Pemikir (Kuala Lumpur) 66 (Okt - Dis 2011): 9-29.
Peribahasa dan Pantun Daerah: Sumber
Kekayaan dan Kemegahan Baru Alam Melayu
Ding Choo Ming Felo Penyelidik Utama
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi
Emel: [email protected]
Abstract
dignity. This is an important alternative source of energy, wealth and power for future development.
Memori Kolektif di Alam Melayu
Dalam makalah ini, perhatian akan diberi kepada kaitan antara peribahasa dan pantun yang diwarisi turun temurun itu dengan keperluan orang ramai di Alam Melayu (iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand and Filipina) bukan sahaja pada kurun 21, tetapi juga seterusnya. Kedua-dua warisan kebudayaan peribumi Alam Melayu itu sudah berkembang dalam hampir semua masyarakatnya jauh sebelum masuknya pengaruh Hindu kira-kira 1,500 tahun sebelum kedatangan ugama Islam pada sekitar kurun ke 13. Seperti cerita rakyat yang lain, pantun dan peribahasa telah lahir dan berkembang secara lisan pada mula-mulanya, maka sudah dituturkan sebelum ditulis di pinggir abad ke 19. Sekarang, berikutan dengan menghilangnya tradisi primary orality (Ong 1982) dengan diganti tradisi tulis, semakin banyak pantun dan peribahasa, lama dan baru, sudah ditulis, dicetak, malah didigitasikan, walaupun masih kedengaran pantun dan peribahasa dituturkan secara spontan di sana sini.
Perubahan massa media dan teknologi penyebaran moden itu bukan sahaja telah mempengaruhi perkembangan, tetapi juga kepopularan dan kewujudan (survival) kedua-duanya masa sekarang lebih banyak bergantung pada massa media dan teknologi baru itu. Yang menarik sekarang adalah gabungan antara tradisi/ budaya lisan, tulis, cetak dan digital itu telah membuat kedua-dua budaya peribumi di Alam Melayu itu bukan sahaja yang paling luas penyebarannya dari segi ruang geografi, tetapi juga yang paling tua perkembangan sejarahnya dari segi masa. Dalam makalah saya di Wahana (Ding 2010) penyebaran pantun di Alam Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapore, selatan Filipina dan Thailand itu telah diibaratkan sebagai jaringan sungai di kesemua tempat di negara yang berkenaan, sekaligus telah memberi rezeki kerohanian kepada jutaan orang di kampung, pekan, bandar, kota dan pelabuhan di kedua-dua tebing sungai itu.
identiti bersama orang di Alam Melayu pada abad ke 21 dan seterusnya (Ding 2009). Dalam makalah ini, saya ingin memperkatakan peribahasa dan pantun sebagai akar dan khazanah kolektif akal, budi, budaya, malah telah menongkatkan tamadun warisan bersama, maka harus dipulihara, dimanfaatkan dan dikembangkan dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang sehingga menjadi sumber kekuatan budaya alternatif kolektif orang di Alam Melayu dalam membangunkan diri, lebih-lebih lagi menghadapi cabaran globalisasi. Hujah perbincangan saya dalam makalah ini adalah berasaskan sifat traditionality dan
authority kedua-duanya yang dipunyai orang Acheh, Bali, Batak, Banjar, Bolang, Bugis, Dayak, Flores, Jawa, Kaili, Kaur, Kei, Kerinci, Lampung, Madura, Makasar, Mandar, Mbojo, Melayu, Minahasa, Minangkalau, Muara Enim, Musi Banyuasin, Ogan Koerimg, Palembang, Papua, Samawa, Sanana, Sasak, Seram, Serawai, Sikka, Sunda, Taland, Ternate, Toraja dan lain-lain di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapore, Pattani di Thailand and Mindanao di Filipina.
Dalam makalah ini nama peribahasa dan pantun digunakan sebagai istilah generik untuk meliputi segala macam pantun dan peribahasa dari semua daerah di Alam Melayu, Pada umumnya, pantun adalah puisi peribumi orang di Alam Melayu. Ia mempunyai struktur yang ketat dengan rima abab di hujung.
Sehingga kini, pantun yang paling popular adalah terdiri daripada empat baris dengan setiap barisnya mempunyai 8-12 suku kata. Dua baris pertamanya disebut sebagai pembayang (sampiran), manakala dua baris akhirnya sebagai maksud (isi). Seterusnya, peribahasa juga digunakan sebagai istilah generik untuk meliputi bidalan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa dan sebagainya.
pelbagai tulisan di Alam Melayu, termasuk Acheh, Batak, Bugis, Java, Sunda dan Melayu telah dihasilkan dari masa ke masa (Chambert-Loir & Oman 1999; Ricklefs & Voorhoeve 1977). Banyak sekali pantun dan peribahasa sudah dicatatkan dalam manuskrip itu. Selain itu, ketika Acheh, Melaka dan Pasai, misalnya, muncul sebagai entrepot besar di sepanjang abad ke 15-16, pantun dan peribahasa sudah matang di sekitar Selat Melaka, Selat Java, Selat Makassar dan lain-lain. Dengan bertambahnya bilangan orang di Alam Melayu (terutamanya Bugis, Java, Melayu dan Minang) dan juga semakin majunya teknologi pelayaran seiring dengan berkembangnya jalinan dan jaringan perdagangan di Alam Melayu, peribahasa dan pantun yang menjadi sebahagian hidup orang di rantau ini telah tersebar dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Proses yang didorong faktor tolak (push) di satu pihak dan faktor tarik (pull) di satu pihak yang lain – tidak kira sama ada kerana perdagangan, pembukaan kampong baru, perkahwinan, pekerjaan atau yang lain - telah menjadi semakin hebat dan terus-menerus walaupun Alam Melayu yang luas itu telah dibelah-bagikan penjajah Inggeris dan Belanda kepada dua kawasan jajahan pengaruh mereka di bawah Anglo-Dutch Treaty pada 17 Mac 1824, dan juga kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Perkembangan itu menyatakan bahawa pergerakan budaya telah dapat merentasi halangan politik dalam erti kata ia tidak akan berhenti selagi ada pergerakan orangnya dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Yang lebih menarik ialah di tempat-tempat baru itu peribahasa dan pantun dari daerah yang berlainan itu pengaruh-mempengaruhi dan kaya-memperkayakan sehingga lahirnya banyak pantun dan peribahasa yang baru, selain banyak versi. Penghasilan peribahasa dan pantun baru, dan juga pemanfaatan pantun dan peribahasa lama itu menunjukkan pentingnya kedua-dua unsur budaya itu sebagai sumber akal budi, maklumat, hiburan dan pendidikan yang sangat-sangat diperlukan semua orang yang berkenaan dalam penyelesaian masalah, pembangunan ekonomi dan penerusan hidup dari masa ke masa.
Seperti dahulu, banyak peribahasa dan pantun tradisional yang sesuai sudah dimanfaatkan dalam pelbagai acara: tutur kata, penulisan dan majlis, tidak kira sama ada yang tradisional atau moden. Kedudukan yang tinggi, kepopularan yang luas dan pengaruh yang kuat kedua-dua ungkapan itu boleh juga diukur daripada bilangan koleksi pantun dan peribahasa yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku, di dada akhbar dan dijadikan tajuk berita di radio and televisyen.
Penerbitan semula pantun dan peribahasa yang sesuai itu bukan sahaja kerana nilai sosio-budayanya, tetapi juga kerana nilai kepurbaan (antiquity) dan authoritynya, maka kuatnya pengaruh warisan budaya itu ke atas hidup orang ramai dari segala lapisan masyarakat dan tempat dan daerah, sama ada sebagai sumber pendidikan, hiburan, maklumat atau kebijaksanaan. Selain itu, peribahasa dan pantun telah digunakan untuk menyerikan majlis, acara dan upacara sejak dahulu lagi. Setelah direnung dengan lebih mendalam, peribahasa dan pantun sudah lama memperkayakan bahasa, tamadun, budaya dan sejarah Indo-Melayu sejak dahulu lagi (Dailie 1988).
Pembangunan dan pengkayaan itulah telah mendorong saya menulis kedua-dua makalah yang disebut tadi dan sekarang tentang pantun dan peribahasa sebagai sumber kekuatan kolektif dan alternatif orang di Alam Melayu masa sekarang dan seterusnya.
dan lain-lain. Kesemua itu membolehkan peribahasa dan pantun yang indah, popular dan menarik dari satu tempat dibawa ke satu tempat yang lain.
Dalam proses itu, peribahasa dan pantun itu bukan sahaja telah popular di tempat asal, tetapi juga di tempat yang lain. Ini bermakna penyebarannya sudah terjalin dengan pergerakan orang di Alam Melayu, selain dibawa massa media dan teknologi baru yang pantas perkembangannya sekarang. Faktor lain adalah keturunan orang Minang dan Bugis di Malaysia, misalnya, bebas menggunakan peribahasa dan pantun untuk menyerikan tutur kata, majlis kebesaran, upacara adat dan sebagainya di tempat baru yang terpisah jauh dari tempat asal mereka. Ini juga bermakna keturunan orang Minang dan Bugis tadi boleh merasakan diri mereka telah bersama-sama dengan warisan budaya yang telah dibawa nenek moyang mereka yang merantau dahulu.
Perasaan bersatu hati (togetherness) itu telah merentasi halangan geografi dan juga ego kedaerahan. Pengaliran masuk peribahasa dari satu daerah ke satu daerah yang lain itu juga kerana “ …that the large numbers of shared items account for some degree of similarity in outlook and proverbial reality among languages in [Malay world], perhaps making the proverbial world depicted in proverbs more consistent across cultures and promoting some of the same views. It is the case that some metaphors are shared in this way and have been found to occur in proverbs in several [Indo-Malay] languages” (Fanny 2002:164), selain faktor peminjaman, pengadaptasian, keberdekatan (proximity), sejarah pertembungan dan persamaan nilai, budaya dan struktur. Proses itu masih berlaku sehingga kini kerana nilai-nilai universal yang dipunyai semua orang, tanpa mengira perbezaan masa, tempat, ugama dan perkauman.
Sikap positif orang ramai masa sekarang terhadap khazanah budaya warisan itu sehinggakan membuat kedua-duanya tetap popular, bahkan amat sesuai itu telah dimanfaatkan dalam hidup pada kurun 21 ini yang sudah berbeza daripada kurun ke 15, ke 10, ke5 dan lebih awal lagi tiu adalah juga disebabkan:
2. Isu yang dirakam dalam kebanyakan pantun dan peribahasa itu akan berulang dari masa ke masa, maka tidak akan ketinggalan zaman
3. Isi peribahasa dan pantun yang telah dipadatkan dengan kata-kata yang bernas dan indah susunannya itu mudah diingat dan dihafal
4. Mesej peribahasa dan pantun yang disampaikan secara metafora itu tidak menyingung perasaan dan melukakan hati orang yang disasarkan.
5. Peribahasa dan pantun warisan yang menjadi memori kolektif masyarakat itu difahami semua orang tentang makna yang tersirat.
6. Peribahasa dan pantun warisan yang menjadi hak milik kolektif itu bebas digunakan semua orang, tanpa merasa takut tentang hak ciptanya.
7. Isu yang diungkapkan dalam pantun dan peribahasa itu telah diterima sebagai yang benar kerana selalu berlaku, malah telah menjadi pengetahuan umum.
8. Memetik peribahasa dan pantun untuk konteks yang sesuai bukan sahaja boleh menyerikan bahasa, tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga kedua-dua pihak daripada memberi dan mendengar penerangan yang meleret-leret. 9. Sebagai hasil pemeluwapan (condensation) pengalaman dan
akal budi orang ramai, maka peribahasa dan pantun Indo-Melayu mempunyai warna, nada, selera dan juga jati diri orang Indo-Melayu.
10. Koleksi pantun dan peribahasa Indo-Melayu adalah ensaiklopedia pengalaman, pemerhatian, nilai, mesej, falsafah dan pandangan orang Indo-Melayu..
Atas sebab-sebab tambahan itulah, peribahasa dan pantun di Alam Melayu yang diwarisi itu boleh dirumuskan dengan dua ungkapan yang popular dalam babahasa Inggeris (Mieder 1993) setelah disesuaikan:
1. Proverb and pantun in the hand is often worth a thousand words.
2. A good proverb and pantun is never out of season.
adalah juga tempat kegemaran (stamping ground) pengkaji dan sarjana untuk mengkaji kebudayaan daerah, negeri dan wilayah yang berkenaan, terutamanya tentang adat resam, , kepercayaan dan sifat orangnya. Bila dilihat secara keseluruhan, pantun dan peribahasa warisan itu memang boleh mainkan peranan besar di dunia moden. Kemunculannya dalam iklan, tajuk berita, karya sastera dan ucapan pemimpin dan lain-lain itu jelas menyatakan khazanah warisan itu mempunyai implikasi komunikasi yang tinggi nilainya. Antara sebabnya ialah kita ingin memperkuatkan hujah dan penerangan kita dari masa ke masa dengan menggunakan kebijaksanaan purba yang sudah diuji masa.
Sehubungan itu, kita ternyata seronok mengikuti ucapan yang diberi Tenas Effendi (2005 & 2007), misalnya, yang pandai mengarang pantun baru, selain pandai memetik yang sesuai yang bukan sahaja indah bahasanya, bernas susunanya, tetapi juga kerana mutiara kebijaksanaan kata-katanya itu besar maknanya membantu kita menyelesaikan kekompleksan hidup, selain membuat kita dapat melayari bahtera hidup di lautan yang penuh cabaran dan gelombang, besar dan kecil.
Sehubungan itu, ribuan pantun dan peribahasa yang telah membentuk stok kearifan dan nilai kolektif orang di Alam Melayu ini adalah juga khazanah ilmu dan maklumat dari Alam Melayu kepada khazanah ilmu dan maklumat global kerana nilai pragmatisnya. Kekuatan itu disebabkan dalam pantun dan peribahasa itu terdapat beraneka macam ilmu yang sesuai untuk pelbagai situasi, maka amat diperlukan manusia sejagat. Antaranya adalah nilai didaktifnya, prescriptifnya, satiranya, ironinhya dan humornya.
Antara peribahasa Melayu klasik, maka kekal abadi nilainya itu adalah Alah membeli, menang memakai, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak; Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau; Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian; Sedikit-dikit lama-lama menjadi bukit; Hendak kaya berdikit-dikit, hendak bertuah tertabur urai, hendak berani berlawan ramai; Air pun ada pasang surutnya; Silap mata pecah kepala dan Sedap dahuku sakit kemudian.
makes perfect; Better late than never; If at first you don’t succeed, try try again; Like father like son; Two things do not make a right; Where there’s a will, there’s a way; All’s well that ends well; Don’t count your chicken before they’re hatched; Easier said than done; Practice what you preach; A penny saved is a penny earned; Absence makes the heart grow fonder,and
Out of sight, out of mind.
Selain itu, antara contoh pantun Melayu klasik yang mempunyai nilai kekal abadi itu adalah:
Siakap senohong, Gelama ikan duri; Bercakap bohong, Lama-lama mencuri.
Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya; Apa guna bermain cinta,
Jika tidak dengan sungguhnya. Bergalah-galah ke hulu,
Berenang berenang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Layang-layang menyambar bueh, Tetak teruju buang selupat’
Kasih sayang mencari boleh, Yang setuju jarang mendapat.
Semasa memperkatakan kearifan dan nilai yang terpendam dalam mutiara pantun dan perubahasa warisan pada zaman serba moden ini, kita bukan sahaja perlu menangani persoalan sejarah, tetapi juga fungsi dan peranannya dalam konteks masa sekarang. Antara yang dimaksudkan itu adalah sebelum menggunakannya, kita perlu memahami makna yang tersirat di sebalik kata-kata yang digunakan. Pemahaman itu memerlukan kita mempunyai cultural literacy (Mieder 1993), kerana setiap peribahasa dan pantun itu adalah hasil pembentukan zaman dan tempatnya seperti yang didefinisikan Foucault (1979), bahawa karya sastera adalah hasil pembentukan masyarakatnya, walaupun sebilangan besar peribahasa dan pantun itu boleh dimanfaatkan “in many different ways depending on its context”, lebih-lebih lagi peribahasa dan pantun adalah ’evergreen’.
proverbs” dalam erti kata . “by employing proverbs in our speech, we wish to strengthen our arguments, express certain generalization, influence or manipulate other people, rationalize our shortcomings, question certain behavioral patterns, satirize social ills, poke fun at ridiculous situations and so on. Each individual proverb may be employed (Mieder 1993).
Sudah juga disebut sebelum ini bahawa menggunakan pantun dan peribahasa dalam ucapan dan majlis besar peranannya dalam membuat ucapan dan majlis itu lebih berseri-seri. Berbalik kepada penggunaannya dalam perdebatan, pembahas yang arif di kedua-dua pihak mesti pandai menggunakan pantun dan peribahasa yang popular sebagai senjata dalam perang mulut itu.
Antara sebab utamanya adalah hujah dan pendapat yang dibungkusi rempah ratus dan mutiara kearifan warisan dalam pantun dan peribahasa tradisional itu sukar dinafikan kebenaranya dan ditolak logiknya, kerana dalam gula dan madu peribahasa dan pantun itu tersirat ‘human nature” dan ‘abslute or universal truths’ (Mieder 1993), maka besar peranannya dalam mempengaruhi perasaan dan pandangan pihak yang mendengarnya.
Di sinilah juga terletak kuasa magik pantun dan peribahasa yang juga selalu dipuji sebagai “A proverb is worth a thousand words”. Selain itu, kita juga selalu mendapati banyak peribahasa dan pantun warisan itu sudah diubah kata-katanya. Misalnya, Biar lambat asalkan selamat sudah diubah menjadi Biar cepat asalkan dapat, dan Biar mati anak jangan mati adat, telah diubah menjadi
Biar mati adat jangasn mati anak. Pengubahan itu perlu dilakukan untuk menyesuaikan situasi kita semasa.
Kedua-dua sifat itu juga adalah “a fascinating interplay of tradition and innovation in proverb [and pantun] use” (Mieder 1993). Inilah juga sebab penting yang membuat kita mengatakan peribahasa dan pantun itu ‘evergeeen’, maka tidak akan ditinggalkan, malah tidak akan ketinggalan masa sampai sampai bila-bila. Sehubungan itu, Mieder (1993) menambah seperti yang sudah disebut tadi: “They contain plenty of truth, wisdom and knowledge, which they express in a few colorful words. The message of the proverb is communicated quickly and to the point, making it a very useful tool in speech, political rhetoric, newspapers headlines, book titles, advertising slogans, cartoon captions and so on. If used to manipulate people economically and politically, proverbs might even become dangerous weapons as expressions of stereotypical invectives or unfounded generalizations. But, for the most part, it can be said that if used consciously or perhaps somewhat sparingly, proverbs [and pantun] remain to the present day a most effective verbal tool.” Sebab tambahan stok peribahasa dan pantun itu boleh dijadikan sumber maklumat, hiburan, pendidikan dan ilmu yang paling pratikal dan pramatik adalah banyaknya pantun dan peribahasa yang lebih kurang sama maknanya. Antara contoh peribahasa yang dimaksudkan itu adalah
1. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang; Baling-Baling di atas bukit, Hati bagai baling-baling; Seperti panji-panji ditiup angin; Sebagai pimping di lereng buki.
2. Bagai bertemu buah si malakamo: di makan mati bapa, tidak dimakan mati ibu; Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelah mati emak, diludahkan mati bapa; Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak saying; Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang; Dikatakan mati emak; tak dikatakan mati bapa; Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa; Kuda tua; diperkerjakan tak boleh; nak dibunuh saying; Seperti Kuran buruk: dibaca tak boleh; dipersebarangan, dosa.
Terdapatnya peribahasa ‘synonymous’ atau veriant itu adalah kerana nilai, konsep, dan kelakuan yang dianggap yang sepatutnya ada atau tidak itu bukan sahaja sangat penting, malahan perlu diberi penekanan dan penegasan dari masa ke masa. Demikianlah juga pendapat Shimkin & Sanjuan (1953), Raymond (1954), Giovanni (1978) sehubungan itu yang telah dirumuskan Fanny (2002: 89-90) dengan kata-kata ini: “It is clear that the existence of so many proverbs that reinforce desirable views and behaviours is a reflection of their traditional importance in society. They can be taken together as a set that describe the world view or value system that exists in that culture.”
Kearifan Tradisional Boleh Memperkayakan Kearifan Baru Sampai di sini ingin ditegaskan bahawa tidaklah keterlaluan jika dikatakan pantun dan peribahasa telah menduduki tempat yang teristimewa dan unik dalam ruang hati, jiwa dan roh orang di Alam Melayu sejak masa dahulu lagi. Itulah juga sebabnya terdapat stoknya yang besar dalam budaya dan sejarah orang di semua daerah di Alam Melayu. Keterikatan mereka kepada gula dan madu peribahasa dan pantun daerah masing-masing itu juga disebabkan kesemua ungkapan itu meliputi persekitaran buatan-orang (man-made environment) seperti bangunan (termasuk rumah, istana, masjid), artifact (meliputi perahu, senjata, keris, pakaian, bakul), makanan (nasi, kueh mueh, lauk), tempat mandi di pantai dan tebing sungai, pertemuan mereka di kampong halaman di daerah, negeri dan wilayah tempat kelahiran mereka, maka amat disayangi, sekali gus meninggalkan kenangan yang manis kepada mereka, selain aktiviti spesifik termasuk mendapat didikan, cahaya mata, teman hidup, apa yang mereka buat, sama ada seorang diri, atau bersama-sama dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain.
Sudah disebut sebelum ini bahawa sungai dan laut di Alam Melayu adalah lebuh raya dan jalur perdagangan. Bermacam-macam pokok dan rumput rampai yang menghijau berminyak itu bukan sahaja telah dijadikan ubat herba, malahan tempat perlindungan dan makanan banyak binatang, serangga, burung dan orang, lebih-lebih lagi sumber ilham pengarangan pantun dan peribahasa. Makna alam sebagai sumber ilmu dan guru itu telah jelas dinyatakan dalam falsafah yang telah diungkapkan sebagai
Alam Terkembang Jadi Guru yang boleh juga diterjemahkan sebagai “Let nature be your teacher”. Setelah mengkaji imej alam dalam peribahasa Minang, Fanny (2002: 52) mengatakan: “Not surprising, many Malay proverbs employ images drawn from nature This very group of proverbs and pantun can be further broken down into sets, whose primary images age natural features (sky, sea, terrain, weather, animals, plants and so on). Of the proverbs collected as part of this study, 25% contains images of nature, of these 44% relate to natural features, 23% make references to plants and trees, and 33% involve animals.”
Selain itu, kita juga tahu terdapat bermacam-macam orang dengan sikap, nilai, rasa, selera, gaya, kelakuan dan pembawaannya di semua daerah di Alam Melayu. Setengahnya telah dan masih boleh diterima masyarakat, dahulu dan sekarang, tetapi yang lain tidak. Kalau ada sebahagian unsur alam semula jadi dan unsur alam buatan-manusia itu boleh dikiaskan dan dijadikan ibarat sehingga menimbulkan metafora dalam peribahasa dan pantun, yang lain telah dimanipulasikan sehingga memberi warna, rasa dan nada kepada budaya orang Indo-Melayu di daerah masing-masing. Dari situ lahirlah ‘variety in similarity’ dan juga ‘similarity in variety’ yang mencirikan kejamakan (pluralism) kebudayaan Alam Melayu, yang sejak dahulu lagi sudah menerima kebudayaan dari India, Arab, China dan negara barat..
daripada pelbagai masyarakat dan banyak daerah itu belum selesai didokumentasikan, walapun usaha itu sudah dimulakan orang Inggeris dan Belanda sejak abad 19 lagi.
Selain itu, pergerakan orang di Alam Melayu dari satu tempat ke satu tempat yang lain itu telah merancakkan lagi proses pinjam-meminjam dan pengadaptasian peribahasa dan pantun dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun peribahasa dan pantun daerah itu mempunyai sifat yang unik, tetapi banyak daripadanya juga berkongsikan sifat yang sama, maka lahirlah unsur ‘similarity in diversity’ dan juga ‘diversity in similarity’ yang didapati telah merentasi jurang dialek dan budaya daerah masing-masing.
Selain persamaan struktur dan fungsinya, yang dipentingkan orang ramai dalam peribahasa dan pantun setiap daerah itu adalah makna dan mesej yang pada dasarnya telah secara tradisionalnya memberi galakan kepada anggota masyarakatnya supaya membuat baik di satu pihak dan menjauhi perbuatan yang ditegah masyarakat di satu pihak yang lain, yaitu “how things should be done and how things are”. Sehubungan itu, elok diturunkan pendapat Burke (1957) Abrahams (1968) and Sietel (1969) dan Obelkevitch (1994) yang dipetik Fanny (2002: 3-4): “Generally, proverbs can be used as devices for giving advice, resolving conflict, as an indication of friendship and good will, or simply for aesthetic reasons The most important social feature characteristics of proverbs is their authority as they carry the approval of the society in which they exist and reflect its values, ways of thinking and strategies for dealing with certain common occurrences or situations, serve an expressive purpose, carry moral weight, continued to use be used by members of the society as it reflect some value and view that is still held in the community. It is the repeated used over time that gives proverbs their authority. They are understood to represent generations of observations and interpretations.”
Daripada segi itu, ungkapan yang berkenaan itu telah memberi sumbangan besar kepada pengekalan keamanan masyarakat dan peningkatan taraf hidup orangnya.
Antara sebab utama yang telah disebut sebelum ini bahawa peribahasa dan pantun warisan itu akan terus digunakan di abad 21 dan seterusnya adalah kedua-duanya bukan sahaja boleh digunakan untuk menggantikan hujah dan penerangan yang berjela-jela panjangnya, tetapi juga penggantiannya akan menjadikan ucapan, hujah dan penerangan itu menjadi lebih menarik kerana kearifan tradisional yang dikandunginya. Selain itu, penggunaan ungkapan tradisional adalah juga antara cara yang paling praktikal dan pragmatik untuk mendidik generasi muda untuk menghargai, menyayangi dan menghayati kebudayaan warisan, agar tidak terputus hubungan mereka dengan kebudayaan tradisional, iaitu akar mereka. Tanpa akar yang kuat, manusia akan kelihatan seperti pokok, mudah bergoyang bila dituip angin, malahan tumbang setelah ditiup angin yang kencang. Dalam konteks ini, koleksi pantun dan peribahasa yang sudah dibukukan itu adalah antara cara yang terbaik untuk masyarakat masa sekarang untuk mengekalkan hubungan orang muda dengan kebudayaan warisan. Itulah juga antara sebabnya buku pantun dan peribahasa laris di kedai buku di Alam Melayu.
popular dari Amerika Syarikat dan Eropah (Lent 1995 & Ding 2003), kerana pengaruh pembaratan yang diperkukuhkan kuasa massa media, ICT dan globalisasi.
Tidak kira apa yang sudah berlaku, perkara yang tidak boleh diremehkan ialah usaha yang giat mesti dilakukan untuk menonjolkan daya penglihatan (visibility) pantun dan peribahasa. Sehubungan itu, usaha mendigitasikan kebudayaan warisan di Alam Melayu, termasuk pantun dan peribahasa, telah dibuat di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, sejak 2002 di portal www.Malaycivilization.ukm.my, yang baru menggantikan http://Malaycivilization.ukm.my dahulu, selain projek Selaksa Pantun di Balai Kajian Melayu di Jogjakarta, www://Melayuonline, dan juga projek Pantun di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kesemua usaha itu adalah tapak kecil dalam langkah besar setiap institusi yang berkenaan untuk mempopularkan kebudayaan warisan di Alam Melayu, memikirkan perlunya kearifan yang terhimpun dalam pantun dan peribahasa itu perlu dimanfaatkan sebagai sumber kekakayan dan kemegahan kolektif dalam pembangunan insan, dan negara.
Rujukan
Abdullah Hussain. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1989.
Ahimsa-Putra, Heddy Shrei (editor). Masyarakat Melayu dan Budaya Melayu dalam Perubahan. Yogyakarta: Adicta Karya, 2007.
Chambert-Loir, H & Oman Fathurahman. Panduan Koleksi Naskah-Naskah Indonesia Sedunia…Jakarta: Ecole-francais d-Extreme-Orient & Yayasan Obor Indonesia, 1999.
Daillie, Fracois-Rene. Alam pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala Kumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1988..
Ding Choo Ming. Information Imperialism: The Unilateral Information Flow from Developed Countries to Developing Countries. Media Asia 30:1 (2003): 11-21
The Nippon Foundation Fellowship for Asian Public Intellectuals, 2009
--- Manuskrip Melayu: Sumber Maklumat Peribumi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.
--- That Mighty Pantun River and its Tributaries. Wacana: Jurnal Ilmu Pengetahuan Budaya 2010 (Forthcomming)
Foucault, Michel. What Is an Author? Dlm Textual Strategies Perspectices in Post-Strucutualist Criticism. Edited by Harari Josue V. Ithaca: Cornell University Press, 1979.
Fannay, Ismet & Fanny, Rebecca. Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.
Mieder, Wolfgang: Proverbs Are Never Out of Season: Popular Wisdom in the Modern Age. Oxford: Oxford University Press. 1993
Muhammad Haji Salleh. Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contermporary Poetics of the Malay World. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006.
Ong, Walter J. Rhetoric, Romance and Technology – Studies in the Interaction of Expression and Culture. Ithaca: Cornell University Press. 1977.
--- 1982. Orality and Literacy: The Technologizing of the Word.
London: Methuen.
Ricklefs, Ph S van & Voorhoeve, P. Indonesian Manuscripts in Great Britain: a catalogue of Manuscripts in Indonesian Languages in British Public Collections. London: Oxford University Press, 1977.
Santosa, Imam Budhi. Kumpulan Peribahasa Indonesia dari Aceh sampai Papua. Yogyakarta: IndonesiaTera, 2009.
Tenas Effendy. Pantun Nasehat. Yogyakarta: Adicita, 2005.
--- Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.
Lampiran
(Sumber: Ahimsa-Putra, 2007):
Rajah: Nama Kerajaan Melayu Sebelum Abad ke 19: Kerajaan Melayu di Acheh
23. Kerajaan Siak 24. Kerajaan Gassib 25. Kerajaan Pelalawan 26. Kerajaan Kampar Kiri 27. Kerajaan Gunung Sahilan 28. Kerajaan Kandis-Kuantan 29. Kerajaan Cerenti
30. Kerajaan Indragiri 31. Kerajaan Keritang 32. Kesultanan Riau-Lingga 33. Kerajaan Bintan
Kerajaan Melayu di Singapura 34. Kerajaan Temasik
Kerajaan Melayu di Malaysia Barat 35. Kerajaan Melaka
36. Kerajaan Johor 37. Kerajaan Perak 38. Kerajaan Pahang 39. Kerajaan Kelantan 40. Kerajaan Kedah Kerajaan Melayu di Thailand
41. Kerajaan Pattani
Kerajaan Melayu di Sumatra Barat 42. Kerajaan Pagaruyung
58. Kerajaan Sambaliung 59. Kerajaan Gunung Tabur 60. Kerajaan Bulungan
Kerajaan Melayu di Brunei Darussalam
61. Kerajaan Brunei
Kerajaan Melayu di Sulawesi Selatan 62. Kerajaan Gowa
63. Kerajaan Bone 64. Kerajaan Luwu
Kerajaan Melayu di Sulawesi Tenggara
65. Kerajaan Buton Kerajaan Melayu di Maluku
66. Kerajaan Tanah Hitu 67. Kesultanan Ternate 68. Kesultana Tidore
Kerajaan Melayu di NusaTenggara Barat