KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (DUA 6022)
JABATAN PENGAJIAN AM SESI JUN 2020
E-FOLIO
CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM YANG SEMAKIN MEMPENGARUHI MINDA
MASYARAKAT KINI
DSK 5A
NAMA PENSYARAH:
PN. ASMAH BINTI AWANG AHLI KUMPULAN:
NUR AIN HASYA BINTI ODEN 25DSK18F1007
NURUL NADIAH BINTI MUHAMAD NAZMI 25DSK18F1023
NUR NASHREEN AFIQAH BINTI MD NASIR 25DSK18F1011
ZANARIAH BINTI ZAINAL 25DSK17F2016
INDEKS
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Penghargaan 3
2 Objektif Kajian 4
3 Pengenalan 5
4 Definisi 6
5 Kesan-Kesan 7
6 Cara-Cara Mengatasi 8
7 Penutup 9
8 Sumber Rujukan 10
9 Lampiran 11-12
PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T,
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi, kerana di atas limpah dan kurnianya, maka dapatlah kami menyiapkan tugasan E-folio ini bagi kod subjek Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam (DUA 6022) dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan, Alhamdulillah.
Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah tercinta kami, Puan Asmah Binti Awang, diatas tunjuk ajar serta bimbingan beliau bagi menyiapkan E-folio ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Kami juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan. Ianya memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk meluaskan pengetahuan dan menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat di dalam dunia perfileman.
Selain itu, menyatakan definisi syirik dan khurafat dari segi bahasa dan istilah.Seterusnya, menghuraikan kesan-kesan mengamalkan amalan syirik dan khurafat dalam kehidupan seharian. Di samping itu, menerangkan cara-cara mengatasi amalan tersebut yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Akhir sekali, menyimpulkan(kesimpulan) melalui penerangan syirik dan khurafat yang berupaya menjejaskan diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
PENGENALAN
Dalam meniti arus kemodenan ini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun ada segilintir pihak yang hanya mengejar keuntungan semata-mata, menyediakan bentuk-bentuk hiburan yang mengundang kepada kealpaan dalam diri manusia, malah tiada sebarang nilai murni mahupun pengajaran yang dapat diterapkan dan diambil daripadanya. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang perlu mengetahui batas yang telah ditetapkan dan mematuhi syariat islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengannya, dan dia mengampuni dosa yang selain dari
syirik itu. Bagi siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya”
(QS. An-Nisa:116)
Oleh yang demikian sebagai Muslim kita mestilah lebih peka ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus kepada khurafat dengan mendalami ilmu agama di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat. Tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual juga perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai-murni. Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik. Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat. Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang
sebahagian yang bercanggah dengan agama islam.
DEFINISI
Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Menurut Mardzelah Makhsin (2003), perkataan
"Syirik” berasal daripada perkataan Arab yang telah dimelayukan. Asal perkataan dalam bahasa Arab adalah syirik, diambil daripada kata kerja “asyraka” yang bermaksud “sekutu” atau “kongsi”. Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan syirik sebagai “perbuatan menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah dengan menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya”.
Manakala dari sudut istilah syarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat. Orang yang melakukannya menjadi kafir serta kekal di dalam neraka selama-lamanya.Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi bahasa adalah membawa kepada maksud ‘karut’ manakala dari segi istilah bermaksud kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Al- Quran dan As-Sunnah serta bertentangan dengan akal. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah mudah terpengaruh dengan benda-benda tahyul, kurang pengetahuan ilmu agama dan terlalu mengagungkan kelebihan seseorang atau sesuatu benda.
KESAN-KESAN
Masyarakat masa kini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif amalan syirik dan khurafat ini adalah boleh merosakkan akidah umaat islam, menimbulkan syirik dan unsur khurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram. Mereka ini terdiri daripda pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan mudah terpengaruh, perasaan takut mereka itu dibimbangi kerana mereka lebih takut kepada hantu-hantu berbanding Allah s.w.t.
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini. Oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat islam.
CARA-CARA MENGATASI
Peranan Kerajaan
Pihak kerajaan mestilah mengambil berat akan kegiatan yang semakin berleluasa ini supaya amalan ini dapat dikurangkan. Pihak kerajaan boleh diminta untuk menganjurkan kempen-kempen kesedaran mengenai keburukan amalan tersebut terhadap diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Kerajaan juga dialu-alukan untuk menerbitkan dan memperbanyakkan lagi buku-buku agama mengenai amalan syirik dan khurafat yang dapat memberi kesan buruk kepada mereka yang melakukannya. Selain itu, kerajaan hendaklah mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mengenakan denda dan hukuman berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan. Contohnya, mengenakan hukuman penjara atau bayaran tunai agar tidak mengulangi perbuatan keji tersebut.
Peranan Masyarakat
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Sehingga kini, sesetengah masyarakat di Malaysia masih mengamalkan dan mempercayainya. Namun, masyarakat perlu tahu bahawa di antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Masyarakat perlulah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik. Di samping itu, menubuhkan dan menggiatkan aktiviti dakwah secara meluas agar semua mendapat ilmu pengetahuan yan cukup dan benar tentang impak amalan syirik dan khurafat.
Peranan Diri Sendiri
Diri sendiri perlu sedar bahawa amalan tersebut wajib dijauhi. Memandangkan zaman kini semakin moden, alatan elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan lain-lain mendorong kepada pengaruh yang amat besar kepada manusia. Kita perlulah bijak menggunakan teknologi dengan betul dan tidak menggunakannya untuk perkara yang boleh ke arah menyekutukan Tuhan. Meyakini terhadap keesaan Tuhan juga perlu ditanam dan diserap dalam diri sejak kecil lagi. Diri sendiri juga perlulah sering mengingati Tuhan dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang aktiviti yang bercanggah dengan agama.
PENUTUP
Kita sebagai umat islam, janganlah sesekali menyekutukan Allah swt dengan melakukan perkara yang dimurkainya seperti mengamalkan amalan syirik dan khurafat. Hal ini juga boleh menyebabkan terbatalnya iman, rosak akidah dan sudah pastinya berdosa besar sehingga boleh mendapat azab di akhirat. Kita perlulah sentiasa mendekati Allah dengan beramal soleh supaya tidak mudah terjerumus dengan perkara-perkara yang sesat yang akhirnya membawa kemusnahan diri.
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)
Untuk mendekatkan diri dengan Allah mempunyai banyak cara seperti solat lima waktu, berzikir, berdoa dan sebagainya.Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita sewajarnya mencari dan mendalami ilmu-ilmu agama serta sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan syirik ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melampaui batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menulis skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah swt Ingatlah bahawa Allah swt merupakan pencipta sekalian makhluk.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam:
(Hadis riwayat Tabarani)
SUMBER RUJUKAN 1. KAMUS
2. MAJALAH
3. INTERNET
Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Pelajar Edisi Keempat
•
•
Lokman Ismail,(September 2006), Khurafat, Tahyul Rosakkan Iman &
masa Depan Umat Islam, Al Islam
Safwan Fathy,(Januari 2003), Dosa yang Tidak Terampun, Dewan Agama dan Falsafah
•
•
•
• http://www.islam.gov.my/images/garis-
panduan/Garis_Panduan_Bahan_Penerbitan_Bercetak_Dan_Audio_Visual _Berhubung_Dengan_Unsur-
Unsur_Yang_Bercanggah_Dengan_Akidah_Dan_Amalan_Ahli_Sunnah_W al-Jamaah.pdf
http://mykesanamalankhurafat.blogspot.com/2016/09/kesan-amalan- syirik.html?m=1
https://www.scribd.com/doc/21216902/Konsep-Syirik-Menurut-Perspektif- Islam
LAMPIRAN
Contoh – contoh filem syirik dan khurafat
Contoh-contoh amalan syirik dan khurafat di keratan akhbar
-TAMAT- Sekian, Terima kasih.