FAKTOR-FAKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN KOSMETIK
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik.Matlamat utama pembedahan plastik adalah untuk membetulkan kecacatan pada anggota badan manusia disebabkan beberapa perkara.Kecacatan teruk semenjak dari lahir seperti “long syndronme face” atau bibir sumbing dan disebabkan kemalangan
menyebabkan seseorang itu berasa perlu baginya untuk melakukan pembedahan
plastik.Sekiranya pembedahan plastik ini tidak dilakukan,maka menyukarkannya berhadapan dengan persepsi masyarakat.
Selain itu,sesetengah individu juga melakukan pembedahan plastik atas dasar ingin mengembalikan semula fungsi tubuh badan yang terganggu.
Namun begitu,kebanyakan masyarakat sekarang banyak melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan terutamanya wanita.Mereka terlalu taksub dengan idola mereka sehinggakan ingin mengubah bentuk anggota badan supaya menyamai idola
mereka.Keinginan untuk mendapat wajah yang lebih sempurna juga menyebabkan sesetengah pihak melakukan pembedahan plastik.
Dari segi ini kita mulai dapat melihat kepentingan pembedahan plastik ini mulai terpesong apabila kebanyakan pihak melakukan pembedahan plastik mahupun kosmetik bagi
mengubah ciptaan Allah s.w.t.
PROSEDUR PEMBEDAHAN KOSMETIK
Prosedur plastik terbahagi kepada dua iatu:
Membentuk semula(Rekonstruktif):Prosedur membentuk semula ialah pembedahan yang dijalankan bagi mengembalikan semula fungsi bahagian badan yang tidak normal
disebabkan oleh kecacatan sejak dari lahir ataupun kecederaan akibat kemalangan yang dialami.Penggunaan tarik flap(siat) dan graf(cantuman) tisu untuk memulihkan kehilangan bentuk kerana terbakar dan pindah otot belakang ke kaki dan tangan yang cedera adalah antara contoh prosedur yang dilakukan oleh pakar pembedahan plastik.Surgeri membentuk semula dapat dikira sebagai prosedur surgeriyang dilakukan ke atas anggota badan yang tidak normal bagi mengembalikan semula fungsinya.
Pembedahan membentuk semula anggota badan ini setelah saya melakukan kajian
pembacaan tidak ditegah dalam Islam malah menjadi wajib hukumnya sekirannya dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah s.w.t. akibat dari kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit yang terbakar hamper seluruh badan.Oleh itu,dalam kes ini dibolehkan seseorang itu melakukan pembedahan kosmetik.Jika anggota badannyaa sudah sempurna dan dia melakukan pembedahan plastik atas tujuan kecantikan dan ingin mengubah ciptaan Allah,perkara sebeginilah yang ditegah dalam Islam .
Taksirnya:”Dan demi sesunnguhnya aku(syaitan)akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong,dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu,dan aku akan menyuruh mengubah ciptaan Allah ”
Selain itu,pembedahan kosmetik itu juga boleh dilaksanakan atas anggota tubuh manusia yang baru ditimpa kecacatan atau kemalangan yang teruk sebagaimana:
Nabi shallallalahu’Alaihi wasallam pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam suatu peperangan supaya mengantikan hidungya dengan iatu emas.
Kesimpulannya,segala pembedahan plastik yang bertujuan untuk membentuk semula anggota tubuh badan bagi menghilangkan kecacatan mahupun mengembalikan semula fungsi anggota badan yang rosak adalah harus.
Sementara pembedahan bagi tujuan kosmetik (untuk mengubah kejadian asal kepada yang lain daripada yang belum pernah ada sebelumnya dengan maksud supaya kelihatan lebih cantik) adalah ini dilarang dan malah dilaknat oleh Rasulullah shallallahu a’laihi wasallam sebagainya sabda Baginda dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud yang membawa maksud:
“Allah melaknat orang-orang yang mentatu dan yang minta ditatu,orang-orang yang
RUJUKAN