• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Keperluan Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Bagi Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Keperluan Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Bagi Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan 4"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Analisis Keperluan Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Bagi Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan 4

Wan Nasriha Wan Mohamed Salleh & Zanaton Iksan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor

___________________________________________________________________________ Abstrak

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dimana ia memerlukan pelajar menyediakan dan menghasilkan sesuatu projek melalui kaedah yang sistematik dan terancang dalam masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, PBP ini kurang digunakan semasa PdP Biologi. Pelaksanaan PBP ini memerlukan kemahiran dan perancangan yang teliti. Dengan itu memerlukan satu modul PBP yang boleh dijadikan panduan untuk memudahkan pelaksanaan PBP dalam PdP Biologi. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas tentang persepsi pelajar terhadap keperluan pembangunan modul PBP, pandangan mengenai kesukaran dan kesesuain tajuk matapelajaran Biologi tingkatan empat KBSM untuk dimuatkan dalam modul PBP. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik keperluan pembinaan modul yang diedarkan kepada pelajar disalah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat. Hasil analisis bagi kesukaran tajuk menunjukkan bahawa tajuk nutrisi, pembahagian sel dan respirasi dikategorikan sebagai tajuk yang sukar. Manakala analisis pandangan pelajar terhadap pembinaan modul PBP berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa modul PBP perlu dibangunkan. Dengan terbinanya modul PBP ini diharapkan dapat membantu serta memudahkan guru dan pelajar untuk melaksanakan PBP semasa PdP Biologi. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran tinggi, kreatif dan inovasi selain dapat meningkatkan sikap positif, minat pelajar terhadap Biologi serta meningkatkan sikap saintifik pelajar.

Kata Kunci: Modul, Pembelajaran Berasaskan Projek, Kesukaran Tajuk.

____________________________________________________________________________ 1. PENGENALAN

Hasrat kerajaan adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif serta dapat menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi. Untuk mencapai hasrat ini pendidikan adalah merupakan agen utama yang perlu dititik beratkan dan diberi perhatian. Pendidikan dianggap sebagai pemacu dan pemangkin utama untuk mencapai hasrat dan aspirasi negara supaya negara dapat mencapai kemajuan serta pembangunan dalam bidang sains dan teknologi (Edy Hafizan, 2012). Pendidikan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar pada masa yang sama membolehkan pelajar berfikir, menaakul, membuat keputusan yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan serta dapat melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kognitif, afaktif dan efektif.

*Corresponding author. Tel: +60122398497 Emailaddress: nasriha_dns@yahoo.com

(2)

Kurikulum pendidikan sains telah digubal dan lebih memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan manipulatif serta kemahiran berfikir disamping pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), mata pelajaran Sains bertujuan untuk melahirkan pelajar bukan sahaja mempunyai pengetahuan sains, malah berkemahiran saintifik serta mempunyai kemahiran berfikir yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Pembelajaran sains tidak hanya menekankan kepada perkembangan kognitif, tetapi mencakupi pula pengembangan kemahiran saintifik dan sikap saintifik (Evi Suryawati, Kamisah & T. Subahan, 2010).

Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai pendekatan pengajaran yang dicadangkan untuk dilaksanakan semasa PdP untuk pembinaan pengetahuan dan kefahaman pelajar secara aktif terhadap sesuatu konsep (Sadiah Baharom, 2008), menerapkan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai murni serta dapat meningkatkan sikap positif dan minat pelajar terhadap sains. Antara pendekatan pengajaran yang disarankan adalah seperti pembelajaran secara hands on, eksperimen, perbincangan, simulasi, inkuiri penemuan, pembelajaran secara kontekstual, konstruktivisme dan masteri, pembelajaran berasaskan projek, permainan, pembelajaran luar bilik darjah, lawatan, kajian masa depan dan sebagainya.

Strategi pengajaran yang digunakan harus lebih menitikberatkan penglibatan pelajar (student centre) dan bukan berpusatkan guru (Zarina Md Yasin, Zahara Aziz & Hardiana Ema Ribu, 2011). Untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara optimum, salah satu pendekatan PdP yang boleh digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). PBP menekankan pembelajaran secara aktif yang berpusatkan pelajar dimana pelajar terlibat secara langsung untuk menjayakan sesuatu projek. PBP melibatkan pendekatan berfokuskan pelajar dimana pelajar meneroka sendiri maklumat yang ingin diperoleh (Djohan Abdul Rahman, Eity Norhyezah Asyurah & Mohamad Ali Hanifiah Abdullah, 2011). Selain itu, PBP menekankan aktiviti kumpulan dalam merapatkan jarak sosial iaitu interaksi, toleransi, komunikasi, kerjasama dan kolaboratif di antara pelajar yang pelbagai. Melaluinya pelajar dapat menghasilkan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam membantu pelajar membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah.

(3)

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) mampu menghasilkan pembelajaran berfikrah dan mengaplikasikan pembelajaran secara inkuiri, konstruktivisme, kontekstual, kooperatif (Rosnah Ahmad Zain, 2012), masteri serta pembelajaran penyelasaian masalah. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan teknologi seperti komputer, internet dan sebagainya untuk mendapatkan sumber maklumat dan pengetahuan yang mendalam. Strategi ini dapat menimbulkan minat pelajar dan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seterusnya mampu memupuk sikap positif pelajar terhadap Biologi.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dapat melengkapkan pelajar dengan kepelbagaian kecekapan dan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan (Djohan Abdul Rahman, Eity Norhyezah Asyurah & Mohamad Ali Hanifiah Abdullah, 2011). PBP dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang penting bagi kehidupan di abad ke-21 iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran merekacipta dan membuat inovasi, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran menggunakan maklumat dan media, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja sebagai satu pasukan. Kemahiran abad ke-21 biasanya digunakan untuk menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk beradaptasi dengan zaman sains dan teknologi yang serba canggih. Justeru, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu berlaku perubahan dan inovasi yang merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, pengunaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi termasuk pemikiran kritis untuk mensintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Pendekatan pengajaran yang sesuai dan digandingkan dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan mewujudkan suasana yang kondusif seterusnya dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar (Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim, 2012). Penggunaan BBM secara bijaksana dapat menjamin matlamat pembelajaran tercapai. Oleh itu, untuk melaksanakan PBP, memerlukan satu modul khusus berkaitan PBP. Modul ini bertindak sebagai BBM tambahan bertujuan untuk memudahkan dan memantapkan pelaksanaan PBP dalam PdP biologi seterusnya menggalakkan guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijadikan sebagai kaedah alternatif guru untuk menerapkan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran rekacipta dan inovasi serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri pelajar. Disamping

(4)

itu, ia juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar untuk belajar secara kendiri melalui PBP. Selain itu, masalah kekangan masa yang selalu menjadi rungutan guru-guru dapat diatasi kerana dengan adanya modul, pelajar boleh belajar secara kendiri di luar bilik darjah dan dilakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa diluar waktu PdP.

2. PERNYATAAN MASALAH

Biologi banyak berkaitan dengan organisma hidup dan alam persekitaran. Biologi juga dianggap sukar kerana terdapat pelbagai proses-proses yang perlu difahami dimana ia melibatkan kajian mengenai kehidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya. Biologi seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar, sangat kompleks, rumit dan sukar difahami kerana terdapat konsep-konsep biologi yang abstrak (Brian Kreiser & Rosalina Hairston, 2007), sukar digambarkan dan difahami pelajar (Sadiah Baharom 2008) dan sering berlaku miskonsepsi dalam diri pelajar berkaitan konsep-konsep biologi terutamanya dalam topik pembahagian sel. Sering berlaku miskonsepsi dan kekeliruan berkaitan pembahagian sel dalam diri pelajar (Kruger, Fleige & Riemeier, 2006; Musa Dikmenli, 2009; Joseph P. Chinnici, Somalin Zaroh Neth, Leah R. Sherman, 2006; Ertugrul Sesli & Yilmaz Kara, 2012). Kebanyakan pelajar merasakan pembahagian sel merupakan suatu proses yang mencabar, sukar untuk difahami (Clark & Mathis, 2000) dan mengelirukan (Brian Kreiser & Rosalina Hairston, 2007).

Selain itu, pelajar kurang diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman terus melalui aktiviti hands on menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan. Ini menimbulkan persepsi negatif pelajar terhadap biologi dimana mata pelajaran ini sering dianggap mata pelajaran yang sukar, membosankan dan tidak dianggap mata pelajaran yang menyeronokkan. Persepsi dan sikap pelajar lebih berpengaruh untuk membolehkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sekaligus bertanggungjawab terhadap pencapaiannya (Theresa M. Akey, 2006; Pavol Prokop. 2007).

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan dan membosankan juga turut mendatangkan persepsi yang negatif terhadap biologi. Masalah ketara dalam pembelajaran biologi banyak berkait rapat dengan keberkesanan strategi pengajaran dan cara

(5)

pembelajaran pelajar untuk mendapatkan pembelajaran bermakna (Sadiah Baharom 2008). Guru-guru cenderung memilih untuk mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru secara kaedah tradisional semata-mata (Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim, 2012). Pengajaran berlaku secara sehala berpusatkan guru dimana guru menggunakan kaedah syarahanchalk and talk(Edy Hafizan 2012).

Walaupun kaedah pembelajaran berasaskan projek disarankan oleh kementerian pelajaran Malaysia dan terdapat beberapa ativiti PBP yang disertakan dalam buku amali yang dibekalkan oleh KPM, pembelajaran berasaskan projek kurang diberi penekanan oleh guru-guru. Guru-guru kurang menjalankan kaedah ini semasa PdP biologi berikutan dengan pelbagai kekangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Guru tidak kreatif dalam membina dan mencipta aktiviti dalam PBP. Ini disebabkan masalah kekangan masa dan desakan untuk menghabiskan silibus menyebabkan guru tidak mempunyai kesempatan dan peluang untuk mencipta idea dan aktiviti PBP. Selain itu, masalah kekurangan pengetahuan dan kepakaran guru untuk melaksanakan PBP dalam biologi juga menjadi faktor PBP kurang dijalankan dalam PdP biologi. Disamping itu juga, faktor ketiadaan buku panduan, manual pengendalian PBP atau modul khusus tentang PBP ini menjadi faktor kekangan guru untuk menjalankan PBP ini. Dengan itu, guru kurang mendapat maklumat, pemahaman dan kemahiran untuk melaksanakan PBP. Maka diperlukan modul untuk dijadikan rujukan, panduan dan memudahkan guru serta pelajar menjalankan PBP. Seterusnya dapat memberi kefahaman yang mendalam, menerapkan kemahiran berfikir serta kemahiran saintifik, mencetus kreativiti, inovasi dan rekacipta pelajar.

Tujuan kajian

Kajian keperluan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang tahap kesukaran tajuk biologi tingkatan empat, minat, sikap, gaya pembelajaran Biologi berasaskan projek, persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dan tahap pandangan pelajar tentang pembinaan modul PBP ini. Objektif analisis keperluan ini dijalankan untuk mengenal pasti:

i) Tahap kesukaran tajuk-tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran biologi tingkatan empat KBSM dari perspektif pelajar.

(6)

iii) Tahap sikap pelajar terhadap biologi.

iv) Gaya pembelajaran Biologi berorientasikan projek

v) Persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek

vi) Pandangan pelajar terhadap pembinaan modul PBP dalam mata pelajaran biologi

Persoalan kajian Kajian ini melibatkan beberapa persoalan kajian:

i) Apakah tahap kesukaran tajuk-tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran biologi tingkatan empat KBSM dari perspektif pelajar.

ii) Sejauh manakah tahap minat pelajar terhadap biologi. iii) Sejauh manakah tahap sikap pelajar terhadap biologi. iv) Apakah gaya pembelajaran pelajar

v) Apakah persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek

vi) Apakah Pandangan pelajar terhadap pembinaan modul PBP dalam mata pelajaran biologi

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian analisis keperluan ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Kajian analisis keperluan ini dijalankan disalah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 33 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran biologi dan telah mempelajari kesemua tajuk biologi tingkatan empat terlibat dalam proses pengumpulan data bagi analisis keperluan ini. Profil lengkap responden adalah seperti dalam Jadual 1.

(7)

Jadual 1: Profil respoden kajian

Latar belakang Responden Frekuensi Peratusan

Jantina Lelaki 4 12.1 Perempuan 29 87.9 Jumlah 33 100.0 Bangsa Melayu 32 97.0 Cina 1 3.0 India 0 0.0 Lain-lain 0 0.0 Jumlah 33 100.0 Gred matapelajaran Sains dalam PMR A 33 100.0 B 0 0.0 C 0 0.0 D 0 0.0 E 0 0.0 F 0 0.0 G 0 0.0 Jumlah 33 100.0

Daripada analisis deskriptif yang dijalankan, didapati seramai 4 orang (12.1 %) adalah pelajar lelaki dan 29 orang (87.9%) pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. 32 orang daripada keseluruhan responden adalah pelajar melayu, manakala seorang responden merupakan pelajar cina. Daripada jumlah ini, kesemua responden mencatatkan gred A dalam keputusan PMR dalam matapelajaran Sains.

Manakala instrumen soal selidik analisis keperluan merangkumi soal selidik tahap kesukaran tajuk dalam sukatan mata pelajaran Biologi tingkatan empat, sikap pelajar terhadap

(8)

biologi, minat pelajar terhadap biologi, gaya pembelajaran biologi berorientasikan projek, persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dan pandangan pelajar terhadap pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek bagi mata pelajaran Biologi. Memandangkan semua instrumen yang digunakan dalam soal selidik ini dibina oleh penyelidik maka kajian rintis dijalankan untuk mendapat nilai kebolehpercayaan. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai setiap konstruk mencatatkan nilai Cronbach Alpha yang tinggi iaitu diantara 0.615 hingga 0.930. Nilai yang melebihi 0.6 menunjukkan item-item dalam setiap konstruk instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunapakai. Indeks kebolehpercayaan bagi setiap bahagian dalam instrumen kajian ditunjukkan dalam Jadual 2. Pensyarah universiti dan guru biologi menyemak semua instrumen kajian untuk mendapatkan kesahan isi kandungan.

Jadual 2: Indek kebolehpercaayaan instrumen kajian

Bil. Bahagian Jumlah Item Nilai Cronbach Alpha

Kosntruk

1 Minat Terhadap Biologi 10 0.793

2 Sikap Terhadap Biologi 10 0.863

3 Gaya Pembelajaran Biologi

Berorientasikan Projek 9 0.615

4 Persepsi Terhadap Pembelajaran

Berasaskan Projek 10 0.930

5

Pandangan Terhadap Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Matapelajaran Biologi

8 0.835

4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil analisis data kajian keperluan pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek dijelaskan oleh analisis statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, dan min. Interpretasi skor min digunakan untuk menentukan tahap konstruk-konstruk yang dikaji. Hasil analisis tahap kesukaran tajuk biologi tingkatan empat adalah seperti Jadual 3.

(9)

Jadual 3: Skor min dan jumlah skor tahap kesukaran tajuk

Bab Jumlah Skor Skor Min Urutan

kesukaran

Struktur dan organisasi sel 91.00 2.7576 7

Pergerakan bahan merentas membran plasma 114.00 3.4545 5

Komposisi kimia dalam sel 178.00 5.3939 4

Pembahagian sel 207.00 6.2727 2

Nutrisi 219.00 6.6364 1

Respirasi 204.00 6.1818 3

Ekosistem dinamik; 98.00 2.9697 6

Ekosistem terancam 77.00 2.3333 8

Daripada hasil analisis dalam Jadual 3, menunjukkan bahawa tajuk nutrisi dikategorikan oleh pelajar sebagai tajuk yang paling sukar. Ini dikuti oleh tajuk Pembahagian Sel, Respirasi dan Komposisi Kimia dalam Sel. Tajuk Ekosistem Terancam pula merupakan tajuk yang dikategorikan oleh para pelajar sebagai tajuk yang paling mudah. Tahap kesukaran tajuk yang dinilai oleh pelajar adalah berdasarkan beberapa faktor. Jadual 4 pula menunjukkan hasil analisis faktor-faktor yang dinyatakan oleh pelajar dalam merasionalkan pengkategorian tajuk yang paling sukar dalam mata pelajaran Biologi.

Jadual 4: Faktor-faktor pengkategorian kesukaran tajuk

Faktor Peratusan persetujuan

Konsep terlalu abstrak 15.2

Konsep sukar difahami 18.2

Terdapat pelbagai istilah yang sukar digambarkan

57.6

(10)

Daripada analisis yang dijalankan, didapati faktor utama yang menyebabkan para pelajar mengkategorikan tahap kesukaran tajuk adalah kerana terdapat pelbagai istilah yang sukar difahami oleh mereka. Ini diikuti oleh faktor kesukaran pemahaman konsep, dan konsep yang dipelajari terlalu abstrak. Hasil kajian Cimer dan Atilla (2012) pula mendapati bahawa kesukaran pembelajaran berlaku dipengaruhi oleh topik pembelajaran, gaya pengajaran guru, gaya pembelajaran pelajar, sikap dan pandangan yang negatif pelajar terhadap sesuatu topik serta kekurangan sumber rujukan.

Hasil analisis menunjukkan bahawa tajuk Nutrisi, Pembahagian Sel dan Respirasi adalah tajuk yang sukar. Tajuk Nutrisi merupakan tajuk yang panjang melibatkan banyak teori dan konsep yang perlu dipelajari. Pelajar menghadapi masalah dalam mengingati dan memahami teori-teori dan konsep-konsep ini dengan baik. Tajuk pembahagian sel pula mengandungi konsep yang abstrak dan sukar difahami. Pelajar agak lemah dalam menggambarkan sel, kromosom dan pergerakan kromosom dan peringkat serta peristiwa-peristiwa (Dikmenli, 2009) yang berlaku semasa proses pembahagian sel selain terdapat pelbagi istilah/terminologi (Lewis, Leach & Wood Robinson, 2000) yang harus difahami pelajar. Riemeier dan Gropengieber (2008) mendapati bahawa pelajar keliru dengan istilah pembahagian sel serta mengalami kesukaran dalam memahami proses yang terdapat dalam pembahagian sel. Tajuk pembahagian sel yang merangkumi mitosis dan meiosis merupakan salah satu tajuk yang abstrak (Chinnici, Joseph P.; Neth, Somalin Zaroh; Sherman, Leah R. 2006) dan sukar bagi pelajar (Clark & Mathis 2000). Lewis, Leach & Wood Robinson (2000) mendapati bahawa pelajar bermasalah dalam memahami pembahagian sel dan mempunyai kefahaman yang terhad berkaitan kromosom dan bahan genetik. Pelajar sukar untuk memahami perbezaan proses mitosis dan meiosis (Williams, Michelle; DeBarger, Angela Haydel; Montgomery, Beronda L.; Zhou, Xuechun; Tate, Erika, 2012). Dengan itu, tajuk pembahagian sel merupakan tajuk yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam modul pembelajaran berasaskan projek untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar tentang konsep yang abstrak serta memberi pemahaman kepada pelajar terhadap konsep tersebut.

Bagi analisis tahap persetujuan pelajar terhadap konstruk kajian iaitu sikap pelajar terhadap biologi, minat pelajar terhadap biologi, gaya pembelajaran biologi berorientasikan projek, persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dan pandangan pelajar

(11)

terhadap pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran Biologi ditunjukkan seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Skor min dan sisihan piawai tahap persetujuan responden terhadap konstruk kajian

Bil. Konstruk Skor Min Sisihan

Piawai Tahap

1 Minat Terhadap Biologi 3.282 .5714 Sederhana

2 Sikap Terhadap Biologi 3.450 .7215 Sederhana

3 Gaya Pembelajaran Biologi Berorientasikan

Projek 3.731 .416 Tinggi

4 Persepsi Terhadap Pembelajaran Berasaskan

Projek 4.030 .5306 Tinggi

5

Pandangan Terhadap Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Matapelajaran Biologi

3.671 .6635 Tinggi

Daripada hasil analisis Jadual 5, dapat dirumuskan bahawa tahap minat dan sikap para responden terhadap biologi berada pada tahap yang sederhana. Pencapaian dan minat pelajar terhadap biologi adalah pada tahap yang lemah (Kiboss, Joel; Wekesa, Eric; Ndirangu, Mwangi, 2006). Ini disebabkan pelajar menganggap biologi sebagai matapelajaran yang membosankan dan sukar difahami serta dikuasai. Ini kerana terdapat pelbagai konsep dan teori yang perlu dikuasai. Teori dan konsep tersebut kebanyakan sukar digambarkan dan difahami pelajar dan bersifat abstrak. Walaubagaimanapun, gaya pembelajaran biologi berorientasikan projek, persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek, dan pandangan pelajar terhadap pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran Biologi berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar cenderung kepada pembelajaran berasaskan projek dan memberikan respon positif terhadap pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek.

(12)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pelajar menganggap tajuk pembahagian sel adalah antara tajuk yang sukar dalam sukatan pelajaran biologi tingkatan empat. Analisis keperluan yang dijalankan memberikan gambaran yang jelas terhadap keperluan dalam pembinaan modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Diharapkan dengan terbinanya modul ini, bukan sahaja dapat meningkatkan sikap dan minat pelajar terhadap biologi malah meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep biologi yang abstrak terutamanya bagi tajuk pembahagian sel. Seterusnya mengurangkan miskonsepsi pelajar terhadap konsep-konsep biologi.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. 2012. Persepsi guru

Terhadap Penggunaan Kartun dalam Transformasi Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal (MyLEJ).2(1), ms 129-140.

Brian Kreiser & Rosalina Hairston. 2007. Dance of chromosomes: A kinetic learning

approach to mitosis and meiosis.Journal of College of Biology Teaching, 33(1), ms 6-10.

Cimer & Atilla. 2012. What Makes Biology Learning Difficult and Effective: Students' Views.Educational Research and Reviews. 7(3), ms 61-71.

Clark, Deborah C & Mathis Philip. 2000. Modelling Mitosis and Meiosis: A problem solving approach activity.The American Biology Teacher. 62(3), ms 204-206.

Djohan Abdul Rahman, Eity Norhyezah Asyurah & Mohamad Ali Hanifiah Abdullah. 2011. Pembelajaran Berasaskan Projek Mandiri Menerobos Melampaui Jidar tembok Tradisi: Pengalaman Tiga peringkat. Seminar Bahasa Melayu 2011 (Artikel 23 ms 233-252).

Edy Hafizan Mohd Shahali. 2012. Konsepsi, tahap penguasaan dan pelaksanaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan guru sains sekolah rendah di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ertugrul Sesli & Yilmaz Kara. 2012. Development and application of a two-tier multiple-choice diagnostic test for high school students’ understanding of cell division and reproduction.Journal of Biological Education. 46(4), ms 214-225.

Evangelia Mavrikaki, Helen Koumparou, Margarita Kyriakoudi, Irene Papacharalampous & Maria Trimandili. 2012. Greek Secondary School Students’ Views About Biology. International Journal of Environmental & Science Education.7(2), ms 217-232. Evi Suryawati. 2010. Kesan pengajaran dan pembelajaran kontesktual ke atas kemahiran

proses, penyelesaian masalah, sikap saintifik dan pencapaian dalam mata pelajaran biologi. Tesis Doktor Falsafah. UKM.

(13)

Contextual Teaching and Learning on Problem Solving Skil and Scientific Attitude. Procedia-Social and Behavioral Sciences. Volume 9, 2010, ms 171–172.World Conference on Learning, Teaching and Administration Papers.

Joel Kiboss, Eric Wekesa, Ndirangu & Mwangi. 2006. Improving Students' Understanding and Perception of Cell Theory in School Biology Using a Computer-Based Instruction Simulation Program. Journal of Educational Multimedia and Hypermedia. 15(4), ms 397-410.

John Brodi;Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School, IPTAR.Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008.V 5, ms 99-119. Joseph P. Chinnici, Somalin Zaroh Neth & Leah R. Sherman. 2006. Using "Chromosomal

Socks" to Demonstrate Ploidy in Mitosis and Meiosis. American Biology Teacher. 68(2), ms 106-109.

Kraft, N. 2005. Criteria for Authentic Project-Based Learning. http://pbl-online.org. (11/03/2013).

Lewis Jenny, Leach John, Wood-Robinson Colin. 2000. Chromosomes: the missing link-young peoples understanding of mitosis, meiosis and fertilisation. Journal of Biological Education. 34(4), ms 189-199.

Michelle Williams, Angela Haydel DeBarger, Beronda L. Montgomery, Xuechun Zhou & Erika Tate. Exploring Middle School Students' Conceptions of the Relationship between Genetic Inheritance and Cell Division.Science Education, 96(1), ms 78-103. Muhanizah Ahmad Mokhtar. 2006. Keberkesanan Modul Multimedia Interaktif dalam

Meningkatkan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Topik Pembahagin Sel. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Musa Dikmenli. 2009. Misconceptions of cell division held by student teachers in biology : a drawing analysis.Scientific Research and Essay, 5(2), ms 235-247.

Nurdadilla Farhanna Bt Jamaludin dan Supli Affendi Bin Rahim; Kajian Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran Hidup Di Universiti Pendidikan Sultan Idris; kertas projek, Jabatan Pendidikan Teknik/Vokasional Fakulti Teknikal Dan Vokasional, UPSI Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Pavol Prokop. 2007. Slovakian Students’ Attitudes toward Biology.Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education.3(4), ms 287-295.

Rian Vebrianto dan Kamisah Osman. 2010. Penggunaan media pengajaran: Modul dan Multimedia dalam Pembelajaran Alam Sekitar (Biologi) di Sekolah Menengah pertama. I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. http://rhayent23ukm.wordpress.com/2012/02/19/pembangunan-media-pengajaran- modul-dan-multimedia-dalam-pembelajaran-alam-sekitar-biologi-di-sekolah-menengah-pertama/ (10/3/2013).

Rian Vebrianto. Pembangunan Media Pengajaran: Modul dan Multimedia dalam

Pembelajaran Alam Sekitar (Biologi) di Sekolah Menengah Pertama. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Riemeier, T & Gropengieber, H. 2008. On the roots of difficulties in learning about cell division: process based analysis of students conceptual development in teaching experiments.International Journal of Science Education, 30(7), ms 923-939.

Rosnah Ahmad Zain. 2012. Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Grafik Digital bagi KPLI j-QAF. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012.

(14)

Konsepsi Pelajar Tentang Pembahagian Sel [LB1647. S111 2008 f rb]. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

Saedah Siraj, Nik Hazira Ghazali & Sharifah Nor Atifah Syed Kamaruddin. 2011. Jangkaan Masa Depan Pembelajaran Berasaskan Projek dan Impaknya Kepada Kandungan Kurikulum. International Conference on Globalising Local Wisdom in Education. Theresa M. Akey 2006. School Context, Student Attitudes and Behavior, and Academic

Achievement: An Exploratory Analysis. MDRC Publications.

Zamri Mahamod dan N Suriya N Mustapha. 2007. Strategi Pembelajaran Biologi di kalangan Pelajar Sekolah Menengah.Jurnal Pendidikan 32 , ms 153-175.

Zarina Md Yasin, Zahara Aziz & Hardiana Ema Ribu. 2011. Keberkesanan Modul

Pengajaran dan Pembelajaran dalam Meningkatkan Perpaduan dan Hubungan Etnik. Prosiding Seminar pendidikan Serantau Ke-5 Tahun 2011. ISBN 978-979-3926-81-0. Penerbitan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan. Universiti Riau Pekanbaru.

Referensi

Dokumen terkait