• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sastera Melayu Dan Prasangka Etnik Isu i (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sastera Melayu Dan Prasangka Etnik Isu i (1)"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

SASTERA MELAYU DAN PRASANGKA ETNIK:

ISU-ISU DAN PERSOALAN

Article

CITATIONS

0

READS

1,501

1 author:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

language literacy View project Fong Peng Chew

University of Malaya

18PUBLICATIONS 14CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Fong Peng Chew on 20 February 2014.

(2)

SASTERA MELAYU DAN PRASANGKA ETNIK: ISU-ISU DAN

PERSOALAN

Chew Fong Peng

Jabatan Pendidikan Bahasa & Literasi Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

Prejudice is a negative attitude that creates tension among ethnic groups. In Malaysia, prejudice once created a race riot in 1969. From history, the inharmony and fragile relationship among ethnic groups was portrayed in Malay literature since the 1920s till the 1970s. The fragile relationship was the consequence of the policy of divide and rule implemented by the British administration in Malaya. Two issues were recognized as ethnic prejudice between Malays and non-Malay towards Malay literature, namely concept of national literature and Malay-centric portrayal in Malay literature. This article suggests that the translated ethnic literature should be accepted as part of the national literature, the Malay authors are suggested to broaden their writing world about multi-ethnic society in Malaysia, and hence educational institutions play a very important role informing the culture of respect besides dismantling prejudice among the students in schools.

Sikap prasangka seringkali menimbulkan masalah dalam masyarakat dan membawa kesengsaraan kepada banyak orang. Pembunuhan beramai-ramai, penindasan, dan layanan yang buruk sesama manusia sebahagian besarnya berpunca daripada prasangka. Di negara kita misalnya prasangka telah menyumbang kepada rusuhan kaum 1969. Akibatnya wujud beberapa masalah dalam membentuk perpaduan nasional. Memandangkan bahayanya kesan tersebut, maka kita perlu memberi perhatian terhadap isu-isu prasangka dalam masyarakat terutama di negara yang penduduknya berbilang kaum.

Konsep Prasangka

Menurut Allport (1958), prasangka ialah suatu antipati berdasarkan penyeluruhan yang salah dan kaku. Prasangka boleh dirasai atau dinyatakan, malah boleh diarahkan kepada suatu kelompok sebagai suatu generalisasi atau kepada seorang individu kerana dia yang menganggotai kelompok itu.

(3)

Baron dan Byrne (1982) berpendapat bahawa prasangka merupakan satu sikap yang ditujukan kepada ahli-ahli sesuatu kelompok khusus, misalnya kelompok agama, etnik dan jantina. Seseorang yang menganuti sikap itu menilai orang lain secara negatif berdasarkan keahlian mereka dalam kelompok tersebut, bukan kerana sifat-sifat atau tingkah laku individu itu sendiri. Oleh sebab sesuatu sikap sering berfungsi sebagai skema, manusia yang berprasangka cenderung untuk menyedari dan mengingati hanya beberapa maklumat tertentu mengenai kelompok yang dibenci mereka, biasanya "fakta-fakta" yang sebahagian besarnya bersifat negatif.

Secara rumusan, prasangka boleh didefinisikan sebagai suatu sikap yang bersifat prapenghakiman terhadap sesuatu objek sebelum diperiksa terlebih dahulu fakta-fakta sebenar mengenainya. Sikap itu sukar diubah walaupun telah dibuktikan bahawa fakta- fakta yang dipercayai mengenai sesuatu objek itu tidak benar dan telah dinafikan. Orientasi prasangka yang buruk atau negatif ini sering disamakan dengan permusuhan. Orang yang berprasangka sering menganggap kelompok lain itu buruk, tidak bo1eh diterima, dan tidak boleh bergaul secara mesra.

Prasangka terjelma dalam banyak aspek kehidupan kita. Prasangka yang paling banyak menimbulkan masalah dan kerumitan ialah prasangka etnik, iaitu prasangka satu kelompok etnik terhadap etnik yang lain. Biasanya prasangka etnik bersifat negatif. Misalnya tanggapan bahawa orang Melayu adalah pemalas, orang Cina bersifat materialistik, orang India pemabuk adalah contoh prasangka etnik.

Komponen Prasangka Etnik

Forsyth (1995) membahagikan prasangka kepada tiga komponen sikap, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor (kecenderungan tingkah laku). Kornponen kognitif prasangka merujuk kepada pelbagai kepercayaan dan jangkaan yang dianuti oleh seseorang individu rnengenai ahli kelompok tertentu. Biasanya kepercayaan dan jangkaan membentuk satu rumpun pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang digelar stereotaip. Stereotaip rnempengaruhi individu mengandaikan bahawa semua ahli sesuatu kelompok mempunyai trait yang sama, atau bertingkah laku dalam cara yang sarna.

Komponen afektif prasangka pula merujuk kepada perasaan atau emosi yang dirasai oleh individu yang berprasangka terhadap ahli-ahli kelompok yang ditanggapinya. Oleh itu prasangka tidaklah hanya terdiri daripada reaksi kognitif semata-mata, tetapi termasuk juga pelbagai emosi yang biasanya bersifat hebat. Biasanya ke1ompok yang diprasangka adalah dibenci.

Komponen kecenderungan tingkah laku prasangka melibatkan kecenderungan untuk bertindak secara negatif terhadap orang yang menjadi objeknya. Tindakan tersebut terje1ma dalam pe1bagai bentuk seperti menge1akkan diri daripada bertemu, menyerang atau rnelakukan kekasaran terhadap orang yang diprasangkakan. Apabila kecenderungan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan terbuka, maka sikap itu dipanggil diskriminasi.

(4)

Rajah1. Komponen afektif, kognitif dan tingkah laku dalam prasangka dan diskriminasi

Sumber. Diubah suai daripada Forsyth (1995)

Prasangka etnik boleh menimbulkan beberapa kemungkinan tingkah laku. Pada peringkat awal, seseorang yang berprasangka hanya memperlihatkan sikap negatifnya secara lisan. Kemudian dia cuba menjauhkan diri daripada bergaul dengan anggota etnik yang tidak disukainya. Prasangka juga mungkin mengakibatkan diskriminasi dalam bidang kehidupan manusia. Apabila bertukar dalam bentuk yang lebih serius, prasangka disusuli dengan kekerasan dan keganasan secara fizikal. Hal ini jelas terbukti dalam sejarah Malaysia apabila tercetusnya rusuhan etnik 1969 dan peristiwa Kampung Medan pada 2001. Oleh itu, prasangka etnik tidak harus dipandang mudah dalam usaha pembinaan negara yang maju dan makmur.

Prasangka Etnik dalam Sastera Melayu

Di Malaysia, sastera Melayu digunakan sebagai media untuk menggambarkan hubungan antara etnik sejak sastera tradisional lagi. Misalnya dalamSejarah Melayu, Tun Sri Lanang melukiskan hubungan antara Melayu dengan bukan Melayu yang terdiri daripada orang Arab, Cina, Keling, Burma di Melaka. Begitu juga dalam Hikayat Hang Tuah,turut dicerminkan hubungan Melayu dengan orang Siam, Cina, Rom dan lain-lain yang digambarkan secara positif dan baik.

(5)

Pada dasamya, para pengarang masa itu menaruh penuh kecurigaan terhadap kaum-kaum pendatang Cina dan India. Kecurigaan ini timbul akibat golongan pendatang ini yang semakin hari semakin besar bilangannya. Malahan mereka memenuhi kota- kota dan kedudukan mereka bertambah kukuh dalam bidang ekonomi. Rasa terhimpit oleh golongan pendatang telah menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan orang-orang Melayu (Abu Bakar Abdul Hamid, 1992).

Masalah kebangsaan dan ekonomi temyata menjadi persoalan utama apabila membicarakan kedudukan orang Melayu dalam hubungannya dengan kedudukan dan sikap kaum pendatang. Persoalan ekonomi tersebut diberi perhatian utama oleh pengarang dekad 1940-an apabila kemiskin1940-an or1940-ang Melayu dikaitk1940-an deng1940-an masyarakat d1940-an aktiviti kaum pendat1940-ang. Selain itu, terdapat banyak lagi kisah yang mengisahkan masalah orang Melayu yang dihubungkaitkan dengan kaum pendatang itu (Hashim Awang, 1980).

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sarjana-sarjana sastera tempatan, seperti Hashim Awang, Abdul Rahim Abdullah, A. Bakar Hamid, dan A. M. Thani, perasaan anti-pendatang asing itu terdapat di dalam cerpen-cerpen A. Rahim Kajai yang berjudul 'Cerita Awang Putat', Ishak Haji Muhammad dengan cerpennya 'Dolly - Bidadari dari Shanghai' dan 'Istana Berembun', Harun Aminurrashid dengan tulisannya 'Kerana Mata Dacing, Hati Penulis Terpancing' dan lain-lain. 'Cerita Awang Putat' dan 'Istana Berembun' misalnya membicarakan usaha-usaha kapitalis Cina merasuah bangsawan Melayu yang berkuasa dan merugikan rakyat jelata. Gambaran ini adalah tipikal dan lumrah pada zaman ini.

Kebanyakan watak-watak bukan Melayu digambarkan sebagai watak pendatang yang penuh dengan tipu muslihat. Malahan watak bukan Melayu, khususnya Cina diberikan nama jengkel seperti 'Tong Sam Pah', 'Tai Ku Cing', 'Poh Ki Mak' dan lain-lain yang jelas menggambarkan kebencian Melayu terhadap Cina yang bersifat pengeksploitasi terhadap Melayu.

Pada zaman pendudukan Jepun, para pengarang cuba menggambarkan semua rakyat tanpa mengira etnik dan agama, sama-sama berjuang untuk menentang penjajahan. Hal ini jelas terserlah dalam cerpen 'Dari Hal Pak Menung' tulisan Abdullah Sidek dan 'Menebus Dosa' karya A. Kamel (Thani, 1990). Watak bukan Melayu tidak lagi digambarkan sebagai golongan yang cuba merosakkan kehidupan orang Melayu seperti dalam cerpen-cerpen sebelumnya.

Selepas Perang Dunia kedua dari tahun 1945 hingga 1970, persoalan tersebut masih lagi diberi perhatian oleh para pengarang. Tertubuhnya ASAS 50 bercita-cita menjadikan kesusasteraan sebagai alat perpaduan kebangsaan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar watak yang dibicarakan dalam cerpen mereka terdiri daripada orang Melayu. Watak-watak bukan Melayu bukan sahaja sedikit jumlahnya, malahan merupakan watak yang tidak penting. Tidak banyak digambarkan interaksi antara etnik kerana hampir semua pengarang terdiri daripada Melayu. Selain itu pengetahuan dan pengalaman interaksi mereka dengan bukan Melayu pada zaman itu sangat terbatas dalam soal ekonomi sahaja (Arena Wati, 1968).

(6)

Meskipun sikap kebencian para pengarang terhadap golongan pendatang tidak lagi ketara dekad 1950-an, namun kehadiran watak bukan Melayu lebih bertujuan untuk menyampaikan sindiran tertentu apabila berhadapan dengan masalah sosial dan politik yang juga dialami oleh Melayu. Hal ini jelas dilukis melalui cerpen Asmal seperti 'Surat kepada Tauke', dan 'Cina Angkat Najis Rumah Penulis'; 'Kisah Nana Maidin' oleh Asni; 'Ini Kisah Penulis, Tuan!' oleh Atma Jiwa; 'Tok Mat Menjadi Demang' oleh Hamzah, dan lain-lain.

Dalam dekad 1960-an, cerpen-cerpen yang bersifat protes politik, ketidakadilan dalam masyarakat, hubungan etnik dan konflik sosial semakin meluas, sementara cerpenis yang terlibat giat dalam menghasilkan persoalan tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang, Keris Mas, A. Samad Said, Syukur Harun, S. Othman Kelantan, dan Yahya Ismail. Tidak kurang juga pengarang muda yang berpendidikan tinggi dalam barisan tersebut seperti Nora, A. Wahab Ali, Kala Dewata, Noorjaya dan Akhbar Goh (Othman Puteh, 1983).

Pada tahap ini, kehadiran golongan bukan Melayu dipandang oleh pengarang Melayu sebagai golongan yang terus menerus dimusuhi dan ditentang. Cerpen-cerpen sedemikian terakam dalam 'Isteri Leong Beranak' oleh A. Wahab Ali; 'Kapalnya Dibakar' oleh Hasbima; 'Pengabadian' oleh Awang Had Salleh; 'Puthu' cerpen A. Samad Ismail; 'Sarjit' oleh Noorjaya dan sebagainya. Kebanyakan cerpen itu merupakan suara daripada rasa gelisah para pengarang Melayu yang tidak senang dengan keadaan hubungan antara etnik di negara ini.

Cerpen yang mencerminkan kecemburuan antara etnik ini selalunya memperlihatkan sikap dan sifat yang ketara pada suatu kaum itu. Persoalan dan masalah yang ditimbulkan itu kaya dengan sindiran dan memberi sesuatu kepada pembaca untuk direnungi. Di dalam cerpen itu terselit konsep dan falsafah hidup yang menjadi pegangan etnik masingmasing. Kecenderungnan ini dapat menghasilkan penyelesaian yang meyakinkan di samping menjelaskan punca segala permasalahan itu.

Bagaimanapun, persoalan mengenai hubungan etnik merupakan persoalan yang mewarnai banyak cerpen di Malaysia selepas 1970-an terutamanya setelah Dasar Ekonomi Baru dilancarkan dengan pelbagai dasar negara yang lebih khusus menuju ke arah perpaduan nasional. Walaupun banyak tema yang berkaitan dengan hubungan etnik tidak menguasai senario sastera di Malaysia, namun dalam dekad 1970-an, 1980-an dan 1990-an tema tersebut telah diberi perhatian yang lebih luas lantaran tercetusnya rusuhan 1969.

(7)

Memasuki dekad 1980-an, dengan terlaksananya banyak dasar kerajaan, interaksi antara kaum sudah berada di peringkat hubungan persahabatan. Namun usaha untuk memahami budaya dan kehidupan sosial etnik lain masih tidak wujud secara meluas. Lantaran itu lahirlah salah faham dan perselisihan pendapat yang seterusnya dicerminkan dalam cerpen Melayu dekad 80-an. Umpamanya cerpen 'Perangkap' oleh Abdullah Tahir, 'Skandal di Menara Gading' tulisan Amerjit Singh, 'Tommy' cerpen Mansor Ahmad Saman, 'Bahimiyah' hasil Nora, 'Hanya Waktu itu, Wendy' oleh Razak Mamat dan 'Hutang Seorang Siswa' nukilan Zaini Ozea. Cerpen-cerpen tersebut membawa kisah tentang perselisihan antara etnik Melayu dengan bukan Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, agama, dan politik. Kesemua kesulitan, masalah, dan rintangan yang dihadapi oleh etnik Melayu digambarkan berpunca daripada sifat bukan Melayu yang rakus dan tiada pegangan agama yang kukuh (Chew Fong Peng, 1996).

Memasuki era 1990-an, seluruh penduduk di negara dipandu ke arah pencapaian negara industri yang moden di bawah Wawasan 2020. Dalam pada itu antara matlamat utama kerajaan menerusi wawasan ini ialah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan tidak mengenal garis perkauman. Keadaan itu turut digarap oleh para pengarang dalam bentuk cerpen yang menjalin persefahaman, tolak ansur dan harmoni antara penduduk pelbagai kaum di negara ini. Malahan perpaduan telah digambarkan wujud secara muhibah dan mesra dengan adanya kerjasama etnik Melayu, Cina dan India dalam segala aspek. Dekad 1990-an tidak lagi memperlihatkan cerpen yang bersifat stereotaip, sebaliknya bukan Melayu digambarkan lebih bersifat dinamis dengan adanya interaksi dua hala antara Melayu dan bukan Melayu (Chew Fong Peng, 1996).

Selain daripada pengarang-pengarang Melayu yang telahestablisheddankemudiannya dimartabatkan sebagai Sasterawan Negara, terdapat juga pengarang-pengarang bukan Melayu menulis cerpen bertemakan perpaduan antara etnik. Antara pengarang-pengarang itu ialah Jong Chian Lai, Lim Swee Tin, Uthaya Sankar, dan Saroja Theavy yang dikenali melalui Sayembara cerpen anjuran ESSO-GAPENA, DBP-Maybank, Public Bank-Utusan Melayu serta Jabatan Perpaduan Negara Malaysia. Antara cerpen terebut termasuklah 'Kandasami' cerpen Saroja Theavy, 'Nagayi' tulisan Uthaya Sankar, 'Pengorbanan' karya Siow Siew Sing, 'Pemberontakan' oleh Jong Chi an Lai dan lain-lain.

Apa yang digambarkan dalam cerpen-cerpen tersebut jelas menunjukkan hubungan etnik itu wujud dalam pelbagai bentuk. Gambaran negatif atau prasangka itu berhubung rapat dengan hubungan etnik mengikut zaman. Zaman kolonial akibat polisi pecah dan perintah British telah mengakibatkan polarisasi etnik yang serius. Justeru cerpen Melayu yang dihasilkan pada ketika itu mengenai watak bukan Melayu khususnya Cina adalah bersifat prasangka, stereotaip, dan superficial. Hal ini adalah disebabkan hubungan Melayu-bukan Melayu hanya terjalin di kawasan pasar dalam masyarakat majmuk.

(8)

Apabila polarisasi itu meruncing dengan tercetusnya rusuhan etnik 1969, kerajaan Malaysia berusaha mencari jalan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan identifikasi pekerjaan mengikut etnik melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jarak ekonomi dan sosial antara Melayu dan bukan Melayu bukan sahaja berjaya dirapatkan, malahan kerjasama antara etnik amat dituntut dalam menjayakan banyak projek dan pekerjaan. Lantaran gambaran tentang watak bukan Melayu dalam sastera Melayu turut berubah daripada negatif kepada positif, malahan terdapat cerpen yang menggambarkan pengorbanan dan bantuan bukan Melayu terhadap Melayu yang lebih bersifat kemanusiaan.

Mereka menyorot persoalan tentang percintaan, persahabatan dan hubungan sosial antara etnik yang membabitkan Melayu dan bukan Melayu. Pandangan yang ditunjukkan oleh para cerpenis itu ada kemungkinan menjurus ke arah membentuk masyarakat bersatu padu, bertoleransi, muhibah dan hidup di dalam keadaan harmoni. Jelasnya para cerpenis cenderung untuk mempromosikan hidup yang positif bagi masyarakat Malaysia selepas negara dilanda peristiwa hitam pergaduhan kaum pada tahun 1969.

Isu-isu Perdebatan Tentang Sastera Melayu

Sastera Melayu sebagai suatu institusi sosial dalam sesuatu zaman mencerminkan perhubungan yang amat erat hubungannya dengan masyarakat. Dengan perkataan lain hasil kesusasteraan yang dilahirkan itu menggambarkan aktiviti dan konsep masyarakat yang di dalamnya yang berlangsungnya aktiviti sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Jikalau sastera Melayu dikaji sebagai dokumen sosial, maka antara lain gambaran yang diberikan ialah mengenai sesuatu fenomena yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaslah bahawa sastera Melayu bukan sahaja merupakan cermin masyarakat secara langsung tetapi juga secara tidak langsung.

Daripada huraian secara ringkas tentang persoalan prasangka etnik dalam sastera Melayu, sedikit sebanyak kita mendapat gambaran yang kasar tentang pandangan, pemikiran dan persepsi sasterawan yang berubah mengikut zaman dan konteks masa. Daripada sikap prasangka yang negatif sebelum perang, sasterawan mengalami transisi perubahan paradigma berikutan peristiwa perjuangan kemerdekaan bersama-sama. Dasar-dasar kerajaan selepas rusuhan 1969 seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain telah membuka lebih banyak ruang interaksi antara etnik, seterusnya melahirkan sasterawan yang bersikap lebih terbuka.

Justeru tema dan persoalan prasangka etnik dalam sastera Melayu semakin berkurangan dewasa ini dan tidak mendapat perhatian sasterawan mahupun masyarakat umum. Malahan penekanan sistem pendidikan nasional adalah untuk membentuk perpaduan negara melalui pendidikan 13 tahun yang bercorak kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Perkembangan tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa masalah perkauman tidak lagi menjadi masalah besar nasional dan negara kita berada dalam keadaan aman, harmoni dan sentosa. Namun begitu, adakah gambaran itu benar atau indah khabar dari rupa?

(9)

yang disentuh dalam buku itu dikatakan hanya tertumpu pada masyarakat Melayu dan mengabaikan peranan dan sumbangan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Isu ini mendorong pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji semula buku tersebut dan mengumumkan agar sukatan pelajaran buku itu dirombak supaya meliputi seluruh masyarakat Malaysia yang lebih menyeluruh. Dalam konteks pendidikan Kesusasteraan Melayu di institusi pendidikan tinggi awam pula didapati bahawa prasangka etnik dalam kalangan siswazah terhadap sastera Melayu wujud ketara dalam dua isu utama.

1. Konsep Sastera Kebangsaan

Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada 1971 telah menetapkan tiga prinsip utama diterima sebagai dasar pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Pertama, Kebudayaan Kebangsaan harus berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. Kedua, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga, Islam mesti dijadikan unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia (Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971). Apa yang terangkum di dalamnya termasuk sastera kebangsaan.

Tempoh 35 tahun telah berlalu sejak dasar itu dihebahkan. Seminar demi seminar, wacana demi wacana telah dijadikan forum untuk membahaskan persoalan kebudayaan dan sastera kebangsaan, namun isu ini masih elusif dan setiap perbincangan mengenainya mendatangkan dampak politik yang negatif dari segi hubungan etnik, terutamanya hubungan Melayu dan Cina.

Pada umumnya bukan Melayu khususnya orang Cina menganggap pelaksanaan tiga prinsip asas bagi pembentukan Kebudayaan Kebangsaan lebih mencerminkan "Malaycentrism" atau nasionalisme Melayu (Ahmat Adam, 1998). Pihak yang paling lantang menyuarakan bangkangan terhadap usaha menjadikan kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan ialah Malaysian Chinese Association (MCA). Parti itu menuntut agar sebarang garis panduan rasmi yang diambil kerajaan bagi pembangunan kebudayaan "hendaklah berupa hasil rundingan dan perbincangan umum di kalangan pelbagai kaum". MCA juga menegaskan multiculturalism daninterculturalismdiberi keutamaan (Kok Wee Kiat et al., 1990).

(10)

Sastera dalam Bahasa Melayu dianggap paling wajar menjadi tunas bagi pertumbuhan sastera kebangsaan. Menurut Mohd. Taib Osman (1971) jikalau dibandingkan dengan corak sastera yang lain, sastera Melayu mempunyai kelebihan ciri-ciri yang wajar untuk menjadi asas kepada pertumbuhan lebih lanjut kesusasteraan Malaysia pada masa akan datang; ia mempunyai latar belakang sejarah yang panjang, ia tumbuh dalam iklim yang tidak asing bagi penduduk asli rantau ini, dan tradisinya berkembang mengikut perubahan budaya dan masyarakat Melayu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja termaktub dalam perlembagaan, malahan pernah menjadilingua francarantau ini sejak abad ke-15. Oleh itu bahasa ini difahami oleh semua warganegara, sedangkan bahasa-bahasa yang lain hanya difahami oleh suku-suku tertentu sahaja. Maka sastera etnik tidak sesuai dijadikan sastera kebangsaan, tetapi digelar Sastera Sukuan oleh Ismail Hussein (1971).

Konsep ini disokong kuat oleh segenap masyarakat Melayu sejak 1970-an sehingga kini dan telah dilaksanakan melalui institusi pendidikan negara. Lantaran itulah, sarjana Melayu yang beraliran sastera menerima sebulat suara dan menyokong sepenuhnya bahawa sastera kebangsaan mesti dihasilkan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu yang merupakan bahasa bumiputera tempatan.

Dalam Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) pada 2006, resolusi tentang Dasar Sastera Kebangsaan telah ditetapkan dan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diluluskan pelaksanaannya. Meskipun pihak KPM masih belum memberi kata putus, namun perbincangan dan dialog antara para sarjana sastera Melayu sebulat suara menyetujui dan mengakui bahawa sastera kebangsaan mestilah dihasilkan dalam bahasa Melayu. Antara sarjana Melayu yang terlibat termasuklah Awang Sariyan, Noriah Taslim, S. M. Zakir, Jelani Harun, Mohamad Saleeh Rahamad, Abu Hassan Hasbullah, S. Othman Kelantan, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman dan lain-lain.

Sebaliknya golongan bukan Melayu bercanggah pendapat dengan konsep tersebut. Mereka berpendapat bahawa sastera kebangsaan harus luas meliputi sastera etnik dan bukan berpusatkan bahasa Melayu semata-mata. Bagi bukan Melayu, sastera etnik juga menceritakan tentang Malaysia dan dihasilkan oleh pengarang tempatan. Apa yang membezakan mereka daripada penulis Melayu hanyalah terletak pada bahasa. Oleh sebab mereka lebih menguasai bahasa ibunda atau bahasa Inggeris, mereka menghasilkan karya sastera dalam bahasa mereka sendiri.

Pandangan golongan bukan Melayu tersebut boleh dijejaki dalam rencana akhbar dan jurnal, kertas-kertas kerja dan tulisan ilmiah mereka di universiti yang memperjuangkan kedudukan sastera etnik mereka sebagai sastera kebangsaan. Mereka menyatakan rasa tidak senang terhadap sikap sarjana Melayu yang meminggirkan sastera etnik dan bersifat tertutup terhadap bahasa lain daripada bahasa Melayu. Antara sarjana Cina yang menegaskan pendirian tersebut termasuklah Huang Jin Shu, Zhen Jin Liang, He Qi Liang, Lin Jiang Guo, Lin Kai Chung, dan lain-lain. Mereka adalah golongan penulis Cina yang mendapat pendidikan Cina sepenuhnya dari peringkat sekolah rendah, menengah sehingga universiti. Lantaran itu penguasaan bahasa Melayu mereka adalah di tahap minima, dan prasangka etnik mereka adalah menebal dan ekstrim.

(11)

Huang, masyarakat Melayu sentiasa memusuhi masyarakat Cina dan tidak pemah memberi layanan yang sewajamya kepada orang Cina dalam semua aspek kehidupan meliputi sejarah, kebudayaan, agama, pemikiran, dan tingkah laku. Kebanyakan orang Melayu mewarisi prasangka etnik dan stereotaip yang tebal selain pengalaman yang terhad sebagai asas pendirian melayan orang Cina. Lantaran itulah, "pemikiran sempit" mereka telah menutup pintu perbincangan terhadap etnik lain dalam negara, seterusnya mengenepi dan meminggir masyarakat Cina dalam bidang akademik, termasuklah kesusasteraan mereka. Egoisme dan dasar pemisahan itu menyebabkan masyarakat Melayu menolak langsung kebudayaan dan kesusasteraan Mahua sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan dan kesusasteraan kebangsaan.

Pemikiran, pendirian dan pandangan tersebut telah mendapat persetujuan dan sokongan masyarakat Cina Malaysia secara umumnya. Sebahagian daripada golongan intelektual dan akademik Cina yang rasa terpinggir kedudukan etnik mereka dalam negara memilih untuk bermastautin di luar negara setelah tamat pengajian dan tidak berkhidmat dalam negara. Kebanyakan mereka adalah berkelulusan jurusan Pengajian Cina di Taiwan, telah menjadi pensyarah di universiti Taiwan atau berumahtangga di sana seperti Huang Jin Shu, Zhen Jin Liang, Zhen Da Wei, dan lain-lain. Mereka tidak rela menjadi "warganegara kelas dua" yang diberi layanan tidak adil dan berasa kecewa terhadap sikap egoisme kemelayuan.

Selain itu, terdapat golongan Cina yang lain gigih mengusahakan kerja memartabatkan kedudukan sastera Mahua dalam sastera kebangsaan dengan melakukan penterjemahan. Golongan ini terdiri daripada para penggiat Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) yang ditubuhkan pada tahun 1986. Sebagai badan kebudayaan sejati, peranan yang didukungi PERSPEKTIF termasuklah bahasa, sastera dan budaya tanpa membezakan kaum atau suku-sakat. Ahli-ahli badan ini telah mengambil langkah prakarsa dan aktif dalam usaha penterjemahan dwihala, iaitu Melayu-Cina dan Cina-Melayu dalam sastera tempatan, terutama secara rancak terlibat dalam Jawatankuasa Penyelaras Kesusasteraan Berbilang Kaum (JPKBK) yang afiliasi di bahagian sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang kini diluaskan menjadi Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia dan diletakkan di bawah pimpinan Ketua Pengarah DBP (Yang Quee Yee, 2004).

Golongan Cina yang kedua ini walaupun berpendidikan Cina, namun kebanyakannya mendapat pendidikan sekunder di sekolah menengah kebangsaan atau jenis kebangsaan, malahan sebahagiannya melanjutkan pengajian tinggi dalam jurusan Pengajian Melayu, sama ada di peringkat diploma, ijazah dasar mahupun ijazah tinggi. Justeru golongan ini mempunyai pendirian yang berbeza daripada golongan Cina pertama. Selain berusaha mengeratkan integrasi nasional menerusi penterjemahan karya sastera Melayu dan Mahua mereka juga berusaha untuk mengangkat kedudukan sastera Mahua dalam wadah sastera Malaysia. Mereka menerima hakikat bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi mereka juga menuntut agar sastera Mahua diterima sebagai sastera kebangsaan.

(12)

Perbincangan di atas menunjukkan kebanyakan bukan Melayu yang menentang tersebut terdiri daripada mereka yang terdidik di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina khususnya, yang memiliki sifat kecinaan yang lebih tulen atau murni berbanding bukan Melayu yang menuntut di sekolah rendah kebangsaan yang dikelompokkan sebagai 'kurang Cina', 'kurang India' atau 'masuk Melayu'. Oleh itu, boleh dirumuskan dalam isu ini bahawa pendidikan adalah mekanisme utama yang mampu membentuk minda seseorang tentang tahap prasangka dan toleransi suatu etnik itu terhadap etnik lain.

2. Penulisan dan Pandangan Pengarang yang Sempit

Berikutan rasa tidak puas hati antara pihak Melayu dengan bukan Melayu, maka pemikiran tersebut terungkap menerusi pena sasterawan dalam karya sastera mereka, sama ada oleh pengarang Melayu mahupun pengarang bukan Melayu. Prasangka etnik itu telah melahirkan kecenderungan penghasilan sastera Melayu yang berat sebelah dengan berpusatkan dunia Melayu. Kajian Chew (2003) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam kalangan masyarakat Melayu dengan bukan Melayu terhadap sastera yang bertemakan hubungan etnik.

Golongan Melayu rata-rata menganggap bahawa karya sastera kebangsaan telah mencerminkan hubungan antara etnik dalam masyarakat negara ini. Bagi mereka, etnik bukan Melayu hanya golongan minoriti dan tidak perlu diberi tumpuan yang terlalu banyak dalam sastera. Apa yang ditekankan mereka ialah kedua-dua etnik itu digambarkan hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan dalam sastera Melayu.

Etnik bukan Melayu berpendapat bahawa hubungan muhibah dalam karya sastera Melayu adalah bersifat idealis dan berbau propaganda. Dari segi lain, watak-watak utamanya terdiri daripada orang Melayu, sedangkan bukan Melayu hanya sebagai watak sampingan atau watak sisipan yang tidak penting. Jika nama mereka ditukarkan kepada nama etnik lain, seperti Melayu, India atau lain-lain, hal itu tidak akan menjejaskan plot dan persoalan cerita. Bagi bukan Melayu, setakat menyebut nama beberapa orang bukan Melayu tidak memadai untuk membawa tema perpaduan nasional (Chew, 1997). Jika watak utama terdiri daripada bukan Melayu, lazimnya para pengarang Melayu cenderung untuk menggambarkan watak Cina perempuan yang dijodohkan dengan Melayu lelaki (Asmiaty Amat, 2000), lantas mereka terpaksa melepaskan identiti Cina serta 'masuk Melayu'. Hal ini menggambarkan pandangan pengarang tempatan yang sempit danMalay-centric.

Dari satu segi, pertentangan pendapat di atas menggambarkan ketidakpuasan majoriti etnik bukan Melayu terhadap kedudukan mereka yang dipinggirkan, terutamanya etnik Cina yang merupakan 26 peratus daripada penduduk Malaysia. Mereka berpendapat bahawa kedudukan mereka tidak diambil berat dan sumbangan mereka tidak dipedulikan pengarang Melayu. Dari aspek lain, para pengarang Melayu menganggap bahawa hubungan antara etnik hanya salah satu daripada ratusan persoalan yang perlu ditangani, lantaran itu topik itu tidak perlu dijadikan tema utama.

(13)

perpaduan yang memaparkan tentang hubungan antara etnik. Sekiranya kajian tersebut terangkum cerpen Islam dan cerpen yang tersiar dalam akhbar dan majalah hiburan tempatan, peratusan tersebut akan menjadi lebih kecil. Keadaan ini menggambarkan kepada kita bahawa sastera kebangsaan sejak zaman tradisional sehingga mutakhir masih bersifat dikotomi Melayu dan belum menjangkau batasan etnik, sedangkan sastera kebangsaan harus dieksploitasi oleh para pengarang sebaik-baiknya untuk mencapai persefahaman budaya, toleransi dan integrasi nasional. Dalam hubungan ini, Muhammad Haji Salleh (1985, hlm, 143) pemah mengatakan bahawa:

... watak kita (dalam sastera Melayu) berlegar dalam suatu yang agak kecil, dan dikecilkan pula oleh pemerian yang stereotaip. Dan dunia novel Melayu itu pada bahagian besamya dihuni oleh hanya orang Melayu, ada peribumi atau asli lainnya, orang India dan Cina yang tiada stereotaip atau orang Serani yang menanggung dua kebudayaan.

Walaupun pernyataan Muhammad Haji Salleh itu dibuat pada tahun 1985, namun penyataan ini masih relevan untuk dirujuk kerana dunia sastera mutakhir masih belum menampakkan perubahan yang drastik, yakni karya sastera di Malaysia masih tebal dikotomi etnik Melayu. Keadaan ini diakui oleh Pamiekel (1994, hlm, 529) bahawa:

... tanpa pengetahuan latar tentang etnik Cina, pengarang terpaksa membataskan diri kepada karya kesusasteraan Melayu terutamanya cerpen Melayu untuk mencari punca kepada masalah yang hendak dibincangkan. Dengan pemilihan ini, sudah tentulah seperti yang dijangkakan bahawa sudut pandangan etnik Melayulah yang digambarkan dahulu di sini, oleh kerana umumnya pengarang-pengarang Melayu lebih akrab berkecimpung dalam kesusasteraan Melayu.

Dalam soal ini, dikotomi Melayu dalam sastera Melayu juga dipengaruhi oleh ruang, masa dan milieu. Dengan erti kata lain, mereka hidup dalam dunia Melayu, budaya Melayu, tempat tinggal dan kerja Melayu. Mereka jarang atau kurang berinteraksi dengan bukan Melayu dalam kehidupan seharian. Perjumpaan di kawasan pasar atau kedai tidak mampu menjalin hubungan muhibah dan mencapai persefahaman antara etnik (Fumivall, 1948). Keadaan menjadi mudarat apabila setiap etnik memperoleh pendidikan di sekolah yang berbeza aliran sejak kecil. Polarisasi ruang, masa dan milieu ini telah membentuk sikap prasangka dalam kalangan pengarang Melayu semasa melukiskan watak bukan Melayu mereka seperti yang digambarkan di atas.

Saranan Menangani Isu-isu Prasangka Terhadap Sastera Kebangsaan

(14)

Menyentuh konsep sastera kebangsaan, pengkaji berpendapat bahawa sastera kebangsaan boleh meliputi sastera etnik dengan syarat sastera etnik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Terjemahan itu penting kerana bahasa etnik hanya difahami oleh etnik masing-masing, dan bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Setelah sastera etnik itu diterjemahkan, baru semua etnik dapat memahami dan menikmatinya (Chew, 2006).

Meskipun sastera etnik dalam sesuatu negara pada awalnya merupakan milik kelompok etnik yang mempunyai ikatan budaya dengan negara asal mereka, namun apabila kelompok etnik itu telah mengikrarkan diri sebagai warganegara dan taat setia kepada negara bermastautin itu, maka sastera etnik itu dapat diterima sebagai milik negara berkenaan, dan bukannya milik negara asal mereka (Z. Pangaduan Lubis & Iswadi, 2004). Dalam hal ini, sastera Mahua, misalnya digolongkan sebagai sastera Malaysia. Namun sastera Mahua masih belum berubah statusnya menjadi sastera kebangsaan kerana ia dihasilkan dalam bahasa Cina.

Sastera etnik lazimnya difahami oleh anggota daripada etnik yang sarna memandangkan bahasa etnik lazim difahami kebanyakan penggunanya sahaja, yang terbatas kepada anggota etnik serupa. Misalnya sastera Mahua kebanyakannya difahami oleh pembaca Cina; manakala sastera Tamil oleh orang India. Hanya melalui terjemahan ke dalam bahasa Melayu sastera etnik dapat dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Dengan itu barulah sastera etnik dapat membantu pembaca umum memahami serta menyedari tentang masyarakat serta budaya etnik tersebut. Keadaan ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna di samping memperkaya tema dan topik perbincangan yang tidak terdapat dalam sastera Melayu.

Dalam majlis pelancaran antologi cerpen Mahua V, Impian di Pelabuhan pada tahun 2005, Dato' Ong Tee Keat telah menyarankan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka agar menerapkan sastera etnik (Mahua dan Tamil) dalam sukatan pelajaran KOMSAS (Komponen Sastera) dalam Bahasa Melayu sebagai antara karya sastera Malaysia yang wajib dipe1ajari dan dikaji oleh para pe1ajar seko1ah menengah. Saranan ini adalah langkah yang bijak dan bersesuaian dalam usaha menja1in hubungan harmoni dan muhibah masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Selain itu, keadaan tersebut juga menunjukkan perkembangan yang sihat dan pemikiran terbuka pihak kerajaan mengiktiraf kedudukan sastera etnik sebagai sastera Malaysia.

Menyentuh isu penu1isan dan pandangan yang sempit, para pengarang digalakkan banyak menulis tentang masyarakat berbilang etnik di Malaysia memandangkan tema integrasi nasional sangat terbatas, sedikit dan klise sifatnya. Malahan kebanyakan karya itu dihasilkan untuk menyertai sayembara yang berkenaan. Oleh itu karya tersebut 1ebih berbau propaganda dan idealis. Untuk meluaskan pandangan, para pengarang juga harus bergaul antara satu sarna lain dan tidak terkongkong da1am dunia masing-masing. Segala aktiviti sastera perlu melibatkan bukan Melayu secara menyeluruh dan bukan bersifat bermusim atau setakat mengundang wakil bukan Melayu seorang dua semata-mata.

(15)

dan keilmiahan. Para pembentang kertas kerja membincangkan watak-watak, tema dan persoalan dalam karya sastera secara intrinsik dan bukannya mengaitkan sastera dengan realiti masyarakat.

Sepanjang tujuh tahun dari 1999 hingga 2005, tiada kajian saintifik yang dilakukan oleh para sarjana tentang sejauh manakah kejayaan sastera kebangsaan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Kesemua kertas kerja itu lebih merupakan lontaran idea, pemikiran dan perasaan peribadi tanpa penyelidikan lapangan yang lebih autentik sifatnya. Kajian statistik tentang sastera perpaduan yang berjudul "Pembicaraan Madah Tanah Indah (2002): Antologi Puisi Goh Then Chye dari Teori Sastera Perpaduan" yang dibentangkan oleh pengkaji dalam Festival Puisi Pelbagai Kaum, telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Festival itu dianjurkan bersama oleh DBP, GAPENA, dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Majlis Penulis Pelbagai Kaum, dan Persatuan Penulis Sarawak Utara (PUTERA) yang bertempat di Miri, Sarawak pada 10-12hb. Jun, 2005. Namun begitu, festival itu senyap dan tiada festival susulan pada tahun seterusnya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah Simposium Berbilang Kaum telah dimansuhkan sejak tahun 2006. Simposium itu telah diterapkan dalam aktiviti Festival Kemerdekaan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKwa) tidak lagi menunjangi Simposium Berbilang Kaum yang dianjurkan bersama GAPENA pada bulan September setiap tahun. Kini diskusi tentang masyarakat berbilang kaum dan hubungan kaum hanya menjadi salah satu komponen, subtema atau sesi perbincangan dalam Festival Kemerdekaan tahunan. Ini bererti kepentingan dan perbincangan tentang sastera berbilang kaum disempitkan dan dihadkan skopnya dalam program tahunan negara sedangkan matlamat utama semua dasar negara adalah untuk mencapai integrasi nasional.

Berikutan itu, pihak GAPENA harus berusaha menerbitkan kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Berbilang Kaum selama tujuh tahun dalam bentuk monograf atau buku untuk kajian, perbincangan, rujukan para sarjana yang berminat terhadap sastera berbilang kaum ini. Di samping itu, sebagai gabungan persatuan pengarang seluruh Malaysia, GAPENA sewajarnya membuka pintu keahlian kepada persatuan Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain yang menghasilkan karya kreatif dalam bahasa Melayu. Hal ini amat penting bagi melambangkan komposisi penduduk Malaysia yang sebenar di samping menunjukkan sikap liberalnya terhadap semua etnik di seluruh negara. Kini daripada 22 buah persatuan pengarang yang menjadi anggota kerabat GAPENA, didapati kesemuanya bersifat hagemoni Melayu. Ini bererti anggota GAPENA tidak bersifat representatif. Perkara ini diakui sendiri oleh Ismail Hussein (1987) bahawa 98 peratus anggota dasarnya terdiri daripada cendekiawan Melayu, dan penyertaan daripada bukan Melayu masih amat minimum, iaitu kira-kira 20 orang. Keadaan ini tidak banyak berbeza sehingga kini. Hanya dengan membuka ruang kepada bukan Melayu barulah interaksi dua hala lebih berkesan, bererti, mendalam dan berpanjangan.

(16)

antara satu sarna lain. Majlis tersebut memainkan peranan utama dalam menjalin dan mempergiat interaksi antara Melayu dengan bukan Melayu dalam mahupun luar negara.

Pengarang-pengarang Kadazan, Duzun, Iban, Cina, dan Tamil hendaklah bekerjasama melalui inisiatif kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri, dan bukannya hanya menghasilkan sastera etnik masing-masing dalam dunia masing-masing tanpa interaksi dengan etnik lain. Keadaan ini disebabkan kesemua sastera etnik adalah sastera Malaysia yang turut memberi sumbangan kepada khazanah sastera tanah air kita.

Di samping itu, aktiviti sosial dalam kehidupan Malaysia misalnya rumah terbuka di peringkat kebangsaan dan negeri semasa musim perayaan hendaklah diselitkan dalam sastera seperti lagu, drama pendek, puisi atau sketsa. Aktiviti tersebut boleh disertai oleh berbilang etnik, dan bukannya hanya didominasi oleh suatu etnik tertentu. Misalnya Drama 'Siti Zubaidah' dan 'Puteri Hang Li Po' di mana watak utamanya harus dipegang oleh watak Cina sesuai dengan cerita dan bukannya sebagai pelakon sampingan semata- mata. Usaha ini bukan sahaja dapat menghapuskan sikap prasangka antara etnik malahan turut melahirkan rasa kekitaan, seterusnya memupuk hubungan yang muhibah antara etnik dalam masyarakat Malaysia.

Menurut teori kontak, apabila setiap etnik semakin kerap berhubung, maka semakin rapatlah hubungan antara etnik (Adnan Kamis, 1991). Perkara ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi 'Tak kenal maka tak cinta'. Kajian-kajian yang dilakukan di negara-negara barat menunjukkan sastera memainkan peranan penting sebagai media yang merapatkan hubungan antara etnik. Contohnya di Amerika Syarikat, sejak kecillagi, kanak-kanak diajar tentang sastera. Dalamnya terdapat kontak antara etnik secara positif yang akhirnya menyemai perasaan atau sentimen kekitaan (oneness) dalam diri kanakkanak seperti pepatah Melayu 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Kajian Thrower (1996) menunjukkan bahawa kanak-kanak mengingati cerita yang membawa imej stereotaip perkauman lebih baik daripada cerita yang membawa imej kaunter-stereotaip. Oleh itu, adalah penting bagi para guru menceritakan lebih banyak kisah yang mempunyai imej kaunter-stereotaip. Manakala kajian yang dibuat oleh Fine, Weis dan Powell (1997) mendapati bahawa pendekatan nasihat yang diambil daripada penulisan (bahan kesusasteraan) ada peranan dan pengaruh dalam mengubah permasalahan prasangka kaum. Selanjutnya kesan yang positif terlihat di dalam menanamkan bibit integrasi dalam kalangan pekerjanya.

Maka boleh dirumuskan bahawa pendidikan boleh dieksploitasikan sebagai mekanisme yang kukuh untuk memupuk kesefahaman dan interakasi budaya, seterusnya mengikiskan prasangka dalam kalangan rakyat Malaysia. Semua rakyat tanpa mengira etnik harus mengamalkan sikap saling menghormati dan menerima perbezaan antara satu sarna lain untuk menjamin kelangsungan kehidupan yang muhibah. Amalan ini merupakan sikap toleransi yang harus dijiwai oleh semua rakyat Malaysia di bawah polisi'unity in diversity' (penyatuan melalui kepelbagaian) (Ongkili, 1985).

(17)

kepelbagaian latar belakang budaya, etnik, agama, sosial dan ekonomi secara semula jadi tanpa paksaan dalam kalangan murid-murid yang terlibat. Justeru Kementerian Pendidikan telah melaksanakan konsep tersebut dan setiap negeri dirancang untuk mendirikan sekurang-kurangnya sebuah Sekolah Wawasan (Sia Keng Yek, 2003). Dengan itu, para pelajar Me1ayu, Cina dan India sejak zaman kanak-kanak lagi telah berpeluang bergaul secara bebas dengan etnik lain secara perkongsian kemudahan asas yang sarna seperti padang, kantin, dewan, pusat sumber, bilik komputer dan lain-lain.

Dari segi kegiatan luar bilik darjah, warga Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti seperti perhimpunan, kegiatan kokurikulum, temasya sukan tahunan, hari terbuka sekolah dan majlis penyampaian hadiah secara serentak dan bersama. Selaras dengan taraf bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua aktiviti luar bilik darjah tersebut. Oleh itu, pelaksanaan Sekolah Wawasan di sekolah rendah didapati lebih berkesan daripada keadaan sekarang, yakni kebanyakan etnik hanya mempunyai peluang berinteraksi di peringkat sekolah menengah sedangkan sikap prasangka antara etnik telah tersemai dalam sanubari mereka sejak sekolah rendah. Maka Sekolah Wawasan harus diperluas secara menyeluruh meliputi kawasan luar bandar dan pedalaman, dan tidak terbatas sebuah Sekolah Wawasan di setiap negeri semata-mata.

Kesimpulan

(18)

Rujukan

Abu Bakar Abdul Hamid. (1992). Bingkisan budi: Kumpulan kajian tentang kesusasteraan Malaysia moden.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Adnan @ Nan Kamis. (1991). Satu kajian latar belakang sosial dan hubungannya kepada sikap prasangka atau toleransi terhadap integrasi nasional. Tesis ijazah doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmat Adam. (1998). Pembentukan kebudayaan kebangsaan: Sikap orang Cina Malaysia terhadapnya.Manu, 1,120-143.

Allport, G. W. (1958).The nature of prejudice.New York: Doubleday.

Arena Wati. (1968). Cerpen zaman Jepun: Satu kajian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Ashmore, R. D. (1970). The problem of intergroup prejudice. Dalam B. E. Collins (Ed.),

Social Psychology: Social influence, attitude change, group processes, and preju- dice (hlm, 245-339). Reading, MA: Addison-Wesley.

Asmiaty Amat. (2000). Hubungan kaum dalam novel Melayu pascamerdeka 1957- -1969. Monograf Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Baron, R. A., & Byrne, D. (1982). Exploring social psychology (Edisi ke-2). Boston: Allyn & Bacon.

Berry, B. (1965).Race and ethnic relations.Boston: Houghton.

Chew Fong Pengo (1996). Cerpen Dewan Sastera: Satu kajian tentang hubungan antara kaum. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chew Fong Pengo (1997). Citra bukan Melayu dalam cerpen Dewan Sastera. Kertas Projek Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chew Fong Pengo (2003). Peranan sastera kebangsaan dan persepsi dalam pembentukan perpaduan nasional: Satu kajian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis ijazah doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chew Fong Pengo (2006). Pemerkasaan kesusasteraan nasional melalui bahasa Melayu.

Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional, 4-6 Ogos. PENA & Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (1971). Portal Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia [Atas Talian] http://www.heritage.gov.mylkekwa/viewbudaya. php?id=3373 Fine, M., Weis, L., & Powell, L. C. (1997). Communities of difference: A critical look at

desegregated spaces created for and by youth.Harvard Educational Review, 67(2), 247-284.

Forsyth, D. R. (1995).Our social world.Pacific Grove: Thomson.

Furnivall, J. S. (1948). Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and Netherlands India.New York: New York UP.

Hashim Awang. (1980). Cerpen-cerpen Melayu sebelum perang dunia kedua: Satu analisa tentang tema dan struktur.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(19)

Huang Jin Shu. (2005). Perkembangan sastera Mahua di dunia Taiwan. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Sastera Mahua. 7-8 Julai. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia.

Ismail Hussein. (1971, September). Kesusasteraan nasional Malaysia dan beberapa masalah pembentukannya.Dewan sastera,hlm. 32-34.

Ismail Hussein. (1987). Perkembangan sastera kebangsaan: Peranan gerakan masyarakat, institut dan penerbitan. DIm. Perkembangan sastera kebangsaan: Esei dan kritikan pemenang

Hadiah Sastera 1982-1983 (hlm, 1-9). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kok Wee Kiat. (pnyt.) (1990). The Malaysian challenges in the 1990's: Strategies and development.Peta1ing Jaya: Pe1anduk.

Lim Kit Siang. (2000). Chinese or Malaysian identity? Issues and challenges. Kertas ucap utama di Pusat Kajian Dispora Selatan (CSCSD), Australian National University. http://rspas.anu.edu.au/cscsdlon1ine/1im.html.

Mohd. Taib Osman. (1971, Februari). Konsep kesusasteraan Malaysia. Dewan Sastera, hlm. 32-43.

Muhammad Haji Salleh. (1985). Sastera dan kebudayaan kebangsaan. Dalam Wan Abdul Kadir Yusoff & Zaina1 Abidin Borhan. (pnyt.), Ideologi dan kebudayaan kebangsaan(hlm. 136-152). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ongkili, J. P. (1985). Nation-building in Malaysia 1946-1974. Kuala Lumpur: Oxford UP.

Othman Puteh. (1983). Cerpen-cerpen Melayu selepas perang dunia kedua: Suatu kajian dari segi tema dan struktur.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pamickel, B. B. (1994). Hubungan antara kelompok etnik di Malaysia dan refleksinya dalam prosa Me1ayu sezaman. Da1am Ahmad Kamal Abdullah, Shamsuddin Jaafar, & Ahmad Razali Haji Yusof (pngr.). Sempana: Himpunan esei penelitian oleh sarjana kesusasteraan Melayu antarabangsa (hlm, 527-549). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rabushka, A. (1973).Communalism and the political process in Malaya.Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Sia Keng Yek. (2003, Januari-Mac), Isu dan kontroversi sekolah wawasan. Pemikir, hlm. 63-90.

Thani, A. M. (1990). Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thrower, T. J. (1996).Four perspectives and multicultural education.Belmont, CA: Wadsworth.

Yang Quee Yee. (2004). Peranan PERSPEKTIF dalam pertembungan bahasa dan kebudayaan Malaysia-China. Kertas Kerja Seminar Karya Agung Melayu-China. 20hb.Mei.

Referensi

Dokumen terkait

Pada umumnya pola sebaran data di setiap stasiun tidak simetrik dengan banyak pencilan pada nilai-nilai besar dan tampak lebar kotak kuartil antar stasiun curah

Kaca yang digunakan sebagai alas meja, berfungsi sebagai sarana yang paling baik untuk melihat susunan warna hasil sablon, karena di bawah meja telah dilengkapi dengan lampu

Penulis menyadari bahwa dalam penulisan skripsi yang berjudul “Kosep Pendidikan Anak John Gray dan relevansinya dengan Pendidikan Islam” ini tidak akan berhasil

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Penelitian ini memberikan pembuktian bah- wa bootstrap financing merupakan metode alternatif yang dapat digunakan bagi perusahaan kecil dan menengah dalam rangka mendapatkan

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

Secara bahasa al-hҕikmah berarti: kebijaksanaan, pendapat atau pikiran yang bagus, pengetahuan, ¿lsafat, kenabian, keadilan, peribahasa (kata-kata bijak), dan al-Qur'an. Menurut