• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKHIDMATAN BUDAYA DAN PERSEKITARAN SEB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKHIDMATAN BUDAYA DAN PERSEKITARAN SEB"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERKHIDMATAN, BUDAYA DAN PERSEKITARAN SEBAGAI FAKTOR YANG MENARIK MINAT PELANCONG KE NEGERI PERLIS

Abd Rahman Yaacob Jabatan Perdagangan

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis Email: dalini09@gmail.com

Aniza Binti Dahri Jabatan Perdagangan

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis

Ros Aini Binti Ibrahim Jabatan Perdagangan

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis. Antara faktor yang dikaji ialah perkhidmatan, budaya dan persekitaran yang akan mempengaruhi minat pelancong ke negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kuantitatif, menggunakan kaedah tinjauan dengan instumen kajian berbentuk soal selidik. Seramai 384 responden telah dipilih secara rawak berlapis daripada anggaran keseluruhan populasi pelancong yang melawat Perlis. Lokasi kajian yang terlibat ialah kawasan Padang Besar, Wang Kelian, Batu Pahat, Kangar, dan Kuala Perlis. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada respoden untuk memperolehi maklumat kajian. Hasil dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciene (SPSS) versi 16.0 yang dengan melibatkan analisis skor min. Dapatan kajian menunjukkan pelancong memberi maklum balas setuju kepada faktor perkhidmatan, faktor budaya dan faktor persekitaran yang menyebabkan mereka tertarik untuk melancong ke negeri Perlis. Beberapa cadangan dikemukakan untuk diberi perhatian bagi kajian pada masa hadapan, antaranya faktor cuaca dan juga keadaan ekonomi sesebuah negara, sama ada menarik minat pelancong melawat sesuatu tempat.

Kata kunci: Perkhidmatan, budaya, persekitaran, minat pelancong

1.0 PENGENALAN

Pelancongan merupakan sektor ekonomi terbesar di dunia yang melibatkan sektor makanan, pengangkutan, penginapan, lokasi tarikan dan perkhidmatan. Kadar pengunjung di Malaysia meningkat setiap tahun menjadikan Malaysia sebagai destinasi ke-sebelas destinasi pelancongan dunia. Faktor pertama yang dikaji adalah perkhidmatan. Kepuasan pengguna adalah amat dititikberatkan dalam penyediaan perkhidmatan (Wells & Prensky, 1996). Aktiviti pelancongan merupakan salah satu faktor yang penting dan menjadi penyumbang dalam sektor perkhidmatan. Faktor kedua adalah budaya yang di mana terbentuk secara simbolik boleh dicipta, boleh berubah, boleh diguna, dimanipulasi, diselaraskan dan disesuaikan (Wood,

1

984). Pola budaya masyarakat tempatan yang unik dan yang merangkumi adat, cara berpakaian, upacara, gaya hidup dan agama adalah unsur-unsur penting dalam konteks pasaran pelancongan negara (Yahya Ibrahim, 2010).

(2)

perkhidmatan, budaya dan persekitaran manakala pembolehubah bersandar pula ialah faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis.

1.1 Latar Belakang Kajian

Sektor pelancongan merupakan sektor yang semakin meningkat naik dari semasa ke semasa dan banyak mendatangkan keuntungan kepada ekonomi Negara. Banyak berlakunya pertukaran wang asing dan memberi impak positif kepada pembangunan Negara. Banyak pelancong dalam dan luar negara yang datang melancong ke Malaysia, antaranya negeri Perlis.

Oleh itu, penyelidik ingin mengenal pasti adalah perkhidmatan, budaya dan persekitaran merupakan faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis. Walau pun kajian yang lepas seperti Weiermair (2000), Sharim Abd Karim (2006) dan Yook Shik Yoon (2002) yang telah mengkaji sektor perkhidmatan dan budaya namun dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi menegnalpasti sama ada ketida tiga factor iaitu perkhidmatan, budaya dan persekitaran menarik minat pelancong ke negeri Perlis.

Kebanyakan kajian menggunakan kaedah deskriptif dan hanya beberapa kajian sahaja yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian lepas kebanyakannya menggunakan kaedah kajian kes seperti Ching, Hin dan Ern (2014) dan Samuel dan Catheryn (2013). Justeru itu, kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan melibatkan soal selidik, memudahkan maklumat atau data yang tepat dari pelancong. Kajian ini juga melibatkan responden dari umur 18 hingga 40 tahun.

Kebanyakan dilakukan di luar negara dan hanya hotel-hotel bertaraf 5 bintang sahaja di Malaysia menerusi kajian Norzuwana Sumarjan (2013), Arendt dan Shelley (2013), Arvin Movafegh dan Andishes Movafegh (2013). Namun begitu, kajian ini memberi tumpuan di kawasan wilayah utara semenanjung khususnya negeri Perlis.

Pengkaji mendapati bahawa dapatan kajian-kajian yang lepas tidak selari dan setiap faktor ini tidak pernah dikaji secara bersama dengan keputusan yang diperolehi. Oleh itu, kajian kali ini akan mengkaji ketiga-tiga faktor utama yang menarik pelancong ke negeri Perlis.

Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan yang merangkumi soal selidik kerana bersesuai dengan kajian yang dijalankan dan memudahkan untuk mendapat maklumat atau data yang tepat dari pelancong. Kajian-kajian yang lepas kebanyakan menggunakan sampel responden yang terdiri dari pelancong luar negara yang berumur dari 16 tahun dan ke atas. Namun begitu, bagi kajian ini, pengkaji menggunakan responden yang terdiri dari pelancong yang pernah melancong ke negeri Perlis dan berumur antara 18 tahun sehingga 40 tahun ke atas. Selain itu, kebanyakan kajian lepas kebanyakan dilaksanakan di luar negara, manakala di Malaysia hanya melibatkan kajian terhadap hotel-hotel bertaraf lima bintang sahaja, dan amat sedikit kajian terhadap minat pelancong. Kajian yang lepas kebanyakan merujuk kepada faktor kos, destinasi, kemudahan dan budaya. Pengkaji mendapati bahawa, dapatan kajian yang lepas adalah tidak selari dan pelbagai keputusan kajian yang berbeza diperoleh dari kajian yang lepas. Jesteru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor perkhidmatan, budaya dan persekitaran menarik minat pelancong ke negeri Perlis.

1.2 Objektif Kajian

Berikut merupakan tiga objektif utama kajian bagi mengenalpasti minat pelancong ke negeri Perlis. a) Mengenalpasti adakah faktor perkhidmatan menarik minat pelancong ke negeri Perlis b) Mengenalpasti adakah faktor budaya menarik minat pelancong ke negeri Perlis c) Mengenalpasti adakah persekitaran menarik minat pelancong ke negeri Perlis

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK MINAT PELANCONG KE PERLIS

(3)

perkhidmatan sokongan dalam kajian ini. Peranan industri pelancongan Malaysia adalah untuk menggalakkan pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia untuk melawat Malaysia. Menurut Johan Afendi dan Mohamad Zaki (2012) Industri pelancongan di Malaysia sedang berkembang pesat dan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Faktor Perkhidmatan

Industri pelancongan dilihat mampu menjadi ejen perubahan terhadap landskap ekonomi, alam sekitar

dan sosial sesebuah kawasan. Seterusnya mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baharu, menjanakan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan serta menggunakan sumber jaya

sedia ada sebagai tarikan pelancong. Kualiti dan perkhidmatan produk yang baik serta pengalaman

berharga kepada pelancong (Johan Afendi dan Mohamad Zaki, 2012). Parasuraman, Zeithaml, dan Berry (1988) juga sering menegaskan bahawa kualiti perkhidmatan yang baik akan meningkatkan kepuasan pengguna. Menurut Yusof Jantan (2010), sektor perkhidmatan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan dan pengangkutan, jurupandu pelancong dan lain perkhidmatan.

Faktor Budaya

Menurut Ismail Naseer dan Abuamood (2011), pelancongan warisan budaya telah menjadikan sumber utama pendapatan bagi banyak negara, kerana hubungan yang kukuh dengan beberapa industri. Pelancongan warisan budaya boleh memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan mempelbagaikan asas ekonomi masyarakat. Menurut Hanafiah dan Harun (2010), pelancong asing amat mengemari makanan sama ada makanan tradisional mahupun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.

Faktor Persekitaran

Persekitaran merupakan kawasan yang sememangnya memiliki daya tarikan untuk aktiviti pelancongan. Namun begitu aspek seperti penjagaan, persekitaran juga harus dititikberatkan agar persekitaran fizikal terutamanya tidak mengalami masalah yang boleh menjejaskan ekosistem sesuatu kawasan. Yahaya Ibrahim dan Abdul Rasid Abdul Razzaq (2010). Menurut Christina, Chua, Mohhidin Othman dan Shahrim Ab Karim (2013), kebanyakkan pelancong akan lebih cenderung untuk memilih kawasan yang dikelilingi oleh kawasan pantai yang cantik dan juga kawasan yang kaya dengan tumbuhan flora dan fauna. Hal demikian bertujuan untuk para pelancong untuk beristirehat dan inginkan ketenangan sepanjang percutian mereka.

Jesteru itu, berdasarkan kajian lepas, maka pengkaji menggabungkan tiga faktor iaitu perkhidmatan, budaya dan persekitaran bagi mengenalpasti minat pelancong ke negeri Perlis. Secara ringkasnya, hubungan tersebut ditunjukkan seperti Rajah 2.1.

Rajah 2.1

Kerangka Kerja Kajian

Minat Pelancong ke Negeri Perlis Faktor-faktor yang terlibat

(4)

3.0 METODOLOGI

Populasi kajian terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat negeri Perlis. Seramai 384 responden telah terpilih secara rawak berlapis daripada anggaran populasi 3.2 juta orang pelancong daripada dalam dan luar negara yang datang ke negeri Perlis (Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perlis). Lokasi ini tertumpu di tempat-tempat menarik di negeri Perlis merangkumi Padang Besar, Wang Kelian, Batu Pahat, Kangar dan Kuala Perlis. Unit analisis ialah invividu, meliputi pelancong yang melawat tempat terbabit. Sebanyak 800 borang soal selidik diedarkan, daripada jumlah itu sebanyak 384 dianalisa dan diguna pakai. Ini setelah ditolak borang soal selidik yang rosak dan pelbagai ralat.

Instrumen kajian hasil adaptasi beberapa kajian berikut antaranya bagi faktor perkhidmatan ialah Weiermair (2000), S. Abdullah et. al (2013), Yusof Jantan, (2010) dan Mohamed et al. 2006). Bagi instrumen yang kedua ialah bagi faktor budaya ialah Sharim Abd Karim, (2006), Cristina et al.( 2013) dan M. Hafiz dan M. Fauzi (2010). Manakala instrumen yang ketiga ialah faktor persekitaran Yoo Shik Yoon (2002), Yahya Ibrahim ( 2011) dan Mosbah A dan Saleh A.A (2014). Akhir sekali kebolehpercayaan instrumen ini disahkan melalui ujian Realibity Test dengan dapatan Alpha Cronbach untuk faktor perkhidmatan ialah 0.882, Alpha Cronbach faktor budaya 0.860 dan Alpha Cronbach faktor persekitaran 0.908.

4.0 DAPATAN KAJIAN Jadual 4.1

Jumlah skor min bagi tiga faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis

Bil. Pengkaji Min Sisihan piawai Tafsiran

a) Perkhidmatan 3.97 0.745 Setuju

b) Budaya 4.05 0.706 Setuju

c) Persekitaran 4.12 0.743 Setuju

Jadual 4.1 menunjukkan antara tiga faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis. Hasil kajian menunjukkan skor min yang tertinggi ialah faktor persekitaran. Dapatan menunjukkan skor min dan sisihan piawai yang diperolehi adalah 4.12 dan 0.743, dengan tafsiran yang diperolehi adalah

“setuju”.

Skor min kedua tertinggi pula ialah faktor adalah budaya. Dapatan menunjukkan skor min 4.05 dan

sisihan piawai 0.706 dengan tafsiran “setuju.

Seterusnya faktor yang terakhir ialah perkhidmatan. Dapatan menunjukkan skor min yang diperolehi 3.97, dan sisihan piawai 0.745, dengan tafsiran “setuju”.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis yang dijalankan, faktor persekitaran didapati memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelancong untuk melawat sesuatu tempat. Seterusnya faktor kedua penting dalam menarik perhatian pelancong untuk melawat ialah faktor budaya. Manakala faktor ketiga yang menarik minat pelancong untuk melawat ialah perkhidmatan.

Faktor Persekitaran

(5)

dititikberatkan agar persekitaran fizikal terutamanya tidak mengalami masalah yang boleh menjejaskan ekosistem sesuatu kawasan.

Menurut Arif Kamisan Pusiran dan Xiao (2013), destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong, terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Selain itu, menurut Cristina et al, (2013) udara yang segar adalah salah satu elemen yang penting dalam meningkatkan minat pelancong untuk berkunjung ke sesebuah negara.

Faktor Budaya

Pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju mengenai budaya yang diterapkan di negeri Perlis kerana faktor ini dapat memberikan kita peluang untuk mengetengahkan budaya tradisional yang menjadikan amalan masyarakat majmuk di negeri Perlis. Selain itu, kebanyakan pelancong terdiri daripada manusia yang bersifat ingin tahu, keadaan ini memberi kita peluang untuk mengkomersialkan kebudayaan tradisional seperti tarikan, nyanyian, permainan dan sebagainya.

Menurut, Ros dan Wall (1999), kepelbagaian makanan yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi pelancongan termasuk makanan tradisional boleh mendorong pelancong untuk datang dan tinggal lebih lama disitu. Disamping melawat tempat-tempat yang menarik, makanan telah dikenalpasti sebagai komponen utama perbelanjaan para pelancong. Selain itu, keunikan dan kepelbagaian budaya oleh penduduk di Malaysia yang memaparkan kemeriahan adat resam dan budaya masyarakat tempatan seperti majlis perkahwinan, cara perubatan tradisional dan kepercayaan penduduk di sesuatu kawasan menyebabkan industri pelancongan ini menjadi salah satu kepentingan dalam industri pelancongan di Malaysia (Mosbah & Saleh, 2014).

Faktor Perkhidmatan

Pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan daripada segi pengangkutan, perhotelan dan sebagainya kerana setiap pelancong yang ingin melancong ke sesuatu tempat melihat kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Menurut Salah Wahab dan Cooper (2001) sektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong sampai ke destinasi yang dituju. Sektor pengangkutan juga adalah satu produk yang ditawarkan dalam industri pelancongan. Selain itu, responden bersetuju kemudahan alat komunikasi perlu disediakan di kawasan pelancongan demi menjaga kepentingan pelancong sama ada pelancong tempatan atau luar negara. Menurut Bhuiyan, Siwar, dan Ismail, (2013) dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien.

Cadang Kajian Masa Hadapan

Beberapa cadangan kajian pada masa hadapan boleh diberi perhatian oleh pengkaji seterusnya. Antaranya mengenalpasti samada faktor cuaca dan keadaan ekonomi sesebuah negara juga menarik minat pelancong untuk melancong ke sesebuah negeri khususnya di Malaysia. Seterusnya, cadangan lokasi kajian masa hadapan ialah melibatkan negeri lain seperti di negeri Kedah, Pulau Pinang atau Perak.

RUJUKAN

Baloglu, S.,& Uysal, M. (1996). Market segments of push and pull motivations: a canonical Correlation approach. International Journal of contemporary Hospitality Management, 3(8): 32 -38

(6)

Ching Hin Ern (2014). Border town issues in tourism development: the cases of Perlis, Malaysia. Malaysian. Journal of Society and Space, 10(2): 68–79.

Christina Geng-Qing Chi, Bee Lia Chua, Mohhidin Othman & Shahrim Ab Karim. (2013). Investigating the structural relationship between food image, food satisfaction, culinary quality, and behavioural intentions: The case of Malaysia

Hanafiah, MHM, Harun, MFM, (2010). “Tourism demand in Malaysia: A cross-sectional pool time

series analysis”, International Journal of Trade, Economics and Finance, 1(1): 80-83 Ismail Naseer, Abuamood. (2011). Tourism and economic development opportunities for

Jordan, Northern. (2011). Badla Cultural Heritage Sites. New Mexico:New Mexico State University. Johan Afendi Ibrahim. & Mohamad Zaki Ahmad (2012). Perancangan dan pembangunan

pelancongan (Edisi Kedua). Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia

Mohamed, Badaruddin., Mat Som, Ahmad Puad., Jusoh, Jamil., & Kong, Yew Wong. (2006). Island Tourism In Malaysia The Not So Good News. In: 12th Asia Pacific Tourism Association & 4th Asia Pacific CHRIE Joint Conference, 26-29 June 2006, Hualien,Taiwan

Mosbah, A., & Saleh, A. A. (2014). A review of tourism development in Malaysia. Euro J Bus and Manage, 6(5): 1–9.

Movafegh, A. & Movafegh, A. (2013). The impact of service quality on tourist loyalty in Malaysian tourism industry. Int. J. Innovative Ideas, 13(1), 1-19.

Norudin Mansor, W. Arinie W. Ahmad, & Ahmad. (2011). Tourism challenges among the SMEs in State of Terengganu. International Journal of Business and Social Science, 2(1): 101-112. Nursiha Aliyas. (2000). Kajian mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan kemasukan

pelancong Taiwan ke Pulau Pangkor, Perak. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia Norzuwana Sumarjan, Susan W. Arendt, Mack Shelley, (2013) "Incongruent quality management

perceptions between Malaysian hotel managers and employees", The TQM Journal, 25(2): 124 – 140.

Parasuraman, A., Zeithaml, V.A., & Berry, L.L. (1988). SERVQUAL: A multiple -item scale for measuring consumer perceptions of service quality. Journal of Retailing, 64(1): 12-40. Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perlis (Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis) (2005)

Pelan halatuju pelancongan Negeri Perlis 2015. Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perlis, Kuala Perlis

Pusiran, A.K., & Xiao, H. (2013). Challenges and Community Development: A case study of Homestay in Malaysia. Asian Social Science, 9(5), p1.Malaysia

Samuel Folorunso Adeyinka‐Ojo, Catheryn Khoo‐Lattimore, (2013). "Slow food events as a High-yield strategy for rural tourism destinations: The case of Bario, Sarawak", Worldwide Hospitality and Tourism Themes, Vol. 5(4):353-364.

S.Abdullah, A.A.Razak, A.Marzuki, M.Jaafar (2013), Assessing tourist satisfaction with the facilities provided at Langkawi island gateway jetty terminals, Liburna, 2, 2.

Shahrim Ab. Karim (2006). Culinary Tourism as a destination attraction: An empirical examination

of the destination’s food image and information sources. Oklahoma: Oklahoma State

University

Sheryl R. and Geoffrey W. (1999). Ecotourism: towards congruence between theory and practice. Canada. Tourism Management, 20: 123-132.

Wahab, Salah & Cooper, Chris (eds) (2001). Tourism in the age of Globalisation. London: Routledge Wells, W.D & Prensky, D. (1996). Consumer behaviour, John Wiley & Sons, New York, NY, pp.

44‐6. 24

Weiermair, K. (2000). Know-how and qualification gaps in the tourism industry. The case of Alpine Tourism in Austria. The Tourist Review, 2, 45-43.

Wood, Robert (1984). ‘Ethnictourism, the state, and cultural change in Southeast Asia’, Annals of Tourism Research, 11: 353-7.

Yahaya Ibrahim & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2010). Homestay program and rural community development in Malaysia. Journal of Ritsumeikan Social Sciences and Humanities, 2: 7-24 Yook Shik Yoon, (2002). "Structural effects of cognitive and affective responses to web

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Remiantis šiuo įstatymu, saugomos teritorijos yra steigia- mos, siekiant apsaugoti gamtinio ir kultūrinio paveldo teritorinius kompleksus ir objektus, kraštovaizdį ir

Tujuan dari program sabilulungan Bandung seribu kampung di Kabupaten Bandung (Studi Kasus Terhadap Program Bupati Terkait Dengan Keberadaan Kampung Jeans Di Desa

Hard Drive) Kolom ini menampilkan tombol pengalih yang memungkinkan pengguna untuk mengaktifkan atau menonaktifkan pemulihan dari kondisi BIOS terkorupsi tertentu dari file

Permasalahan yang akan dibahas dalam penelitian ini adalah, melakukan suatu studi kelayakan untuk menentukan bentuk model organisasi CSIRTs yang sesuai pada perusahaan

Saat dalam tampilan navigasi, Anda dapat mengusap ke atas dari bawah layar atau menekan tombol bawah untuk membuka daftar pintasan.. Pintasan memberikan akses cepat untuk

Tujuan dari pembuatan laporan ini adalah untuk memberikan gambaran Tujuan dari pembuatan laporan ini adalah untuk memberikan gambaran mengenai kegiatan

Liason librarian dapat berperan aktif memberikan informasi terkini mengenai perpustakaan kepada pemustaka baik dari kalangan dosen, mahasiswa atau tenaga

Pencemaran lintas batas akibat kebakaran hutan yang terjadi di indonesia untuk saat ini memang belum menimbulkan sengketa antara negara-negara ASEAN , namun