• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN PELAJAR KELAS SELIAAN DARI PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGURUSAN PELAJAR KELAS SELIAAN DARI PE"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN PELAJAR KELAS SELIAAN DARI PERSEPSI

Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan berkualiti memandangkan misi Pendidikan Malaysia ke arah wawasan 2020 adalah dengan membangunkan pendidikan yang bertaraf dunia. Malaysia memerlukan tenaga pekerja yang mahir dalam semua bidang kemahiran bagi menampung keperluan negara yang pesat membangun sama ada tenaga professional ataupun separa professional. Oleh itu, Jemaah Menteri dalam mesyuarat 5 Julai 2000 telah bersetuju dengan penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen (Norazwani Abd Malek, 2004). Tujuan penubuhan kolej bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, malah memberi peluang kepada mereka dan komuniti setempat untuk menperolehi latihan kemahiran bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Pembangunan diri pelajar perlu dibentuk dengan teliti agar dapat menghasilkan insan yang seimbang. Justeru itu, mereka memerlukan bimbingan daripada orang dewasa bagi membantu dalam aspek pembangunan akademik, pembangunan sahsiah, pembangunan kerjaya dan pembangunan kesediaan diri (Prof Madya Dr Hamdan & Tee Tiam Chai, 2012). Bagi melahirkan pelajar yang cemerlang terutama dalam bidang akademik, tenaga pengajar atau pensyarah kolej diberi tanggungjawab untuk membimbing mereka di dalam kelas semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) untuk memenuhi kehendak industri, masyarakat dan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran. Selain akademik, bagi mewujudkan pembangunan diri pelajar dalam aspek lain, PA merupakan pensyarah yang dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan akademik, dokumen dan lain-lain telah diwujudkan di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL).

(2)

SPA telah diperkenalkan di kebanyakan institusi bagi memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti dan sahsiah yang tinggi. Menurut kajian Noriadah Abdul Karim dan Hamdan Said (2013), SPA merupakan satu sistem yang bertujuan untuk mewujudkan suatu saluran yang sistematik kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan berbincang perihal akademik bersama PA. Manakala menurut UiTM (2011), tujuan SPA ialah membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sistem pengajian IPT supaya matlamat penggunaan semester dapat direleasasikan dengan sempurna dan membantu serta membimbing pelajar menyelesaikan masalah akademik, sosial, merancang pembangunan individu secara holistik dan efektif.

Pencapaian pelajar sering dilihat dengan kebolehan yang terdapat pada pelajar itu namun, tidak boleh dinafikan bahawa ada faktor lain yang mempengaruhi pembangunan diri mereka. Justeru, di setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus memperkenalkan SPA yang mana ia sangat penting kepada semua pelajar. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan dan dengan adanya SPA pelajar boleh meminta bantuan dan berjumpa dengan PA pada bila-bila masa asalkan tidak mengganggu jadual mereka (Absullah Sulong & Wan Zainura, 2008).

PENASIHAT AKADEMIK

Menurut Edward Ngelai (2000), persepsi merupakan satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara dan ianya tidak semestinya betul atau salah manakala menurut Che Haslina & Zulkefli Mohamad (2005) pula, secara ringkasnya persepsi adalah apa-apa tanggapan atau pandangan. Dalam kajian ini, penyelidik ingin melihat pandangan PA terhadap pengurusan kelas seliaan di KKHL. PA di KKHL adalah pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal-hal akademik pelajar mengikut kelas yang dipertanggungjawabkan atau kelas seliaan mereka. Penasihat Akademik (PA) akan ditugaskan membantu dan menasihatkan sekumpulan pelajar bermula dari awal pengajian, iaitu semasa mereka memasuki universiti sehinggalah mereka tamat pengajian di universiti. ( Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2006).

(3)

Menurut senarai tugas PA di KKHL, tanggungjawab mereka adalah seperti berikut:

1. Memastikan dokumen di dalam Fail Peribadi Pelajar (FPP) adalah lengkap 2. Memastikan pelajar membuat bayaran yuran pengajian sebelum semester

berakhir. Sekiranya pelajar tidak membayar yuran sebelum peperiksaan akhir, maklum kepada Unit Peperiksaan untuk tujuan penahanan daripada menduduki peperiksaan

3. Mengenalpasti pelajar yang tidak hadir secara berterusan atau Missing In Action (MIA)

4. Memastikan semua pelajar mendapat Kad Pelajar beserta nombor perpustakaan dan no pendaftaran serta Baju Bengkel bagi pelajar baru

5. Kemaskini Butir Diri Pelajar, Maklumat SPM, Maklumat Yuran Pengajian dan Alamat Waris/Penjaga dalam sistem ePelajar

6. Menyimpan salinan surat berhenti, tangguh dan surat sakit

7. Memastikan salinan keputusan peperiksaan pelajar disimpan di dalam Fail Peribadi Pelajar setiap kali di akhir semester

8. Memastikan pelajar yang layak mendapat elaun layak diberi elaun dan memaklumkan kepada pelajar sekiranya pelajar berhenti pengajian separuh jalan, pelajar dikehendaki membayar semula elaun yang telah diterima

9. Pengurusan Fail Peribadi Pelajar di bawah seliaan penasihat akademik yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Berdasarkan kepada senarai tugas dan tanggungjawab PA di atas, PA di KKHL juga bertanggungjawab dalam bidang akademik pelajar serta meliputi dokumen-dokumen pelajar. Mereka perlu memastikan dokumen dalam FPP terutamanya lengkap dan juga rekod dalam sistem ePelajar telah dikemaskini. Ini kerana pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan mengejut ke kolej bagi melihat kelengkapan dokumen dalam FPP dan sistem. Pengemaskinian dokumen dan sistem sangat penting terutama dokumen BHHP2 (Medical Check-Up) serta alamat waris/penjaga. Ia perlu lengkap kerana sekiranya pelajar mempunyai permasalahan semasa di kolej, ini memudahkan pihak kolej untuk menghubungi mereka.

(4)

Menurut Noriadah Abdul Karim dan Hamdan Said (2013), SPA adalah hubungan kerjasama antara pelajar dan PA yang bertujuan untuk membantu pelajar dalam mencapai pembangunan pendidikan yang selaras dengan minat, nilai dan kebolehan. PA diberi mandat oleh pihak pengurusan untuk membantu pelajar dalam akademik dan turut membimbing pelajar mencapai tahap yang lebih baik dalam pembangunan akademik, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri kerana perkembangan tingkah laku pelajar sentiasa berubah. Oleh sebab itulah, PA perlu menangani keperluan pelajar dengan sewajarnya.

METODOLOGI KAJIAN

Lokasi kajian hanya bertumpu di Kolej Komuniti Hulu Langat dan responden dipilih di kalangan penasihat akademik di KKHL dari Sesi Julai 2013 hingga Sesi Julai 2014 yang bertugas di KKHL. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan jarak lokasi kajian adalah berdekatan dengan tempat pengajian penyelidik dan mempermudahkan penyelidik untuk mengumpul data memandangkan kajian akan dijalankan mengikut beberapa fasa. Bilangan sampel yang diambil adalah seramai 30 orang. Penggunaan saiz sampel menurut Mohd Majid (1998) perlu digalakkan 30 unit ke atas kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik adalah alat ukur yang sering digunakan di dalam penyelidikan sekiranya kaedah persampelan digunakan. Instrumen kajian yang digunakan ini adalah penting dalam pengumpulan data dan maklumat berkaitan kajian. Maklum balas yang diperoleh menerusi kaedah soal selidik akan dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif yang mana setiap item akan dianalisis bagi menjawab setiap soalan kajian. Kesemua data akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam perisian SPSS 21.0 for Windows (Statistical Packages for Social Science) bagi menganalisis data.

ANALISIS DATA

(5)

Julat Min Tahap

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada PA di KKHL telah

menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Berikut adalah huraian analisis bagi latar belakang responden berdasarkan kandungan soal selidik yang telah diedarkan. Maklumat mengenai jantina dan program dilakukan adalah untuk mengetahui persepsi PA terhadap pengurusan kelas seliaan.

Jantina

Jadual 2: Responden Mengikut Jantina dan Program

Berdasarkan kepada Jadual 2, secara keseluruhannya didapati bahawa kebanyakan responden yang terlibat terdiri daripada perempuan iaitu seramai 24 orang (80.0%) berbanding dengan PA lelaki hanya seramai 6 orang (20.0%). Ini menunjukkan bahawa lantikan pensyarah lelaki sebagai Penasihat Akademik kurang kerana bilangan pensyarah lelaki di KKHL hanya 13 orang manakala pensyarah perempuan pula adalah seramai 47 orang.

Analisis Skor Min

Pengkaji telah menggunakan analisis skor min bagi persepsi responden terhadap pengurusan kelas seliaan dan pelaksanaan SPA di KKHL yang diwakili sebagai Bahagian B dan Bahagian C secara berturutan dalam borang soal selidik. Data yang diperoleh daripada kedua-dua bahagian tersebut telah dianalisis untuk mendapatkan nilai min bagi setiap bahagian.

(6)

Terdapat 6 item dalam Bahagian B(i),(ii) dan (iii), 5 item di B(iv) manakala 4 item di B(v). Hasil analisis memperlihatkan keseluruhan skor min bagi setiap persepsi PA terhadap pengurusan kelas seliaan di KKHL. Perincian untuk setiap item bagi setiap persepsi PA boleh dirujuk pada Jadual 3.

i) Pembangunan akademik pelajar N

o Item Min Tahap

1 Saya memberi sokongan terhadap kemajuan akademik pelajar 4.27 Tinggi 2 Pelajar sering berunding dengan saya berkenaan dengan akademik 3.43 Sederhana 3 Saya sentiasa memantau kehadiran mereka ke kelas 3.47 Sederhana 4 Saya sentiasa memantau kemajuan akademik pelajar 4.27 Tinggi 5 Saya sering membantu pelajar dalam akademik di luar waktu kelas 3.53 Sederhana 6 Saya sering memberi nasihat dalam pencapaian akademik pelajar 4.23 Tinggi

Purata Min 3.87 Tinggi

Jadual 3: Analsis Item bagi Pembangunan Akademik Pelajar

Jadual 3 menunjukkan dapatan bagi persepsi PA terhadap pembangunan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah akademik memberikan skor yang paling tinggi terhadap dua item iaitu PA sentiasa memantau kemajuan akademik pelajar (4.27 tinggi) dan mereka memberi sokongan terhadap kemajuan akademik pelajar (4.27 tinggi). Majoriti PA dapat mengikuti perkembangan akademik dengan lebih baik kerana pelajar dibawah seliaan merupakan pelajar dalam kelas yang diajar oleh pensyarah akademik masing-masing. Namun skor bagi item kedua menunjukkan skor min yang terendah diperolehi adalah 3.43. PA berpendapat pelajar jarang berjumpa mereka berunding berkenaan akademik.

ii) Pembangunan sahsiah pelajar N

o Item Min Tahap

1 Saya sering berhubung dengan pelajar 3.27 Sederhana 2 Saya prihatin terhadap kelakuan pelajar 4.30 Tinggi 3 Saya sering memberi nasihat bagi penerapan nilai-nilai

murni

4.30 Tinggi

4 Saya membimbing pelajar sekiranya mereka mempunyai masalah

3.77 Tinggi

5 Saya merancang untuk meningkatkan motivasi dalaman dan luaran pelajar 3.17 Sederhana 6 Saya memiliki pengetahuan untuk memotivasikan pelajar 2.13 Rendah

Purata Min 3.49 Sederhana

(7)

Jadual 4 merupakan item untuk menguji maklumbalas pensyarah akademik terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Terdapat 6 item yang dibangunkan seperti di dalam jadual . Didapati dua item yang mendapat skor yang tinggi iaitu PA prihatin terhadap kelakuan pelajar (4.30 tinggi) dan sering memberi nasihat bagi penerapan nilai-nilai murni (4.30 tinggi) kepada pelajar manakala skor yang rendah adalah bagi item yang keenam iaitu dari segi pengetahuan untuk memotivasikan pelajar (2.13 rendah). Walaupun skor adalah rendah dalam aspek pengetahuan memotivasikan pelajar namun pensyarah sering memberikan ayat perangsang kepada pelajar untuk terus berjaya. Kekangan kepakaran dalam memotivasikan pelajar secara efektif perlu diberi perhatian. Secara keseluruhan purata skor adalah sederhana iaitu 3.49.

iii) Pembangunan kerjaya pelajar

N

o Item Min Tahap

1 Saya memberi sokongan kepada pelajar sama ada untuk sambung belajar atau memilih kerjaya 4.23 Tinggi 2 Saya berunding dengan pelajar berkenaan kerjaya atau masa hadapan mereka 3.93 Tinggi 3 Saya memberi maklumat yang berkualiti mengenai penyambungan pengajian atau kerjaya 4.07 Tinggi 4 Saya memberi panduan bagi membantu menyelesaikan

keperluan kerjaya

3.43 Sederhana

5

Saya memberi pendedahan kepada pelajar sebagai persediaan ke

alam kerjaya

3.03 Sederhana

6 Saya menjelaskan kepada pelajar kepentingan mencapai matlamat kerjaya

3.97 Tinggi

Purata Min 3.78 Tinggi

Jadual 5: Analsis Item bagi Pembangunan Kerjaya Pelajar

(8)

iv) Dokumen Fail Peribadi Pelajar (FPP)

N

o Item Min Tahap

1 Saya tahu dokumen yang perlu ada dalam FPP 4.13 Tinggi 2 Saya sentiasa mengemaskini dokumen pelajar yang belum

lengkap

3.87 Tinggi

3 Saya merujuk kepada dokumen dalam FPP untuk mendapatkan maklumat pelajar

4.00 Tinggi

4 Salinan Surat Tangguh, Berhenti atau Surat Sakit disimpan oleh saya 4.07 Tinggi 5 Saya tahu kepentingan dokumen yang perlu ada dalam FPP 4.10 Tinggi

Purata Min 4.03 Tinggi

Jadual 6: Analsis Item bagi Dokumen Fail Peribadi Pelajar (FPP)

Jadual 6 menunjukkan hasil analisis item bagi Dokumen Fail Peribadi Pelajar (FPP). Skor yang tinggi adalah 4.13 iaitu PA mengetahui dokumen yang perlu ada dalam FPP yang mana pada awal semester pengajian pelajar didaftarkan PA wajib mengemaskini dokumen pelajar yang tidak lengkap dan dibantu oleh Unit

Pengambilan. Manakala skor yang rendah diantara kesemua item dalam jadual 6 adalah 3.87 iaitu dari segi pengemkinian dokumen pelajar. Perkara ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh kekangan masa kerana jadual mengajar atau tambahan kerja yang sentiasa penuh.

v) Analsis Item bagi Sistem ePelajar

N

o Item Min Tahap

1 Saya tahu cara membuka sistem ePelajar 3.23 Sederhana 2 Saya tahu cara memasukkan data pelajar kelas seliaan ke dalam sistem ePelajar 3.23 Sederhana 3 Saya sentiasa mengemaskini rekod pelajar yang terkini 3.03 Sederhana 4 Saya merujuk kepada sistem ePelajar untuk mendapatkan maklumat pelajar 3.33 Sederhana

Purata Min 3.21 Sederhana

Jadual 7: Analsis Item bagi Sistem ePelajar

Jadual 7 merupakan hasil analisis item bagi Sistem ePelajar. Skor

(9)

vi) Pelaksanaan Sistem Penasihatan AKademik (SPA) di KKHL

N

o Item Min Tahap

1 Saya diberi taklimat oleh pihak jabatan berkenaan tugas sebagai Penasihat Akademik 2.13 Rendah 2 Saya memberi panduan kepada pelajar berkenaan peranan

Penasihat Akademik terhadap pelajar kelas seliaan

2.10 Rendah

3

Saya merujuk Fail Penasihat Akademik yang mempunyai butiran berkenaan pelajar kelas seliaan sekiranya ada permasalahan

3.60 Sederhana

4 Saya menganalisa semua pelajar kelas seliaan agar mengenali mereka dengan lebih dekat

3.73 Tinggi

5 Saya sering membuat perjumpaan dengan pelajar kelas seliaan

3.63 Sederhana

6 Saya memantau pelajar kelas seliaan daripada awal sehingga tamat pengajian 3.47 Sederhana

Purata Min 3.11 Sederhana

Jadual 9: Analisis Item bagi Pelaksanaan Sistem Penasihatan AKademik (SPA) di KKHL

Terdapat 6 item dalam Bahagian C. Hasil analisis memperlihatkan

keseluruhan skor min bagi persepsi PA terhadap pelaksanaan SPA di KKHL adalah 3.11 iaitu paras sederhana. Perincian untuk setiap item bagi setiap persepsi PA boleh dirujuk pada Jadual 9. Skor tertinggi adalah 3.73 (tinggi) iaitu PA menganalisa semua pelajar kelas seliaan agar mengenali mereka dengan lebih dekat. Manakala skor yang rendah bagi item kedua iaitu mereka tidak memaklumkan pelajar

(10)

KESIMPULAN

(11)

CADANGAN

Hasil daripada perbincangan dan kesimpulan di atas, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu pihak kolej bagi meningkatkan mutu dan peranan PA di terhadap pelajar kelas seliaan di KKHL. Berdasarkan hasil kajian ini, segala cadangan yang bersesuaian dengan pihak yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Taklimat awal diberikan kepada PA awal semester iaitu sebelum pendaftaran pelajar baharu. Ia bertujuan penjelasan yang terperinci kepada mereka mengenai tugasan PA dalam menguruskan kelas seliaan mereka

ii. Pendekatan kepada pembangunan diri pelajar dengan memberi pengetahuan kepada PA agar dapat memotivasikan pelajar seliaan dengan lebih efektif serta berkesan sama ada dari segi akademik, sahsiah mahupun kerjaya pelajar. Dengan adanya kemahiran motivasi, ia akan melahirkan hubungan baik antara pelajar dan PA secara langsung menjadikan pelajar mampu mengurangkan masalah personaliti

iii. PA perlu mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar kelas selian dua minggu sekali dan jam pertemuan dimasukkan dalam Jadual Kelas

iv. Penyediaan Fail Sistem Penasihatan Akademik atau Manual Penasihat Akademik untuk rujukan kepada PA bagi mengetahui peranan mereka terhadap pelajar kelas seliaan

v. Pihak Jabatan perlu menyediakan fail individu kepada PA bagi yang mengandungi mengandungi pelbagai borang dan maklumat pelajar dan perlu dikemaskini setiap kali perjumpaan yang ditetapkan.

(12)

RUJUKAN

Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof (2008). “Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar”. Universiti Teknologi Malaysia. Che Haslina Abdullah,Zulkefli Mohamad, Siti Khalijah Majid & Saharani Rashid (2005). “Persepsi Pelajar Terhadap Kredibiliti Pensyarah Pendidikan Islam: Satu Kajian di UiTM Kampus Jengka, Pahang”. Universiti Teknologi Mara.

Edward Ngelai (2000). “Persepsi Pelajar Terhadap Kompetensi Pensyarah Dalam Pengajaran: Satu Kajian di Universiti Malaysia Sarawak”. Universiti Malaysia Sarawak.

Mohd Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhd Hasanul Isyraf (2010). “Kajian Keberkesanan Penasihatan Akademik Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal: Satu tinjauan”.

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Norazwani Binti Abd Malek (2004). “Pandangan Pelajar Terhadap Kolej komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat, Johor (2004).

Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, Tee Tiam Chia, Nguyen Thuy Van, Ros Ilyani Rosdi, Mohd Rustam Mohd Rameli (2013). “Kepuasan Pelajar Terhadap Penasihat Akademik.” 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE-2013).

Portal Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris.(2006). Konsep Penasihat Akademik. 26 Ogos 2014 di http://akademik.upsi.edu.my/info/index.php?

option=com_content&view=article&id=96&Itemid=263&lang=ms.

Prof Madya Dr Hamdan Bin Said, Tee Tiam Chai, Ros Ilyani Binti Rosdi, Norashuha Tajuddin, Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said (2012). “Peranan Penasihat

Akademik Dalam Melestarikan Pendidikan Berkualiti.”

Universiti Teknologi Mara (2011). “Manual Penasihat Akademik”. Bahagian Hal Akademik UiTM.

Referensi

Dokumen terkait