• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 404B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Modul 404B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM

4

Modul

4

0

4

B-1

Sistem & Aplikasi Bahasa

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

A. Morfologi

Kata Kerja dan Kata Sendi Nama

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja tak

transitif berpelengkap dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk

menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Amin dan Razak tidak lagi bertegur sapa selepas mereka bergaduh tempoh hari. Kawan-kawan yang lain cuba meleraikan perselisihan faham mereka tetapi gagal. Sesiapa yang cuba membangkitkan perkara ini akan diherdik oleh Amin dan Razak. Oleh hal yang demikian, hubungan mereka bertambah buruk. Amin menganggap bahawa Razak yang bersalah dalam hal ini. Razak pula menganggap bahawa Amin terlalu sensitif.

Dua kata kerja tak transitif berpelengkap : Dua kata sendi nama :

Ayat daripada kata kerja tak transitif berpelengkap:

i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________

Ayat daripada kata sendi nama:

i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________ [6 markah]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

B. Sintaksis

Tukarkan ayat silaan dan ayat permintaan yang bergaris dalam petikan di bawah kepada ayat penyata.

Tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati, Sila ambil perhatian,

(1) Sesiapa yang belum mendaftarkan diri untuk menyertai pameran buah-buahan, silalah berbuat demikian sekarang di kaunter urus setia pameran.

(2) Minta tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai pertandingan buah-buahan berada di gerai masing-masing pada pukul 9.00 pagi.

(3) Tolong labelkan buah-buahan anda dengan label yang telah diberikan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

(4) Sila ambil perhatian. Para hakim akan membuat pengadilan bermula pada pukul 9.30 pagi.

(5) Tolong pastikan gerai anda kemas dan bersih.

(6) Jika ada apa-apa masalah, sila berjumpa dengan pihak urus setia.

Tuan-tuan dan puan-puan serta pengunjung yang dihormati, jemputlah masuk ke dalam dewan pameran ini kerana semua gerai sudah bersedia untuk menerima kunjungan anda. [6 markah] 1.__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2.__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3.__________________________________________________________________ __________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

4.__________________________________________________________________ 5.__________________________________________________________________ 6.__________________________________________________________________

C. Penyuntingan Bahasa Nota :

Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan

• Kata tugas • Ayat • Istilah • Imbuhan • Hukum DM • Kata majmuk • BA→ BM • Vokal

• Tanda baca (A/a; “ ”; “-”)

• Imbuhan (gg/kk)

Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin pelikan tersebut.

Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, tengteng, gasing dan sepak raga.

Namun, dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian pupus ditelan zaman. Perkara itu Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Program

Bahasa

Melayu

(6)

Universiti Putra Malaysia (UPM) akui, Prof Dr Abdul Muati Ahmad bila banyak generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.

Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenan sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupai sedangkan permainan ini mempunyai nilai sendiri dan perlu di pelihara.

No. Kesalahan Pembetulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [13 markah]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

D. Alih Bahasa Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

iii.Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi.Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.

viii.Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat

sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap, mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Program

Bahasa

Melayu

(8)

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.

i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, "Jangan tiada dikasihi anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.29) dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,) Kementerian Pendidikan Malaysia

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (6 markah)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

E. Peribahasa

(a) Baca ayat-ayat di bawak dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

Zainal tahu bahawa dia sering dipandang rendah dan dihina oleh penduduk kampung disebabkan hidupnya yang serba daif. Kadangkala, kata-kata hina yang dilontarkan oleh pemuda-pemuda yang nakal terhadapnya amat melukakan perasaannya. Namun, Zainal cuba menghadapi segala cabaran tersebut dengan tenang. Dia tahu sebagai manusia, kesilapan tidak dapat dielakkan. Dalam hatinya, Zainal sentiasa memaafkan mereka.

i. ii. iii.

(b)Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Setiap orang pasti ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Oleh itu, kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang tentunya tidak mudah untuk dicapai dalam masa yang singkat kerana (i) _____________________________ . Lantaran itu, kita tidak wajar bersikap tamak dalam mengejar sesuatu yang diidamkan bagi mengelakkan (ii) _________________________________________ kerana kita sendiri yang akan menanggung kerugian. Setelah mencapai kejayaan, jangan menjadi (iii) _______________________________________ , sebaliknya hargailah pertolongan orang-orang yang telah membantu kita mencapai kejayaan tersebut. [6 markah]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)
(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

GATOT SUBROTO II NO. AHMAD YANI NO. RAYA AIR KENANGA, KEC. JOMBANG MASJID NO. JL KH SOHARI NO. HONORIS RAYA KAV.. HOS COKROAMINOTO PERUMAHAN PONDOK LESTARI BLOK C1 NO. RAYA SERANG

Atskirų sektorių motyvacija dalyvauti socialinių paslaugų teikimo rinkoje yra skirtinga: valdžios sektoriaus įsipareigojimas organizuoti, teikti ir finansuoti socialines

Penelitian ini bertujuan untuk Mengidentifikasi jenis fungi mikoriza arbuskula (FMA) berdasarkan ukuran, warna, ornamen dari spora FMA yang di temukan pada sampel tanah pada

40 Tahun 2004, Honor/Upah adalah hak pekerja yang diterima dan dinyatakan dalam bentuk uang sebagai imbalan dari pemberi kerja kepada pekerja yang ditetapkan dan dibayar menurut

Berdasarkan temuan hasil refleksi/evaluasi dalam siklus III ini secara keseluruan pembelajaran dengan menggunakan alat peraga pias-pias pada pokok bahasan penjumlahan dan

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Pondok Pesantren Al-Ishlah yang terletak di Desa Jatireja RT 01 / RW 02 Kecamatan Compreng Kabupaten Subang, adalah salah satu lembaga pendidikan keagamaan

Dalam Islam makna guru atau pendidik pada prinsipnya tidak hanya mereka yang mempunyai kualifikasi keguruan secara formal diperoleh dari bangku sekolah pergurun