• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH BIDANG PENGAJARAN DAN MAJOR PEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH BIDANG PENGAJARAN DAN MAJOR PEN"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

28

PENGARUH BIDANG PENGAJARAN DAN MAJOR PENGAJIAN TERHADAP EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI SABAH

Misri Bin Hj Bohari

Kajian ini mengkaji pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah. Kajian melibatkan 816 orang responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif statistik dan menggunakan instrumen soal selidik Skala Efikasi Kendiri Guru (Teacher Self Efficacy Scale-(TSES). TSES mempunyai dua belas item yang dibina oleh Tschannen -Moran dan Woolfolk-Hoy(2001). Terdapat tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (bagi mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas). Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah alpha 0.96. Kajian dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Pakage for Social Science) Versi 18.0 untuk ujian hipotesis pada aras signifikan p <.05. Hipotesis kajian diuji menggunakan Ujian – t sampel bebas dan ANOVA sehala. Frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai juga digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah pada tahap yang tinggi dan guru-guru lelaki lebih tinggi tahap efikasinya berbanding guru perempuan. Manakala, perbezaan tahap efikasi guru mengikut bidang pengajaran, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi efikasi guru. Namun bagi major pengajian, didapati signifikan terhadap dimensi penglibatan murid, tidak signifikan pada dimensi strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian pada aras signifikannya .

Kata Kunci: bidang pengajaran, bidang pengajian, efikasi guru.

PENGENALAN

(2)

29

berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global.

Efikasi kendiri guru dalam dokumen SGM merujuk kepada standard ketiga (domain 3.2), iaitu kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi kesan positif terhadap pencapaian murid. Konatasi ini sesuai dengan pandangan Bandura (1997) (dalam Khalid et.al, 2009:5) bahawa keupayaan guru mengendalikan pengajaran yang berkesan mampu mempengaruhi pencapaian murid.

Keupayaan guru mendepani sebarang tugasan yang sukar dan mampu mengambil sebarang tindakan yang tepat sesuai situasi yang dihadapinya ini meletakkannya berada pada tahap efikasi kendiri yang tinggi . Bertepatan dengan pendapat Azwan et. al (2005:16), kepercayaan efikasi kendiri mempengaruhi pemilihan tindakan, corak pemikiran dan reaksi emosi seseorang guru terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya.

Pernyataan Masalah

Isu tingkah laku murid yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah seperti bercerita ketika guru sedang mengajar, berbuat bising, mengusik rakan sekelas dan seribu satu tingkah laku murid yang berlaku dalam bilik darjah sepatutnya tidak menjadikan guru hilang arah tumpuan ataupun melenting. Namun guru sepatutnya bertindak dengan penuh kesungguhan untuk mengawal tingkah laku gangguan dalam bilik darjah. Justeru itu kemampuan seorang guru mengawal tingkah laku murid yang mengganggu dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan efikasi guru itu.

(3)

30 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian terhadap

tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah.

Soalan Kajian

i. Apakah tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah ? ii.Adakah terdapat perbezaan tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar mengikut jantina ?

iii.Adakah terdapat perbezaan tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar mengikut bidang pengajaran ?

iv.Adakah terdapat perbezaan tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar mengikut major pengajian ?

v.Bagaimanakah pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian ke atas tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah ?

SOROTAN LITERATUR

Sejak era tahun 70-an lagi banyak kajian-kajian di negara barat berkaitan dengan variabel

pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada efikasi kendiri guru. Mereka banyak

mengkaji berkaitan dengan kepercayaan terhadap keupayaan guru untuk mengajar dengan berkesan.

Menurut Hughes (2006), kajian tentang efikasi guru akan memberikan sumber tentang bagaimana

seseorang guru mengaitkan di antara kepercayaan dan tindakan serta mengenal pasti keadaan yang

sesuai agar efikasi guru berkesan untuk menentukan perbezaan prestasi guru dan pelajar dalam

sekolah.

(4)

31

dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Begitu juga menurut Azwan et. al (2005:17) guru yang berefikasi tinggi akan menghadapi kesukaran dengan usaha yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar sehingga berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah dan cuba mengelakkan diri daripada menghadapi tugasan pengajaran yang sukar.

Kajian Gibson dan Dembo (1984) dalam Khalid Johari et al., (2009b) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan murid. Manakala Allinder (1994) mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai efikasi tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya. Malahan Coladarci (1992) mengaitkan efikasi itu sebagai daya ketahanan tinggi untuk melaksanakan suatu tugasan mengajar baru atau pun sukar. Justeru, guru yang berefikasi tinggi akan berusaha dengan lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar dan berusaha meneroka dan menerima idea-idea baru serta mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru (Guskey, 1987; Rafisah, 2009).

Bidang Pengajaran dan Bidang Major Pengajian Serta Kajian Lepas

Kajian Zohreh Eslami (2008) berkaitan efikasi guru dan bidang pengajaran dalam bidang Bahasa Inggeris terhadap 21 orang guru perempuan dan 19 orang guru lelaki yang berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris satu tahun hingga lima tahun yang bertugas di beberapa sekolah tinggi yang berbeza. Guru-guru ini tidak pernah sampai atau pun belajar di negara-negara yang menggunakan pertuturan harian dengan Bahasa Inggeris. Terdapat 29 orang guru yang mempunyai ijazah pertama dan 11 lagi mempunyai ijazah kedua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara efikasi guru dengan kemahiran berbahasa Inggeris. Iaitu tahap min 4.26 menunjukkan tahap efikasi kendiri guru-guru Iran yang tinggi.

Satu lagi kajian dalam bidang Bahasa Inggeris oleh Chacon (2005), yang dijalankan terhadap 100 orang guru di Venuzuela menggunakan TSES daripada Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy (2001) beliau mendapati tiada hubungan yang signifikan antara efikasi guru dengan strategi pengajaran. Namun ia agak berbeza dengan kajian Goker (2006) mendapati terdapat pengaruh yang kukuh antara efikasi guru dengan budaya masyarakat setempat.

(5)

32

bahawa guru Kemahiran Hidup mempunyai tahap efikasi kendiri terhadap ICT yang sederhana tetapi amalan pengajaran berbantukan ICT pula pada tahap rendah.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian dan Analisis Data

Pendekatan kajian yang dipilih ialah menggunakan pendekatan kuantitatif yang bersandarkan kepada reka bentuk kajian ex-post fakto atau restrospektif. Semua data dikumpul dan diproses

dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) version 18.0.

Seterusnya data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Kaedah yang diguna pakai oleh penyelidik ini adalah bersesuaian dengan objektif dan hipotesis-hipotesis yang terdapat di dalam kajian ini.

Analisis deskriptif untuk kekerapan (frekuensi), peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi mendapatkan taburan yang berkaitan demografi responden seperti taburan data mengikut jantina, umur, daerah, jenis program asas latihan guru, taburan mengikut bidang pengajaran, taburan mengikut major pengajian, pengalaman mengajar, jumlah jam mengajar dan taburan responden mengikut jantina dalam major pengajian dan bidang pengajaran.

Ujian analisis varians sehala (ANOVA ) digunakan untuk melihat tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar mengikut bidang pengajaran dan major pengajian. Seterusnya bagi melihat pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian ke atas tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah teknik ujian ANOVA dengan mengira Nilai Kuasa Dua Eta (Eta Squared ), untuk menentukan pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian melalui sumbangan varians ke atas dimensi efikasi.

Responden Kajian

(6)

33

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini instrumen Teacher Sense of Efficacy ( TSES) digunakan, yang terdiri daripada dua belas item yang telah dibina oleh Tschahhen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2001). Instrumen ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A yang mengandungi butiran diri responden. Bahagian B terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (bagi mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas). Sembilan skala pengukuran digunakan, bermula dengan 1-3 pada tahap rendah, 4-6 pada tahap sederhana dan 7-9 pada tahap tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Min Efikasi Guru Sekolah Menengah Luar Bandar

Berdasarkan objektif kajian pertama untuk mengukur tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah, maka melalui analisis deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawai dapatan ditunjukkan seperti dalam jadual 1.1 di bawah. Dapatan menunjukkan tahap efikasi guru -guru di sekolah menengah luar bandar pada tahap skor min yang tinggi ( � ̅ =7.02 , SD =1.00), manakala dimensi strategi pengajaran menunjukkan skor min yang tinggi juga ( � ̅ =7.00 , SD

=1.07), begitu juga dengan dimensi pengurusan kelas dengan skor min yang tinggi ( � ̅ =7.11 , SD

=1.09), namun dimensi penglibatan murid pada tahap sederhana dengan skor min ( � ̅ =6.95 , SD

=1.07). Ini menunjukkan tahap efikasi guru yang tinggi walaupun mereka bertugas di sekolah menengah luar bandar di Sabah.

Jadual 1.1 : Min Efikasi Guru Sekolah Menengah Luar Bandar

min Sisihan Piawai Maksimum Minimum

Penglibatan Murid 6.95 1.07 9.00 2.25

Strategi Pengajaran 7.00 1.07 9.00 2.25

Pengurusan Kelas 7.11 1.09 9.00 2.00

(7)

34

Perbezaan Skor Min Antara Tahap Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Jantina

Melalui analisis data menggunakan ujian- t sampel bebas yang telah dijalankan untuk mencari perbezaan skor antara tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah dengan guru -guru lelaki dan -guru-guru perempuan. Jadual 1.2 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor tahap efikasi guru antara guru-guru lelaki dan perempuan, ( t (750) , = 4.068, k < .05). Dapatan menunjukkan efikasi guru lelaki ( � ̅ = 7.19, SD = .91) lebih tinggi berbanding min efikasi guru perempuan ( � ̅ = 6.91, SD = 1.05). Oleh itu, hipotesis pertama yang telah dibina iaitu terdapat perbezaan skor min efikasi guru lelaki dan guru perempuan diterima.

Jadual 1.2 : Perbezaan Skor Antara Tahap Efikasi Guru-guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Jantina

Jantina N � ̅ SD Nilai -t df Sig ( p )

<.05 Levene

Test

Lelaki 323 7.19 .91 4.068 750 .024 .024*

Perempuan 493 6.91 1.05

* Use Equal variances not assumed p =<.05

Perbezaan Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Bidang Pengajaran

Jadual 1.3 : Analisis Deskriptif Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar Di Sabah Mengikut Bidang Pengajaran

N � ̅ SD SE

Penglibatan Murid

Bahasa 277 7.016 1.110 .067

Sains Gunaan 105 6.745 1.173 .114

Sains Tulen 111 6.822 1.025 .097

Sains Sosial 323 7.016 1.032 .057

Jumlah 816 6.955 1.080 .038

(8)

35

Dalam jadual 1.3 analisis deskriptif menunjukkan bidang sains sosial mencapai aras min tertinggi berbanding bidang pengajaran yang lain dalam dimensi pengurusan kelas iaitu (� ̅ = 7.186, SD = 1.055), diikuti bidang bahasa (� ̅ = 7.131, SD = 1.122) juga dalam dimensi yang sama, seterusnya bidang sains tulen (� ̅ = 7.032, SD = 1.115) bidang sains gunaan (� ̅ = 6.950, SD = 1.147) juga dalam dimensi pengurusan kelas. Manakala aras min yang paling rendah ialah pada bidang sains gunaan dalam dimensi penglibatan murid (� ̅ = 6.745, SD = 1.173). Ini bermakna efikasi guru dalam pengurusan kelas secara keseluruhannya berada pada aras yang lebih tinggi iaitu (� ̅ = 7.116, SD = 1.099) berbanding dengan efikasi guru dalam dimensi strategi pengajaran (� ̅ = 7.001, SD = 1.074) dan efikasi guru dalam dimensi penglibatan murid (� ̅ = 6.955, SD = 1.080).

(9)

36

Manakala jadual 1.4 menunjukkan dapatan analisis menggunakan ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi penglibatan murid [F

= 2.531 (df = 3, 815, p = .056)]. Bagi dimensi strategi pengajaran didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 1.231 (df = 3, 815, p = .297)]. Begitu juga dimensi pengurusan kelas didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 1.470 (df = 3, 815, p = .221)]. Secara keseluruhan pula bagi efikasi guru juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 1.894 (df = 3, 815, p = .129)]. Semua perbezaan signifikan pada aras p < .05. Oleh itu hipotesis kedua yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap efikasi guru-guru sekolah-sekolah menengah luar bandar di Sabah mengikut bidang pengajaran adalah ditolak.

Perbezaan Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Major Pengajian

(10)

37

Dalam jadual 1.5 analisis deskriptif menunjukkan bidang sains sosial mencapai tahap tertinggi berbanding bidang major pengajian yang lain dalam major pengajian iaitu (� ̅ = 7.182, SD = 1.046) dalam dimensi pengurusan kelas, diikuti bidang bahasa (� ̅ = 7.138, SD = 1.139) juga dalam dimensi yang sama, seterusnya bidang sains gunaan (� ̅ = 7.040, SD = 1.121) juga dalam dimensi pengurusan kelas, dan yang terakhir bidang sains tulen (� ̅ = 6.947, SD = 1.122) juga dalam dimensi yang sama. Ini bermakna efikasi guru dalam pengurusan kelas secara keseluruhannya berada pada aras yang lebih tinggi iaitu (� ̅ = 7.116, SD = 1.099) berbanding dengan efikasi guru dalam dimensi strategi pengajaran (� ̅ = 7.001, SD = 1.074) dan efikasi guru dalam dimensi penglibatan murid (� ̅ = 6.955, SD = 1.080). Secara keseluruhannya tahap efikasi guru pula (� ̅ = 7.024, SD = 1.007) menunjukkan pada tahap min yang tinggi.

Jadual 1.6 : Analisis Varian Sehala (ANOVA) Perbezaan Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Major Pengajian

SS df MS F p

(11)

38

Manakala jadual 1.6 menunjukkan dapatan analisis menggunakan ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi penglibatan murid [F = 2.633 (df = 3, 815, p = .049)]. Namun dimensi strategi pengajaran didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 1.419 (df = 3, 815, p = .236)]. Begitu juga dimensi pengurusan kelas didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 1.513 (df = 3, 815, p = .210)]. Secara keseluruhan pula bagi efikasi guru juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F = 2.063 (df = 3, 815, p = .104)]. Semua perbezaan signifikan pada aras p < .05. Oleh itu hipotesis ketiga yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap efikasi guru-guru sekolah-sekolah menengah luar bandar di Sabah mengikut major pengajian adalah ditolak.

Pengaruh Bidang Bengajaran dan Major Pengajian ke atas Tahap Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah

(12)

39

Jadual 1.7 : Analisis Perbezaan ANOVA Sehala (N=816) Berdasarkan Pengaruh Bidang Pengajaran dan Major Pengajian

SS df MS F p Varians Major Pengajian 4.902 3 1.634 1.419 .236 5.21 Pengurusan

Kelas

Bidang Pengajaran 5.318 3 1.773 1.47

0 .221 5.40 Major Pengajian 5.473 3 1.824 1.513 .210 5.56 Efikasi Major Pengajian 6.248 3 2.083 2.063 .104 7.56

Begitu juga analisis hipotesis kelima mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam efikasi guru mengikut major pengajian kecuali pada dimensi penglibatan murid. Dimensi penglibatan murid didapati signifikan pada aras p < .05 [F (3, 815) = 2.633, p = .049], namun dimensi strategi pengajaran tidak signifikan pada aras p < .05 [F (3, 815) = 1.419, p = .236] dan pengurusan kelas juga tidak signifkan p < .05 [F (3, 815) = 1.513, p = .210]. Daripada semua keputusan ini menunjukkan bahawa hipotesis alternatif adalah ditolak.

(13)

40

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Kajian ini mendapati dimensi strategi pengajaran dan pengurusan kelas menunjukkan skor min yang tinggi berbanding dimensi penglibatan murid sahaja pada tahap sederhana. Dapatan ini disokong oleh kajian Khalid Johari et. al (2009a) yang mana dimensi strategi pengajaran, pengurusan kelas dan dimensi penglibatan murid pada tahap yang tinggi dan sederhana tinggi pada kajian Khalid Johari (2009b). Begitu juga dapatan Teng Lung Kiu (2006) keseluruhan efikasi guru pada tahap yang tinggi. Dapatan ini agak bercanggah dengan dapatan Zohreh R.Eslami & Azizullah Fatahi (2008) yang mana dimensi strategi pengajaran, pengurusan kelas dan dimensi penglibatan murid pada tahap yang sederhana.

Perbezaan dapatan kajian ini dan dapatan kajian Khalid Johari et. al (2009b) kemungkinan ada kaitan dengan bilangan responden yang ramai bagi kajian ini (n = 816) dan bilangan Khalid Johari et. al (2009a) mempunyai sejumlah (n = 928) dan Teng Lung Kiu (2006) seramai (n = 376) orang guru yang menjadi responden. Manakala kajian Zohreh R.Eslami & Azizullah Fatahi (2008) hanya melibatkan (n = 40) orang guru. Seperti juga kajian lain yang menyokong dapatan yang menunjukkan tahap efikasi guru yang tinggi yang juga menggunakan instrumen TSES seperti dapatan kajian Zaidatol Akmaliah et.al (2008). Ini bermakna kajian ini menyokong dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2001, 2002).

Begitu juga dalam dimensi pengurusan kelas berada pada tahap yang tinggi ini kerana kemungkinan mereka sentiasa berusaha untuk mengurus kelas dengan baik sekali, seperti memastikan kebersihan kelas sentiasa bersih, memastikan peraturan kelas dipatuhi (Zaidatol Akmaliah et.al (2008), memastikan disiplin diikuti, memastikan kelas sentiasa kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain guru berjaya menguruskan kelas dengan kerjasama yang sangat erat antara guru dan murid-murid untuk mengurus segala aspek kehidupan dalam kelas, di samping aktiviti dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalamnya.

(14)

41

sederhana ialah kerana kemungkinan kurangnya kesungguhan guru untuk memberi dorongan dan motivasi kepada murid. Dorongan dan motivasi yang diberikan belum mampu menyentuh hati dan menggerakkan murid untuk berubah. Kebarangkalian guru-guru yang berada di luar bandar untuk mendorong kejayaan murid luar bandar agak kurang berbanding guru-guru di kawasan bandar. Ini kerana efikasi guru sepatutnya mampu memberi kesan positif ke atas pencapaian murid. Kesan efikasi yang rendah atau sederhana akan memberi kesan kepada pencapaian murid yang kurang memberangsangkan juga. Efikasi guru memang telah dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid (Ashton & Webb 1986; Bandura 1993, 1997, Gibson & Dembo 1984; Tschannen-Moran & Hoy 2001). Buktinya pencapaian murid-murid di luar bandar masih jauh ketinggalan dalam pencapaian UPSR seperti Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK), (1991 dalam lampiran Kementerian Pendidikan Malaysia) kepada sekolah-sekolah telah menyatakan:

“…terdapat sebilangan sekolah yang mendapatpencapaian yang kurang baik, terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar. Di sekolah rendah pencapaian matematik dalam UPSR bagi kebanyakkan sekolahadalah kurang daripada 50 %”.

Sehubungan dengan itu (Swetz, Hassan Langgulung dan Abdul Rashid, 1984) (dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991: 20) membuat keputusan daripada kajiannya bahawa terdapat pembezaan minat pelajar berasaskan kepada kawasan tempat tinggal. Pelajar-pelajar desa memperlihatkan minat yang negatif terhadap matematik dan juga terhadap sekolah berbanding dengan rakan-rakan sebaya dengannya di bandar. Perkara ini perlu dilihat secara serius oleh pelbagai pihak. Menurut Norawati Hashim (2001:6) ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada pelajar itu sendiri malah kepada keluarga mereka, bangsa dan juga negara.

Perbezaan Tahap Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Jantina

(15)

42

lebih tinggi berbanding efikasi guru lelaki seperti kajian (Egger,2006; Kurz,2001). Namun dapatan ini bercanggah dengan dapatan Saw Hooi Chin (2007) yang menyatakan tiada perbezaan yang signifikan dalam efikasi guru baru mengikut jantina.

Secara umumnya kajian ini menunjukkan faktor jantina menyumbang perbezaan yang signifikan ke atas efikasi guru-guru sekolah menengah di luar bandar di Negeri Sabah, sama dengan kajian oleh Khalid Johari (2009b), begitu juga kajian Khalid Johari (2009a) yang telah dijalankan di Negeri Pulau Pinang. Jika dirujuk kepada jumlah taburan responden yang berjumlah 816 orang dengan jumlah guru lelaki 323 orang lebih sedikit berbanding dengan guru perempuan yang berjumlah 493 orang, namun dapatan menunjukkan bilangan guru perempuan yang melebihi guru lelaki tidak dapat mengatasi tahap efikasi guru-guru lelaki yang bertugas di luar bandar. Pernyataan ini telah dikuatkan lagi dengan tulisan bertajuk ‘Pengalaman Mengajar di Pedalaman’

oleh panel www.tutor.com.my yang menyatakan guru-guru lelaki mempunyai ketabahan, kecekalan dan suka perkara yang mencabar.

Perbezaan Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Bidang Pengajaran

Dapatan kajian ini menunjukkan bidang sains sosial mencapai aras min tertinggi berbanding bidang pengajaran yang lain dalam dimensi pengurusan kelas, diikuti bidang bahasa juga dalam dimensi yang sama, seterusnya bidang sains tulen bidang sains gunaan juga dalam dimensi pengurusan kelas. Manakala aras min yang paling rendah ialah pada bidang sains gunaan dalam dimensi penglibatan murid. Dapatan ini disokong oleh kajian Khalid Johari (2009b:146) guru yang mengajar subjek sains sosial berada pada min yang lebih tinggi dalam dimensi penglibatan murid. Begitu juga bidang sains gunaan juga berada pada min yang lebih tinggi dalam dimensi strategi pengajaran dan pengurusan kelas.

(16)

43

efikasi guru-guru sekolah-sekolah menengah luar bandar di Sabah mengikut bidang pengajaran adalah ditolak. Dapatan ini agak berbeza dan bercanggah dengan dapatan-dapatan kajian lepas di mana subjek pengajaran atau bidang pengajaran didapati signifikan ke atas efikasi guru permulaan seperti kajian (Khalid Johari,2009b; Capa,2005; Wilson & Tan, 2004).

Perbezaan Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah Mengikut Major Pengajian

Kajian ini juga mendapati bidang sains sosial mencapai tahap tertinggi berbanding bidang major pengajian yang lain dalam major pengajian iaitu dalam dimensi pengurusan kelas, diikuti bidang bahasa juga dalam dimensi yang sama, seterusnya bidang sains gunaan juga dalam dimensi pengurusan kelas, dan yang terakhir bidang sains tulen juga dalam dimensi yang sama. Ini bermakna efikasi guru dalam pengurusan kelas secara keseluruhannya berada pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan efikasi guru dalam dimensi strategi pengajaran dan efikasi guru dalam dimensi penglibatan murid. Secara keseluruhannya tahap efikasi guru pula menunjukkan pada tahap min yang tinggi.

Hipotesis ketiga dalam kajian ini yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap efikasi guru-guru sekolah-sekolah menengah luar bandar di Sabah mengikut major pengajian adalah ditolak. Oleh itu jelas bahawa tidak terdapat perbezaan antara dimensi-dimensi dalam efikasi guru ,dapatan ini menyokong pendapat Ingersoll, Greenwald dan Gruber bahawa major pengajian memang ada hubungan yang signifikan dengan pengajaran seorang guru. Pengajaran seorang memang berkait rapat dengan dengan bidang pengajiannya yang terdahulu. Menurut Ingersoll (2001) merupakan satu mala petaka atau isu yang besar jika seorang guru mengajar dalam bilik darjah bukan bidang yang dipelajarinya di universiti . Ini kerana seorang guru yang tidak mempunyai kelayakan yang sebenar untuk mengajar bidang tertentu akan berkemungkinan melakukan kesilapan yang tidak disengajakan kerana perbezaan disiplin ilmu dalam major pengajiannnya berbeza dengan subjek pengajaran di sekolah.

(17)

44

sekolah perlu mengurus modal insan yang terdiri daripada murid, justeru guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri guru yang tinggi boleh menerima dan menyesuaikan diri dengan sebarang tekanan . Oleh itu jelas bahawa major pengajian memang tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan efikasi guru, ini bererti major pengajian mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan efikasi guru.

Pengaruh Bidang Bengajaran dan Major Pengajian ke atas Tahap Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah

Berdasarkan hipotesis keempat dan kelima yang menyatakan terdapat pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian ke atas tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah. Bidang pengajaran tidak menyumbang varians atau tidak terdapat pengaruh kerana tidak signifikan. Namun dalam major pengajian hanya dimensi penglibatan murid sahaja yang menyumbang varians sebanyak (9.63%) kerana terdapat signifikan. Kedua-dua hipotesis alternatif ini ditolak kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan kerana nilai bagi efikasi guru untuk bidang pengajaran dan major pengajian.

Dapatan ini agak berbeza dengan dapatan Khalid Johari et.al(2009a), di mana dapatan kajian antara tiga faktor iaitu jenis latihan guru menyumbang varians terbesar ke atas efikasi guru dan dimensi-dimensinya, diikuti dengan subjek pengajaran (bidang pengajaran ) dan jantina. Oleh itu kajian lepas menunjukkan terdapat pengaruh bidang pengajaran terhadap efikasi. Bagi dapatan kajian ini yang memaparkan bidang pengajaran dan major pengajian tidak memberi pengaruh ke atas tahap efikasi guru.

Kesimpulan

(a) Tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah didapati pada tahap

yang tinggi.

(b) Tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar Bandar mengikut jantina pula, didapati

guru-guru lelaki lebih tinggi tahap efikasinya berbanding guru perempuan.

(18)

45

didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi efikasi guru.

(d) Tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar Bandar mengikut major pengajian,

didapati signifikan terhadap dimensi penglibatan murid, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan pada dimensi strategi pengajaran dan pengurusan kelas dalam dimensi efikasi guru.

(e) Pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian ke atas tahap efikasi guru-guru sekolah

menengah luar bandar di Sabah, didapati tidak terdapat pengaruh kerana bidang pengajaran

dan pada major pengajian hanya dimensi penglibatan murid sahaja yang menyumbang varians

sebanyak (9.63%) kerana didapati signifikan.

RUJUKAN

Allinder, M.Rose .(1995) (dalam Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd Rahman Hj Abd Aziz. 2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan PengajaranBerbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Jurnal Penyelidiakan Pendidikan. 7, Bahagian Perancangan dan Penyelidiakan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia: hlm 16.

Ashton, P.T., & Webb, R. B. (1986a). Making a difference: Teachers’ sense of efficacy and student achievement. New York: Longman.

Ashton, P. & Webb, R.B. (1986b). Teachers’ Sense of Efficacy, Classroom Behavior and Student Achievement. New York & London: Longman.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd Rahman Hj Abd Aziz.2005. Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. 7, Bahagian Perancangan dan Penyelidiakan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia: 14-26

Bandura, A. (1993). Social cognitive theory. In R. Vasta (Ed.), Annals of Child Development. (Vol. 6, pp. 1–60). Greenwich, CT: JAI.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W. H. Freeman and

Company.

Capa, Y. 2005. Factors Influencing First Year Teachers’ Sense of Efficacy . (Unpublished Doctoral Dissertation). Ohio State University.

(19)

46

teachers in middle schools in Venezuela. Teaching and Teacher Education Volume 21, Issue 3, April 2005, Pages 257-272

Coladarci, T. (1992). Teachers’ sense of efficacy and commitment to teaching. Journal of Experimental Education, 60(4), 323-337.

Egger, K.J. 2006. An Exploration of The Relationships Among Teacher Efficacy, Collective Teacher Efficacy, and Teacher Demographic Characteristics in Conservative Christian Schools. (Unpublished Doctoral Dissertation). University of North Texas.

Gibson, S. & Dembo, M. 1984. Teacher efficacy: A construct validation. Journal of Educational Psychology 76(4): P569-582.

Gibson & Dembo. 1984 (dalam Khalid Johari. Shuki Osman, Ahmad Tajudin Othman & Zurida Ismail (2009b). Pengaruh Jenis Latihan Guru Dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34: 2 (hlm 5)

Goker, S.D. 2006. Impact of peer coaching on self-efficacy and instructional skills in TEFL teacher education. Journal System Volume 34, Issue 2, June 2006, Pages 239-254

Guskey, T. R. 1987. Context variables that affect measures of teacher efficacy. Journal of Educational Research, 81(1), 41-47.

Hughes.John Christopher, 2006. Teacher stress, teacher efficacy, and standardized testing: A study of New York City public school teachers. (January 1, 2006). ETD Collection for Fordham University. Paper AAI3210270.

Imants, J.G.M. &.De Brabander, C.J. 1996. Teachers’ and Principals’ Sense of Efficacy In Elementary Schools. Teaching and Teacher Education, 12 (2), 179-195.

Ingersoll,R.M. (2001). Rejoinder : Misunderstanding The Problem of Out of Field Teaching. Journal Educational Researcher :9826-05 (21-22).

Ingersoll, R.M.(2007). A comparison study of teacher preparation and qualifications in six nations. Consortium for Policy Research in Education.

Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik. 1991. Tindakan Untuk Meningkatkan Prestasi dalam Matematik. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khalid Johari. (2009a). Pola Efikasi Guru-Guru Novis Sekolah Menengah . Malaysian Journal

Of Learning And Instruction (MJLI) Vol : 6 (141-151).

Khalid Johari. Shuki Osman, Ahmad Tajudin Othman & Zurida Ismail (2009b). Pengaruh Jenis Latihan Guru Dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34: 2 (3-14 )

(20)

47

Kurz, T.B. 2001. An Exploration of The Relationships Among Teacher Efficacy, Collective Teacher Efficacy, Collective Teacher Efficacy, and Goal Consensus. Dissertation Abstracts International: Section A. The Humanities and Social Sciences, 67(07). (UMI No.3020068).

Muskamal Mohemad Jonan. 1991. Persepsi dan minat pelajar-pelajar Melayu terhadap matematik mengikut jantina dan pencapaian. Projek Penyelidikan. Bangi : UKM.

Norawati Hashim .2001. Hubungan Pencapaian Matematik Murid-Murid Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar Mengikut Minat dan Jantina. Laporan Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI : Tanjung Malim.

Nurul Ikhsan Soif. 2009.Kesan Efikasi Kendiri Guru Kemahiran Hidup Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) . Program Pendidikan Kemahiran Hidup, Universiti Pendidikan Sultan Idris

‘Pengalaman mengajar di pedalaman’ Dicapai melalui laman http://www.tutor.com.my/ pada 19 Disember 2011.

Pajares, Frank. (1997). Self Efficacy In Academic Setting. Review Of Educational Research. 66: p43-578.

Rahmah Murshidi, Mohd Majid Konting, Habibah Elias & Foo Say Fooi. 2006. Sense of efficacy among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education 17(3): 265-275.

Rafisah, Osman .2009. Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran dengan Komitmen dan Efikasi Guru. PhD thesis, Universiti Utara Malaysia.

Saw Hooi Chin .2007. Hubungan Antara Sumber Dan Efikasi Guru Baru Di Negeri Selangor, Malaysia. Tesis Iajazah Sarjana, Fakulti Pengajian Pendidikan. Serdang : UPM.

Standard Guru Malaysia, 2009. Bahagian Pendidikan Guru, Putarajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Swetz, Hassan Langgulung & Andul Rashid 1984 (Dalam Muskamal Mohemad Jonan. 1991).

Persepsi dan minat pelajar-pelajar Melayu terhadap matematik mengikut jantina dan pencapaian. Projek Penyelidikan. Bangi : UKM.

Tschannen-Moran,M.&.Hoy, A.W.(2001). Teacher Efficacy: Capturing An Elusive . Teaching and Teacher Education, 17: 783-805.

Tschannen-Moran,M.&.Hoy, A.W.(2002). The Inflence of Resources and Support on

Teachers’ Efficacy Beliefs. Paper presented at The Annual Meeting of The American Educational Researh Association, Session 13.82: What is the Value of

Understanding Beliefs? An Exploration of Beliefs Related to Academic Achievement. April 2,2002. New Orleans. LA.

(21)

48

Menengah Di Negeri Sarawak. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Pendidikan. Serdang : UPM.

Utusan Malaysia Online. 2009. SGM Lonjak Pendidikan Negara.3 Disember 2009.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1203&pub=Utusan Malaysia & sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Wilson, P. & G.C.I.Tan. 2004. SingaporeTeachers’ Personel and General Efficacy for Teaching Primary Social Studies. International Research in Geographical and Environmental Education, 13 (3), 209-222.

Zaidatol Akmaliah Lope,et.al. 2008. Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru. Malaysian Education Dean’s Council Journal (MEDC) Journal ,USM, vol: 2

Referensi

Dokumen terkait

Pertanian memegang peran penting dalam perekonomian nasional. Dampak positifnya tidak hanya terhadap pertumbuhan dan perkembangan perekonomian negara, namun juga bagi

Kesimpulan yang didapatkan pada penelitian tentang analisa pengaruh variasi rasio diameter sebagai parameter kinerja aerodinamika CRWT adalah hasil dari simulasi dual rotor

Hal ini berarti perbankan dengan modal yang lebih tinggi mendapat penilaian positif dari masyarakat.Selain itu, variable human capital efficiency secara parsial memiliki

Menurut teori di atas, prestasi kerja antara lain dipengaruhi oleh motivasi, yaitu keinginan/dorongan dalam melaksanakan pekerjaan; kemampuan, yaitu kondisi karyawan di

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

lainnya (Utomo et al. Mlu I memberikan hasil pemotongan fragmen pada semua sampel Ganoderma spp. pada ke- lapa sawit dan semua G. boninense yang di- isolasi dari batang kelapa

Dalam hal ini peneliti melakukan ekplorasi pada kegiatan belajar dan pembelajaran yang berhubungan dengan pembelajaran karakter, baik yang dilakukan di dalam

1) Susu segar yang ditolak oleh Industri Pengolah Susu masih dapat dimanfaatkan menjadi susu yang kadar laktosanya rendah, karena sumber protein dan lemak- nya