• Tidak ada hasil yang ditemukan

dalam saiz pek 2x 5L atau 1x 15L/ 18L.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "dalam saiz pek 2x 5L atau 1x 15L/ 18L."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Terma dan Syarat

1. Kempen JOTUN ‘Kebersamaan yang berkekalan’ (“Kempen”) akan berlangsung dari 15 April 2022 hinga 31 Mei 202 (“Tempoh Kempen”). Semua penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam pada 31 Mei 2022 (waktu Malaysia) akan dibatalkan secara automatik. Jotun Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Kempen ini akan dijalankan selama tujuh (7) Minggu.

2. Kempen ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia, Singapura dan Brunei yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 April 2022) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli- ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, peniaga-peniaga, peniaga-peniaga kecil, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Sebarang rujukan yang dibuat untuk “RM” adalah terma dan nilai terpakai untuk para peserta yang membeli di Malaysia, dan sebarang rujukan yang dibuat untuk “SGD” dan “BND” adalah terma dan nilai terpakai untuk para peserta yang membeli masing-masing di Singapura dan Brunei.

4. “Produk Yang Turut Serta” dalam Kempen ini adalah:

a) Jotashield Ultra Clean;

b) Jotashield AntiFade Colours;

c) Jotashield Flex;

d) Jotashield Colour Extreme;

e) Majestic Perfect Beauty & Care;

f) Majestic True Beauty;

g) Majestic Supreme Finish;

h) Majestic Design Series;

dalam saiz pek 2x 5L atau 1x 15L/ 18L.

5. Untuk menyertai Kempen:

a. Beli mana-mana Produk Yang Turut Serta dalam satu resit dari mana-mana kedai/cawangan Jotun yang turut serta atau kedai dalam talian rasmi masing-masing dalam Tempoh Kempen. Peserta akan menerima Kad Hadiah Jotun Raya (tertakluk kepada ketersediaan untuk setiap cawangan)

b. Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan.

c. Sila imbas kod QR di dalam kad hadiah yang diterima dan hantar butiran berikut:

(2)

i. Gambar jelas seluruh resit tunggal asal;

ii. Gambar jelas seluruh Kad Pengenalan;

iii. Nama penuh seperti Kad Pengenalan;

iv. Alamat E-mel

v. Jawapan kepada soalan: Adakah anda A) Pengecat atau B) Pemilik rumah?

d. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Kempen dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.

e. Para Peserta boleh menghantar sebanyak 10 penyertaan WhatsApp yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan resit yang berlainan bagi setiap penyertaan.

f. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan resit yang sama kepada pihak Penganjur.

g. Sekiranya resit yang sama diterima oleh pihak Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Mana-mana penyertaan selepas itu dengan resit yang sama, sama ada dengan nama peserta yang lain, akan ditolak.

h. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan resit-resit tidak sah tersebut.

i. Semua penyertaan selepas 31 Mei 2022, 11.59PM tidak akan diterima oleh pihak Penganjur.

j. Memandangkan talian + 60192576167 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.

k. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada Peserta apa- apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.

l. Para Peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

m. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Kempen ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

(3)

6. Kelayakan:

Kelayakan ganjaran/hadiah:

i.Penyertaan yang dilayak daripada Malaysia akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20 dan akan diberikan dalam bentuk kod untuk perserta menembus menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

ii.Penyertaan yang dilayak daripada Singapura akan menerima kredit EZLink bernilai RM10 dan akan diberikan dalam bentuk kod untuk perserta menembus menggunakan aplikasi EZLink.

iii.Penyertaan yang dilayak daripada Brunei akan menerima duit bernilai BND10 yang akan diberikan kepada peserta dalam bentuk pemindahan bank terus "online/direct transfer” setelah butiran bank yang diperlukan seperti nombor akaun, nama pemegang akaun, nama bank, alamat bank dan “SWIFT code”

dikongsi dengan pihak Penganjur.

iv.Jika berlaku seri (amaun pembelian Produk Yang Turut Serta yang sama dalam resit yang disenarai pendekkan), penyertaan yang lebih awal diterima akan menang.

7. Ganjaran/ Hadiah Kempen:

a. RM 20 kod kredit Touch 'n Go eWallet untuk setiap perserta yang dilayak daripada Malaysia.

b. SGD 10 kod kredit EZ Link untuk setiap perserta yang dilayak daripada Singapore.

c. BND 10 tunai melalui pemindahan bank terus “online/direct transfer” untuk setiap perserta yang dilayak daripada Brunei.

d. Setiap peserta dibenarkan menerima hanya satu ganjaran untuk setiap wilayah/negeri/negara.

e. Jotun (Penganjur) telah melantik Vertixal PLT secara rasmi untuk melaksanakan dan mengurus peraduan dan kempen ini dan semua ganjaran/hadiah akan dikreditkan atau diberikan kepada peserta yang layak oleh Vertixal PLT mewakili pihak Jotun Malaysia.

f. Untuk perserta yang layak di Malaysia, Ganjaran/ Hadiah akan diberi dalam bentuk kod kepada nombor telefon yang digunakan oleh peserta semasa menyertai Kempen. Perserta mesti mempunyai akaun Touch ‘n Go eWallet yang sah untuk menerima ganjaran/hadiah atau pemenang mesti bersetuju untuk mendaftar satu akaun Touch ‘n Go eWallet untuk menerima ganjaran/hadiah tersebut.Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon peserta tidak sah atau tiada dalam perkhidmatan.

g. Untuk perserta yang layak di Singapura, Ganjaran/ Hadiah akan diberi dalam bentuk kod kepada nombor telefon yang digunakan oleh peserta semasa menyertai Kempen. Perserta mesti mempunyai akaun EZLink eWallet yang sah untuk menerima ganjaran/hadiah atau perserta mesti bersetuju untuk mendaftar satu akaun EZLink

(4)

eWallet untuk menerima ganjaran/hadiah tersebut.Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon peserta tidak sah atau tiada dalam perkhidmatan.

h. Untuk perserta yang layak di Brunei, Ganjaran/ Hadiah akan diberikan melalui pemindahan bank terus kepada nombor akaun bank yang diberikan oleh perserta. Hanya akaun-akaun bank peribadi Brunei (mana yang berkenaan) yang sah akan diterima.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan pemindahan yang dibuat kepada akaun bank yang salah disebabkan kesilapan peserta dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak betul dan/atau tidak sah. Sekiranya peserta tidak dapat memberikan kepada pihak Penganjur nombor akaun bank peribadi Singapura/Brunei yang sah di atas nama peserta bagi apa jua sebab, hadiah tunai akan dibatalkan. Hadiah tunai hanya akan dimasukkan ke dalam bank akaun perserta. Semua akaun pihak ke-3 akan ditolak. Pihak Penganjur tidak akan meminta, sama ada melalui e-mel, telefon atau WhatsApp, nombor PIN, kata laluan atau butiran peribadi lain perserta selain daripada yang dinyatakan di sini.

i. Para perserta yang layak di Malaysia dan Singapura akan menerima ganjaran/hadiah dalam masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penyertaan jika dilayak.

j. Para perserta yang layak dari Brunei akan menerima hadiah wang tunai dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pihak Penganjur telah menerima salinan Kad Pengenalan dan butiran akaun bank perserta daripada perserta.

k. Bukti kredit terus atau pemindahan tunai adalah bukti penerimaan hadiah oleh perserta yang layak.

l. Ganjaran/Hadiah yang didapatkan mesti dituntut atas perbelanjaan pemenang dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas Tempoh Kempen. Ganjaran/Hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

m. Pihak Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan sekiranya peserta gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk hadiah.

n. Para penyerta akan dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri untuk tujuan penyertaan, pengesahan dan penuntutan hadiah. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah kad pengenalan/lesen memandu atau pasport (untuk orang asing sahaja). Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri dan ganjaran/hadiah akan dibatalkan.

o. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan mana- mana ganjaran/hadiah dengan ganjaran/hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa

(5)

tanpa sebarang notis. Semua ganjaran/hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk apa- apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.

8. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Kempen dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

9. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penggunaan hadiah.

10.Dengan menyertai Kempen ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

11.Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan menyertai Kempen ini dan memberi maklumat peribadi peserta melalui WhatsApp, peserta memberi keizinan dan bersetuju untuk pihak Penganjur menggunakan maklumat peserta dan menggunakan maklumat sedemikian untuk tujuan audit dan seperti yang ditentukan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur juga menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

12.Dengan menyertai Kempen ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

13.Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

(6)

14.Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

15.Terma dan Syarat Kempen disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi- versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Kempen ini, sila hubungi +60192576167 via WhatsApp, Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 5 petang (tutup semasa waktu makan tengahari), tidak termasuk cuti umum Malaysia dan cuti negeri Selangor.

Referensi

Dokumen terkait

Levi Strauss Indonesia memliki keputusan mutlak sepihak untuk meminta para pemenang 

5.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang dinyatakan di sini memberi kebenaran dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu diterima akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh,

Kami sebagai penyelenggara kegiatan Lomba Tari Kreasi tingkat SD / MI se-Jawa Timur juga akan memberikan feedback kepada pihak perusahaan, instansi maupun

Yang telah memberikan Ridho – Nya sehingga karya ini yang berjudul “ANGKA KEJADIAN PENDERITA DEMAM TIFOID PADA KELOMPOK USIA ANAK DI RSUD ABDUL WAHAB

Pada keracunan sianida dosis kecil, tubuh dapat mendetoksifikasi secara alami dengan enzim-enzim seluler dan thiosulfat di berbagai jaringan, dan akan

bantu dalam penyerbukan tumbuhan.. Tumbuhan yang membelah diri akan membagi tubuhnya menjadi dua bagian yang sama secara langsung. Sel anaknya ada yang segera memisahkan diri

KERJA JENIS HIDANGAN YANG PENYAJIAN... Perintis Kemerdekaan