• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Isyarat Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahasa Isyarat Malaysia"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN………..2 2.0 PENGENALAN………..3 3.0 PERBEZAAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA DAN KOD TANGAN BAHASA

MELAYU……….4 4.0 KESIMPULAN………9 5.0 RUJUKAN………...10

(2)

2 | P a g e

1.0 PENGHARGAAN

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan dari-Nya, kerja kursus pendek ini telah berjaya disempurnakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya, Dr. Shahrul Arbai‟ah bt Othman kerana telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sehingga saya berjaya menyempurnakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan buat ibu saya, Maimun binti Ali dan ayah saya, Syed Mohamad Kher bin Syed Shith di atas dorongan dan semangat yang diberikan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini. Ucapan jutaan terima kasih terutamanya kepada sahabat perjuangan daripada kelas G4.1 (Pendidikan Khas masalah Pendengaran) kerana telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya serta tidak lupa kepada sahabat-sahabat serumah iaitu Basirah, Azwin, Shikin dan „Atiqah di atas jasa baik yang telah diberikan selama ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan kepada kerja kursus pendek saya.

(3)

3 | P a g e

2.0 PENGENALAN

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.

Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

Menurut Abdullah Yusoff (1996) Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa Isyarat dicipta untuk orang pekak. KTBM adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami . Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan kod-kod yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan kanak-kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata dipelajari, Melalui KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih mudah untuk dipelajari dan difahami.

(4)

4 | P a g e

3.0 PERBEZAAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA DAN KOD TANGAN BAHASA MELAYU

BIM adalah kaedah komunikasi yang sesuai untuk pendidikan dan komunikasi kanak-kanak yang mempunyai tahap kecatatan pendengaran lebih daripada 70 dB. Tetapi ia tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang mempunyai tahap pendengaran yang ringan dan sederhana kerana bahasa isyarat ini tidak memerlukan juru isyarat untuk bertutur. Maka hal ini tidak membantu pelajar dalam mendengar dan memahami bunyi-bunyi bahasa. Manakala untuk KTBM pula ia sesuai digunakan oleh semua tahap kehilangan pendengaran tidak kira yang mempunyai tahap pendengaran ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Hal ini kerana KTBM merujuk kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili wakil setiap kata bahasa Melayu. Hal ini bermakna guru menggunakan pelbagai media iaitu isyarat, lisan dan lakonan semasa pengajaran untuk disesuaikan dengan kebolehan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap pendengaran. Oleh itu, pelajar yang pekak sederhana dan ringan berpeluang mendengar bunyi bahasa dan mereka yang pekak teruk dapat memahaminya melalui bahasa isyarat. Mereka juga lebih faham apabila guru menggunakan pelbagai media semasa pengajaran.

Dalam pada itu, di dalam KTBM terdapat pengejaan jari. Pengejaan jari bermaksud menggunakan abjad (pelajar perlu menguasainya) dan mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu, setiap kosa kata perlu dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari mengambil alih peranan mulut untuk mengeja. Isyarat-isyarat yang mewakili abjad perlu dikuasai dengan cekap. Ejaan jari adalah digunakan untuk nama khas seperti nama orang, nama tempat, nama institusi dan alamat. Juga digunakan secara meluas bagi perkataan-perkataan yang tiada Kod Tangan. Ejaan jari adalah digabungkan dengan penggunaan kod tangan. Ejaan jari mempunyai tiga aspek iaitu penyampaian ejaan jari ialah penggunaan gerakan fizikal bagi menyampaikan maklumat melalui huruf-huruf gerakan tangan. Seterusnya penerimaan ejaan jari ialah penggunaan gerakan pandangan mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari. Aspek ketiga ejaan jari, mestilah diingatkan selalu yang ejaan jari ini digunakan bagi tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir. Pendekatan ini dapat memahirkan pelajar dalam ejaan perkataan. Mereka dapat mengecam bentuk perkataan dan mempertalikannya dengan makna yang hendak disampaikan. Mereka perlu juga

(5)

5 | P a g e

mengeja apa-apa yang mahu diperkatakan. Pelajar perlu menguasai abjad dan mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu, setiap kosa kata perlu dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari mengambil peranan mulut untuk mengeja.

Dalam pada itu, BIM ialah bahasa yang tulen digunakan bagi orang pekak Malaysia yang merupakan bahasa ibunda mereka. Dengan menggunakan BIM, orang pekak mampu berkomunikasi sesama mereka dan dapat memberikan kesan pemahaman yang baik antara satu sama lain. BIM juga mempunyai peraturan dan tatabahasanya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana bentuk komunikasi orang pekak dilakukan menggunakan sistem yang sama dan dipamerkan anggota tubuh, iaitu tangan. Di samping itu, menurut Zaizatul Azma (2008), KTBM merupakan salah satu bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk berkomunikasi dalam tatabahasa bahasa Melayu yang baku. KTBM digunakan untuk menterjemahkan lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa bahasa Melayu. Walaupun KTBM jarang digunakan oleh orang pekak namun Jabatan Pendidikan Khas telah menekankan penggunaan KTBM agar golongan pekak menggunakan KTBM untuk menguasai bahasa Melayu kerana BMKT yang dihasilkan oleh jawatankuasa kerja komunikasi seluruh tidak hanya merupakan komunikasi yang dilakukan dengan isyarat tangan, malahan menitikberatkan asas-asas tatabahasa dan prinsip-prinsip bahasa Malaysia. Apabila BMKT ini digunakan dalam bentuk bahasa tulisan, bahasa tersebut sama dengan bahasa orang yang tidak pekak, baik daripada sudut tatabahasa mahupun semantik

BIM merupakan bahasa isyarat natif orang pekak yang dibentuk dan digunakan dalam kalangan orang pekak di sesuatu komuniti. Bahasa isyarat natif seperti BIM ini mendukung ciri-ciri tersendiri bahasa bercorak manual-visual. Walau bagaimanapun, bahasa isyarat yang diwujudkan tidak semestinya sama di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain khususnya jika kedua-dua masyarakat itu jauh jaraknya antara satu sama lain dan tiada hubungan di antara orang-orang pekak di kedua-dua tempat (Goh & The, 1993). Contoh bahasa isyarat natif ialah bahasa isyarat Amerika atau America Sign Language (ASL). Di Negara kita, bahasa isyarat natif yang digunakan dalam komunitit orang pekak sejak berpuluh-puluh tahun lalu telah dikumpulkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan dinamakan Bahasa Isyarat Malaysia. Manakala KTBM pula merupakan isyarat kod

(6)

6 | P a g e

tangan yang berkhidmat untuk sesuatu bahasa verbal. Sesetengah isyarat tangan KTBM yang diguna pakai diubah suai daripada isyarat natif orang pekak, BIM dan ditambah juga isyarat-isyarat yang dicipta untuk melambangkan kata-kata berlainan dalam bahasa verbal. KTBM juga merupakan komponen daripada komunikasi seluruh yang harus diucapkan serentak dengan ekspresi muka, gerakan bibir (bersuara) dan penggunaan ejaan jari untuk kata-kata yang tiada isyarat. Menurut Abdullah, 2004 KTBM tidak dianggap sebagai suatu bahasa sebaliknya, ia lebih merupakan kod ciptaan.

Sesungguhnya, dilihat daripada perspektif sejarah, perbezaan dari segi sejarah penerbitan modul-modul antara KTBM dan BIM, didapati KTBM merupakan modul yang terawal diterbitkan. Modul-modul kod tangan telah diusahakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hasil isyarat tangan yang terkumpul akhirnya diterbit pada tahun 1985 oleh Kementerian Pelajaran sebagai Bahasa Malaysia Kod Tangan Jilid 1. Dengan itu, isyarat-isyarat tangan dalam KTBM telah tersebar luas melalui sekolah-sekolah khas. Murid-murid pekak yang telah mempelajari isyarat-isyarat tangan tersebut telah menggunakannya mengikut sistem sendiri selepas mereka melibatkan diri dalam masyarakat. Ujaran isyarat tangan mereka mempunyai pola ayat tersendiri tapa mengikuti sistem bahasa Melayu seperti yang dituntut oleh KTBM. Manakala, BIM pula hanya dapat dubukukan pada tahun 2000 melalui usaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Dengan itu, tidak dapat dielakkan sesetengah isyarat tangan dalam BIM juga digunakan dalam KTBM. Namun, Pada tahun 2003 isyarat-isyarat untuk kegunaan informasi teknologi maklumat telah dibukukan oleh MFD untuk membolehkan kanak-kanak pekak berinteraksi dengan ahli-ahli lain dalam keluarga. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003) menyatakan BIM merangkumi komunikasi, pendidikan, sosial, sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.

Perbezaan utama BIM dan KTBM terletak pada ujarannya. KTBM mengikut sistem bahasa melayu sepenuhnya seperti konsep yang didukungnya. BIM pula mempunyai pola yang sesuai dengan cirinya sebagai bahasa bukan verbal yang mengutamakan penyampaian dan penerimaan makna secara manual visual. Sistem pengujaran BIM membolehkan maksud dapat disampaikan dengan mudah secara visual. Dengan ini, BIM sesuai dijadikan sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan orang pekak dan juga untuk tujuan penyampaian maklumat khusus untuk golongan

(7)

7 | P a g e

majority orang pekak yang gagal menguasai bahasa verbal. Walau bagaimnapun, BIM tidak sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran bahasa kerana BIM bersifat umum dan tidak menyeluruh. Tetapi, KTBM sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran bahasa, hal ini kerana KTBM mengandungi isyarat yang mempunyai imbuhan awalan “me”, “per, “ter” iaitu bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan yang dicantumkan itu menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa. Imbuhan terdiri daripada empat jenis awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Murid-murid hendaklah diberitahu tentang

penggunaan dan perubahan ejaan pada awalan “me” dan “pe” yang bertukar

menjadi “men(pen)”, “mem(pem)”, “meng(peng)”, “meny(peny)”. Walaupun demikian,

semua awalan menggunakan huruf pertama seperti huruf “m” untuk awalan “me”,

huruf “p” untuk awalan “pe” dan huruf “t” untuk awalan “ter”.

Seterusnya, dalam KTBM juga terdapat kata ringkas iaitu perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti: Pawagam daripada panggung wayang gambar. Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi dieja kecuali pada perkataan- perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c”. Perkataan pergandaan (kata ganda) iaitu bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contohnya budak-budak. Manakala perkataan berganda sebahagian seperti lelaki. Berganda Sama, semua perkataan berganda sama ini diulang kod perkataan yang mula-mula. Contoh, orang-orang. Berganda Tak Sam ialah semua perkataan berganda tak sama ini menggunakan kod dasar dan huruf awal daripada kata seperti “kuih-muih” kod kuih dan huruf “m”. Berganda Separuh iaitu semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf awal dan diikuti dengan kod dasarnya seperti “lelaki” huruf “l” dan kod laki. Dalam KTBM juga terdapat perkataan berganda dan berpenambah iaitu semua perkataan ini dilakukan seperti kata berganda sama, iaitu diulang kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana kata yang berkenaan. Contohnya tulis menulis, berlari-lari, buah-buahan.

Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi Seluruh (KS). Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan

(8)

8 | P a g e

pertuturan digunakan. KTBM memberi penekanan kepada pembelajaran Bahasa Melayu, melalui kod dan bukan menukar kod kepada bahasa. KTBM adalah cara mempelajari Bahasa Malaysia dengan menggunakan kod-kod tertentu. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saadiah Ahmad (2009) juga menyatakan mempelajari KTBM lebih menarik dan pergerakan tangan lebih senang. Kegunaan kod lebih mudah daripada melatih murid-murid bertutur. Petuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi dan bagaimana sesuatu perkataan disebut untuk mengeluarkan suara, sedangkan orang pekak sendiri tidak berupaya mendengar suara mereka. Manakala BIM tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti KTBM iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza. Perbezaan tatabahasa ini merupakan gejala utama yang memperlihatakan bahawa bahasa tulisan murid-murid pekak sukar difahami, yang berakibat daripada terdapatnya pengaruh BIM ke dalam penulisan Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh murid-murid pekak. Saadiah Ahmad (2009)

Mula-mulanya, KTBM yang digunakan dalam sistem pendidikan kita diharap dapat menjadi media pengantar untuk murid-murid pekak menguasai bahasa Melayu. Setiap elemen dalam ujaran bahasa Melayu dapat diucapkan sepenuhnya dalam KTBM. Konsep KTBM ini memang idea. Namun, dari segi pelaksanaan masalah cara pengucapan KTBM timbul apabila dalam pengucapan sesuatu ayat yang lengkap, terlalu banyak kod yang perlu dibuat. Seperti ayat “ Saya berasa sangat sedih apabila melihat seorang pak cik tua terbaring di tepi bangunan “ apabila diucapkan dalam KTBM, terdapat 20 kod semuanya. Di samping itu, sesetengah kod tangan dalam KTBM dicipta tanpa mempedulikan maksud isyarat itu dari segi visual. Misalnya, satu perkataan pelbagai makna dalam bahasa Melayu, hanya diberikan satu kod dan sengaja mengabaikan perbezaan maknanya. Hal ini akan menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan orang pekak tersilap tafsir. Apabila murid pekak menggunakan BIM mereka dapat meminimumkan penggunaan isyarat kerana konsep BIM hanya mengisyaratkan perkataan-perkataan penting sahaja tanpa mementingkan struktur ayat betul atau salah kerana BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif.

(9)

9 | P a g e

4.0 KESIMPULAN

KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan kod-kod yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan kanak-kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata dipelajari, Melalui KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih mudah untuk dipelajari dan difahami.

BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif. BIM adalah bahasa orang pekak. BIM digunakan sebagai bahasa pengantara Persekutuan Orang Pekak. Ia mempunyai struktur ayat tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana bahasa. Bahasa isyarat yang berbentuk visual mengutamakan perkara-perkara yang dilihat dahulu sebagai permulaan kepada sesuatu ayat seperti bahasa isyarat Amerika (ASL). BIM menggunakan konsep abjad sebelah tangan. BIM memudahkan komunikasi sesama orang pekak namun BIM tidak sesuai untuk bahasa penulisan orang pekak berbanding komunikasi seluruh dan KTBM.

Maka, BIM dan KTBM mempunyai kepentingan yang tersendiri. BIM tidak seharusnya dipinggirkan. Begiru juga dengan KTBM. Untuk kefahaman pengajaran diterang dengan menggunakan BIM tetapi untuk pengajaran Bahasa dan subjek lain KTBM digunakan.

Oleh itu, seharusnya pelajar pekak dan guru serta pihak yang terlibat hendaklah bergandingan bahu dan bekerjasama dalam memantapkan lagi kosa kat bahasa isyarat untuk BIM dan KTBM agar pelajar pekak dapat menguasai bahasa dan pengajaran lain dengan sempurna.

(10)

10 | P a g e 5.0 RUJUKAN

Abdullah Yusoff (2004). Kepentingan Ejaan Jari Dalam Komunikasi Pelajar Pekak. Kuala Lumpur : Bahasa dan Pendidikan. 38-40.

Abdullah Yusoff (2010) Mengiktiraf Bahasa Isyarat Orang Pekak. Kuala Lumpur : Bahasa Dan Masyarakat. 43-46

Abdullah Yusoff (2006). Komunikasi Warga Pekak. Kuala Lumpur: Bahasa dan Masyarakat, Dewan Bahasa. 48-51

Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). (t.t) Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik

Jurnal Dewan Bahasa Dicapai pada 31 Julai 2012 dari

http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/penguasaan_bhs.html.

Goh, & Teh, (1993) Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis Struktur Sintaksis Ayat Berdasarkan Teori Tatabahasa Transformasi Genaratif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 32-26

Hasan Baseri Budiman (2008). Semiotik Dalam Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur : Agenda Bahasa, Dewan Bahasa. 18-20

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. 38-39

Mohamad Sofee Razak (2008) Memperkasakan Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur. Agenda Bahasa, Dewan Bahasa. 22-23

Saadiah Ahmad (2009). Pengenalan Kepada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM): Open Universiti Malaysia Kuala Lumpur.

Zaizatul Azma Zainon Hamzah (2008) Bersatu Dalam Bahasa : Agenda Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa. 30-31

(11)

11 | P a g e

Referensi

Dokumen terkait

PENGGUNAAN SISTEM ISYARAT BAHASA INDONESIA (SIBI) DAN BAHASA ISYARAT INDONESIA (BISINDO) OLEH SISWA TUNARUNGU REMAJA DI SLB-B KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia |

Mahasiswa dapat memahami dan menguasai teknik-teknik yang perlu dilakukan dalam membuat suatu kerangka materi yang akan digunakan untuk speech dengan menggunakan bahasa

Perilaku korupsi yang didasari nilai power, lebih menekankan pada adanya kekayaan yang dapat digunakan untuk menguasai orang lain, didasarkan pada prinsip hidup

Saat ini Sistem Isyarat Bahasa Indonesia (SIBI) masih digunakan untuk metode pendidikan yaitu sebagai alat bantu belajar mengajar dalam pendekatan isyarat alamiah, abjad

Kajian ini diharap dapat menambah koleksi daftar kata Orang Asli yang terdapat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan pihak jabatan ini juga dapat menyampaikan maklumat yang

Tipe model ini memiliki cirri khas diantaranya menggunakan ketrampilan-ketrampilan berbcara dalam situasi dimana ada kesempatan untuk menguasai orang lain atau

Tipe model ini memiliki cirri khas diantaranya menggunakan ketrampilan-ketrampilan berbcara dalam situasi dimana ada kesempatan untuk menguasai orang lain atau

3C[i] Perubahan Golongan Kata 3C[ii] Fungsi Kata Terbitan dalam ayat Maksud Kata Terbitan yang terbentuk.. [a] Tatabahasa Dewan (1986) menetapkan penggunaan yang berikut ini