• Tidak ada hasil yang ditemukan

Written Assessment IB Malay HL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Written Assessment IB Malay HL"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Title/Question : How was your understanding of cultural and contextual consideration of the work developed through your interaction oral?

Novel : Lorong Midaq

Lorong Midaq hasil nukilan Naguib Mahfouz adalah sebuah novel yang banyak dikaji oleh pengkaji sastera dan diterjemah ke pelbagai bahasa. Novel ini berlatar belakangkan Mesir dan diterbitkan pada tahun 1947. Terdapat pelbagai budaya masyarakat arab yang ditonjolkan pengarang dalam novel ini. Hasil perbincangan bersama rakan-rakan tentang budaya masyarakat arab, saya amat tertarik untuk mengkaji budaya berpolitik masyarakat arab.

Naguib Mahfouz menggambarkan budaya berpolitik masyarakat arab melalui watak sampingan, iaitu Ibrahim Farhat yang merupakan calon pilihan raya dan telah datang ke Lorong Midaq untuk berkempen. Sebuah pavilion telah dibina sebagai persiapan beliau berkempen dan banyak gambar poster ditampal didinding. Sambil diiring pengiring, Ibrahim berjalan di sepanjang Lorong Midaq sambil mengangkat tangan tinggi di atas kepala. Beliau juga memberi salam dan sedikit ucapan kepada penduduk Lorong Midaq, dengan hasrat untuk menyemai persahabatan. Selain itu, Ibrahim telah menyediakan hiburan buat penduduk Lorong Midaq, dimana bacaan Al-Quran, nasyid, syair, dan tarian gelek telah dipersembahkan. Calon pilihan raya sememangnya akan berusaha sehabis baik untuk mempromosi diri sendiri dalam berkempen. Mereka akan berkenal-kenalan dengan rakyat. Tujuan kempen ini adalah untuk rakyat lebih mengenali bakal pemimpin mereka dan dapat mengundi calon yang paling layak.

Seterusnya, Naguib Mahfouz juga menonjolkan budaya rasuah dalam politik masyarakat arab. Hal ini dapat dilihat ketika Ibrahim Farhat berkempen. Beliau telah

(2)

apabila Ibrahim menawarkan Tuan Kirsha lima belas paun untuk sokongan, Kirsha malah meminta dua puluh paun. Jelaslah disini bahawa politik masyarakat arab mengamalkan rasuah sebagai budaya mereka. Untuk contoh yang lebih tepat, Tuan Kirsha digambarkan pengarang sebagai seorang yang akan menyokong sesiapa yang ‘sanggup membayar lebih’. Keadaan yang menyokong budaya rasuah ini sebenarnya salah satu faktor terjadinya rasuah kerana pemimpin tidak akan memberi rasuah sekiranya orang yang diberi menolak.

Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat arab zaman kini, budaya berkempen masih diamalkan sehingga kini, begitu juga dengan budaya rasuah. Satu kajian oleh sebuah media Mesir menunjukkan kadar rasuah di negara itu telah meningkat pada tahun lepas. Malaysia juga antara negara yang tidak lepas daripada budaya rasuah dalam politik, malah Malaysia berada di kedudukan lebih atas daripada Mesir dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun 2014.

Kesimpulannya, budaya kempen dalam berpolitik amatlah bagus kerana rakyat boleh mengenali bakal pemimpin dengan lebih dekat. Namun, amalan rasuah merupakan perkara yang tidak patut dijadikan amalan kerana ia menunjukkan sikap tidak amanah dan tidak jujur. Pemimpin yang bagus bukanlah yang memberi rasuah. Pemimpin yang bagus akan mendapat undian daripada rakyat seikhlasnya.

(3)

Research Question : Sejauh manakah peperangan mempengaruhi kritikan sosial yang terdapat dalam novel Lorong Midaq?

Novel Lorong Midaq karya Naguib Mahfouz telah ditulis pada tahun 1947 dan banyak diterjemah ke pelbagai bahasa untuk dikaji oleh pengkaji sastera. Novel ini berlatar masakan beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua. Peperangan tersebut banyak memberi kesan dan banyak mempengaruhi aspek-aspek kehidupan dalam novel ini, termasuklah aspek kritikan sosial. Kritikan sosial, menurut Hashim Awang, adalah salah satu jenis kritikan sastera yang memaparkan realiti kehidupan dalam karya sastera. Kritikan sosial juga adalah cerminan kehidupan dalam karya dan boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat yang lain.1 Pemaparan kritikan sosial dalam sesebuah karya sastera juga sebagai satu teguran penulis untuk masyarakat yang disampaikan melalui para pembaca kerana kritikan sosial adalah medium untuk menghubungkan penulis dan para pembaca. 2Secara jelas, kritikan sosial bersifat negatif dan patut dijadikan tauladan dan diambil pengajaran. Novel Lorong Midaq sememangnya banyak menceritakan tentang aspek moral masyarakat lorong tersebut yang negatif serta berbeza-beza corak kehidupan melalui pelbagai watak sama ada watak utama mahupun watak sampingan.

Perang Dunia Kedua yang terjadi telah menyebabkan terbentuknya masyarakat yang tidak amanah dan tidak jujur dalam menjalankan perniagaan. Ketika peperangan berlaku, aktiviti perniagaan menghadapi masalah apabila import dari India disekat. Namun begitu, bagi Salim Alwan, peperangan telah membuka pintu keuntungannya apabila dia mula bergiat aktif dalam pasaran gelap, yang akhirnya menjadikannya pedagang kaya yang berjaya. Hal ini dapat dirujuk melalui petikan berikut:

(4)

“Keadaan dalam masa perang memberi keyakinan kepada Salim Alwan tentang kebijaksanaan perniagaan dalam barang-barang yang pada masa lalu tidak menarik perhatiannya, misalnya, teh. Oleh itu, dia telah aktif dalam pasar gelap dan telah mengaut keuntungan yang amat banyak.”

(Lorong Midaq: 94)

Dalam menunjukkan konteks kesan peperangan, pengarang memulakan petikan dengan frasa ‘Keadaan dalam masa perang’ dan diikuti kata hubung ‘oleh itu’ untuk menunjukkan kesan yang berlaku ketika waktu peperangan. Penggunaan teknik pemerian oleh pengarang dalam petikan juga adalah sesuai kerana gambaran terperinci tentang apa yang berlaku dapat diceritakan. Selain itu, fokus pengarang juga dapat dikesan dengan jelas. Sebagai contoh, petikan diatas jelas memfokuskan akan kesan peperangan dengan adanya frasa ‘oleh itu’, yang menunjukkan adanya sebab dan kesan. Pasaran gelap bermaksud kegiatan perniagaan secara haram untuk mengelak daripada peraturan tertentu khususnya peraturan kerajaan supaya barang kawalan atau barang larangan dapat dibawa masuk untuk diniagakan.3 Perbuatan Salim Alwan yang mengamalkan perniagaan pasaran gelap merupakan kritikan sosial kerana penglibatan dalam pasaran gelap membuktikan peniaga bersikap tidak amanah dan tidak jujur dalam urusan berniaga. Hal ini sebenarnya akan menyusahkan para peniaga yang lain dari segi peluang perniagaan. Walaupun penglibatan dalam pasaran gelap ini hasilnya menguntungkan, tetapi tetap salah sama ada di sisi undang undang ataupun agama yang mana rata-rata penduduk Lorong Midaq beragama islam. Hendaklah dijauhi akan perbuatan ini kerana perbuatan yang salah tidak menjamin kehidupan yang baik malah akhirnya akan membinasakan kita jua di hari kelak,

Selain itu, peperangan juga telah membentuk masyarakat Lorong Midaq yang mengamalkan rasuah dalam politik. Rasuah dalam politik dapat dilihat diamalkan oleh Ibrahim Farhat serta sebahagian penduduk Lorong Midaq, termasuklah Tuan Kirsha. Ibrahim Farhat, yang merupakan calon pilihan raya telah datang ke Lorong Midaq untuk berkempen

(5)

dan telah memberi rasuah dengan memberikan hadiah gula-gula serta membelanja penduduk minum teh. Tindakannya ini adalah supaya penduduk Lorong Midaq mengundinya sebagai wakil rakyat dan seterusnya memenangi pilihan raya. Dalam memaparkan kritikan sosial ini, Naquib Mahfouz menggunakan kedua-dua watak iaitu pemberi dan penerima rasuah. Dengan itu, kritikan sosial tentang rasuah dalam politik ini amatlah jelas ditimbulkan penulis dan mudah dikesan para pembaca kerana rata-rata watak mengamalkannya. Amalan rasuah ini juga adalah salah satu amalan negatif yang menunjukkan sikap tidak amanah dan tidak jujur. Rasuah sebenarnya sangatlah perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan yang padah. Hal ini kerana dengan menerima rasuah, kita bersetuju melakukan apa sahaja yang diminta oleh pemberi rasuah walaupun kadang kala terpaksa mempertaruhkan hidup atau nyawa orang lain, semata-semata demi harta dan wang. Dalam petikan pemerian dibawah, penulis jelas menunjukkan latar masyarakat Lorong Midaq yang mengamalkan rasuah dalam politik.

“Sejak itu pula dia hanya menjadi pemerhati politik saja sepertimana dia menjadi pemerhati lain-lain barang dagangan yang menguntungkan, dan dia menjadi penyokong sesiapa yang ‘sanggup membayar lebih’.”

(Lorong Midaq: 233)

Petikan tersebut merujuk kepada Tuan Kirsha, dimana frasa ‘sanggup membayar lebih’ dalam petikan merujuk kepada nilai rasuah yang tinggi. Tuan Kirsha dahulunya pernah aktif dalam bidang politik dan terlibat dalam peperanan atau pertempuran antara Armenia dan Yahudi. Akibat dari pengalaman lampau, Tuan Kirsha berpegang bahawa mana-mana pemberi rasuah yang menawarkan rasuah yang tinggi maka itulah yang akan diundinya. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bbahawa amalan rasuah dipengaruhi kisah lampaunya yang pernah terlibat dengan peperangan. Sesungguhnya, menerima wang rasuah yang banyak hanya memberi kegembiraan yang sementara, dan jika disabit undang-undang, akan dikenakan hukuman. Tambahan pula, masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap mereka

(6)

Seterusnya, Perang Dunia Kedua juga menyumbang dalam pembentukan masyarakat yang mengamalkan meminum arak. Kritikan sosial ini diperlihat Naguib Mahfouz melalui watak Hussain. Petikan dibawah adalah dialog Hussain yang jelas menunjukkan dia mula meminum arak apabila bekerja dengan tentera Inggeris sewaktu Perang Dunia Kedua:

“Bagaimana kau boleh tinggal dengan orang-orang Inggeris dan tidak minum? Alangkah bodohnya kau? Alkohol adalah menyegarkan dan ia baik untuk otak. Mari….”

(Lorong Midaq:385)

Dialog tersebut diucapkan Hussain kepada Abbas ketika mereka sedang berjalan bersama dan tiba di tempat yang dinamakan daerah Yahudi. Abbas dan Hussain sebelum ini bekerja dengan tentera Inggeris sebelum kedua-duanya kembali ke Lorong Midaq setelah peperangan tamat. Disebabkan pekerjaannya itu, Hussain telah terpengaruh dengan amalan meminum arak yang sememangnya merupakan budaya masyarakat barat. Beberapa nama kedai meminum arak juga disebut dalam novel ini. Antaranya adalah Bar Vita, dan Vince’s Bar. Bukti lain yang terdapat dalam novel adalah ketika Hamida sedang bersuka-ria bersama tentera Inggeris sambal meminum arak. Dalam memaparkan kritikan sosial ini, pengarang dengan bijak menimbulkan isu ini dalam beberapa watak utama dan watak sampingan yang jelasnya mengamalkan budaya barat. Perkara ini terang menunjukkan bahawa masalah ini merupakan masalah utama dalam masyarakat Lorong Midaq. Arak atau alkohol sangatlah tidak baik untuk kesihatan. (Black Market)4. Orang yang mabuk arak juga cenderung dan terdedah kepada bahaya. Ringkasnya, pergaulan dengan masyarakat barat mampu mempengaruhi diri dengan amalan-amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat.

Akhir sekali, pembentukan golongan pelacur wanita juga adalah kesan daripada peperangan yang berlaku. Seperti yang boleh dilihat, Ibrahim Faraj telah memperdaya 4 (Kesan Penagihan Alkohol, 2003)

(7)

Hamida denngan kata cinta untuk menjadikannya pelacur. Ibrahim Faraj juga mempunyai sebuah sekolah dimana semua gadis dan wanita dilatih untuk menjadi pelacur. Terjadinya kegiatan ini adalah kerana wujudnya tentera-tentera British dan Amerika yang mengamalkan aktiviti ini. Bukti adalah seperti diberi dalam petikan novel di bawah:

“Sabar, sabar. Pegawai-pegawai tentera Amerika dengan senang hati akan membayar lima puluh paun bagi seorang anak dara!”

(Lorong Midaq, 346)

Perang dunia kedua yang berlaku menyebabkan adanya tentera-tentera British dan Amerika sebagai sebahagian latar masyarakat dalam novel ini. Kehadiran mereka dilihat Ibrahim Faraj sebagai suatu peluang untuk mendapatkan wang. Hal ini berikutan budaya mereka yang mengamalkan pelacuran telah membuatkan Ibrahim Faraj untuk bersedia memberi khidmat dengan menyediakan pelacur-pelacur wanita. Akttiviti pelacuran ini sebenarnya amatlah bertentangan dengan norma masyarakat Mesir, namun menjadi ikutan akibat percampuran budaya barat sewaktu era Perang Dunia Kedua. Meskipun salah disisi undang-undang dan agama, segilintir individu masih mahu melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran ini tanpa memikirkan kecenderungan akibat buruk yang bakal berlaku kerana hasilnya yang menguntungkan. Dalam novel ini, penulis Naquib Mahfouz bijak mengetengahkan kesan buruk aktiviti pelacuran ini melalui watak Hamida dan Abbas. Hamida yang telah terjerumus untuk menjadi pelacur kini hilang maruah dirinya sebagai perempuan. Dia juga kehilangan ibu, tunangnya serta kehidupan suci di Lorong Midaq meskipun serba kekurangan. Selain itu, penglibatannya dalam pelacuran juga menjadi sebab utama Abbas terbunuh. Seterusnya, penulis juga menekankan kesan buruk aktiviti pelacuran ini dalam perwatakan watak Ibrahim Faraj yang bijak menipu gadis-gadis untuk dijadikan pelacur demi kepentingan tersendiri. Jadi jelaslah disini bahawa kegiatan pelacuran banyak membawa kesan negatif kepada diri sendiri, dan juga boleh membahayakan orang-orang di

(8)

Setelah menganalisis beberapa kritikan sosial dalam novel Lorong Midaq yang terkesan daripada peperangan yang berlaku, dapatlah disimpulkan bahawa peperangan menyebabkan berlakunya percampuran budaya yang boleh mempengaruhi masyarakat sekitar. Semua kritikan sosial ini lazimnya memberi gambaran sebenar tentang sikap dan budaya masyarakat arab. Tetapi, pengkaryaan novel ini hanyalah terbatas kepada masyarakat yang tinggal di Lorong Midaq, dan tidak boleh digeneralisasikan kepada masyarakat Mesir secara umumnya. 5Masyarakat perlu bijak untuk menapis segala budaya luar dan mengikut hanya yang baik dan positif sahaja. Walaupun ada sesetengah budaya luar yang tampil mengguntungkan, kita mestilah berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan wang dan harta sehingga sanggup mengamalkan sikap negatif dan menggadaikan maruah. Segala kritikan sosial yang terdapat dalam novel ini hendaklah diambil iktibar dan dijauhi. Seiring dengan tujuan sebenar kritikan sosial ditulis dalam sebuah novel iaitu untuk menegur masyarakat sekeliling, para pembaca novel Lorong Midaq juga perlu bermuhasabah dan melakukan refleksi diri agar suasana masyarakat harmoni dapat dicapai bersama. Masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu membanteras seluruh aspek negatif yang ada.

(1461 words)

(9)

Bibliography

Black Market. (n.d.). Retrieved November 2015, from www.Investopedia.com:

http://www.investopedia.com/terms/b/blackmarket.asp

Jamaluddin, A. (n.d.). Pewajaran Akal Fikir: Kritikan Sastera. Retrieved November 2015, from A.Amin Jamaluddin's Blog:

https://aminjamaluddin.wordpress.com/pewajaran-akal-fikiran-kritikan-sastera/

Kesan Penagihan Alkohol. (2003, September). Retrieved Februari 2016, from

www.prn.usm.my:

http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/2003/penawar49.ht ml

Kritik Sosial terhadap Karya Sastera. (n.d.). Retrieved Februari 2016, from

khaerulsobar.wordpress.com:

https://khaerulsobar.wordpress.com/pengetahuan-umum/kritik-sosial-terhadap-karya-sastra/

Mahfouz, N. (1988). Lorong Midaq. (A. Hussain, Trans.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar, H. C. (2009). Kelestarian Bidang Penterjemahan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait