• Tidak ada hasil yang ditemukan

psikologi dalam dan pendidikan islam .docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "psikologi dalam dan pendidikan islam .docx"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

DISEDIAKAN OLEH:

Nama No. Matrik Tanda Tangan

NURUL AIN SURYATIE BINTI MOHAMED ZAINUDIN

L010433

ILYANI BINTI ZAINUDDIN L010372 HELMA BINTI MUHAMAD ARIB L010411 FATIN HAZIQAH BINTI AMINILLAH L010412 HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD L010361

PENSYARAH : DR. NURUL HUDA BINTI MD HASSAN

TARIKH SERAH: 3 DISEMBER 2016

1.0 PENGENALAN

KPP 4023:

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

(2)

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara murid-muridnya bagaimana belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Oleh hal yang demikian didalam penulisan ini kami akan memperkenalkan beberapa teori pembelajaran bermula dengan Ivan Pavlov, J.B Watson, Albert Bandura, Thorndike dan Skinner. Di dalam penulisan ini kami akan menerangkan bagaimana teori pembelajaran tersebut. Seterusnya kami akan menggunakan teori-teori tersebut dalam menyelesaikan masalah pembelajaran dan tingkah laku murid di sekolah kami.

1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849 – 1936 )

Teori pelaziman klasik Pavlov merupakan teori pembelajaran Behaviorisme. Teori ini telah diperkenalkan oleh Ivan P. Pavlov . Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov dan dilahirkan di Kyazan, Rusia pada tahun 1849.

Beliau adalah ahli saintis behavioris yang menjumpai proses kelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan adalah bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.

Pada penghujung tahun 1800-an dan awal 1900-an , Pavlov dan rakan-rakannya telah mengkaji proses pencernaan anjing. Dalam kajian tersebut, mereka memerhatikan perubahan-perubahan dalam masa dan kadar penghasilan air liur haiwan tersebut.

Dalam uji kaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau bersaingan dengan rembesan air liur anjing yang disebabkan oleh adanya makanan yang disajikan. Selepas itu, di masa akan dating, rembesan air liur berlaku sebaik sahaja mendengar loceng walaupun tiada makanan yang disajikan didepannya.

(3)

Oleh itu, dalam pelaziman klasik satu organisme belajar memberi gerak balas kepada rangsangan baru dengan sara yang sama. Ia memberi gerak balas kepada yang lama, iaitu rangsangan tak terlazim.

Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan dilakukan iaitu rangsangan neutral (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatic tanpa latihan awal) iaitu yang “dipasangkan” (wujud serentak) berhubung antara satu sama lain.

Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) atau gerak balas terlazim (gerak balas yang dibangkitkan oleh gerak balas oleh gerak balas rangsangan terlazim yang disatukan dengan rangsangan tak terlazim ; sama seperti gerak balas tak terlazim).

Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur (gerak balas tak terlazim) pada mulanya berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan, tetapi apabila makanan dipsangkan dengan loceng, remebesan air liur (sekarang menjadi gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim iaitu ransangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim).

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat wujudnya kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku apabila melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, tiga peringkat kelaziman telah dihasilkan seperti dalam rajah berikut.

SEBELUM PELAZIMAN

SEMASA PELAZIMAN ( DILAKUKAN BERULANG KALI )

Bunyi loceng AIR LIUR

( Rangsangan terlazim ) ( Gerak balas tak

(4)

Rajah 1.1: proses eksperiment Pavlov

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip kelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah

1. Generalisasi

2. Dikriminasi

3. Penghapusan.

Generalisasi

(5)

satu mata pelajaran, iaitu Matematik telah digeneralisasikan ke dalam satu masa pelajaran lain, iaitu Matematik Tambahan.

Diskriminasi

Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim berlaku berulang kali. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim ( daging ).

PROSES PENGHAPUSAN

PEMBELAJARAN SEMULA

PEMULIHAN SERTA - MERTA

GENERALISASI

Makanan tidak diberikan Air liur anjing semakin Apabila loceng dibunyikan berkurang sehingga tidak ( dilakukan berulang kali ) keluar langsung

Makanan dan bunyi loceng Air liur anjing keluar semula diberikan secara serentak

berulang kali. Akhirnya loceng sahaja dibunyikan.

Bunyi loceng dibehentikan Air liur keluar juga Sementara dan kemudian

Dibunyikan semula.

(6)

DISKRIMINASI

Masalah pembelajaran

Seorang guru mata pelajaran Sejarah mengajar kelas yang kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Setiap kali guru tersebut mengajar di dalam kelas, didapati ramai yang tidur dan kurang memberikan perhatian ketika dia sedang mengajar. Guru tersebut sangat risau akan sikap dan tingkah laku pelajar di dalam kelas tersebut. Memandangkan mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus untuk medapatkan sijil di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, maka guru tersebut mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu supaya pelajar kelas tersebut dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap subjek Sejarah.

Guru tersebut telah mengenalpasti kecenderungan minat pelajar di kelas tersebut. Para pelajar pastinya suka akan muzik dan nyanyian kerana jiwa remaja cenderung terhadap keseronokan. Jadi guru tersebut mencari lagu dan muzik untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Berdasarkan teori klasik Pavlov, guru tersebut menggunakan kaedah lagu sebagai rangsangan tak terlazim untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Berikut merupakan rajah berdasarkan teori Pavlov.

Hanya bunyi loceng diberikan Air liur hanya keluar apabila daging. Bunyi yang seakan-akan bunyi loceng dibunyikan + sama tidak diberikan daging. daging sahaja.

SEBELUM PELAZIMAN

Lagu Pelajar memberi tumpuan dan gembira

(7)

Berikut adalah rumusan dapatan daripada kajian Pavlov.

PROSES PENGHAPUSAN

PEMBELAJARAN SEMULA

PEMULIHAN SERTA MERTA

GENERALISASI

SEMASA PELAZIMAN ( Dilakukan berulang kali )

Subjek Sejarah Pelajar memberi tumpuan dan gembira (Rangsangan terlazim ) ( Gerak balas tak terlazim)

+

Lagu

( Rangsangan tak terlazim )

SELEPAS BERLAKUNYA PELAZIMAN

Subjek Sejarah Pelajar tidak memberi respon ( Rangsangan terlazim ) ( Gerak balas terlazim )

Tiada lagu ketika Respon pelajar makin berkurang P & p Sejarah

Ada lagu ketika Pelajar kembali bersemangat. P & p Sejarah

Aktiviti nyanyian tidak Pelajar masih bersemangat dijalankan seketika dan

dijalankan semula

Subjek Sejarah digantikan Pelajar tetap bersemangat dengan subjek seakan-akan

(8)

DISKRIMINASI

Implikasi teori Pavlov terhadap pembelajaran adalah seperti berikut :

1. Pembelajaran dipengaruhi oleh sejauh manakah baiknya sistem saraf seseorang. Indivudu yang baik sistem sarafnya lebih mudah mengusai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim.

2. Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui banyak latihan dan ulangan

3. Faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas. Dalam hal ini, pemberian ganjaran perlu diberi perhatian.

4. Dalam proses pembelajaran, tingkah laku dapat dilihat, diamati,diukur, dan dikawal hendaklah diberi perhatian.

5. Pemindahan pembelajaran boleh berlaku melalui proses generalisasi. Hal ini memerlukan kebolehan menggunakan pengalaman dalam situasi-situasi yang lain.

6. Lupaan atau penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan dalam sesuatu pembelajaran

Rumusannya, pelajar akan memberi respon yang positif sekiranya dirangsang dengan sesuatu yang menyeronokan. Sebagai contoh semasa pengajaran dan pembelajaran perlu ada aktiviti nyanyian lagu yang berunsurkan mata pelajaran tersebut. Jika tidak, kecenderungnya untuk minat terhadap subjek Sejarah juga akan menurun. Pelajar yang kurang fokus di dalam kelas perlu dikenal pasti masalah mereka. Para guru perlu mencuri Hanya subjek Sejarah ada aktiviti Pelajar hanya bersemangat

nyanyian. Subjek yang seakan apabila subjek Sejarah + lagu sama dengan subjek Sejarah tiada

(9)

perhatian mereka dengan aktiviti yang merangsang minat mereka supaya mereka dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.

1.2TEORI PELAZIMAN TINGKAH LAKU (J.B. WATSON)

J.B. Watson merupakan seorang ahli psikologi Amerika dan mejadi orang yang pertama yang memperkenalkan perkataan behaviourisme..Dan beliau adalah merupakan bapa kepada teori Behaviourisme. Teori Behaviourisme telah muncul pada tahun 1913 ketika mana John Broadus Watson menebitkan artikel yang bertajuk “psychology as the behaviourist views it”. Behaviourism adalah pendekatan psikologi yang mana menekankan kajian santifik dan bahan kajian. John Watson menerangkan bahawa proses pelaziman kalsik mampu dalam menerangkan semua aspek psikologi manusia. Selain itu menurut Watson dia percaya bahawa setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza disebabkan oleh pengalaman yang berbeza yang pernah dialaminya. Beliau membuktikan dengan mengatakan bahawa:

“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggar-man and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his ancestors” (Watson, 1924, p.104)

Disini Watson ingin membuktikan bahawa segala yang berlaku dalam tingkah laku manusia adalah bukan disebabkan oleh kejadian semulajadi ataupun genetik tetapi ianya adalah disebakan oleh proses pengalaman yang mereka pelajari dapat mengubah sesuatu tingkah laku manusia melainkan gerakan reflex yang mudah seperti mata berkelip.Watson berpendapat bahawa tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim(conditioning reflex) dan gerakan refleks yang mudah berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Akan tetapi manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri

(10)

diwarisi tetapi ianya adalah semulajadi dan tidak perlu diajar. Ini menunjukkan bahawa pelaziman klasik mempengaruhi dalam perubahan tingkah laku mereka dalam situasi-situasi baru.

Selain tingkah laku, pembelajaran emosi juga berhubungkait. Terdapat tiga emosi manusia yang diwarisi secara semulajadi iaitu marah, sedih dan takut. Perubahan sesuatu emosi kepada berani kepada takut adalah disebabkan adanya hubungkait dengan teori pelaziman klasik seperti mana yang dikemukakan oleh J.B. Watson dan Ivan Pavlov. Bagi membuktikan bahawa pelaziman klasik mempunyai hubungkait dalam perubahan emosi manusia yang mana semulajadi ada tetapi perubahan ini adalah disebabkan proses tersebut Watson telah membuat satu uji kaji yang diketahui ramai iaitu uji kaji keatas seorang bayi yang bernama Albert, uji kaji ini dikenali sebagai “Little Albert”.

EKSPERIMEN LITTLE ALBERT OLEH J.B WATSON

Little Albert merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 11 bulan. Dalam uji kaji ini Watson ingin membuktikan bahwa perubahan emosi manusia adalah disebabkan oleh pelaziman klasik. Dalam uji kaji tersebut Albert telah ditunjukkan oleh Watson dengan pelbagai rangsangan seperti anjing, monyet, nyalaan api dan tikus putih tetapi Albert tidak menunjukkan sebarang respond takut kepada rangsangan tersebut. Akan tetapi apabila tikus tersebut ditunjukkan kepada Albert disertakan dengan satu bunyi yang kuat. Rangsangan ini diulang berkali-kali dan pada akhirnya Albert telah mencetuskan perasaan takut terhadap tikus putih tesebut. Bukan setakat itu sahaja Albert telah mencetuskan perasaan phobia terhadap segala bentuk yang mempunyai ciri-siri yang sama seperti tikus putih itu iaitu Albert takut kepada benda yang mempunyai ciri tersebut. Bagi meneguhkan lagi uji kaji tersebut setelah Albert mencetuskan rasa takut kepada benda berbulu segala benda yang mempunyai ciri berbula menyebabkan Albert menangis.

(11)

respond terlazim. Ini kerana proses pelaziman klasik mengambil tempat dalam mencetuskan rasa takut Albert terhadap tikus putih yang berbulu dan binatang lain yang mempunyai ciri tersebut. Rajah dibawah menunjukkan proses pelaziman klasik dalam merubah sesuatu emosi seseorang manusia.

Respond semulajadi

Respond berpasangan

Respond pembelajaran

Rajah 1.2.1: Eksperiment Watson

Tuntasnya disini apa yang dapat disimpulkan bahawa pelaziman klasik dapat mengubah sesuatu tingkah laku dan emosi manusia. Dengan berlakunya pelaziman maka manusia akan mempelajari sesuatu makanya mereka akan mencetuskan perubahan emosi dan tingkah laku.

APLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B. WATSON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Takut

(Respond tidak terlazim) Bunyi kuat

(Rangsangan tidak terlazim)

Takut

(Respond tidak terlazim) Tikus putih (rangsangan

neutral) +bunyi kuat (rangsangan tidak terlazim)

Takut

(respond terlazim) Tikus putih (rangsangan

(12)

Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Azizi Abdul Shukor, 2008 dalam buku yang bertajuk psikologi pendidikan menyarankan bahawa berdasarkan kepada uji kaji Watson keatas Albert, beliau menyarankan kepada guru bahawa mereka dapat mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepada pelajar dan jenis respond yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan dalam proses pengajaran guru haruslah memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Hal ini membuktikan bahawa seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajaran mereka. Dengan penyedian rangsangan yang baik dan tepat guru mampu dalam menentukan jenis respond yang diingini oleh pelajar. Oleh demikian dengan menggabungkan kedua-dua aspek tersebut maka guru mampu untuk menyampaikan topik pengajaran secara berkesan dan efektik. Tambahan pula teori ini juga dapat digunakan oleh guru dalam memerhatikan tingkah laku pelajar serta guru juga mampu dalam mengawal tingkah laku pelajar tersebut. Justeru teori ini memberi banyak manfaat kepada guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi mereka.

Disini dengan menggunakan teori pelaziman oleh J.B. Watson dapat diaplikasi kepada beberapa masalah yang berlaku di sekolah. Masalah yang saya sering berhadapan adalah dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-sunah iaitu murid kurang menguasai tajuk yang berkaitan dengan ilmu tajwid Al-Quran. Setelah meneliti teori pelaziman ini maka ianya boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi dengan mewujudkan satu rangsangan yang dalam bentuk peneguhan yang mana dapat menghasilkan respond yang positif dari rangsangan yang diberi. Tambahan dengan menggunakan rangsangan dalam bentuk peneguhan guru dapat melihat respond pelajar terhadap rangsangan tersebut.

(13)

membantu murid dalam menguasai ilmu tajwid. Rajah dibawah menunjukan bagaimana teori pelaziman diaplikasi dalam menyelesaikan masalah diatas

Respond semulajadi

Respond berpasangan

Repond pembelajaran

Antara masalah lain yang dihadapi ialah masalah pelajar sering lewat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian teori pelaziman klasik oleh J.B. Watson dapat digunakan bagi menyelesiakan masalah berkenaan kerana dengan mengapikasikan teori ini guru dapat mengawal tingkah laku dan emosi pelajarnya. Sebagai contoh guru memberi rangsangan yang menyeronokkan kepada pelajar yang menyiapkan latihan awal. Melalui rangsangan yang diberikan guru dapat melihat respond atau gerak balas yang diberikan oleh pelajar sebelum dan selepas rangsangan. Makanya disini guru dapat mengawal tingkah laku dan emosi pelajar tersebut. Dan rangsangan ini akan mencetuskan

latih tubi (rangsangan

tidak terlazim)

(respond tidak terlazim)

menguasai ilmu tajwid

tidak faham ilmu tajwid

(rangsangan neutral) +

latih tubi (rangsangan

tidak terlazim)

menguasai ilmu tajwid

(respond tidak terlazim)

tidak faham ilmu

tajwid+ latih tubi

(rangsangan terlazim)

(14)

emosi gembira kepada pelajar makanya mereka akan menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat. Dan rangsangan ini akan dilakukan dikelas yang seterusnya. Rajah dibawah bagaiman teori pelaziman klasik menyelesikan masalah

Respond semulajadi

rota

Respond berpasangan

Respond pembelajaran

Rajah 1.2.3: Aplikasi teori pembelajaran

1.3 EDWARD LEE THORNDIKE

Thorndike (1898) adalah seorang ahli psikologi pembelajaran yang menyokong teori pembelajaran behavioris.Beliau memperkenalkan teori pembelajaran yang lebih dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya.Thorndike memulakan penyelidikannya dengan fahaman bahawa ganjaran adalah perkara yang paling penting dalam pembelajaran.Berasaskan fahaman tersebut beliau menjalankan penyelidikan yang unik berbanding penyelidikan-penyelidikan yang lain.Prinsip R&G atau rangsangan dan gerak balas menjadi latar belakang prinsip penyelidikan yang dijalankan.

Menyiapkan latihan (respond tidak terlazim)

Puijan kerana menyiapkan latihan awal (rangsangan tidak terlazim)

Lewat menyiapkan latihan (rangsangan neutral) + Puijan kerana menyiapkan latihan awal (rangsangan tidak terlazim)

Menyiapkan latihan (respond tidak terlazim)

Menyiapkan latihan (respond terlazim) lewat menyiapkan latihan + pujian

(15)

Beliau memilih seekor kucing untuk dijadikan subjek kajian.Kucing tersebut dimasukkan ke dalam sangkar khas.Sangkar yang direka khas bagi penyelidikan tersebut mempunyai selak khas yang boleh ditanggalkan bagi membolehkan pintu sangkar tersebut terbuka.Dengan terbukanya pintu sakar itu kucing kajian akan dapat membebaskan dirinya.Selepas kucing kajian dimasukkan ke dalam sangkar yang direka khas,kucing tersebut berusaha kesana sini mencari jalan keluar.Secara tidak sengaja,kucing tersebut terusik selak yang boleh membuka pintunya.Akibatnya,selak tersebut terjatuh dan pintu terbuka luas.Dengan terbukanya pintu itu,kucing kajian meluru keluar dari sangkar.Perbuatan atau tingkah laku yang tidak disengajakan tersebut mendatangkan faedah kepadanya.

Kucing yang sama dimasukkan ke dalam sangkar yang direka khas untuk kajian tersebut.Kucing kajian hanya mengambil masa yang pendek untuk menekan selak bagi membolehkan dirinya membolos keluar dari sangkar khas itu.Masa yang lebih panjang diperlukan untuk keluar dari sangkar dalam percubaan yang pertama.Percubaan demi percubaan dilakukan bagi mengkaji jangka masa yang diambil oleh kucing itu.hasil kajian menunjukkan setiap kali percubaan semakin kurang masa yang diperlukan untuk keluar dari sangkar tersebut.Maksudnya,kucing kajian mencuba beberapa kali untuk keluar dari sangkar dan akhirnya berjaya.

Eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike boleh diringkaskan seperti berikut:

Kucing kajian dimasukkan ke dalam sangkar

Kucing berusaha keluar

Selak terusik,pintu terbuka,kucing keluar

(16)

Rajah 1.31 eksperimen Thorndike

Pembelajaran boleh berlaku melalui proses cuba-jaya. Proses pembelajaran ini berlaku di kalangan manusia atau pun binatang.Seseorang pelajar umpamanya,berusaha mencari jawapan kepada masalah ayat matematik yang diberikan oleh gurunya beberapa kali sehingga memperoleh jawapannya.Dalam proses mencari jawapan tersebut tentunya pelajar tersebut mengulangi kesalahan-kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut secara tidak langsung.Berdasarkan kajian dan contoh yang dinyatakan diatas,Jelas kepada kita terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.Rangsangan dan gerak balas tersebut berlaku melalui hukum-hukum berikut:

a) Hukum kesediaan

b) Hukum latihan

c) Hukum kesan

Hukum Huraian

Hukum kesediaan

Pelajar-pelajar harus bersedia mempelajari sesuatu.Persediaan harus ditunjukkan melalui sikap dan set mental.

Hukum latihan

Ganjaran-ganjaran yang tertentu harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini atau yang menjadi matlamat.

Hukum kesan

(17)

MASALAH PEMBELAJARAN:-KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT:

Masalah kesukaran dalam penyelesain masalah matematik berayat ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.Pelajar biasanya didapati kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang di anggap susah. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam subjek matematik. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik.Mereka yang mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapai kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan pelajar dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan.Kesukaran mengingat menghalang pelajar daripada menyimpan fakta dengan lama.

Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal. Adakah menjadi persoalan pula sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk menghadapi pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata pelajaran matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian masalah disamping menarik minat mereka semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan kelemahan pelajar di peringkat awal maka pemulihan dapat dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya.

(18)

Apabila konsep kesediaan ini dipindahkan kepada bilik darjah, dikatakan murid akan berasa puas apabila dia bersedia bertindak mempelajari matematik berayat. Apabila dia bersedia untuk bertindak mempelajari matematik berayat tetapi tindakan tidak dilakukan, maka dia akan berasa kecewa. Sebaliknya,apabila murid belum bersedia untuk bertindak mempelajari matematik berayat,dia juga akan berasa kecewa. Dengan kata lain,mengikut hukum ini, jika sesuatu itu perlu dipelajari, sesuatu ganjaran perlu disajikan untuk tingkah laku yang diingini dan sebaliknya jika sesuatu itu perlu dielakkan, maka dendaan mesti mengikut gerak balas yang tidak diingini itu.

Apabila seseorang pelajar itu dapat menjawab soalan matematik berayat dengan baik dia akan dapat ganjaran dari gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan hadiah alat tulis. Pengalaman yang dialami oleh pelajar itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut diulangi. Sebaliknya, kalau guru tidak mengendahkan latihan yang pelajar tersebut lakukan, maka pelajar berkenaan mungkin tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru.

Kesediaan adalah syarat untuk belajar kerana itu guru dicadangkan untuk mempertimbangkan kemampuan mental atau kognitif pelajar ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Guru harus mengetahui bahawa pelajar ingin mengulangi tindakan yang mereka terima sebagai hal positif. Oleh sebab itu, guru harus selalu menggunakan berbagai strategi motivasi untuk mempertahankan minat belajar pelajar di dalam kelas.Guru harus selalu menyediakan secara logik dan cara yang lebih berhubungkait. Ini adalah cara utama mempertahankan kepentingan pelajar dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru harus mempertimbangkan penggunaan hukuman sebagai pilihan terakhir dalam mengurangkan masalah yang tidak diingini di dalam kelas. Guru juga harus mengetahui pentingnya latihan dalam pembelajaran.

(19)

Seterusnya,hukum latihan merujuk perkaitan antara ransangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tindakan akan di teguhkan dengan ganjaran, dan akan dilemahkan tanpa ganjaran. Mengikut hukum ini, latihan tanpa ganjaran tidak bermakna. Pengulangan tanpa ganjaran tidak mengakibatkan pembelajaran. Thorndike merumuskan bahawa latihan itu bukan bermakna ulangan sebaliknya membawa keadaan yang memuaskan untuk membawa prestasi yang betul.

Hukum latihan di dalam teori Thorndike terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Hubungan antara tindakan dan ganjaran diperkukuhkan semasa ia digunakan.Hanya dengan melatih hubungan antara tindakan dan ganjaran,meneguhkan lagi kedua-duanya.Ini dinamakan hukum gunaan (Law of Use)

ii. Hubungan antara situasi dan tindakan adalah lemah,bila latihannya di hentikan.Ia dinamakan hukum ketidakgunaan (Law og Disuse)

Akhirnya, hukum kesan adalah ikatan ganjaran dengan tindakan akan bertambah kukuh sekiranya pelajar memperolehi kesan yang memuaskan selepas latihan yanh baik dihasilkan. Tindakan yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah,apabila sesuatu ganjaran yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok. Apabila pelajar melakukan kerja matematik berayat dengan betul,guru memujinya dengan serta merta, pelajar yang berkenaan akan mendapat kepuasan dan gerak balas itu akan diperkukuh serta dikekalkan.

Tetapi dari segi terminologi yang moden, sekiranya ransangan atau ganjaran menghasilkan gerak balas atau tindakan yang kemudiannya dikukuhkan,hubungan S-R(stimulus-respons) dikukuhkan atau dikuatkan,sekiranya suatu ransangan atau ganjaran itu menghasilkan gerak balas atau tindakan yang membawa kepada hukuman,hubungan S-R dilemahkan.

(20)

terbentuk membantu penambahbaikkan dalam melahirkan kecemerlangan pelajar.Kaedah berkesan dalam kaedah cuba dan jaya.

Kesimpulannya,dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran.

Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian masalah dapatlah dibuat beberapa kesimpulan penting berkaitan tajuk yang di perbincangkan. Sebagai seorang guru sewajarnya kita mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian ini kepada pelajar sekolah supaya menggalakkan mereka menggunakan kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Langkah yang paling asas dan penting bagi membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah dengan mempunyai banyak pengalaman yang berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal. Pelajar sepatutnya digalakkan menyatakan pendapat mereka dan pendapat itu perlu dihargai demi menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semaksima yang mungkin.

Dalam konteks meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang ideal dan berpaksi kepada realiti maka sifat pengamal pendidikan perlulah dalam erti kata professional yang sebenarya dengan mengemaskini ilmu pengetahuan terkini,menekan aspek kesungguhan menghadapi sesuatu cabaran dan bertindak cemerlang menyelesaikan demi kepentingan sejagat.

1.4 TEORI ALBERT BANDURA

(21)

bermakna, manusia mampu mengawal kkehendak dan tingkah laku dan persekitaran pula berupaya mengawal serta mempengaruhi apa yang lakukan (Kamarudin et al, 2014). Manakala, unsur dalaman pula akan mengehadkan sesuatu aktiviti melalui pilihan-pilihan yang tepat dan betul.

Teori Bandura menggunakan kaedah pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Menurut bandura, semasa manusia mempelajari sesuatu perkara, seseorang tersebut akan mencari serta memilih cara-cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya. Oleh itu, kaedah termudah ialah dengan melihat dan juga meniru perbuatan orang lain.

TEORI MODELING

Teori Modeling merupakan teori yang diperkenalkan oleh Albert Bandura. Teori Modeling ini adalah proses belajar dengan mengamati tingkah laku atau perilaku seseorang yang dianggap sebagai contoh. Secara ringkasnya modeling ini merupakan proses pembelajaran di mana seseorang itu melihat dan memperhatikan perilaku orang lain kemudian mencontohinya. Hasilnya, individu tersebut cenderung untuk melakukan perkara yang sama dengan orang yang dilihatnya. Dalam proses pembelajaran, pelajar-pelajar dibenarkan untuk meniru apa yang sahaja yang baik untuk mereka supaya dapat meningkatkkan pembelajaran mereka (Kamarudin et al, 2014). Hal ini disebabkan, pelajar merupakan golongan remaja yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran yang berhampiran dengannya.

EKSPERIMEN TEORI

(22)

kepada tiga kumpulan yang berasingan. Kajian ini brtujuan mengkaji kesan ke atas kanak-kanak ini setelah mereka diperlihatkan sebuah tayangan yang mengandungi aksi dan tingkah laku yang agresif. Hasilnya, setiap kumpulan meniru tingkah laku agresif tetapi dengan kadar berbeza-beza. Dapatan dari eksperimen ini, kita boleh simpulkan bahawa meniru adalah satu daripada cara-cara kanak-kanak belajar dan cara belajar dengan meniru ini lagi berkesan sekiranya disertai dengan ganjaran.

UNSUR UTAMA DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Dalam kajian tersebut, Albert bandura telah mengenal pasti terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan, iaitu perhatian (attention), mengingat (retention), reproduksi (reproduction), dan peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation).

a. Perhatian (attention)

Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian (Mok Soon Sang, 2010). Oleh itu, dalam proses ini subjek akan memberikan tumpuan kepada tingkah laku model bagi membolehkan dia mempelajarinya. Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perhatian:

- Ciri-ciri yang ada pada model tersebut seperti nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

- Kegunaan dan faedah kepada si pemerhati

- Kemahiran pemerhati b. mengingat (retention)

seterusnya adalah proses mengingat. Di mana, pemerhatian ini berupaya mengekalkan tingkah laku yang dia perhatikan dalam ingatan. Kemudian, tingkah laku tersebut akan digunakan apabila diperlukan.

c. reproduksi (reproduction)

(23)

Pemerhati mampu meniru perbuatan tersebut dan terus meniru perbuatan tersebut jika tidak ditegur atau didenda.

d. peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation).

Motivasi amat penting dalam permodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak bagi seseorang untuk meneruskan perlakuan tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah khususnya kini menjadi suatu perkara yang membimbangkan. Telah banyak inisatif yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membenteras masalah tersebut. Namun begitu, masalah salah laku atau disiplin pelajar saban hari meningkat. Hal ini membimbangkan buat negara kerana masa depan sesebuah negara bergantung kepada generasi muda yang akan mewarisi negara ini. Tujuan menyatakan masalah salah laku dalam kalangan pelajar adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

(24)

lebih teruk pelajar berkenaan menyimpan dendam dan bertindak lebih agresif dengan merosakkan harta benda guru dan mungkin mencederakan guru berkenaan.

Perbuatan dari pelajar berkenaan sangat membimbangkan kerana berkemungkinan pelajar lain turut meniru perbuatan pelajar berkenaan. Perkara tersebutlah menjadi suatu kebimbangan bagi pihak sekolah khususnya. Hilangnya peranan sekolah sebagai institusi yang mendidik generasi menjadi individu yang mengamalkan nilai bermoral. Apabila perkara ini terjadi, rakan-rakan sebayanya mungkin bertindak sedemikian terutamanya pelajar yang hanya datang ke sekolah hanya kerana ibu bapa dan bukanlah berniat untuk belajar.

PENGAPLIKASI TEORI MODELING ALBERT BANDURA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

Menurut teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia (Mok Soon Sang, 2012). Ini bermakna, melalui pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang, individu tersebut yang memerhati tersebut secara tidak langsung mengikut tingkah laku individu yang dilihatnya. Kemudian, Bandura juga menyebut bahawa orang diperhatikan itu sebagai model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan

(modeling).

(25)

mudah cepat marah atau meninggikan suara kepada pelajar tersebut tetapi dengan menunjukkan mereka contoh tingkah laku yang baik. Guru tersebut boleh menasihati pelajar dengan baik dengan memberikan contoh-contoh akibat melanggari disiplin dengan contoh-contoh yang mudah difahami. Dengan ini, memudahkan pelajar tersebut memahami kenapa nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri.

Seterusnya, dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dalam bilik darjah, guru seharusnya merancang aktiviti-aktiviti yang menarik lagi menyeronokkan pelajar-pelajar. Pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya berpusatkan guru sahaja, sekali-sekala pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan berpusatkan pelajar. Dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk belajar. Secara tidak langsung, pelajar yang bermasalah tersebut dapat berubah tingkah laku yang tidak baik kepada yang baik secara sikit demi sedikit dan berasa belajar itu menyeronokkan.

Selain itu, guru boleh jadikan rakan sebaya yang cemerlang sebagai contoh untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar kelas kepada pelajar bermasalah. Guru boleh memberikan pujian kepada pelajar yang cemerlang atas pelbagai faktor seperti menjadi pelajar cemerlang dalam akademik, pelajar yang paling sopan, pelajar yang paling aktif dalam kelas serta pelajar yang mempunyai akhlak yang baik. Secara tidak langsung pelajar yang bermasalah tersebut akan memerhati tingkah laku pelajar cemerlang dan cuba untuk meniru pelajar tersebut agar dirinya mendapat pujian seperti pelajar cemerlang itu.

Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan ini dalam menjadikan pelajar tersebut meniru perbuatan yang baik iaitu:

(26)

Sebelum melakukan peniruan, terlebih dahulu pelajar(subjek) memberikan perhatian atau membuat pemerhatian kepada guru/pelajar cemerlang(model) yang ingin ditiru. Pelajar bermasalah terlebih dahulu memerhati guru atau pelajar cemerlang dari segi sikap yang positif dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Model seharusnya berpewatakan yang menarik sehingga pelajar lain boleh menirunya. Jika tidak ada perwatakan yang menarik atau aura dalam diri, pelajar lain tidak akan berasa ingin menirunya. Di sini, pentingnya peranan guru yang seharusnya menjadi model utama. Guru hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar dengan menonjolkan tingkah laku yang baik seperti bersopan santun, berkarisma, pandai mengawal emosi dan bersikap profesional. Dengan sifat yang positif ini dapat menarik perhatian pelajar tersebut.

2. Mengingat (retention)

Peringkat seterusnya ialah mengingat. Di mana, peringkat ini berlaku setelah berlakunya pemerhatian dan pengamatan bagi suatu model. Pelajar berkenaan akan melakukan proses mengingat dengan menyimpan memori mengenai model yang dia lihat untuk dilakukan perbuatan meniru tersebut bila diperlukan atau diinginkan.

3. Reproduksi (reproduction)

Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku yang baik, kemudian menyimpannya dalam ingatan, pelajar berkenaan juga dapat menunjukkan kemampuannya atau menghasilkan perbuatan atau tingkah laku yang baik mengikut model. Contoh, pelajar yang suka mengganggu rakan sekelasnya kini tidak lagi mengganggu mereka. Sebaliknya, dia mempamerkan sifat yang positif dan berkelakuan lebih baik dari yang sebelumnya.

(27)
(28)

1.5 TEORI PELAZIMAN OPERAN BURHUS FREDERIC SKINNER

B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan dalam tahun 1930. Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan 2003 (Psikologi Pendidikan) Ekpserimen dan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Thorndike telah memberi buah fikiran kepada B.F.Skinner(1938) bagi meneruskan penyelidikan berasaskan teori pembelajaran behavioris. Skinner menjalankan penyelidikan dalam pembelajaran dengan menggunakan tikus dan burung merpati. Beliau telah membina sebuah kotak kajian yang diberi nama peti Skinner.

Peti Skinner ialah suatu kotak yang mempunyai alat penekan pada dindingnya. Apabila alat penekan itu ditekankan secara sengaja atau tidak sengaja, maka makanan akan terkeluar. Skinner telah memasukkan tikus ke dalam peti kajian yang diciptanya. Tikus tersebut menunjukkan pelbagai tingkah laku rawak, namun secara tidak sengaja tikus tersebut tertekan alat penekan tersebut. Makanan terkeluar dan tikus tersebut memakannya. Tikus itu mempelajari bahawa alat penekan tersebut memberi makanan kepadanya. Lantas tikus kajian tidak berhenti-henti menekan alat penekan tersebut bagi memperoleh makanan. Perlakuan tikus ini menghasilkan prinsip pembelajaran yang boleh menerangkan proses pembelajaran yang berlaku di kalangan manusia dan binatang. Menurut Skinner, bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran, matlamat pembelajaran harus ditetapkan terlebih dahulu. Selepas matlamat ditetapkan maka langkah atau peringkat-peringkat bagi mencapai matlamat tersebut hendaklah dirangka atau ditentukan. Setiap langkah atau peringkat bagi mencapai matlamat pembelajaran akan melalui proses pembentukan tingkah laku dan pengukuhan tingkah laku. Pengukuhan tingkah laku akan berterusan sehingga tercapainya matlamat yang disasarkan.

(29)

kerana lampu tidak dinyalakan. Selepas beberapa kali percubaan, tikus kajian berjaya membuat diskriminasi antara keperluan dan kegunaan lampu yang menyala. Lampu yang menyala adalah pra-syarat bagi menekan alat penekan dan mendapatkan makanan. Jika lampu tidak menyala maka makanan tidak akan diperoleh. Menurut Skinner, antara penemuan penting kajian yang dijalankan adalah fenomena penghapusan. Fenomena penghapusan boleh dijelaskan apabila tikus kajian beberapa kali menekan alat penekan tetapi makanan yan dihajati tidak muncul juga. Akhirnya, tikus tersebut tidak lagi menekan alat penekan yang sepatutmya “menganugerahkan” makanan kepadanya. Jika tikus itu kembali menekan alat penekan dan makanan diberikan, maka tingkah laku menekan alat penekan akan dilakukan dengan lebih giat lagi.

Rajah pelaziman operan menurut (Lee Shok Mee 1997, Psikologi Pendidikan 2)

Sebelum pelaziman

Gerak balas Peneguhan Ganjaran

Tikus Peti skinner makanan

Pelbagai tingkah laku

Tekan alat penekan

Makanan terkeluar

Selepas pelaziman : pengukuhan

Tikus Peti

skinner+lampu

makanan

Tikus Peti skinne +

tiada lampu

Tiada makanan

Rajah 1.5.1: eksperimen skinner

(30)

ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Sebagai perbandingan, dalam situasi pembelajaran manusia, peneguhan merupakan faktor penting untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Biasanya peneguhan dapat menghasilkan sesuatu tingkah laku yang menuju ke arah matlamat yang hendak dicapai. Justeru itu, Teori Peneguhan Skinner menitikberatkan pelaziman di antara sesuatu tingkah laku dengan peneguhan. Sekiranya, peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkah laku, maka kebarangkalian tingkah laku itu berulang akan bertambah. Peneguhan adalah aspek penting teori pelaziman operan yang dikemukan oleh skinner ini. Pada keseluruhannya terdapat dua bentuk peneguhan yang boleh didapati daripada kajian skinner.

Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan, 2003, Psikologi Pendidikan, peneguhan yang pertama ialah peneguhan positif yang merujuk kepada ganjaran yang diberikan kepada sesuatu organisma selepas melakukan tingkah laku yang dihajati. Dalam konteks kehidupan seorang pelajar, peneguhan positif boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Sebagai seorang guru, mereka harus memilih peneguhan positif yang bersesuaian dengan personaliti seseorang pelajar. Peneguhan positif boleh mengambil bentuk seperti puji-pujian, pemberian hadiah, wang tunai ataupun sekadar senyuman. Peneguhan yang kedua ialah peneguhan negatif merupakan sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh setiap individu. Cara ini mementingkan usaha untuk menyedarkan seseorang tentang kesilapan yang dilakukannya dan bukan semata-mata untuk mendendanya.

APLIKASI B.F.SKINNER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(31)

Oleh yang demikian, bagi menangani masalah ini dengan menggunakan teori B.F.Skinner ialah seperti rajah yang ditunjukkan dibawah:

SEBELUM PELAZIMAN

Keadaan dalam bilik darjah

Berbagai -bagai gerak balas (pelajar) Membaca buku

komik,membuat kerja lain.

Berbual-bual dengan kawan.

Bermain dengan sesuatu.

Berinteraksi dengan guru.

Terdapat berbagai-bagai gerak balas yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap pengajaran guru.

PROSES PELAZIMAN

Gerak balas Ganjaran

Berinteraksi dengan guru Guru senyum,

menunjukkan kasih sayang dan memberi pujian

Satu gerak balas diberikan peneguhan.

SELEPAS PELAZIMAN

Rangsangan Gerak balas

Guru sedang mengajar Berinteraksi dengan guru.

(menumpu terhadap pelajaran)

Peneguhan mengakibatkan gerak balas berlaku dengan lebih kerap.

(32)

Dalam pembelajaran secara pelaziman, alat atau operan yang dikemukakan oleh Skinner ini yang pentingnya ialah pelaziman antara sesuatu tingkah laku dengan pengukuhan. Sekiranya tingkah laku diikuti dengan pengukuhan yang positif maka tingkah laku itu akan diulang-ulang. Sebaliknya, jika tingkah laku diberi pengukuhan negatif ataupun tiada pengukuhan, maka tingkah laku itu tidak akan diulang dan pelaziman tidak akan dibentuk. Tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan ini boleh diaplikasikan dengan pembelajaran di sekolah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Rajah ini menunjukkan peneguhan positif dan negatif terhadap gerak balas.

Rangsangan Gerak balas operan Akibat (peneguhan atau denda)

implikasi

(33)

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan. Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.

1.6 KESIMPULAN

(34)

1.7 RUJUKAN

Shahabudin Hashim/Mahani Razali/Ramlah Jantan (2007) Psikologi pendidikan:PTS Professional

Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj Abd Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kayazano Enterprise.Kuala Lumpur.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan . Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor

Mok, Soon Sang. (2010). Teori-Teori Pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin, et al (2014). Pedagogi:Asas Pendidikan (Edisi Baharu) Perak: Emeritus Publications

Mok, Soon Sang. (2010).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Lee Shok Mee (1997), Psikologi Pendidikan 2: Teori Dan Aplikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran , Kumpulan Budiman Sdn Bhd Kuala Lumpur

Kamaruddin Hj Hussin. (2010), Psikologi Pembelajaran, Utusan Publication Dan Distributor Sdn Bhd

Akhiar Pardi & Shamsina Bt Shamsudin (2008), Rancangan Pengajaran Harian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Penerbit Multimedia Sdn.Bhd

Jurnal : Psikologi Belajar : teori belajar behavior skinner, Fadillah, 2012

http://www.kompasiana.com/jokowinarto/teori-belajar-sosial-albert-bandura_550094558133119a17fa79fd

Referensi

Dokumen terkait

Karya akhir ini akan mentelaah pengestimasian probabilitas gagal bayar berdasarkan model Merton pada perusahaan publik LQ45 Non Perbankan di Indonesia hingga kinerja keuangan

Dan dari tabel diatas diketahui bahwa item yang mempunyai nilai atau jawaban tertinggi dari responden adalah item no 1 dengan pernyataan “kepala sekolah

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat

Koefisien jalur (ρ) adalah koefisien regresi standar yang menunjukkan pengaruh langsung dari suatu variabel bebas terhadap variabel tergantung dalam suatu model

Laporan keuangan konsolidasian disusun berdasarkan konsep harga perolehan, kecuali untuk persediaan yang dinyatakan sebesar nilai yang lebih rendah antara biaya