• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Esei Ilmiah 2015 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Contoh Esei Ilmiah 2015 2016"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER 2 SESI 2015/2016

KPF3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TUGASAN ESEI ILMIAH

TAJUK :

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK SUB TAJUK

Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

KUMPULAN KULIAH:

PENSYARAH : Tarikh Serah :

(2)

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 2

1.0 Pengenalan 2

2.0 Sorotan Penulisan: Latar Belakang Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

3

3.0 Pernyataan Masalah 3

4.0 Objektif dan Persoalan 4

5.0 Metodologi 5

6.0 Analisis Dapatan dan Perbincangan.

6.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia.

6.2 Matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. 6.3 Kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. 6.4 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

6

7.0 Penutup 15

Bibliografi 15

(3)

Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

ABSTRAK

Esei ilmiah ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukan dan kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Malaysia. Kajian perpustakaan dilakukan menerusi analisis dokumen seperti buku, artikel jurnal, dokumen rasmi dan laman web rasmi. Semua dokumen tersebut dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan dibincangkan dalam bentuk deskriptif dan naratif. Dapatan menunjukkan FPG telah dibentuk pada tahun 1982 susulan dari syor Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979. Matlamatnya adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dan profesional dalam amalan keguruan. FPG digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru melibatkan 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan. Sub-konseptual pula terdiri daripada intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Kandungan FPG menggabungkan kriteria kualiti guru seperti berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

1.0 Pengenalan

(4)

2.0 Latar Belakang Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pendidikan ini juga merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan boleh menjayakan hasrat serta hala tuju negara. Secara khususnya pendidikan boleh merupakan aktiviti persekolahan. Hal ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan, organisasi dan sistem untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu untuk mengupayakan mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat dan era masa depan.

Usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya komponen pendidikan dan latihan guru tidak diberi tumpuan. Bagi memastikan usaha melahirkan murid dan masyarakat yang cemerlang, para guru perlu dididik dan dilatih secara berterusan supaya kekal menjadi seorang guru yang berwibawa dan cemerlang. Kajian-kajian ilmiah telah menunjukkan ada korelasi yang tinggi antara pencapaian murid dengan peranan yang disumbangkan oleh guru-guru (Abu Bakar Nordin, 1994: Awang Had Salleh, 1998; Abdul Rashid Mohamed & Zurida Ismail, 2001; Alimuddin Mohd Dom, 2009). Kejayaan atau kegagalan usaha untuk melahirkan guru yang cemerlang pula bergantung kepada rupa bentuk kurikulum latihan perguruan. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Falsafah Pendidikan Guru (FPG) pada tahun 1982 sebagai satu acuan pendidikan dan latihan guru di Malaysia. Berdasarkan hasrat FPG, guru yang hendak dihasilkan ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3.0 Pernyataan Masalah

(5)

Standard Guru Malaysia (SGM). Selain dari itu, latihan berterusan dalam bentuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) juga dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan profesionalisme keguruan para guru di Malaysia. Walau bagaimanapun dari 430,000 orang guru yang sedang berkhidmat di Malaysia terdapat segelintir daripadanya telah disabitkan dengan pelbagai kesalahan dan dikenakan tindakan tata tertib. Pada tahun 2007 (Januari hingga 15 Mei), Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara. Antara kesalahan tersebut ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus). Berdasarkan contoh statistik tersebut, apakah hal ini menunjukkan FPG telah semakin terhakis penghayatannya?

Sumber: Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Dewan Rakyat.

4.0 Objektif dan Persoalan Esei 4.1 Objektif

(6)

i. mengenalpasti latar belakang sejarah pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

ii. mengenalpasti matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

iii. mengenalpasti kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

iii. menganalisis kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia secara yang tersurat dan tersurat.

4.2 Persoalan

i. Bagaimanakah sejarah pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia?

ii. Apakah matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru?

iii. Apakah bentuk kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia?

iv. Apakah yang menjadi kandungan Falsafah Pendidikan Guru secara yang tersurat dan tersirat?

5.0 Metodologi

Penyelidik telah memilih untuk mengumpul data dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan, pusat sumber dan laman web bagi mendapatkan data serta bahan sekunder. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, dokumen rasmi dan sumber internet. Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seterusnya menghasilkan dapatan kajian dan objektif kajian tercapai.

(7)

terbaru pada sesuatu topik dan membentuk asas untuk matlamat lain seperti kajian seterusnya yang mungkin diperlukan dalam bidang tersebut.

6.0 Analisis Dapatan dan Perbincangan

6.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia Jadual 1: Analisis pembentukan Falsafah Pendidikan Guru

Tahun Laporan Keterangan

1956 Penyata Razak i. Menghasilkan guru-guru yang dapat melaksanakan agenda perpaduan.

ii. Guru yang berkebolehan melaksanakan kurikulum kebangsaan.

1956 Ordinan Pelajaran

Penetapan pendidikan guru yang dapat membentuk perpaduan masyarakat dan melaksanakan pendidikan kebangsaan.

1961 Laporan Rahman Talib

i. Menghasilkan guru-guru yang terlatih dalam pelbagai jurusan.

ii. Guru yang berkebolehan mengembangkan inovasi. 1961 Akta

Pendidikan

Menghasilkan guru-guru yang dapat melaksanakan tranformasi dan inovasi dalam pendidikan dan kurikulum kebangsaan.

1979 Laporan Jawatan Kuasa Kabinet

i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi

memperkembangkan lagi potensi pelajar.

ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

1982 Bahagian Pendidikan Guru, KPM

Penggubalan dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan

wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata untuk pendidikan guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia.

(8)

semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin".

(Bahagian Pendidikan Guru, KPM: 1982)

Menurut Abu Bakar Nordin (1994) dan Choong Lean Keow (2008), Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Guru ini telah menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita.

6.2 Matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. Jadual 2: Cabang Falsafah Pendidikan Guru

Cabang Falsafah Ciri-ciri FPG Analisis

Metafizik

 Berpandangan progresif dan saintifik.

 Menjamin perkembangan individu.

 Ilmu sentiasa berkembang lanjut penemuan baru dan

 Berpekerti mulia & berdisiplin  Menunjukkan aspirasi negara  Menyanjung warisan kebudayaan

negara

 memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Guru sebagai role model dan teladan yang baik, bermoral,

(9)

Jadual 3: Matlamat Falsafah Pendidikan Guru  memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang positif pula. Guru juga akan menjadi ikon dan contoh yang boleh diteladani oleh murid-murid.

(10)

6.3. Kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. Rajah 2 berikut menunjukkan Model Konseptual Pendidikan Guru Malaysia.

Rajah 2: Model konseptual pendidikan guru

Berdasarkan model tersebut, karakter seorang guru berkait rapat dengan tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri.

Jadual 4: Dimensi dan kriteria Model Konseptual Pendidikan Guru.

Dimensi Kriteria

Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.

Kendiri Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism,

pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga komponen, iaitu: Pengetahuan/ilmu, Kemahiran dan Nilai.

Jadual 5: Komponen Model Konseptual Pendidikan Guru

Komponen Keterangan

Pengetahuan/ilmu Berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan

Kemahiran Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pengajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

(11)

Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Guru mesti memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi dan jasmani.

Di samping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keempat-empat aspek ini juga adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aspek yang dititikberatkan ini adalah penting kerana seorang pendidik itu haruslah terlebih dahulu mempunyai unsur dalaman yang stabil agar berupaya pula melahirkan generasi seimbang dan holistik. Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang.

FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

(12)

6.4 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

Jadual 6: Elemen-elemen kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Elemen Analisis Kriteria

Berpekerti mulia.  Sahsiah guru yang baik, berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.

 Lebih mementingkan dan mendahulukan orang lain Berpandangan

progresif dan saintifik.

 Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.  Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional. Bersedia

menjunjung aspirasi negara.

 Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan.

 Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.

Serta menyanjung warisan kebudayaan negara.

 Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik.  Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya

dalam kalangan murid.

 Menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara. Menjamin

perkembangan individu.

Peranan guru yang berkebolehan untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu dan

seimbang (aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani). Memelihara suatu

masyarakat yang besatu padu.

Tanggungjawab guru yang berkebolehan untuk menyemai, memupuk dan menjaga perpaduan dan keharmonian murid dan masyarakat yang majmuk.

Memelihara suatu masyarakat yang demokratik.

 Bersikap demokrasi dan adil dalam melaksanakan amalan dan tindakan.

 Sedia memberi ruang dan peluang.  Sedia mendengar pendapat pihak lain. Memelihara suatu

masyarakat yang berdisiplin.

 Sentiasa melaksanakan tindakan dan keputusan dengan betul dan tepat.

 Sentiasa sedia membuat teguran dan ditegur.  Mementingkan kualiti hasil.

Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Guru, terdapat beberapa aspek atau ciri kualiti yang ingin dibentuk dalam diri guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

(13)

perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk murid. Murid-murid yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru mencabul murid di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan kepada murid tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan murid itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam kalangan guru diterapkan dalam Falasafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara dapat dicapai.

Elemen kedua iaitu berpandangan progresif dan saintifik. Kamus Dewan Edisi IV (2008) menyatakan progresif bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju dan bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.

(14)

bermakna guru perlu berusaha untuk berfikiran maju dan berani mencipta satu inovasi dalam pendidikan.

Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara yang bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis.

Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik murid dengan jujur, ikhlas dan amanah.

Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara. Malaysia merupakan sebuah negara unik yang kaya dengan pelbagai kebudayaan. Sebagai guru, perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.

(15)

Selain itu, guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan murid. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri murid supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik inilah yang akan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam menerapkan unsur patriotisme dalam diri murid. murid yang hanya pintar dari sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan negara.

Elemen yang kelima iaitu menjamin perkembangan individu. Guru bertanggungjawab untuk melahirnya individu yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walau bagaimanapun memiliki kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kesejahteraan hidup seseorang individu kerana ia tidak mampu untuk melahirkan insan bertakwa, matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri. Individu yang seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Gurulah yang berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja perkembangan murid perlu dtitik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu mempunyai kesemua aspek tersebut. Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Guru diikuti dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Guru ini, guru perlu menjadikan diri mereka sebagai role model kepada masyarakat kerana gurulah yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti dan baik akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia.

(16)

hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Tingkah laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.

7.0 Penutup

Institusi pendidikan guru berperanan penting dalam melahirkan guru-guru yang menepati hasrat Falsafah pendidikan Guru. Guru-guru yang terdidik dengan acuan yang sempurna menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan sistem pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang dihasratkan dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Apabila seseorang guru itu menjalankan tugasnya berlandaskan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Guru, maka pelajar yang dihasilkan akan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Seseorang guru yang dapat menghayati FPG dalam melaksanakan tugasnya samalah seperti arkitek atau jurutera yang membangunkan negara tetapi guru-guru berjaya membangunkan bangsa dan tamadun sesebuah negara.

Bibliografi

Abdul Rahman Arshad. (2007). Unity and education in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rashid Mohamed & Zurida Ismail. (2001). Pengalaman belajar-mengajar guru-guru pelatih USM. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 17. 41 - 56.

Abu Bakar Nordin. (1994). Cabaran pendidikan guru: Falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul. Prosiding Seminar JKLKAU Ke-9. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alimuddin Mohd Dom (2009). Budaya sekolah pengaruhi keberkesanan pengajaran. Pendidik. http://pendidik.com.my. 28.01.2016.

(17)

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia untuk program perguruan pendidikan rendah pengajian 4 tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Najib Abdul Razak. (2011). Menjuarai tranformasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara.

Noresah Baharom. (2008). Kamus Dewan Edisi IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Rohaty Mohd Maj Zub dan T. Subahan Mohd Meerah. (1993). Satu tinjauan sahsiah dan tingkah laku pendidik yang berkaitan dengan pembelajaran. Jurnal Pendidikan. Jilid 15. 125-135.

Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait