• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN DAN PANDUAN PEPERIKSAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERATURAN DAN PANDUAN PEPERIKSAAN"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN DAN PANDUAN PEPERIKSAAN

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) Edisi 2019

Dikeluarkan Oleh : Unit Peperiksaan dan Graduasi Jabatan Pengurusan Akademik dan Kualiti

TATI University College 24000 Kemaman Terengganu Darul Iman

(2)

KANDUNGAN MUKASURAT

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT AM 1

BAHAGIAN 2 : PENYEDIAAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN 1

BAHAGIAN 3 : PENYEDIAAN KERTAS SOALAN 3

BAHAGIAN 4 : PEMPROSESAN MARKAH 5

BAHAGIAN 5 : SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 6

BAHAGIAN 6 : TANGGUNGJAWAB PELAJAR 7

BAHAGIAN 7 : PELANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN 8

BAHAGIAN 8 : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 12

BAHAGIAN 9 : RAYUAN SEMAKAN GRED 12 - 13

BAHAGIAN 10 : PEPERIKSAAN KHAS/ULK 14 - 16

LAMPIRAN 17 - 21

(3)

1 BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT AM

1.1 Unit Peperiksaan dan Graduasi (UPG) dibawah JPAK bertangungjawab menguruskan urusan peperiksaan akhir.

1.2 Peranan dan fungsi utama UPG :

a) Menjadi urusetia bersama kepada Senat TATIUC.

b) Mengeluarkan jadual waktu peperiksaan dan keperluan perjalanan aktiviti peperiksaan.

c) Menerima, mencetak, menyusun dan membungkus kertas soalan peperiksaan akhir.

d) Mengendalikan minggu peperiksaan, tempat peperiksaan, jadual pengurusan peperiksaan (pengeluaran kertas soalan dan panerimaan skrip jawapan dan keperluan peralatan peperiksaan)

e) Menyediakan data keputusan untuk kelulusan Senat.

f) Mengeluarkan keputusan rasmi peperiksaan dan memberitahu keputusan kepada pihak berkenaan.

g) Mengendalikan rekod-rekod peperiksaan.

h) Mengawal keselamatan kertas peperiksaan.

BAHAGIAN 2 : PENYEDIAAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN 2.1 Tarikh peperiksaan :

i. Tarikh peperiksaan adalah berdasarkan Kalendar Akademik setiap semester akademik yang telah diluluskan oleh Senat.

ii. Peperiksaan boleh dijalankan setiap hari dalam tempoh peperiksaan yang ditetapkan oleh Senat kecuali tarikh yang diisytiharkan sebagai cuti umum.

2.2 Data Jadual waktu peperiksaan disediakan oleh Fakulti dan akan diselaraskan oleh pihak UPG (JPAK).

a) Jadual Penyediaan Kertas Soalan :

Fakulti / Pusat perlu mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan tentang aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Akademik dan Kualiti (JPAK) untuk memastikan agar peperiksaan dapat berjalan dengan lancar.

b) Syarat penetapan slot/tarikh peperiksaan:

i. Peperiksaan tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum.

ii. Tidak berlaku pertindihan jadual waktu peperiksaan, iaitu pelajar menduduki dua kertas peperiksaan pada masa yang sama.

(4)

2 iii. Pelajar tidak boleh menduduki peperiksaan empat (4) kali/hari berturut-turut tanpa selang masa. Peraturan membenarkan maksimum 3 kali berturut-turut sahaja.

iv. Waktu peperiksaan:

Peperiksaan akan dijalankan dalam dua (2) sesi : - Sesi 1 : mulai jam 9.00 pagi

- Sesi 2 : mulai jam 2.00 petang (Peperiksaan pada hari Jumaat akan bermula jam 3.00 petang)

C) Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan.

Sebarang pindaan jadual waktu peperiksaan perlu dilaporkan oleh pelajar atau pensyarah kepada JPAK dalam tempoh yang ditetapkan selepas jadual waktu peperiksaan dipamerkan. Syarat-syarat pembetulan:

i. Pertembungan masa menjawab; atau ii. Perubahan masa menjawab.

Walaubagaimanapun, bantahan dari pelajar juga diambil kira jika pelajar berpendapat bahawa tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan itu membebankan mereka. Bantahan akan dipertimbangkan sekiranya :-

i.Mendapat persetujuan Pengerusi program pelajar.

iii. Mendapat pengesahan Dekan Fakulti pelajar.

D) Susun Atur Dewan Peperiksaan

i. Meja akan disusun pada jarak yang sesuai (lebih kurang 1 meter) antara tepi (sebelah kiri dan kanan), bahagian hadapan serta belakang meja lain.

ii. Nombor meja akan ditampal di bahagian atas penjuru kanan meja.

Bilik/dewan peperiksaan hendaklah mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti alat pandang dengar, pembesar suara dan jam dinding yang boleh dilihat oleh pelajar.

Menyediakan peti pertolongan cemas (first aid kit) di bilik/dewan peperiksaan.

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) hendaklah memastikan dewan/bilik peperiksaan dalam keadaan selamat dan boleh digunakan dengan memenuhi ciri-ciri keselamatan.

(5)

3 JPPH/JPAK memastikan ruang luar dewan/bilik peperiksaan hendaklah dalam keadaan bersih, teratur dan :

- tiada gangguan (lalu- lalang, bising).

- Mempunyai kemudahan bilik air/tandas yang berhampiran.

- Tanda arah dan arahan berkaitan peperiksaan yang menunjukkan tempat/perkara seperti Dewan/bilik peperiksaan, Bilik air/tandas, - “Jangan bising. Peperiksaan sedang dijalankan” dan Masuk serta

keluar dewan peperiksaan.

BAHAGIAN 3 : PENYEDIAAN KERTAS SOALAN

3.1 Peraturan Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir :

i. Pemeriksa hendaklah memastikan kertas soalan yang disediakan mengikut format yang disediakan untuk menentukan keseragaman. Sila rujuk Format Kertas Soalan Peperiksaan.

(tatiuc hub/JPAK/Unit Peperiksaan Senat dan Graduasi)

ii. Pemeriksa bertanggungjawab memberikan arahan yang ringkas dan tepat di muka hadapan kertas soalan.

iii. Pemeriksa bertanggungjawab memastikan kertas soalan disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Vetting Fakulti.

iv. Pemeriksa bertanggungjawab membuat penambahbaikan soalan peperiksaan berdasarkan laporan di dalam borang penilaian yang diberikan oleh kumpulan pakar.

v. JPAK bertanggungjawab mencetak kertas soalan muktamad menggunakan kertas 70g/m2.

vi. JPAK bertanggungjawab memasukkan kertas soalan ke dalam sampul surat bermateri. Maklumat peperiksaan seperti kod kursus, nama kursus dan bilangan pelajar hendaklah dinyatakan di muka hadapan sampul tersebut.

vii. JPAK bertanggungjawab mengumpul dan menyemak sampul soalan peperiksaan bermateri. Jumlah sampul berkenaan hendaklah sama dengan jumlah kursus yang peperiksaan akhir.

viii. Fakulti hendaklah menyediakan senarai serahan dan penerimaan soalan peperiksaan/skema jawapan untuk tujuan rekod.

ix. Penolong Pendaftar/Penolong Eksekutif Fakulti bertanggungjawab menyerahkan sampul soalan dan senarai serahan/penerimaan kepada JPAK dalam tempoh yang ditetapkan.

x. Masa menjawab bagi setiap peperiksaan adalah berdasarkan kredit kursus seperti dibawah :

(6)

4 Kredit Kursus Masa menjawab (maksimum)

1 kredit 1 jam

2 kredit 2 jam

3 kredit 3 jam

4 kredit 4 jam

xi. Jawapan soalan perlu ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.

Sekiranya soalan mengkehendaki pelajar menjawab dalam kertas soalan, pemeriksa hendaklah memberikan arahan di muka hadapan buku soalan peperiksaan. Ruangan yang disediakan adalah tidak melebihi dari setengah muka surat sahaja.

xii. Markah hendaklah dinyatakan di hujung tiap-tiap soalan atau ceraian soalan untuk membantu pelajar memperuntukkan waktu semasa menjawab.

xiii. Fakulti boleh mengemukakan permohonan kepada Senat bagi tujuan

perlantikan pemeriksa luar kepada Fakulti untuk memberikan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan urusan akademik.

3.2 Peperiksaan Buku Terbuka (Open Book) :

i. Pemeriksa boleh mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Vetting Fakulti sekiranya bercadang mengadakan peperiksaan bagi sesuatu kursus sebagai peperiksaan berkonsepkan Open Book. Tujuan mengadakan peperiksaan berkonsepkan Open Book adalah :

a) Mengelak para pelajar daripada menghafal formula yang rumit serta penggunaan graf/jadual atau gambar rajah yang sukar dilukis ketika menjawab soalan peperiksaan

b) Menguji pengetahuan pelajar tentang konsep asas kursus tersebut.

c) Mewujudkan soalan terbuka bagi menguji pemikiran kritis dan kreativiti pelajar dalam memahami kursus yang dipelajari.

d) Permohonan untuk mengadakan peperiksaan buku terbuka hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Vetting Fakulti. Pemeriksa hendaklah menyatakan arahan peperiksaan terbuka di muka hadapan kertas soalan bahawa peperiksaan bagi kursus tersebut diadakan secara Buku Terbuka.

3.3 Cetakan dan Pembungkusan Kertas Soalan :

Unit Peperiksaan dan Graduasi (UPG) JPAK setelah menerima kertas soalan dan skema jawapan dalam bentuk muktamad, akan mencetak dan membungkus kertas soalan untuk peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

(7)

5 Tempoh Menyimpan Skrip Jawapan Di Fakulti / Pusat :

Semua skrip jawapan hendaklah disimpan di fakulti / pusat untuk tempoh sekurang- kurangnya satu sesi akademik untuk rujukan dan lain-lain tujuan.

BAHAGIAN 4 : PEMPROSESAN MARKAH

4.1 Pengurusan dan Pengendalian Kemasukan Markah Peperiksaan oleh pemeriksa hendaklah menggunakan sistem e-campus.

4.2 Pensyarah/Pengajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan ID dan kata laluan serta urusan kemasukan markah bagi kursus masing-masing. Setiap Pensyarah/Pengajar digalakkan untuk meminda kata laluan yang telah diberi kepadanya mengikut keperluan pada bila-bila masa bagi tujuan keselamatan data/markah yang telah dimasukkan ke dalam sistem e-campus

4.3 Course Assessment Report (CAR) bagi setiap kursus hendaklah dicetak dan disahkan oleh Ketua Program/Penyelaras Subjek Umum dan Dekan, dan dibuat salinan kepada :

i. JPAK; (Salinan Asal)

ii. Dekan fakulti yang menawarkan kursus;

iii. Pengerusi Program fakulti calon;

4.4 Markah/gred tidak boleh diubah setelah disahkan (finalised). Laporan markah Course Assessment Report (CAR) hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Dekan Fakulti.

Perubahan, jika masih perlu dilakukan, hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat Pengesahan Keputusan Peperiksaan Fakulti

4.5 Dekan fakulti mempengerusikan Mesyuarat Pengesahan Keputusan Peperiksaan peringkat fakulti untuk memastikan salinan keputusan peperiksaan (markah dan gred) adalah betul sebelum dimajukan kepada JPAK untuk Mesyuarat Pra Senat diadakan.

4.6 Markah yang telah diproses tidak boleh diubah/dipinda setelah tamat tempoh proses kemasukan markah.

4.7 Pindaan markah akibat kecuaian atau masalah teknikal dalam pengiraan markah adalah tidak dibenarkan kecuali Pensyarah/Pengajar boleh membuat permohonan secara bertulis bagi perubahan markah beserta dengan alasan munasabah kepada Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan (TRA) setelah mendapat kelulusan Pengerusi Program dan Dekan fakulti.

4.8 Keputusan peperiksaan yang muktamad hendaklah disahkan oleh Senat TATIUC dan akan diumumkan oleh pihak JPAK, bagi pihak TATIUC

(8)

6 4.9 Pensyarah dikehendaki mengemaskini kursus yang diajar pada sesuatu semester di dalam Portal Pensyarah - System ecampus (OBE) selewat-lewatnya minggu ke-5 pengkuliahan dijalankan.

4.10 Setelah markah/gred dimasukkan ke dalam Sistem OBE, pemeriksa hendaklah menyemak ketetapan markah gred yang telah dimasukkan.

BAHAGIAN 5 : SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

5.1 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menduduki peperiksaan jika mereka telah memenuhi syarat-syarat berikut :

i. Telah mendaftar kursus semasa minggu pendaftaran kursus, berstatus aktif, mempunyai Slip Peperiksaan dan tidak menerima Surat Larangan Menduduki Peperiksaan.

ii. Pelajar hanya dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus seperti yang tercatat dalam slip peperiksaan sahaja.

iii. Memenuhi syarat peperiksaan iaitu 80% atau 90% kehadiran ke kuliah dan menyempurnakan keperluan kerja kursus.

iv. Telah menjelaskan yuran pengajian bagi semester berkenaan.

5.2 Halangan Menduduki Peperiksaan :

Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi perkara no. 5.1 ( i hingga iv ) di atas boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan pada semester tersebut.

5.3 Tidak hadir menduduki peperiksaan :

i. Pelajar yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa sebab yang munasabah akan dikira gagal dengan markah sifar (0).

ii. Pelajar dibenarkan menangguh peperiksaan disebabkan sakit atau atas alasan yang boleh diterima oleh TATIUC. Pelajar dikehendaki mengemukakan Sijil Cuti (diperakukan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan sahaja) kepada JPAK selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas peperiksaan kursus berkenaan, serta memaklumkan kepada pensyarah dan fakulti.

(9)

7 BAHAGIAN 6 : TANGGUNGJAWAB PELAJAR

6.1 Pelajar hendaklah mendaftar kursus berdasarkan penawaran kursus yang ditawarkan oleh fakulti dan membayar yuran pengajian bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan.

6.2 Pelajar boleh memohon rayuan pelepasan menduduki peperiksaan kepada Y.Bhg Rektor secara bertulis sebulan sebelum peperiksaan bermula. (Sila lampirkan bersama Penyata Kewangan sebagai rujukan)

6.3 Pelajar hendaklah membuat validasi kursus. Sekiranya terdapat kesilapan pendaftaran kursus, pelajar perlu merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat Fakulti / JPAK untuk membuat pengemaskinian serta disaran membuat salinan sebagai rujukan.

6.4 Pelajar adalah bertanggunjawab menyemak dan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan muktamad yang dikeluarkan JPAK. Semak kod kursus, tarikh, masa dan tempat peperiksaan yang berkaitan.

6.5 Mematuhi Etika penampilan pelajar TATIUC (Sila rujuk Buku Panduan Pelajar) 6.6 Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester.

Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sekiranya hadir lewat 30 minit selepas peperiksaan bermula kecuali atas budi bicara Ketua Pengawas yang bertugas. Setelah mengambil tempat di dewan peperiksaan, calon hendaklah :

i. Mengisi slip kehadiran dan meletakkan di sudut sebelah kanan meja.

ii. Meletakkan kad matrik dan slip peperiksaan untuk pemeriksaan pengawas.

iii. Mengisi nombor matrik, kod kursus dan nama program di muka hadapan buku/kertas jawapan. Calon tidak dibenarkan menulis nama di muka hadapan buku/kertas jawapan.

iv. Memastikan semua jalan kerja peperiksaan termasuk kerja percubaan dibuat di dalam buku/kertas jawapan. Helaian buku/kertas jawapan tidak boleh dikoyakkan. Buku/kertas jawapan yang telah digunakan, rosak atau kosong tidak boleh dibawa keluar daripada dewan peperiksaan.

v. Berhenti menulis sebaik sahaja diumumkan oleh ketua pengawas.

(10)

8 vi. Mengikat buku/kertas jawapan (kecuali buku/kertas jawapan kosong/kerja percubaan) dengan tertib dan kemas dan meletakkan di sudut atas sebelah kanan meja.

vii. Berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan setelah mendapat arahan daripada ketua pengawas.

viii. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa buku, kotak pensil, kamus, kertas gambar, nota, alat yang terdapat catatan bertulis, kalkulator berprogram, telefon bimbit atau sebarang alat komunikasi yang lain kecuali yang dibenarkan oleh ketua pengawas peperiksaan ke dalam dewan peperiksaan.

ix. Calon hanya dibenarkan membawa pen, pensil, pembaris, kalkulator tanpa penutup atau peralatan lain yang dibenarkan oleh ketua pengawas/pengawas peperiksaan.

x. Calon tidak dibenarkan menerima barang-barang tersebut (seperti dinyatakan di viii) daripada mana-mana orang semasa berada di dalam dewan peperiksaan kecuali yang diberikan oleh pengawas sepertimana yang dibenarkan oleh JPAK atas permintaan pensyarah kursus berkenaan.

BAHAGIAN 7 : PELANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

7.1 Pelantikan Pengawas Peperiksaan.

i. Setiap staf fakulti samada terlibat/tidak terlibat dengan pengajaran pada semester berkenaan akan terlibat dalam pengawasan peperiksaan.

ii. JPAK akan melantik Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan yang terdiri daripada staf akademik/staf sokongan fakulti.

7.2 Tempat dan Tarikh Bertugas.

i. Seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Peperiksaan.

7.3 Kehadiran.

i. Semua staf fakulti yang terlibat sebagai pengawas peperiksaan diwajibkan hadir bagi melancarkan tugas-tugas mengawas di minggu peperiksaan.

Sekiranya pengawas peperiksaan tidak dapat hadir atas urusan rasmi,

(11)

9 pengawas berkenaan perlu mencari pengganti dan mengisi Borang Permohonan pertukaran Pengawas Peperiksaan.

7.4 Nisbah antara Ketua Pengawas dan Pengawas.

i. Nisbah antara Ketua Pengawas dan Pengawas adalah berdasarkan jumlah pelajar di dalam satu dewan peperiksaan. Nisbah berkenaan ialah seperti berikut :

ii. JPAK akan melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang pengawas (lelaki dan perempuan jika perlu) bagi setiap peperiksaan yang dijalankan.

Bagaimanapun, jika peperiksaan dijalankan di sebuah dewan peperiksaan yang besar maka nisbah bilangan pengawas dan bilangan calon peperiksaan ialah 1:30.

7.5 Bilangan/kekerapan pengawasan peperiksaan : i. Pensyarah : tidak melebihi 3 kali

ii. Tutor / Pengajar / Staf Sokongan Fakulti : tidak melebihi 4 kali

iii. Walaubagaimanapun, kekerapan di atas tidak dikira sekiranya staf menggantikan tugas mengawas untuk pengawas peperiksaan yang lain.

7.6 Tingkahlaku Ketua Pengawas dan Pengawas :

Staf yang terlibat dengan pengawasan peperiksaan hendaklah mematuhi perkara- perkara berikut :

i. Tidak berbual sehingga menggangu konsentrasi pelajar.

ii. Tidak memakai kasut yang berbunyi bising.

iii. Tidak belegar-legar di tempat duduk pelajar hingga mengganggu konsentrasi pelajar.

iv. Tidak melakukan kerja-kerja lain seperti membuat penandaan skrip jawapan.

7.7 Tanggungjawab Ketua Pengawas adalah seperti berikut :-

Melapor diri di pejabat JPAK pada hari peperiksaan tidak lewat dari TIGA PULUH (30) minit sebelum peperiksaan dimulakan. Ketua Pengawas akan mendapatkan sampul surat bermetri yang mengandungi kertas soalan dan Fail Rujukan Peperiksaan yang mengandungi :

i. Examination Checklist Form ii. Examination Event Report Form iii. Declaration Form

iv. Report on Academic Plagiarisme v. Final Examination Outing Record

(12)

10 Mengarahkan Pembantu Pengawas meletakkan buku jawapan dan keperluan lain peperiksaan di atas meja pelajar dan hendaklah siap tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum bermulanya peperiksaan;

i. Mengarahkan pelajar memasuki Dewan Peperiksaan LIMA BELAS (15) minit sebelum bermulanya peperiksaan.

ii. Memastikan kehadiran pelajar dicatatkan dan direkodkan secara teliti.

iii. Mengumumkan masa permulaan dan akhir peperiksaan. Ia hendaklah juga mengumumkan kepada pelajar apabila tinggal LIMA BELAS (15) minit sahaja lagi sebelum berakhirnya peperiksaan.

iv. Memberi peringatan kepada pelajar tentang kesan salah laku peperiksaan.

v. Boleh melarang pelajar yang melanggaratau tidak mematuhi peraturan peperiksaan daripada menduduki peperiksaan.

vi. Sekiranya seseorang pelajar dibenar meninggalkan Dewan Peperiksaan untuk sesuatu tujuan dan kemudian kembali semula, Ketua Pengawas hendaklah memastikan pelajar berada dalam pengawasan secukupnya semasa pelajar berada di luar Dewan Peperiksaan.

vii. Melapor dan menyerahkan bahan bukti tentang kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan kepada JPAK dengan serta-merta selepas tamatnya peperiksaan.

viii. Boleh membenarkan pelajar meninggalkan Dewan Peperiksaan sekiranya pelajar hendak menyerahkan buku/kertas jawapan lebih awal daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum berakhirnya peperiksaan.

ix. Mengeluarkan arahan kepada Pengawas dan Pembantu Pengawas untuk mengutip buku dan/atau kertas jawapan selepas waktu peperiksaan tamat, iaitu pelajar masih duduk ditempat masing-masing. Buku/kertas jawapan yang kosong atau tidak digunakan hendaklah dikutip secara berasingan.

x. Bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan bilangan set buku/kertas jawapan yang diterima.

xi. Bertanggungjawab atas penyerahan buku/kertas jawapan kepada Unit Peperiksaan JPAK/wakil JPAK bersama buku/kertas jawapan, sebaik sahaja peperiksaan selesai/tamat.

xii. Tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan sesuatu peperiksaan tanpa persetujuan JPAK.

(13)

11 xiii. Menyerahkan Fail Rujukan Peperiksaan kepada Unit Peperiksaan JPAK/wakil JPAK di Pejabat JPAK selepas tamat waktu peperiksaan.

xiv. Bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan peperiksaan dan diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan yang dirasakan perlu bagi membendung salah laku peperiksaan.

7.8 Tanggungjawab Pembantu Pengawas adalah seperti berikut :-

i. Melapor diri di pejabat JPAK pada hari peperiksaan tidak lewat dari TIGA PULUH (30) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

ii. Pembantu Pengawas hendaklah menyusun kertas soalan dan bahan–bahan lain yang dibenarkan di atas meja pelajar terlebih dahulu sebelum pelajar dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

iii. Pembantu Pengawas dengan kebenaran Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar masuk ke dewan peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

iv. Pembantu Pengawas hendaklah memastikan bahawa maklumat yang tercatat dalam borang kehadiran pelajar adalah sama dengan yang terdapat dalam kad matrik pelajar dan slip peperiksaan kursus pelajar sebelum mengutip borang kehadiran pelajar.

vi. Pembantu Pengawas hendaklah memeriksa calon-calon yang masuk dan keluar dari dewan peperiksaan.

vii. Pembantu Pengawas hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan.

viii. Menjalankan tugas lain dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengawas

Nota :

Hanya ketua pengawas/ Pengawas sahaja yang berhak membuat keputusan menghalang pelajar dari menduduki peperiksaan sekiranya pelajar datang lewat ke Dewan Peperiksaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan perjalanan peperiksaan pada hari tersebut.

(14)

12

BAHAGIAN 8 : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

a) Keputusan Peperiksaan pelajar akan diumumkan selepas mendapat mendapat pengesahan kelulusan dari Senat TATIUC.

b) JPAK akan memuat naik keputusan peperiksaan bagi setiap semester secara atas talian dalam tempoh tertentu.

i. Pelajar perlu mencetak sendiri keputusan peperiksaan bagi setiap semester sebagai simpanan dan rujukan.

ii. Pelajar hendaklah menyemak keputusan peperiksaan yang diperoleh.

Kedudukan Akademik Pelajar akan dimaklumkan kepada pelajar mengikut kaedah yang ditetapkan oleh TATIUC kecuali bagi kes berikut :

i. Pelajar yang mendapat GPA < 1.00 walaupun CGPA > 1.69,

ii. Pelajar yang digantung keputusan peperiksaannya atas sebab tatatertib atau sebab-sebab lain yang diputuskan oleh Senat,

iii. Pelajar yang berhutang yuran pengajian.

BAHAGIAN 9 : RAYUAN SEMAKAN GRED KURSUS

Pelajar yang tidak berpuashati dengan keputusan peperiksaan bagi kursus tertentu boleh mengemukakan rayuan semakan gred.

(a) Rayuan Semakan Gred Kursus hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan Senat.

(b) Pelajar boleh mendapatkan borang Rayuan Semakan Gred Kursus pada Portal Pelajar/JPAK. Pelajar hendaklah membuat pembayaran di Jabatan Kewangan mengikut kaedah berikut :

(i) Kadar bayaran rayuan ialah RM50.00 bagi satu kursus;

(ii) Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang tunai, pindahan wang, wang pos atau kiriman wang pos. Cek peribadi adalah tidak diterima; dan semua pembayaran hendaklah dibuat dan dijelaskan sendiri oleh pelajar di Jabatan Kewangan. Pembayaran melalui pos juga tidak diterima.

(15)

13 (c) Fakulti/Pusat hendaklah melantik pemeriksa kedua bagi kursus berkenaan.

Pemeriksa kedua yang dilantik hendaklah menyemak semula Skrip Jawapan tersebut dan melaporkan hasil semakan semula kepada Jawatankuasa Semakan Gred. Jawatankuasa seterusnya akan bermesyuarat bagi membuat keputusan sama ada berjaya atau tidak berjaya.

(d) Pelajar hendaklah menyertakan resit bayaran rayuan semasa mengemukakan borang rayuan ke JPAK.

(g) Markah yang diambil ialah markah yang didapati selepas semakan/penandaan semula dilakukan. Jika Berjaya JPAK akan mengemaskini keputusan peperiksaan pelajar didalam sistem.

(h) JPAK akan memaklumkan kepada pelajar hasil semakan dan keputusan rayuan semakan.

Jawatankuasa Rayuan Semakan Gred Kursus

a) Ahli Jawatankuasa Rayuan Semakan Gred Kursus terdiri dari : Pengerusi -Pengurus JPAK

Ahli -Dekan Fakulti yang terlibat Ahli - Pengerusi Program yang terlibat Ahli - Pengerusi Program pelajar Pencatat minit - Pen.Pendaftar JPAK

b) Jawatankuasa ini hendaklah menimbang dan membuat keputusan muktamad terhadap setiap rayuan yang dikemukakan.

c) Keahlian mesyuarat terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang ahli.

d) Jawatankuasa boleh meminta mana-mana pegawai akademik yang berkaitan turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

e) Jawatankuasa hendaklah melaporkan keputusan rayuan kepada Senat untuk pengesahan keputusan rayuan.

(16)

14 BAHAGIAN 10 : PEPERIKSAAN KHAS/ULK

PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS (ULK)

Pelajar diperingkat akhir pengajian yang gagal satu kursus sahaja pada semester akhir untuk bergraduat boleh memohon menduduki Peperiksaan Ulangan Khas (ULK). Peperiksaan Ulangan Khas tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

(a) Pernah mengikuti kursus tersebut pada tahun akhir program pengajian (tidak termasuk semester untuk Latihan Industri) dan pernah menduduki peperiksaan akhir kursus tetapi gagal; dan

(b) Lulus semua kursus lain kecuali satu kursus tersebut sahaja untuk bergraduat dan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.00;

(c) Peperiksaan Ulangan Khas hanya boleh diambil sekali sahaja, dan sekiranya pelajar masih gagal peperiksaan ini, pelajar hendaklah mengikuti semula kursus tersebut dalam semester biasa;

(d) Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh satu (1) minggu selepas Senat;

PEPERIKSAAN KHAS

Pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana masalah kesihatan, kecemasan (bencana alam - banjir), kes kematian dan lain-lain perkara yang dibenarkan oleh TATIUC.

Peperiksaan Khas tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

(a) Pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti kemalangan, pelajar yang mendapatkan rawatan kerana pembedahan, penyakit bersifat psikologi, gangguan mental dan apa-apa penyakit berjangkit hendaklah mengemukakan borang permohonan dan disertakan dokumen sokongan daripada hospital kerajaan/hospital swasta/klinik kesihatan/klinik swasta ;

(b) Borang permohonan hendaklah dihantar kepada JPAK dalam tempoh tiga (3) hari dari hari pelajar tidak hadir peperiksaan kursus tersebut kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan;

(17)

15 (c) Pelajar yang ada kes kematian saudara terdekat (ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/anak/adik-beradik) dikehendaki mengemukakan

borang permohonan dan sijil kematian dan dihantar kepada JPAK tempoh pelepasan pelajar tiga (3) hari sahaja];

(d) Peperiksaan khas akan diadakan dalam tempoh minggu peperiksaan atau tertakluk kepada kebenaran TATIUC;

(e) Markah peperiksaan khas akan mengambil kira markah kerja kursus yang asal sebagai sebahagian daripada markah keseluruhan dan peperiksaan ini tidak akan dikenakan sebarang caj.

SALAH LAKU PEPERIKSAAN

Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti :-

(a) Memberi/menerima/memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, cetakan atau apa-apa jua bentuk lain yang tidak dibenarkan semasa peperiksaan dijalankan sama ada di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan;

(b) Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan;

(c) Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu semasa peperiksaan sedang berjalan; atau

(d) Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh TATIUC.

HUKUMAN

(a) Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana peraturan peperiksaan ini, setelah diperakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib TATIUC dan disabitkan kesalahannya, Senat boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu, atau kombinasi yang sesuai dari dua (2) atau lebih hukuman-hukuman berikut:

(i) Memberi markah sifar (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan mata

(18)

16 pelajaran yang berkenaan (termasuk kerja kursus);

(ii) Memberi markah sifar (0) bagi semua kursus yang didaftarkan pada semester tersebut;

(iii) Menggantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang difikirkan sesuai.

(b) Pelajar yang melanggar peraturan ini juga boleh diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Kaedah-kaedah TATI University College (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2016.

(19)

17 Peperiksaan Akhir Semester : _____________ Sesi : _______

Fakulti/Pusat Pengajian : _____________

Kod Kursus Kursus

1. _________ ______________________________________________

2. _________ ______________________________________________

3. _________ ______________________________________________

4. _________ ______________________________________________

5. _________ ______________________________________________

6. _________ ______________________________________________

7. _________ ______________________________________________

8. _________ ______________________________________________

9. _________ ______________________________________________

10. _________ ______________________________________________

11. _________ ______________________________________________

12. _________ ______________________________________________

13. _________ ______________________________________________

14. _________ ______________________________________________

15. _________ ______________________________________________

16. _________ ______________________________________________

17. _________ ______________________________________________

18. _________ ______________________________________________

19. _________ ______________________________________________

20. _________ ______________________________________________

………. ………

Tandatangan & Cop Rasmi Tandatangan & Cop Rasmi

Pen.Pendaftar Fakulti Pen.Pendaftar JPAK

Tarikh : ……… Tarikh : ………..

BORANG PENYERAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

(20)

18 TATI UNIVERSITY COLLEGE ( TATIUC )

BORANG PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

PERAKUAN PENSYARAH :

Saya telah menyemak dan memperakukan kertas soalan akhir ini sesuai untuk dicetak.

Kod Kursus :________________Nama Kursus :____________________________

Semester :________________Sesi : _______________

(i) Nama :__________________________________

T/tangan : _______________

Fakulti : ______________ Tarikh :_____________

(ii) Nama:__________________________________

T/tangan : _______________

Fakulti : ______________ Tarikh :_____________

(iii) Nama:__________________________________

T/tangan : _______________

Fakulti : ______________ Tarikh :_____________

PERAKUAN UNIT PEPERIKSAAN/JPAK :

T/tangan & Cop : ______________________

Tarikh : ______________________

(21)

19

BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SEMESTER : ___________ / SESI: ____________

(A) NAMA PEMOHON : ________________________________________________

TARIKH: __________________ T/TANGAN PEMOHON PERTAMA : ________________

(B) NAMA PENGGANTI : ___________________________________________________

TARIKH:__________________ T/TANGAN PEMOHON KEDUA : ___________________

(C) UNTUK TINDAKAN JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK & KUALITI Permohonan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

_________________ ___________________ ___________________

Pengurus JPAK Cop Rasmi Tarikh

* Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pengawasan JADUAL PENGAWASAN ASAL

(Pemohon Pertama)

JADUAL PENGAWASAN ASAL (Pengganti)

Tarikh : Tarikh :

Masa : Masa :

Tempat : Tempat :

Nama Ketua Pengawas :

Nama Ketua Pengawas :

JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK & KUALITI BANGUNAN CANSELORI

KOLEJ UNIVERSITI TATI TEL : 09-8601054, 1055, 1058

B/BC03/0113/V2

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini diperoleh kesimpulan yaitu earning management dan lindung nilai bersifat substitusi, earning management tidak memiliki pengaruh yang signifikan terhadap

Dalam penelitian ini, variabel komite audit diukur sebagai variabel dummy dengan indikasi 1 jika perusahaan di audit oleh KAP Big 4 dan 0 jika perusahaan tidak di audit oleh KAP

Berbagai aspek kehidupan yang dipandang penting bagi mereka, baik melalui informasi langsung maupun tidak langsung (melalui media cetak maupun elektronik seperti

Berdasarkan analisis kejadian berisiko dalam proses pelayanan kefarmasian, reaksi obat yang tidak diharapkan (Adverse Drug Events), kesalahan pengobatan (Medication Errors)

Kegiatan pembelajaran siklus I berjalan cukup lancar tetapi ada kekurangannya. Secara klasikal siswa mampu menjawab pertanyaan, menuliskan pesan moral

Maka SKPA Badan Kesatuan Bangsa, Politik dan Perlindungan Masyarakat Aceh berkewajiban untuk membuat dan menyampaikan Laporan Pertanggungjawaban Keuangan Satuan

Bali sebagai sebuah Pulau Taman karena memang tersusun oleh banyak taman, baik yang bersifat alami seperti: taman pantai, taman danau, taman pegunungan, taman

• Setelah proses login berhasil, anda bisa klik menu Master data dan pilih menu yang diinginkan, sebagai contoh disini kami memilih menu master data jenis audit pada