1
HSC 324/3 SEJARAH ASIA TIMUR
1. Gagasan pusingan wangsa merupakan proses penting dalam perkembangan sejarah China Tradisional. Apakah yang anda faham dengan gagasan pusingan wangsa? Dengan menggunakan salah satu wangsa sebagai contoh, bincangkan bagaimana proses tersebut dapat menjelaskan kemunculan perkembangan sehingga keruntuhan wangsa itu.
SCHOOL OF HUMANITIES (HISTORY) AN NASIHAH SILAWATAN
7 NOVEMBER 2016
2 Pengenalan
China merupakan salah satu negara terbesar di dunia yang mempunyai peradaban kukuh dan tertua di dunia. Malahan negara ini turut mengalami proses tamadunnya sendiri dengan bergantung pada proses peralihan wangsa hinggalah kini menjadi sebuah negara Republik.
Zaman peringkat awal adalah bermula oleh Wangsa Xia iaitu permulaan Lagenda Gangsa (Legendary Bronze Age), justeru disebabkan tanpa bukti bertulis yang kukuh maka terdapat pandangan bahawa wangsa ini semata-mata mitos sahaja. Maka peringkat awal peradaban China yang dibuktikan oleh catatan lama dan perjumpaan arkeologi telah dipersetujui oleh para sarjana adalah dari Wangsa Shang (1600– 1050 BCE) iaitu selepas wangsa Xia.1 Peringkat permulaan pertumbuhan tamadun China adalah di Sungai Huang He (Sungai Kuning) dan Sungai Yang Tze sebagai pusat bagi peradaban utama. Keadaan geografi China, memperlihatkan unsur alam memainkan peranan dalam kehidupan manusia dan diselaraskan dengan adanya interaksi antara dua hubungan iaitu hubungan timbal balik antara manusia dengan proses kejadian alam yang saling bergantung. Dalam sejarah tradisional pusingan wangsa China, pengaruh alam memainkan unsur penting yang berperanan dalam politik, sosial dan ekonomi bagi dinasti ataupun dkenali sebagai wangsa yang memerintah ketika itu.
Kitaran pemerintahan kerajaan dalam sejarah China tradisional menganggap bahawa unsur kosmologi memainkan peranan utama dalam proses turun naiknya keberkesanan dan kemunduran kerajaan dahulukala seperti yang diketengahkan oleh Wangsa Zhou terhadap Shang. Oleh itu, kedua-dua wangsa ini dilihat berperanan menunjukkan lebih lanjut lagi bagaimana pusingan wangsa itu berfungsi dalam memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan China tradisional.
1 J. R. Lavenson, & F. Schurmann, (1969), China: An Interpretive History: From the Beginnings to the Fall of Han, London: University of California Press, hlm. 10.
3 Pusingan Wangsa
Sejarah China mempercayai bahawa unsur alam dan manusia salih berkait antara satu sama lain sehingga mewujudkan hubungan timbal balik yang mana setiap perkara berlaku di alam manusia adalah dikaitkan dengan fenomena semula jadi sebagai petanda. Bukan sahaja kepercayaan China tradisional yang berpegang kepada hubungan antara alam manusia dan komsmologi malah sudah menjadi adat tradisi masyarakat primitif untuk berpegang dalam kepercayaan animisme. Mereka berpegang setiap persekitaran dan perkara yang dinampak mempunyai kehidupan ataupun roh yang akhirnya dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat ini untuk ditiru dan mempercayainya.
Bagi pola pemerintahan kerajaan di China, pusingan wangsa dipercayai sebagai gagasan utama dalam bersilih gantinya sebuah kerajaan dengan digantikan oleh individu yang terpilih untuk membawa pemerintahan baru. Proses pusingan wangsa merupakan gagasan yang melahirkan pandangan tanggapan terhadap unsur alam mengenai keselarasan antara dunia manusia dan cakerawala.2 Abstraksi ini melalui pola yang berulang dari permulaan, kejayaan dan kemusnahan yang akhirnya membawa kepada berlakunya pertukaran pemerintahan wangsa. Seterusnya merundum wangsanya pemerintahannya mula digantikan dengan kerajaan baru dan akhirnya membentuk acuan putaran pusingan wangsa yang berulang-ulang kehendaknya dari awal hinggalah akhir proses mengikut tempoh masa.
Dipercayai bahawa dalam penubuhan sesebuah kerajaan China, peranan syurga sebagai T’ien iaitu kuasa alam amat penting dalam memberikan dekri ataupun mandat kepada ketua untuk memerintah. Ketua dalam gagasan China adalah individu terpilih yang dianggap sebagai raja iaitu T’ien Tzu ( Putera T’ien), ketua utama negara yang dianugerahkan mandat dari syurga untuk memerintah (T’ien Ming) oleh T’ien dengan mempunyai kebolehan dan
2Abdul Rahman Haji Ismail, (2001). China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 42.
4 kewibawaan terpuji untuk mentadbir.3 Konsep ini mengikat rakyat untuk menghormati mandat yang diberikan kepada raja serta berhutang kesetiaan yang lengkap dan kepatuhan kepada pemimpin yang terpilih. Dalam pertukaran kesetiaan, rakyat perlu mendapatkan kepimpinan yang baik sekiranya sebaliknya berlaku masalah dalam wangsa tersebut, maka dilihat bermulanya kekacauan dalam ekosistem alam seperti banjir, kemarau dan lain-lain bencana sebagai membawa petanda bahawa pemerintah kehilangan hak dan mandat dari syurga yang telah dirampas kembali untuk dianugerahkan kepada T’ien Tzu yang baru.
Dilihat dalam proses ini adalah mandat yag dikurniakan oleh T’ien kepada raja adalah tidak berkekalan kuasanya dan boleh dirampas bila-bila masa sahaja apabila bermulanya perubahan masa yang dilihat melalui proses semula jadi iaitu kaitannya dengan tindak tanduk manusia dan alam, dimana mampu menghasilkan kemusnahan ataupun bencana kepada kawasan yang diperintah. Dalam proses ini, pusingan wangsa dianggap sentiasa bergerak bulat dan melalui proses kitarannnya berulang dari permulaan penerimaan mandat seterusnya jatuh dan digantikan dengan penganti yang baru.
Terdapat juga pengerak alam lain yang turut berperanan mencorok keperibadian tempoh kekuasaan pemerintah. Ketidak stabilan yang berlakunya perubahan keadaan oleh unsur kekuasaan terhadap alam adalah saling berganti dan berkait, telah menunjukkan bahawa selain konsep kepercayaan terhadap kuasa ghaib, persekitaran semula jadi juga diihat oleh manusia tradisional berperanan membentuk kepercayaan dan keyakinan seperti Wu Hsing atau dikenali sebagai Lima Unsur atau Lima Pengerak yang unsurnya terdiri daripada
tanah, air, api, logam, kayu (pokok). Bagi kepercayaan tradisi China, konsep Wu Hsing mempercayai bahawa unsur pengerak tidak boleh wujud serentak dengan keadaan paras kuasa yang sama tinggi.4 Maksud disini merujuk kepada pemerintah yang tertinggi iaitu Wang, hanya satu sahaja individu yang dibenarkan mentadbir dengan kuasa tertinggi dan
3 Ibid., hlm. 44.
4 Ibid., hlm. 49.
5 tidak boleh wujud dua kuasa serentak memerintah kerajaan yang ada. Malah unsur- unsur saling berkait dalam menguasai secara bergilir-gilir dengan aturan serta berulang prosesnya malah kepercayaan Wu Hsing dianggap sebagai penaung, pengerak, dan pencorak serta dianggap sebagai pembentuk peribadian kepada sesuatu wangsa malah unsur penuang ini akan tamat sekiranya kerajaan hancur dan digantikan dengan wangsa baru dalam menerima lindungan Wu Hsing sebagai penaung utama untuk mentadbir.5
Peralihan Wangsa Shang kepada Zhou (1050 - 250 BC)
Mandat Zhou yang pertama dalam membuat satu tuntutan keatas kemaharajaan sejagat, apabila dalam kalender Shang, Jupiter berada dalam stesen Great Fire dalam kitaran 12 tahunnya.6 Dalam tempoh berikutnya, Raja Zhou mengalahkan Shang dengan mengistiharkan Tuhan telah berubah anak lelakinya, iaitu mandat Shang telah dibatalkan dan diganugerahkan kepada wangsa Zhou. Kuasa mandat tidak terhad sebagaimana yang dipertanggungjawabkan, seperti Shang gagal menjaga penduduknya maka dilihat syurga dan bumi juga berhiba untuk penderitaan mereka. Malahan Zhou sendiri menyatakan bahawa Tuhan nenek moyang (T’ien) mempunyai seorang raja yang merupakan anak lelaki syurga (Tianzi) dengan memerintah dibawah syurga (Tianxia), justeru, konsep ini mengukuhkan lagi kuasa pemerintahan dan mengikat kesetian rakyat.
Berakhirnya wangsa Shang (1050 BC) maka telah digantikan oleh wangsa Zhou7 sebagai pemerintah baru yang menggulingkan kerajaan sebelumnya dalam peperangan Muye.
Dalam sejarah, pemerintahan Zhou mewujudkan versi yang baru apabila menuntut kedua-dua wangsa sebelumnya Xia dan Shang walaupun mempunyai pemerintahan yang baik namun raja-raja itu mulai menindas sehingga membawa kepada kejatuhan negera malah Konfucius menyatakan bahawa Zhou mencatatkan kegagalan tingkah laku pemerintahan masa lalu
5 Ibid., hlm. 48.
6 D. W. Pankenier, (1981), Astronomical Dates in Shang and Western Zhou, Early China,7, 2-37, Dicapai dari http://www.jstor.org/stable/23351672, hlm. 7.
7 Dinasti China pertama yang menyatakan bahawa diberikan hak untuk memerintah dengan menyatakan bahawa mandat dari syurga memberikan kebenaran untuk bekerajaan.
6 seperti Xia dan Shang (Yin) sebagai sebuah cermin dalam mengadili diri sendiri. 8 Oleh itu, dinyatakan pemerintahan Raja Shang adalah buruk dan kehilangan malah T’ien telah memberikan mandatnya kepada Zhou dengan satu perintah pemberontakan dalam mewujudkan wangsa yang baru.Kitaran sesuatu kerajaan yang memerintah perlu mendapat mandat dari syurga, telah digunakan Zhou untuk merampas pemerintahan sebelumnya dan akhirnya menjadi asas kesahihan sesebuah negeri yang mana konsep ini dipercayai dan dipatuhi oleh wangsa Shang bahawa terhadap kuasa tertinggi dalam mengawal.
Intipati konsep mandat dari syurga dapat dilihat dalam Classic of odes yang mengdoktrinkan kepercayaan terhadap keyakinan dan kepatuhan kepada mandat dalam mematuhi aturan pengambil alihan kuasa pemimpin wangsa iaitu ditunjukkan mandat Raja Wen, pengasas Zhou adalah tinggi. Malahan Tuhan di syurga dilihat mengimbangkan kuasa individu yang terpilih berdasarkan kualiti pemerintahan adalah longgar dan sentiasa berubah, oleh itu rakyat perlu akur dengan perubahan peralihan pemimpin. Dalam unsur Lima Pengerak, pemerintah Zhou, Raja Wen memperlihatkan api iaitu syurga telah menunjukkan api dan burung-burung merah membawa dokumen yang bertulis dalam tulisan merah di tempat pemujaan dinasti Zhou. Oleh itu, unsur api dilihat naik, jadi warna Zhou haruslah merah dan hal ehwal diletak dibawah api.9
I
King Wen is on high,
Oh, he shines in heaven! Zhou is an old people, But its mandate is new.
The leaders of Zhou became illustrious, Was not Di’s Mandate timely given?
King Wen ascends and descends On the left and right of Di 10
8 R. H. Chang, (2000), Understanding Di And Tian: Deity And Heaven From Shang To Tang Dynasties, University of Pennsylvania: Department of Asian and Middle Eastern Studies, hlm. 12.
9 D. W. Pankenier, (1995), Astrological origins of Chinese dynastic ideology, Vistas in Astronomy, 39(4), 503- 516, Dicapai dari http://www.lehigh.edu/~dwp0/Assets/images/astroorigins.pdf, hlm. 510.
10 ___(n.d) .King Wei is on High. Dicapai dari https://web.cn.edu/kwheeler/chinese_poetry_kingwen.html.
7 Zhou Barat (1066-771 BCE) dan Zhou Timur (770-256 BCE)
Dalam membawa budaya dan bangsa Zhou, Raja Wen, merupakan pemula kepada pembawaan Wangsa Zhou malahan kerajaan ini dikatakan dari keturunan Houjin yang dilindungi oleh unsur supernatural atau kuasa roh. Pada ketika itu, dikatakan pengaruh Raja Wen adalah kuat dalam kalangan bangsawan dan tuan-tuan estet tempatan maka tahun berikutnya Raja Wen berkempen menentang suku Barat Rong, seterunys di Mixu dan berjaya tewaskan negeri Qi. Melihat perkara ini, Zhou beranggapan bahawa sekiranya dia tidak mempunyai mandat dari syurga maka bagaimana perkara ini memberi kesan kepadanya.
Oleh itu, doktrin mandat dari syurga membentuk pemikiran rasional utama penaklukan Zhou terhadap Shang. Hal ini kerana, pusat hal ehwal China dianggap berada dalam perlindungan T’ien malah syurga memberi pengaruh dengan menganugerahkan mandat yang mulia kepada pemerintah untuk memerintah atas bumi. Namun jika kualiti moral pemerintah berada dalam tahap kritikal dan pentadbiran tidak lagi memberi manfaat kepada rakyat maka dilihat bahawa syurga telah beralih mandat. Zhou seolah-olah memahami mandat sebagai kelayakan pemberian kuasa yang tidak kekal dari syurga, dan doktrin ini menjadi pegesahan utama bagi penaklukan terhadap Shang. Seterusnya anaknya Raja Wu (Martial King) menaiki takhtha apabila Raja Wen telahpun mangkat.
Pemerintahan Zhou Barat bermula apabila Wangsa Shang digulingkan, namun pemerintahan ini berhadapan dengan ancaman ahli keluarga yang bercita-cita tinggi dan juga saki baki bangsawan Shang. Sebagai tindak balas, Wangsa Zhou membuat garis penstrukturan pemerintahan baru dalam beberapa perkara yang dilihat telah memberi kesan kepada sejarah China khususnya dalam tempoh masa panjang disamping meneruskan kesinambungan kerajaan sebelumnya. Pemerintahan Zhou Barat, tidak dapat dipertikaikan lagi kuasanya apabila Raja Zhou mengalahkan pemberontakan dan menumbuhkan sebuah
8 wangsa yang kuat dengan tenaga sumbernya di Shensi (Xi’an kini) barat China.11 Malah sebelum Raja Ch’eng (pewaris Raja Wu), Duke Zhou pemangku raja menjalankan ekspedisi ke timur untuk membawa seluruh Sungai Kuning dibawah kawalan supaya dapat mengukuhkan kuasa diraja Zhou dan menghalang wabak pemberontakan yang dipimpin oleh saudara lelakinya di Yin dengan gabungan pewaris Shang dalam penentangan untuk menuntut mengembalikan arahan lama.12 Malah beliau menyatakan bahawa sebanyak 50 negeri kecil dimusnahkan dan 71 buah pentadbiran kecil ditubuhkan di tempat itu serta Loyang dibina sebagai bandar baru yang berkhidmat sebagai ibu kota tambahan Zhou bagi pentadbiran di Timur sehingga keperibadian beliau dipercayai Shang sebagai penjaga.13 Duke Zhou dilihat mengambil langkah menaikkan takhta Zhou keperingkat yang lebih tinggi daripada Shang dan memberi pengaruh baru kepada teori mandat dari syurga iaitu kefahaman bahawa pemerintahan adalah tanggungjawab bersama bukannya diukur berdasarkan mandat yang dimiliki lelaki iaitu takhta Zhou, sebelum dia mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Raja C’heng.
Seperti yang diperjelaskan bahawa peranan raja sebagai pengantara terbesar antara alam dan bumi bermula pada Wangsa Shang. Teori mandat dari syurga yang akhirnya menjadi idea kepada bagaimana kerajaan dapat memerintah dan juga berakhir diperluaskan lagi pada Wangsa Zhou, iaitu diperkukuhkan keagungan raja dengan gelaran Son of Heaven (Tian Zi), apabila wangsa ini dinyatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuhan tertinggi dalam menghalalkan kuasa pemerintah.14 Keadaan ini menerangkan bahawa Tuhan syurga merupakan ayah kepada pemerintah, manakala pemerintah merupakan anak lelaki yang mengkorbankan dirinya, seterus mengisytiharkan pemerintahnya sebagai anak syurga
11W. Eberhard, (1971), A History of China, Califo rnia: Universit y o f Califo rnia Press, hlm. 31.
12 C. O. Hu ck er, ( 19 75), C hi na I mp e ri al Pa st, C a lifo r nia : St a nfo r d U nive r sit y Pr e ss, h lm. 45.
13 Ibid., hlm. 32.
14 R. H. Chang, (2000), Understanding Di And Tian: Deity And Heaven From Shang To Tang Dynasties, University of Pennsylvania: Department of Asian and Middle Eastern Studies, hlm. 15.
9 dan konsep ini dimasukkan dalam sistem ibadah kepada syurga.15 Dalam hal ini, kekuatan takhta Zhou dilihat menyatupadukan agama rasmi dalam masyarakat feudal dan berdasarkan tiang kepercayaan inilah kerajaan Zhou telah membangunkan institusi secara rasmi dalam aspek pentadbiran dalam kehidupan elit Zhou. Penggunaan Li iaitu sistem ritual bagi adab tertib amalan keagamaan diperluaskan penggunaannya bagi mengawal dalam urusan rasmi dalam pejabat, majlis mahkamah, upacara perkhawinan, pengebumian, jamuan dan sebagainya sehingga menjadi asas pemikiran Konfucius khususnya.
Bagi mengukuhkan pemerintahan, Zhou mengekalkan kawalannya menerusi sistem feudal iaitu susun lapis masyarakat dibahagikan yang mana wilayah-wilayah dibawahnya dipimpin oleh ahli keluarga raja dan pembesar yang setia. Hal ini bagi mengukuhkan kawalan kekuasaan kawasan Zhou yang bertambah luas meliputi Sungai Wei hingga Shangtung Timur, Manchuria Selatan dan hilir sungai Yangtze. Disebabkan masalah geografi dan perhubungan, sistem feudal dianggap sebagai alternatif yang berfungsi mengawal pemerintahan malah wakil kerajaan ini diberikan kuasa mutlak untuk mentadbir wilayahnya namun mereka diwajibkan mematuhi tuntutan kerajaan pusat bagi menjamin kesetiaan.16 Dengan cara ini, Raja Zhou dapat meluaskan pengaruhnya berdasarkan pemerintahan tidak langsung oleh sebilangan kecil suku Zhou malah sistem feudal dilihat sebagai mewujudkan satu struktur yang menyebarkan kuasa dalam mentadbir. Dalam pentadbiran kuasa tempatan diletakkan secara terus kedalam tanggungjawab suku kaum yang kemudiannya dilihat menandingi kuasa Zhou dimana akhirnya telah menjadi salah satu kelemahan kepada kerajaan ini. Contoh tahun 704 BC, Putera feudal Wu, kawasanya berdekatan Nanking mengisytiharkan dirinya ‘Wang’ yang merupakan gelaran pemerintah Zhou, telah dilihat Wu
15 W. Eberhard, (1971), A History of China, Califo rnia: Universit y o f Califo rnia Press, hlm. 34.
16 Suffian Mansur, (2003), Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 30.
10 telah menyimpang dari konsep syurga apabila tidak boleh terdapat dua ‘Wang’ (pemerintah) dalam satu pemerintahan.17
Dengan sistem feudal, wangsa Zhou dapat mengekalkan kawalannya terhadap kawasan wilayah kekuasaanya pada peringkat awal namun keadaan ini mula tidak berkekalan dalam mengikat kesetiaan ketua-ketua wilayah. Mereka mula bebas mengumpul kekayaan dan kekuatan sehingga cukup berpengaruh dalam mencabar kuasa kerajaan pusat dan mengancam wilayah lain sehingga pada 18 BC, terdapat ketua-ketua memanggil diri mereka
‘Raja’ seperti C’hu. Yang mana akhirnya ketua-ketua ini mahukan Zhou mempertimbangkan untuk menjadikan mereka sebahagian daripada pemerintah feudal.18 Walau bagaimanapun Zhou Barat, mula lemah apabila bermulanya siri pemberontakan tempatan oleh ketua wilayah dan juga serangan oleh suku nomad luar utara Zhou yang membawa kepada pembunuhan Raja Zhou Barat, justeru siri ini membawa kepada kemunculan Zhou Timur.
Zhou Timur berpusat di Loyang apabila ibu kota Zhou Barat telah diserang, namun keadaan kerajaan ini tidak stabil akibat wilayah-wilayah feudal Zhou tidak lagi menjanjikan taat setia, malah masing-masing berusaha membebaskan diri dan berperang antara wilayah bagi menuntut kekuasaan. Hal ini menjelaskan mengapa berlakunya peralihan kuasa pentadbiran Wangsa Zhou, namun kunci penting disini adalah waris taktha putera Zhou yang terselamat telah meninggalkan ibu kota bersama dengan sekumpulan atasan yang terdiri daripada golongan pembesar, tuan-tuan (duke), namun keadaan memperlihatkan golongan ini semakin mula berkuasa dengan menjadi ‘Raja Maya’ dalam wilayah pentadbiran mereka dan pemerintah dilihat sekadar boneka untuk tujuan simbol budaya politik sahaja.
Kaum bangsawan mula memonopoli kemajuan dalam seni peperangan dan ekonomi yang mana kuasanya lebih kuat daripada Raja, dan menyebabkan pemerintah terpaksa bergantung kepada kuasa dominan pembesar sekitar Loyang. Tahap awal peperangan
17 W. Eberhard, (1971), A History of China, Califo rnia: Universit y o f Califo rnia Press, hlm. 38.
18 C. O. H uc ke r, (1 97 5), Ch in a Im p e ria l Pa st, C a lifo r nia : St a nfo r d U nive r sit y Pr e ss, h lm. 34.
11 dipanggil tempoh Musim Bunga dan Luruh (The Spring And Autumn) menceritakan keadaan China ketika itu mula berpecah dan berlakunya pertumpahan darah. Pada ketika itu keluarga diraja di Shensi telah memberikan kepercayaan kepada ketua feudal Ch’in. Maka muncul wilayah yang menjanjkan perkhidmatan kepada Raja Zhou iaitu Ch’i (Timur), Ch’in (Barat) dan wilayah separuh China, C’hu (Selatan) yang mula menjadi pusat kuasa utama bagi Zhou.19 Secara umumnya, wangsa Zhou berada dalam keadaan tidak aman apabila wilayah feudalnya masing-masing meminta status quo malah cukup berkuasa untuk menganggu kewujudan wilayah lain, justeru bermulanya tempoh dikenali Negeri-Negeri Berperang (Warring States) dengan keadaan peperangan yang dianggarkan berlangsung selama 255 tahun.20 Raja Zhou dianggap telah pun digantung mandatnya apabila pemerintahan Zhou dilemahkan oleh golongan feudal dalam mobiliti sosial yang diasaskannya. Teori mandat dan juga T’ien, iaitu Tuhan raja berkhidmat untuk menjamin kesejahteraan dibawah pemerintahan Zhou tidak lagi diyakini malah dianggap mandatnya telah dirampas apabila era klasik ini mengalami keadaan peperangan yang dasyat walaupun muncul Tujuh Kuasa terkuat iaitu Ch’i, Ch’u, Yen, Chin, Chao, Han, dan Wei tetap tidak mampu menyelesaikan masalah pepecahan ini.21
Akhirnya konflik ini melahirkan perkembangan kemunculan falsafah di China apabila pergantungan mandat dalam tempoh agak lama dalam sejarah yang tidak dapat diperjelaskan, maka muncul pandangan pemikir ini untuk menjelaskan hubungan manusia dan T’ien serta perintah alam semesta. Kemunculan golongan cerdik pandai iaitu idea pemikiran Seratus Aliran Pemikiran, berpengaruh dalam kehidupan sosial masyarakat tradisional dalam mengutarakan pendapat terutamanya mengenai keadaan semasa serta menasihati pemimpin dan rakyat untuk bersatu padu.22 Antara perkembangan falsafah yang berkembang adalah
19 Ibid., hlm. 35.
20 Suffian Mansur, (2003), Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 36.
21 Ibid., hlm. 38.
22Ibid., hlm. 38.
12 Konfuciusme, Taoisme, Legalisme, dan Moisme. Tambahan lagi, tempoh Warring States turut memperlihatkan kemajuan dalam pertanian yang dipanggil sistem bidang telaga atau Well-Field (Ching-Tien) yang rekaan bentuk tanaman berdasarkan sembilan kali petak sama
luas.23 Malah, era ini turut memperlihatkan penghasilan besi tuang yang menunjukkan revolusi permulaan besi dalam membuat dan menjual, yang mana tempoh Negeri-Negari Berperang, kegiatan ekonomi dilihat sebagai faktor utama apabila bandar-bandar mula membangun sebagai industri dan pusat komersil.24
Keadaan Zhou pada peringkat permulaanya sistem feudal dilihat sebagai struktur pentadbiran yang berkesan namun kelemahan sistem ini telah menyebabkan Zhou berada dalam ambang kejatuhan serta mandat dari syurga tidak lagi dikatakan berpihak kepada Zhou. Keadaan politik yang berpecah pada Wangsa Zhou hingga membawa kejatuhannya telah melahirkan aliran falsafah yang mana mempengaruhi pemikiran sosial masyarakat untuk cuba memperbaiki keadaan. Malah hasil daripada aliran ini telah melahirkan Wangsa Ch’in yang berperanan menyenteramkan dan menyatupadukan China daripada tempoh Negeri-Negeri Berperang selepas berakhinrya wangsa Zhou dengan menggunakan gelaran Wang atau Raja oleh Duke Ch’in selepas berjaya mengalahkan Tujuh Kuasa terkuat.
Kesimpulan
Tarikh penaklukan Shang oleh Zhou tidak berapa pasti namun dalam lingkungan antara 1046 BC ataupun 1050 BC menjadi titik permulaan dengan menggunakan teori mandat dari syurga. Namun dikatakan bahawa pemerintaha Raja Wen, pra dinasti Zhou telah pun ada sejak 1100 BC yang mana selari dengan pemerintahan terakhir Shang. Walaupun dikatakan pemerintah Shang, iaitu Shang Ti merupakan keturunan keluarga diraja Shang yang dari keturunan roh (ancestral spirit)25 iaitu keturunan tulen dari roh, namun memandai
23 C. O. Hucker, (1975), China Imperial Past, Califo rnia: Stanfo rd Universit y Press, hlm, 63.
24Ibid., hlm. 66.
25J. F. Wakeman, (1975), The Fall of Imperial China : The Transformation Of Modern China Serie, New York:
Free Press, hlm. 35-36.
13 menyatakan bahawa pemerintah ini membawa kepada permulaan penyerapan pengenalan bahawa terdapat hubungan ataupun daya pengerak terhadap keseluruhan yang berlaku iaitu T’ien ataupun syurga.
Apabila syurga tidak lagi melambangkan keistimewaan Raja Shang, Wangsa Zhou percaya bahawa hak penghalalan untuk merampas taktha diberikan kepada mereka apabila wangsa Shang ketika itu berada dalam ambang kejatuhan kerana pemerintahnya telahpun hilang mandat dari syurga akibat daripada kezaliman yang berlaku dalam kerajaan tersebut yang membawa kepada permulaan pusingan wangsa. Demikian, wajar dikatakan bahawa pusingan wangsa berlaku dengan permulaan ketua pemerintah yang mendapat mandat sehingga mulanya kehilangan kuasa memerintah atas sebab penarikan hak. Dengan erti lain adalah manusia yang diberikan pengaruh dan keperibadian yang tinggi akhlaknya memainkan peranan dalam kegemilangan, kesejahteraan, keruntuhan dan kemusnahan sesebuah wangsa.
Walau bagaimanapun, pemerintahan Zhou dilihat tidak berkekalan walaupun wangsa ini merupakan pemerintahan yang berada dalam tempoh lama mentadbir, namun kerajaan ini mula goyah atas beberapa faktor dalaman dan luaran. Akhirnya bermulanya proses pusingan wangsa iaitu kerajaan mula digantikan dengan Wangsa Qin atau C’hing apabila wangsa sebelumnya telah memperlihatkan keruntuhan melalui musibah yang berlaku.
.
14 Bibliografi
___.(n.d). King Wei is on High. Dicapai dari November, 30, 2016 https://web.cn.edu/kwheeler/chinese_poetry_kingwen.html
Abdul Rahman Haji Ismail. (2001). China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chang, R. H. (2000). Understanding Di And Tian: Deity And Heaven From Shang To Tang Dynasties. University of Pennsylvania: Department of Asian and Middle Eastern Studies.
Eberhard, W.(1971). A History of China. California: University of California Press.
Hucker, C. O.(1975). China Imperial Past . California: Stanford University Press.
Lavenson, J. R. & Schurmann, F. (1969). China: An Interpretive History: From the Beginnings to the Fall of Han. London: University of California Press.
Pankenier, D. W. (1981). Astronomical Dates in Shang and Western Zhou. Early China,7, 2- 37. Dicapai dari November, 30, 2016 dari http://www.jstor.org/stable/23351672 .
Pankenier, D. W. (1995). Astrological origins of Chinese dynastic ideology. Vistas in Astronomy, 39(4), 503-516. Dicapai dari November, 30, 2016 dari http://www.lehigh.edu/~dwp0/Assets/images/astroorigins.pdf. hlm 510
Suffian Mansur.(2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wakeman, J. F. (1975). The Fall of Imperial China : The Transformation Of Modern China Series. New York: Free Press.