• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROPOSAL. KAEDAH JIBRIL adalah satu teknik menghafaz surah popular dari Al-Quran yang cukup mudah, relevan serta praktikal untuk golongan awam.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROPOSAL. KAEDAH JIBRIL adalah satu teknik menghafaz surah popular dari Al-Quran yang cukup mudah, relevan serta praktikal untuk golongan awam."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

KAEDAH JIBRIL adalah satu teknik menghafaz surah popular dari Al-Quran yang cukup mudah, relevan serta praktikal untuk golongan awam.

Masyarakat awam yang dimaksudkan termasuk :  pelajar sekolah menengah

 pelajar universiti/ kolej  pekerja kerajaan

 pekerja swasta

 businessman  surirumah

 golongan pencen.

Tekniknya direka khas untuk disesuaikan dengan corak kehidupan masyarakat awam yang penuh komitmen serta sibuk dengan urusan harian.

Kaedahnya disusun secara sistematik dengan mengambilkira keupayaan, komitmen serta jadual waktu masyarakat awam agar mereka berjaya menghafaz surah yang diingini.

Segala teknik dalam modul KAEDAH JIBRIL dibina dengan asas kepercayaan kuat bahawa Al-Quran amat mudah untuk diingati. Hanya perlukan teknik berkesannya sahaja.

Itu janji Tuhan kepada kita :

Sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk diingati, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan?

Surah Al-Qomar, 17.

Tel : 016 9287 606 # E-mail :

furqanworkssdnbhd@gmail.com

# Tel pej/Faks : 03 8741 6464

Web : www.furqanworks.com # Facebook : www.facebook.com/Furqanworks

(2)

MANFAAT SEMINAR INI :

Dari sudut organisasi/syarikat :

1) Seminar ini adalah pengisian ‘rohani’ kepada pekerja. Jika training HRD seperti

‘team-building’, ‘leadership’ dll bertujuan meningkatkan skill, maka seminar ini bakal meningkatkan ‘skill’ rohani pekerja.

Kami yakin, pekerja yang skillnya tinggi, nilai pegangan hidupnya lurus dan rohaninya mantap adalah pekerja paling ideal untuk organisasi. Dan seminar ini membantu

melengkapkan mereka dari sudut tersebut.

2) Fokus seminar ini adalah Al-Quran. Ia adalah rujukan terbaik mendidik kita

mengamalkan nilai terunggul bekerja seperti integriti, bertanggungjawab, bersemangat, dinamik, proaktif, sukakan kesempurnaan, kerja berpasukan dan sebagainya.

Kami yakin, semua nilai ini (dalam surah & ayat Al-Quran) jika dihafaz & diamalkan, ia mudah berfungsi sebagai asas rujukan nilai setiap pekerja. Bayangkan jika pekerja menghafaz surah Al-Quran, bila berlaku konflik & masalah organisasi, ayat yang dihafaz mampu berperanan sebagai ‘reminder’ & motivasi dalaman mereka.

Setiap pekerja tahu mengambil tindakan terbaik untuk mengatasinya sejajar dengan nilai yang telah dihadam melalui ayat yang ‘already installed’ - diingati dalam minda. Kesimpulannya. Al-Quran adalah asas nilai. ‘Manual book’ terbaik untuk mengatur & menyelesaikan masalah manusia. Itu sebabnya Tuhan hadiahkannya kepada kita. Jika ia difahami dan diingati, setiap masalah mudah diselesaikan kerana kita merujuk konsultasinya terus kepada Tuhan, ’perekacipta’ semua manusia.

Kaedah Jibril membantu untuk lebih mudah mengingati sumber nilai (Al-Quran)

tersebut.

Dari sudut individu :

 Menyedari bahawa Al-Quran amat mudah dan mampu dihafaz walau sesibuk

manapun kerja harian, asalkan tekniknya tepat & praktikal iaitu Kaedah Jibril.

 Membina mindset baru bahawa Al-Quran bukan setakat dihafaz untuk memperoleh

pahala & syafaat, tetapi ia diingati agar peserta mudah menerima 'nasihat' Tuhan secara langsung.

 Mendedahkan peserta bahawa sasaran menghafaz 10 surah popular dalam masa

kurang setahun adalah sesuatu yang amat mudah dan mampu dilakukan.

 Menguatkan lagi tahap tumpuan ketika menghafaz dengan mengetahui teknik

paling sesuai dengan diri masing-masing berdasarkan teknik V.A.K.

 Melengkapkan lagi keyakinan menghafaz dengan membekalkan tips-tips

tambahan, doa khusus serta petua/langkah terbaik jika menghadapi masalah ketika menghafaz.

(3)

BUKU KAEDAH JIBRIL

Bagi menyebarluaskan lagi teknik Kaedah Jibril kepada masyarakat awam, kaedah ini telah dibukukan pada tahun 2011. Ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan buku terkenal iaitu Syarikat PTS Sdn Bhd.

Ia telah diedarkan ke seluruh pelosok negara dan beribu naskhah telah terjual. Kini ia masih boleh didapati di kedai buku utama seperti MPH, POPULAR dan lain-lain.

Selain itu, buku Kaedah Jibril juga diterbitkan dalam bentuk E-book (buku elektronik dalam file PDF yang diedarkan menerusi CD).

Ia boleh diperolehi di www.kaedahjibril.com

MODUL SEHARI SEMINAR KAEDAH JIBRIL

Seminar Kaedah Jibril diadakan selama sehari (namun ia boleh dipecahkan kepada 2 hari mengikut kesesuaian).

Ada 4 modul yang dikongsikan iaitu :

MODUL 1 : AL-QURAN & HAFAZAN : APA KELEBIHANNYA? MENGAPA PERLU

MENGHAFAZNYA?

OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari kelebihan utama AL-Quran dan tujuan utama mengapa ia perlu dihafaz. Peserta juga akan didedahkan beberapa kelebihan, fadhilat dan keunikan Al-Quran agar mereka lebih teruja untuk menghafaznya.

MODUL 2 : KAEDAH JIBRIL : SESI PENERANGAN

OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari Kaedah Jibril secara terperinci. Mereka akan didedahkan stepnya, jumlah hafazan, teknik harian/mingguan & bulanan, cara mengulang paling berkesan dan 10 surah yang bakal dihafaz dengan menggunakan kaedah ini.

(4)

MODUL 3 : KAEDAH JIBRIL : SESI LATIHAN & PRAKTIKAL

OBJEKTIF : Peserta akan mempraktikkan terus Kaedah Jibril berdasarkan teknik pembelajaran V.A.K (Visual, auditori dan Kinestetik). Ia amat penting untuk mengenalpasti teknik paling berkesan untuk setiap individu gunakan ketika menghafaz surah Al-Quran berdasarkan Kaedah Jibril.

MODUL 4 : TIPS ‘BOOSTER’ UNTUK MENGUATKAN HAFAZAN.

OBJEKTIF : Peserta akan memperolehi beberapa tips dan teknik tambahan yang bakal memantapkan lagi hafazan. Ini termasuklah doa sebelum dan sesudah hafazan, teknik jika terlupa ayat Al-Quran, makanan yang perlu diambil untuk menguatkan hafazan, Cara mengelakkan lupa, kurang semangat & jemu serta banyak lagi.

(5)

KLIEN SEMINAR KAEDAH JIBRIL

Seminar ini telah diadakan secara umum dan secara 'in-house' ke seluruh Malaysia : Dewan Seminar, Masjid S.Umar, Damansara Heights, K.L (5.8 & 9.9. 2007) INTAN Bukit Kiara (26 -27 Sept 2007)

ITQAN (Institut Tahfiz Negeri Sembilan) (29. 9. 2007) SIRIM Shah Alam (12 Jan. 2008)

Akademi Pengajian Islam DARUL FURQAN, Perak (6.4.08) U.P.M (10 Mei 2008)

Hospital T.A.R, Klang (17 Mei 08) Pendang Resort Kedah (7 Jun 08) Wisma Negeri N.S (14. 6.08)

Pejabat Daerah Kemaman, Terengganu (5.7.08) U.I.A Pahang (6.7.08)

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis (24.7.08) Masjid Al-Ghufran TTDI (3.8.08)

Kuala Kubu Baru, Selangor (10.8.08) NAZA Kedah (16.8.08)

U.I.A Gombak (23.8.08) U.T.M Skudai, Johor (30.8.08) U.U.M Perlis (16.10.08)

U.S.M (Pusat Islam) (11.4.09)

Kelab komuniti Dijari, Kelantan (20.6.09) Seminar Kaedah Jibril Putrajaya (3 Mac 2013)

Seminar Kaedah Jibril Singapore (B.A.P.A, 13.4.2013) Seminar Kaedah Jibril Shah Alam (2 Jun 2013)

Seminar Kaedah Jibril (DBP Negara Brunei Darussalam, 14.11.13)

Seminar Kaedah Jibril (Bahagian pengajian islam, Brunei Darussalam, 18.11.13) Seminar Kaedah Jibril Singapore (7.12.13)

Segala contoh gambar seminar dan testimoni peserta ada dikongsikan di :

http://www.kaedahjibril.com/mengenaikjibril.html

PENDEKATAN SEMINAR

Modul Kaedah Jibril akan disampaikan dengan penuh bertenaga & semaksimum mungkin melalui pendekatan berbentuk santai, ceria, menarik dan interaktif.

Tidak kira siapapun pesertanya, Ustaz Asraff akan berusaha sebaik mungkin untuk memahamkan peserta dengan mengambilkira latar-belakang mereka. Penyesuaian akan dilakukan agar isi modul dapat difahami dengan jelas.

(6)

Segala penerangan seminar ini akan dibantu :  Pembentangan Slide-show melalui LCD projektor  Kertas kerja yang disusun secara ’step-by-step’  Praktikal hafazan secara talaqqi dan Musyafahah  Lukisan penerangan di white board (jika perlu)  Sesi soal jawab dan perbincangan

KELENGKAPAN DIPERLUKAN

- Bilik seminar berhawa dingin yang boleh semua menampung peserta. (minimum 50, maksimum 100 peserta)

- LCD projektor

- Papan putih (whiteboard) - P.A Sistem

Pihak kami akan sentiasa memberikan maklumbalas dalam menentukan kesesuaian sesuatu lokasi yang dicadangkan.

YURAN SEMINAR

Kos Seminar sehari Kaedah Jibril untuk bilangan peserta minima 50 hingga 150 peserta ialah RM 3,500.

Untuk penganjuran luar negara, mohon pihak penganjur menyediakan sekali penginapan dan tiket kapal terbang.

Buku kerja Kaedah Jibril akan diemelkan kepda penganjur untuk dicetak sendiri dan diedarkan kepada peserta pada hari seminar.

(Kos Marketing (jika ada), makan minum peserta, dewan seminar, P.A System dan LCD Projektor semuanya akan ditanggung oleh pihak penganjur)

Pihak kami bersedia berbincang jika ia perlu diselaraskan dengan keperluan pihak pen-ganjur.

LAIN-LAIN

Cadangan ini adalah tertakluk kepada perkara berikut :

PENGESAHAN AWAL : Pengesahan awal melalui SURAT RASMI adalah perlu bagi mengelak daripada menghadapi sebarang kesulitan atau percanggahan tarikh dan waktu.

Pihak kami memerlukan minima 15 hari pengesahan bagi membuat pengesahan dan persediaan pengurusan kursus.

(7)

JUMLAH PESERTA : Bagi menjamin keberkesanan seminar, jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai minima 50 orang dan maksima 200 orang sahaja.

PENUTUP

Kami bersedia untuk berbincang lebih lanjut agar seminar ini dapat dijayakan & manfaat-nya dapat dikongsi bersama untuk masa depan kesejahteraan dunia akhirat.

Mohon hubungi kami di :

Tel/sms : 016 9287 606 (direct Ustaz Asraff)

Tel Pej / Faks : 03 8741 6464

Emel : asraff2@yahoo.com / furqanworkssdnbhd@gmail.com

Facebook : www.facebook.com/asraffayob

Surat-menyurat :

FURQANWORKS SDN BHD (1034644-M) 13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B,

Pusat Hentian Kajang 43000 Kajang. Selangor

(8)

ANTARA CONTOH GAMBAR

SEMINAR DAN TESTIMONI PESERTA

Seminar Kaedah Jibril di Putrajaya, 3. Mac 2013

(9)

Selama lebih 20 tahun, Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob telah

menghabiskan masanya dengan 3 'passion' :

1. bacaan Al-Quran.

 Mantapkan tajwid Al-Quran hingga ke tahap pakar Syeikh arab. Disebabkan itulah beliau ke Mesir (Universiti Al-Azhar) kerana disitulah Syeikh pakar berkumpul. Di sana, Alhamdulillah beliau telah bertalaqqi Al-Quran dari 3 masyaikh terkemuka & ter-sohor (Syeikh Hassan Rajab, Syeikh Sayyid & Syeikh Nabil Mohd) hingga mendapat ijazah & sanad Al-Quran yang diiktiraf & bersambung terus hingga ke Rasulullah

s.a.w.

 Mendalami ilmu Qiraat Al-Quran, bukan setakat Qiraat Hafs 'An A'sim atau Qiraat 'tujuh' tetapi hingga ke Qiraat 10 (A’syarah) di Mesir. Ketika di sana juga, beliau berpeluang menguasai semua ilmu lain yang berkaitan kitab mulia ini seperti : Dabtul Quran, Fawasil, Rasm Al-Quran, Tarikh Qurra', Hifzul Mutun dll.

KENALI PEMBIMBING AL-QURAN ANDA :

Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz.

B.A (Hons) Al-Quran & Qira’at, U. Al-Azhar Masters (Psychology I.O), U.K.M

(Memiliki pengalaman 20 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran)

Pengarah Urusan FURQANWORKS Sdn Bhd.

Kepakaran beliau ialah membantu masyarakat JATUH CINTA DENGAN AL-QURAN dengan menguasai 3 aspek utama : mahir membaca Quran,

(10)

2. hafazan Al-Quran.



S

ejak berumur 13 tahun, beliau telah mula menghafaz kitab mulia ini. Beliau juga telah menajamkan ingatannya dengan menyertai pertandingan hafazan 30 juz dan pernah beberapa kali memenanginya untuk peringkat Negeri Sembilan.

 Hafazan yang kuat hasil latihan berterusan telah dibuktikan dengan kemampuan beliau menjadi imam jemputan tarawikh 30 juz di masjid terkenal dan yang terakhir, beliau diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Syeikh Jibril, imam terkemuka antarabangsa dari Mesir untuk mengetuai solat tarawikh 30 juz di Masjid Wilayah pada tahun 2007.

Ustaz Asraff bersama Syeikh Jibril ketika bertugas sebagai Imam terawikh khas di Masjid Wilayah, KL.

3. Kefahaman Al-Quran.

 Subjek tafsir memang menjadi minat beliau sejak awal lagi. Segala point induk tafsir telah dipelajari dari kitab induknya seperti Al-Itqan Fi Ulumil Quran, usul tafsir, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Tabari dan berbagi lagi.

 Kini, beliau lebih asyik meneroka cabang baru tafsir : Melihat Al-Quran sebagai kumpulan 6,236 hikmah positif dari Tuhan. Mengkaji Al-Quran sebagai satu buku yang penuh dengan 'tips & teknik' untuk menjadikan manusia lebih kaya, berjaya, bahagia dan hidup luarbiasa.

 Disebabkan itulah, beliau telah mendalami psikologi, satu ilmu penting mengenal manusia agar segala inputnya memberi lebih kefahaman untuk menyatukan Al-Quran dengan kita : manusia sekaligus makhluk Allah berstatus mulia iaitu hamba & khalifah.

(11)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri & Organisasi), U.K.M.

Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006.

Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maa-had Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembi-lan).

Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik.

USAHA MEMARTABATKAN AL-QURAN

Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz lebih dikenali ramai dengan produk teknik hafazan untuk golongan awamnya iaitu Kaedah Jibril.

Teknik ini telah disebarkan secara aktif ke seluruh megara melalui seminar dan ia telah membantu beribu-ribu peserta menghafaz surah-surah popular.

Rujuk : http://www.kaedahjibril.com/mengenaikjibril.html

ANTARA PRODUK LAIN KELUARAN USTAZ ASRAFF :

Selain dari menerbitkan 5 produk DVD tentang cara mudah menguasai ilmu Al-Quran (tajwid, hafazan & kefahaman) yang digabungkan dalam Pakej Inspirasi Al-Qurani (www.inspirasiqurani.com) , Ustaz Asraff juga ada menerbitkan 2 buah buku iaitu :

 Quranology (diterbitkan oleh Sykt Mustread Sdn. Bhd.) dan

 Kaedah Jibril (diterbitkan oleh Sykt PTS Sdn. Bhd.)

Kedua-dua buku ini boleh didapati di kedai buku terkemuka seperti MPH, Popular dll.

Anda boleh berhubung terus dengan beliau melalui :

 Buah fikiran terkini menerusi blognya : www.asraffayob.com

 Interaksi harian melalui Facebook : www.facebook.com/UstazAsraff  Terus ke inbox emelnya : asraff2@yahoo.com

Referensi

Dokumen terkait

pembelajaran tematik integratif memberikan pengalaman langsung kepada siswa dan memberikan pembelajaran menyeluruh dan tidak terpisah-pisan (parsial). Penelitian ini

Pelayanan umum atau publik adalah kegiatan yang dilakukan seseorang atau sekelompok orang dengan landasan faktor material melalui system, prosedur, dan metode tertentu

Sebelum mobil barang tandum tangki sejajar dengan kedua kereta tempelan yang diindikasikan mengalami kerusakan, kendaraan khusus jenis tangki memberi lampu isyarat (lampu

penyampaian Laporan Pajak-Pajak Pribadi (LP2P) bagi Pejabat/Pegawai di lingkungan Kementerian Keuangan sebagaimana diatur dalam Instruksi Menteri Keuangan Nomor 02/KMK.01/1986

Fungsionalitas yang ada pada aplikasi ini adalah transaksi pembelian persediaan barang, penjualan tunai, pengeluaran beban, jurnal umum, buku besar, kartu stock,

Contoh yang kita dapat dari rangkaian di atas, misalnya model rangkaian akhir yang di dapat adalah model rangkaian seri, sehingga total rangkaian yang akan kita

Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa modul pengajaran bahasa Arab al-Quran harus mengambil kira beberapa aspek Andragogi yang diketengahkan oleh Knowles terutama

Sesuai dengan tujuan untuk mendapatkan pengukuran aliran rendah yang optimal pengambilan konstanta secara manual dilakukan dan dibandingkan dengan hasil perhitungan dari