• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU.d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU.d"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Teori Kedatangan Islam di Nusantara

[sunting | sunting

sumber]

Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam

di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakahtarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.

Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab[sunting | sunting

sumber]

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka

berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap RajaPerlak, Achehdan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi SultanPerlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Teori Kedatangan Islam Melalui India[sunting | sunting sumber]

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka

menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak

di Malabar, India bukan Gujerat.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Teori Kedatangan Islam Melalui China[sunting | sunting sumber]

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

(2)

Negeri Pantai TimurTanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Penyebaran Islam sebelum kebangkitan

Melaka

[sunting | sunting sumber]

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 olehMarco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia

Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

ISI KANDUNGAN

SENARAI HALAMAN

1.0 Pendahuluan 2-4

2.0 Objektif kajian 4

3.0 Kaedah Kajian 4

4.0 Konsep Tamadun Melayu 5

5.0 Teori kedatangan Islam dari Arab 6-13

6.0 Teori kedatangan Islam dari China 13-17

7.0 Teori kedatangan Islam dari India 17-19

8.0 Teori kedatangan Islam dari Champa

19

9.0 Kesimpulan 20

1.0 PENDAHULUAN

(3)

teori-teori asas yang diketengahkan oleh para sarjana dan ilmuan yang terulung. Ia amat berkait rapat dengan soal pembangunan sosial masyarakat yang boleh dikelaskan sebagai masyarakat yang telah mempunyai teknologi dan berkaitan dengan bandar. Jadi, proses bagaimana sesebuah tamadun itu mula dan berkembang juga mengalami pelbagai corak perkembangannya yang tersendiri terutamanya melalui hubungan atau interaksi antara pedagang-pedagang pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, terdapat teori tentang bagaimana kedatangan Islam dalam tamadun Melayu. Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Antara istilah -istilah yang sering digunakan ialah civilization dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsiran nya yang tersendiri.1

Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai baik dan tingkahlaku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pembinaan sesebuah tamadun. Teori kedatangan Islam ketamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran Agama Islam melalui tamadun Islam ke alam Melayu. Antaranya ialah penyebaran Islam melalui pedagang – pedagang dari Arab, India dan China. Melalui perdagangan ini, maka secara tidak langsung telah berlaku perkembangan Islam termasuklah melalui proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak , dari aspek kepimpinan (interaksi antara tamadun), sikap golongan agama dan lain-lain lagi.

Konsep tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan world view

tamadun Islam. Proffesor Syed Naquib Al-Attas telah mentafsirkan tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Keberadaan Islam di rantau alam Melayu yang tediri daripada daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya (gugusan kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Alam Melayu.

Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun dalam bentuk yang sederhana. Kejayaan ini telah menambah lembaran sejarah alam Melayu dengan tercatatnya tamadun Melayu. Status ini diberikan kerana masyarakat serantau Alam Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai aspek yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, perlaksanaan undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan

1 Fairuzah Hj. Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari,

(4)

ekonomi dan kemurnian budaya sosial. Tamadun Melayu yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di wilayah asia tenggara. Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu.

Situasi ini bertambah mantap apabila, mubaligh berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit – demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan tamadun Melayu sebagai tamadun yang menjalinkan suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz untuk diri dan keluarganya.2

Dalam konteks kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat tiga teori mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori-teori ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari semenanjung tanah Arab pada kurun ke-.3

Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyebarkan Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan dakwah , melalui perkahwinan dengan wanita tempatan , kemudian mempunyai zuriat. Seterusnya Islam tersebar dan secara tidak langsung membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk kerantau Asia tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun yang berlainan. Agama Islam merupakan agama yang istimewa. Hal ini kerana ia merupakan agama yang mudah difahami, yang menekankan hak kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal , yang mengutamakan kehalusan akhlak dan budi bahasa yang dianggap serasi dengan orang Melayu. Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal.

Di semenanjung tanah Melayu , Melaka muncul sebagai sebuah pusat tamadun Melayu Islam yang menguasai selat Melaka sekitar kurun ke-16 dan di buka oleh Parameswara. Penyebaran agama Islam dialam Melayu melalui dua tahap ;tahap kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan. Alam gugusan Melayu yang terdiri daripada beberapa buah negeri Indonesia, Filipina , Brunei, Pattani dan Malaysia yang terletak dilautan Hindi dan laut China Selatan iaitu pintu sempit yang mesti dilalui oleh

2 Fairuzah Hj.Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari,

Selangor:Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hal. 87.

(5)

kapal-kapal yang berulang-alik antara Lautan Hindi dengan Laut China Selatan.4 Kewujudan

negeri-negeri yang terawal menerima pengaruh Islam itu dibuktikan menerusi artifak seperti batu bersurat dan batu nisan , serta catatan pengembara Cina, Arab dan Portugis. Agama Islam mula disebarkan di Tanah Melayu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti teori kedatangan Islam dari Arab, China, dan India.

2.2 Mengenalpasti teknik yang digunakan oleh para pendakwah dalam memperkembangkan

dakwah Islam di alam Melayu.

2.3 Mengenalpasti hujah tokoh mengenai perkembangan Islam di Alam Melayu.

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Internet

Sumber internet digunakan bagi menampung kekurangan maklumat. Pengkaji telah mencari maklumat dari sumber yang boleh diyakini, agar dapat menguatkan fakta. Hasil maklumat itu, seterusnya ditapis untuk disepadankan dengan kajian yang dipilih. Pengkaji mencari maklumat melalui sisipan akhbar dalam bentuk online.

3.2 Rujukan Perpustakaan

Pengkaji lebih mengfokuskan penggunaan bahan bacaan di perpustakaan. Kebanyakkan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian, didapati berada di perpustakaan. Pelbagai buku dirujuk agar dapat memastikan wujud pelbagai bidang ilmu dalam kajian pengkaji. Fakta yang dikutip hasil pembacaan dianalisis dan dipilih dengan teliti agar maklumat kajian tidak dipertikai kesahihannya.

4.0 KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor

4 Mahayudin Hj Yahaya, Islam di Alam Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Dewan

(6)

utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menjadi lingua Franca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu dengan kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.

Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu tergolong dalam cabang Melayu - Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan sebagainya. Cabang Melayu Indonesia terangkum pula di dalam Rumpum Bahasa Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu keluarga bahasa Austric.5

Tamadun ini telah muncul di alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor selain kerjaan Melayu maritime seperti Langkasuka (Pattani) (2-14M), Srivijaya (Palembang) (670-1025M), Lembah Bujang (Kedah) (Abad ke-7M), dan Kuala Selingsing (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaan-kerajaan ini menjadi pengasas kepada Negara-negara kota yang mebentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya.

Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk dipisahkan. Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand, selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.6

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB

Islam dibawa terus dari semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan De Hollander yang seterusnya mendapat sokongan sokongan ‘Seminar Masuknya Islam ke Indonesia’ dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas.

(a) Peranan Pedagang Arab

5Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal. 165.

6Zulkiflee Haron dan lian-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai : Penerbit UTM Press.

(7)

Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di semenanjung Tanah Arab. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

(b) Pengislaman pemerintah

Kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal. Perlak merupakan Kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah Arif telah sempai dengan membawa kitar Bahr Lahut ( Lautan Ketuhanan) yang membicarakan ilmu tasawuf.

Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diIslamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam terutamanya di kawasan barat alam Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Ri’ayat Shah (1558-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh raja-raja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.

(c) Kekuatan Melaka

(8)

Sejak perkahwinan itu, Islam mula berkembang yang menyebabkan semakin ramai ulama Arab berkunjung ke Melaka. Kitab-kitab tauhid yang berunsur tasawuf seperti kitab Durr al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi dan Umm al-Barahim oleh al-Sanusi telah diajarkan di Melaka, Aceh dan Riau.

Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertangahan kurun ke-15, menjadi pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk. Melaka juga berperanan sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam.7

Kedatangan Islam bermakna kedatangan bahasa Arab kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam tidak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai perantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti sekarang.

(e) Hubungan tamadun Melayu dengan Kerjaan Islam di Asia Barat.

Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah dikatakan telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu pada tahun 674. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah Melayu diperintah oleh raja yang adil. Walau bagaimanapun rombongan perdagangan Arab telah datang ke Tanah Melayu dan membuat hubungan dengan orang Melayu pada kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya hubungan perniagaan orang Arab dengan orang China dan orang India. Sehubungan itu terdapat kemungkinan bahawa perkataan ‘Melaka’ adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Mulq’ atau Multaq’ yang bermakna tempat pertemuan.

(f) Perbezaan pendapat tokoh Timur dan Barat.

Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.

(9)

Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di China dan laporan pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut ialah D.G. Hall yang mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.

Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu, sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-14 atau lebih awal daripada itu. Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).8

(g) Analisis idea Syed Naquib al-Attas

Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Historical Fact and Fiction memperlihatkan kelangsungan beliau mengupas sisi demi sisi dan menolak beberapa kenyataan sejarawan Barat mengenai penyebaran Islam di alam Melayu. Karya tersebut membawa satu penemuan baharu bahawa penyebaran Islam di alam Melayu bukan oleh pedagang-pedagang Arab seperti yang didakwa oleh banyak sejarawan Barat.

Beliau mengemukakan bahan bukti dan hujah daripada pengamatan yang mendalam bahawa penyebaran Islam ke negara ini jauh lebih awal daripada kemasukan pedagang dari Arab pada zaman kegemilangan Melaka. Agama Islam di alam Melayu termasuk negara ini disebarkan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad dan Syed Naquib menurunkan bukti dan analisis bahawa orang Arab keturunan Abu Bakar dan Ali bin Abu Talib banyak terdapat di Mengiri di timur jauh India pada kurun kelapan dan kesembilan Masihi.

Karya tersebut memperlihatkan pemikiran silam yang tertuang dalam Hikayat Raja Pasai mengenai penyebaran Islam di alam Melayu tetapi tidak diberi perhatian yang serius oleh sejarawan, tidak kira Timur atau Barat. Padahal dalam Hikayat Raja Pasai menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW yang memerintahkan supaya agama Islam dibawa ke Samudra selepas baginda wafat.

8 Bahasa Arab di Kepulauan Melayu (atas talian) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlYGIvn1

(10)

Daripada kajian dan analisis serta asas logik Syed Naquib, Samudra adalah Sumatra. Hujahnya walaupun "samudra" dalam bahasa Sanskrit bermaksud laut yang mewajarkan berubah menjadi "sumatra" tetapi Sumatra bukan daripada perkataan samudra. Sebaliknya nama Sumatra tercetus daripada dua perkataan Melayu iaitu "semut" dan "raya" (besar) dalam Hikayat Raja Pasai untuk menggambarkan semut sebesar kucing.

Dengan mengambil kira catatan yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu, Syed Naquib percaya penyebaran Islam ke Sumatra dalam bingkai masa antara kurun ke sembilan dan ke sepuluh Masihi. Ini ternyata jauh lebih awal daripada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan pada kurun ke 14 Masihi. Suatu yang penting daripada hujah logik Syed Naquib ini adalah penyebaran Islam dilakukan oleh pendakwah susur galur Nabi Muhammad.9

(h) Perkampungan pedagang Arab

Menurut Thomas Arnold dalam bukunya bertajuk The Preaching of Islam, bahawa pada tahun 674, sudah terdapat sebuah perkampungan Arab-Islam di pantai barat Sumatera. Sementara al-Nuwairi dalam kitabnya yang bertajuk Nihayah al-Arab fi Funun al-Adab melaporkan bahawa di sebuah pulau bernama Sila yang terletak di kawasan selatan negeri China terdapat sekumpulan penyokong Khalifah Ali bin Abi Talib yang dikenali sebagai ‘Alawiyyin atau Syi’ah tinggal di situ.

Menurut Sayid Alwi b. Tahir al-Haddad dalam bukunya bertajuk Uqud al- Amas yang dimaksudkan Sila ialah Kepulauan Sulu atau Sulawesi atau Kalimantan di Borneo. Mereka datang ke sana menerusi Campa dan Vietnam kerana melarikan diri daripada ancaman tentera Bani Ummaiyah pada zaman al-Hajjaj. Pada tahun 800, Aceh pula didatangi sekumpulan pendakwah Syi’ah yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah. Mereka datang dari negeri Oman menerusi jalan laut. Pada tahun 840, salah seorang putera Nakhoda bernama Sayid Abd. Al-Aziz telah mendirikan sebuah kerajaan Islam Syi’ah di Perlak.

(i) Kedah dan kedudukan geografi yang strategik

Kedah yang terletak di sebelah utara Tanah Melayu merupakan negeri yang pertama menerima Islam. Kelebihan Kedah, selain kedudukan geografinya yang terletak di

9Ku Seman Ku Hussain. 14/04/2013. Fakta baharu Islam di Alam Melayu. http://www.utusan.net.my/

(11)

persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan negeri China, ia juga mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan-kerajaan di Sumatera Utara, termasuk Perlak, Samudera – Pasai dan Aceh.

Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadhbih di dalam kitabnya, bertajuk al- Masalik wa al-Mamalik ada menyebutkan tentang negeri Kalah. Abu Zaid al-Sirafi, penyunting kitab Akhbar al-sin wa al-Hind yang merupakan salah sebuah sumber terawal tentang sejarah Islam di India dan Timur Jauh juga menyatakan bahawa negeri Kalah pada suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Eaja Zabej ( Sriwijaya). Menurut Walckenaer, yang dimaksudkan dengan Kalah ialah negeri Kedah yang terletak di pantai barat semenanjung Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh penemuan beberapa keeping mata wang Perlak di Kedah bertarikh 848, iaitu pada zaman khalifah al- Mutawakkil.

(j) Penemuan artifak bercirikan Arab

Selain itu, para ahli arkeologi pula telah menemui tembikar jenis celadon yang dipercayai jenis ini sangat terkenal di kalangan orang Islam di Asia Barat kerana warna hijau itu melambangkan Islam. Pedagang-pedagang Arab yang belayar ke negeri China terpaksa singgah di pantai Sumatera atau kedah sebelum meneruskan perjalanan ke negeri China. Menurut S.Q. Fatimi, Kedah juga terkenal kerana mengeksport pedang yang disebut oleh orang Arab sebagai al-Sayf al-Hind. Keadaan ini menyebabkan Kedah menjadi lebih terkenal di kalangan para pedagang Arab pada ketika itu.

Penemuan batu nisan yang tertua di Tanjung Inggeris, Kedah, merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan agama Islam sudah tiba di Kedah setidak-tidaknya sejak abad ke Sembilan. Pada permukaan batu nisan ini tertera nama seorang tokoh agama dan tarikh wafatnya dalam huruf Arab, iaitu Syeikh Abd. Al-Qadir ibn Syeikh Husain Syah Alam, tarikh wafatnya tahun 903. Syeikh Abd. Al-Qadir boleh dianggap sebagai seorang pendakwah yang terawal tiba di Kedah atau di Semenanjung Tanah Melayu amnya kerana memandangkan tarikh batu nisan beliau itu lebih tua daripada batu nisan yang ditemui di Permatang Pasir Pekan, Pahang (419 H/999 M) atau Batu Bersurat Terangganu (702 H/ 1303 M). Penyebaran agama Islam di Kedah terus berkembang selepas ketibaan para ulama Arab, antaranya ialah Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Ja’afar al-Quamiri (531 H/1136M). Beliau berasal dari Yaman dan mempunyai hubungan erat dengan keluarga diraja Kedah.

(12)

Melaka. Sejarah Sung juga mengatakan bahawa terdapat ramai orang Islam di sekitar pantai Laut China Selatan pada awal tahun 977. Akan tetapi pada peringkat wal ini, sudah pasti sebahagian besar orang Islam itu adalah dari keturunan Arab atau Parsi.

(k) Fo-lo-an

Menurut sumber Cina tersebut, petempatan awal orang Islam di Terangganu bukanlah di sekitar Kuala Sungai Terangganu tetapi di pedalaman iaitu di kawasan Kuala Berang yang dikenali orang Cina sebagai Fo-lo-an. Sebuah catatan Cina Ling-Wai Tai-Wa, yang ditulis oleh Chou Ch’ufei pada tahun 1178 menyatakan bahawa Fo-lo-an adalah sebuah negeri yang mempunyai hubungan yang lama dengan orang Arab. Fo-lo-an juga merupakan pelabuhan entrepot bagi barangan Arab yang utama di Asia Tenggara. Sumber itu juga mencatatkan bahawa pemerintah Fo-lo-an dilantik dari kerajaan Melayu Jambi ( San-fo-tsi). Ini bermakna Fo-lo-an bukanlah sebuah negara merdeka tetapi ia merupakan sebuah kerajaan takluk kerajaan Melayu Jambi.10

(l) Pendapat Hamka

Menurut Prof. Dr. Buya Hamka dalam Seminar Masuknya Agama Islam ke kepulauan Indonesia di Medan (1963) lebih menggunakan fakta yang diangkat dari Berita Cina Dinasti Tang. Beliau menegaskan waktu masuknya agama Islam ke Nusantara Indonesia pada abad ke-7. Dalam Berita Cina Dinasti Tang tersebut menuturkan ditemuinya daerah Hunian wirausahawan Arab Islam di pantai barat Sumatra maka disimpulkan Islam masuk dari daerah asalnya Arab. Dibawa oleh wiraniagawan Arab. Sedangkan Kesultanan Samodra Pasai yang didirikan pada 1275M atau abad ke-13M, bukan awal masuknya agama Islam, melainkan perkembangan agama Islam.11

(m) Kerajaan Bani Umayyah

Bukti lain pula menunjukkan yang Mu’awiyah bin Abu Sufyan (661-680M), iaitu khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha perkembangan dakwah Islamiah berhasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman, Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M. (Lihat; S.Q. Fatimi, ‘Two Letters form the Maharaja to the Khalifah’ dalam Islamic Studies, vol. 11, March 1963).

10 Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

Hal. 16-23.

(13)

Selain dari usaha tersebut terdapat juga kegiatan propaganda yang dijalankan oleh golongan Syiah ketika zaman Abdul Malik b. Marwan (685-750M). Hal ini demikian kerana, sudah terdapat golongan Syiah Alawiah di Pulau-pulau Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Pada tahun 800M, pula dikatakan tiba sebuah angkatan Syiah yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah di Perlak, Sumatera. Sedangkan pada zaman Kerajaan Fatimiyah (909-1171M) di Mesir pula angkatan propandis Syiah (Ismailiyah) di kawasan Sumatera juga.12

(n) Kejatuhan kerajaan Islam di Baghdad

Dengan kejatuhan ini, bukanlah menjadikan dakwah Islam di Nusantara terbantut, bahkan sebaliknya perkembangan Islam telah berlaku secara besar-besaran. Prof. M.A. Rauf ( Rektor pertama Universiti Islam AntArabangsa) dikatakannya bahawa perkembangan Islam selepas Kejatuhan Baghdad ini merupkan peringkat peralihan agama Islam secara besar-besaran ( Mass Conversion).

4.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

(a) Hubungan Perdagangan Arab dengan China

Hubungan perdagangan antara Arab dengan China dicatatkan dalam sejarah telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Hal ini demikian kerana, pedagang Arab membawa barangan di samping membeli sutera, kain, dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung melahirkan hubungan antara China dengan kepulauan Melayu. Hubungan antara kedua-dua Negara ini dapat dilihat seperti berikut

1) Menurut laporan China Muslim bahawa orang Islam di Arab telah datang ke negeri China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang (627M-650M). Menurut catatan sejarah, pendakwah Arab yang pertama ke negeri China

12 Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Pulau Pinang:

(14)

ialah wahab Abi Kabsyah yang diutus oleh Rasulullah S.A.W. beliau meninggal dunia setibanya di Canton dan disemadikan di sana. Semasa pemerintahan khalifah Othman bin Affan, Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke China dan beliau telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton dikenali dengan nama Wai Shin Zi (masjid kenangan nabi).

2) Menurut Lui Tshich, seorang penulis China Muslim bahawa setelah tinggal beberapa lama di Canton, Saad bin Abi Waqas pulang ke tanah Arab. Sesetengah pendapat bahawa beliau meninggal dunia dan dikuburkan di sana. Namun, sejarawan bersependapat tentang lawatan beliau ke negeri China. Pada tahun 713M, panglima perang Islam bernama Qutaibah bin Muslim telah sampai ke sempadan negeri China dan merancang untuk menguasai Negara tersebut. Rancangan beliau terpaksa dibatalkan kerana Maharaja China Hsuan Tsung (713M-756M) menjalin hubungan persahabatan dan juga sampainya berita tentang kemangkatan khalifah Walid bin Abd al-Malik (705M-715M). Kesan daripada hubungan tersebut mendorong penyebaran Islam, terutamnya di daerah barat daya perbatasan Negara itu.

3) Dalam riwayat Dinasti Tang (618M-907M), terdapat banyak laporan tentang kedatangan utusan Khalifah Abu al-Abbas (Abu Loba), Khalifah Abu Jaafar (Ap’u Cha’fo), dan khalifah Harun al-Rasyid (A-Lun) dari Bani Abbasiah ke China. Faktor yang membawa kepada wujudnya hubungan politik antara kerajaan China dengan Islam adalah apabila berlakunya pemberontakan panglima tahun 755M. Khalifah Abu Jaafar telah menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan supaya membantu kerajaan China. Tentera Islam telah Berjaya mematahkan pemberontakan tersebut dan sebagai balasannya Maharaja Hsuan Tsung membenarkan tentera Islam bermastautin di sana dan berkahwin dengan wanita China. Maharaja China bukan sahaja member keistimewaan kepada mereka, bahkan mendirikan tempat ibadat dengan pembiayaannya ditanggung oleh pihak kerajaan.

(15)

menyebabkan mereka menjadi golongan yang kaya dan berkedudukan. Kesan dari kedudukan yang istimewa ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga tempatan dan dianggap telah mengancam kemajuan, ekonomi, dan keselamatan orang China. Akibatnya, telah berlaku banyak tragedi yang menimpa penduduk Arab yang bermastautin di sana.13

(b) Melalui kegiatan perdagangan.

Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting bagi memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antarabangsa. Di China Para pedangan Arab sudah lama wujud mereka membawa barangan-barangan seperti bau-bauan, batu-batu yang berharga dan mutiara serta para pedagang ini juga akan membeli mutiara dan tembikar dari China.

Keperluan barangan merupakan faktor yang mewujudkan hubungan secara langsung dan tidak langsung antara pedagang Arab dan Parsi yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan negara China. Pada kebiasaannya hubungan perdagangan ini akan melalui jalan darat tapi biasanya pedagang Arab lebih kepada melalui jalan laut, melintasi pantai india dan Asia Tenggara yang mana sebahagian pedagang tersebut akan singgah di pusat perdagangan di sepanjang tempoh perjalanan mereka.14

Pada abad ke-5 lagi, kapal-kapal Parsi telah belayar di sekitar Lautan Hindi akan tetapi pada masa ini mereka masih belum lagi mengambil peranan yang aktif terutama dalam kegiatan ekonomi China, tetapi disebabkan di China selatan memerlukan keperluan ekonomi dan hal ini telah mewujudkan hubungan antara pedagang Parsi dan juga negara China yang secara tidak langsung mempengaruhi sejarah Indonesia Barat.15

Di negara China barangan dari Parsi sangat diperlukan terutamanya pokok Resin

atau dikenali dengan ‘Po-Ssu‘ atau Parsi. Walau bagaimanapun, pada tahun 500 Masihi ‘Po-Ssu’ yang dipasarkan di China tidak lagi bercorak Parsi kerana ia dianggap berasal dari Sumatera. Sungguh pun ‘Po-Ssu‘ adalah dari Sumatera atau Nusantara ia tetap tidak dapat menandingi barangan dari Asia Barat. Oleh hal yang demikian, Srivijaya telah menawarkan kemudahan kepada pedagang asing dan hal ini telah menyebabkan Srivijaya merupakan

13 Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press,

2013. Hal 108-109.

14 Ibrahim T.Y. Ma. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang, 1979). Hal 32.

15 Profesor O.W. Wolters. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya. Cornell:

(16)

salah sebuah pusat perdagangan yang penting kerana wujudnya hubungan antara Asia Barat dan China sejak awal abad Masihi lagi.

(c) Kegemilangan kota Canton dan Hainan

Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti da hujah rasional yang dikemukakan oalah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren, Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua ini bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada Kemasukan agama Islam, ke negeri China. Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu.16

(d) Penghijrahan akibat dari persengketaan.

Di negara China berlaku satu tragedi yang menimpa umat Islam di sana. Pada mulanya umat Islam di negara China sangat ramai sehingga ada antara mereka yang kaya dan juga sangat berpengaruh di Canton. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk tempatan yang tidak puas hati dan sanggup bermusuh dan membakar bandar Canton. Tragedi tersebut dapat dirasai sehingga ke Kepulauan Nusantara. Kedudukan orang Arab-Islam di Canton telah dianggap akan menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan orang cina. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan maka tercetusnya tragedi atau persengketaan antara penduduk China terhadap orang Arab-Islam.

Tragedi atau pemberontakan pertama berlaku pada tahun 878 Masihi di Canton pada masa pemerintahan Hsi Tsung (878-879). Pada peristiwa tersebut telah mengorbankan kira-kira 100 000 asing yang kebanyakannya terdiri yang beragama Islam, Arab dan Parsi. Peristiwa ini telah di cetuskan oleh pemberontak Hwang Chao di CantonAda juga antara mereka yang menyelamatkan dan berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah dan juga Palembang.

Terjadi pula peristiwa pemberontakan yang berlaku di wilayah Yang Chow yang berlaku pada akhir pemerintahan dinasti Tang (618-905) yang diketuai oleh pasukan

(17)

pemberontak Tien Sheng Kong. Peristiwa ini telah membawa kepada penghijrahan golongan yang terselamat terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuklah Nusantara.17

(d) Penemuan batu Nisan

Bagi mengukuhkan hujah mereka yang menerima teori ini, beberapa buah batu nesan yang terdapat di Nusantara menjadi bukti antaranya seperti berikut:

1) Batu nesan yang dikatakan sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh 419H bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan, Pahang.

2) Batu bersurat Terangganu bertarikh 702H bersamaan 1303M.

Bukti pertama kerana terdapat ayat al-Quran dan bukti kedua pula mengandungi arahan tentang kewajipan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah S.W.T. lebih-lebih lagi terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam di Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada tahuan awal 977M. Laporan ini menjadi pegangan kuat S.Q Fatimi bagi membuktikan teori kedatangan Islam itu dari China selain daripada dua batu tersebut.18

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

(a) Penemuan batu nisan

Mengenai peranan mubaligh dari India, para sarjana tidak sepakat tentang dari daerah manakah agama Islam dibawa ke Nusantara. Ada mengatakan dari daerah Gujerat atau Benggala, atau India selatan dan Khasnya Malabar. Mengenai teori dari Gujerat, telah diperkuatkan oleh kajian G.P Moquette mengenai batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 masihi dan baru nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek yang bertarikh 1419 masihi. Oleh kerana, kedua-dua batu nisan itu seakan-akan sama dengan baru nisan ‘Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat, maka Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua-keduanya dibawa dari Gujerat. Berdasarkan penemuan ini R.A. kerana membuat kesimpulan lebih jauh lagi, iaitu agama Islam di Indonesia adalah berasal dari Gujerat. Teori ini kemudiaannya disokong oleh W.P. Stutterheim, J. Gonda dan C.A.O Van Nieuwenhuijze.

17 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1990. Hal 39.

18 Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press,

(18)

(b) Pengislaman pemerintah

Berdasar huraian oleh Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental, S.Q Fatimi pula mengatakan agama Islam di Nusantara telah disebarkan dari Benggala. Menurut Tome Pires, Malik al-Salih yang menjadi raja Islam yang pertama di Pasai adalah seorang pedagang Benggali dan berasal dari Benggala. Oleh kerana Parsi dianggap oleh Fatimi sebagai negeri pertama yang memeluk agama Islam, maka disimpulkan bahawa Islam juga berasal dari Benggala.

(c) Pegangan Mazhab

Mengenai teori dari India Selatan pula, ia dikemukan oleh Van Ronkel dengan alasan bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri mistik, sastera roman dan sebagainya yang terdapat di Indonesia adalah berasal dari India Selatan, bukannya dari tempat lain. Manakala teori dari Malabar, antara pendukungnya ialah Thomas Arnold yang menggunakan alasan persamaan mazhab Shafii dengan Indonesia.19

(d) Kelemahan

1) Hakikat bahawa tahun 1042M yang diletakkan sebagai tarikh kerajaan Pasai menerima Islam adalah lebih awal daripada Gujerat. Islam hanya tiba di Gujerat pada 1302M dengan kemunculan kesultanan Delhi.

2) Selain Malabar dan Gujerat, Benggal dan Koromandel juga menjadi perhatian. Hujah ini dikuatkan dengan hakikat bahawa mazhab antara penduduk Benggal juga sama dengan penduduk di Asia Tenggara, iaitu bermazhab Shafie, sementara di Gujerat lebih kepada mazhab Hanafi. S.Q Fatimi misalnya menyokong hujah bahawa Islam dibawa dari Benggal malah beliau menyatakan bahawa Sultan Malik al-Salih yang menjadi raja pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali. Namun begitu, hujah tersebut lemah dan tidak diterima. Kewujudan para

19 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

(19)

pedagang dan pendakwah India dalam usaha mengembangkan Islam ke rantau ini bukanlah bukti Islam di Nusantara berasal dari India.20

6.O TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI KEMBOJA ATAU CHAMPA

Menurut R.A. Kern, orang Islam di Nusantara berasal dari Indo- China. Dalam kurun ke-7M, dicatakan bahawa orang Melayu telah mengadakan hubungan dengan penduduk Champa dan Kemboja. Perhubungan ini terjalin berdasarkan kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamanya antara keluarga diraja. Islam dilaporkan telah berkembang di Champa, iaitu di daerah Phanrang sejak abad ke-8M lagi. Teori ini dipegang berasaskan kepada perhubungan tersebut dan kedatangan Islam menerusi daerah Phanrang. Phanrang merupakan sebuah tempat di Selatan Champa dan menurut sumber yang terdapat dalam sumber China bahawa Phanrang telah menerima Islam sejak tahun 960M lagi, iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

Di Campa terdapat dua buah inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam itu dari Champa. Terdapat sebuah batu nesan yang bertulis khat khufi bertarikh 1039M dan sebuah monument bertarikh 1025M dan 1039M. Pada monument tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum Islam.21

6.0 KESIMPULAN

Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan tingkah laku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pembinaan sesebuah tamadun. Teori kedatangan Islam ke tamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran Agama Islam melalui tamadun Islam ke alam Melayu, antaranya ialah penyebaran Islam melalui pedagang–pedagang dari Arab, India dan China. Keberadaan Islam di rantau alam Melayu yang terdiri daripada daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya (gugusan kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Alam Melayu. Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun dalam bentuk yang sederhana.

20 Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press,

2013. Hal 107.

21 Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press,

(20)

Tamadun Melayu yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di wilayah Asia tenggara. Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu. Teori kedatangan Islam ke tanah Melayu mempunyai perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan yang menerima agama Islam. Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyebarkan Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan dakwah , melalui perkahwinan dengan wanita tempatan ,kemudian mempunyai zuriat.

Seterusnya Islam tersebar dan secara tidak langsung membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau Asia tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun yang berlainan. Agam Islam merupakan salah satu agama yang mudah difahami, serta menekankan hak kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal , yang mengutamakan kehalusan akhlak dan budi bahasa yang dianggap serasi dengan orang Melayu. Penyebaran agama Islam di alam Melayu melalui dua tahap ;tahap kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai pintu masuk Gugusan kepulauan Melayu ke Tanah besar Asia Tenggara. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedatangan pengaruh Islam ke dalam tamadun Melayu telah lama disebarkan oleh para pedagang sejak dari dahulu lagi.

7.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikira Umat Islam Di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mansur Suryanegara. 2009. Api Sejarah. Bandung: Salamadani Pustaka Semesta.

Bahasa Arab di Kepulauan Melayu (atas talian) http://utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&se

c=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlYGIvn1 (02/02/2006).

(21)

Ibrahim T.Y. Ma. 1979. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang.

Ku Seman Ku Hussain, Fakta baharu Islam di Alam Melayu. 14/04/2013. http://www.utusan.net.my/utusan/Sastera/20130414/sa_03/Fakta-baharu-Islam-di-alam-Melayu#ixzz2wmLFOm39.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Profesor O.W. Wolters. 1967. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya. Cornell: Cornell University Press.

Referensi

Dokumen terkait

Sistem dalam Proyek Akhir ini menggunakan satu buah laptop sebagai server OpenBTS-UMTS yang dapat memberikan beberapa layanan yang baik kepada pengguna jaringan

Pengujian kesalahan NIM dilakukan dengan mengirimkan teks SMS dengan format NIM yang tidak terdapat pada database , sehingga sistem akan mengirimkan SMS response berupa pesan

Simpulan dari penelitian ini adalah Kesesuaian soal dengan indikator yang terdapat dalam soal UAS Bahasa Indonesia bentuk pilihan ganda menunjukkan bahwa soal

Dalam sistem akuntansi pembelian,fungsi gudang bertanggung jawab untuk mengajukan permintaan pembelian sesuai dengan posisi persedian yang ada di gudang dan untuk menyimpan barang

The pleasant garden of great Italy, and by my father’s love and leave am armed with his good will and thy good company.. Here let us breathe and haply institute a course

Konvensi Paris 1919 maupun Konvensi Pelanggaran Pesawat Udara Militer Chicago 1944 hak control terhadap Asing menurut Hukum Nasional pesawat militer asing adalah ketat

Case Manager adalah profesional dalam rumah sakit yang bekerja secara kolaboratif dengan para pemberi asuhan kepada pasien, memastikan bahwa pasien dirawat serta

o Siswa memabaca dalil nakli yang berkaitan dengan materi/yaitu tentang Sumber hukum Islam yang disepakati ulama dan yang diperselisihkan.. o Guru menunjuk siswa untuk