• Tidak ada hasil yang ditemukan

CERAPAN MATAHARI. Sr ASRUL BIN ZAKARIA, MRISM AKMAR BIN ALIAS SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM Geomatic Division Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CERAPAN MATAHARI. Sr ASRUL BIN ZAKARIA, MRISM AKMAR BIN ALIAS SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM Geomatic Division Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)

CERAPAN MATAHARI

Sr ASRUL BIN ZAKARIA,

MRISM

AKMAR BIN ALIAS

SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM

Geomatic Division

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

(2)

Pengenalan Kepada Cerapan Matahari

Cerapan Matahari adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan azimuth garisan secara astronomical, iaitu dengan melakukan tilikan ke matahari. Tujuan cerapan matahari dilakukan adalah untuk kawalan azimuth, seperti yang diperlukan bagi:-

Pengesahan datum

Penutupan Trabas (Trabas perlu juga ditutup pada setiap 25 stesen)

Mendapatkan azimuth sempadan-sempadan bidang tanah.

Menyelaraskan kerja-kerja ukur di antara lot2 tanah.

Menyemak sudut-sudut dalam trabas-trabas ukur yang panjang.

Menentukan kedudukan –kedudukan geodetik atau geografi di

(3)

Pengenalan Kepada Cerapan Matahari

Cerapan matahari boleh dilakukan dengan dua kaedah, iaitu:

 Kaedah Sudut Tegak (Altitude)

 Kaedah Sudut Waktu

(4)

Pengenalan Kepada Cerapan Matahari

Kaedah yang digunakan di Malaysia

adalah kaedah sudut tegak kerana

kawasan di Negara kita ini mempunyai

latitud (garis lintang) yang rendah

(bersamaan 3°).

(5)

Pengenalan Kepada Cerapan Matahari

Butir-butir adalah seperti berikut:-

Sudut ufuk di antara garis rujukan dan matahari.

Sudut tegak matahari

Bacaan Gelembung Ufuk

Waktu dan tarikh cerapan

Koordinat stesen cerapan dan stesen origin, dan latitud stesen origin

Almanak Bintang

(6)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Cerapan hendaklah dilakukan di sebelah pagi di antara

pukul 8 pagi hingga 10 pagi, di mana ketika itu

matahari sedang naik pada sudut tegak 14° hingga

30°. Pada ketika itu, peredaran atau pergerakan

matahari adalah perlahan, maka perubahan dalam

sudut adalah kecil.

(7)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Cerapan matahari juga boleh dilakukan di sebelah

petang semasa matahari hendak terbenam, ketika

sudut tegak berada pada sudut seperti yang telah

diterangkan tadi, Cuma pada waktu cerapan ini

hendaklah dicampurkan dengan 12 jam. Manakala

azimuth yang dihitung hendaklah ditolak dengan 360°,

bagi mendapat azimuth yang mengikut pusingan jam

dari Utara Benar.

(8)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Cerapan matahari pada sudut tegak yang terlalu rendah adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan selisih biasan (refraction)

Cerapan matahari pada sudut tegak yang tinggi,

atau di tengahari, adalah tidak sesuai kerana

kesukaran mendongakkan teropong dan perubahan

dalam sudut adalah sangat ketara.

(9)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

 Cerapan perlulah dicatatkan di dalam

borang-borang yang telah ditetapkan

oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan

Malaysia (JUPEM)

(10)
(11)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Cerapan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya

dalam dua set, di mana setiap set cerapan

mengandungi empat bacaan tilikan matahari (iaitu,

dua bacaan penyilang kiri dan dua bacaan penyilang

kanan).

(12)

Set 1

Set 2

(13)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Perbezaan azimuth di antara set-set itu hendaklah kurang daripada 10” untuk kelas

pertama.

(14)

Perbezaan azimuth di antara set-set itu hendaklah kurang daripada 10”

Perbezaan azimuth di antara set-set

adalah 2” seperti di atas !

(15)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Garisan ke titik rujukan hendaklah jangan

kurang daripada 40 meter.

(16)

40 meter

(17)

Syarat-Syarat Cerapan Matahari

Sela waktu di antara cerapan hendaklah

kecil dan sama

(18)

Prosedur Cerapan Matahari

(19)

Di penyilang kiri, setkan bearing rujukan pada alat teodolit, dan halakan tepat pada stesen rujukan.

(Sekiranya, bearing asal tidak diketahui, maka

bearing anggapan juga boleh digunakan.

(20)

Kemudian, halakan teropong ke arah matahari. Pastikan teropong dipasangkan dengan alat kanta gelap (sun glass). Awasi pergerakan matahari pada garis rerambut dengan menggunakan

slow motion bagi pelit ufuk atas dan sudut tegak.

Apabila kedudukan bulatan kanan matahari berada tepat di atas

tangen garis tegak rerambut, dan garis ufuk rerambut membelahi

tengah bulatan matahari, catatkan sudut ufuk, sudut tegak, bacaan

pelit gelembung, dan waktu cerapan.

(21)

Kemudian, cerap pula kedudukan bulatan kiri matahari yang

berada di tangen garis rerambut seperti di atas. Ini dilakukan

dengan pergerakan skru-skru slow motion pelit ufuk atas dan

pelit tegak. Catatkan sudut ufuk, sudut tegak, bacaan pelit

gelembung dan waktu cerapan.

(22)
(23)

 Kemudian, longgarkan skru pelit atas, dan halakan teropong balik ke stesen rujukan. Catatkan bearingnya di penyilang kanan.

 Ulangi keseluruhan cerapan di atas, bagi set cerapan kedua.

 Bagi cerapan matahari sebelah petang, syarat-syarat cerapan adalah sama, cuma, waktu cerapan hendaklah dicampurkan dengan 12 Jam.

Manakala, azimuth yang dihitung hendaklah ditolak dengan 360°, bagi

mendapatkan azimuth mengikut pusingan jam dari Utara Benar.

(24)

Prosedur Pengiraan

Cerapan Matahari

(25)

1. Dapatkan purata sudut ufuk ke matahari dengan mencampurkan keempat-empat bacaan, di mana bacaan pada penyilang kanan ditambah atau ditolak 180°00’00”dan dibahagikan kepada 4. Ini dilakukan untuk kedua-dua set cerapan (lihat borang cerapan matahari)

Formula: (A+B+C+D) ÷ 4

96°19’00” + 95°45’40” + (275°46’55”- 180°00’00”) + (276°36’50” -180°00’00”) ---

4

(26)

2. Dapatkan purata sudut ufuk ke Tanda Rujukan (T.R) dengan mencampurkan kedua-dua bacaan di mana bacaan pada penyilang kanan ditolak 180°00’00”dan dibahagikan kepada 2. Ini dilakukan untuk kedua-dua set cerapan.

Formula: (G+H- 180°00’00”) ÷ 2

(27)

Contoh pengiraan:-

162°00’00” + (342°00’05 - 180°00’00”) ---

2

= 162° 00’ 03” (Purata ke TR)

(28)

Dapatkan purata tinjah atau purata sudut pugak dengan mencampurkan keempat-empat cerapan dan dibahagikan

dengan 4. Bacaan sudut pugak hendaklah ditolak

90°00’00”manakala bacaan pada penyilang kanan ditolak 270°00’00”

Formula: [(90°-J) + (90°-K) + (L-270°) + (M-90°) ÷ 4

(29)

Contoh pengiraan:-

[(90°-74°56’20”) + (90°-74°52’15”) + (285°18’15”-270°) + (285°21’20”-270°)]

--- 4

= 15° 12’ 45”

(30)

Dapatkan Biasan dan Bedalihat yang boleh didapati di dalam borang Biasan dan Bedalihat.

Cara mendapatkan Biasan dan Bedalihat, dengan merujuk kepada Purata Tinjah iaitu 15°12’45”, gunakan Borang Biasan

dan Bedalihat

(31)
(32)

Untuk mendapatkan tinjah dilaras, purata tinjah perlu ditolakkan dengan Biasan dan Bedalihat matahari.

Formula: Purata Tinjah - Biasan dan Bedalihat

Pengiraan = 15° 12’ 45” - 3’ 04”

= 15° 09’ 41”

(33)

Dapatkan nilai purata waktu cerapan. Daripada waktu cerapan yang diperolehi dapatkan purata waktu tersebut iaitu dengan mencampurkan keempat-empat bacaan minit waktu yang diperolehi dan dibahagikan 4.

Formula: Waktu cerapan = 1+2+3+4÷ 4 Cara pengiraan:-

8 j 28m + 8 j 29m + 8 j 29m + 8 j 31m ---

4

(34)

Kemudian dapatkan nilai purata waktu cerapan ditolakkan dengan 8 jam iaitu perbezaan waktu di Malaysia dengan waktu rujukan di Greenwich untuk mendapatkan waktu umum.

Waktu Umum = Purata Waktu – 8 jam

Cara pengiraan:-

8j 29m 15s - 8 jam = 0j 29m 15s UT

(35)

Koordinat U/S dan T/B boleh didapati dari jadual yang telah disediakan. Setiap negeri mempunyai nilai koordinat originnya yang tersendiri.

Contoh untuk negeri Pahang Koordinat Geografinya ialah

Latitud 3° 42’ 40”dan longitud 102° 26’ 10” manakala

koordinat gridnya ialah U= 0.000 dan T= 0.000 dalam unit

rantai dan ianya perlu ditukarkan kepada unit meter hendaklah

didarabkan dengan 0.201168.

(36)

Koordinat stesen U/S dan T/B hendaklah dikira untuk setiap stesen cerapan melalui koordinat yang terdapat dalam pelan akui.

Contoh Koordinat stesen = U 103554.684, T 34268.974

(37)
(38)
(39)

Garis Lintang Origin U, boleh didapati daripada jadual yang telah disediakan dan setiap negeri mempunyai nilai garis lintang origin masing-masing.

Contoh bagi Negeri Pahang di Gunung Senyum, nilai garis

lintangnya adalah U.Latitud 3° 42’ 39.50” @ 3° 42’ 40”.

(40)
(41)
(42)
(43)
(44)
(45)

Sudutiswa pada () jam U.T. U/S didapati daripada Buku Almanak

Bintang iaitu pada tarikh dan hari yang dilakukan cerapan pada

ruangan Deklinasi .

(46)
(47)
(48)
(49)
(50)
(51)
(52)
(53)
(54)
(55)
(56)
(57)

SEKIAN

TERIMA KASIH

Referensi

Dokumen terkait