• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata kunci: Kesejahteraan Sosial, Perbandingan, Malaysia Indonesia.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kata kunci: Kesejahteraan Sosial, Perbandingan, Malaysia Indonesia."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

144

Kesejahteraan Sosial Pelajar di Sekolah: Satu Perbandingan di Malaysia dan Indonesia

Ili Atiqah Bte Md.Din Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini adalah bagi mengkaji kesejahteraan sosial pelajar di sekolah. Kesejahteraan sosial pelajar dikaitkan dengan kehidupan yang positif yang memberikan keterujaan, keseronokan dan kegembiraan dalam alam persekolahan pelajar. Kajian ini dijalankan bagi membuat perbandingan mengenai kesejahteraan sosial pelajar di antara dua buah sekolah di dua negara Nusantara yang berlainan iaitu di Malaysia dan Indonesia. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah yang berlainan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi di Malaysia dan Sekolah Menengah Atas Negeri (8) Pekan Baru, Indonesia. Informan kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu bagi Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi, seramai 15 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat sebagai informan dalam temubual manakala bagi SMA N8 Pekan Baru, Sumatera, seramai 15 orang pelajar dari tahun 10 dan 11 terlibat sebagai informan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dimana ia melibatkan kaedah temubual. Soalan-soalan tersebut dibentuk berdasarkan rujukan daripada Lewins Model, teori-teori funsional dan teori pembelajaran Albert Bandura. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teknik verbatim iaitu mengeluarkan kekerapan jawapan informan dan membentuk tema-tema bagi menjawab objektif kajian. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan kesejateraan sosial pelajar di Malaysia adalah lebih rendah daripada pelajar di Indonesia. Dapatan kajian juga mendapati bahawa kesejahteraan pelajar perempuan lebih tinggi dari pelajar lelaki di kedua-dua buah negara. Implikasi kajian ini adalah supaya pihak tertentu boleh membantu mendirikan konsep kesejahteraan yang positif dalam kalangan pelajar agar potensi yang maksimum dapat dilahirkan.

Kata kunci: Kesejahteraan Sosial, Perbandingan, Malaysia – Indonesia.

ABSTRACT

This study is to investigate the social well-being among students in school. Social well-being are related with a positive life that can gives them feel the happiness, enjoyment and excitement in their school lifetime. This study was conducted to compare students on social welfbeing between the two schools in two different countries in Malaysia and Indonesia. Both schools are SMK Jalan Empat and SMA N (8) Pekanbaru. A total of 30 students involved as informant in this study. In SMK Jalan Empat Bangi, 15 students from Form 3 were involved while other students from SMA N8 Pekan Baru, Sumatera were from years 10 and 11. This study used qualitative method. The questions were developed based on Lewins Model, functional theories and learning theory Albert Bandura. Data were analyzed into several theme that was most widely spoken by informants.. Overall, results showed

(2)

145

that social well being of students in Malaysia was lower than students in Indonesia. The results also showed that the social well-being of female students is higher than male in both countries. Implication of this study is communities should help to build a positive concept of our well-being especially among the students so that they can develop their maximum potential.

Keywords: Social Well-Being, Comparison among Malaysia and Indonesia Students.

PENGENALAN

Banyak dimensi boleh diambil kira untuk membuat eksplorasi mengenai kesejahteraan sosial. Asmah Ahmad (1999) ada menyenaraikan penunjuk kesejahteraan yang boleh diguna pakai dalam kajian yang menilai tahap kesejahteraan sosial disesuatu kawasan. Antara petunjuk kesejahteraan yang telah Asmah nyatakan adalah perlindungan, kesihatan, pendidikan, rekreasi, keselamatan, kestabilan sosial, persekitaran fizikal dan pendapatan. Setiap komponen tersebut mempunyai sub-sub petunjuk yang lebih terperinci. Dalam penilaian kesejahteraan sosial, pelajar seharusnya mengetahui tahap kesejahteraan sosial mereka pada tahap yang baik atau pun tidak dan peranan sekolah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan seseorang pelajar. Dalam mencapai kesejahteraan sosial di sekolah, keseronokan dan kegembiraan pelajar di sekolah amat dipengaruhi oleh keseronokan dan kegembiraan ketika bersama dengan rakan sebaya.

Hal ini kerana rakan sebaya merupakan salah seorang individu yang paling signifikan dengan kehidupan alam persekolahan remaja. Rakan sebaya merupakan tempat untuk mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Dengan ini, dalam kelompok rakan sebaya ini, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan berkesan kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor usia, pengalaman dan peranan yang lebih kurang sama. (Armanizam, 2007).

Walau bagaimanapun, faktor pengaruh rakan sebaya juga turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut

(3)

146

segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. (Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah, Nurul Farhana Junus, 2012). Apabila pelajar enggan atau tidak berminat lagi untuk ke sekolah serta melakukan banyak perkara yang menyalahi undang-undang sekolah, maka ini menunjukkan bahawa kesejahteraan sosial pelajar di sekolah adalah dalam keadaan terancam.

Justeru itu, memandangkan peri pentingnya kesejahteraan sosial kepada pelajar dalam alam persekolahan, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perbandingan pola kesejahteraan sosial antara pelajar dua buah sekolah serumpun iaitu di Indonesia dan Malaysia dalam konteks hubungan pelajar dengan pelajar, hubungan pelajar dengan guru, hubungan pelajar dengan ibu bapa dan juga interaksi pelajar dengan persekitaran sekolah.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah sosial seperti gejala ponteng sekolah seringkali dikaitkan dengan masalah kesejahteraan pelajar ketika berada di sekolah. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara

(4)

147 rasional. Ini kerana mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan memilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.

Dalam konteks kesejahteraan sosial komuniti pelajar di sekolah, penyelidik mendapati bahawa elemen-elemen dalam kesejahteraan sosial pelajar telah dicapai sekiranya pelajar telah berjaya menikmati persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif, berupaya menyelesaikan masalah dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki, tidak mengenepikan nilai dan norma dalam masayarakat, berupaya mengelakkan diri daripada delinkuensi dan tingkahlaku devians dan berupaya memaksimumkan potensi diri yang dimiliki. Hal ini turut disokong oleh kajian Azizi dan Rosnah (2007) bahawa mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian. Azizi dan Rosnah juga menjelaskan, mereka yang bertingkah laku devian ini akan dikenali sebagai delinkuen apabila mereka masih bersekolah atau remaja. Apa yang jelas, delinkuen ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Justeru, penyelidik juga berpendapat bahawa kesejahteraan sosial pelajar bukan terbina dengan sendiri namun turut didorong oleh institusi-institusi sosial di sekeliling pelajar seperti guru, ibu bapa, pentadbir sekolah, rakan sebaya dan juga persekitaran sekolah.

METODOLOGI

Kajian yang dijalankan adalah kajian kualitatif iaitu melibatkan kaedah temubual. Kajian ini melibatkan kajian berbentuk kajian perbandingan berkaitan dengan kesejahteraan sosial pelajar di antara dua buah sekolah di dua negara yang berlainan iaitu di Malaysia dan Indonesia. Satu set soalan temubual telah dibentuk sebelum kajian dilaksanakan. Soalan-soalan dalam set temubual tersebut adalah berkisar mengenai kesejahteraan sosial pelajar di sekolah. Soalan-soalan tersebut dibentuk berdasarkan rujukan daripada Lewins Model dan juga berdasrkan teori-teori

(5)

148

psikologi sosial yang lain. Dua buah sekolah terlibat dalam kajian ini ialah Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi, Selangor (Malaysia) dan Sekolah Menengah Atas (SMA N8) Pekan Baru, Sumatera (Indonesia). Bagi Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi, seramai 15 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat sebagai informan dalam temubual. Mereka terpilih sebagai informan kerana pelajar Tingkatan 3 baru selesai PMR dan tiada aktiviti pembelajaran. Manakala bagi SMA N8 Pekan Baru, Sumatera, seramai 15 orang pelajar dari tahun 10 dan 11 terlibat sebagai informan. Daripada 15 orang pelajar itu, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi memudahkan temubual dijalankan. Sepanjang temubual berlangsung, pengkaji mencatat setiap jawapan yang diberikan oleh informan dan juga alat rakaman digunakan agar segala jawapan dan maklum balas daripada responden diperoleh dengan baik. Kajian telah dilakukan di sekolah di Malaysia terlebih dahulu iaitu Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi selepas melalui beberapa prosedur tertentu. Selang beberapa minggu selepas itu, pengkaji telah ke Sumatera untuk ke SMA N8 Pekan Baru bagi menjalankan kajian di sekolah Indonesia pula. Dalam menjalankan kajian, penyelidik telah menggunakan soalan temubual berbentuk senarai semak (checklist) untuk mendapatkan maklumat daripada informan kajian. Senarai semak tersebut merangkumi tema (i) Hubungan pelajar dengan pelajar dalam konteks pembelajaran di dalam kelas, (ii) hubungan pelajar dengan pelajar di luar kelas, (iii) hubungan pelajar dengan pelajar di luar sekolah. Dimensi tema ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Dimensi tema Fokus Temu bual

(i) Hubungan pelajar dengan pelajar di sekolah,

Hubungan pelajar dengan pelajar di dalam konteks pembelajaran di kelas

Hubungan pelajar dengan pelajar di luar kelas

Hubungan pelajar dengan pelajar di luar sekolah

Bagi mengumpul data dari kedua-dua buah sekolah, penyelidik telah mengemukakan surat kebenaran bagi menjalankan kajian. Fasa pertama ialah dengan menghantar surat kebenaran ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan mendapatkan kelulusan dari Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah bagi menjalankan kajian di Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi (Malaysia)

(6)

149 manakala fasa kedua ialah melalui surat kebenaran dari Fakulti Pendidikan UKM bagi menjalankan kajian di SMA N8 Pekan Baru (Indonesia) pula. Data dikumpul dari pelajar tingkatan 3 SMK Jalan 4 manakala di SMA N8 data dikumpul daripada pelajar Tahun ke 10 dan 11. Hasil temubual yang telah berjaya diperoleh daripada kedua-dua sekolah dikumpulkan dan di analisis mengikut tema berdasarkan kekerapan jawapan yang diberikan semasa temubual. Kemudian, hasil analisis daripada sekolah kedua-dua negara itu dibandingkan dan perbincangan dibuat. Dalam konteks soalan temubual keadaan pelajar disimpulkan sebagai memuaskan atau baik apabila informan kajian menyatakan pandangan mereka secara positif seperti rasa keselesaan, kegembiraan dan keseronokan ketika berada di sekolah manakala keadaan pelajar disimpulkan sebagai tidak memuaskan atau tidak baik sekiranya informan menyatakan bahawa mereka tidak, gembira, tidak seronok dan jawapan lebih berpaksikan kepada sikap negatif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Analisis Demografi

Jadual 1: Taburan demografi informan dari kedua-dua bua sekolah:

Aspek Demografi Malaysia Indonesia

Jantina Lelaki 8 9 Perempuan 7 6 Agama Islam 15 7 Kristian 0 8 Kokurikulum Badan beruniform

Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Pertahanan Awam, Pengakap, Persatuan Bulan sabit Merah

Persatuan Palang Merah, Kelab Astronomi

Persatuan Bahasa Arab, Pusat Sumber Sekolah

Kelab Muzik, Kewartawanan

Sukan Bola Baling, Tarik tali Badminton, Bola Keranjang, Tenis, Karate, Bola Sepak

Bangsa Melayu 15 5

Cina 0 1

(7)

150 Jawa 0 2 Minang 0 1 Kenderaan ke sekolah Bas 1 0 Kereta 13 15 Jalan kaki 1 0

1. Hubungan pelajar dengan pelajar dalam konteks pembelajaran di kelas Hubungan pelajar dengan pelajar ini melibatkan aspek sewaktu pembelajaran, dan juga di luar waktu pembelajaran. Data menunjukkan sebanyak (n=15) pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi. Hubungan mereka dengan pelajar-pelajar lain adalah tidak begitu memuaskan terutamanya ketika menjalankan aktiviti pembelajaran dan aktiviti berkumpulan. Hal ini telah dinyatakan oleh informan 1 sehingga 15 iaitu mereka berasa sejahtera dan selesa ketika berada di dalam kelas tetapi mereka tidak selesa berkawan dengan rakan yang tidak suka memberikan kerjasama dan mementingkan diri sendiri ketika menjalankan pembentangan atau kerja berkumpulan. Rata-ratanya tidak menyukai rakan-rakan yang mementingkan diri, bersikap malas terutamnya dalam aktiviti gotong-royong. Hal ini telah dinyatakan oleh beberapa orang informan antaranya ialah

“ Ada pelajar dalam kelas kurang bekerjasama dan bias terhadap sesuatu keputusan. Ada juga group yang tidak memberikan kerjasama”. (Informan 10 &

informan 15 Malaysia)

Terdapat juga informan dari sekolah di Bangi ini tidak suka bercampur dengan rakan-rakan lain kerana dikatakan sering dipinggirkan ketika dalam kelas.

“Rakan-rakan lain suka meminggirkan saya dalam kelas.Sebab tu saya tak suka bercampur dengan orang lain terutamnya pelajar perempuan”. (Informan 2

Malaysia)

Bagi pelajar di SMA N (8) Pekanbaru, Riau Indonesia seramai (n=15) dimana hubungan silaturrahim di antara pelajar lain secara keseluruhannya berkeadaan baik. Hal ini telah dinyatakan oleh informan 6, 9, 10 dan 12 iaitu:

“Kawan-kawan tidak suka mengganggu kami. Kebiasaannya kami cuma bergurau,

(8)

151 2.) Hubungan pelajar dengan pelajar di luar kelas

Kebanyakan daripada informan mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar lain di luar kelas seperti ketika berada di kantin sekolah, pejabat, perpustakaan, padang sekolah, bilik kaunseling dan pusat sumber namun demikian telah menjadi lumrah atau perkara biasa dimana berlaku juga masalah dalam kalangan mereka terutamanya yang berkaitan dengan hubungan yang terjalin melalui keterlibatan dalam aktiviti berpersatuan dan kesukanan. Hal ini telah dinyatakan oleh informan dari Sekolah Menengah Jalan Empat iaitu seramai (n=15).

“Ada sedikit masalah bila junior tak nak dengar kata senior dalam menjalankan aktiviti berpersatuan dan kesukanan” (Informan 14 Malaysia)

Selain itu terdapat juga beberapa masalah dimana terdapat masalah tiada kerjasama dalam aktiviti tersebut, pemilihan atlet yang sengit dalam sesuatu pertandingan dan bersifat sombong sesama sendiri. Hal ini menyebabkan ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai kesefahaman dan bertindak mementingkan diri sendiri.

“Persaingan agak sengit dalam pemilihan sebab tertumpu kepada atlet sekolah yang lebih layak” (Informan 15 Malaysia)

“Segelintir pelajar agak sombong dengan pelajar lain” (Informan 13 Malaysia) “Terdapat juga pelajar yang mempunyai hubungan yang kurang baik dalam sukan”

(Informan 6 Malaysia)

Terdapat juga informan yang tidak aktif berpersatuan kerana dipengaruhi oleh faktor gender

“Saya tidak suka berpersatuan kerana ramai budak perempuan” (Informan 2

Malaysia)

Berbeza dengan pelajar di SMA N(8) Pekanbaru, Riau, Indonesia pula, mereka berpendapat bahawa berpersatuan atau menjalani (extra curiclar) menjadikan mereka lebih gembira selain perlu memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar. Hal ini telah dinyatakan oleh informan 13 iaitu:

“Saya rasa saya sangat minat kepada muzik dan vokal jadi saya rasa lebih relax sebab saya minat” (Informan 13 Indonesia)

Hubungan pelajar dengan pelajar di luar kelas juga adalah sangat baik, tidak bergaduh dan sangat rapat di antara satu sama lain walaupun berada dalam berlainan kelas. Hal ini telah dinyatakan oleh kesemua informan di SMA N(8) Pekanbaru, Riau, Indonesia iaitu:

(9)

152

“Hubungan kami sangat erat, jika terserempak di library atau di kantin kami akan

tegur, kami juga tak bergaduh antara satu sama lain” (Informan 1 hingga 15

Indonesia)

3.) Hubungan pelajar dengan pelajar di luar sekolah

Hubungan pelajar dengan pelajar di luar sekolah secara keseluruhannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi adalah tidak begitu memuaskan. Terdapat informan yang tidak berpuas hati dengan rakan berlainan gender disamping tidak menyukai guru yang bersifat bias memilih pelajar yang lebih dikenali mereka untuk memasuki sesuatu pertandingan.

“Saya memang tak suka bercampur dengan rakan perempuan sebab diorang suka mengata, mengumpat dan bergosip tentang orang lain”. (Informan 2 Malaysia) “Cikgu ada jugak yang suka pilih pelajar yang diorang kenal untuk masuk pertandingan. Ada unsur tak adil kat situ”. (Informan 13)

Dapatan temubual di SMA N(8) Pekanbaru, Riau, rata-rata informan iaitu seramai (n=15) telah menyatakan hubungan mereka dengan rakan-rakan di luar sekolah secara keseluruhannya adalah baik. Hal ini telah disokong oleh informan 14 dimana beliau menyatakan:

“Saya akan bertegur sapa dengan rakan-rakan dari SMKA yang lain dalam competition contohnya macam basketball dan badminton”. (Informan 14 Indonesia)

Mereka berpendapat bahawa adalah menjadi suatu perkara yang tidak baik sekiranya seringkali berlaku pergaduhan dan tidak bertegur sapa sesama rakan. Hal ini telah disokong oleh informan 1 & 3 dimana mereka menyatakan bahawa:

“Baik bertegur sapa dengan teman yang lain”. (Informan 1 & 3 Indonesia).

4.) Hubungan pelajar dengan pelajar dalam konteks karekter / sikap

Secara keseluruhannya seramai (n=15) orang pelajar di SMK Jalan Empat dan (n=15) pelajar di SMA N(8) Pekanbaru, Riau, Indonesia menyatakan bahawa mereka menyukai rakan-rakan yang mempunyai karekter atau sikap rakan yang dapat memahami masalah mereka, pendengar yang baik, dapat berkongsi masalah, gemar membantu orang lain, berfikiran terbuka dan prihatin. Rata-ratanya akan berasa gembira sekiranya rakan-rakan mereka bersikap sedemikian. Hal ini turut dinyatakan melalui kajian lepas iaitu remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones

(10)

153 & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Mereka kurang menyukai rakan-rakan yang terlalu sensitif, pembuli, bersifat kasar, kelam kabut, pemalas, pesimis, gemar bersosial dan pelbagai sifat negatif yang dapat mengganggu gugat ketenteraman mereka di sekolah.

KESIMPULAN

Kesejahteraan sosial pelajar sukar untuk diniali kerana ia mempu yai darjah yang berbeza-beza dan ia bersifat subjektif. Namun demikian, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu sendiri perlulah berupaya untuk menarik minat para pelajar dan tidak terlalu berorientasikan kepada keupayaan akademik semata-mata. Selain itu, kajian berbentuk mixed method iaitu dengan menggabungkan kajian berbentuk kuantitatif dan kajian kualitatif perlu dilaksanakan dengan lebih meluas bagi menyokong dapatan kajian secara kualitatif bagi melihat perubahan positif kesejahteraan sosial yang dihasilkan pelajar di sekolah selari dengan hasrat bagi melahirkan modal insan yang kompetitif di masa hadapan. Dapatan kajian di atas juga menunjukkan bahawa kajian penyelidikan berhubung dengan perbandingan kesejahteraan sosial pelajar beserta aspek-aspek kesejahteraan lain perlu dilaksanakan dengan lebih meluas pada masa hadapan dengan mempertimbangkan penggunaan sampel yang lebih besar di antara kedua-dua negara. Dengan itu dapatan kajian yang diharapkan boleh memperlihatkan keadaan hasil yang lebih komprehensif.

Kajian ini juga penting untuk melihat kesejahteraan sosial di antara remaja antara dua buah sekolah yang berbeza daripada Indonesia dan Malaysia. Kebanyakan orang mempunyai tanggapan bahawa remaja belajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi akan mempunyai kesejahteraan sosial yang tinggi, positif dan lebih gembira dengan kehidupan mereka. Ini kerana peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bukan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Jadi pengkaji berharap melalui hasil kajian ini, kita dapat mengetahui persepsi pelajar terhadap kesejahteraan sosial. Hasil kajian yang diperolehi juga boleh memperkuatkan lagi dapatan dari kajian luar dan dalam negeri yang menunjukkan betapa pentingnya seseorang remaja sepatutnya memiliki kesejahteraan sosial yang positif supaya ia boleh menikmati hidup dalam persekitaran yang berbeza.

(11)

154

RUJUKAN

Asmah Ahmad (1999) Ketaksamaan Kesejahteraan Sosial di Malaysia: Suatu Manifestasi Pembangunan Tak Seimbang. Prosiding Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia: Dasar, Strategi dan Kelestariannya. Jabatan Geografi, UKM.

Hassan Mohd Ghazali 2008, Kecemerlangan Sesebuah Sekolah Banyak Bergantung Pada

Peranan Pentadbiran Pengetua. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan.

Rohany Nasir (1990) Peranan Ibubapa Dalam Perkembangan Kerjaya Kaum Wanita Implikasi

Terhadap Peranan Kaunseling Kerjaya. Jurnal Perkama.

Ginzberg, E (1980), Toward A Theory Of Occupational Choice: A Restatement.

Featherman, D.L., & Hauser, R.M (1980). Sexual Inequalities And Socio-Economic

Achievement

In The U.S., American Sociological Review, 41. 137-145.

Wan Zah Wan Ali et.al . 2009. Perespsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) .17-36

Mohamed Sharif Mustafa & hazni Abdul Ghani. 2008. Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru.

Azizi Yahaya & Abdul Latif Ahmad. 2005. Persepsi Guru dan Pelajar terhadap Perlakuan Buli di Kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Jurnal Teknologi. 43 (E). 63- 86.

Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah, Nurul Farhana Junus, (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai . Fakulti of Education, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 12-29

Referensi

Dokumen terkait

Validasi hasil prediksi Jaringan Saraf Tiruan dilakukan untuk melihat apakah hasil dari analisis elemen hingga yang merupakan dasar dari prediksi Jaringan Saraf

Walau bagaimanapun, hal ini tidak membawa maksud bahan kimia tersebut selamat untuk digunakan dalam industri vape kerana penilaian yang dibuat oleh FEMA adalah untuk makanan yang

Islamisasi ilmu pengetahuan pada dasarnya adalah suatu respon terhadap krisis masyarakat modern yang disebabkan karena pendidikan Barat yang bertumpu pada suatu

Sedangkan pasir yang masuk melewati lubang ayakan yang kasar akan keluar melalui saluran keluar nomor 2 dari atas, kemudian untuk pasir hasil ayakan yang paling halus akan

Pengujian hipotesis dalam penelitian ini menggunakan analisis regresi berganda, dengan tujuan untuk mengetahui apakah terdapat pengaruh antara faktor kontekstual dan

Sedikitnya ada lima keuntungan mengikuti Program Adiwiyata sebagai berikut 6 (1) Mendukung pencapaian standar kompetensi/kompetensi dasar dan standar kompetensi