• Tidak ada hasil yang ditemukan

Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

Empangan merupakan di antara struktur hidraulik yang paling besar dari segi saiz dan kawasan. Struktur yang melintangi saliran air ini dibina untuk menahan dan mengawal aliran air ke saluran, terowong dan saluran tiub wayar yang bertujuan mewujudkan turus air yang diperlukan untuk pelbagai keperluan. Antaranya adalah untuk menjanakuasa hidroelektrik dan melindungi muara daripada banjir. Penjanaan tenaga hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang tidak menghasilkan pencemaran udara kerana hidroelektrik adalah sumber tenaga yang bersih, ia tidak menghasilkan karbon dioksida, sukfur dioksida, nitrus dioksida dan juga pencemar udara yang lain. Penjanaan hidroelektrik dikatakan juga adalah sumber utama tenaga yang boleh diperbaharui, ia mudah diperoleh, cekap dan murah berbanding janakuasa tenaga yang lain seperti geoterma, biomas, angin dan tenaga solar. Pembinaan empangan hidroelektrik ini juga boleh dikelaskan mengikut skala pembinaannya. Contoh empangan hidroelektrik yang dikenal pasti sebagai berskala besar di rantau Asia Tenggara adalah seperti Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak, manakala empangan yang berskala kecil pula adalah seperti Empangan Semberong di Johor. Namun persoalannya, mengapakah setiap kali pihak kerajaan mengumumkan pembinaan projek empangan samada berskala kecil atau besar, maka kedengaranlah bantahan dan kritikan khususnya di kalangan penduduk yang terpaksa dipindahkan dan pertubuhan pencinta alam? Apakah impak negatifnya selain daripada kepentingan dan kebaikan yang diperoleh daripada pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik ini?

Empangan Bakun terletak di Jeram Bakun iaitu di antara kuala Sungai Rajang dan Sungai Balui di Sarawak. Pembinaan Empangan Bakun ini dianggarkan mampu menghasilkan tenaga sebanyak 2,400 megawatt per saat dan berupaya menjana pendapatan negara setahun sebanyak RM13.5 bilion atau bersamaan US$3.6 bilion kepada negara. Projek pembinaan empangan ini juga telah melibatkan perancangan penghantaran tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia melalui perentangan kabel bawah tanah sepanjang 1,500 kilometer dan perentangan kabel dasar laut sepanjang 650 kilometer yang merentasi Laut China Selatan. Projek Empangan Bakun mempunyai ketinggian tebing konkritnya setinggi 210 meter, di mana akan menghasilkan kawasan tadahan berkeluasan sehingga 14,750 kilometer, dan dataran yang akan dibanjiri seluas 69,640 hektar di kawasan

(2)

2

hutan hujan yang utama di Sarawak iaitu kira-kira sebesar negara Singapura yang akan menjadikan empangan ini salah sebuah empangan yang terbesar di dunia dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Empangan Bakun dikatakan sebagai salah satu daripada usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk mencapai taraf negara industri yang sepenunhya menjelang tahun 2020. Projek-projek berskala besar merupakan kunci utama untuk mencapai matlamat tersebut. Empangan Bakun juga dijangkakan akan menjadi pusat penjanaan kuasa selaras dengan peningkatan peemintaan terhadap tenaga. Empangan ini juga membantu kepada pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di Sarawak. Kerajaan Malaysia dengan bantuan empangan ini juga mensasarkan kepada pembangunan dan pemodenan golongan masyarakat asal di kawasan tersebut.

Empangan Semberong yang siap dibina pada tahun 1984 merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Johor Barat Fasa 2. Empangan ini terletak 10 kilometer dari Bandar Air Hitam dan dihubungkan oleh jalan utama Air Hitam-Kluang. Empangan ini berfungsi sebagai bekalan air bersih yang akan diproses oleh Syarikat Air Johor (SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air pengguna di sekitar daerah Batu Pahat. Empangan ini terus membekalkan kira-kira 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air domestik. Empangan ini dibina daripada tanah (zoned earthfill). Ianya teridiri daripada dua empangan utama (1a dan 1b) dan tiga benteng empangan pelana (saddle dams) iaitu empangan pelana 1, 2 dan 3. Sumber air empangan ini datangnya daripada Sungai Semberong dan mempunyai kawasan tadahan seluas 130 kilometer persegi.

Walaupun pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik seperti Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor dikatakan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat antaranya seperti menyumbang kepada bekalan air bersih untuk kegunaan domestik, menyumbang kepada tenaga bersih dan murah kepada negara, mengurangkan kepada pencemaran udara, mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu dalam meningkatkan pendapatan negara hasil daripada jualan tenaga elektrik yang dijana sebenarnya juga telah memberikan banyak impak yang negatif terutamanya kerosakan kepada alam semulajadi dan masalah kepada komuniti setempat.

(3)

3

Dalam projek Empangan Bakun umpamanya, tidak dinafikan bahawa projek empangan ini mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan juga kepada negara. Empangan Bakun dikatakan telah berupaya menukarkan sumber semulajadi yang selama ini dianggap sebagai sumber air yang tidak bernilai (worthless water) kepada sumber air yang bernilai (valuable electricity). Hal ini kerana, Sarawak terkenal sebagai kawasan yang menerima kadar hujan yang tertinggi dengan purata 300 hingga 400 cm setahun, suhu yang tinggi dan kelembapan yang tinggi yang berupaya mampu menjadikan tempat yang terbaik untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Empangan Bakun boleh beroperasi tanpa hujan selama setahun setengah yang berpotensi untuk menjana tenaga hidroelektrik bukan sahaja di Borneo malah ke kawasan negara jiran yang berdekatan.

Empangan Bakun juga merupakan salah satu daripada visi negara untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri perindustrian dan membantu Malaysia mencapai status negara moden di pentas antarabangsa. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam New Way Forward and Vision 2020, menyatakan bahawa projek infrastruktur berskala besar atau mega merupakan salah satu elemen kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Sarawak berhasrat untuk menjadi negeri perindustrian yang maju dan menjadikan Malaysia sebagai pusat penjanaan kuasa ekonomi utama di rantau ini. Empangan Bakun ini mampu menjana kuasa yang dipercayai sebagai suatu mekanisme untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri yang moden sama seperti negeri-negeri lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Melaka dan Selangor.

Projek Empangan Bakun juga secara tidak langsung memberikan faedah dan kebaikan yang lain seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan sebagai buruh binaan, menambahbaikan infrastruktur seperti membangunkan kawasan pedalaman dengan memodenkan sistem perhubungan dan komunikasi seperti jalan raya, memberi khidmat latihan dan kemahiran kepada masyarakat asal seperti penempatan semula dengan kemudahan asas yang

(4)

4

mencukupi, mengurangkan serta mengawal banjir semasa musim monsun dan menjana sektor pelancongan kepada pelancong asing yang melawat ke Tasik Bakun umpamanya.

Manakala, projek Empangan Semberong pada awal pembinaanya adalah sebuah empangan yang dibina bagi tujuan tebatan banjir. Sebagai kolam takungan air yang berskala kecil, empangan ini berfungsi untuk mengurangkan kejadian banjir dengan menampung air banjir yang melanda semasa musim tengkujuh dan membuang air pada kadar alir yang terkawal dalam lengkungan keupayaan sistem sungai di hilir empangan. Selain itu, simpanan air di empangan ini turut berfungsi sebagai bekalan air bersih yang akan diproses oleh Syarikat Air Johor (SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air pengguna di sekitar daerah Batu Pahat. Pada masa sekarang, empangan ini terus membekalkan sebanyak 2Mld atau 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air domestik. Empangan ini menyediakan perlindungan dan tebatan banjir di hilir untuk tempoh masa 100 tahun tempoh ulangan dengan kadar pelepasan maksimum 42 cubic meter cube (cumesc)

Walaupun kedua-dua projek empangan ini iaitu projek Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor memberi kepentingan, namun secara tidak langsung kepentingan tersebut memberi kesan yang boleh merosakkan alam semulajadi dan masalah kecenderungan berlakunya bencana banjir besar jika empangan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan atau empangan pecah kepada komuniti pribumi setempat serta krisis bekalan air bersih. Implikasi pembinaan empangan kepada alam sekitar boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kesan kepada kawasan hulu tadahan, kesan takungan air dan kesan kawasan di hilir empangan. Hal ini kerana, secara prinsipnya semakin besar saiz sesebuah empangan yang dibina maka semakin besar pula kawasan tadahan dan kawasan takungan yang diperlukan. Pembinaan empangan akan menenggelamkan kawasan yang luas bergantung kepada kapasiti takungan air yang diperlukan. Masyarakat asal yang tinggal di kawasan itu sejak turun temurun terpaksa dipindahkan seperti yang berlaku ke atas masyarakat orang asal Penan di Bakun yang terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di penempatan baru di Sungai Asap yang disebabkan

(5)

5

aktiviti pembersihan hutan seluas 70,000 hektar yang telah memusnahkan habitat semulajadi yang merupakan sumber mata pencarian komuniti asal tersebut.

Penduduk di kawasan sekitar Batu Pahat dan Air Hitam sering dilanda krisis bekalan air bersih terputus dan tidak memuaskan beberapa tahun selepas empangan ini beroperasi. Dalam penyiasatan yang dilakukan mendapati bahawa masalah dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan air yang diperoleh daripada Empangan Bekok di Segamat. Malah yang berlarutan itu di atasi dengan perlaksanaan hujan tiruan di sekitar kawasan empangan dan agihan bekalan air menggunakan lori tangki kepada penduduk. Namun pada penghujung tahun 2006, bencana banjir telah melanda negeri Johor. Kejadian berulang lagi pada penghujung tahun 2007. Kejadian banjir ini mengakibatkan kerugian besar, kemusnahan harta benda tertinggi dalam sejarah bencana negara. Kebimbangan terhadap struktur binaan dan keupayaan Empangan Semberong mendapat perhatian kerana kegagalan mengawal banjir di hilir sungai yang berpunca daripada pelepasan air dalam kuantiti yang besar.

Penulis juga lebih memfokuskan kepada impak pembinaan empangan dalam konteks permasalahan yang berlaku dalam komuniti orang asal di kawasan yang terlibat yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak turun temurun lagi. Misalnya dalam projek Empangan Bakun di Sarawak yang telah memaksa kira-kira 15,000 orang penduduk asal dari kawasan Bakun. Menurut Laporan Aduan dan Siasatan, Hak Masyarakat Asli Sarawak pada bulan Jun 2002 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), terdapat beberapa laporan ketidakpuashatian penduduk berhubung isu yang berkaitan tentang tanah adat mereka dan penempatan semula di Sungai Asap. Apabila tanah mereka diperoleh, selain daripada kehilangan mereka ke atas tanah tersebut mereka juga akan kehilangan tanah warisan (deprivation of heritage land), kehilangan kebebasan untuk bermastautin atau bergerak di bawah Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan, kehilangan penggunaan sumber hutan, kehilangan kehidupan masa depan untuk mereka yang terlibat dan keluarga terdekat mereka dan kehilangan masa depan untuk warisan mereka yang terlibat.

(6)

6

Bagi pencinta dan aktivis alam sekitar pula, setiap lokasi itu mempunyai keunikan yang tersendiri, khususnya hutan tropika. Spesis flora dan fauna misalnya memang boleh dipindahkan ke kawasan lain, tetapi kewujudannya tidak akan sekali-kali sama dengan lokasi asalnya. Bahkan mungkin pupus sama sekali. Habitat semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru. Contohnya dalam projek Empangan Bakun, walaupun aktiviti penanaman semula kira-kira 200 jenis herba asli termasuk orkid dan halia serta 20 spesis pokok terlindung dijalankan di kawasan pembinaan empangan tersebut oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC), keadaan tidak akan sama seperti yang sedia kala kerana walaupun penanaman semula dijalankan, tempoh masa yang diambil oleh tumbuhan tersebut untuk mencapai usia matang dan keadaannya seperti sedia kala akan mengambil masa yang begitu lama.

Menurut Perkara 13 Perlembagaan Persekututan telah menyatakan bahawa, tanah yang telah didiami oleh masyarakat asal sejak turun temurun adalah hak asasi yang dilindungi. Hal ini kerana, tiada seseorang pun yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Hal ini kerana, tanah yang diperoleh untuk tujuan pembinaan empangan Bakun ini telah menyebabkan masyarakat asal di kawasan Bakun hilang tempat bergantung kerana tanah yang didiami mereka adalah sejak turun temurun untuk menampung kehidupan mereka.

Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan empangan untuk tujuan janakuasa hidroelektrik mendatangkan 1001 kebaikan kepada kita dan negara. Malah dikatakan bahawa, penjanaan elektrik melalui janakuasa hidroelektrik seperti empangan Bakun merupakan salah satu penjanaan kuasa yang menjimatkan dari segi kos pembinaan dan operasinya jika dibandingakan dengan loji yang berasaskan kepada arang batu, gas atau bahan bakar fosil. Empangan berskala kecil seperti Empanagn Semberong pula beurpaya sebagai pembekal kepada bekalan air bersih untuk tujuan domestik yang bertindak sebagai kawasan takungan air dan mampu mengawal banjir. Kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada pembinaan projek empangan bergantung kepada skala pembinaanya.

(7)

7 References

Books or Chapter in books

Duivendijk, H. V. 2003. Dam and Dikes in Development. Lisse: A. A. Balkerna Publisher.

Jamaluddin, Md. Jahi. 2010. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: Dari Stockholm ke Rio de Janeiro dan Seterusnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Journal articles obtained from data bases

Beck, M. W., Claassen, A. H. and Hundt, P. J. 2012. Environmental and Livelihood impacts of dams: common lessons across development Gradients that challenge sustainability. International Journal of River Basin Management.

Kadaran, Mohd. Mazli. 2008. Pengurusan dan Keselamatan Empangan: Kajian Kes di Empangan Semberong. Universiti Teknologi Malaysia.

Namy, S. 2007. Addressing the Social Impacts of Large Hydropower Dams. The Journal of International Policy Solutions. Springer. 7.

Sovacool, B. K. and Bulan, L. C. 2011. Behind an ambitious megaproject in Asia: The History and Implications of the Bakun hydroelectric dam in Borneo. Journal of Energy Policy. 39;4842-4859. Retrieved from www.elsevier.com/locate/enpol

Journals articles obtained from library

Bawe, L. 1996. Private profit at Public Expense. The Bakun Hydroelectric Project. The Ecologist. 26(5).

Berkes, F. 1980. Some Environmental and Social Impacts of the James Bay Hydroelectric Project, Canada. Academic Press Inc. (London) Limited.

(8)

8

Newspaper clipping from E Media or from daily newspaper available in library

Berita Harian. 2010. Sarawak bida lebih RM6b beli empangan hidro Bakun. 27 September. (atas talian) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ SarawakbidalebihRM6bbeliempanganhidroBakun/Article/ (diakses pada 8 Oktober 2012)

Berita Harian. 2011. Sabah & Sarawak: Empangan Bakun dijangka operasi pada 2012. 26 April. (atas talian) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ Sabah SarawakBakundijangkaoperasipada2012/Article/ (diakses pada 8 Oktober 2012)

Referensi

Dokumen terkait