• Tidak ada hasil yang ditemukan

Epistemologi Ontologi dan Metodologi Dal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Epistemologi Ontologi dan Metodologi Dal"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI DAN METODOLOGI DALAM

WACANA ISU SOSIOLOGIKAL

Ismahalil Ishak

Mohd. Nazlee

1.0 PENDAHULUAN

Penulisan esei yang bertajuk ‘Bincangkan pemahaman anda berkenaan Epistemologi, Ontologi dan Metodologi’ ini akan di bincangkan oleh penulisan menerusi 3 bahagian utama. Setiap bahagian akan membincangkan setiap komponen iaitu epistemologi, ontologi dan metodologi di mana setiap komponen akan dibincangkan daripada aspek definisi, bentuk dan contoh-contoh terhadap fenomena sosial yang dipilih supaya artikulasi ketiga-tiga konsep ini dapat dinyatakan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Bahagian terakhir dalam penulisan ini akan merumuskan ketiga-tiga konsep tersebut dengan secara keseluruhannya.

2.0 EPISTEMOLOGI

2.1 Pendahuluan

Secara amnya, epistemologi dapat ditafsirkan sebagai asal-usul serta pemikiran yang menjadi asas kepada kewujudan sesuatu ilmu. Epistemologi juga merupakan salah satu cabang pemikiran utama dalam bidang falsafah di mana ia membahaskan berkenaan bagaimana sesuatu kewujudan ilmu itu sebagai ‘theory of knowledge’ khususnya berkenaan kaedah, pengesahan dan kesahan untuk mendapatkan ilmu daripada realiti sosial (Grix 2002). Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Greek iaitu kombinasi di antara perkataan ‘episteme’ iaitu ilmu dan ‘logos’ yang bermaksud kajian.

(2)

manusia secara sedar. Sungguhpun sehingga kini masih lagi terdapat perdebatan dan perbahasan berkenaan pendefinisian ilmu, bagi ahli falsafah terdapat satu definisi yang dinyatakan oleh Plato iaitu “justify true belief” (Fine 2003). Secara ringkasnya, sesuatu ilmu itu mesti boleh memberi justifikasi terhadap dakwaan yang dibuat, ia semestinya benar berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan ia mesti boleh dipercayai tentang kesahihannya. Contohnya, sekiranya kita mengandaikan bahawa kita mengetahui tentang seseorang pernah sampai dan berjalan di atas permukaan bulan. Untuk memastikan penyataan ini sebagai ilmu yang sahih, dakwaan tersebut mestilah boleh diberi justifikasi tentang kebenarannya, fakta yang sahih dan kepercayaan bahawa sememangnya pada tahun 1969 sekumpulan manusia telah mendarat di permukaan bulan menerusi kapal angkasa Apollo 11 dan manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan adalah Neil Armstrong.

2.2 Definisi epistemologi

(3)

Epistemologi juga boleh digunakan untuk membahas dan menerangkan sesuatu fenomena sosial yang berlaku. Epistemologi mempunyai beberapa pendekatan yang sering digunakan oleh penyelidik seperti positivism, Interpretivism, empiricism, rationalism dan constructivism. Setiap pendekatan ini mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dan

bergantung pada reka bentuk penyelidikan yang ingin digunakan oleh penyelidik. Bagi membincangkan epistemologi dengan lebih terperinci, dua pendekatan utama iaitu positivism dan Interpretivism akan digunakan untuk menerangkan fenomena sosial terpilih.

2.3 Positivism

Blaike (2007) telah mengklasifikasikan positivism sebagai cabang pemikiran falsafah klasik yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Positivism adalah satu pendekatan yang melihat realiti sosial berdasarkan realiti yang objektif berdasarkan pemerhatian yang sistematik dan uji kaji seperti yang dinyatakan oleh Easterby-Smith et al (2002) iaitu ilmu hanya akan menjadi signifikan sekiranya ia berpandukan pemerhatian daripada aspek realiti objektif dan bersifat luaran (external reality). Di dalam bidang sains sosial khususnya sosiologi, pendekatan Positivism sebagai salah satu epistemologi sering kali diperbahaskan sungguhpun terma tersebut telah digunakan sejak kebelakangan ini oleh para pengkaji sains sosial (Giddens 1974). Sungguhpun demikian, aplikasi Positivism dalam memperoleh dan memahami realiti sosial mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam kajian sosiologi seperti mendapatkan gambaran umum menerusi pemerhatian yang sistematik dan berpandukan statistik walaupun pendekatan ini banyak digunakan oleh saintis.

Salah satu sumber utama di dalam pendekatan Positivism adalah memahami realiti menerusi bukti yang empirikal. Menurut Keat (2013), empirikal data menerusi statistik memainkan peranan penting di dalam bidang sains sosial. Statistik berperanan menggambarkan realiti sosial dengan menggunakan kaedah yang sistematik di mana pengkaji menerangkan sesuatu keadaan menggunakan pandangan yang objektif berpandukan statistik yang diperoleh (external reality) dan tidak dipengaruhi oleh penilaian sendiri (value-freedom).

(4)

suatu masalah kesihatan di dalam masyarakat kita. Justeru, pendekatan Positivism berdasarkan data daripada statistik yang empirikal akan digunakan untuk menerang dan memahami senario bunuh diri di Malaysia dengan lebih terperinci. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh National Suicide Registry Malaysia pada tahun (2009), didapati kadar bunuh diri di Malaysia adalah 1.18 per 100 000 penduduk di mana julat umur mereka yang melakukannya adalah di antara 14 hingga 95 tahun dengan median umur 37 umur. Ini bermakna 50 peratus mereka yang terlibat adalah di bawah umur 37 tahun dan 50 peratus lagi adalah dalam kalangan mereka yang berumur 37 tahun dan ke atas. Daripada aspek gender, golongan lelaki lebih ramai terlibat berbanding golongan wanita dengan nisbah 2.9:1 dan majoriti daripada mereka adalah warganegara Malaysia (89%). Golongan India pula mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi iaitu 3.67 per 100 000 penduduk manakala Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar terendah dengan masing-masing 0.32 dan 0.37 per 100 000 penduduk.

Lantaran itu, berpandukan statistik yang sahih dan empirikal daripada kajian yang dilaksanakan ini, ia telah memberikan maklumat dan pengetahuan kepada kita berkenaan isu bunuh diri di Malaysia. Di samping itu, statistik yang dikemukakan ini juga telah memberi input yang berguna kepada pemahaman tentang isu bunuh diri di Malaysia di mana ia menunjukkan profil-profil mereka yang telah melakukan bunuh diri daripada aspek gender dan etnik.

2.4 Interpretivism

Interpretivism adalah pendekatan untuk memperoleh ilmu menerusi konstruksi sosial

(5)

pendekatan Interpretivism dalam menganalisis dan memahami sesuatu fenomena sosial yang berlaku.

Untuk mengaitkan Interpretivism dalam memahami realiti sosial yang berlaku, penulis akan menggunakan fenomena sosial gengsterisme dengan mengambil contoh penglibatan pelajar sekolah di dalam aktiviti ini. Gengsterisme merupakan satu senario yang dianggap menular dalam kalangan remaja dewasa ini sungguhpun senario ini sudah lama wujud dalam kalangan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan menggunakan pendekatan Interpretivism, beberapa persoalan utama boleh digunakan untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam seperti apakah kesan penglibatan dalam aktiviti gengster kepada pelajar, mengapa pelajar mudah terdedah kepada penglibatan dalam gengsterisme dan apakah struktur yang terdapat di dalam pergerakan gengster. Penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti gengsterisme bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian remaja di dalam bidang akademik, malahan ia mampu untuk memberi kesan kepada perkembangan remaja dan seterusnya pembangunan negara. Menurut Thrasher (1963) dalam kajiannya berkenaan aktiviti gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang atau kumpulan haram. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan dalam kumpulan mereka. Beliau menyimpulkan bahawa gang adalah sebuah kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan dalam kelompok yang besar, mempunyai sistem pergerakan dalam kumpulan serta mempunyai perancangan strategik yang tersendiri. Jelas di sini menunjukkan bahawa penyertaan remaja di dalam aktiviti gang ini merupakan satu evolusi kerana ikatan setia kawan serta cuba sedaya upaya untuk mengekalkan identiti gang mereka.

(6)

Jadual 1 di bawah merupakan rumusan dan perbandingan daripada perspektif Positivism dan Interpretivism seperti yang telah dibincangkan di atas.

Positivism Interpretivism 1. Melihat penerangan dan teori realiti sosial

sebagai kenyataan yang berbentuk hukum; dihasilkan oleh logik induktif

Melihat teori sebagai deskripsi bagaimana makna-makna yang diwujudkan dan diteruskan

2. Penerangan betul dan silap logik dan mempunyai hubungan dengan hukum berdasarkan fakta

Betul kepada orang yang dikaji

3. Bukti yang sahih berdasarkan pengamatan yang tepat

Bukti yang sahih dalam konteks sosial yang bergantung pada interaksi sosial 4. Pengetahuan bersifat instrumental di mana

membolehkan pengkaji mengawal dan

Seterusnya adalah tentang ontologi, yang mana kebiasaannya dalam penyelidikan atau

kajian, ontologi merupakan permulaan proses tersebut. Ontologi merupakan perkataan berasal dari bahasa Greek iaitu ‘onto’ bermaksud ‘sesuatu yang wujud’ atau ‘kewujudan’ dan ‘logi’ atau ‘logia’ bermaksud ‘science, teori dan kajian’. Contohnya, kita mengetahui kewujudan tentang masalah penggunaan dadah di kalangan remaja yang tinggal di FELDA

Jengka, Pahang. Realiti tentang kewujudan isu tersebut adalah melalui pemerhatian sama ada

daripada sumber yang diperoleh daripada media elektronik dan cetak serta pengalaman yang

diperoleh daripada rakan-rakan yang berasal dari tempat tersebut.

3.2 Definisi

Menurut Blaikie (2007), ontologi merupakan cabang falsafah yang membawa erti konsepsi mengenai realiti, tidak kira sama ada yang nyata atau abstrak, yang selanjutnya

mempengaruhi cara manusia mendefinisikan diri dan alam di sekitarnya. Ontologi merupakan

satu entiti, sifat atau komponen sesuatu benda. Ontologi merupakan idea atau andaian tentang

sesuatu realiti sosial (situasi dalam masyarakat). Sesuatu idea itu sama ada boleh di lihat atau

(7)

is the nature of social reality?. Setiap paradigma penyelidikan di jelmakan bayangannya

tentang keadaan yang wujud tentang dunia ini akan di sokong oleh andaian ontologikal.

Dalam erti kata lain, ia menggambarkan pandangan terhadap bentuk atau corak realiti

tersebut sama ada yang tersirat atau yang jelas kewujudannya dan secara terperinci adakah

realiti tersebut bersifat objektif di mana ia benar-benar wujud atau realiti tersebut suatu yang

subjektif dan hanya di cipta oleh minda manusia. Manakala Bryman (2004), mendefinisikan bahawa ontologi sebagai suatu sifat tentang entiti sosial dan bagi Saunders et al.(2007), menyatakan bahawa ontologi adalah satu teori mengenai sifat fenomena dan merupakan

entiti sosial yang akan dimasukkan ke sistem pengetahuan.

Ontologi merupakan entiti, komponen atau sifat yang di anggap wujud oleh sesuatu teori atau

strategi. Andaian ontologikal merujuk kepada idea-idea yang bersifat realiti sosial. Ontologi

mempunyai hubungan rapat dengan epistemologi. Epistemologi adalah kajian tentang

pengetahuan, walhal ontologi pula adalah kajian tentang kewujudan sesuatu. Kedua-duanya

boleh digunakan untuk memahami pembinaan pengetahuan sains sosial, memandangkan

kedua-duanya tidak boleh di pisahkan, tetapi harus dihubungkan secara logik. Dalam

pendekatan terhadap menjalankan penyelidikan, hubungan antara ontologi, epistemologi dan

metodologi adalah sangat kritikal dan penyelidik perlu jelas tentang hubungan antara

konsep-konsep ini. Grix (2002), menyatakan bahawa semua penyelidikan harus bermula dengan memahami ontologi, diikuti dengan epistemologi dan seterusnya metodologi. Terdapat

kesinambungan yang logik di antara konsep-konsep ini dan ia disusuli dengan satu proses

yang sistematik. Ontologi adalah keutamaan dalam penyelidikan dan ia adalah andaian yang

dibuat mengenai sifat realiti sosial.

Secara ringkas, ontologi memberi fokus tentang dengan apa yang kita percaya adalah

merupakan realiti sosial. Kesedaran penyelidik dalam memahami, mengakui serta

mempertahankan kedudukan ontologikal mereka adalah penting. Ini merujuk tentang

ontologikal individu tersebut dalam memberi jawapan terhadap persoalan tentang apakah

realiti sosial dan alam politikal semulajadi yang ingin dikaji? (Hay 2002).

(8)

asas bagi pembangunan sosial tersebut dan akhir sekali ia adalah untuk memahami sifat interaksi sosial dan sebagainya. Kepentingan persoalan ontologi adalah untuk memberi jawapan yang kita berikan kepada soalan-soalan itu tentang keadaan cara kita melihat tujuan sosiologi sebagai subjek dan ia adalah cara kita menangani diri kita untuk menyelidik perkara serta cara kita melihatnya dan mengkaji dunia sosial dengan cara yang sesuai iaitu dalam pilihan bagi kaedah penyelidikan. Menurut Alemika (2002), asas persoalan bagi tujuan kajian adalah seperti ; apa yang wujud? Dalam bentuk apa ia wujud?. Dalam keadaan apa ia wujud? Apakah hubungannya dengan perkara-perkara lain yang dikatakan wujud? Dalam disiplin Sains Sosial, ia mendakwa tentang adanya tingkah laku manusia dalam konteks dan hubungan sosial, kumpulan sosial, dan institusi sosial. Sebagai contoh, Sosiologi membuat dakwaan tentang kewujudan entiti seperti kelas sosial, institusi, budaya, dan lain-lain dan evolusi mereka, transformasi, ketabahan dan hubungan antara satu sama lain.

3.3 Pertimbangan ontologi dalam Penyelidikan

(9)

3.4 Andaian Ontologi (Ontological Assumption);

Cabang Pemikiran (School of thought) dalam Perspektif Penyelidikan Sosial

Peranan penyelidik adalah untuk memahami dan menjelaskan fenomena sosial, menumpukan perhatian kepada isu-isu tertentu dan untuk mencabar kepercayaan konvensional tentang sosial dan semula jadi alam. Penyelidikan sosial, bagaimanapun, berbeza daripada sains semula jadi, kerana penyelidik dapat bertanya soalan dari orang-orang yang mereka kaji. Menurut Gidden (1997), manusia tidak seperti objek alam semula jadi, dan makhluk yang menyedari dan memberikan rasa serta maksud kepada apa yang mereka lakukan. Kita tidak dapat menggambarkan sosial kehidupan dengan tepat melainkan kita memahami konsep-konsep yang mereka lakukan dalam tingkah laku mereka. Ini adalah perlu untuk menggambarkan idea-idea utama dan perbahasan dalam sains sosial untuk mengkaji hubungan di antara teori sosial dan penyelidikan. Berikut merupakan andaian ontologi menurut perspektif di antara Idealist/Subjectivism dan Realist/Objectivism;

3.4.1 Idealist/Subjectivism

Idea atau pandangan bahawa kehidupan sosial adalah hasil dari interaksi sosial dan kepercayaan pelaku sosial. Ini merujuk kepada kepercayaan bahawa fenomena sosial telah diciptakan melalui persepsi dan tindakan daripada orang-orang yang di kaji berkenaan dengan kewujudan mereka. Teras andaian ontologi bagi pendekatan kepada sains sosial adalah bahawa realiti adalah hasil daripada imaginasi manusia.

3.4.2 Realist/Objectivism

(10)

Contoh ontologi penulis cuba huraikan adalah tentang fenomena sosial berkaitan dengan isu ‘Kajian tentang masalah kemurungan di kalangan remaja di Malaysia’. Menurut andaian perspektif Realist/Objectivism, dasar pendidikan yang di perkenalkan oleh pihak berkuasa atau kerajaan yang membuat pelajar wajib lulus subjek tertentu. Mereka perlu mengikut sistem yang telah diarahkan untuk mereka lulus dalam subjek mata pelajaran yang tertentu dan cemerlang bagi mendapat keputusan yang baik. Sebaliknya, Idealist/Subjectivism melihat melalui pandangan dalam isu seperti hubungan pelajar dengan ahli keluarga mungkin bermasalah, harapan yang tinggi daripada keluarga, sekolah dan masyarakat, pengaruh rakan sebaya, pengaruh budaya negatif serta pengalaman yang mereka tempuhi.

4.0 METODOLOGI

4.1 Pendahuluan

Metodologi merupakan strategi penyelidikan yang merujuk kepada kaedah dan pendekatan yang diambil oleh pengkaji di dalam melaksanakan sesebuah kajian empirikal yang dijalankan (Scott & Marshall 2009). Ia juga menerangkan tatacara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Dalam erti kata lain, metodologi merujuk kepada teori atau pendekatan berkenaan kaedah kajian yang akan digunakan. Teori tersebut adalah faktor utama kepada pengkaji di dalam memikirkan persoalan seperti apa yang hendak dikaji?, siapa yang hendak dikaji?, di mana hendak dikaji? dan bagaimana hendak menjalankan kajian ini? Justeru, metodologi akan membawa kepada pembentukan reka bentuk kajian yang akan membolehkan pengkaji mendapat gambaran keseluruhan bagaimana hendak menjayakan kajian tersebut. Di samping itu, metodologi merupakan cara bagaimana kita menimba ilmu tentang dunia atau cara satu menyatakan dan pendekatan teori bagi pengeluaran data. Metodologi merupakan satu strategi penyelidikan yang diterjemahkan ontologi dan epistemology prinsip ke dalam garis panduan yang menunjukkan bagaimana penyelidikan akan dijalankan (Sarantakos 2005).

4.2 Pendekatan Positivist

Positivist menggunakan paradigma penyelidikan melalui kaedah kuantitatif. Realist/ objectivist ontologi dan empiricist epistemologi yang terkandung dalam positivist di mana

(11)

penekanan kepada mengukur pemboleh ubah dan menguji hipotesis yang dikaitkan dengan umum penjelasan atas sebab-sebabnya. Penyelidikan positivist menggunakan reka bentuk eksperimen untuk mengukur kesan, terutamanya melalui perubahan kumpulan. Teknik-teknik pengumpulan data memberi tumpuan kepada mengumpul data dalam bentuk nombor bagi tujuan membolehkan keterangan yang akan dibentangkan dalam bentuk kuantitatif.

4.3 Pendekatan Interpretivist

Sebaliknya, kaedah kualitatif adalah di dorong oleh epistemologi interpretivist dan ontologi constructionalist. Ini menganggap bahawa makna mendalam melalui pengalaman peserta dan ia diselesaikan melalui persepsi penyelidik sendiri. Pengkaji menggunakan kaedah metodologi kualitatif dan terlibat dalam budaya atau kumpulan dengan memerhatikan manusia yang dikaji dan interaksi mereka, sering menyertai aktiviti, menemuramah informan, merekod sejarah hidup mereka, membina kajian kes, dan menganalisis dokumen yang sedia ada atau matlamat adalah untuk memperoleh pandangan orang dalam kumpulan yang dikaji.

4.4 Pendekatan Induktif

Pendekatan atau teori induktif ialah satu proses yang memberikan penjelasan umum berdasarkan pemerhatian yang khusus. Pendekatan ini dimulakan dengan pengkaji mendapatkan satu set dapatan kajian daripada sesebuah penyelidikan lain yang seakan-akan sama dan seterusnya membina dan membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut (Hagan 1993). Sebagai contoh, pengkaji mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja berumur empat belas tahun di sebuah projek perumahan suka menconteng lukisan di dinding. Ini menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sama ada masalah ini berlaku dengan meluas? Berapa ramaikah remaja belasan tahun tersebut di kawasan perumahan yang sanggup menconteng dinding-dinding tersebut? Dalam pendekatan induktif, pengkaji akan mencari satu kes dan memerhatikan pemboleh ubah yang berkaitan dengannya. Seterusnya pengkaji akan memerhatikan perkaitan serupa itu dalam beberapa kes yang lain. Akhirnya, pengkaji akan membentuk satu teori yang umum untuk menjelaskan perkaitan dalam semua kes yang diperhatikan (Sabitha Marican 2009).

(12)

Dalam pendekatan ini, penyelidik akan memulakan kajiannya dengan sesuatu teori untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Penyelidik akan mengumpulkan data mengenai sesuatu kes dan menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan data yang diperoleh. Pendekatan deduktif lazimnya menggunakan proses logik yang bermula dengan kesimpulan yang umum dan membuat ramalan berdasarkan pengujian ke atas pemerhatian yang lebih spesifik.

Persoalan kajian dibentuk berasaskan pada pengetahuan mengenai prinsip-prinsip umum oleh pengkaji (Sabitha Marican 2009). Melalui kaedah ini ia membolehkan pengkaji membuat ramalan dan seterusnya menguji andaian tersebut yang dikenali sebagai pengujian kepada hipotesis yang dibangunkan. Dengan teknik-teknik tertentu seperti menggunakan kaedah statistik, hipotesis tersebut diuji dan seterusnya membuat generalisasi kepada populasi kajian yang dikaji. Contohnya seseorang pengkaji ingin mengetahui berapakah jumlah pasangan di Malaysia yang menggunakan alat perancang keluarga untuk merancang dan menjarakkan kehamilan. Di peringkat awal penyelidikan, pengkaji telah mengandaikan bahawa hanya satu per empat sahaja wanita di Malaysia yang menggunakan alat perancang keluarga dan andaian ini dibangunkan berdasarkan teori yang dipilih oleh pengkaji. Setelah menjalankan penyelidikan, di dapati 60 peratus wanita di Malaysia telah menggunakan sebarang alat perancang keluarga. Justeru, dengan pendekatan deduktif ini, pengkaji telah berjaya menyangkal andaian yang dibuat dan seterusnya membuat rumusan bahawa majoriti wanita Malaysia menggunakan alat perancang keluarga.

5.0 KESIMPULAN

(13)
(14)

RUJUKAN

Alemika, E. 2002. Epistemological Foundations of the Scientific Method. In L. Erinosho, I. Obasi, &A. Maduekwe (Eds.),Interdisciplinary Methodologies in the Social Sciences. Abuja,Nigeria: UNESCO Abuja & Social Science Academy of Nigeria.

Bassey, M. 1995. Creating Education through Research: A Global Perspective of Educational Research in the 21st Century. BERA England: Moor Press.

Blaikie, N. 1993. Approaches to Social Enquiry. Cambridge: Polity.

Blaikie, N. 2007. Approaches to Social Enquiry (2nd ed.). Cambridge: Polity

Bryman, A. 2004. Social Research Methods. Second Edition. London: Oxford University Press.

Carson, D., Gilmore, A., Perry, C. & Gronhaug, K. 2001. Qualitative Marketing Research. London: Sage Publications.

Cavell, S. 2002. Knowing and Acknowledging," Must We Mean What We Say? : Cambridge University Press.

Chia, R. 2002. The Production of Management Knowledge: Philosophical Underpinnings of Research Design. Dlm. Partington, D. (pnyt.). 1st Edition. Essential Skills for Management Research, hlm. 1-45. California: SAGE Publications

Easterby-Smith, M., Thorpe, R. & Lowe, A. 2002. Management Research an Introduction. Thousand Oaks: Sage Publications.

Fine, G. 2003. Plato on Knowledge and Forms: Selected Essays.

http://ndpr.nd.edu/news/24849-plato-on-knowledge-and-forms-selected-essays/ [12 December 2013].

Grix, J. 2002. Introducing Students to the Generic Terminology of Social Research. Politics, 22(3), pp. 175-186.

Giddens, A. 1974. Positivism and Sociology. London, Heinemann.

Giddens,A. 1997. Sociology (3rd ed).Polity Press: Cambridge

Hagan, F. E. 1993. Research Methods in Criminal Justice and Criminology. Third Edition. New York: Macmillan.

Hay, C. 2002. Political analysis: a critical introduction. Basingstoke: Palgrave.

(15)

Keat, R. 2013. Positivism and Statistics in Social Science.

http://www.russellkeat.net/admin/papers/60.pdf [10 December 2013].

Malaysia, N. S. R. 2009. Pattern of Suicides in 2009: Data from the National Suicide Registry Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23857761

[19 December 2013].

Mutch, C. 2005. Doing Educational Research: A Practitioner’s Guide to Getting Started. Wellington:NZCER Press.

Neuman, W., L. 2003. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Sabitha Marican. 2009. Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmaik. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.

Sarantakos, S. (2005). Social Research. (3rd ed.). Melbourne: Macmillan Education.

Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. 2007. Research Methods for Business Students. London: Prentice Hall.

Referensi

Dokumen terkait