• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI, PRA DIPLOMA, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA UMP EDISI PENAMBAHBAIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI, PRA DIPLOMA, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA UMP EDISI PENAMBAHBAIKAN"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PERATURAN

AKADEMIK

PROGRAM ASASI, PRA DIPLOMA, DIPLOMA

DAN SARJANA MUDA UMP

(2)
(3)

Hakcipta@Universiti Malaysia Pahang Cetakan Pertama 2002 Cetakan Kedua 2004 Cetakan Ketiga 2005 Edisi Penambahbaikan 2008 Edisi Penambahbaikan 2013 Edisi Penambahbaikan 2015 Edisi Penambahbaikan 2019 Edisi Penambahbaikan 2020 Edisi Penambahbaikan 2021

Nota: Perubahan Peraturan dan Panduan Akademik Program Asasi, Pra Diploma, Diploma dan Sarjana Muda UMP telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti Ke 181 bil. 8/2021 bertarikh 25 Mei 2021. Justeru, Peraturan Akademik Edisi Penambahbaikan 2020 adalah terbatal.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada elektronik, fotostat, rakaman, visual atau cara lain pada mana-mana bahagian artikel/ilustrasi isi kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Malaysia Pahang.

(4)

DAN SARJANA MUDA UMP BAHAGIAN I TAKRIF 1 - 3 BAHAGIAN II TAHUN AKADEMIK 4 BAHAGIAN III

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 4

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN KURSUS 4 - 6

(1) Pendaftaran Kursus 4

(2) Pindaan Pendaftaran Kursus 5

(3) Tarik Diri Kursus (TD) 5

(4) Pendaftaran Kursus Hadir Wajib (HW) 5

(5) Pendaftaran Ulang Kursus (UK) 5

(6) Pendaftaran Kursus Baiki Gred (BG) 6

(7) Pendaftaran Kursus Latihan Industri 6

BAHAGIAN V

SKIM KREDIT 6 - 7

(1) Kredit Kursus dan Nilai Kredit 6

(2) Beban Kredit Maksimum 6

(3) Kredit Ulang Kursus (UK) 6

(4) Kredit Baiki Gred (BG) 6

(5) Kredit Minimum Program dan Tempoh Pengajian 7

BAHAGIAN VI

PEMINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS 8 - 9 (1) Pemindahan Kredit Secara menegak (Vertikal) 8 (2) Pemindahan Kredit Secara Melintang (Horizontal) 8 - 9

(3) Pengecualian Kursus 9 BAHAGIAN VII SISTEM GRED 10 - 11 BAHAGIAN VIII PENILAIAN 12 - 13 (1) Kehadiran 12 (2) Skim Penilaian 12 (3) Kecurangan Akademik 12 (4) Peperiksaan Akhir 12 (5) Peperiksaan Khas 13

(6) Semakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir 13

BAHAGIAN IX

KEDUDUKAN AKADEMIK 14 - 15

(1) Kedudukan Akademik 14

(2) Memperbaiki Pencapaian Akademik/Baiki Gred 15

(3) Status Tahap Pengajian Pelajar 15

BAHAGIAN X

(5)

BAHAGIAN XI

PENGANUGERAHAN ASASI, PRA DIPLOMA, DIPLOMA DAN 15 – 16 SARJANA MUDA

(1) Syarat Penganugerahan 15

(2) Permohonan Penangguhan Penganugerahan 16

(3) Penganugerahan Anumerta 16

(4) Kelas Penganugerahan Diploma dan Sarjana Muda 16

BAHAGIAN XII

PENANGGUHAN PENGAJIAN 17

BAHAGIAN XIII

DAFTAR SEMULA 17

BAHAGIAN XIV

PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN 18

BAHAGIAN XV

(6)

1

DAN SARJANA MUDA UMP

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PERATURAN AKADEMIK

(Program Asasi, Pra Diploma, Diploma dan Sarjana Muda UMP)

BAHAGIAN I

1. TAKRIF

Dalam peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain bagi peraturan akademik, iaitu:

“Aktiviti Akademik Khas” bermaksud aktiviti pengajian yang mempunyai mod khas, iaitu Gap Year yang dikategorikan sebagai kesukarelawan khidmat negara, kesukarelawanan umum seperti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran, lawatan dan sebarang aktiviti yang diluluskan oleh Senat.

“Anumerta” bermaksud penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda kepada pelajar yang meninggal dunia semasa dalam pengajian dan layak dianugerahkan ijazah bagi program yang didaftarkan tertakluk kepada kelulusan Senat.

“Beban Kredit” bermaksud jumlah bilangan kredit kursus yang diambil oleh pelajar dalam sesuatu semester.

“Dekan” bermaksud ketua fakulti yang dilantik oleh Naib Canselor.

“Diberhentikan” bermaksud pelajar yang tidak mendaftar sebarang kursus dalam sesuatu semester atau pelajar yang dipecat dari universiti di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar 2009) serta segala peraturan yang berkuatkuasa di universiti dari semasa ke semasa.

“Fakulti” bermaksud entiti akademik utama dan merupakan Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 24 Perlembagaan yang menjalankan pengajaran bagi program - program sijil, diploma, ijazah atau apa-apa kelayakan akademik lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Senat untuk melahirkan graduan dalam apa -apa program pengajian serta menjalankan penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan untuk kecemerlangan keilmuan dan profesionalisme.

“Gap Year” bermaksud tempoh penangguhan pengajian pelajar mengikuti aktiviti khidmat

negara, kesukarelawanan dan umum.

“Jam Pembelajaran Pelajar (SLT)” bermaksud jam pembelajaran efektif bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan melalui semua aktiviti pembelajaran termasuk kuliah, pembelajaran kendiri dan proses pentaksiran.

“Jawatankuasa Akademik Fakulti” bermaksud jawatankuasa yang ditubuhkan oleh fakulti yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik.

“Kuliah” bermaksud pertemuan akademik bersemuka di antara pensyarah dengan pelajar seperti yang ditetapkan dalam rancangan pengajaran.

(7)

2

“Kursus” bermaksud komponen kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri dan menyumbang kepada pencapaian hasil pembelajaran pelajar yang diluluskan oleh Senat.

“Kursus Terbuka dalam Talian Secara Besar-besaran” Massive Open Online Course (MOOC) bermaksud kursus dalam talian bagi tujuan penyertaan interaktif secara besar-besaran dan boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang.

“Kredit Ambil” bermaksud kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

“Kredit Dapat” bermaksud kredit yang diperolehi oleh pelajar bagi kursus yang lulus. “Kredit Kira” bermaksud kredit yang diambil kira dalam pengiraan nilai gred.

“Kredit Lulus” bermaksud jumlah kredit lulus untuk bergraduat bagi setiap program yang diluluskan oleh Senat.

“Majlis Fakulti” bermaksud majlis akademik yang diwakilkan oleh Senat yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik di peringkat fakulti.

“Majlis Peperiksaan Fakulti” bermaksud majlis yang ditubuhkan di bawah Majlis Fakulti (MF) bagi semua urusan yang berkaitan dengan peperiksaan di peringkat fakulti.

“Mastautin” bermaksud satu tempoh minimum pelajar mengikuti pengajian di kampus universiti.

“Mata Nilai” bermaksud ketetapan nilai bagi setiap gred.

“Mata Pelajaran Umum (MPU)” bermaksud kursus yang menggantikan Mata Pelajaran Wajib (MPW), dan pelaksanaannya diseragamkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Universiti Swasta.

“Nilai Gred” bermaksud pencapaian gred pelajar bagi sesuatu kursus berdasarkan mata nilai. “Purata Nilai Gred (PNG)” bermaksud purata mata nilai gred yang diperolehi bagi sesuatu semester.

“Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)” bermaksud purata himpunan mata nilai gred yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti.

“Pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

“Pelajar Kanan” bermaksud pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu semester pengajian di universiti.

“Pelajar Kemasukan Terus” bermaksud pelajar yang diterima masuk secara terus ke semester bersesuaian berdasarkan pengecualian atau pemindahan kredit yang diluluskan oleh universiti. “Pemindahan Kredit Secara Melintang (Horizontal)” bermaksud pemindahan kredit daripada satu program ke program pada tahap yang sama.

“Pemindahan Kredit Secara Menegak (Vertikal)” bermaksud pemindahan kredit daripada satu program ke program pada tahap yang lebih tinggi.

“Penganugerahan” bermaksud pengesahan Senat ke atas pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan.

(8)

3

DAN SARJANA MUDA UMP

“Pengecualian Kursus” bermaksud jumlah kredit yang dikecualikan kepada pelajar dan perlu diganti dengan kursus lain atau ketetapan lain yang diluluskan oleh Senat bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat.

“Penilaian” bermaksud sebarang bentuk pengukuran pencapaian pelajar bagi kursus yang diambil.

“Perkuliahan” bermaksud semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang diperlukan bagi ketetapan hasil pembelajaran dalam pelan pengajaran.

“Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)” bermaksud institusi pendidikan tinggi awam atau swasta yang diiktiraf oleh Senat.

“Pra-Syarat” bermaksud kursus yang perlu diambil atau lulus sebelum mengambil kursus berikutnya.

“Program” bermaksud bidang pengajian yang diluluskan oleh Senat sebagai program akademik secara sepenuh masa atau separuh masa untuk tujuan penganugerahan.

“Semester Lazim” bermaksud semester I dan semester II termasuk semester pendek mengikut tempoh yang ditetapkan Senat bagi sesuatu sesi akademik.

“Semester Pendek Permulaan” bermaksud semester I di mana pelajar diploma mula mendaftar pengajian di universiti.

“Semester Pendek” bermaksud semester pengajian yang dilaksanakan semasa cuti akhir sesi akademik.

“Terputus Pengajian” bermaksud status pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian atau digantung pengajian oleh universiti.

“Senat” bermaksud Senat universiti.

(9)

4

BAHAGIAN II 2. TAHUN AKADEMIK

(1) Asasi

Tahun akademik universiti menggunakan sistem trimester dan sistem ini terdiri daripada semester I, semester II dan semester III. Setiap semester mengandungi 14 minggu (termasuk kuliah, peperiksaan dan persediaan).

(2) Pra Diploma

Tahun akademik universiti hanya satu (1) semester diguna pakai dengan tempoh 2 5 minggu (termasuk kuliah, peperiksaan dan persediaan) pengajian dalam satu tahun akademik. (3) Diploma dan Sarjana Muda

Tahun akademik universiti dibahagi kepada dua (2) semester lazim iaitu semester I dan semester II. Setiap semester mengandungi 18 minggu (termasuk kuliah, peperiksaan dan persediaan).

Di samping dua (2) semester lazim di atas, universiti juga mempunyai satu (1) semester pendek yang mengandungi sembilan (9) minggu dan dijalankan selepas semester II. Semester ini tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu program. Tahun akademik bagi program akademik secara kerjasama dengan PPT adalah tertakluk kepada perjanjian kerjasama yang ditandatangani.

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN III 3. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

(1) Semua calon pelajar hendaklah mendaftarkan diri ke program yang ditawarkan serta menjelaskan yuran pengajian mengikut tarikh yang ditetapkan universiti.

(2) Tawaran akan terbatal jika calon pelajar tidak mematuhi Peraturan 3. (1) tanpa sebab yang dapat diterima universiti.

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN IV 4. PENDAFTARAN KURSUS

(1) Pendaftaran Kursus

(i) Pelajar hendaklah mendaftar setiap kursus yang diambil pada setiap semester dalam tempoh masa yang ditetapkan universiti.

(ii) Pelajar hendaklah mendaftar kursus dengan kod kursus yang betul atau setara.

(iii) Semua pelajar kanan dan pelajar kanan yang terputus pengajian hendaklah mendaftar kursus pada semester berikutnya serta menjelaskan yuran pengajian mengikut tarikh yang ditetapkan universiti.

(10)

5

DAN SARJANA MUDA UMP

(iv) Kegagalan pelajar kanan mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang dapat diterima universiti akan menyebabkan pelajar diberhentikan daripada pengajian. (v) Pelajar dibenarkan mendaftar kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain.

(vi) Kebenaran untuk pelajar mendaftar kursus adalah tertakluk kepada jumlah kredit maksimum kecuali dengan kebenaran Dekan.

(2) Pindaan Pendaftaran Kursus

(i) Pelajar boleh tambah atau gugur kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

(ii) Sebarang permohonan pembetulan lewat daripada tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang boleh diterima universiti akan dikenakan denda.

(3) Tarik Diri Kursus (TD)

(i) Pelajar boleh memohon untuk menarik diri daripada mana -mana kursus yang telah didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

(ii) Kod TD, akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran kursus.

(4) Pendaftaran Kursus Hadir Wajib (HW)

(i) Pelajar dikehendaki mengulang Kursus Hadir Wajib (HW) yang gagal sehingga lulus. (ii) Kredit kursus yang didaftarkan dengan status HW tidak diambil kira dalam pengiraan

nilai gred. Pelajar yang mendaftar kursus HW hendaklah memenuhi keperluan kehadiran dan mengikuti segala bentuk penilaian.

(iii) Kod HW akan dicatat dalam rekod pendaftaran kursus dan transkrip.

(5) Pendaftaran Ulang Kursus (UK)

(i) Pelajar yang gagal kursus dalam struktur kurikulum, hendaklah mengulang kursus tersebut sehingga lulus.

(ii) Pelajar yang gagal kursus pra-syarat dalam struktur kurikulum, hendaklah mengulang kursus tersebut sehingga lulus.

(iii) Pelajar yang gagal kursus ko-kurikulum hendaklah mengulang kursus tersebut atau boleh mengambil kursus ko-kurikulum lain yang setara sehingga lulus.

(iv) Pelajar yang gagal kursus elektif hendaklah mengulang kursus tersebut atau boleh mengambil kursus elektif lain yang setara sehingga lulus.

(11)

6

(6) Pendaftaran Kursus Baiki Gred (BG)

(i) Pelajar hanya boleh mengulang sekali sahaja mana-mana kursus yang telah lulus bagi tujuan memperbaiki gred tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan, kecuali dengan kelulusan Dekan.

(ii) Kod BG akan dicatat dalam rekod pendaftaran kursus dan gred terkini akan diambil kira dalam pengiraan nilai gred.

(7) Pendaftaran Kursus Latihan Industri

(i) Bagi kursus latihan industri semester akhir pengajian, pelajar dikehendaki lulus semua kursus yang ditawarkan dalam struktur kurikulum bagi sesuatu program dengan berstatus akademik sekurang-kurangnya KB.

(ii) Pelajar yang gagal satu (1) kursus dibenarkan untuk menjalani latihan industri dengan syarat perlu mengambil peperiksaan khas bagi kursus tersebut.

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN V 5. SKIM KREDIT

(1) Kredit Kursus dan Nilai Kredit

(i) Setiap kursus mempunyai nilai kredit dan pengiraan nilai kredit adalah berdasarkan SLT atau mengikut ketetapan universiti.

(2) Beban Kredit Maksimum

(i) Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftar oleh seseorang pelajar sepenuh masa dalam satu sesi akademik adalah 50 kredit (43 minggu), manakala bagi situasi yang melibatkan latihan industri dan pengendalian peperiksaan pelajar boleh mendaftar sehingga maksimum 52 kredit (45 minggu).

(ii) Pelajar yang mendapat keputusan PNGK <2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 12 kredit pada semester berikutnya.

(iii) Beban kredit maksimum bagi pelajar sepenuh masa dalam semester lazim yang boleh diambil ialah 20 kredit. Pelajar boleh memohon kebenaran Dekan jika ingi n mengambil lebih daripada 20 Kredit.

(iv) Beban kredit maksimum bagi pelajar separuh masa dalam semester lazim yang boleh diambil ialah 12 kredit. Pelajar boleh memohon kebenaran Dekan jika ingin mengambil lebih daripada12 kredit.

(3) Kredit Ulang Kursus (UK)

(i) Bagi pelajar yang mengulang kursus (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu. (ii) Bagi tujuan pengiraan nilai gred, mata nilai terkini kursus yang diulang akan diambil kira, dan

(12)

7

DAN SARJANA MUDA UMP (4) Kredit Baiki Gred (BG)

(i) Bagi pelajar yang mengulang kursus bagi memperbaiki gred (BG), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

(ii) Bagi tujuan pengiraan nilai gred, mata nilai terkini kursus yang diperbaiki akan diambil kira, dan mata nilai terdahulu dimansuhkan.

(5) Kredit Minimum Program dan Tempoh Pengajian.

(i) Kredit minimum program dan tempoh pengajian seperti di Jadual I. Jadual I: Kredit Minimum Program dan Tempoh Pengajian

Peringkat Pengajian Kredit Minimum Program *Tempoh pengajian Minimum *Tempoh Pengajian Maksimum

Asasi 50 3 Semester 6 Semester

Pra

Dipoma 10 1 Semester 2 Semester

Diploma 90 5 Semester 10 Semester

Sarjana

Muda 120 6 Semester 12 Semester

*Bagi pelajar yang melebihi tempoh pengajian maksimum, pelajar masih boleh meneruskan pengajian tertakluk kepada kurikulum yang ditetapkan, Peraturan Kewangan Universiti serta Undang-undang Negara.

*Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada ketetapan Senat atau badan akreditasi berkaitan.

*Kredit adalah berdasarkan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), walau bagaimanapun kredit minimum sebenar adalah tertakluk kepada ketetapan badan akreditasi berkaitan.

(ii) Tempoh pengajian maksimum pelajar kemasukan terus bagi program diploma adalah 10 semester termasuk semester yang telah mendapat pemindahan kredit. Tempoh pengajian maksimum pelajar kemasukan terus bagi program sarjana muda adalah 12 semester termasuk semester yang telah mendapat pemindahan kredit.

(iii) Bagi program kerjasama akademik universiti, ketetapan kredit minimum, tempoh pengajian minimum dan tempoh pengajian maksimum adalah bergantung kepada perjanjian yang dipersetujui oleh institusi yang berkenaan.

(iv) Universiti berhak menetapkan kursus yang disetarakan untuk diambil oleh pelajar yang melebihi tempoh pengajian sebenar sekiranya kursus yang berbaki tidak ditawarkan lagi.

(13)

8

BAHAGIAN VI

6. PEMINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS (1) Pemindahan Kredit Secara Menegak (Vertikal)

(i) Dasar pemindahan kredit secara menegak berdasarkan situasi adalah seperti berikut:

(a) Pemindahan kredit daripada MQF Tahap 3 (Sijil) ke MQF Tahap 4 (Diploma) adalah dibenarkan sehingga maksimum 30% daripada jumlah kredit program yang akan diikuti atau mana-mana ketetapan badan akreditasi.

(b) Pemindahan kredit daripada MQF Tahap 4 (Diploma) kepada MQF Tahap 6 (Sarjana Muda) adalah dibenarkan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kredit program yang akan diikuti atau mana-mana ketetapan badan akreditasi seperti berikut :

Peratusan Pindah Kredit (%) Gred Minimum Kursus

1 hingga 30 Gred C

31 hingga 50 Gred B

Pemindahan kredit maksimum 60% masih dikekalkan bagi gabungan pindah kredit yang melibatkan kelayakan akademik dan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)], Massive Open

Online Courses (MOOC) dan Micro-Credential (MC).

(c) Pelajar yang berkelayakan MQF Tahap 5 (Advanced Diploma) yang turut memiliki MQF Tahap 4 (Diploma) boleh dipertimbangkan pemindahan kredit sehingga maksimum dua tahun pengajian program peringkat Sarjana Muda atau mana-mana ketetapan badan akreditasi.

(2) Pemindahan Kredit Secara Melintang (Horizontal)

(i) Dasar pemindahan kredit secara melintang adalah pemindahan kredit bersama nilai gred adalah berdasarkan situasi berikut:

(a) Pemindahan kredit tidak dibenarkan bagi pelajar yang telah memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran kali kedua dalam peringkat yang sama dengan kelayakan yang dimiliki.

(b) Pemindahan kredit dibenarkan bagi pelajar yang sedang mengikuti program dan ingin menukar program lain dalam bidang yang sama dengan program yang sedang diikuti.

(c) Tiada had pemindahan kredit bagi pertukaran program di dalam universiti yang sama.

(d) Had pemindahan kredit bagi pelajar daripada PPT yang lain ke universiti, adalah tertakluk kepada syarat pemastautin pelajar sekurang-kurangnya satu tahun (residential year) atau mengikut ketetapan badan akreditasi seperti berikut:

(14)

9

DAN SARJANA MUDA UMP

Peringkat Pengajian Tempoh Mastautin Sarjana Muda 1 semester

Diploma 1 semester

Sijil 1 semester

dan tempoh mastautin selama satu (1) semester tersebut mesti melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak termasuk latihan industri, mobiliti atau setara. (e) Pemindahan kredit (termasuk MPU) adalah tidak dibenarkan bagi pelajar yang gagal

program dan ingin melanjutkan pengajian dalam program yang lain di peringkat yang sama.

(f) Pemindahan kredit boleh dipertimbangkan bagi pelajar yang berhenti belajar pengajian dan kemudiannya ingin menyambung semula pengajian tetapi dalam program lain di peringkat yang sama.

(g) Jumlah pemindahan kredit melintang bagi MOOC ialah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit bergraduat.

(ii) Pelajar boleh memohon pemindahan kredit sesuatu kursus dengan syarat:

(a) Kursus berkenaan adalah daripada program yang setara dengan program yang bakal diikuti, dan

(b) Kesetaraan antara kandungan kursus atau hasil pembelajaran hendaklah tidak kurang daripada 80%, dan

(c) Pemindahan Kredit Secara Melintang (Horizontal) yang diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK, dan

(d) Nilai Kredit Kursus bagi program terdahulu hendaklah sekurang-kurangnya setara dengan nilai kredit kursus yang dimohon. Dua (2) atau lebih kursus boleh digabungkan untuk mendapatkan nilai kredit yang setara, dan

(e) Kursus yang dimohon untuk pemindahan kredit hendaklah daripada program pengajian yang telah mendapat perakuan akreditasi, dan

(f) Semua kursus yang diambil oleh pelajar di PPT lain sewaktu menjalani program mobiliti hendaklah dipindahkan kredit dengan gred yang setara.

(iii) Jumlah maksimum pemindahan kredit hendaklah tertakluk kepada ketetapan badan akreditasi yang berkenaan.

(3) Pengecualian Kursus

(i) Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan.

(ii) Sekiranya pengecualian kursus itu akan menyebabkan keperluan kredit bergraduat tidak mencukupi, maka pelajar perlu mengambil kursus lain bagi menggantikan kursus tersebut.

(iii) Pelajar antarabangsa perlu atau boleh mengambil kursus MPU mengikut ketetapan semasa.

(vi) Pelajar yang mempunyai pengalaman setaraf dengan kursus peringkat sijil atau diploma yang diluluskan oleh Senat, boleh diberikan pengecualian kursus.

(15)

10

BAHAGIAN VII

7. SISTEM GRED

(1) Prestasi pelajar bagi sesuatu kursus ditunjukkan oleh Petunjuk Prestasi seperti dalam Jadual II.

Hubungan di antara markah, gred dengan mata nilai adalah seperti dalam Jadual II. Jadual II: Petunjuk Prestasi

Secara amnya, gred lulus minimum bagi sesuatu kursus untuk pengiraan nilai gred ialah ‘D’. Walau bagaimanapun, gred lulus untuk sesuatu kursus adalah tertakluk kepada fakulti dengan kelulusan Senat.

(3) Markah lulus bagi sesuatu kursus berdasarkan hasil pembelajaran adalah 50% atau mana- mana ketetapan fakulti.

(4) Selain daripada gred di atas, gred berikut juga digunakan: (i) TS (Tidak Selesai)

Gred ini diberikan kepada pelajar yang:

(a) tidak dapat mengambil peperiksaan akhir atau tidak melengkapkan sesuatu kursus kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh universiti, atau Markah Gred Lazim Mata Nilai 80 – 100 A 4.00 75 – 79 A- 3.67 70 - 74 B+ 3.33 65 – 69 B 3.00 60 – 64 B- 2.67 55 – 59 C+ 2.33 50 – 54 C 2.00 47 – 49 C- 1.67 44 – 46 D+ 1.33 40 – 43 D 1.00 25 – 39 E 0.67 0 - 24 F 0.00

Bentuk Pengajaran Status Gred

Latihan Industri Hadir Wajib (HW)

Lulus (HL)

Gagal (HG)

(16)

11

DAN SARJANA MUDA UMP

(b) belum melengkapkan kursus latihan industri, atau

(c) mengikuti kursus yang mempunyai tempoh lebih daripada satu (1) semester, atau (d) lain-lain alasan yang diterima oleh Senat.

Pelajar yang mendapat gred TS hendaklah melengkapkan sesuatu kursus sehingga selesai.

(ii) HS (Hadir Sahaja)

Gred ini diberi kepada pelajar yang mengambil Kursus Hadir Sahaja (HS). (iii) HL (Hadir Lulus)

Gred ini diberi kepada pelajar yang telah lulus Kursus Hadir Wajib (HW). (iv) HG (Hadir Gagal)

Gred ini diberi kepada pelajar yang telah gagal Kursus Hadir Wajib (HW).

(v) TD (Tarik Diri)

Kod ini diberi kepada pelajar yang menarik diri daripada sesuatu kursus yang didaftarnya.

(17)

12

BAHAGIAN VIII

8. PENILAIAN (1) Kehadiran

(i) Pelajar hendaklah menghadiri perkuliahan mengikut ketetapan universiti.

(ii) Peraturan 8 (1)(i) adalah tidak terpakai kepada kursus yang dikendalikan secara fleksibel yang diluluskan oleh Senat.

(iii) Peraturan 8 (1)(i) adalah tidak terpakai kepada pelajar yang perlu menyertai aktiviti akademik khas dengan kelulusan Dekan. Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya memastikan hasil pembelajaran tercapai.

(2) Skim Penilaian

Penilaian bagi setiap kursus boleh dibuat secara berkala dan berterusan dalam sesuatu semester mengikut kaedah yang ditentukan fakulti tertakluk kepada kelulusan Senat.

(3) Kecurangan Akademik

Sebarang aktiviti kecurangan akademik adalah dilarang dan pelajar yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2009.

(4) Peperiksaan Akhir

(i) Pelajar yang layak, wajib mengambil peperiksaan akhir. Ketidakhadiran untuk peperiksaan akhir tanpa alasan yang diterima oleh universiti boleh menyebabkan pelajar diberi gred gagal (F).

(ii) Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Peperiksaan Akhir yang telah ditetapkan. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana arahan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

(iii) Pengumuman Keputusan Peperiksaan Akhir akan diumumkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

(18)

13

DAN SARJANA MUDA UMP

(5) Peperiksaan Khas

(i) Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk kes-kes berikut: (a) Kategori A

Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan universiti atau kerajaan, atau

(b) Kategori B

Pelajar semester akhir dengan PNGK ≥ 2.00 yang akan mengikuti Latihan Industri tetapi gagal satu (1) kursus yang mempunyai komponen peperiksaan akhir; atau

(c) Kategori C

Pelajar semester akhir dengan PNGK ≥ 2.00 bagi tujuan bergraduat tetapi gagal satu (1) kursus yang mempunyai komponen peperiksaan akhir, atau

(d) Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/anak, atau

(e) Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada ibu/bapa /penjaga /suami/ isteri/anak yang mengalami sakit tenat, atau

(f) Sebab-sebab lain yang boleh diterima universiti.

(ii) Markah peperiksaan khas bagi kes dalam Kategori B dan C akan menentukan keputusan kursus berkenaan sama ada lulus atau gagal. Gred asal kekal dan keputusan tidak diambil kira dalam pengiraan nilai gred.

(iii) Peperiksaan khas tidak boleh diadakan bagi kes seperti berikut:

(a) Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab yang boleh diterima oleh universiti, atau

(b) Pelajar yang gagal disebabkan kecurangan akademik tidak layak mengambil peperiksaan khas bagi Kategori B dan C.

(6) Semakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir

Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus boleh membuat rayuan semakan semula skrip jawapan peperiksaan akhir dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

(19)

14

BAHAGIAN IX

9. KEDUDUKAN AKADEMIK (1) Kedudukan Akademik

(i) Kedudukan Akademik Pelajar ditentukan dengan menggunakan PNG dan PNGK. (ii) Status kedudukan akademik pelajar ditentukan pada setiap semester lazim dengan

menggunakan PNGK seperti dalam Jadual III. Jadual III: Kedudukan Akademik

Pencapaian Pelajar Status

1 PNGK ≥ 3.67 Kedudukan Cemerlang (KC)

2 2.00 ≤ PNGK < 3.67 Kedudukan Baik (KB) 3 Status Semasa “KC” atau ‘’KB’’ dan

1.67 ≤ PNGK < 2.00 Pemulihan 1 (P1) 4 Status Semasa P1 dan 1.67 ≤ PNGK < 2.00 Pemulihan 2 (P2) 5 Status Semasa P2 dan

PNGK < 2.00

Kedudukan Gagal (KG) (Pelajar Diberhentikan)

6 PNGK < 1.67 Kedudukan Gagal (KG)

(Pelajar Diberhentikan)

(iii) Pelajar yang mendapat PNG <1.00 walaupun PNGK ≥1.67, dengan kelulusan senat boleh:

(a) meneruskan pengajian, atau

(b) diarah menangguhkan pengajian pada semester berikutnya, atau (c) diberhentikan daripada pengajian.

(iv) Status kedudukan akademik pelajar untuk semester pendek tidak ditentukan walaupun PNG dan PNGK dikira seperti biasa. Kredit dan mata nilai yang diperolehi pada semester pendek ini akan diambil kira bagi pengiraan PNGK pada semester berikutnya.

(20)

15

DAN SARJANA MUDA UMP

(2) Memperbaiki Pencapaian Akademik/Baiki Gred

(i) Pelajar diberi peluang memperbaiki gred kursus dengan syarat-syarat yang berikut: (a) Pembaikan gred hanya untuk kursus bergred “C-” dan ke bawah.

(b) Pembaikan gred bagi sesuatu kursus hanya dibenarkan sekali sahaja kecuali kursus yang diperbaiki itu gagal.

(c) Gred yang terkini akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK. (d) Tempoh pengajian pelajar belum tamat.

(3) Status Tahap Pengajian Pelajar

Status tahap pengajian pelajar ditentukan oleh fakulti berdasarkan jumlah kredit yang diperolehi.

BAHAGIAN X 10. SENARAI KEPUJIAN DEKAN

(1) Pelajar akan tersenarai dalam Senarai Kepujian Dekan sekiranya memenuhi syarat berikut: (a) Mendapat PNG ≥ 3.50 pada semester berkenaan, dan

(b) Mendaftar sekurang-kurangnya dua belas (12) jam kredit tidak termasuk kursus berstatus Hadir Wajib (HW).

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN XI

11. PENGANUGERAHAN ASASI, PRA DIPLOMA, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (1) Syarat Penganugerahan

(I) Pelajar hanya layak menerima setelah syarat-syarat berikut dipenuhi: (a) telah memenuhi kredit bergraduat, dan

(b) mencapai PNGK ≥ 2.00, dan (c) syarat-syarat lain yang ditetapkan, dan (d) telah mendapat kelulusan Senat.

(21)

16

(2) Permohonan Penangguhan Penganugerahan

(i) Pelajar dibenarkan untuk menangguh penganugerahan dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti bagi tujuan memperbaiki gred kursus yang telah diambil yang mendapat gred C- dan ke bawah.

(ii) Tempoh penangguhan penganugerahan tidak melebihi satu (1) semester pengajian akademik.

(iii) Pelajar yang memohon penangguhan penganugerahan perlu mendaftar kursus yang bakal diambil pada semester berikutnya mengikut tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

(3) Penganugerahan Anumerta

(i) Penganugerahan diploma atau sarjana muda kepada pelajar yang meninggal dunia semasa dalam pengajian dan layak dianugerahkan bagi program yang didaftar tertakluk kepada kelulusan Senat.

(ii) Syarat-syarat Penganugerahan Anumerta: (a) Berstatus kedudukan baik; dan

(b) Mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada keperluan kredit bergraduat dan tahap hasil pembelajaran program yang memuaskan.

(4) Kelas Penganugerahan Diploma dan Sarjana Muda

(i) Kelas Penganugerahan Diploma dan Sarjana Muda adalah seperti dalam Jadual IV. Jadual IV: Kelas Penganugerahan Diploma dan Sarjana Muda

Diploma Syarat

Kelas Pertama PNGK ≥ 3.67

Kelas Kedua 2.00 ≤ PNGK < 3.67

Sarjana Muda Syarat

Kepujian Kelas Pertama PNGK ≥ 3.67 Kepujian Kelas Kedua (Tinggi) 3.00 ≤ PNGK < 3.67 Kepujian Kelas Kedua (Rendah) 2.33 ≤ PNGK < 3.00 Kepujian Kelas Ketiga 2.00 ≤ PNGK < 2.33

(22)

17

DAN SARJANA MUDA UMP BAHAGIAN XII 12. PENANGGUHAN PENGAJIAN

(1) Kategori penangguhan pengajian terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Penangguhan pengajian yang diambil kira dalam pengiraan tempoh pengajian berdasarkan kelulusan Dekan;

(a) Masalah Peribadi

Tempoh penangguhan adalah satu (1) semester bagi setiap kali permohonan dengan kelulusan Dekan tertakluk kepada tempoh pengajian maksimum. (ii) Penangguhan pengajian yang tidak diambil kira dalam pengiraan tempoh pengajian

berdasarkan kelulusan Dekan; (a) Aktiviti Akademik Khas (Khusus)

Tempoh penangguhan tidak melebihi satu (1) tahun pengajian sama ada satu (1) semester atau dua (2) semester berturut-turut, atau

(b) Aktiviti Akademik Khas (Umum)

Tempoh penangguhan yang dibenarkan adalah satu (1) semester sahaja sepanjang pengajian, atau

(c) Kesihatan

Tempoh penangguhan tidak melebihi satu (1) tahun pengajian akademik.

(iii) Kelulusan Senat adalah diperlukan sekiranya permohonan melebihi daripada tempoh yang ditetapkan.

(2) Bagi kes kesihatan, senat berhak untuk menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pengajian atau diberhentikan berasaskan perakuan Pegawai Kesihatan Universiti.

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN XIII

13. DAFTAR SEMULA

(1) Senat boleh memberikan pertimbangan kepada pelajar yang gagal pada tahun satu semester pertama untuk Daftar Semula (DS) sekiranya pelajar membuat permohonan kepada fakulti. (2) Pelajar DS dianggap telah menggunakan satu semester daripada tempoh pengajiannya. (3) Pelajar Kedudukan Gagal Daftar Semula (KGDS) akan memulakan pengajian seperti pelajar

baru tetapi pemindahan kredit yang pernah diluluskan akan diguna pakai.

(4) Pelajar DS akan diberhentikan pengajian jika gagal mendapat PNG > 2.00 pada semester pertama pengajian ulangan itu.

(5) Pelajar kanan yang terputus pengajian hendaklah membuat pendaftaran semula.

(23)

18

BAHAGIAN XIV

14. PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

Pelajar tidak dibenarkan memohon pertukaran program pengajian kecuali dengan kebenaran Senat.

(Sila rujuk Panduan Akademik)

BAHAGIAN XV 15. PERUNTUKAN AM

(1) Semua kaedah pelaksanaan yang dicatatkan dalam Peraturan dan Panduan Akademik hendaklah dipatuhi. Senat berhak untuk meminda sebarang peruntukan dalam Peraturan dan Panduan Akademik ini dari semasa ke semasa.

(2) Pelajar adalah tertakluk kepada Akta Universiti & Kolej Universiti (1971), Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar 2009) dan Peraturan Pembayaran Yuran Pelajar serta segala peraturan yang berkuat kuasa di universiti dari semasa ke semasa.

(24)
(25)

20

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang Canseleri Tun Abdul Razak 26600 Pekan, Pahang

Tel : +609 424 5450 Faks : +609 424 5455 Portal

: jheaa.ump.edu.my e-Mel : jheaa@ump.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Para santriwati memang sadar handphone dilarang dibawa masuk ke pondok, karena di pondok juga disediakan alat komunikasi berupa telepon untuk para santriwati

Berdasarkan uraian yang dijelaskan pada latar belakang tersebut, maka dapat dirumuskan permasalahan sistem yang akan dibahas yaitu bagaimana membuat aplikasi check-in dan billing

Dalam grafik, nilai kadar air terendah adalah tepung ubi jalar termodifikasi dengan konsentrasi 0.50% dengan lama waktu perendaman selama 60 menit yaitu sebesar

SmO adalah fungsi peserta bagi P yang hanya memiliki salah satu ciri O (entah hanya dapat berupa morfem –nya yang anaforis, entah hanya dapat mengisi fungsi S dalam kalimat lain

Sampel tidak di cek di semua alat test yang ditentuakan dalam sop 14 Kurangnya maintenance alat test 4 Produksi 15 Kecelakaan kerja saat mesin error 16 Organ

Setelah pada bulan sebelumnya dilakukan aktivitas pembuatan dan pemasangan ajir (batang bambu penyangga mangrove), juga setelahnya adalah penanaman, maka di bulan Juli

Pengukuran kinerja usaha adalah proses me- ngukur perkembangan dari parameter-parameter yang ditetapkan sebagai indikator perkembangan. Fungsi pengukuran kinerja

Disamping itu fungsi-fungsi pengelolaan kurikulum juga sudah dijalankan secara baik pada sekolah SMK Telkom DU, seperti misalnya adanya aktivitas-aktivitas yang berkorelasi