• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM

DI ALAM MELAYU NUSANTARA

Dr Bharuddin Bin Che Pa

Pensyarah Kanan

Jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

bharudin@um.edu.my

Abstrak

Alam Melayu sejak dahulu lagi mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat Melayu menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa. Dalam berbagai sejarah Nusantara apabila raja memeluk Islam, maka semua rakyat akan mengikuti agama raja mereka dan secara rasminya Islam akan menjadi agama rasmi Negara. Raja akan menjadi ujung tombak perjuangan dan penyebaran Islam. Sumbangan institusi raja terhadap penyebaran Islam di Borneo tidak kurang pentingnya dengan apa yang berlaku di Kepulauan Nusantara lainnya. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang peranan Institusi Raja terhadap penyebaran agama Islam di Alam Melayu Nusantara. Sejauhmanakah fungsi institusi raja dalam penyebaran dakwah dan membantu pelaksanaan syariat Islam di zaman silam dan masa kini.

Keywords: Institusi, Raja, Islam, Nusantara.

Pendahuluan

Biasanya raja ialah gelaran kepada seseorang yang berkuasa untuk memerintah sesebuah negeri atau negara secara individu (rules alone).1 Dialah yang mengepalai dan memerintah sesuatu kerajaan.2 Raja berasal dari perkataan Sanskrit iaitu ‘rajah’. Dalam bahasa Melayu perkataan raja mempunyai berbagai-bagai makna, di antaranya ia memberi pengertian sultan yang memerintah dan mengetuai sesebuah negeri khususnya di Semenenjung Malaysia.3 Gelaran raja juga diberikan kepada bakal raja sepeti istilah raja muda. Permaisuri raja pula diberi berbagai-bagai gelaran seperti raja perempuan atau raja permaisuri.4 Konsep raja yang berbentuk raja mutlak atau raja berdaulat yang diamalkan secara meluas pada zaman dahulu kala adalah suatu sistem yang berasaskan nilai-nilai tradisi. Di kebanyakan negeri sistem tersebut sudah tidak diamalkan lagi dan ianya telah bertukar kepada sistem raja berpelembagaan.5 Fungsi utama mereka adalah sebagai simbul kebangsaan, kesatuan dan kebersamaan.6

(2)

2

Kesultanan Melaka

Sistem beraja dan konsep kesultanan yang diamalkan di Alam Melayu ada hubungkaitnya dengan sistem kesultanan Melaka di zaman lampau. Terbentuknya institusi raja yang menerajui kesultanan Melaka di peringkat awal adalah dipelopori oleh Parameswara.11 Beliau adalah seorang pengeran berketurunan raja besar iaitu keturunan raja-raja Sriwijaya (Sailendra). Beliau dianggap sebagai seorang raja yang sangat cerdik dan berpandangan jauh. Beliau telah membuka negeri Melaka dan menjadi raja Melaka yang pertama. Mengikut sesetengah pendapat, ketika Parameswara mula sampai ke Melaka, di sana sudah ramai penganut Islam. Suasana ini menyebabkan semakin lama beliau semakin tertarik dengan ajaran agama Islam dan akhirnya beliau telah menganut agama tersebut dengan memakai nama Iskandar Syah.12 Seterusnya Melaka mendapat bantuan dari para ‘ulama’ dan cendikiawan Islam dari Pasai, terutama dari keluarga Sriwijaya sendiri yang melarikan diri dari Palembang, terutama ketika kota itu telah diduduki Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

Sejarah awal tertubuhnya kerajaan Islam di Melaka ada dicatit oleh sesetengah pengkaji sejarah di Indonesia. Di antaranya ialah Muhammad Yunus Jamil yang menyatakan bahawa sultan Perlak, al-Sultan Makhdum ‘Ala’uddin Malik Muhammad Amin Syah II Johan Berdaulat yang memerintah Perlak tahun 1225-1263 telah megahwinkan puterinya yang pertama bernama Puteri Ratna Kamala dengan raja Melaka al-Sultan Muhammad Syah yang bergelar dengan Parameswara Iskandar Syah. Manakala puteri keduanya yang bernama Puteri Ganggang pula dikahwinkan dengan al-Malik al-Saleh (Meurah Silo/Merah Silu), Sultan bagi negeri Samudra Pasai yang memerintah tahun 1261-1289 dan mangkat pada tahun 1291.14 Cerita ini menunjukkan bahawa kerajaan Melaka yang pertama ada hubungannya dengan kerajaan Islam Samudra Pasai15 yang yang sudah menerima pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan beraja pada masa itu. Sebab itulah kerajaan Islam Melaka pada masa itu dipercayai memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Muhammad Syah (Parameswara Iskandar Syah) dalam usahanya mengembangkan agama Islam itu telah dibantu oleh iparnya Pangeran Malik Abdul Aziz Syah.16 Pengeran Syaikh Abdul Aziz inilah yang dikatakan oleh Aristided Marre sebagai orang yang mengIslamkan Raja Melaka.17

Namun demikian fakta yang jelas menunjukkan bahawa pengaruh Islam di Malaysia tidaklah sampai kekemuncak kekuatan dan keagungannya melainkan setelah Melaka muncul sebagai kerajaan agung pada abad ke 15M. Hal ini bermula selepas tahun 1414M apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya “Megat Iskandar Syah”. Bila raja telah memilih Islam, selanjutnya keseluruhan rakyat Melaka menjadi Islam.18 Mulai saat itulah Melaka telah menjadi sebuah negeri Islam. Kedudukan politiknya menjadi semakin kuat dengan adanya hubungan antara istana Melaka dengan istana Pasai dari segi keIslamannya. Seterusnya Melaka berkembang menjadi sebuah penempatan yang "berkerajaan". Landasan berkerajaan di sini ialah apabila hadirnya seorang raja yang berkuasa serta mempunyai kesan dan pengaruh dalam melaksanakan kuasanya. Bersama-sama raja terdapat para pembesar dari berbagai-bagai peringkat pegawai yang menyokong kedaulatan raja yang memerintah.19

(3)

3

Pengaruh Islam Dalam Institusi Raja

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah merentasi budaya Hindu-Buddha dan animisme yang dianuti selama ini. Oleh itu telah berlaku campur aduk di antara kebudayaan Islam dengan kebudayaan asal penduduk Tanah Melayu. Dengan kedatangan Islam amalan lama dalam sistem pemerintahan beraja kerajaan Melayu tidaklah berubah serta merta. Struktur adat istiadat negeri Melayu, kedudukan pangkat dan upacara tradisi terus berjalan. Sebab itu Milner berpendapat bahawa Sultan yang beragama Islam itu telah menjelaskan kepada pengikut-pengikutnya bahawa beliau adalah wakil Tuhan di muka bumi ini (zallulLah fi al-‘alam). Milner berpendapat pengakuan ini seakan-akan sama dengan pengakuan raja Sriwijaya yang menjanjikan kedamaian abadi (eternal peace).24

Begitu juga rakyat telah menganggap raja mereka adalah seorang manusia sempurna dan mempunyai ciri-ciri luar biasa. Ada beberapa maklumat yang menjelaskan perkara tersebut. Misalnya, Hikayat Raja-raja Pasai ada menjelaskan tentang kisah seorang raja Pasai pada kurun ke 14. Raja tersebut ialah Sultan Ahmad telah mendapat kuasa ganjil (ghaib) setelah baginda memeluk agama Islam. Apabila seorang ahli sihir (jogi) berbangsa India yang mahir tentang ilmu ghaib datang mengadap sultan untuk menunjukkan kebolehan luar biasanya, jogi tersebut telah pengsan disebabkan sifat keramat25 yang ada pada sultan dan dia terus jatuh ke bumi. Hikayat tersebut menyebut:

Maka jogi itu pun jatoh ka-tanah lalu ia pengsan sebab daripada keramat

Sultan itu. Maka Sultan pun hairanlah melihat dia, karna daripada sangat ia tahu bermain-main sihirnya, maka kemudian dari itu jogi itu pun lalu masuk ia igama Islam”.26

Sesuatu yang berlaku kepada raja itu menandakan beliau telah terkeluar dari fenomena yang biasa yang ada pada dirinya.27 Pertandingan menunjukkan keajaiban seperti mana yang berlaku di antara raja Pasai dan jogi itu adalah perkara biasa di kalangan ahli sufi.28 Keajaiban itu telah menggambarkan kepada masyarakat bahawa raja itu adalah manusia yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa. Tanggapan bahawa raja-raja Melayu adalah manusia yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa digambarkan juga dalam buku Sejarah Melayu. Buku tersebut telah menggambarkan bahawa Sultan Ahmad adalah seorang raja yang kebal, mampu menghadapi tembakan peluru meriam daripada orang-orang Portugis yang menyerang Melaka pada masa itu (1511). Sultan Ahmad diberitakan sedang menunggang gajah, diiringi oleh penasihat kerohanian dan guru ilmu Tauhid yang bernama Makhdum Sadar Johan. Sejarah Melayu menjelaskan:

"Maka Sultan Ahmad ditempuh baginda dengan gajah, dan segala hulubalang Feringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air. Maka sekaliannya pun undurlah turun ke perahunya. Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar seperti halilintar bunyinya. Maka baginda terdiri di atas gajah baginda di ujung jambatan: khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan itu. Maka Makhdum berpegang kedua-dua tangannya pada kiri kanan rengka gajah. Maka kata Makhdum,‘Hai Sultan, disini bukannya tempat tauhid; mari kita kembali’.”29

Peristiwa ini telah menjadi suatu bukti bahawa Sultan adalah seorang manusia yang hebat. Ungkapan " khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan itu" menunjukkan bahawa hujan tembakan peluru dari orang-orang Portugis tidak dapat membunuh Sultan.30 Kekuatan sultan yang sempurna dan luar biasa itu dikaitkan dengan ilmu tauhid dan kehebatan Makhdum Sadar Jahan dan kemampuan kewaliannya itu boleh menahan beliau dari "hujan tembakan peluru".31

Kesetiaan Kepada Raja

(4)

4

kesetiaan di sini pada dasarnya ialah ketaatan kepada segala kehendak raja. Kesetiaan yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar terhadap raja-raja mereka kadang-kadang melulu dan kadang kala ada batasan dan sempadannya. Konsep setia ini juga mendapat tempat di kalangan masyarakat umum. Mereka patuh kepada kehendak raja dan pembesar.32

Walau bagaimanapun terdapat juga orang-orang tertentu di samping menjalankan perintah raja-raja mereka mengeluh, menunjukkan hati kecil mereka membantah terhadap tugas-tugas yang dibebankan oleh raja dan pembesar ke atas mereka. Contohnya, Abdullah Munshi semasa berada di Kelantan melaporkan keluhan anak negeri Kelantan seperti berikut:

"Inilah tuan adat Melayu ini terlalu aninaya; sahaya sendiri juga membawa makanan, dan anak bini sahaya tinggal di rumah itu, barangkali makan, barangkali tidak. Demikianlah berbulan-bulan, sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja; dan jikalau tiada pergi, disuruhnya rampas rumah sahaya; maka jikalau melawan dibunuhnya, lagi didendanya".33

Dalam satu perbualan Abdullah Munshi dengan beberapa orang lain pula, beliau ada mendengar keluhan-keluhan berikut:

"Sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja: dan makan minum sahaya dan anak bini sahaya, tiada diberinya; di atas sahaya sendiri juga. Dan lagi, baik perahu atau tanam-tanaman dan hidup-hidupan sahaya sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi , kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga: Tiada boleh ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja".34

Kedaulatan Raja

Dari konsep setia dan taat kepada raja itu maka timbullah pula konsep ‘daulat’. Setiap raja yang memerintah Tanah Melayu dianggap sebagai raja yang berdaulat. Perkataan ‘daulat’ adalah berasal dari istilah arab iaitu ‘dawlatun’. Perkataan dawlatun berasal dari perkataan dala, yadlu, dawlatun. Secara bahasanya ia memberi pengertian pemerintahan dan kerajaan. Ia juga digunakan untuk maksud keturunan raja-raja.35 Pengertiannya dikaitkan dengan kuasa, kerajaan, empayar, dinasti, pemerintahan, negara, negeri dan lain-lain. Dalam konteks sesebuah kerajaan ia menjadi intipati kepada hak individu atau kelompok menggunakan kuasa dan wibawa untuk memerintah sesebuah kerajaan, negara atau negeri. Apabila dihubung dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktiraf baik secara lisan, kepercayaan, ataupun tulisan (piagam atau perlembagaan) bagi individu atau kelompok untuk melaksana atau menegaskan kuasa atau wibawa ke atas anggota masyarakat yang mendiami atau menduduki sesebuah negeri atau negara.36 Dalam sistem politik berkerajaan yang menjadi lambang kedaulatan ialah seseorang raja yang memerintah kerajaan tersebut.37

Untuk meneguhkan lagi kedudukan raja di sisi rakyatnya, raja diberikan sifat luarbiasa iaitu sifat charisma. Sifat istimewa yang di khususkan untuk raja-raja sahaja ialah sifat berdaulat. Dengan adanya sifat ini membezakan antara raja dengan rakyatnya. Rakyat tidak boleh mempermainkan rajanya kerana takutkan kuasa daulat ini. Sebenarnya kuasa daulat ini wujud hanya selepas seseorang raja itu menaiki takhta kerajaan.38Daulat juga dianggap sebagai tuah kepada seseorang raja. Buku Adat Raja-Raja Melayu menjelaskan:

(5)

5

Petikan di atas menjelaskan bahawa teras kepada daulat ialah tuah. Bila adanya daulat kepada raja semua rakyat akan kasih dan gerun kepada raja tersebut. Apabila seseorang telah ditabalkan secara rasmi menjadi raja, beliau dianggap mempunyai status yang tinggi iaitu berdaulat. Gelaran yang biasa dipakai untuk raja berdaulat yang memerintah ialah Sultan. Sultan dianugerahkan suatu status yang suci melalui upacara pertabalannya. Raja tersebut merupakan sumber kuasa, dan segala kebajikan yang dilakukan di dalam negeri adalah hasil tindak balasnya. Beliau seorang sahaja yang berkuasa mengeluarkan perintah. Rakyat juga mempercayai bahawa darah putih mengalir dalam diri raja itu.40

Seterusnya konsep daulat tersebut telah dikaitkan pula dengan konsep derhaka. Derhaka ialah kalimah yang digunakan terhadap orang yang engkar kepada titah perintah raja. Dalam Sejarah Melayu perkataan "derhaka" sering diucapkan apabila timbul kecenderungan untuk menentang raja. Dalam sejarah kesultanan Melaka pihak yang gigih mempertahankan tradisi ini dan menentang penderhakaan selalunya ialah pembesar-pembesar Melaka sendiri, khasnya Bendahara. Pada hakikatnya, kepercayaan adanya daulat dan takutkan derhaka itulah yang menjadi teras kuasa dan hak mutlak raja sebagai pemerintah yang ada hubungannya dengan anggota masyarakat lain yang diperintah.41

Terdapat pepatah Melayu yang berbunyi "pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya". Ini terbukti melalui kata-kata yang diungkapkan oleh Bendahara Tun Perak dan Laksamana Melaka kepada Raja Tua dizaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah sebagaimana katanya: "Sekali-kali tiada anak Melayu bernama durhaka…"42. Derhaka boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Undang-undang Melaka menyebut bahawa antara perbuatan menderhaka ialah membunuh orang yang membawa titah raja,43 menyangkal titah raja,44 bermaharajalela dan cuba menentang perbuatan raja. Kenyataan ini menggambarkan sifat orang-orang Melayu yang tidak menderhaka kepada rajanya. Menafikan titah raja dan enggan mengakui kedaulatannya akan dianggap menderhaka. Diri peribadi sultan itu adalah dianggap suci dan dilarang rakyat jelata menyentuhnya. Darah putih dikatakan mengalir dalam tubuh raja itu. Ini adalah sebenarnya lebih merupakan metos daripada kenyataan. Ianya merupakan satu rekaan yang dibuat untuk melahirkan unsur kemuliaan raja.45

Selain itu penderhaka juga dipercayai akan ditimpa mudarat dalam dua bentuk iaitu, mudarat dalam bentuk hukuman fizikal oleh pihat berkuasa atau akan ditimpa ‘tulah’ (daulat raja). Mudarat yang muncul dalam bentuk balasan fizikal daripada pihak kerajaan sendiri, iaitu pihak yang didapati menderhaka akan dibelasah dalam berbagai-bagai bentuk, bukan sahaja si penderhaka tadi yang dibelasah, malah keluarga dan suku-sakatnya turut dibelasah agar tidak meninggalkan zuriatnya.46 Si penderhaka biasanya dibunuh dengan cara disula dan seluruh keluarga si penderhaka juga turut dibunuh. Sekiranya tidak dibunuh lambat laung ianya dipercayai akan ditimpa tulah raja dan merana sepanjang hayat.47

Kedua, derhaka dihubungkan pula dengan kepercayaan tulah.48 Orang yang derhaka dipercayai akan ditimpa tulah raja. Di zaman Sriwijaya, daulat raja-raja dikatakan terletak pada keistimewaan air sumpah, yang perlu diminum pembesar dan pemerintah di bawah takluknya. Sesiapa yang derhaka atau engkar kepada raja kemudiannya akan terkena tulah.49 Hikayat Malim Dagang mencatatkan bahawa tulah mengambil bentuk tertimpa bisa kawi. Si penderhaka dipercayai akan ditimpa tulah raja (mungkin dalam bentuk sumpahan). Misalnya, Sejarah Melayu ada menyebut bahawa Sang Rajuna Tapa, iaitu Penghulu Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura dan isterinya dilaporkan menjadi batu akibat terkena tulah kerana membenarkan orang Majapahit masuk dan menyerang Singapura.50

Raja Dan Sistem Pemerintahan Islam

(6)

6

baru yang datang dari ajaran Islam dan dikaitkan pula dengan konsep perajaan di Alam Melayu. Buktinya dengan kedatangan agama Islam, status raja-raja Melayu diturunkan dan kini hanya menjadi bayangan Tuhan didunia.52

Raja dianggap sebagai ganti atau wakil tuhan di dunia ini. Dalam ungkapan bahasa Arab ia disebut dengan berbagai-bagai istilah seperti zallulLah fi al-‘alam, zallulLah fi al-ard dan khalifah al-mu’minin. Risalat Hukum Kanun Melaka53 (selepas ini disebut RHKM) memberi gelaran khalifah al-mu’minin zallulLah fi al-‘alam 54 kepada raja-raja yang memerintah negeri Melaka. Selain itu terdapat juga undang-undang Melaka versi lain yang menyokong fakta-fakta di atas. Contohnya dalam Risalat Hoekoem

Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka55 yang diedit oleh PH. S. Van Ronkel ada tertulis satu gelaran

khas kepada raja iaitu Khalifah al-Mu’minin ZallulLah fi al-‘alam. Catatannya adalah seperti berikut:

“…dan turun kepada Putera baginda Sultan Mahmud Syah Khalifah al -Mu’minin ZallulLah fi al-‘alam. Ialah yang mempunyai adat hukum dan perintah.”56

Manakala Undang-Undang Melaka (The Laws of Melaka)57 yang diedit oleh Liaw Yock Fang juga menggelarkan raja sebagai zallulLah fi al-‘alam. Undang-undang itu menegaskan:

“…Sultan Iskandar Syah. Ialah raja yang pertama menyusuk negeri Melaka. Ialah yang bergelar Sultan Mahmud Syah ZallulLah fi al-‘alam. Ialah raja yang pertama masuk agama Islam.”58

Bukti lain yang menunjukkan raja-raja Melayu Melaka dihubungkaitkan dengan Allah dan RasululLah ialah wasiat Bendahara Tun Perak yang telah tertulis di dalam buku Sejarah Melayu:

"…dan jangan kamu sekelian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu. Maka kata hukama, adalah raja yang adil itu dengan Nabi s.‘a.w. umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagipun raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zallulLah fi al-‘alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada Allah subhanah wa Ta‘ala. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasulnya… hendaklah jangan kamu lupai, supaya kebesaran dunia akhirat kamu perolehi".59

Oleh kerana masih kuat berpegang kepada adat dan tradisi, maka unsur kudus, luhur dan suci tetap terus menjadi intisari untuk membina dan menegakkan daulat dan meletakkan taraf raja mengatasi segala undang-undang. Masyarakat menganggap raja dan RasululLah sebagai dua buah permata yang saling bergandingan membentuk sebentuk cincin. Seorang raja diumpamakan sebagai ganti Allah untuk memerintah manusia di dunia ini.

Begitu juga banyak istilah-istilah Islam yang pernah digunakan kepada raja-raja yang pernah memerintah di Tanah Melayu. Contohnya ialah seperti sekeping dinar emas yang dijumpai di Kelantan dalam tahun 1914, yang bertulis di salah satu mukanya dengan perkataan "al-julus kelantan" dan di muka yang kedua bertulis dengan perkataan "al-mutawakkil".60Al-Julus dari segi bahasa ertinya ialah duduk dan dari segi istilah ialah menduduki singgahsana. Al-Mutawakkil pula ialah gelaran rajanya, yang bermaksud orang yang bertawakkal, iaitu bertawakkal kepada Allah. Analisis sejarah menjelaskan bahawa Al-Mutawakkil adalahgelaran kepada seorang raja yang pernah memerintah kerajaan Islam di Kelantan dalam abad yang keduabelas.61

Beberapa gelaran lain lagi bagi raja Islam terdapat pada beberapa keping wang syiling. Sebagai contoh, terdapat beberapa keping wang syiling yang telah digunakan pada kurun ke 15 di Melaka. Di antara gelaran yang digunakan untuk raja pada kepingan wang tersebut ialah ‘Sultan’, ‘Syah’ dan "Nasr al-dunya wa al-din" (penolong dunia serta penolong agama).62 Di Kedah, Trengganu dan Johor wang syilingnya menamakan raja sebagai ‘khalifah ’ di mana gelaran tersebut juga dijumpai di dalam Hukum Kanun

(7)

7

perajaan yang dipengaruhi oleh nilai-nilai tradisional dan fahaman Hindu-Buddha kepada pengaruh Islam.

Dalam sistem politik Melayu Islam raja juga adalah sumber dan pusat kuasa. Raja adalah penyusun adat istiadat, pemilik kerajaan dan berdiri teguh mempertahankan imej negara Islam dalam sebuah masyarakat yang bahagia serta mengamalkan undang-undang syariah Islam. Kuasa raja adalah restu daripada daulat yang dimiliki oleh raja tersebut. Kuasanya disalurkan bagi menggerakkan jentera serta tenaga-tenaga pemerintahan dan pentadbiran. Contohnya di zaman kerajaan Melaka, pribadi dan tubuh raja itulah yang didaulati. Kerajaan Melaka itu sendiri terbentuk hanya selepas adanya raja yang memerintah. Kedudukan raja sungguh tinggi dan istimewa dalam sistem kerajaannya. Titah perintahnya adalah undang-undang, gerak-gerinya boleh jadi arahan untuk bertindak, malah perbuatan dan tabiatnya tidak boleh ditegur. Sekiranya ada undang-undang yang diamalkan dalam kerajaannya, raja boleh mengatasi undang-undang tersebut. Raja yang memerintah itu sendiri sebenarnya undang-undang. Oleh itu raja dan kerajaan adalah sinonim, sebab dari segi ideal raja dipercayai seperti pohon yang rimbun, tempat rakyat tumpang berteduh. Anggapan rakyat terhadap raja yang sedang berkerajaan begitu tinggi. Sehingga Sejarah Melayu menegaskan:

“…rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri, demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya.”64

Peranan Institusi Raja Terhadap Agama Islam Di Alam Melayu Nusantara

Sistem beraja atau kesultanan telah pun diakui sebagai satu institusi pemerintahan yang besar sumbangannya kepada perkembangan tamadun Islam di Nusantara. Sebagai pemegang kuasa tertinggi yang menerajui pentadbiran negeri dan pemegang panji Islam, raja-raja bertanggungjawab secara langsung menentukan hala tuju sesebuah kerajaan. Sepanjang sejarah kesultanan Islam telah terbukti ramai raja telah membantu mengembangkan dakwah Islam di Nusantara. Contohnya ialah seperti al-Malik al-Zahir (1326-1346) di Pasai, Sultan Muzafar Syah (1530-1594) di Patani, Sultan Saiful Rijal (1578-1589) di Brunei, Sultan Iskandar Muda (1607-1636) di Aceh, Sultan Muhammad Jiwa di Kedah (1710-1760), Sultan Azimuddin (1735-1748) di Sulu selatan Filipina, Sultan Iskandar Zulqarnain (1756-1780) di Perak, Sultan Muhammad II (1837-1886)di Kelantan dan Sultan Zainal Abidin III (1888-1918) di Terengganu.65 Kesemua mereka didapati telah berusaha menghayati, menjiwai, mengamalkan dan seterusnya menyebarkan agama Islam di Nusantara. Mereka juga telah memainkan peranan utama dalam menegakkan dasar-dasar Islam dalam sistem bernegara.

Kesultanan Pasai

Kesultanan Samudera Pasai, juga dikenal dengan Samudera, Pasai, atau Samudera Darussalam, adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar al-Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasainya Pasai oleh Portugis pada tahun 1521. Raja pertama bernama Sultan al-Malik al-Salih yang wafat pada tahun 696 1297, kemudian dilanjutkan pemerintahannya oleh Sultan al-Malik al-Tahir. Kesultanan Samudera-Pasai juga tercantum dalam kitab

Rihlah ila al-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) karya Abu Abdullah Ibn Batutah (1304–1368),

pengembara Moroko yang singgah di Samudera pada tahun 1345.66 Kedudukan Samudera Pasai sangat strategik sebagai pusat pelayaran dan perdagangan di Nusantara. Banyak pedagang muslim dari Arab, Cina dan India datang untuk berdagang dan menyebarkan Islam. Kesultanan ini memperoleh sumber pendapatan yang besar dari cukai perdagangan dan pelayaran. Samudera Pasai ditaklukkan Portugis pada 1521.

(8)

8

Kesultanan Patani

Pada awalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berdaulat, mempunyai kesultanan dan perlembagaan yang tersendiri. Patani adalah sebahagian dari 'Tanah Melayu'. Namun pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi korban penaklukan Kerajaan Siam.68 Kehadiran Islam di Pattani dimulai dengan kedatangan Syekh Said, mubalig dari Pasai, yang berhasil menyembuhkan raja Pattani bernama Phaya Tu Nakpa yang sedang sakit parah. Phaya Tu Nakpa (1486-1530) beragama Budha kemudian masuk Islam dan bergelar Sultan Ismail Syah. Kesultanan Pattani mengalami kemajuan pesat setelah menjalin hubungan dagang dengan Kesultanan Malaka. Kesultanan Pattani kemudian menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan, terutama bagi pedagang dari Cina dan India. Kejayaan Pattani berakhir setelah dikalahkan Kerajaan Siam dari Bangkok. Peninggalan sejarah Pattani berupa nisan kubur yang disebut Batu Aceh yang melambangkan kedekatan hubungan dengan Samudera Pasai.

Zaman kesultanan Patani, Sultan Muzafar Syah (1530-1594) dikenali sebagai seorang pemerintah yang berminat meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan banyak memberikan perhatian dalam mendirikan tempat beribadah dimerata tempat. Kedatangan seorang ulama bernama Syeikh Safiyuddin telah meningkatkan lagi penyebaran Islam dan penerapan syariah di bumi Patani. Syeikh Safiyuddin telah dikurniakan gelaran Raja Seri Faqih oleh baginda kerana segala jasanya itu. Zuriat keturunan Syeikh Safiyuddin melahirkan ramai ulama terkenal yang memainkan peranan penting dalam penegakan syariah di Patani.69

Kesultanan Brunei

Kesultanan Brunei Darussalam merupakan kesultanan Islam yang terletak di Pulau Kalimantan sebelah utara. Islam pertama kali masuk ke Brunei pada tahun 977 H., dibawa saudagar Cina. Setelah raja Awang Alak Betatar (1406-1408) masuk Islam, ia mengubah kerajaan itu menjadi kesultanan. Kata "Darussalam" ditambahkan pada kata "Brunei" pada abad ke-15 untuk menekankan Islam sebaga agama negara. Kesultanan Brunei Darussalam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam dan perdagangan wilayah Melayu ketika Kesultanan Malaka jatuh ke tangan Portugis. Kesultanan Brunei Darussalam pernah dikuasai Inggris pada 1888, di masa kepemimpinan Sultan Hasyim Jalilu Ageramaddin, sultan ke-15, namun dapat meraih kemerdekaannya dari Inggeris pada tahun 1983.

Dalam sejarah kesultanan Brunei pernah kedapatan soal pelaksanaan hukum hudud dan qisas. Ini berlaku pada tahun 1580an iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal (1578-1589). Baginda ini terkenal sebagai seorang raja berjiwa pahlawan yang pernah berjaya mematahkan serangan tentera Sepanyol. Ini bererti hukum Hudud dan Qisas telah berjalan di Brunei sebelum Hukum Kanun Brunei disusun, kerana ia hanya baru ditulis pada zaman Sultan Hassan (1605-1619). Kanun ini kemudiannya diperkemaskan oleh raja-raja yang terkemudian dan Kanun Mahkota Alam serta Hukum Kanun Melaka telah dijadikan rujukan dalam proses ini. Langkah Sultan Saiful Rijal itu jelas menunjukkan bahawa soal pelaksanaan syariah lebih banyak bergantung kepada kemahuan raja-raja selain daripada sokongan dan peranan ulama dan penglibatan pembesar negeri.

Kesultanan Brunei telah membawa cirinya tersendiri dalam pembentukan institusi agama. Soal ini ketara pada zaman pemerintahan Sultan Hassan (1605-1619) apabila baginda melantik seorang wazir sebagai penanggungjawab dan penyelia hal ehwal agama. Wazir ini dibantu oleh Pehin Dato‘ Seri Maharaja yang bertaraf Mufti. Di bawah pehin Dato‘ Seri Maharaja ini terdapat empat orang menteri agama iaitu Pehin Datu Imam, Pehin Siraja Khatib, Pehin Tuan Imam dan Pehin Udana Khatib. Keempat-empat menteri agama ini menjalani pengkhususan tugas masing-masing. Ada yang dipertanggungjawabkan menjadi kadi (hakim), menjadi pengurus masjid dan pondok serta menjalani lain-lain tugas aspek pentadbiran agama.

(9)

9

bidang-bidang perkahwinan, perniagaan, jenayah serta hukuman ke atas orang yang murtad. Hukum Kanun Brunei ini kemudiannya dikemaskinikan oleh raja-raja Brunei berikutnya.

Kesultanan Aceh

Kesultanan Aceh ialah satu-satunya kesultanan di Alam Melayu yang banyak mencatat hubungan dengan empayar Uthmaniyah. Pertalian ini berlaku sejak zaman Sultan Ala’uddin Ri’ayat Shah al-Qahar (m. 1571). Empayar Uthmaniyah yang menjadi lambang kemegahan dan tunggak kekuasaan Islam pada masa itu telah menjadi sumber kekuatan inspirasi yang meniupkan semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan Melayu menentang penjajah barat. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam terbukti amat aktif dalam usaha menegakkan syariah dan menjalankan dasar pemerintahan Islam. Sebuah badan dipanggil Balai Gadeng yang dianggotai seramai 22 orang ulama telah didirikan untuk menasihati baginda dalam urusan pemerintahan. Baginda bukan sahaja berjaya membawa ciri-ciri seorang pemimpin Islam, bahkan juga membentuk institusi-institusi yang menjadi landasan ke arah keberkesanan suasana pemerintahan Islam. Baginda telah berjaya memupuk semangat bermesyuarat dalam sistem pemerintahan sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam. Baginda bukan sahaja berjaya membawa ciri-ciri seorang pemimpin Islam, bahkan juga membentuk institusi-institusi yang menjadi landasan ke arah keberkesanan suasana pemerintahan Islam.70 Sultan Iskandar Muda merupakan raja Aceh yang paling tegas dalam soal pelaksanaan hukum Islam di mana baginda pernah mengenakan hukuman rejam sampai mati ke atas puteranya sendiri, Meurah Pupok yang bakal menaiki takhta kerana kesalahan berzina dengan isteri seorang perwira dalam angkatan perang Aceh, selepas suaminya menuntut keadilan kepada pemerintah. Baginda sanggup melaksanakan hukum syariah berbanding dengan kepentingan pribadi.

Di Aceh juga ada jawatan yang dikenali dengan panggilan Kali Malikoy ‘Adi (Kadi Malik al-‘Adil) yang terletak secara langsung di bawah Sultan. Selain dari Kadi Malik al-‘Adil yang merupakan ketua Kadi, terdapat lagi kadi-kadi lain yang berkuasa di mukim-mukim yang terletak secara langsung di bawah kuasa Uleebalang (Hulubalang). Kadi Malik al-‘Adil pertama yang pernah dilantik ialah Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani pada zaman Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil (1589-1604). Baginda ialah seorang raja yang kuat pegangan agamanya dan melaksanakan syariat Islam. Dasar pemerintahan Islam kemudiannya disempurnakan pada zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636) dan diperkemaskan lagi pada zaman Sultanah Safiafuddin (1641-1675). Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani telah diangkat menjadi Perdana Menteri (Mangkabumi) pada zaman Sultan Iskandar Muda dan beliau telah menjadi penggerak penting kepada pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan Islam di Aceh. Sebagai seorang pembesar berpengaruh, beliau menjadi tenaga penggerak penting di sebalik pelaksanaan dasar-dasar Islam di Aceh. Beliau berperanan sebagai pemimpin sidang Balai Gadeng yang dianggotai oleh para ulama Aceh. Sesungguhnya kegemilangan di zaman Sultan Iskandar Muda dalam sejarah kesultanan Aceh adalah berkait rapat dengan peranan beliau sebagai penasihat utama Sultan.71

Syeikh Nuruddin al-Raniri telah menjadi Kadi al-Malik al-‘Adil yang baru pada zaman Sultan Iskandar Thani (1636-1641) selepas Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani berundur. Apabila al-Raniri berhenti dalam tahun 1657, beliau telah diganti oleh Syeikh Abdul Rauf dari Singkel yang kekal di jawatan ini sehingga beliau meninggal dunia dalam tahun 1696.72

Kesultanan Sulu

Kesultanan Sulu merupakan kesultanan Islam yang terletak di Filipina bagian selatan. Islam masuk dan berkembang di Sulu melalui orang Arab yang melewati jalur perdagangan Melaka dan Filipina. Pembawa Islam di Sulu adalah Syarif Karim al-Makdum, orang Arab yang ahli ilmu pengobatan. Abu Bakar, seorang pendakwah dari negara Arab, berkahwin dengan puteri dari pangeran Bwansa dan kemudian memerintah di Sulu dengan mengangkat dirinya sebagai Sultan.

(10)

10

Kesultanan Kedah Dan Perak

Sultan Muhammad Jiwa (1710-1760) dari Kesultanan Kedah seorang lagi tokoh yang membuktikan ciri-ciri kepimpinan yang tidak kurang keunggulannya. Baginda terkenal sebagai seorang raja yang mencatat zaman gemilang dalam sejarah negeri Kedah kerana pelbagai kemajuan di bidang agama, politik, hubungan luar, dan ekonomi yang telah dapat dilaksanakan selain daripada bidang keagamaan. Pendampingan rapat dengan guru agama, Syeikh Abdul Jalil al-Madani telah banyak membantu kecermelangan zaman pemerintahan baginda kerana guru agamanya ini juga bertindak sebagai penasihat pribadi baginda dalam urusan pentadbiran negeri.74

Pada zaman Kesultanan Perak di dapati Sayyid Hussain al-Faridz, seorang ulama berasal dari Hadramaut dilantik menjadi seorang pembesar negeri oleh Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720). Beliau mendapat gelaran “Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" dan menjadi guru agama kepada Sultan Mahmud Iskandar Syah. Beliau dilantik sebagai salah seorang daripada Orang-orang Besar Empat yang bertanggungjawab mentadbirkan urusan agama di Perak.

Sultan Iskandar Zulqarnain (1756-1780) dari kesultanan Perak merupakan seorang raja yang menunjukkan kecenderungan besar untuk menjalankan dasar pemerintahan Islam. Baginda telah melantik Faqih Yusuf seorang ulama dari Aceh untuk mengendalikan pelaksanaan syariah di kawasan tempat baginda memerintah di Pulau Indera Sakti. Baginda telah menggalakkan pembinaan masjid dan memberikan penghormatan kepada para ulama. Baginda telah meluangkan masa untuk menerima pengaduan rakyat sebanyak tiga kali sehari di beranda istana yang dipanggil “Balai Lepau" iaitu selepas sembahyang Subuh, pada waktu tengahari dan selepas sembahyang zohor.75

Kesultanan Kelantan

Dalam sejarah kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad I (1800-1837) dikenal pasti sebagai seorang raja yang warak dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mendirikan masjid, surau, madrasah dan rumah-rumah wakaf sebagai tempat persinggahan dan beramal ibadat. Baginda mendirikan Mahkamah Balai di istana untuk mendengar sendiri segala pengaduan rakyat jelata. Kecenderungan agama baginda ini sebenarnya berkaitan dengan perdampingan baginda dengan seorang ulama, Syeikh Abdul Halim al-Yunani yang menjadi penasihat danjuga saudara angkat baginda.76

Seorang lagi raja iaitu Sultan Muhammad II (1837-1886) yang terkenal dengan sifatnya yang mempunyai minat mendalam mempelajari agama dan seterusnya menjalankan amalan pemerintahan Islam. Peranan baginda ini banyak membantu dalam menegakkan pelaksanaan syariah dan seterusnya meletakkan asas bagi kemunculan Kelantan sebagai sebuah kesultanan dengan ciri-ciri pemerintahan Islam di Alam Melayu. Baginda telah berusaha memperkemaskan usaha menerapkan syariah dalam amalan pemerintahan. Negeri Kelantan telah dibahagikan kepada 100 buah mukim. Di setiap satu mukim didirikan satu surau dan dilantik seorang Imam yang berfungsi sebagai ketua urusan agama dan pentadbiran mukim. Surau menjadi pusat kegiatan rasmi dan tidak rasmi bagi penduduk kampung. Dua orang ulama terkenal merupakan penasihat pribadi baginda. Mereka ialah Haji Abdus Samad Haji Abdullah (Tok Pulai Condong) dan Haji Ya‘akub, anak kepada Syeikh Abdul Halim al-Yunani.77

Kesultanan Terengganu

Dalam sejarah kesultanan Terengganu contoh seorang Raja yang berjiwa Islam ialah Sultan Baginda Umar (1839-1876). Baginda terkenal sebagai seorang pemerintah yang cekap dalam percaturan diplomasi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Siam dan Inggeris dan rapat dengan golongan ulama. Baginda telah mendapat kekuatan daripada golongan ulama dalam menghadapi ancaman campur tangan Inggeris dan Siam. Baginda berdamping rapat dengan tokoh-tokoh ulama terkenal pada zamannya iaitu Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Idrus (Tok ku Tuan Besar) dan Syeikh Abdul Rahim bin Abdul Kadir al-Fatani (Tok Pulau Duyung). Baginda juga telah bersedia mendengar sendiri pengaduan rakyat jelata di ruang istananya.78

(11)

11

bertindak tegas mengenakan hukum hudud ke atas mereka yang bersalah dan baginda sendiri selalunya bertindak sebagai hakim dalam perbicaraan. Penglibatan pribadi baginda dalam urusan kehakiman ini telah menjamin keadilan dan memperbaikkan urusan pentadbiran agama.79 Begitu juga Sultan Zainal Abidin III (1888-1918) yang telah terkenal bukan hanya kerana berpunca daripada kecenderungan besar untuk menjalankan dasar pemerintahan Islam, bahkan juga berpunca daripada keperibadian baginda yang dapat menyerlahkan diri seorang raja yang agamawan. Baginda bukan sahaja patuh mengerjakan perintah agama, malah amat berminat memperluaskan ilmu agama sehingga diakui sebagai seorang raja yang pakar di bidang agama. Dengan kemempuan inilah, baginda telah merancang penggubalan perlembagaan Islam yang disebut Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk sebuah perlembagaan Islam terunggul yang pernah dihasilkan dalam sejarah perundangan Islam di Alam Melayu.80 Sultan Zainal Abidin III adalah seorang Raja yang terkenal dengan perwatakan pemimpin Islam dan mempunyai hasrat yang besar untuk melaksanakan syariah Islam dalam pemerintahan. Hasrat baginda menjadi lebih mudah kerana ia mempunyai dua pembantu yang unggul iaitu Tok ku Paloh, seorang ulama yang berwibawa dan Datuk Sri Amar Diraja, Ngah Muhammad bin Yusuf, seorang menteri besar yang masyhur dengan perwatakan keIslamannya.

Dalam sejarah Kesultanan Terengganu, Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus daripada satu keluarga ulama berpengaruh telah dilantik menjadi Menteri Besar dengan gelaran Engku Sayyid Seri Perdana dalam tahun 1864 pada zaman Sultan Baginda Umar. Beliau ialah anak kepada Tok ku Tuan Besar dan saudara kepada Tok ku Paloh, dua ulama terkenal yang telah mencipta sejarah gemilang masing-masing di Terengganu. Beliau bukan sahaja seorang ulama dan pentadbir yang cekap, bahkan juga seorang penulis kitab-kitab agama dan seorang sasterawan yang produktif sehingga mendapat gelaran sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu".

Di samping tokoh-tokoh raja ini, ada lagi beberapa orang sultan yang telah membuktikan kewibawaan dan keunggulan sebagai raja-raja yang berjiwa Islam. Mereka ini terkenal sebagai raja-raja yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, yang taat menunaikan kewajipan agama dan berakhlak sebagai pemimpin Islam yang selayaknya seperti Sultan Mahmud Badruddin (1803-1821) di Palembang, Sultan Mansur (1891-1900) di Kelantan, Alauddin Sulaiman Syah (1898-1938), Sultan Hisyamuddin Alam Syah (1938-1960) di Selangor, Sultan Idris Syah (1887-1961) dan Sultan Iskandar Syah (1918-1938) di Perak.

Kesimpulan

(12)

12

NOTA HUJUNG

1

Grolier International, Grolier Academic Encyclopedia, USA: Grolier International, j. XII, 1983, h. 80.

2

J.S. Badadu, Prof. Dr., dan Sutan Mohammad Zain, Prof., Kamus Umum Bahasa Indonesia, Jakarta: Pustaka Sinar Harapan, cet. pertama, 1994, h. 1120.

3

Anzagain Sdn. Bhd., Ensiklopedia Malaysiana, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd., j. II, 1995, h. 110. 4

Ibid. 5

Grolier Incorporated, The Encyclopedia Americana (International Edition), Connecticut: Grolier Incorporated, 1984, h. 453.

6

Grolier International, op. cit., vol. XII, h. 80.

7

Lihat Virginia Matheson, Concepts of State In The Tuhfat al-Nafis. Dalam Anthony Reid and Lance Castles (eds), Monograf of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, No. 6, Pre-Colonial State Systems in Southeast Asia, Kuala Lumpur: Perchetakan Mas Sdn. Bhd. 1975, h. 20.

8

A.C. Milner, Islam And Malay Kingship. Dalam Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique dan Yasmin Hussain, Reading On Islam In Southeast Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies, 1985, h. 25. 9 C.C. Brown,

Sejarah Melayu of Malay Annals, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976, h. 185. 10

J.S. Badadu, Prof. Dr., dan Sutan Mohammad Zain, Prof., op. cit., h. 1121. 11

Paul Wheatley menganggap Parameswara, iaitu tokoh kerabat dari Palembang yang telah pun ditundukkan oleh Majapahit sebagai pembelot terhadap kedaulatan kuasa pusat di Jawa. Percubaan Parameswara yang berani ini telah gagal. Beliau meninggalkan Palembang, dan pergi ke Singapura, dan sekali lagi menjadi pembelot apabila beliau membunuh pemerintah Singapura pula. Lihat Paul Wheatley, Impressions of The Malay Peninsular in Ancient Times, Singapore: Eastern University Press, 1964, h. 28.

12

Zubir Usman, Drs., Melaka: Pusat Perkembangan Islam di Tenggara Asia. Dalam Khoo Kay Kim (ed.), Melaka dan sejarahnya, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, cet. pertama, 1982, h.17.

13 Ibid. 14

M. Junus Djamil, Salsilah Tawarich Radja2 Keradjaan Atjeh, bahan stensil, 1968, h. 8.

15 Wan Hussein Azmi, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7-20M). Dalam Khoo

Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, h.. 145.

16

A. Hasjimi, Dustur Dawah Menurut al-Quran, Jakarta: Bulan Bintang, cet. pertama, 1974, h. 376. 17

T.W. Arnold, The Preaching of Islam, London: Luza & Companny, edisi ketiga, 1935, hh. 372-373. 18

Journal of South-East Asian History, 1964, h. 5. Lihat juga, R.J. Wilkinson, The Malay Sultanate. Dalam Wilkinsons Papers On Malays Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971.

24

A.C. Milner, op. cit., h. 26. 25

Keramat ialah istilah yang berasal dari bahasa Arab karama yakrumu karamatan, yang bermaksud suatu pemberian yang luar biasa kepada seseorang Islam yang baik.

26A.H. Hill (ed.), “Hikayat Raja-raja Pasai”. A revised romanised version of Raffles MS 67, together with

an English translation. Dalam Journal of The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society (selepas ini disebut JMBRAS), Singapore: Malaya Publishing House Limited, vol. XXXIII, 1960, h. 74.

27

R.A. Nicholson, Studies In Islamic Mysticism, Cambridge, 1921, h. 78. 28

(13)

13

29

W.G Shellabear (ed.), Sejarah Melayu (Edisi Jawi), Singapura: Malay Publishing, House Limited, 1896, h. 317.

Melayu Tradisional. Dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur:

Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, h.89. 33

Kassim Ahmad (editor), Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 85. 34

Ibid., h. 103. 35 Al-Marbaw

i, Qamus Idris al-Marbawi, op. cit., h. 212. 36

Mohammad Yusoff Hashim, Daulat Dalam Tradisi Budaya dan Politik Kesultanan Melayu Abad ke 15

dan Awal Abad ke 16: Antara Mitos dan Realiti. Dalam Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No.

3/1994-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1995, h. 215. 37

PH. S. Van Ronkel (ed.), Adat Radja Radja Melajoe, Leiden: N.V. Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1929, h. 80.

40

Lihat R.O. Winsted, Kingship And Enthronement In Malaya, JMBRAS, Singapore: Malay Publishing House Limited, vol. XX, part I, 1947, hh. 45-56.

41

Lihat Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., h. 280. 42

W.G Shellabear (ed.), op. cit., h. 221. 43

Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), Netherlands: The Hague - Martinus Nijhoff, 1976, h. 70.

44

Ibid., h. 68-69. Fasal 4. 45 J.M. Gullick,

Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, op. cit., h. 73. 46

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., 153-154 . 47

Ibid.

48 Dari segi bahasa tulah bererti kemalangan, fizikal mahupun rohaniah atau mental yang menimpa

seseorang akibat dipercayai kesalahannya kepada orang-orang tua, raja atau tempat-tempat keramat. Kedua-dua Sejarah Melayu Versi tahun 1612 dan tahun 1536 menerangkan tentang suatu peristiwa apabila Maharaja China dihinggapi penyakit kedal seluruh tubuhnya, lantaran baginda menerima sembah Sultan Mansur Syah dari Melaka. Cuma apabila tabib menyuruh supaya Maharaja China itu

Lihat Dr. Syed Nuguid al-Attas, Preliminary Statement on General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesians Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969. Lihat juga, Syed Muhammad Naguib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972.

52

Abu Hassan bin Mohd. Sham, Undang-undang Melayu Lama, op. cit., h. 147. 53

Microfiche 15 (LUB D393/1 K1.45), Risalat Hukum Kanun Melaka, Kuala Lumpur: Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Risalat ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.

54

Ibid., h. 2. 55

PH. S. Van Ronkel (ed.), Risalat Hoekoem Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka, Leiden: Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1919.

56

(14)

14

57

Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), Netherlands: The Hague - Martinus Nijhoff, 1976.

58

Lihat Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), op. cit., h. 64. 59

W.G. Shellabear (ed.), op. cit., h. 224. 60 Saad Shukri Haji Muda,

Detik-detik Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1971, h. 28. 61

Wan Hussein Azmi, op. cit., h.144. 62

W.W. Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, Malacca Coins, Kuala Lumpur, 1970, h. 2-4. 63

W.W. Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, Coin of North Malaya, Kuala Lumpur, 1971, h. 12. 64

W.G. Shellabear (ed.), op. cit., h. 202. 65

Auni Haji Abdullah (2005), Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu, Kuala Lumpur: Darulfikir, h. 1.

66 Ibn Batutah bercerita bahwa Sultan Malik al-Zahir di negeri Samatrah menyambutnya dengan penuh

keramahan. Menurut Ibn Batutah, penduduk Samatrah (Samudera) menganut mazhab Syafi`i. 67

Ismail Yakub (1972), Sejarah Islam Indonesia, Jakarta: Penerbit Widjaya, h. 24.

68 http://pgssajkm.blogspot.com/2008/05/sejarah-perjuangan-pattani.html. Dipetik pada 2 Mei 2012.

69

Mohd Zamberi A. Malik (1993), Umat Islam Patani: Sejarah Dan Politik, Shah Alam: Hizbi, h. 40. 70

Zakaria Ahmad (1972), Sekitar Kerajaan Atjeh, Medan: Penerbit Menora, h. 93. 71 Ibid., hh. 116-117.

72

A Hasjmy (1977), 59 Tahun Aceh Merdeka di Bawah Pemerintahan Ratu, Jakarta: Bulan Bintang, hh. 110, 189 dan 213.

73

Majul C.A. (1973), Muslims in the Philippines, Manila: University of Philippine Press, hh. 202-203. 74

Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Rashid (1968), Al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 96-103.

75

Andaya, B.W. (1979), Perak The Abode of Grace, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 188. 76

Alwi Haji Hassan (1996), The Administration of Islamic Law in Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.3.

77

Ismail Che’ Daud (1988), Tokoh-tokoh Ulama di Semenanjung, Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, h. 48.

78

Wan Husin Wan Embong (1991), Peranan dan Pengaruh Tok Ku Tuan Besar, dalam Muhammad Abu Bakar (ed.), Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, h. 135.

79 Alwi Haji Hassan (1996), op. cit., h. 7.

80

Referensi

Dokumen terkait