara kaum adalah tonggak utama kestabilan dan kemajuan Negara, tanpa sikap prejudis dan anti rasis. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran rakyat berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : (1) menerima dan menghargai identiti setiap kaum, (2) menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup), (3) menghargai keunikan budaya dan (5) mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama dan (6) bersekutu memajukan bangsa.
15
Negara, menghayati sejarah bangsa dan membentuk intergrasi kaum yang kukuh dan mantap.
Dalam hal ini, bagi pelajar di IPGM sewajarnya bakal guru juga dilibatkan dengan aktiviti yang menyerupai upacara yang akan berlaku di sekolah agar mereka juga memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara tersebut sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah kelak. Khoo Kay Kim (1997) menyatakan, tradisi nilai budaya, kepercayaan dan peralatannya dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan, pengiktirafan dan penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia walau di mana sahaja murid berada. Berdasarkan kepada pengetahuan akan menjadi lebih mantap dan kukuh sekiranya amalan menjadi pengalaman yang dilakukan setiap hari.
16
perhatian menurut konteks budaya, etnik dan kebangsaan kerana pengaruh besarnya terhadap pembangunan negara dan pembentukan bangsa.
Malahan Lomas (1990) berpendapat pembelajaran sejarah sosial akan mudah dihayati dan dipelajari jika latar belakang budaya, etnik dan nilai-nilai bangsa diperincikan ketika pengajaran Hubungan Etnik. Berasaskan pandangan-pandangan ini, pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik tidak boleh lagi berfokus kepada sistem politik, sejarah negara, sejarah pembangunan negara semata-mata sebaliknya, perbincangan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu mengarah dan melihat aspek sosial kemasyarakatan kerana isu-isu yang berkaitan masyarakat adalah sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan menjadikan bahan pelajaran Hubungan Etnik lebih dekat dengan pelajar.
17
Pada masa kini, mata pelajaran Hubungan Etnik yang diajar di IPGM menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan persekitaran yang berlaku melibatkan ledakan teknologi maklumat dan persepsi pelajar yang menganggap mata pelajaran Hubungan Etnik adalah sama seperti mata pelajaran pelajaran Sejarah yang bersifat statik, lapuk, stereotaip dan tidak menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum serta lebih bersifat malay centris. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat industri yang mementingkan keperluan tenaga kerja di bidang teknikal, mata pelajaran Hubungan Etnik seringkali diabaikan dan tidak diberikan perhatian malah dipandang mudah oleh pelajar. Inilah antara sebab kenapa pelajar bukan Melayu tidak berminat dengan mata pelajaran Hubungan Etnik kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini sama dengan tajuk-tajuk yang terpaksa mereka ulangi ketika berada di sekolah menengah dahulu.
18
Senario pengajaran Sejarah di sekolah seolah-olah gagal untuk melengkapkan pelajar dengan unsur jati diri seperti matlamat Pendidikan Sejarah. Syed Hussein Ali (1990) telah lama menekankan kepentingan mewujudkan lambang-lambang identiti kebangsaan (negara) agar mudah dikenal dan sekaligus menyatupadukan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas 53 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia, khasnya dalam kalangan pelajar yang masih gagal mengenal identiti kebangsaan dan simbol kebangsaan. Lee (2002) mengakui kurikulum Sejarah adalah saluran yang tepat untuk membicarakan tentang transformasi sosial masyarakat di Malaysia dan pembentukan identiti seragam. Keupayaan membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada pendidikan di sekolah secara amnya dan pelaksanaan kurikulum sejarah secara khususnya. Oleh sebab itu, kegagalan guru Sejarah memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
19
yang melibatkan program-program ke luar daripada bilik darjah seperti Program Laluan Etnik ke sebuah perkampungan Orang Asli di Hulu Tamu Hulu Yam Selangor. Program ini bukan sahaja telah menaikkan semangat dan motivasi pelajar pelajar malah telah berjaya mengubah persepsi pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik yang keluar daripada ruang lingkup pengajaran. Ternyata Program Laluan Etnik yang mematangkan pelajar dengan realiti masyarakat dan budaya Orang Asli Temuan yang sebenar. Situasi yang tidak pernah dikecapi ketika berada di bangku sekolah dan ini benar-benar telah memberi kesedaran dan pemahaman yang tinggi kepada para pelajar tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.
20
Pelajar-pelajar menunjukkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara hidup, adat resam dan budaya kaum lain berdasarkan pandangan, idea dan pemikiran yang diluahkan melalui tugasan dan aktiviti pembelajaran. Pelajar juga dapat bergaul dengan baik tanpa sebarang prasangka antara kaum. Hal ini dibuktikan berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan di mana pergaulan yang wujud antara kaum dalam melaksanakan aktiviti adalah memberangsangkan dan amat baik. Majoriti pelajar juga mengakui dapat bekerjasama dengan kaum-kaum lain, biarpun berlainan budaya malah terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar mengetahui dan ingin mendalami budaya kaum lain. Setidak-tidaknya pengetahuan dan kefahaman mereka tentang budaya kaum lain ini telah mengubah persepsi mereka dan membentuk sikap yang lebih positif terhadap unsur kepelbagaian budaya.
21
tolak ansur antara kaum dalam pelbagai aspek, tambahan pula Malaysia memang terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai nilai perpaduan yang tinggi.
22
Sanusi Osman (1985) mengakui hanya melalui pelajaran tentang etnik dan budaya, integrasi nasional dapat dibentuk dan dikembangkan. Dalam situasi masyarakat heterogen pada hari ini, isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum perlu diketengahkan secara bijaksana, agar pelajar mendapat kefahaman yang mendalam, melalui pemikiran sebenar yang telah dipupuk sejak sekolah, pelajar akan meningkat dewasa dan kembali kepada masyarakat dengan pemahaman sejarah yang sebenar. Hal ini akan mempengaruhi cara dan bentuk tindakannya pada masa akan datang. Mereka memahami sejarah dan bertindak dengan cara yang lebih rasional. Konflik antara kaum yang pernah dialami dan berlaku di negara kita dapat dijadikan satu pengajaran termasuk juga memberikan contoh-contoh pergolakan yang berlaku di luar negara, agar pelajar menghargai nikmat perpaduan dan sedia berkongsi dengan kaum lain satu identiti yang sama, sebagaimana saranan gagasan 1 Malaysia, menjadi satu bangsa yang harmoni dalam unsur kepelbagaian dan kemajmukan.
23
Mansor Mohd Nor (1998) menyatakan bahawa kaum Cina tegar dengan prinsip yang dipegang oleh mereka berbanding kaum lain. Selain daripada itu terdapat perbezaan yang signifikan toleransi kaum bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan etnik. Ini menunjukkan perubahan sikap ke arah kerjasama antara kaum diperlihatkan oleh pelajar-pelajar kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan dengan jelas kaedah yang digunakan dalam pengajaran terhadap kumpulan rawatan adalah berkesan. Sebenarnya kesediaan kaum lain untuk menerima dan mengiktiraf identiti kebangsaan seperti Lagu Kebangsaan, Falsafah Negara, Bunga Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain masih pada tahap yang belum memuaskan melainkan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana pengaruh persekitaran dan realitinya masyarakat tidak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda tentang aspek-aspek tersebut, malahan bahasa kebangsaan terus dipinggirkan dalam masyarakat perniagaan dan ekonomi, malahan perlakuan masyarakat sendiri tidak menggambarkan kefahaman mereka tentang ciri-ciri identiti kebangsaan tersebut..
24
Hasil temu bual yang dijalankan dengan pensyarah dan pelajar, mereka memberikan respons yang positif tentang interaksi yang berlaku dalam kelas Hubungan Etnik setelah menggunakan pengajaran berteraskan perspektif kepelbagaian budaya, malahan pelajar-pelajar menyatakan keseronokan mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikelolakan oleh pensyarah kerana menerapkan pelbagai kaedah yang menarik dan memudahkan mesej di dalam topik Mata Pelajaran Hubungan Etnik untuk difahami seperti apa yang telah dialami melalui Program Laluan Etnik.
Rumusan dan cadangan Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik di IPG
Pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan kepelbagaian budaya ternyata bersesuaian dengan prinsip asas Islam, malah mempunyai tujuan yang murni untuk melahirkan generasi pelajar dan pewaris masa depan negara yang mempunyai pola fikir dan persepsi terbuka, iaitu :
... memahami, menerima dan berupaya menilai kebudayaan bangsa sendiri dan memahami, menerima dan menilai kebudayaan bangsa lain untuk mewujudkan pemikiran yang konstruktif dan membina dan melihat cara bangsa lain mengekpresikan pemikiran dan cara hidup berdasarkan budaya bangsa itu (Blum, 2001)
25
kebangsaan dan membentuk sikap, cara pandang, amalan sosial dan kebijaksanaan kerajaan. Terdapat beberapa alasan, mengapa kita harus menerima kebenaran dan keharusan multikulturalisme. Dapat dianalogikan, jika di Malaysia dapat dikaji bagaimana sejarah kontribusi perjuangan kaum Melayu, Cina, dan India terhadap perjuangan bangsa khususnya zaman kolonial British mahupun Jepun. Para pendukung multikulturalisme (Barat) dalam menanggapi terhadap contoh pernyataan serupa itu, pada umumnya sangat setuju atas pelajaran seperti itu (Pendidikan Multikultural dalam Hubungan Etnik) diajarkan di sekolah-sekolah (Saunders, 1982: 121-122).
Secara keseluruhannya bangsa Malaysia yang plural memiliki banyak potensi untuk memupuk pendidikan multikulturalism. Saat ini multikulturalisme telah diangkat sebagai suatu keyakinan, ideologi, sikap, maupun kebijakan yang menghargai pluralisme etnik dan budayanya sebagai sesuatu yang berharga, berpotensi, yang harus dipelihara dan dikembangkan. Perlu diketahui bahawa dalam masyarakat majmuk (plural society), terdapat dua tradisi dalam sejarah pemikiran sosial.
26
sosial, iaitu suatu jenis liberalisme tersendiri yang menjadi jurang antara hak-hak
individu dengan komuniti.
Demokrasi sosial secara politik memberikan dan melindungi seluruh hak asasi manusia. Pandangan demikian ini agak berbeza dengan definisi yang sering dijadikan aras tentang demokrasi sosial sebagai “suatu etos dan cara hidup yang dicirikan oleh penghapusan perbedaan-perbedaan status secara umum” (Sartori, 1968: 113). Howard (2000: 316), lebih jauh menjelaskan bahwa dalam demokrasi sosial tidak mensyaratkan adanya penghapusan perbezaan ekonomi secara radikal. Sebab penghapusan itu menghalangi inisiatif yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi pada tingkat kolektif dan individu, bahkan mampu mengakibatkan aras kehidupan masyarakat merosot secara umum, seperti yang terjadi pada masyarakat bekas komunis Eropah Timur. Demokrasi sosial dengan demikian bukan menghapuskan kapitalisme, melainkan memperbaiki kapitalisme radikal.
27
siswa, masyarakat, maupun para guru mereka. Ini bersesuaian dengan konsep persamaan dalam Islam pula perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang berbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama
28
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
29
keberkesanan matlamat integrasi nasional sesuai dengan amalan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.
Rujukan
Ahmad Ali bin Seman, (2011) “Penerapan Nilai-nilai Etnik pelbagai Budaya dalam Pengajaran Sejarah”, dalam Pendidikan & Hubungan Etnik, Bangi: Penerbit UKM.
Ahmad Ali bin Seman, (2009). Pendekatan kepelbagaian budaya dan sejarah etnik ke arah pemupukan integrasi nasional dalam Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pekan Baru: Cendikia Insani
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1997). Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru Sumber Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Air Keroh, Melaka. 10 – 14 Mac.
Adler, P.S (1982) “Beyond Cultural Identity: Reflection on Cultural and Multicultural Man” dalam L, Samovar & R Porter, ed., Intercultural Comunication: A Reader. Ed -3 , Belmont: Wadsworth.
Anderson, Benedict (1983) Imagined Communities: Reflections on the Origin and Spread of Nationalism, London: The Thetford Press Ltd.
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai
Banks, J.A. (1994) An Introduction to multicultural education, Boston: Allyn and Bacon. Berry, J.W, Ed. (1999) Psikologi Lintas Budaya Riset dan Aplikasi, Alih Bahasa: Edi
Suhardono, Jakarta: PT Gramedia.
30
Cheah Boon Kheng, 2002. Malaysia: The making of a nation. Singapore: Institute of Southern Asian Studies
Dworkin, Ronald (2001) “Menganggap Serius Masalah Hak”, dalam Larry May, dan Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura, Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara Wacana. Dadang Supardan. 2004. Pembelajaran kesedaran Sejarah berteraskan pendekatan multicultural dari perspektif sejarah lokal, etnik dan nasional dalam integrasi bangsa. Disertasi yang tidak diterbitkan. Bandung: UPI
Fathi Osman. (1997). Concepts of the Quran: A topical reading. Kuala Lumpur:
Gould, Carol C. (1993) Demokrasi Ditinjau Kembali, Penerjemah Samodra Wibawa, Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya.
Hasan, S.H., (1994) Sejarah Sebagai Alat Pendidikan, Modul: Jakarta: Universitas Terbuka.
Howard, Rhoda E. (2000) HAM: Penjelajahan Dalih Relativisme Budaya, Penerjemah: Nugraha Kartjasungkana, Yogyakarta: Graviti
Haydin. T, Arthur. J & Hunt. M. (1997). Learning to teach history in the secondary school. London: Routledge
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Islam Hadhari: Satu penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Khoo Kay Kim, 1997. Faktor-ffaktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Berita Minggu, 26 Mac 2009
31
Kymlicka, Will (2002) Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini Eddin, Jakarta: LP3ES.
Lomas, T (1990). Teaching and Assesing Historical Understanding. London: Historical Association.
Manzo, K.K, 2004. Countries torn over baring warts in history text. Education week, 24 (11): 8-11
Mickhael, (1994) Multicultural Education in Elementary and Secondary Schools, ERIC Digest Number 67.
Muhammad Abu Zahrah. 1987. Penyusunan masyarakat dalam Islam. Trans. Osman Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Nazri Muslim et al. (2011) Hubungan Etnik Di Malaysia Dari Perspektif Islam, Kajian
Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 1–28
Nazaruddin Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia: kenegaraan dan kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Prearson-Prentice Hall
Omar Mohd Hashim. 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sanusi Osman, 1989. Kajian tentang sikap terhadap integrasi nasional. Bangi: UKM Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul hubungan etnik. Kuala Lumpur: Maskh Sdn.
Bhd
Sartori, Giovani (1968) “Democracy” dalam David L. Sills, editor, International Encyclopedia of Social Sciences, vol.4, New York: Macmillan and Free Press. Saunders, M. (1982) Multicultural Teaching: Aguide for the classroom, London:
McGraw-Hill Company.
Stavenhagen, R.(1986) Problems and Prospects of Multiethnic States, Tokyo: United Nations University Press.
Syed Hussein Alatas (1982), Modernisation and Social Changein Southeast Asian. Sydney : Angus & Robertson
Syed Hussein Ali, 1990. A note a malay society and cultural. Universiti Malaya: Jabatan Pengajian Melayu
32
Yusuf al-Qaradawi. (1996). Membangun ummah: Suatu kenyataan bukan khayalan. Trans. Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves: Thinker's Library.
______. (1989). Kedudukan non-Muslim dalam negara Islam. Trans. Mat Saad Abd. Rahman. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
Wan Mohd Zahid Noordin. 1988. Pendidikan ke arah Wawasan 2020. Laporan kajian. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Zakiah Hanum, 1989. Maka merdekalah negara kita. Kuala Lumpur: Pustaka Idaman Zakaria Abdul Wahab. 2000. Di sebalik tabir Sekolah Wawasan. Dewan Masyarakat: