• Tidak ada hasil yang ditemukan

Strategi Carta Forex Bogel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Strategi Carta Forex Bogel"

Copied!
153
0
0

Teks penuh

(1)

Strategi

carta bogel

(naked chart’S strategies)

Edisi

semakan semula

Mei 2016

(2)

Isi kandungan

Bil Tajuk

Muka Surat

1

PENGENALAN

7

2

SASARAN KEUNTUNGAN

8

3

SENIORITI BROKER

10

4

WAKTU PASARAN

12

5

PESANAN BELIAN DAN PESANAN JUALAN

14

6

DAGANG BERPANDUKAN BERITA

18

7

LINGKARAN BOLINGER

25

8

MACD DENGAN RANGKA MASA M1, M5 DAN H4

28

9

ASAS GERAKAN PURATA EKSPONEN (EMA)

33

10 ASAS DAGANG JURANG (GAP TRADING)

37

11

BAR AHAD (SUNDAY BAR)

41

12

ASAS FIBONACCI

46

13

STRATEGI PEMUSATAN H1 (PIVOT)

49

14

TIGA LETUSAN (BREAK OUT)

53

15

LETUSAN ASIA (ABO)

55

16

LETUSAN LONDON (LBO)

59

17

LETUSAN AMERIKA (USBO)

62

18 STRATEGI POSISI YANG AMPUH

65

19 KAEDAH SENANDUNG SEMALAM

67

20 KAEDAH 150

70

21

KAEDAH SUBUH ISNIN SAHAJA

73

22 KAEDAH SEHARI SEMALAM

76

(3)

23

KAEDAH LAWAN TREN (CRS)

79

24

LAIN-LAIN STRATEGI YANG AMPUH -

82

25 KAEDAH 00 KE 12 (5KE17)

83

26

KAEDAH 00 KE 08 (5KE3)

85

27

KAEDAH SEPARUH SEMALAM

86

28 KAEDAH 4 LILIN JEPUN

89

29 KAEDAH 4 LILIN BRITISH

90

30 KAEDAH 3 LILIN AMERIKA

91

31

STRATEGI GELOMBANG BIRU

92

32

KAEDAH MALAS

94

33

KAEDAH XLITANG BUDAK MALAS

97

34

KAEDAH RUGI 1000

98

35

KAEDAH LICIK 15

99

36

SOKONGAN DAN RINTANGAN (SONAR)

100

37

DAGANGAN SEMBOYAN KEBALIKAN LILIN (CARES)

107

38 PATEN LILIN

111

39 PENUNJUK SERAMPANG ANDREWS (AML)

115

40 MELINDUNGI NILAI (HEDGE) DAN MEMAGAR (HEDGING)

122

41

SEGITIGA ARBITRAJ (ARBITRAGE)

127

42 PENGURUSAN KEWANGAN FIBONACCI

130

43

PENGURUSAN KEWANGAN PANGGILAN MARGIN (MARGIN CALL)

133

44

SALAH FAHAM MC DAN SO

136

45

LEVERAJ, MARGIN, EKUITI, APUNGAN

139

46

DAFTAR ISTILAH

151

(4)

Strategi

carta bogel

(naked chart’S strategies)

EDISI PERTAMA APRIL 2016

EDISI KEDUA (SEMAKAN SEMULA) MEI 2016 SUKA BUKU SAYA?

Jika suka, berilah hadiah kepada saya kerana saya menulis, menterjemah dan menaip kesemuanya selama sebulan. Sekurang-kurangnya penat jerih saya dihargai dan saya tidak bercadang menjualnya. Semoga hadiah anda bermanfaat

buat kami sekeluarga.

No akaun Maybank: 154026565302 (Mohd Nur Syaitul)

Strategi

carta bogel

(naked chart’S strategies)

EDISI PERTAMA APRIL 2016

EDISI KEDUA (SEMAKAN SEMULA) MEI 2016 SUKA BUKU SAYA?

Jika suka, berilah hadiah kepada saya kerana saya menulis, menterjemah dan menaip kesemuanya selama sebulan. Sekurang-kurangnya penat jerih saya dihargai dan saya tidak bercadang menjualnya. Semoga hadiah anda bermanfaat

buat kami sekeluarga.

No akaun Maybank: 154026565302 (Mohd Nur Syaitul)

Strategi

carta bogel

(naked chart’S strategies)

EDISI PERTAMA APRIL 2016

EDISI KEDUA (SEMAKAN SEMULA) MEI 2016 SUKA BUKU SAYA?

Jika suka, berilah hadiah kepada saya kerana saya menulis, menterjemah dan menaip kesemuanya selama sebulan. Sekurang-kurangnya penat jerih saya dihargai dan saya tidak bercadang menjualnya. Semoga hadiah anda bermanfaat

buat kami sekeluarga.

(5)

JUDIKAH AKU?

Tak kira apa kaedah, teknikal, strategi dan ramalan, pokok pangkalnya niat kemudian kita harus tahu ke mana pasaran hendak pergi selepas ini. Ada yang berkata,e-forexialah sebuah mesin judi kerana tiga perkara:

1. Tak tahu apa benda pun padahal ada ilmu

Masalah yang timbul ialah, adakah mereka yang dagangannya semata-mata bergantung pada penunjuk Bolinger, MACD, EMA, SMA, Stochastic , Parabolic, RSI, Momentum, CCI, RVI, Oscillator, Alligator, perkakasan Nasihat Pakar (EA – Expert Advisor) dan lain-lain lagi sebenarnya memperjudikan nasib mereka?

Syarat jual beli ialah tahu untung rugi dan berlaku akad pembelian sebelum pembelian dilakukan, tetapi mereka yang bergantung pada penunjuk sering bertanya soalan ini pada hari Sabtu atau Ahad, ke mana pasaran hendak tuju? Beruang atau lembu? Mengapa?

Mengapa mereka bertanya soalan itu? Jawapannya, kerana penunjuk-penunjuk yang dianggap hebat berharga RM250 atau RM1000 itu hakikatnya digerakkan oleh tren, berita, fundamental dan sentimen. Tren terhenti pada hari Sabtu dan Ahad! Akhirnya mereka buntu ke mana pasaran akan tuju? Boleh beli? Boleh Jual? Atau tunggu dan lihat? Akhirnya ada fon pun tidak boleh beli.

2. Buka Pesanan Jual Beli Serentak

Dengan memasang tempahan serentak jual dan beli sama ada secara tertangguh mahu pun pelaksanaan segera sebagaimana yang dipaparkan kaedahnya di dalam buku ini melalui bar tinggi rendah atau pada bayang lilin semasa atau apa sahaja cara. Ini membuktikan bahawa peniaga sebegini jahil mengenai graf dan carta. Memperjudikan nasib dengan cara ini juga dianggap salah oleh sesetengah broker tetapi jalan penyelesaiannya ialah memansuhkan salah satu tempahan sebaik sahaja pasaran memicu tempahan pertama.

Paling seronok, cara ini digunakan sewaktu berita dengan kekuatannya tinggi dan

amaran merahdan juga ketika tiga letusan berlaku.

Nasibnya sama seperti perenggan satu tadi tetapi kali ini, tanpa ilmu! 3. Bukan Melabur Jangka Masa Pendek Atau Panjang

Dengan wang simpanan atau pinjaman peribadi yang sedia ada dimiliki, kita cuba meletakkannya sebagai modal untuk memasuki pasaran dengan harapan dapat mengaut keuntungan dengan kadar segera. Sekali untung, sekali pengeluaran. Di

(6)

satu hari, wujud perasaan marah sampai sanggup memukul anak sendiri atau menengking ibu sendiri gara-gara dek kerana warna merah yang berkerdipan terpapar! Bila ditewaskan, timbul perasaan ingin menggandakan lagi saiz lot. Padahal pelaburan bukan begitu, dan harus kita tahu bahawa pelaburan mata wang asing ada risiko kerugian. Tinggi risiko tetapi tinggi pulangannya (High risk, high return).

Buku ini dikarang untuk menjelaskan kepada kita bahawa perniagaan e-forex boleh menjana pendapatan tambahan jika semua ilmu ini didedahkan dan dipraktikkan sekali gus menepis dakwaan bahawa haramnya forex kerana dinisbahkan dengan judi. Sentiasa ingat bahawa pentingnya kita menentukan kerugian dan keuntungan kita dengan nisbah 1:2 atau 1:3.

Semoga kalian mendapat manfaat!

Penafian: Perdagangan di dalam pasaranForexadalah sangat berisiko, pembaca yang menggunakan konsep dan kaedah di dalam dokumen ini adalah kehendak diri sendiri dan risiko

sendiri. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam dagangan daripada dokumen ini diingatkan bahawa penulis tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung dengan menggunakan kaedah yang diterangkan dalam dokumen ini manakala pengurusan wang atau

tahap rugi dibincangkan kerana ia berbeza dari peniaga kepada peniaga mengikut risiko dan modal sedia ada.

Fatwa di Malaysia mengharamkan e-forex kerana tiada konsep niaga yang jelas dalam untung rugi hingga

(7)

pengenalan

Saya telah berada dalam pasaran ekuiti dan pasaran forex selama enam tahun. Saya belajar bahawa dagangan mata wang asing bukan untuk orang-orang yang goyah dan mudah putus asa. Kita harus diuji dan berdisiplin untuk mengikuti strategi dan melaksanakan rancangan masa hadapan. Keputusan masuk berniaga mesti tepat dan risiko kurang rugi dikurangkan.

Ya, saya juga telah membeli buku dan berkursus. Saya menghadiri seminar web secara langsung dua hari. Semua ini tidak membantu saya sama sekali kerana ia tidak sesuai dengan gaya personaliti saya. Lebih lima tahun menonton graf dengan penunjuk yang berbeza, purata bergerak dan lain-lain, saya mula rasa pergerakan demi pergerakan pasaran terutamanya EURUSD, pasangan Jepun dan pasangan Paun bergerak dengan purata tertentu. Ada kalanya beberapa isyarat tidak menghasilkan hasil yang positif.

Ambillah mana-mana strategi yang kita rasakan serasi dengan kita, tetapi cubalah kesemuanya terlebih dahulu selama sebulan dengan akaun demo. Belum cuba belum tahu. Jika ditanya, saya selalu guna apa? Saya pasti menjawab Fibonacci sebagai panduan menetapkan untung rugi dan SoNaR sebagai tambahan kepada kajian tren. Itu pun selepas saya kuasai semua teknik!

Saya suka jika penetapan kerugian dibuat kurang dari keuntungan manakala keuntungan mestilah selalunya 20 pip (poin ikut peratus) keuntungan melainkan ada isyarat bahawa boleh mengutip lebih 30 pip (poin ikut peratus). Jika anda rasa 20 pip (poin ikut peratus) tidak cukup besar, maka besarkanlah saiz lot atau membuat kemasukan pesanan jual/beli yang banyak.

Saiz 0.01 = 20 pip = $1.40

(Saiz 0.01 = 20 pip) x 5 tempahan = $7.00 Saiz 0.10 = 20 pip = $14.00

(8)

SASARAN

(9)

SASARAN KEUNTUNGAN

Pengambilan untung dengan dua cara sama ada dengan tetapan Ambil Untung (Take Profit) atau dengan cara manual dengan menekan Tutup Pesanan (Close Order’s Button). Berikut ialah keuntungan yang dicadangkan bagi kebanyakan mata wang dunia dan bergantung pada risiko kewangan dan pengurusan kewangan individu.

Rangka Masa Pip Minimum Pip Maksimum Pip Kebiasaan Diambil

M1 2 5 3 M5 7 15 7 M15 10 20 10 M30 10 70 15 H1 10 100 20 H4 15 200 30 D1 20 300 50 W1 100 400 100

Nilai pip maksimum bergantung kepada jenis pasangan mata wang. Semakin banyak potensi pip, semakin besar jumlah pip kebiasaan diambil atau semakin

(10)

SENIORITI

BROKER

(11)

BROKER MENGIKUT SENIORITI

Mungkin sesetengah kita tak ambil kisah siapa senior atau siapa yang ditubuhkan dahulu, kerana ada yang berdagang dengan sesebuah broker itu kerana syor oleh kenalan, kerana berkursus dengan Pengenal Broker (Introducing Broker atau singkatannya IB) dan mungkin kerana broker itu tersohor. Pernah saya dengar satu ceramah, Pengenal Broker berkata bahawa broker yang telah lama bertapak adalah broker paling stabil dan beliau berkata broker yang menaunginya adalah broker stabil berdasarkan tahun ditubuhkan. Apabila saya melakukan semakan sebenar, broker beliau ditubuhkan pada tahun 2010 dan ada banyak lagi broker terlebih dahulu ditubuhkan. Itulah tugas IB, mempromosi broker masing-masing. Lihat jadual dibawah sebagai panduan sahaja

Bil Broker Tahun Bil Broker Tahun

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 HY Market iForex Swiss Quote FX Primus FXCM Oanda Easy Forex Forex.com FXDD Alpari Dukascopy Lite Forex

FXPro (Euro Orient) MFX

Avatrade eToro Instaforex

ACFX (Atlas Capital)

1977 1996 1996 1996 1996 2001 2001 2001 2002 2004 2004 2005 2006 2006 2006 2006 2007 2007 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 HotForex Exness Mayzus FBS IkoFX XM (Trading Pipt) Plus 500 Markets.com XTrade Amana Capital FX Citizen Pepperstone Mocaz OctaFX JustForex FXTM Trade360 Tickmill 2008 2008 2008 2009 2009 2009 2009 2009 2010 2010 2010 2010 2011 2011 2012 2012 2013 2014 Soalannya, adakah broker berkomplot dalam pakatan sulit (scam) atau kita yang tidak membaca terma dan syarat (T&C), Soalan Lazim Ditanya (FAQ) dan info-info tambahan setiap broker di dalam laman web mereka?

(12)

WAKTU

PASARAN

(13)

WAKTU PASARAN

Waktu pasaran dibuka adalah berbeza di dalam setahun sebanyak dua kali kerana faktor cuaca. Perlu diketahui oleh setiap pedagang akan masa-masa dan waktu pasaran dibuka dan ditutup. Perlu juga tahu bilakah pasaran mula aktif. Lihat jadual di bawah. Perbandingan waktu di dalam carta dan waktu Malaysia. (Waktu Malaysia bermula 5.00 pagi.

Bulan November hingga Februari

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Jepun

London

Amerika

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 0 1 2 3 4

Bulan Mac hingga Bulan Oktober

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Jepun

London

Amerika

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 0 1 2 3 4

Pentingkah tajuk waktu pasaran dibuka dan ditutup? Ya, kerana ia mempengaruhi pengurusan masa dan pengurusan kewangan kita. Bayangkan, dengan mengetahui waktu pasaran dibuka, kita tahu bilakah hendak masuk kedudukan dagangan jurang dan yang penting, kita tahu pada pukul berapakah letusan kembar tiga akan berlaku.

Bagi akaun bukan Islamik atau jenis akaun bukan bertukar (non-swap), adalah perlu diketahui bahawa cas akan dikenakan jika kita membiarkan akaun berjaga malam (overnight) dan tidak menghentikan dagangan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut masa carta.

Selepas menghabiskan bacaan buku ini, kita akan dapati pengurusan masa juga penting dan sebahagian dari kehidupan seorang pedagang mata wang asing secara atas talian.

(14)

PESANAN DAN

TEMPAHAN

(15)

PESANAN BELIAN DAN PESANAN JUALAN

Apabila membeli mata wang, kita akan membeli dengan harga tanya (ask price) dan sewaktu menjual mata wang, kita akan menjual dengan harga bida(bid price). Di dalam strategi jual beli, terdapat dua cara untuk memesan belian mahu pun jualan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

1. PELAKSANAAN SEGERA (INSTANT EXECUTION)

Segera melakukan transaksi belian atau jualan dengan alasan:

a. terlewat masuk pasaran kerana sibuk atau mungkin berlaku perubahan tren mengejut sama ada kerana khabar angin, pengumuman kerajaan mengenai dasar ekonomi negaranya atau bencana alam.

b. Semasa mengukur dan menyukat data yang dikehendaki, didapati sudah berada di garis sememangnya yang dimahukan untuk masuk jual beli.

c. Melakukan jual beli pantas sebagai seorang pedagang licik (Scalper) atau mungkin kerana tersalah tekan dan juga memang tabiat suka bersegera dan kelam kabut. 2. PESANAN TANGGUH (PENDING ORDER)

Di dalam pesanan tangguh, terdapat empat jenis pesanan iaitu:

a. Hentian Belian(Buy Stop) b. Hentian Jualan (Sell Stop) c. Had Belian (Buy Limit) d. Had Jualan (Sell Limit)

(16)

Hentian Belian (Buy Stop) dan Hentian Jualan (Sell Stop) umpama hentian bas. Kita menantikan harganya pergi keluar dan menjauhi garisan lilin harga pasaran di buka atau mungkin dari garisan letusan tren yang bakal berlaku atau garis selamat dari sentuhan bayang lilin setelah menentukan garis sokongan dan rintangan (support and resistance) atau mungkin kerana jangkaan-jangkaan penunjuk Fibonacci.

(17)

Jadual Belian

Berbeza dengan Had Belian (Buy Limit) dan Had Jualan (Sell Limit) merupakan batasan iaitu batas paling ke bawah bagi belian atau batas paling ke atas untuk jualan setelah menentukan garis sokongan dan rintangan (support and resistance) atau mungkin kerana jangkaan-jangkaan penunjuk Fibonacci. Istilah masyhur yang digunakan ialah Jual di pucuk, Beli di akar (Sell at tip, buy at root)

(18)

DAGANGAN

BERITA

(19)

DAGANGAN BERPANDUKAN BERITA (NEWS TRADING)

Terdapat dua laman web yang dicadangkan untuk mengetahui berita pasaran semasa iaitu di Forex Factory atau di MyFXbook. Dan dinasihati banyak pedagang jenis ini bahawa hanya mula berdagang ketika berita impak tinggi atau berwarna

merah. Inilah ilmu yang juga dikenali sebagai fundamental.

AUDUSD CADJPY EURUSD AUDJPY USDCAD AUDNZD NZDJPY EURCAD NZDUSD GBPJPY

Bagaimana saya melakukannya? Kita melihat berita merah akan berlaku di dalam tempoh sejam atau kurang, jadi bagaimana kita akan melakukan dagangan risiko tinggi ini?

1. Buka dua pesanan tertangguh iaitu hentian belian dan hentian jualan dalam lingkungan 10 minit sebelum impak berita. Rangka masa dicadangkan ialah 30 minit (M30)

2. Kemasukan dagangan pada 10 pip di atas bayang dan di bawah bayang lilin semasa.

3. Ambil rugi kedua-dua pesanan jualan dan belian di tempat pesanan tertangguh. Ambil untung hanya 30 pip hingga 50 pip walaupun boleh jadi ia boleh pergi mencecah sehingga 100 pip dalam sejam.

4. Berita datang dengan dua cara sama ada menggila (sekejap turun, sekejap naik) atau kenaikan/penurunan yang stabil. Jika menggila, strategi ini tidak berhasil dan berakhir dengan rugi kedua-dua kemasukan (entry)

(20)

BAGAIMANA UNTUK BERDAGANG NFP DAN FOMC SERTA BERITA IMPAK MAKSIMA UNTUK MATA WANG U$D

Secara amnya semasa berlakunya NFP dan FOMC, pasangan xxxUSD dan USDxxx mula berlaku tren menggila ke atas dan ke bawah sejumlah besar pip (poin ikut peratus) bergantung kepada NFP (Bayaran Bukan Perladangan) data majikan Amerika untuk FOMC. The Federal Open Market Committe (FOMC) adalah Pengambil keputusan di badan Sistem Simpanan Persekutuan Amerika. Sebagai permulaan terdapat 3 pilihan di tangan untuk kita:

a. Tutup komputer, tablet dan telefon pintar kita untuk menjauhkan diri daripada berita berimpak tinggi NFP atau FOMC)

b. Gunakan perisian dagangan perkembangan Commercial seperti Pedagang Oracle (Oracle Trader) dan Pemanduan NFP (NFP Pilot)

c. Gunakan strategi yang sangat mudah yang akan kita gunakan.

Sebagai seorang peniaga, sedarkah kita telah membiarkan NFP atau berita FOMC mewujudkan fenomena luar biasa? Bagaimana untuk kita berdagang dengan bijak? Banyak pendekatan terlibat dalam mencuba berdagang waktu ini dan ada yang telah meraih jumlah pip yang banyak. Antara pendekatan tersebut ialah:

(21)

Sebelum bermula berita dalam tempoh 10 minit, ambil pesanan tangguh sebanyak enam tempahan jualan dan belian serentak dengan jarak 30 pip dari harga semasa. Sebagai contoh, kedudukan masuk belian:

Tiga pasangan major atau minor dari xxxU$D: Beli 0.1 EUR USD

Beli 0.1 GBP USD Beli 0.1 AUD USD

Kemudian beli lagi tiga pasangan major atau minor dari U$Dxxx: Beli 0.1 USDJPY

Beli 0.1 USDCAD Beli 0.1 USDCHF

Demikian juga jualan, jika kita merasakan hendak membuka jualan pada hari itu. Apabila mana-mana pasangan diaktifkan iaitu sama ada jualan diaktifkan atau belian diaktifkan, pilih enam daripada 12 pasangan yang mempunyai keuntungan tadi dan batalkan tempahan yang mana pasangan tidak diaktifkan. Kadar keuntungan bergantung kepada berapa banyak pip akan nai dan turun tetapi meletakkan garis ambil untung sebanyak 20 pip sudah memadai. Maksimum? Mungkin 100 pip bahkan pernah terjadi (bukan NFP) penurunan 1800 pip dalam tempoh sejam bagi pasangan USDCHF pada bulan Januari tahun 2015.

Hasil dagangan dengan berita jika di buat tempahan pesanan 15 minit sebelum berita. Jadual keuntungan bagi tarik 6 Mei 2016 ini hasil dari strategi Fibonacci dan keuntungan sebenar kemungkinan lebih dari nilai di bawah. Ini hanyalah ambilan keuntungan berdasarkan garis-garis fibonacci.

JUAL PIP (poin ikut

peratus) BELI PIP (poin ikutperatus)

GU 33 GU 18 EU 5 EU 32 AU 19 AU 13 UCAD - UCAD 51 UJ 41 UJ -UCHF 9 UCHF 9 Jumlah 107 Jumlah 123

(22)

Jika kita berdagang serentak di dalam akaun yang sama, keuntungan mungkin 123-107 = 16 pip atau mungkin rugi. Tetapi jika kita dagang di akaun berbeza, salah satu akaun beli dan yang lain jual, keuntungannya kemungkinan bersamaan dengan 230 pip.

Sedikit maklumat mengenai berita yang perlu kita tahu dari komunitie-forex. 1. SENARAI GAJI BUKAN PERLADANGAN -NON FARM PAYROLL

• Kesan Pip : 100 - 200 pip (Lilin pacak turun naik) • Negara : USA (Setiap Hari Jumaat Awal Bulan) • Mata wang terkesan: seluruh mata wang

2. DAGANGAN SEIMBANG -TRADE BALANCE(Paling baik jam 9.30pm Malaysia) • Kesan Pip : 70 - 120 pip

• Negara : USA

• Mata wang : seluruh pasangan USD

3. PENYATA KADAR FAEDAH -INTEREST RATE STATEMENTS • Kesan Pip : lebih dari 100 pip

• Negara : Semua

• Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 4.BARANG TAHAN LAMA -DURABLE GOOD • Kesan Pip : 50 - 100 pip

• Negara : USA

• Mata Wang : seluruh pasangan USD

5. INDEKS HARGA PENGELUAR -PRODUCER PRICE INDEX • Kesan Pip : 50 - 60 pip

• Negara : Semua

• Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang

6.PPI KECUALI TENAGA DAN MAKANAN (PPI excl FOOD AND ENERGY) • Kesan Pip : 50 - 100 pip

• Negara : Semua

(23)

7.Indeks Harga Pengguna -CONSUMER PRICE INDEX • Kesan Pip : 50 - 100 pip

• Negara : Semua

• Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang

8.CPI kecuali TENAGA DAN MAKANAN (CPI excl FOOD AND ENERGY) • Kesan Pip : 50 - 100 pip

• Negara : Semua

• Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 9.UCAPAN DARITRICHET, BERNANKE DAN FUKUI • Kesan Pip : 30 - 100 pip

• Negara : E-12, USA dan JPN • Mata wang : EURO, USD dan JPY

10.Kadar Pengangguran -UNEPLOYMENT RATE • Kesan Pip : 30 - 50 pip

• Negara : Semua

• Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang

Berikut ini adalah data ekonomi yang boleh mempengaruhi USD: 1.Average Earning = Purata Pendapatan= USD Menjadi Kuat 2.Balance Of Payment = Baki Bayaran= USD Menjadi Kuat 3.Budget Deficit = Defisit Belanjawan= USD Menjadi Kuat

4.Bussiness Inventory = Inventori Perniagaan= USD Menjadi Kuat 5.Capacity Utilitation = Kapasiti Utiliti= USD Menjadi Kuat

6. Car Sales = Jualan Kereta= USD Menjadi Kuat 7.Chicago PMI= USD Menjadi Kuat

8. Construction Spending = Belanja Pembinaan= USD Menjadi Kuat

9.Consumer Confidence Index (CCI) = Keyakinan Pengguna= USD Menjadi Kuat 10.Consumer Credit = Hutang Pengguna= USD Menjadi Kuat

11.Consumer Price Index (CPI) = Indeks Harga Pengguna= USD Menjadi Kuat 12.Consumer Spending (Expenditure) = Belanja Pengguna= USD Menjadi Kuat 13.Cost Of Living = Kos Sara Hidup= USD Menjadi Kuat

(24)

15.Corporate Profit = Keuntungan Korporat= USD Menjadi Kuat 16.Deflasi = Harga Barang Turun= USD Menjadi Kuat

17.Discount Rate = Kadar Diskaun= USD Menjadi Kuat

18.Durable Goods Order = Pesanan Barangan Tahan Lama= USD Menjadi Kuat 19.Economic Monetary System (EMS) = Dasar Kewangan Ekonomi= USD Kuat 20.Factory Order = Tempahan Perkilangan= USD Menjadi Kuat

21.Federal Budget = Bajet Pusat= USD Menjadi Kuat

22.Federal Reserve Fund = Tabung Simpanan Pusat = USD Menjadi Kuat

23.Gross Domestic Product (GDP) = Keluaran Domestik Kasar= USD Menjadi Kuat 24.Gross National Product (GNP) = Keluaran Negara Kasar= USD Menjadi Kuat 25.Housing Start = Perumahan = USD Menjadi Kuat

26.Industrial Production = Pengeluaran Industri= USD Menjadi Kuat 27.Invisible Trade = Dagangan Telus= USD Menjadi Kuat

28. Jobless Claim = Tuntutan Penganggur= USD Menjadi Kuat 29.Leading Indicator = Penunjuk Pendahulu= USD Menjadi Kuat 30.Money Supply = Saluran Kewangan= USD Menjadi Kuat

31.National Asociation = Kesatuan Kebangsaan= USD Menjadi Kuat 32.NAPM= USD Menjadi Kuat

33. Non Farm Payrolls (NFP) = Baaran Bukan Perladangan= USD Menjadi Kuat 34.Personal Expenditure = Belanja Persendirian= USD Menjadi Kuat

35.Personal Income = Pendapatan Persendirian= USD Menjadi Kuat 36.Prime Rate = Kadar Utama= USD Menjadi Kuat

37.Product Price Index (PPI) = Indeks Harga Barang= USD Menjadi Kuat

38.Public Sector Debt Repayment = Bayaran Debit Penjawa Awam= USD Kuat 39.Retail Sales = Jualan Runcit= USD Menjadi Kuat

40.Trade Balance = Dagangan Seimbang= USD Menjadi Kuat 41. Trade Deficit = Defisit Dagangan= USD Menjadi Kuat

42.Trade Weighted Index = Indeks Beban Dagangan= USD Menjadi Kuat 43.Kadar pengangguran (unemployment rate)= USD Menjadi Kuat

44.Unit Labour Cost = Kos Unit Buruh= USD Menjadi Kuat

45.Value Added Tax = Cukai Nilai Tambahan= USD Menjadi Kuat 46.Visible Trade = Dagangan Telus= USD Menjadi Kuat

Hijau = Graf Menaik

(25)

LINGKARAN

BOLINGER

(26)

LINGKARAN BOLINGER (BOLINGER BAND)

Penafian pencipta Bolinger Band, John Bollinger berkata: "lingkaran yang terjulur hanya merupakan tanda, bukannya isyarat jual beli. Lingkaran Bollinger bahagian atas bukanlah isyarat menjual manakala yang rendah bukanlah isyarat membeli. Harga semestinya mampu berjalan di mana sama ada di atas atau di bawah lingkaran Bollinger"

Itulah yang menakutkan kita kerana kenyataan dari pencipta lingkaran ini sendiri menafikan kaedah mengaut untung dengan alat ini. Bagi saya, sudah tentu banyak penunjuk tambahan harus dipasang untuk sokongan masuk ke dalam pasaran. Persediaan bagi kaedah ini semestinya

1. Lingkaran Bolinger (Bolinger band)

2.Simple Moving Average20 atauLinearWeightMoving Average 5 3. Stochastics 14, 3, 3

4. Carta H4

Belian = Belian berlaku apabila lingkaran atas menyentuh lilin diikuti dengan isyaratStochasticstamat jualan (over sell) apabila garisnya melampaui 80.

Jualan = Jualan berlaku apabila lingkaran bawah menyentuh lilin diikuti dengan isyaratStochasticstamat belian (over buy) apabila garisnya melampaui 20.

(27)

Semak arus tuju apabila stochastic digerakkan oleh pasaran.

Selepas pelajaran ini, anda akan mahir menggunakan penunjuk BB, SMA dan Stochastics.

(28)

PERGERAKAN

PURATA

(29)

MACD DENGAN RANGKA MASA SEMINIT (M1), 5 MINIT (M5) DAN 4 JAM (H4) Saya menemui tetapan MACD yang mudah dibaca isyaratnya secara tetap pada tempoh masa 4 jam. Saya suka 4 jam sebagai tempoh masa berdagang dengan MACD walaupun rangka masa seminit juga bagus untuk urus niaga pantas oleh peniaga licik (scalper). Dengan 4 jam, tidaklah terpaku ke skrin sepenuh masa. Jika anda melihat semua gambar rajah di bawah, anda akan melihat bahawa terdapat banyak isyarat yang diberikan adalah terbaik.

Saya mendapati bahawa MACD bergerak dengan cara yang tertentu menghasilkan ketepatan 80%. Kadang-kadang apa yang membuatkan hasil ia lebih baik ialah kesanggupan kita menanti dalam tempoh 4 jam. Mata wang dicadangkan ialah EURAUD

Aturan MACD

MACD 5, 13, 2 bermaksud tetapannya Fast EMA 5, Slow EMA 13 dan Signal EMA 2

Ada beberapa lagi cadangan antaranya: - Jangka masa panjang = MACD 30, 60, 30 - Jangka masa pendek = MACD 12, 26, 5

- Jangka masa pendek M1 dan M5 sahaja = MACD 12, 26, 9 -LinearWeightMoving Average 5

(30)

Aturan Telefon Pintar

(31)

Jadual H4 - Kajilah bagaimana setiap aturan ini mengubah dan berubah

Tempat mula menjual kerana tren sudah memulakan memberuang

Tren kekal menglembu selepas memberuang sedikit

Tren berubah mengejut memberuang dengan hanya tiga lilin sahaja

(32)

Tren tidak berubah dan mendatar

Kepala dan bahu. Tren menglembu dengan kenaikan secara bertingkat

(33)

PERGERAKAN

PURATA

EKSPONEN

(EMA)

(34)

ASAS GERAKAN PURATA EKSPONEN (EMA)

Perlu diketahui oleh semua peniaga dan pedagang mata wang asing bahawa semua penunjuk di dalam Metatrader dipengaruhi oleh gerakan tren. Penunjuk digerakkan oleh tren, berita, fundamental dan sentimen dan keputusan membeli dan menjual bergantung kepada berapa lama anda di hadapan komputer, berapa panaskah kerusi tempat duduk anda.

Teknik ini dinamakan strategi GU hebat untuk peniaga antara hari (intraday) dan juga pengatur (swinger) kononnya sangat serasi dengan pasangan GBPUSD tetapi pasangan lain pun boleh juga dicuba. Rangka masa ialah 4 jam (H4)

Disarankan hanya berniaga pada hari biasa dan bukan hari bencana alam atau hari berita yang menyebabkan carta terganggu.

Sediakan persiapan berikut:

1. Carta dengan rangka masa 4 jam (H4) dan sehari (D1) hanya sebagai rujukan. 2. Tiga gadis jelita EMA (4, 13, 50), penunjuk purata gerakan (moving average) kesemuanya eksponen (kerana itu disebut EMA – exponent moving average) dan ditutup (semuanya "close") iaitu:

a.EMA 4 - garis hijau b.EMA 13 - garis biru

c.EMA 50 - garis merah

3. Opsyenal sebagai bantuan tambahan, boleh juga digandingkan bersama dengan penunjuk pilihan masing-masing sama ada Stochastic (13, 5, 5) ke atau MACD (5,13, 2)

Jika memasukkan data ke dalam penunjuk purata gerakan (moving average) satu-persatu menyusahkan kita, masalah ini boleh diselesaikan dengan menukar tetapan penunjuk alligatordengan menggunakan penunjuk sedia ada Metatrader iaitu dalam menu navigator (Ctrl+n)Bill William -> alligator dengan aturan seperti berikut:

(35)

Caranya ialah :

1. Masuk beli sama ada segera mahupun tertangguh apabila -hijau silangpada merahatau

-biru silangpada merah

2. Masuk jual sama ada segera mahupun tertangguh apabila -merah silangpada hijauatau

-merah silangpada biru

3. Berhenti jual beli jika -hijau silangpada biruatau -biru silangpada hijau.

Carta di atas dengan rangka masa 4 jam dan kaedah ini amat sesuai dengan rangka masa 4 jam tetapi carta sejam atau 15 minit atau sehari atau 30 minit juga boleh diterima. Perhatikan gambar di atas. Satu lilin empat jam. Lihat pada “beli 4” itu, ianya berlaku pukul 9 malam dan sudah untung lebih 180 pip tanpa isyarat silang hijau biru lagi.

(36)

Sasaran untung di atas pengurusan kewangan masing-masing, cadangan hanya 20 pip hingga 50 pip dan maksimum sehingga 150 pip walaupun ada masanya ia boleh mencecah 300 pip!.

Bagi saya, teknik ini sesuai untuk peniaga sepenuh masa kerana ia menggunakan rangka masa H4 dan bermakna, ambil untung paling cepat ialah 5 jam

Jika kita menguasai teknik ini, bermakna kita telah menguasai teknik penunjuk Alligatordan juga teknik penunjuk gerakan purata (moving average).

(37)

DAGANGAN

JURANG

(38)

ASAS DAGANG JURANG (GAP TRADING)

Saya dapati, dagangan jurang adalah cara terbaik untuk memulai hari dagangan saya bahkan bukan pada hari pertama malah pada hari di mana berlaku tindakan drastik pada pasaran mata wang dunia. Saya berkata-kata di mana-mana sahaja berkenaan kaedah unik ini yang jarang-jarang berlaku seolah-olah kepastian melanda diri dan sangat yakin bahawa saya akan mendapat keuntungan dan mustahil akan rugi. Tetapi John Carter di dalam bukunya Mastering the Trade menulis, “tidak semua jurang akan ditutupi”. Apakah maksudnya itu?

Yang menyeronokkan mengenai dagangan jurang, ia umpama pintu yang terbuka dan harus menutupi pintu itu. Hari terbaik untuk dagang jurang ialah hari Isnin. Biasanya jurang berlaku pada awal pasaran pada hari Isnin dan juga bila berlaku cuti perayaan dan pasaran dibuka pada hari seterusnya atau berlaku bencana alam mahupun bencana keganasan. Lilin yang muncul menjauhi dan membentuk jurang. Jika kita sedang berniaga, ia mungkin akan menguntungkan atau mungkin merugikan kita kerana ia menyentuh garis ambil untung mahupun garis henti rugi secara mengejut. Jika tidak letak garis henti rugi, barangkali kerugian beratus-ratus pip boleh terjadi. Sebab itulah henti rugi perlu diletakkan.

(39)

Syarat utama ialah mestilah jurang itu melebih 30 pip tetapi John Carter berkata, hanya 10 pip sahaja untuk berdagang manakala jangan lebih nilai terbukanya dari 70 pip. Jurang bencana alam di Jepun baru-baru ini sebagai contoh bolehnya niaga jurang kerana cukup syaratnya bagi saya tetapi tidak buat John Carter.

Masuk jual atau beli pada harga pasaran dibuka di lilin pertama dan ambil untung pada harga tutup lilin sebelumnya. Rugi mestilah separuh atau sepertiga dari nilai pip harga buka lilin baharu ditolak dengan harga tutup lilin sebelumnya. Lihat gambar di bawah, harga tutup lilin sebelumnya ialah 84.881 manakala harga buka ialah 83.499.

Jurang yang berlaku ialah 138 pip dan jurang inilah keuntungan yang dicari. Cuma bagaimana hendak tahu sama ada jual atau beli? Gambar di atas menunjukkan 138 pip keuntungan boleh berlaku jika kita melakukan urus niaga belian. Dan percayalah, inilah yang kita cari. Rumusnya mudah:

- Belian= kemunculan lilin baharu di bawah jurang dari lilin yang sebelumnya - Jualan= kemunculan lilin baharu di atas jurang dari lilin yang sebelumnya

Oleh sebab 138 pip terlalu besar hentian rugi jika dibahagi dua bersamaan 69 pip, saya tidak berani ambil risiko ini. Saya bahagikan dengan tiga, dan hentian rugi saya menjadi 46 dan itu sangat berpatutan.

Lihat gambar seterusnya. Nampaknya empat kali saya diuji dengan bayang lilin yang ingin menyentuh hentian rugi saya di 83.049 dan akhirnya pada pukul 11 malam waktu Malaysia, barulah saya menerima hasil yang dikehendaki. Itu pun

(40)

kerana kejatuhan mata wang utama sekali gus menunjukkan isyarat kenaikan harga yen!

Jika saya tidak bersabar, sudah pasti pada pukul 0300 petang waktu Malaysia, saya sudah ambil untung hanya 20 pip!

Seeloknya bila berlakunya jurang, haruslah menggunakan 10% risiko daripada modal anda. Jadi pengiraan saiz lot amat penting.

Ada kalanya kerana tamak, kita abaikan saiz lot dan baki modal sehingga kita tidak dapat menikmati keuntungan kerana perniagaan kita berstatus panggilan margin (MC). Risiko modal perlu diambil kira kerana tempat hentian rugi terlalu besar sehingga mencecah 70 pip.

Di akhir pelajaran ini, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana hendak memutuskan sama ada jual atau beli, memutuskan kerugian dan keuntungan dan mengambil berat akan tren dan berita.

(41)

BAR AHAD

(SUNDAY BAR)

(42)

BAR AHAD (SUNDAY BAR)

Digelar Bar Ahad kerana munculnya lilin baharu pada petang Ahad waktu Amerika sekitar 5.00 petang sedangkan di Asia adalah pada pukul 5.00 atau 6.00 pagi hari Isnin. Pasaran dibuka pada hari Isnin pukul 0001H atau 0100H waktu carta. Ramai peniaga mata wang enggan berniaga pada hari Isnin waktu Asia kerana England dan Amerika masih tidur. Ini mengakibatkan pasaran tidak dapat membuat keputusan yang tepat.

Pengatur (swinger) yang berdagang dengan bar ahad biasanya mengutip keuntungan pada keesokan harinya tetapi ada kalanya keuntungan berlaku terlalu awal, demikian juga kerugian.

Aturan ini khusus untuk pasangan mata wang USDJPY kerana lebih stabil (pasangan lain seperti GBPUSD, EURUSD, USDCHF danEmasdi atas risiko masing-masing) manakala aturan rangka masa ialah sehari (D1).

Cara-caranya ialah

1. Pada hari Isnin pukul 12 tengah hari waktu Malaysia, buka rangka masa D1 dan sukat ketinggian lilin hari Isnin Asia. Jika terlewat masuk, buka rangka masa H4 untuk mencari kedudukan terakhir lilin pada pukul 11.59 tengah hari.

2. Jika ukuran tertinggi dan terendahnya kurang 60 pip, lupakan dagangan Bar Ahad kerana risiko tersentuh dua hentian jual/beli sangat tinggi melainkan kita yakin dengan fundamental bahawa tiada risiko besar berlaku dalam tempoh empat hari dalam minggu tersebut. Lihat gambar di bawah cara masuk berniaga dan bagaimana saya memberanikan diri pada 1 April 2016 walaupun nilai empat lilin itu kurang 60 pip.

3. Untuk belian tertangguh, dari bayang harga tertinggi, letakkan hentian belian 10 pip di atas bayang harga tersebut manakala hentian rugi ialah 10 pip di bawah bayang harga terendah

4. Untuk jualan tertangguh pula, dari bayang harga terendah, letakkan hentian belian 10 pip di bawah bayang harga tersebut manakala hentian rugi ialah 10 pip di atas bayang harga tertinggi.

(43)

5. Ambil untung sekadar 50 pip. Pasang dan tinggalkan sehari semalam. Kemudian semak semula pada hari Selasa sama ada sudah beroleh untung atau tidak. Inilah hasilnya selepas seharian:

Hanya menyentuhi garis hentian jualan dan terus terjun ke garis ambil untung (Take Profit). Tidak tersentuh hentian rugi sama sekali mahupun garisan hentian belian.

Jadual seterusnya ialah contoh urus niaga dan untung rugi di dalam sebulan dengan kaedah Bar Ahad.

(44)

TARIKH JUALAN BELIAN LABA/RUGI

29 Feb 2016 X X Apungan. Henti hari

Jumaat 7 Mac 2016 50 pip X 50 14 Mac 2016 50 pip X 50 21 Mac 2016 X 50 pip 50 28 Mac 2016 50 pip - 70 -20 Untung sebenar 130

- Pada 29 Feb 2016, berlaku apungan di mana pada minggu tersebut, lilin tidak menyentuh mana-mana hentian jualan dan hentian belian.

- Pada 28 Mac 2016, berlaku ralat kerana berita positif hingga mengganggu carta di mana pada awalnya berlaku jualan tetapi dalam hari yang sama, lilin menyentuh hentian belian (Buy Stop) dan kemudian menyentuh garisan hentian rugi.

Perhatian

1. Adalah menjadi kesalahan jika cara ini digunakan oleh pedagang licik (scalper) yang berniaga secara jual/beli pantas (scalping) dengan rangka masa M1 hingga M15 iaitu ketika berita besar atau bencana besar berlaku. Semua broker melarang perbuatan ini iaitu mendapat dua keuntungan dalam satu masa serentak dan perniagaan anda boleh diisytiharkan tidak sah dan tidak boleh menuntut keuntungan hasil perniagaan ini.

2. Kaedah ini juga menyamai dengan judi jika pedagang intra-hari (interday) berniaga dengan rangka masa M30 hingga H1 pada waktu puncak atau waktu berita disiarkan sekiranya tidak segera memadam salah satu kemasukannya (entry) jual atau belinya setelah salah satu kemasukannya sama ada garis hentian jualan atau hentian belian tersentuh terlebih dahulu. Ini bermakna, hanya ada satu sahaja perniagaan dalam satu masa. Semua broker melarang perbuatan ini iaitu mendapat dua keuntungan dalam satu masa serentak dan perniagaan anda boleh diisytiharkan tidak sah dan tidak boleh menuntut keuntungan hasil perniagaan ini.

(45)

3. Jadilah bijak dan jangan bersikap tamak seperi George Soros walaupun ia persaingan sihat kerana anda akan “dibenci” oleh broker yang melihat anda sebagai musuhnya yang mampu melingkupkan syarikat mereka.

(46)
(47)

ASAS FIBONACCI

Perlu diketahui bahawa Fibonacci tidak lengkap tanpa nilai tertinggi dan nilai terendah. Di dalam pelajaran ini, dua nilai ini dapat dikuasai dengan mempelajari carta dengan rangka masa sejam (H1). Kita memerlukan carta semalam untuk menyukat nilai tertinggi dan nilai terendah.

Kaedahnya, seret Fibonacci dari nilai tertinggi ke nilai terendah atau sebaliknya. Lihat gambar di bawah.

Di dalam Fibonacci, kita dapat mempelajari pusat atau pivot. Sekurang-kurangnya kita tahu asas pivot terbina iaitu nilai tertinggi ditolak dengan nilai terendah. Jumlah yang diperoleh itu dinamakan jumlah pip kasar dan ditolak dengan nilai terendah. Hasilnya ialah titik tengah atau pusat atau pivot. Rumus bagi pivot ialah:

1. Tinggi - Rendah=Pip

(48)

ASAS MASUK JUAL BELI DENGAN FIBONACCI

Setelah kita mengetahui cara seret Fibonacci, kita perlu tahu bahawa angka kosong mewakili henti rugi tertinggi (stop loss) manakala 100.0 ialah ambil untung tertinggi (take profit). Cara memasuki pasaran sama ada dengan kadar serta merta atau tertangguh. Jika tertangguh, nilai 50.0 atau 61.8 ialah tempat masuk berniaga sama ada hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop). Kebiasaannya nilai 100.0 ialah sekitar 20 hingga 40 pip. Maka kita harus tahu, kadar untung sekali masuk mestilah di dalam jumlah pip ini. Jadi, bagaimanakah kita tahu hari itu hari untuk jual atau beli?

Mainan Graf Menguji Kesabaran. Kelihatan graf turun tangga satu persatu mengikut tangga Fibonacci.

(49)

STRATEGI

PEMUSATAN

(50)

STRATEGI PEMUSATAN H1 (PIVOT’S STRATEGY – H1)

Tak tahu lilin akan bergerak ke mana? Hai, nak pergi mana sayang?

Kaedah ini memerlukan anda melihat dan mengkaji carta sejam (H1) mana-mana pasangan mata wang seelok-eloknya Asia lawan Barat. Berita baiknya, kaedah ini boleh digunakan dalam apa sahaja jenis saham. Ia kaedah tradisional sebelum wujud Metatrader dan Broker anda. Tiada masa? Kaedah ini juga untuk mereka yang tiada masa hendak melayan kerenah pasaran semasa.

Rumus kira-kira pivot yang membentuk Fibonacci secara standard seluruh dunia adalah seperti berikut:

Rintangan 3 = R1 + (Tertinggi - Terendah) Rintangan 2 = Pivot + (Tertinggi - Terendah)

Rintangan 1 = 2 x Pivot- Terendah PIVOT = (Tertinggi + Terendah + Tutup)/3

Sokongan 1 = 2 X Pivot - Tertinggi Sokongan 2 = Pivot - (Tertinggi - Terendah)

Sokongan 3 = S1 - (Tertinggi - Terendah)

Contohnya, nilai Tertinggi carta semalam ialah 1.4450 manakala terendah ialah 1.4313. Ia ditutup pada kadar 1.4407

P = (1.4450 + 1.4313 +1.4407)/3 = 4.3170/3

=1.4390

Kiraan selain dari itu ialah nilai pip hasil dari tertinggi dan terendah di bahagikan dua kemudian ditambah kepada nilai terendah. Tetapi kiraan ini salah kerana ia adalah kiraan Median.

(1.4450 - 1.4313)/2 = 0.0068 0.0068 + 1.4313 = 1.4381

Baiklah, setelah kita mencari tinggi dan rendah carta semalam, kemudian tunggu lilin baharu hari ini iaitu ketika jam carta pukul 0000H atau waktu Malaysia pada jam 5 pagi.

Adakah lilin baharu berada di bawah pivot? Atau di atas daripada pivot?

(51)

Jika di bawah pivot, bererti mulakan hari itu dengan jualan. Jika lilin baharu berada di atas pivot, maka urusan hari itu bermula dengan belian. Kita boleh terus masuk membeli atau menjual hanya dengan kaedah ini.

Gambar di bawah ialah contohhari baharu untuk jual. Lilin baharu di bawah Pivot 50.0 dan jumlah untung 32 pip dalam masa 10 jam. Kerugian saya tetapkan pada 61.8 atau boleh juga di atas garis pivot, manakala untung pada garis 100.0

Gambar di bawah ini pula ialah contoh hari baharu untuk beli. Lilin baharu di atas Pivot 50.0 dan jumlah untung 20 pip dalam masa 10 jam. Kerugian saya tetapkan pada 61.8 atau boleh juga di atas garis pivot, manakala untung pada garis 100.0

Ingat, dengan strategi pivot sahaja, kita mampu menjana dan memperoleh untung sekurang-kurangnya 20 pip seminggu bagi satu kemasukan (per entry). Ketepatannya strategi ini di dalam seminggu ialah dengan nisbah minimum 3:2 iaitu tiga hari untung berbalas dua hari rugi. Ini bermakna kita mampu menjana dan memperoleh untung sekali dalam 5 hari atau sekurang-kurangnya 20 pip seminggu! Ada kalanya, lima hari berturut-turut mendapat keuntungan.

(52)

Hari Isnin Hari Selasa Hari Rabu Hari

Khamis JumaatHari Untung/RugiJumlah

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 60 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 100 pip

Laba sebulan ---> 200 pip

(53)

LETUSAN

KEMBAR TIGA

(TRIPLE BREAK OUT)

(54)

TIGA LETUSAN (TRIPLE BREAK OUT)

Kita telah mengetahui, gambar rajah sebelum ini di dalam strategi pemusatan (pivot strategy) menunjukkan hanya selepas 10 jam, barulah mendapat untung. Mengapa? Jawapannya ialah letusan.

Letusan itu berlaku ketika paun sterling (GBP), euro dan swiss franc (CHF) baru memulakan hari bekerja pada paginya. Ia berlaku sekitar jam 1000 waktu carta atau pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Terdapat tiga letusan utama iaitu Asia, London dan Amerika. Oleh itu, harus diketahui bahawa tiga jenis letusan ini memainkan peranan besar kepada keuntungan kita.

Mungkin menjadi untung besar jika berita yang diumumkan adalah positif bagi mata wang tersebut sebaliknya jika berita itu negatif, garisan henti rugi akan disapu oleh bayangan dan perniagaan kita pada hari itu berakhir dengan rugi. Berlatih selama sebulan bagi setiap satu teknik amat disarankan bahkan lebih dari itu juga lebih baik!

Lebih baik tahu sedikit paten atau jenis lilin yang menjadi isyarat kepada letusan berlaku. Antara ciri kebiasaan yang akan berlaku ialah dengan kemunculan paten letusan tiga askar dan tiga gagak. Ia mestilah diikuti dengan mana-mana doji, tukul atau bintang. Letusan berlaku kerana pasaran baru bermula aktif atau kerana berita.

(55)

LETUSAN ASIA

(ABO)

(56)

LETUSAN ASIA (ASIA BREAK OUT - ABO)

Asia merujuk kepada mata wang yen Jepun (JPY), Dolar New Zealand (NZD) dan Dolar Australia (AUD). Dengan teknik Fibonacci yang telah dipelajari lepas, hanya aplikasikan sahaja dengan strategi ini. Bini empat diperlukan iaitu empat batang lilin hari pertama menjadi sumber rujukan. Seret nilai tertinggi dan terendah bagi empat batang lilin itu. Masih ingat lagi rangkap “Hai, nak pergi mana sayang?” di dalam strategi pemusatan (pivot strategy)?

Kaedah yang sama, tetapi kali ini kita meragui strategi pemusatan. Ini kerana, ada berita baharu melanda buat Yen di pagi hari waktu Malaysia kebiasaannya pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau mungkin berlaku bencana alam di Jepun.

Contohnya, telah berlaku gempa bumi di Jepun pada bulan April 2016 ketika hujung minggu. Disebabkan itu, kita tidak tahu apakah nasib lilin kerana cara pastinya berubah dengan drastik. Jika dilihat dari teknik Fibonacci yang lalu, ternyata yen akan menurun kerana ia berada di bawah pivot.

Sebagai langkah berhati-hati, ramai memesan agar tidak digalakkan berniaga pada hari itu. Jika anda berani, ada pilihan iaitu teknik Bar Ahad (Sunday Bar) iaitu membuka dua jalan jual beli iaitu jual dan beli serentak dengan syarat, segera mansuhkan salah satu kemasukan sama ada jual atau beli jika tren sudah diketahui kerana jika anda untung serentak dengan cara ini, inilah yang dinamakan berjudi sehinggakan difatwakan haram oleh JAKIM dan melanggar peraturan broker itu sendiri.

Saya masih berdegil masuk berniaga mengikut kaedah asas Fibonacci dan pivot dan saya yakin tren menurun kerana lilin baharu berada di bawah pusat 50.0. Syarat mula dagang ialah nilai seret mestilah melebihi 20 pip iaitu bayang lilin tertinggi ditolak jumlahnya dengan bayang lilin terendah. Jangan risau kerana saya akan terangkan di dalam LBO nanti.

(57)

Kemudian saya seret satu lagi Fibonacci ke atas empat bini saya iaitu empat lilin baharu (pada bulan April, pukul 5 pagi hingga 8 pagi waktu Malaysia). Hasilnya, muncullah angka baharu apabila Fibonacci diseret iaitu angka 161.8. Di situlah tempat saya ambil untung sebanyak 45 pip kerana tempat saya masuk jual ialah di angka 100.0. Lihat apa yang berlaku manakala saya menetapkan rugi saya pada 50.0 iaitu 35 pip.

(58)

Risiko yang saya ambil agak berbaloi kerana ia masih mengikut tren pusat hari yang lalu! Nyaris menyapu garis henti rugi saya pada jam 9 pagi dan pada jam 2 petang, hasil dituai. Syukur alhamdulillah. Kemudian berlaku kebalikan lilin kerana Yen menjadi kuat pada waktu London petanda mata wang Eropah terjejas.

Hari Isnin Hari Selasa Hari Rabu Hari

Khamis JumaatHari Untung/RugiJumlah

20 pip 30 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip -20 pip 30 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip 120 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip -20 pip

Laba sebulan ---> 110 pip

(59)

LETUSAN

LONDON

(60)

LETUSAN LONDON (LONDON BREAK OUT - LBO)

Merujuk kepada mata wang sekitar Eropah terutamanya Paun Sterling, Euro dan Swiss Franc. Dagangan mata wang bertiga berpasangan sangat menarik jika bersama kaedah dagangan berita (news trading). Dengan kaedah fundamental ini, keuntungan berlipat ganda. Sama juga, bini empat. Cuma masanya berbeza, waktu di carta jam 0600 hingga 0900 pagi ini diseret atas ke bawah atau sebaliknya.

Cari pivot hari sebelumnya dari pukul 0500 pagi sehingga 0500 pagi waktu carta (10 pagi hingga 10 pagi waktu Malaysia) dan bukan dari 0000 malam hingga 0000 malam. Selepas ditentukan tren, masuk jual atau beli dengan hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop). Lihat gambar di bawah:

Saya tahu tren menurun kerana lilin pukul 6 pagi muncul di bawah pivot 50.0. Jadi, misi saya ialah menjual tetapi saya harus seret Fibonacci dari jam 6 pagi hingga 9 pagi untuk jualan pada pukul 10 pagi. Saya tidak galakkan anda membuat cara sama seperti niaga jurang kecuali terdapat berita negatif kepada tiga mata wang ini. Itu pun bersyarat iaitu mansuhkan salah satu selepas pasti haluan tren baharu.

Malangnya jumlah pip bagi empat lilin ini kurang dari 20 pip (bayang tertinggi-terendah) . Saya tidak mahu ambil risiko. Apa yang berlaku jika saya ambil risiko? Bayang lilin akan menyapu hentian rugi saya sebelum untung berlaku. Lihat gambar di bawah!

(61)

Saya masuk berdagang pada tepat pukul 10 pagi waktu carta dengan hentian jualan pada angka 100.0 dan mengambil untung 19 pip di angka 261.8 dan bukan 161.8 kerana jumlah pip terlalu kecil di bawah 10 pip.

Angka 0.0 ialah henti rugi saya telah disentuh oleh bayang lilin sejam selepas masuk dagang padahal untung berlaku hanya tiga jam kemudian.

Itulah sebabnya saya tidak masuk niaga jika empat bini saya kurang 20 pip!

Mungkin ada yang berkata, boleh buat had jualan (sell limit) di angka 0.0. Masalahnya, saya tak tahu bayangnya akan jadi begitu dan saya tidak mahu mempertaruhkan nasib dengan dua dagangan iaitu tempahan had jualan (sell limit) dan hentian jual (sell stop) serentak. Ianya sama dengan kes peniaga negara China ke atas broker ACFX. Untung memang lumayan tetapi tidak sah!

Hari Isnin Hari Selasa Hari Rabu Hari

Khamis JumaatHari Untung/RugiJumlah 30 pip 50 pip 20 pip 20 pip 30 pip 150 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip -20 pip

20 pip 30 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip -60 pip

Laba sebulan ---> 100 pip

(62)

LETUSAN

AMERIKA

(63)

LETUSAN AMERIKA (US BREAK OUT - USBO)

Merujuk kepada mata wang sekitar Amerika iaitu Dolar Amerika (USD) dan Dolar Kanada (CAD). Kali ini bukan empat bini, tetapi laksamana Do Re Me. Bertiga sahaja! Sudahlah bertiga, syarat mula dagang ialah nilai seret mestilah melebihi 15 pip iaitu bayang lilin tertinggi ditolak jumlahnya dengan bayang lilin terendah dan bukan 20 pip seperti ABO atau LBO.

Masanya juga berbeza, waktu di carta jam 1200 hingga 1459 petang ini diseret atas ke bawah atau sebaliknya untuk mencari pivot (5 petang hingga 7.59 petang waktu Malaysia). Selepas ditentukan tren melalui pivot, masuk jual atau beli dengan hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop) pada pukul 1500 waktu carta. Lihat gambar di bawah:

Melalui gambar di atas, kita cuma mencari pivot pada masa terkini dan bukan seperi teknik ABO dan LBO. Ini kerana, gangguan dua letusan besar baru berlaku dan mengganggu carta. Saya dapati pada pukul 1500 waktu carta, lilin muncul di bawah pivot.

Saya yakin tren menurun maka saya telah memasang jualan di angka 100.0 dan cuba meletakkan untung pada 161.8 tetapi saya dapati untung kurang 20 pip. Saya juga cuba masukkan dagangan kedua dengan mengambil untung di angka 261.8 dan jika benar, maka saya untung 36 pip. Selepas sejam, dagangan pertama

(64)

saya membuahkan hasil dan iga jam, membuahkan hasil kedua. Jumlah untung saya bagi dua dagangan ialah hampir 50 pip.

Malah saya dapati, lilin terus turun tetapi jangan tamak. Dua puluh pip sudah sebegitu banyak!

Hari Isnin Hari Selasa Hari Rabu Hari

Khamis JumaatHari Untung/RugiJumlah 30 pip 50 pip 20 pip 20 pip 30 pip 130 pip

20 pip 30 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip

20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 30 pip -20 pip 30 pip 50 pip 20 pip 20 pip 20 pip 60 pip

Laba sebulan ---> 200 pip

(65)

STRATEGI

POSISI

(66)

Posisi (Position) atau kedudukan kita dalam pasaran melebih sehari tanpa mempedulikan graf. Kelebihan strategi posisi ialah pasang dan tinggal dan tidak perlu sibukkan diri dengan menghadap carta atau mengambil berat akan berita-berita kewangan semasa. Tidak perlu asas SoNaR, Fibonacci, penunjuk itu ini dan lain-lain. Pasang dan tinggal!

Disarankan menggunakan akaun bertukar (swap) yang ditawarkan sesetengah broker sebagai akaun islamik kerana tanpaswap, kita akan dikenakan cas berjaga malam (overnight)

(67)

KAEDAH

SENANDUNG

SEMALAM

(68)

1. KAEDAH SENANDUNG SEMALAM

Mata wang dicadangkan ialah GBPUSD dengan rangka masa D1 dan W1. Kadar kerugian seminggu maksimum dua kali sahaja. Caranya:

a. Ambil harga tertinggi semalam dan harga terendah semalam dan tandakan dengan garisan silang. Di situ maklumat kemasukan harga muncul.

b. Masuk pasaran secara pesanan tertunda di mana garisan yang tinggi dijadikan sebagai hentian beli dan garis silang rendah di bawah sebagai hentian jualan.

c. Dari garisan kemasukan tempahan kita tadi, ambil untung maksimum 25 pip sahaja.

d. Jangan lupa hentian rugi iaitu di rugi bagi jualan di garis tempahan Hentian Belian manakala garis kerugian bagi belian terletak di Hentian Jualan.

(69)

e. Kelemahan kaedah ini ialah kerugiannya tinggi mencecah antara 50 pip sehingga 300 pip sedangkan untungnya hanya 20 pip.

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA

DAN MATAWANG

KAEDAHNYA

Kaedah Senandung Semalam D1, W1

GBPUSD

1. Tertinggi semalam = T 2. Terendah semalam = R 3. TP = 25 pip from PO only 4. SL = di T untuk Hentian Belian dan R

(70)
(71)

2. KAEDAH 150

Mata wang dicadangkan ialah GBPJPY dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum tiga kali sahaja jika berlaku gangguan banyak berita. Caranya:

a. Cari nilai pip (N) melalui hasil tertinggi (T) semalam di tolak dengan harga terendah (R) semalam. Di situ maklumat pip diperoleh. Campur kedua-dua nilai ini iaitu 1.2793-1.2630 = 163 pip dan itulah nilai pip (N) dan nilai ini melebih 150 pip sekali gus kaedah ini disahkan dan boleh diteruskan.

b. Darabkan 163 pip tadi dengan 30% dan jumlah kemasukan nanti (E) ialah 48.9 pip atau 50 pip setelah dibundarkan.

c. Cara memasuki pasaran ialah dengan dua cara: i. Hentian Belian = Lilin Baharu + E

1.2652+0.0050 = 1.2702 ii. Hentian Jualan = Lilin Baharu - E

1.2652-0.0050 = 1.2602

d. Dengan menjadikan tempat pesanan dua hentian jualan dan belian sebagai hentian rugi juga, maka sempurnalah aturan pemasangan dan tempahan. Lihat hasilnya di bawah langsung tidak mencecah garis hentian rugi yang juga

(72)

merupakan garis hentian jualan. Ramai para pengatur (swinger) enggan meletakkan hentian rugi tetapi bagi saya, jangan cuba-cuba.

e. Kelemahan kaedah ini ialah kerugiannya tinggi mencecah antara 50 pip sehingga 100 pip sedangkan untungnya hanya 30 pip.

Rumusnya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG KAEDAHNYA Kaedah 150 D1 GBPJPY 1. Pip (N) = (T - R) 2. Kemasukan (E) = 0.3 x N 3. Hentian Belian = Lilin Baharu + E 4. Hentian Jualan = Lilin Baharu - E

5. TP = 10 hingga 30 pip dari nilai tempahan

6. elakkan jika nilai pip kurang 150 pip > 150

(73)

KAEDAH

SUBUH ISNIN

(BAR AHAD)

(74)

3. KAEDAH SUBUH ISNIN SAHAJA ATAU LEBIH KENALI SEBAGAI BAR AHAD

Mata wang dicadangkan ialah semua pasangan dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum dua kali sahaja jika berlaku gangguan banyak berita. Caranya dalam bab Bar Ahad. Cuma, kita boleh dagang tak kira sama ada berjurang atau tidak.

a. Waktu carta 0000H hari Isnin berlaku jurang renggang atau tidak. Jika tidak, pastikan jumlah pip lilin terakhir hari Jumaat melebihi 30 pip.

b. Hentian Beli ditambah 12 pip daripada bayang atas manakala Hentian Jual ditolak 12 pip daripada bayang bawah lilin sebelumnya. Ambil untung 30 pip dari pesanan.

c. Hentian Rugi di atas pesanan tangguh. Pesanan hentian jualan adalah tempat hentian rugi dan begitu juga sebaliknya. Tamatkan salah satu pesanan dengan segera jika pasaran memicu salah satu pesanan kita.

(75)

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA

DAN MATAWANG

KAEDAHNYA

Kaedah Subuh Isnin Sahaja (SIS) D1

Semua pasangan 1. waktu carta 0000H hari Isnin berlakujurang renggang 2. Hentian Beli = +10 daripada bayang

atas lilin sebelumnya

3. Hentian Jual = +10 daripada bayang bawah lilin sebelumnya

4. Tamatkan salah satu pesanan jika memicu salah satu 5. Hentian Rugi = 10 dari pesanan 6. Ambil untung = 30 pip dari pesanan.

(76)

KAEDAH

SEHARI

SEMALAM

(77)

4. KAEDAH SEHARI SEMALAM

a. Mata wang dicadangkan ialah GBPUSD, EURUSD (pukul 1200H waktu Malaysia), GOLD (hanya terhad keuntungan 50 hingga 100 pip), USDJPY (terhad keuntungan 80 pip) dan USDCHF (masih dalam percubaan) dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum sekali sahaja jika tidak berlaku gangguan banyak berita. Caranya:

a. Saiz lilin kelmarin jika kurang 90 pip tidak sah untuk cara ini. Jika saiznya 90 pip tetapi lilin terdiri dari bentuk bintang mahu pun Doji atau lilin kelmarin dan dua hari sebelumnya berbentuk Bar Dalaman (Inside Bar)

b. Pesanan tangguh di bayang tinggi dan rendah lilin kelmarin

c. Henti rugi pada hari Jumaat malam Sabtu atau hari biasa di keesokan hari jika berlaku apungan. Inilah kelemahannya, bila berlaku apungan, mungkin untung mungkin rugi.

(78)

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA

DAN MATAWANG

KAEDAHNYA Kaedah Sehari Semalam D1 GBPUSD EURUSD (1200H my) GOLD (50p-100p) USDJPY (80p) USDCHF

1. Lilin jika kurang 90pip tidak sah 2. Pesanan tangguh di bayang lilin kelmarin

3. Elakkan inside bar, bintang, tukul dan lain-lain jenis lilin tren kebalikan 4. tamatkan jika muncul doji, bintang, tukul

kecuali Emas

5. Henti rugi hari Jumaat malam Sabtu atau esok hari jika apung.

6. Ambil untung 30 pip jika berlaku apungan, maksimum untung 200 pip

(79)

KAEDAH LAWAN

TREN

(80)

5. KAEDAH LAWAN TREN (CaReS)

Strategi unik ini hanya untuk yang berani ambil risiko tetapi hasilnya berbaloi. Biasanya kaedah ini diguna pakai semasa dagangan berita (News Trading). Semua pasangan mata wang boleh digunakan dan cadangan rangka masa D1 sebagai rujukan dan H1 sebagai pemerhatian ketika hendak ambil untung.

a. Tanda awal berlaku patah balik (retrace) apabila muncul pin bar semasa memberuang atau menglembu. Ini adalah isyarat kebalikan lilin (Candlestick Reversal Signal). Pesanan tangguh bermula pada harga buka lilin baharu.

b. Ambil rugi di hujung ekor pin bar manakala ambil Untung di garisan 20 pip hingga 80 pip dari pesanan.

c. Kesabaran selama sejam atau lebih adalah perlu, saya sarankan jika di H1, sila tunggu sehingga untung dan ingat, potong dan batal dagangan jika lawan tren berakhir tidak kira untung atau rugi. Jika rangka masa D1, biarkan sahaja dan taruhlah kepercayaan.

(81)

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA

MASA DAN MATAWANG

KAEDAHNYA

Kaedah Lawan Trend (CRS) D1

Semua pasangan

1. muncul pin bar semasa memberuang atau menglembu

2. Pesanan tangguh = harga buka lilin baharu 3. Ambil rugi = hujung ekor pin bar. 4. Ambil Untung = 20pip hingga 80 pip

dari pesanan.

5. Potong dan batal jika lawan trend berakhir 6. Kena tunggu sehingga untung

(82)

LAIN-LAIN

KAEDAH

YANG AGAK

AMPUH

(83)

Semua kaedah yang diterangkan ini hendaklah diuji dengan akaun demo dan berlatihlah sekurang-kurangnya selama sebulan bagi setiap strategi sehingga anda mahir dan taelah membiasakan diri dengan kaedah-kaedah ini serta gelagat pasaran.

KAEDAH 00 KE 12 (5KE17)

Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Amerika, setelah mencari punca dan sokongan serta rintangan (SoNaR) berakhir dengan kebuntuan kerana carta melakukan helah tipu daya sehingga hilang kenampakan arah tujunya. Rangka masa M30 dan mata wang dicadangkan ialah GBPJPY, EURJPY dan GBPUSD. Caranya:

a. Cari bayang tertinggi dan bayang terendah dari tempoh 0000 sehingga 1200 waktu carta lalu tetapkan pesanan tangguh jualan dan belian serentak.

b. Ambil untung hanya 20 pip dari pesanan manakala rugi ditetapkan 20 pip sahaja dari pesanan garis yang pasaran memicu iaitu garis yang sama di mana pesanan berlaku.

(84)

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG KAEDAHNYA Kaedah 00 ke 12 (5ke17) M30 GBPJPY EURJPY GBPUSD

1. Cari T dan R dari tempoh 0000 sehingga 1200

waktu carta 2. T = Beli, R = Jual

3. Ambil untung = 20 pip dari pesanan 4. Rugi ditetapkan = 20 pip dari pesanan

(85)

KAEDAH 00 KE 08 (5KE3)

Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan London, setelah mencari punca dan sokongan serta rintangan (SoNaR) berakhir dengan kebuntuan kerana carta melakukan helah tipu daya sehingga hilang kenampakan arah tujunya. Rangka masa H1 dan mata wang dicadangkan ialah GBPUSD sahaja. Caranya:

a. Mulakan pesanan tangguh jualan dan belian 12 pip dari harga buka lilin baharu pukul 4 petang waktu Malaysia.

b. Rugi ditetapkan di setiap hentian berlawanan (hentian belian adalah hentian rugi jualan dan sebaliknya) dan ambil untung 41 hingga 50 pip dari pesanan

(86)

RANGKA MASA DAN MATAWANG KAEDAHNYA Kaedah 00 ke 08 (5ke3) H1

GBPUSD 1. pesanan tangguh jualan dan belian 12 pipdari buka 2. Rugi = di setiap hentian berlawanan 3. Ambil untung = 41 hingga 50 pip dari

(87)

KAEDAH SEPARUH SEMALAM

a. Catat nilai tertinggi semalam sebagai T dan terendah semalam sebagai R. b. Cari median atau pivot dengan menolak kedua-dua jumlah ini. Tandakan dengan garis lintang.

c. Cara masuk pasaran ialah pesanan tertangguh sama ada jual atau beli atau kedua-duanya sekali seperti berikut. Jika M berada bawah dari lilin baharu, hari itu ialah hari belian. Demikian sebaliknya. Rumusnya:

M > lilin baharu = Jualan M < lilin baharu = Belian

d. Tempahan jual beli ialah bermula 30 hingga 50 pip dari lilin baharu. Ambil untung sekitar 20 hingga 40 pip dari tempahan, manakala henti rugi di M atau 20 pip. Henti rugi di M atau 20 pip.

(88)

e. Kekuatan strategi ini ialah kerana menyamai kaedah strategi Fibonacci. f. Kelemahannya, jika lilin semalam atau semasa letusan Asia berlaku berita tergempar, carta akan terganggu dengan berita, kebiasaannya saya jauhkan diri dari carta.

Ringkasannya seperti berikut: RANGKA

MASA DAN MATAWANG

KAEDAHNYA

Kaedah Separuh Semalam H1

GBPJPY EURJPY CADJPY

1. Tertinggi semalam = T, Terendah semalam = R 2. T – R = median (M)

3. M > lilin baharu = Jual 4. M < lilin baharu = Beli

5. Tempahan jual beli = 30 hingga 50 pip dari lilin baharu

6. Ambil untung = 20-40 pip dari tempahan, Henti rugi di M atau 20 pip

Jika semalam terganggu dengan berita, tp hari ini ambil <20 pip atau jauhkan dari carta

(89)

KAEDAH 4 LILIN JEPUN

Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Asia. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan Asia (ABO). Ringkasannya seperti berikut:

RANGKA MASA DAN MATAWANG

KAEDAHNYA Kaedah 4 Lilin Jepun

H1 dan H4 Semua pasangan

JPY

1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin hari pertama

Pada pukul 0900 waktu Malaysia

2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan MACD

3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah 5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan

(maksimum 130)

6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan

(90)

KAEDAH 4 LILIN BRITISH

Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan London. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan London (LBO). Ringkasannya seperti berikut:

RANGKA MASA DAN MATAWANG

KAEDAHNYA Kaedah 4 Lilin British H1 dan H4

Semua pasangan

GBP

1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin hari pertama Pada pukul 1200 waktu Malaysia 2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan MACD

3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah

5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan (maksimum 130) 6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan

(91)

KAEDAH 3 LILIN AMERIKA

Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Amerika. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan Amerika (USBO). Ringkasannya seperti berikut:

RANGKA MASA DAN MATAWANG

KAEDAHNYA Kaedah 3 Lilin Amerika H1 dan H4

Semua pasangan USD

1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin hari pertama

pukul 1900waktu Malaysia

2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan MACD

3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah 5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan

(maksimum 130)

6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan

Gambar

Gambar di bawah ialah contoh hari baharu untuk jual. Lilin baharu di bawah Pivot 50.0 dan jumlah untung 32 pip dalam masa 10 jam
Gambar  di  bawah  ini  pula  menunjukkan  lilin  yang  mengubah  tren  kepada menglembu.
Gambar ini menunjukkan contoh MC sebanyak 99.6% dari modal akaun saya lesap dan saya telah dikeluarkan dari urus niaga secara automatik

Referensi

Dokumen terkait

Pengalihan nilai-nilai remaja yang dibesarkan pada lingkungan otoritarian menjadi lingkungan otoriter ditinjau dari perkembangan tugas perkembangan remaja..

Sedangkan pedoman dalam pelaksanaan survei mawas diri mulai dari pengumpulan data, primer dan sekunder pengolahan dan penyajian data masalah dan potensi yang ada,

Mitoha sering mengaduk-aduk rambutnya karena pening memikirkan bagaimana Maryamah, dari seorang perempuan pendulang timah yang bahkan tak pernah memegang papan catur, tiba-tiba

Dalam merencanakan bangunan bawah jembatan, dilakukan analisis menggunakan program bantu spcolumn untuk mendapatkan jumlah tulangan longitudinal pada abutment dan

Peralatan yang digunakan dalam pembuatan produk pastry sangat beragam bentuk dan fungsinya sebagaimana yang ungkapkan oleh Faridah dkk (2011:95) “Peralatan

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 184 ayat (1) Undang-undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah sebagaimana telah diubah dengan Undang-undang Nomor

Dalam hal ini pejabat atau pemerintah dapat memanfaatkan media massa sebagai alat politik untuk menimbulkan opini baru di masyarakat sehingga kepentingan pemerintah

Pengujian terhadap Rancang angun 'esin Pembuat s Puter %atu %iklus  /, 1am Dengan Pengaduk Dan Penggerak 'otor 2istrik 0, !P suatu uji coba dari