• Tidak ada hasil yang ditemukan

1 FUNGSI BAGI PLAN BILIK KAUNSELING. 1.1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "1 FUNGSI BAGI PLAN BILIK KAUNSELING. 1.1"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.1 FUNGSI BAGI PLAN BILIK KAUNSELING. 1.1.1 RUANG TAMU

Pengertian ruang tamu ialah sebuah ruangan yang umumnya terdapat pada bagian terdepan dari sesebuah bilik. Ruangan ini mewakili konsep yang diusung oleh keseluruhan ruangan dan dapat mencerminkan sesebuah bilik itu sendiri. Ruang tamu dibilik kaunseling biasanya didesain sedemikian rupa agar tempatnya berdekatan dengan ruang bacaan. Perabot dan hiasan yang terdapat pada ruangan ini biasanya terdiri daripada set sofa, tirai, televisyen, ruang bacaan, rak buku dan lain-lain. Biasanya ruang tamu di bilik kaunseling ini memerlukan perhatian khusus tentang deko agar semua pelanggan dapat merasai keselesaan ketika berada didalam bilik kaunseling ini. Selain itu, fungsinya juga sebagai ruang pertama yang akan dikunjungi oleh pelangga. Ruang tamu juga menjadi tempat pertama pelanggan untuk berkumpul sebelum memulakan sesi kaunseling. Ruang tamu sangat penting dalam sesebuah bilik. Jika bilik kaunseling itu mempunyai ramai pelanggan dalam setiap minggu maka kaunselor perlu menyediakna ruang tamu yang besar supaya setiap pelanggan selesa. Pemilihan perabot juga penting untuk ruang tamu ini.

1.1.2 BILIK PENTADBIRAN

(2)

1.1.3 BILIK BIMBINGAN INDIVIDU

Bimbingan individu adalah interaksi antara dua individu yang berlaku antara kaunselor dan klien. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan klien yang mungkin mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah psikologikal ataupun masalah akademik. Dan bilik kaunseling individu fungsi sebagai tempat antara kaunselor dan seorang pelanggan sahaja. Selain itu, ia juga dapat menjalinkan satu perhubungan dalam sesi bimbingan individu adalah sangat penting kerana ia menggalak individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya.

1.1.4 BILIK KAUNSELING KELOMPOK

Untuk bilik kaunseling kelompok pula, ia berfungsi sebagai tempat kaunselor dan satu kelompok untuk berbincang perihal masalah masalah yang dialami oleh mereka. Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah.

1.1.5 SUDUT MAKLUMAT KERJAYA

(3)

1.1.6 SUDUT TERAPI

Untuk sudut terapi juga, ia sangat penting dalam sesebuah bilik kaunseling. Hal ini menyebabkan murid-murid akan mudah masuk dengan menggunakan terapi kerana ia dapat membantu individu mengurangkan atau mengatasi masalah psikologi yang telah menjejaskan kehidupan biasa mereka.

(4)

2.0 TERAPI BERMAIN

Bermain merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan merupakan suatu cara bagaimana mereka mengenal dunia. Bagi anak bermain tidak sekadar mengisi waktu, tetapi merupakan keperluan anak seperti makanan, perawatan, kasih sayang dan lain-lain. Anak-anak memerlukan berbagai variasi permainan untuk kesihatan fizikal, dan perkembangan emosinya.

Dengan bermain juga, anak-anak dapat kembangkan pertumbuhan otot-otot, kognitif dan juga emosi kerana mereka bermain dengan seluruh emosi, perasaan dan fikirannya. Elemen penting dalam bermain adalah anak-anak mendapat kesempatan dan peluang untuk mengenal apa yang ada disekitarnya sehingga ia menjadi orang dewasa yang berfikiran kreatif,, cerdas berbanding anak-anak yang kurang dapat kesempatan dan peluang bermain semasa kecil.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Terapi main juga terdapat sejarah tersendiri iaitu penggunaan permainan dalam terapi pertama kali dijelaskan oleh perintis psikoterapi Kanak-kanak. Anna Freud (1928, 1964, 1965), Margaret Lowenfeld (1935, 1970) dan Melanie Klein (1961, 1987) yang dikemukakan itu premis teori untuk menggunakan permainan, sebagai contoh, Klein (1961, 1987) yang ditetapkan kanak-kanak bermain secara spontan merupakan pengganti kepada persatuan bebas yang digunakan dalam psikoanalisis dewasa.

(5)

sebagai tradisi yang kukuh di Eropah. Walaupun Play Therapy telah muncul dari unsur-unsur psikoterapi Kanak-kanak, asas-asas teori tertentu yang muncul daripada tradisi Psikologi kemanusiaan.

Pada tahun 1940-an, Carl Rogers (1951, 1955) telah menubuhkan satu model baru psikoterapi - terapi berpusatkan klien . Tradisi baru dilahirkan sebagai protes terhadap perspektif, diagnostik preskriptif masa itu. Penekanan diletakkan di atas hubungan antara ahli terapi dan klien berdasarkan penerimaan, ketulenan, dan amanah. Oleh itu, pendekatan orang berpusatkan yang dikemukakan perspektif teori struktur personaliti, kesihatan psikologi, pemerolehan kesukaran psikologi dan proses perubahan dalam tempoh terapi yang baru dan asli.

Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pendekatan orang ini berpusatkan, Axline (1969, 1971) telah membangunkan satu pendekatan baru terapeutik untuk bekerja dengan kanak-kanak - Terapi Main arahan bukan. Penggunaan orang yang berpusat asas-asas teori, Axline mencipta Play Therapy teori dan kaedah yang jelas dan ringkas. Akaun beliau bagaimana dia bekerja dengan kanak-kanak lelaki muda yang dipanggil Dibs terkenal (Dibs: Mencari, 1964 Self). Axline diterangkan dengan terperinci bagaimana dia bekerja dengan Dibs dan bagaimana dia mampu untuk menyembuhkan dirinya sepanjang tempoh masa. Beliau berkata, "Tiada sesiapa yang tahu banyak tentang dunia dalaman manusia sebagai individu itu sendiri. Kebebasan Bertanggungjawab tumbuh dan berkembang dari dalam orang yang". Lapan prinsip beliau hubungan terapeutik memberitahu kerja-kerja banyak Jurupulih Main.

(6)

Terapi Main British. Pada tahun 1990, Institut Dramatherapy mula menawarkan Sijil dan Diploma Terapi Play.

Pada tahun 1992, Persatuan British Play Jurupulih (BAPT) telah dimulakan oleh sekumpulan profesional yang belajar di Institut Dramatherapy. Lebih sembilan belas tahun yang lalu, BAPT telah dibangunkan Terapi Main pergerakan British dan kini mengiktiraf beberapa kursus latihan di UK termasuk program-program peringkat Sarjana yang sedang berjalan di Universiti Roehampton (London) dan University of Glamorgan (Wales)

KONSEP TERAPI MAIN

Antara konsep terapi main ialah melalui bermain kanak-kanak lebih mengenal dunia dan ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain. Selain itu, kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identiti masing-masing dan juga mainan dapat mencirikan kehidupan sebenar sebagai contoh set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak dan juga set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon. Terapi mainan juga bercirikan luahan perasaan agresif – gari, penukul, peralatan militant, topeng dan mainan juga bercirikan luahan perasaan kreativiti – crayon, playdoh, kad, boneka bekas air.

Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan pembohong.

(7)

menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan ‘Persiapan Bersama’ dan bekerja dengan ’Teman yang Ramah’ dan mungkin untuk ‘Pemikir Ulang’.

Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan ‘Teman yang Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.

Terapi permainan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku, meningkatkan komunikasi, mampu menilai diri sendiri dan dapat meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.

Proses terapi main ada empat tahap. Tahap satu ialah rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina.Tahap dua pula ialah luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis.Tahap tiga ialah penerokaan peristiwa dan tahap empat pula ialah bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih.

Terdapat beberap perlaksanaan terapi main antaranya ialah di bilik terapi yang mempunyai kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak .Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

Boleh juga menggunakan media mainan (kritirea) untuk mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanakdan berpeluang untuk menguji realiti kanak-kanak. Ia juga dapat membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini dan ia juga mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak itu sendiri.

(8)

sepermainan. Semasa permainan dilaksanakan, kita dapat melihat pembentukan sahsiah terjadi ketika mereka bermain. Selain itu, mereka akan menunjukkan ekspresi kendiri untuk meningkatkan kemahiran manipulatif dan pengeluhan emosi semasa terapi bermain ini berjalan.

Selain kepentingan, ada juga terdapat beberapa masalah ketika pelaksanaan antaranya ialah mempunyai kos kewangan yang tinggi dan juga kesukaran mendapatkan alatan. Ia juga memerlukan tempat yang besar dan luas serta penyelenggaraan alatan yang berjadual dan memerlukan kepakaran yang terhad serta pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi. Kerjasama ibubapa , guru serta murid juga sangat penting dalam terapi main ini. Terapi ini tidak dapat diaplikasikan di rumah.

Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.

(9)

3.0 REFLEKSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah amat penting dewasa ini dalam era Negara mengalami perubahan hasil daripada kemajuan dan pembangunan pesat Negara. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah wujud dalam usaha manusia mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat semakin penting bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan Negara dan menyambut cabaran wawasan 2020 serta membantu pelajar mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.

Antara objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini menjelaskan antara objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ialah member khidmat penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar, member khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku, member khidmat bersifat pemulihan untuk mengorentasikan semula pelajar yang bermasalah dan memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Antara cara untuk mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah keperibadiaan kaunselor sekolah tersebut, falsafah yang dianuti, perancangan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah, perlaksanaan bimbingan dan kaunseling sekolah, pembentukan obejektif bimbingan dan kaunselingsekolah yang mantap. Disamping itu, kaunselor juga dikehendaki menyediakan buku-buku rekod yang berkaitan dengan perkhidmatannya dan melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan.

Bagi kaunselor juga, falsafah yang dianuti itu perlu berasaskan falsafah pendidikan yang mantap yang menjadi landasan kepada setiap pelajar. Selain daripada mempunyai falsafah yang dianuti, kaunselor sekolah juga perlu melaksanakan falsafah pendidikan Negara. Oelh itu, keunselor sekolah perlu mempunyai falsafahnya dalam usaha melahirkan kaunselor yang professional.

(10)

pendidikan dan keperluan bersatu untuk mencapai cita-cita tersebut. kaunselor sekolah juga perlu percaya bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah salah satu aktiviti pendidikan yang bersifat tidak langsung dalam mempengaruhi pelajar.

Dalam pembentukan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingsekolah yang mantap, banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti pembentikan objektif bimbingan dan kaunseling sekolah itu mestilah ada penyataanya, perubahan, perlakuan yang perlu dicapai dalam bentuk sikap, emosi, pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, objektif mestilah jelas dan tepat menentukan arah kerja.

Kaunselor sekolah yang professional member sumbangan yang amat besar dalam keberkesanan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. Kaunselor sekolah yang cemerlang dari segi perwatakan, berpakaian dan tutur kata. Kaunselor sekolah hendaklah sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak disekolah dan agensi-agensi yang memerlukan perkhidmatan kaunselor dari masa ke semasa.

Kaunselor sekolah juga perlu mempunyai latar belakang pendidikan yang luas yang dapat membantu beliau memahami manusia di tempat beliau bekerja, menghargai nilai-nilai dan idea-idea orang lain. Dapat menyesuaikan diri kepada perubahan budaya, ekonomi dan saintifik dan mengaplikasikan produk kaunseling secara meluas.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunselingsekolah perlu dimantapkan dalam usaha mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingsekolah. Beberapa cadangan yang dirasakan dapat membantu mempertingkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah kaunselor mengadakan hubungan yang lebih erat dengan ibubapa atau penjaga pelajar dengan tujuan untuk bekerjasama dan berbincang mengenai perkembangan dan kemajuan para pelajar. Selain itu, ia dapat menerangkan program bimbingan dan kaunseling sekolah kepada ibubapa dan penjaga serta membiasakan mereka dengan khidmat bimbingan sekolah .

(11)

mengadakan perbincangan yang boleh membantu guru-guru supaya lebih memahami lagi sikap dan sifat-sifat individu para pelajar. Ia juga boleh menggunakan kaedah teknologi moden untuk menyebarkan maklumat-maklumat pelajaran dan kerjaya.

Ia juga dapat membantu pelajar merancang program latihan pelajar dan kerjaya selaras dengan kehendak sekolah dan sentiasa berusaha menambah kecekapannya dan sentiasa menyedari pembaharuan yang berlaku sama ada didalam atau diluar sekolah. Sentiasa berusaha memajukan professional kaunseling dengan membuat atau membantu penyelidikan yang berkaitan dan mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran-anjuran Persatuan Kaunseling, sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Selain itu, berusaha meningkatkan imej kaunselor dan pakar-pakar rujuk yang lain apabila berhubung dengan para pelajar, ibubapa dan masyarakat. Kaunselor juga perlu member perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok sekerap yang mungkin. Kaunselor juga perlu menyediakan kotak-kotak cadangan dan kotak borang perkhidmatan kaunseling di luar bilik unit bimbingan dan kaunseling.

Dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan latihan penyelidikan kaunselor sekolah pula, langkah-langkah yang bersesuaian perlu diambil. Antara cadangan yang dirasakan boleh membantu dalam mempertingkatkan mutu latihan penyediaan kaunselor sekolah dalam usaha mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. Antaranya ialah latihan penyediaan kaunselor sekolah sepatutnya dirangka dengan baik supaya dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan berdasarkan falsafah pendidikan Negara yang boleh menggambarkan tahap profesionalisme kaunselor sekolah yang tinggi.

(12)

Sepanjang program penyediaan kaunselor, kemajuan calon pelu sentiasa dipantau dan tenaga pengajar perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan praktikum. Mereka perlu mempunyai masa yang mencukupi dalam melaksanakan tangungjawab proffesion mereka. Ini termasuk mempunyai masa yang mencukupi untuk penyeliaan yang teliti bagi penilaian setiap calon dan latihan praktikum perlu dilakukan dimana terdapatnya penyeliaaan lapangan yang terlatih.

Referensi

Dokumen terkait