• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tempoh Sewa Nak Tamat? Apa Perlu Buat?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tempoh Sewa Nak Tamat? Apa Perlu Buat?"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Tempoh Sewa Nak Tamat? Apa Perlu Buat?

Ke Arah Menjadi Seorang "Super Landlord"

S E W A N I F Y

(2)

1 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Video 4 - Apa Perlu Buat Apabila

Sudah Hampir Tamat Tempoh Sewa?

Selamat datang ke video yang ke-4 dalam siri video percuma ini.

Setakat ini, apa yang anda telah pelajari:

• Apa yang perlu sediakan sebelum penyewa masuk

• Apa yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh sewaaan berlangsung

Dalam video ini pula, kita akan bincangkan apa yang perlu anda buat setelah rumah sewa anda tamat tempoh sewaannya.

4 Perkara Perlu Buat Selepas Sewaan Tamat

Ada 4 perkara yang perlu anda lakukan apabila tamat tempoh sewaan.

1. Tentukan status kontrak penyewa anda

2. Lakukan pemeriksaan akhir pada seluruh rumah sewa anda 3. Semak kadar sewa dan sebarang bil tertunggak

4. Uruskan proses pemulangan deposit penyewa anda

Jom kita tengok satu per satu perkara-perkara yang kami senaraikan ini.

(3)

2 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Langkah #1 - Tentukan Status Kontrak Penyewa

Pertama, anda harus tentukan apakah status kontrak penyewa anda sama ada anda ingin sambung atau tamatkan kontrak mereka,

Ia bagi memudahkan anda untuk merancang pengurusan rumah sewa anda apabila tamat tempoh sewaan Penyewa anda nanti.

Terdapat banyak sebab kenapa penyewa tersebut akan disambung ataupun ditamatkan kontrak penyewaan mereka.

Sekiranya penyewa anda adalah penyewa yang berkualiti, maka sebaiknya, sambung kontrak mereka.

Sekiranya mereka mendatangkan lebih banyak masalah berbanding kebaikan, maka tamatkan kontrak dan lepaskan mereka.

Ini adalah untuk kebaikan anda juga.

Walaupun anda terpaksa menanggung sedikit kerugian akibat ketiadaan penyewa.

Sekiranya anda sudah buat keputusan sama ada nak sambung ataupun tamatkan kontrak mereka, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum tiba tarikh tamat tempoh.

(4)

3 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Pilihan 1 : Sambung Kontrak

Pertama, sekiranya anda ingin sambung kontrak mereka, maka ada dua perkara yang perlu anda lakukan.

Pertama, laksanakan perjanjian yang baru.

Kemudian, anda boleh kekalkan wang deposit mereka untuk dibawa ke tempoh perjanjian yang baru. Wang deposit untuk tahun yang sebelumnya tidak perlu dipulangkan kepada Penyewa.

Pilihan 2 : Tamat Kontrak

Sekiranya anda buat keputusan untuk tamatkan kontrak mereka, mada dua perkara yang perlu anda lakukan iaitu:

• Pemeriksaan akhir rumah sewa

• Pemulangan deposit kepada penyewa

(5)

4 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Langkah #2 – Lakukan Pemeriksaan Akhir Pada Seluruh Rumah Sewa Anda

Seperti yang kita sebutkan tadi, sekiranya anda ingin menamatkan kontrak mereka, maka perkara yang perlu lakukan sebelum mereka keluar adalah pemeriksaan akhir rumah sewa tersebut.

Ini bagi memastikan Penyewa pulangkan rumah sewa anda dalam keadaan yang sama seperti sebelum sewaan bermula.

Pemeriksaan akhir akan membantu anda melihat dan menilai berapakah deposit yang anda akan tolak (sekiranya ada) daripada deposit mereka.

4 Tips Pemeriksaan Akhir Rumah Sewa

Ada beberapa perkara yang perlu anda periksa apabila anda melakukan aktiviti pemeriksaan akhir ini.

Tips #1 – Keadaan Rumah Sewa Sama Seperti Sebelum Sewaan

Yang pertama, pastikan keadaan rumah sewa anda sama sebelum dan juga selepas penyewaan.

Inilah sebabnya penting untuk anda lakukan pemeriksaan awal sebelum penyewa masuk supaya anda boleh gunakannya sebagai perbandingan untuk pemeriksaan akhir ini.

(6)

5 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Tips #2 – Rumah Sewa Dalam Keadaan Bersih & Teratur

Kemudian, pastikan rumah sewa anda bersih dan dalam keadaan teratur.

Tiada sampah dan kotoran yang mereka biarkan begitu sahaja.

Kalau ada, minta mereka bersihkan segera sebelum mereka keluar.

Tips #3 – Tiada Kehilangan & Kerosakan Harta Benda

Seterusnya, pastikan juga setiap barang yang anda berikan kepada mereka, mereka pulangkan dalam keadaan yang sama.

Tidak kurang dan tidak juga rosak dsb.

Gunakan borang inventori yang telah diisi awal-awal sewaan sebagai rujukan.

Tips #4 – Bebas Dari Kesan-Kesan Kerosakan atau Bau Dari Haiwan Peliharaan

Kemudian, apa yang perlu anda periksa juga adalah kesan-kesan peninggalan haiwan peliharaan sekiranya anda benarkan mereka memelihara haiwan dalam rumah sewa anda.

Sekiranya terdapat sebarang kesan seperti kerosakan harta benda atau bau-bauan, pastikan anda minta penyewa menghilangkannya sebelum mereka keluar.

(7)

6 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Pemeriksaan akhir penting untuk pastikan rumah sewa anda dikembalikan seperti keadaan asal supaya penyewa yang seterusnya dapat menikmati keadaan rumah sewa yang sama seperti sebelumnya.

(8)

7 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Langkah #3 – Semak Kadar Sewa/Bil Tertunggak

Kemudian, perkara ketiga yang perlu anda lakukan sebelum penyewa keluar, adalah, untuk semak kadar sewa ataupun sebarang tunggakan bil mereka.

Ini bagi memastikan anda boleh elak kerugian dari terpaksa menanggung tunggakan kadar sewa dan bil Penyewa.

Tunggakan Yang Perlu Anda Semak

• Pembayaran Sewa

• Bil utiliti mereka seperti bil elektrik, air dan juga kumbahan.. sekiranya terdapat sebarang tunggakan daripada bil-bil tersebut.

• Pembayaran yang telah dipertanggungjawabkan kepada penyewa anda, contohnya seperti:

o Potong rumput secara bulanan o Servis aircond setiap 4 atau 6 bulan o Sebarang kerja-kerja penyelenggaraan o Sebarang kerja-kerja pembersihan

Sekiranya terdapat sebarang tunggakan, pastikan mereka langsaikan tunggakan tersebut sebelum mereka keluar.

(9)

8 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Langkah #4 – Pemulangan Deposit

Kemudian, kita tengok pula proses pemulangan deposit sebelum penyewa keluar dari rumah sewa tersebut.

Anda perlu ingat, deposit perlu dipulangkan kepada penyewa mengikut kadar yang ditentukan di akhir sewaan nanti.

Ada beberapa cara untuk anda tentukan berapakah nilai deposit yang ingin anda pulangkan kepada penyewa.

Kaedah Menentukan Pemulangan Deposit

#1 – Semak Untuk Sebarang Tunggakan

Semak dahulu sekiranya mereka mempunyai sebarang tunggakan sewa, bil ataupun apa-apa bayaran yang menjadi tanggungjawab penyewa.

Sekiranya ada sebarang tunggakan, anda boleh gunakan deposit mereka untuk selesaikan tunggakan tersebut.

#2 – Pemeriksaan Rumah Sewa (Kerosakan/Kehilangan)

Kemudian, apabila anda selesai lakukan pemeriksaan akhir, lakukan penilaian berdasarkan nilai kerosakan ataupun kehilangan harta benda rumah sewa anda.

(10)

9 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Sekiranya ada barang yang rosak ataupun hilang, anda boleh guna wang deposit tersebut untuk menggantikan atau memperbaikinya.

#3 – Sebarang Pelanggaran Perjanjian Sewa Rumah

Seterusnya, apabila ada sebarang pelanggaran perjanjian sewa rumah yang mengakibatkan kerugian terhadap anda.

Ini adalah syarat am yang kita letak dalam perjanjian sewa rumah supaya anda boleh lindungi diri anda sekiranya penyewa bertindak melanggar peraturan rumah sewa anda.

Contoh:

• Penyewa keluar rumah sewa lebih awal daripada tempoh perjanjian

• Penyewa melakukan kerja-kerja renovation, dan anda terpaksa buang renovation tersebut untuk kembalikan rumah sewa anda kepada keadaan yang asal.

Ini adalah antara sebab-sebab kenapa anda perlu tolak duit deposit mereka.

Ingat:

Deposit adalah tetap menjadi hak mereka.

Sekiranya mereka tidak melanggar mana-mana bahagian perjanjian, maka anda harus pulangkan wang deposit tersebut kepada mereka.

(11)

10 | Ke Arah Menjadi Seorang “Super Landlord” - Sewanify

Kesimpulan

Sebelum kita tamatkan siri video kali ini, jom kita imbas semula apa yang telah kita pelajari.

Keseluruhannya, dalam siri video ini kita telah pelajari bagaimana anda boleh uruskan penyewa apabila tempoh sewaan sudah hampir tamat.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan yang perlu anda lakukan sebelum penyewa keluar dari rumah sewa anda

Perkara pertama adalah untuk tentukan status kontrak mereka sama ada anda ingin sambung atau tamatkan sahaja.

Kemudian, sekiranya anda ingin tamatkan kontrak mereka, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.

Iaitu, lakukan pemeriksaan akhir rumah sewa anda.

Kemudian, semak sekiranya terdapat sebarang tunggakan pada kadar sewa ataupun bil utiliti

Akhirnya, sekiranya penyewa tidak memiliki sebarang tunggakan ataupun tidak melanggar mana-mana bahagian perjanjian sewa rumah anda, maka anda boleh pulangkan wang deposit mereka.

Referensi

Dokumen terkait