• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR: PEBANDINGAN MALAYSIA DAN INDONESIA DARI SUDUT HUBUNGAN PELAJAR DENGAN GURU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR: PEBANDINGAN MALAYSIA DAN INDONESIA DARI SUDUT HUBUNGAN PELAJAR DENGAN GURU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

155 KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR: PEBANDINGAN MALAYSIA DAN

INDONESIA DARI SUDUT HUBUNGAN PELAJAR DENGAN GURU

Aina Suraya Binti Selamat Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membuat perbandingan kesejahteraan sosial pelajar dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia dan Indonesia. Konsep kesejahteraan sosial pelajar dalam kajian ini adalah dalam skop hubungan pelajar dengan guru di sekolah. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Kajian ini di jalankan di dua buah sekolah yang berlainan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi untuk sekolah di Malaysia dan Sekolah Menengah Atas N8 Pekan Baru, Sumatera untuk sekolah di Indonesia. Seramai 30 orang informan terlibat iaitu 15 orang pelajar Malaysia dan 15 orang pelajar Indonesia. Soalan-soalan dibentuk daripada rujukan kajian lepas dan juga berdasarkan teori psikologi sosial. Hasil temubual yang telah dikumpul dianalisis mengikut teknik verbatim iaitu mengeluarkan kekerapan jawapan informan yang paling kerap dan dikelaskan mengikut beberapa tema. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan antara kesejahteraan sosial pelajar Malaysia dan Indonesia. Terdapat juga perbezaan hubungan pelajar dengan guru antara sekolah Malaysia di mana hubungan pelajar dengan guru bagi pelajar di sekolah Indoensia lebih baik berbanding Malaysia. dan Indonesia. Walaubagaimanapun, kesejahteraan sosial pelajar bagi kedua-dua negara adalah baik.

Kata kunci: Kesejahteraan sosial, hubungan pelajar dengan guru, Malaysia-Indonesia.

ABSTRACT

The purpose of this study is to compare social well-being in school among students in Malaysia and Indonesia. The concept of well-being of students in this study within the scope of student’s reationship with teachers in school. Qualitative methodes using interview and observation has been used. This study was conducted in two different school wich is SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Malaysia and SMA N8 Pekan Baru Sumatera, Indonesia. A total of 30 students involved as informants in this study. 15 students were from SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi and other 15 informants were from SMA N8 Pekan Baru Sumatera. The interview questions were developed from previous studies and also based on social psychology theory. Interview results were analyzed into several theme that was most widely spoken by informants. Results showed that there was a difference between the social well-being among students in both countries. Other than that, there are also difference in the student-teacher relationship of both schools where as Indonesia school better than Malaysia. However, above all that, the social well being among students in both countries were good.

(2)

156

PENGENALAN

Pelbagai dimensi boleh diambil kira untuk membuat eksplorasi mengenai kesejahteraan sosial. Asmah Ahmad (1999) ada menyenaraikan penunjuk kesejahteraan yang boleh diguna pakai dalam kajian yang menilai tahap kesejahteraan sosial disesuatu kawasan. Antara petunjuk kesejahteraan yang telah Asmah nyatakan adalah perlindungan, kesihatan, pendidikan, rekreasi, keselamatan, kestabilan sosial, persekitaran fizikal dan pendapatan. Setiap komponen tersebut mempunyai sub-sub petunjuk yang lebih terperinci. Dalam penilaian kesejahteraan sosial, pelajar seharusnya mengetahui tahap kesejahteraan sosial mereka pada tahap yang baik atau pun tidak dan sekolah memainkan peranan yang penting terhadap kesejahteraan sosial seseorang pelajar.

Sekolah merupakan organisasi pendidikan yang bertindak sebagai pelaksana dasar dan polisi pendidikan. Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum, malah pembangunan sahsiah dan modal insan pelajar juga perlu diambil kira dari peringkat awal lagi. Menurut Hassan (2008), guru besar sebagai pemimpin di sekolah yang perlu melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolah. Abd. Karim Desa (1994) menyatakan guru mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar tidak akan ponteng kelas kerana guru mempelbagaikan kaedah semasa mengajar iatu dengan peratusan sekitar 90 peratus. Smink dan Reimer (2005), isi mata pelajaran yang tidak berkaitan atau kurang rangsangan, kerja sekolah yang kurang mencabar dan hubungan yang rapuh antara guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Situasi ini perlu diubah oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah atau belajar. Polit et. al. (2001), dalam kajiannya mendapati bahawa kesan kekecewaan pelajar terhadap pelajaran telah mengakibatkan mereka benci terhadap guru-guru dan program sekolah dan akan mencari jalan keluar dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah. Merujuk kepada teori pembelajaran sosial daripada Albert Bandura, beliau memberi penekanan kepada perilaku manusia yang dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan, pembelajaran peniruan dan cara berfikir.

(3)

157 Heather (2004) menyatakan bahawa kepuasan seseorang pelajar di sekolah melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran, keselamatan, layanan yang adil, sokongan daripada guru dan juga sokongan daripada rakan pelajar yang lain. Aspek sokongan daripada guru melibatkan guru yang menolong pelajar menyelesaikan masalah, memberika sokongan, hubungan dengan guru yang positif, pujian daripada guru, dan keselesaan untuk berkomunikasi dengan guru. Menurut beliau lagi, kepuasan pelajar berada di sekolah adalah disebabkan oleh hubungan baik mereka dengan guru.

Hubungan pelajar dengan guru memainkan peranan penting kepada kesejahteraan sosial pelajar di sekolah. Sehubungan itu, personaliti guru merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Hal ini kerana personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti guru yang menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempnyai sifat yang keratif dan inovatif yang akan mewujudkan pengajaran yang menyeronokkan, di minati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi minat pelajar untuk belajar dan terus berada di sekolah. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar dengan guru juga bertambah baik dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan pelajar di sekolah.

Memandangkan kesejahteraan sosial adalah penting bagi seseorang remaja, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kesejahteraan sosial antara pelajar sekolah Indonesia dan Malaysia dalam konteks hubungan pelajar dengan guru. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan hubungan pelajar dengan guru antara kedua buah sekolah. Berikut merupakan persoalan kajian:

i. Adakah terdapat perbezaan kesejahteraan sosial dalam kalangan pelajar antara sekolah Malaysia dan Indonesia?

ii. Adakah terdapat perbezaan hubungan pelajar dengan guru antara kedua buah sekolah Malaysia dan Indonesia?

(4)

158

METODOLOGI

Rekabentuk kajian

Kajian ini adalah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah temubual mengenai perbandingan kesejahteraan sosial pelajar di antara dua buah sekolah di dua negara yang berlainan iaitu di Malaysia dan Indonesia. Satu set soalan temubual telah dibentuk sebelum kajian dilaksanakan. Soalan-soalan dalam set temubual tersebut adalah berkisar mengenai kesejahteraan sosial pelajar di sekolah. Soalan-soalan tersebut dibentuk berdasarkan rujukan teori-teori psikologi sosial. Soalan temubual terbahagi kepada hubungan pelajar dengan guru di dalam keals dan juga di luar kelas. Set soalan temubual adalah sama bagi kedua-dua sekolah di Malaysia dan Indonesia.

Kebenaran dari pihak sekolah

Sebelum menjalankan kajian ini, surat kebenaran untuk membuat kajian telah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian di Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi. Terdapat beberapa lagi prosedur yang perlu diikuti bagi memenuhi etika dalam menjalankan kajian. Seterusnya, diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan seterusnya kebenaran diberikan oleh pihak sekolah.

Tempat Kajian

Kajian yang dilaksanakan adalah kajian perbandingan. Dua buah sekolah terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi, Selangor (Malaysia) dan Sekolah Menengah Atas (SMA N8) Pekan Baru, Sumatera (Indonesia).

Informan

Bagi Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi, seramai 15 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat sebagai informan dalam temubual. Mereka terpilih sebagai informan kerana pelajar Tingkatan 3 baru selesai PMR dan tiada aktiviti pembelajaran. Manakala bagi SMA N8 Pekan Baru, Sumatera, seramai 15 orang pelajar dari tahun 10 terlibat sebagai informan. Sepanjang temubual berlangsung, pengkaji mencatat setiap jawapan yang diberikan oleh informan dan juga alat

(5)

159 rakaman digunakan agar segala jawapan dan maklum balas daripada responden diperoleh dengan baik. Kajian telah dilakukan di sekolah di Malaysia terlebih dahulu iaitu Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi selepas melalui beberapa prosedur tertentu. Selang beberapa minggu selepas itu, pengkaji telah ke Sumatera untuk ke SMA N8 Pekan Baru bagi menjalankan kajian di sekolah Indonesia pula.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hubungan pelajar dengan guru dalam konteks pembelajaran di kelas

Hubungan pelajar di sekolah di SMK Jalan Empat dengan guru dalam konteks pembelajaran adalah baik namun demikian informan kebanyakannya kurang menyukai guru yang hanya mengarah melakukan kerja namun tidak memantau perkembangan murid, garang dan suka masuk lambat ke kelas. Mereka juga tidak menyukai guru yang suka merendahkan pelajar dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dan rata-ratanya tidak menyukai guru yang beremosi. Hal ini telah dinyatakan oleh informan 1,2 &5 bahawa:

“Kami tak suka cikgu yang emosi dan kuat merajuk, pemalas dan bagi kerja sekolah banyak-banyak”.(Informan 1, 2 & 5 Malaysia).

“Ada juga cikgu yang garang semasa mengajar”. (Informan 7 & 9 Malaysia)

“Terdapat juga pelajar yang tidak menyukai guru yang bias iaitu menyukai pelajar tertentu sahaja”. (Informan 6 Malaysia)

Di SMA N(8) Pekanbaru, Riau hubungan pelajarnya dengan guru sangat baik Bagi mereka guru yang baik adalah guru yang saling membimbing dan sentiasa memberikan sokongan moral. Hal ini telah dinyatakan oleh informan di sekolah berkenaan iaitu:

“ Hubungan kami dengan bapak dan ibu (guru) sangat erat”. (Informan 11, 12, 13,14 & 15 Indonesia)

Paling ketara ialah kebanyakan pelajar tidak menyukai guru yang terlalu banyak memberikan mereka kerja sekolah. Menurut Laporan keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (1973) menyatakan bahawa cara dan gaya pengajaran guru perlu diambil perhatian kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas dan ia juga dapat mendatangkan rasa bosan dan benci pelajar sekaligus menyebabkan mereka ponteng kelas.

(6)

160

Hubungan pelajar dengan guru di luar kelas

Secara keseluruhannya, hubungan pelajar dengan guru di luar kelas adalah baik di antara kedua-dua sekolah iaitu di Malaysia dan Indonesia seramai (n=30). Namun di sekolah di Malaysia, pelajar akan sedaya upaya meneglak dari bertegur sapa dan memberi salam sekiranya berjumpa atau terserempak dengan guru mereka di perpustakaan, pusat sumber, makmal, padang, pejabat dan sebagainya. Ia dinyatakan dalam pernyataan berikut:

“Saya kalau boleh elak saya elaklah jumpa cikgu sebab saya nakal” (Informan 2 Malaysia).

“Saya tak suka jumpa cikgu persatuan sebab ada cikgu yang tak ok” (Informan 6 Malaysia)

Situasi berkenaan berbeza di SMA N(8) Pekanbaru, Riau dimana mereka akan saling menyapa guru mereka dengan mengucapkan salam atau meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan. Bagi mereka bertegur sapa bukan sahaja bagi menghormati guru tetapi juga mengeratkan silaturrahim di antara guru dengan pelajar. Sekiranya mereka terlibat dalam sebarang aktiviti di luar sekolah seperti pertandingan, lawatan dan sebagainya mereka lebih suka dibimbing dan meminta nasihat kerana ditakuti melakukan kesilapan. Hal ini telah dinyatakan oleh informan 11 idan 12 aitu:

“ Bertegur sapa itu kan amalan yang baik”. (Informan 11 Indonesia)

“Jika boleh saya ingin guru bimbing, jika salah tegur” (Informan 12 Indonesia)

Sikap guru yang disukai oleh pelajar

Kesemua informan di SMK Jalan Empat menyukai guru yang memahami, tegas tetapi penyayang, memberi sokongan dan galakan cantik, kacak, tidak bias, suka berkongsi masalah, kelakar, baik, sopan, prihatin dan tidak suka marah-marah. Namun mereka tidak menyukai guru yang beremosi dan sensitif

“Ada dulu cikgu kuat merajuk, tak dengar cakap je terus keluar kelas diam tak cakap apa-apa. Tak sukalah cikgu macam itu”. (Informan 1,2,3,4, & 5 Malaysia)

Hal ini turut sama dipersetujui dalam kalangan pelajar di SMA N(8) Pekanbaru, Riau dan ironinya kedua-dua sekolah memang tidak menyukai guru yang banyak memberi mereka banyak kerja sekolah

(7)

161 “Banyak kerja sekolah, aktiviti kurikulum lagi memang membebankan”. (Informan 1,2,3 & 5 Malaysia)

“Di sekolah ini banyak test, banyak kerja sekolah, penatlah” (kesemua informan Indonesia seramai (n=15)

Hubungan dengan guru-guru mengikut bidang / jawatan guru di sekolah

Secara keseluruhannya, hubungan pelajar dengan guru pentadbir bagi Sekolah Jalan Empat Bandar Baru Bangi dan juga SMA N(8) Pekan Baru adalah baik tetapi agak tidak memuaskan. Hal ini kerana terdapat rasa tidak puas hati segelintir pelajar di SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi terhadap beberapa orang guru dan pentadbir seperti pengetua sekolah dan guru penolong kanan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang kurang berpuas hati dengan pentadbiran pengetua adalah pelajar perempuan. Hal ini telah dinyatakan menerusi kenyataan berikut:

““Kami tak suka pengetua sebab tidak begitu prihatin dengan kami. Pengetua terlalu sibuk dan terlalu mementingkan akademik”. (Informan 11, 12, dan 13 Malaysia)

Bagi sekolah di SMA N8 Pekan Baru, secara keseluruhannya hubungan pelajar dengan guru adalah baik. Kebanyakannya menyatakan bahawa bapak kepala sekolah mereka tegas tetapi baik dan wakil kepada bapa kepala sekolah juga sangat baik. Hubungan dengan guru subjek dan guru sukan adalah baik namun hubungan dengan guru pelatih hanya biasa-biasa sahaja kerana masih baru untuk dikenali.

“Bapak kepala sekolah sangat baik”. (Informan 9 Indonesia).“Guru kebanyakannya menyelaraskan dan menjalankan tugas dengan baik “. (Informan 8 Indonesia)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan sosial yang baik antara pelajar dengan guru di sekolah. Oleh yang demikian, perkara ini selaras dengan Teori Pembelajaran Sosial yang dibentuk oleh Albert Bandura yang menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya dimana remaja akan belajar melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Di samping itu, terdapat perbezaan terhadap kesejahteraan sosial bagi pelajar Malaysia dan Indonesia dari segi hubungan pelajar dengan pelajar, hubungan pelajar dengan guru dan juga persekitaran sekolah. Kesejahteraan sosial pelajar di SMK Jln 4 agak kurang memuaskan berbanding

(8)

162

dengan pelajar SMA N8 yang lebih baik. Walau bagaimanapun kesejahteraan sosial kedua-dua sekolah masih belum berada pada tahap yang terbaik.

Kebanyakan orang mempunyai tanggapan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi akan mempunyai kesejahteraan sosial yang tinggi, positif dan lebih gembira dengan kehidupan mereka namun kajian menunjukkan bahawa perspektif pelajar di kedua-dua negara adalah berbeza dalam konteks hubungan mereka dengan rakan, guru, ibu bapa dan persekitaran sekolah. Diharapkan agar hasil kajian yang diperolehi ini dapat memperkuatkan lagi dapatan dari kajian-kajian sebelumnya yang menunjukkan betapa pentingnya kesejahteraan sosial dapat dibentuk dalam kehidupan individu agar ia boleh menikmati hidup yang positif walaupun dalam persekitaran atau lingkungan kehidupan yang berbeza.

Berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan ini, implikasi yang paling utama adalah dapat memberikan panduan kepada Kementerian Pelajaran di kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia mengenai kesejahteraan sosial pelajar di sekolah berdasarkan hubungan mereka dengan guru di sekolah. Perbezaan kesejahteraan sosial yang telah dikenal pasti daripada kajian ini dapat dijadikan panduan bagi kedua-dua buah negara untuk sama-sama berkongsi kaedah yang bersesuaian agar penambahbaikan beberapa aspek di sekolah dapat dilakukan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan sosial pelajar.

Di samping itu, penemuan daripada kajian ini dapat memberikan panduan kepada pihak pentadbir sekolah mengenai perkara-perkara yang dapat meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. Berdasarkan kajian ini, hubungan yang baik dan erat antara pelajar dengan guru menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada minat mereka untuk hadir ke sekolah dan memberi perhatian di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sehubungan itu, nilai-nilai yang positif ini seterusnya dapat menjadi faktor kepada peningkatan prestasi pelajar di sekolah. Selain itu, kajian ini juga dapat memberikan panduan kepada pihak sekolah mengenai persepsi pelajar terhadap guru mereka sama ada di dalam kelas atau pun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Melalui persepsi awal pelajar terhadap guru ini, dapat memberikan panduan kepada guru untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk ke sekolah. Hal ini bukan sahaja melibatkan personaliti dan ketrampilan diri malah perkara yang lebih penting seperti bahan bantu mengajar dan kaedah

(9)

163 pengajaran yang lebih interaktif untuk menarik minat pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Bagi kajian akan datang, di cadangkan kajian yang menggunakan kaedah mix method digunakan agar kajian yang lebih mendalam terhadap kesejahteraan sosial antara kedua buah sekolah bagi negara yang berlainan dapat dilakukan. Selain itu, kajian boleh diperluas dengan melibatkan negara daripada benua yang berlainan agar perbezaan budaya dan gaya hidup pelajar dapat dihubungkan dengan aspek kesejahteraan sosial pelajar

RUJUKAN

Asmah Ahmad (1999) Ketaksamaan kesejahteraan sosial di Malaysia: Suatu manifestasi

pembangunan tak seimbang. Prosiding Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia: Dasar, Strategi dan Kelestariannya. Jabatan Geografi, UKM.

Azizi Yahaya & Abdul Latif Ahmad. 2005. Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah daerah baru pahat. Jurnal Teknologi. 43 (E). 63-86.

Brian Rowan, Fang-Shen Chiang & Robert J.Miller. 1997. Research on Employees’ Performance to Study the Effects of Teachers on Students’ Achievement. Jurnal Sociology of Education (70). 256-284.

Featherman, D.L., & Hauser, R.M (1980). Sexual Inequalities And Socio-Economic Achievement In The U.S., American Sociological Review, 41. 137-145.

Ginzberg, E (1980), Toward A Theory Of Occupational Choice: A Restatement.

Hassan Mohd Ghazali 2008, Kecemerlangan Sesebuah Sekolah Banyak Bergantung Pada

Peranan Pentadbiran Pengetua. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan.

Heather P. Libbey. 2004. Student Relationships to school: Bonding, Connectedness and Engagement. Jurnal of school Health. (74) 7. 274-283.

Keith Trigwell, Micheal Prosser & Fiona Waterhouse. 1999. Relations between teachers’ approaches to teaching and students’ approaches to learning. Jurnal of higher education (37) 57-70.

Mohamed Sharif Mustafa & hazni Abdul Ghani. 2008. Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru.

(10)

164

Rohany Nasir (1990) Peranan Ibubapa Dalam Perkembangan Kerjaya Kaum Wanita Implikasi Terhadap Peranan Kaunseling Kerjaya. Jurnal Perkama.

Wan Zah Wan Ali et.al . 2009. Perespsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) .17-36

Referensi

Dokumen terkait

Cain et al menemukan bahwa persalinan pada usia kehamilan diatas 37 berhubungan dengan peningkatan outcome perinatal bila dibandingkan dengan persalinan sebelum 37 minggu.. 18

Käytän matematiikan opettamisessa mieluummin liitua ja liitutaulua opetusvälineinä kuin tietoteknisiä apuvälineitä. Minun on helppo käyttää tietoteknisiä

Sistem yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mcnycdiakan pakej pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa lnggcris dan aha Cina yang khusus

Aktivitas spesifik amilase dari biji durian tertinggi diperoleh pada suhu 40 ºC dengan aktivitas spesifik 295,25 U/mg seperti yang ditunjukkan pada Gambar 2. Aktivitas

Banyak sekali bahan alami yang dapat digunakan sebagai pewarna makanan, umumnya pewarna alami aman untuk digunakan dalam jumlah yang bear sekalipun, berbeda dengan

Berdasarkan hasil karakterisasi menunjukkan bahwa nanopartikel klindamisin HCl-kitosan memiliki nilai rata-rata ukuran partikel 209,5nm, nilai indeks polidispersitas 0,271,

Permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan separa mahir terus dijangka meningkat dengan alihan kepada aktiviti nilai ditambah yang tinggi, aktiviti berfokuskan