• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rancangan Perniagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rancangan Perniagaan"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Kami telah merancang untuk menubuhkan satu perniagaan yang berkonsepkan pendidikan kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak (childcare programs). Nama perniagaan yang ditubuhkan iaitu Krista Childcare Programs yang terletak di Parit Buntar, Perak. Krista ingin mengundang anak kecil anda menjadi kanak-kanak Krista. Kanak-kanak Krista akan didedahkan dengan keajaiban dunia sekelilingnya melalui program pembelajaran dan permainan yang dinamik.

Kami bekerja keras untuk memastikan anak kecil anda bersedia secukupnya bagi menghadapi cabaran kehidupan, bermula daripada peringkat awal persekolahan lagi. Justeru itu, anak kecil anda akan berpeluang mendapat pendedahan yang positif di dalam “Discovery” Krista, yang berupaya meningkatkan daya pemikiran mereka. Program ini direka khas agar seluruh tenaga serta minda sikecil di salurkan kepada perkembangan pembacaan, kefahaman, merekacipta, kesenian, celik computer, kemahiran berfikir serta bersosial, di samping pendedahan awal sains.

Kami di Krista menyediakan satu program menyeluruh bagi kanak-kanak terutamanya di antara umur 3 hingga 6 tahun. Di sisi perhatian diberi kepada keperluan kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial, dan emosi. Kurikulum kami dirancangkan khas supaya sesuai untuk umur dan tahap perkembangan kanak-kanak. Kurikulum ini berdasarkan sepenuhnya kepada panduan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan anak-anak anda ke sekolah kebangsaan.

Di Krista, peringkat awal kanak-kanak dititikberatkan dengan pelbagai jenis tahap asas pembelajaran untuk seumur hidup. Kami di Krista mengajar kanak-kanak untuk berdikari, berpositif, dan tumpuan diberi kepada “bagaimana hendak belajar” dan bukannya

(2)

“apa hendak belajar”. Ini akan memberi sikap positif dalam proses pembelajaran dan pemikiran kanak-kanak.

Kanak-kanak lulusan program tersebut akan berkemampuan memimpin masyarakat berbilang kaum dengan komitmen yang padu dan penuh tanggungjawab ke

arah menghasilkan budaya masyarakat yang berharmoni dan penuh toleransi serta sederhana.

(3)

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan merupakan suatu dokumen bertulis yang disediakan oleh bakal usahawan dengan mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman yang terlibat untuk membentuk satu usaha niaga baru yang berisiko. Ia juga merupakan satu dokumen bertulis yang menghuraikan usaha niaga yang dicadangkan secara mendalam dan tujuannya adalah untuk menggambarkan status semasa, keperluan dijangka, dan keputusan ramalan bagi sesuatu perniagaan baru atau yang hendak dikembangkan.

Tujuan rancangan perniagaan yang disediakan adalah untuk menjadikan sebagai garis panduan bagi memberi gambaran jelas tentang jenis usaha niaga, hala tuju, dan cara usahawan mencapai matlamat.. Pada umumnya, rancangan perniagaan merangkumi analisis perniagaan, ramalan, dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan di mana, matlamat utamanya adalah untuk memastikan perniagaan atau projek yang dirancang itu mempunyai potensi dan berdaya maju.

Rancangan perniagaan secara tidak langsung juga bertindak sebagai kertas kerja atau kertas projek oleh sesetengah pihak. Sekiranya perancangan ini dibuat dengan teliti, ianya akan mampu memberi gambaran yang jelas tentang matlamat projek perniagaan dan bagaimana untuk mencapai objektif utama dalam jangka masa yang ditetapkan.

Selain itu, rancangan perniagaan ini juga merupakan peringkat untuk membuktikan bahawa idea perniagaan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan menitikberatkan persetujuan yang dicapai di antara rakan kongsi. Rancangan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perniagaan atau projek yang dirancang tidak akan menghadapi kesulitan dan mampu menghadapi persaingan yang sedia ada di pasaran yang sama.

(4)

Dalam pada itu, rancangan perniagaan juga merupakan asas cadangan pembiayaan iaitu asas dalam menyakinkan idea-idea perniagaan dan perintis untuk mendapatkan pembiayaan modal atau pinjaman, serta dokumen sokongan kukuh untuk mencari pelabur, pemodal atau peminjam dalam melibatkan diri dalam perniagaan.

Di samping itu, rancangan perniagaan juga dapat mengukur pengembangan kemahiran dan pengurusan dari segi melatih usahawan berfikir, mengadakan aktiviti promosi, pengagihan sumber yang terhad dengan baik. Rancangan perniagaan sebagai alat ukur untuk membandingkan keputusan ramalan dengan yang sebenar. Ia juga sebagai alat operasi untuk mengarah usaha niaga ke arah kejayaan. Justeru itu, ia juga menyakinkan kepada pemiutang dan pemodal mengenal potensi perniagaan baru.

3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Rngkasan ekskutif ini disediakan selepas rancangan perniagaan yang dibuat. Ia menggambarkam perniagaan secara keseluruhannya. Maklumat-maklumat yang meliputi adalah seperti jenis perniagaan yang akan dijalankan, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, ringkasan ciri-ciri pasaran, pengenalan diri pengasas, dan struktur kewangan.

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Krista Childcare Programs

Alamat Perniagaan : No. 2 & 2A, Halaman Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

(5)

Perak Darul Ridzuan. Nombor Telefon Pejabat : 05-7173592 Nombor Telefon Bimbit : 012-4529813

Nombor Fax : 05-7173592

E-Mail : http://www.krista.com. Bentuk Syarikat : Perkongsian

Kegiatan Utama : Menyediakan program tadika dan pusat penjagaan knak-kanak dengan tenaga pengajar yang mahir.

Memberi pendedahan yang positif di dalam program “Discovery” Krista (Program “Penemuan Krista) Tarikh Mula Berniaga : 1 Ogos 2005

Tarikh Pendaftaran : 17 Januari 2005 Modal Permulaan : RM 100,000 Nama Bank : RHB Bank

Jenis Akaun : Akaun Simpanan Semasa No. Akaun : 4124089811

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK / RAKAN KONGSI

RAKAN KONGSI PERTAMA

a) Nama Penuh : Teoh Mooi Hoon b) No. Kad Pengenalan : 730614-08-5884

c) Alamat Tetap : 428, Lorong Jetty, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

(6)

d) Alamat Surat Menyurat : No.2 &2A, Halaman Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

e) No. Telefon : 012-5299950 f) Tarikh Lahir : 14. 06. 1973

g) Umur : 30 Tahun

h) Jantina : Perempuan i) Taraf Perkahwinan : Belum Berkahwin

j) Kelayakan Akademik : Master Pengurusan Perniagaan ( Universiti Malaysia) dan MBA (Western llinois) k) Kursus yang pernah

dihadiri : Kursus Keusahawanan 1997

Kursus Teknik Mendirikan Perniagaan (KPM) 2000 l) Kemahiran : Bidang pendidikan & perniagaan

m) Pengalaman : Penolong Pengurus (Maximum Ent.) n) Pekerjaan Sekarang : Ponolong Pengurus (Maximum Ent.) o) Jumlah Bayaran : 10%

RAKAN KONGSI KEDUA

a) Nama Penuh : Zaiton Dollah b) No. Kad Pengenalan : 730616-06-5578

c) Alamat Tetap : Kampung Baru , Jalan Karak, 34200 Parit Buntar,

(7)

d) Alamat Surat Menyurat : No.2 &2A, Halaman Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

e) No. Telefon : 012-4963249 f) Tarikh Lahir : 16. 06. 1973

g) Umur : 30 Tahun

h) Jantina : Perempuan i) Taraf Perkahwinan : Belum Berkahwin

j) Kelayakan Akademik : Master Pengurusan Perniagaan ( Universiti

Malaysia) dan BBA (Western Michigan University) k) Kursus yang pernah

dihadiri : Kursus Keusahawanan 1997

Kursus Pendidikan dan Perniagaan (KPM) 2001 l) Kemahiran : Bidang pendidikan & perniagaan

m) Pengalaman : Pensyarah ( Kolej Negeri)

: Eksekutif Pemasaran ( Berjaya Holding Pahang) n) Pekerjaan Sekarang : Eksekutif Pemasaran (Berjaya Holding Pahang) o) Jumlah Bayaran : 10%

RAKAN KONGSI KETIGA

a) Nama Penuh : Seow Lin Lin b) No. Kad Pengenalan : 720706-07-5156

c) Alamat Tetap : No. 458 Jalan Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam,

(8)

d) Alamat Surat Menyurat : No.2 &2A, Halaman Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

e) No. Telefon : 012-9110496 f) Tarikh Lahir : 06. 07. 1973

g) Umur : 31 Tahun

h) Jantina : Perempuan i) Taraf Perkahwinan : Sudah Berkahwin

j) Kelayakan Akademik : Master Pengurusan Perniagaan ( Universiti Utara Malaysia) dan BBA (Hum. St. Cal) k) Kursus yang pernah

dihadiri : Kursus Keusahawanan 1995

Kursus Pendidikan dan Perniagaan 2001 l) Kemahiran : Bidang pendidikan & perniagaan

m) Pengalaman : Kaunselor (Kolej Indah)

: Eksekutif Pemasaran (Gemilang Berhad) n) Pekerjaan Sekarang : Eksekutif Pemasaran (Gemilang Berhad) o) Jumlah Bayaran : 10%

RAKAN KONGSI KEEMPAT

a) Nama Penuh : Nor Maiza Noor Din b) No. Kad Pengenalan : 730112-01-5956 c) Alamat Tetap : No. 25 Jalan Ros, 34200 Parit Buntar,

(9)

Perak Darul Ridzuan.

d) Alamat Surat Menyurat : No.2 &2A, Halaman Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

e) No. Telefon : 012-4626261 f) Tarikh Lahir : 12. 01. 1973

g) Umur : 30 Tahun

h) Jantina : Perempuan i) Taraf Perkahwinan : Sudah Berkahwin

j) Kelayakan Akademik : B.Soc.Sc (Hons) ( Universiti Sains Malaysia) dan MBA (UUM) k) Kursus yang pernah

dihadiri : Kursus Pendidikan Cemerlang 1996 Kursus Pendidikan dan Perniagaan 2001 l) Kemahiran : Bidang pendidikan & perniagaan

m) Pengalaman : Pensyarah (Kolej Berjaya) n) Pekerjaan Sekarang : Usahawan (Syarikat Maju Jaya) o) Jumlah Bayaran : 10%

6.0 RANCANGAN PEMASARAN

ANALISIS PASARAN

Kajian telah dilakukan untuk mengetahui keperluan pasaran bagi memudahkan Krista Childcare Programs menarik perhatian ibu bapa di sekitar Kerian untuk menghantar

(10)

anak-anak mereka untuk menikmati cara pengajaran dan kemudahan yang disediakan di pusat ini. Bentuk pasaran bagi penjagaan kanak-kanak untuk menghasilkan satu program perisi yang berkelas dunia khususnya bagi kanak-kanak pra-sekolah mengkut kebudayaan dan polisi pendidikan Malaysia yang berupaya menyediakan generasi baru ini dengan pengetahuan dan kemahiran khasnya teknologi maklumat untuk membolehkan mereka menghadapi abad ke-21 yang penuh dengan cabaran.

Pengguna sasaran terbahagi kepada kanak-kanak pra-sekolah terutamanya di antar umur 3 hingga 6 tahun. Terdapat beberapa pesaing yang dikenalpasti membuka cawangan program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran dengan lokasi program tersebut iaitu Smart Reader Kindergarten Programs And Childcare Programs, Tadika Kreatif Dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak, Tadika Cempaka, Tadika Taman Pelangi, dan sebagainya.

Sebenarnya pasaran untuk membuka program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak ini dilihat mempunyai pasaran yang baik dan boleh berkembang maju. Ini berdasarkan beberapa faktor yang dapat dikenalpasti iaitu peningkatan wanita yang bekerjaya. Kebanyakan wanita ataupun suri rumah tangga pada masa kini mempunyai kerjaya yang tetap. Oleh itu, masa mereka terhad untuk menjaga serta memberi pendidikan secara langsung kepada anak-anak. Untuk mengatasi masalah ini mereka memerlukan alternatif lain untuk menjaga anak mereka. Ini sekaligus menjadikan pusat penjagaan pendidikan kanak-kanak mendapat permintaan yang tinggi. Di sini kami melihat peluang yang terbuka kepada kami untuk menubuhkan Krista Childcare Programs.

Sebagaimana kita tahu sejak kebelakangan ini kerajaan telah memperkenalkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, penubuhan Krista

(11)

dilihat sebagai salah satu daripada cara yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat untuk memberi pendedahan awal kepada anak mereka. Ini kerana melalui servis ini kami akan memberi pendidikan awal mengenai Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak.

Kami juga turut mengenalpasti bahawa di kawasan perniagaan kami ini jumlah kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun adalah ramai dan mewakili lebih 50% penduduk di kawasan tersebut. Di sini kami melihat ia sebagai satu peluang yang baik untuk kami memulakan perniagaan tersebut.

Bagi memantapkan kedudukan syarikat ini, analisis SWOT telah dijalankan yang meliputi kelemahan, kekuatan, persaingan dan peluang yang wujud di dalam pasaran yang ada.

BENTUK PASARAN

Krista Childcare Programs menumpukan pemasaran produk berbentuk perkhidmatan pendidikan yang berkonsepkan program “Discovery” Krista, yang berupaya meningkatkan daya pemikiran mereka. Program ini direka khas agar seluruh tenaga serta minda sikecil disalurkan kepada perkembangan pembacaan (language development), kefahaman (cognitive development), merekacipta (aesthetic development), kesenian (art and craft), celik komputer (computer literacy) , kemahiran berfikir (emotional development) serta bersosial (social development), di samping pendedahan awal sains (physical development). Bentuk pasaran adalah lebih menumpukan kepada kanak-kanak pra-sekolah yang ingin membuat persediaan bagi memasuki sekolah kebangsaan. Oleh sebab itu, lokasi Krista adalah terletak di Taman Pekaka yang berhampiran dengan Pusat Bandar Parit Buntar iaitu sebagai lokasi utama penduduk yang berhampiran seperti Taman Sri Kerian, Taman Tempua, dan sekitar perumahan yang berada di Daerah Kerian dengan melakukan kegiatan

(12)

seharian mereka dan ini memberi kelebihan kepada Krista untuk menarik perhatian ibu bapa.

Kedudukan sekolah kebangsaan yang berdekatan memberi kelebihan kepada program Krista ini untuk menarik minat kanak-kanak untuk mendapatkan program tadika yang bersistematik. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pusat ini untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengadakan demonstrasi secara bergerak ke sekolah-sekolah yang berdekatan seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Kebangsaan Parit Buntar yang terletak berhampiran dengannya.

SAIZ PASARAN

Setelah membentuk pasaran yang ditetapkan, perniagaan kami juga perlu menetapkan saiz pasaran. Saiz pasaran bagi Krista adalah seperti berikut

:-Bentuk Pasaran Jumlah

Bilangan penduduk 600000 orang

1. Taman Pekaka 2. Taman Tempua 3. Taman Sri Kerian

4. Pekan Lama Parit Buntar 5. Lain-lain taman perumahan

Bilangan keluarga 10000 buah

Bilangan kanak kanak tadika sekitar 4000 orang pada tahun Parit Buntar semasa

Bilangan pogram Tadika dan pusat penjagaan 4 buah kanak-kanak lain di Parit Buntar

1. Smart Reader Kindergarten Programs And Childcare Programs

2. Tadika Kreatif Dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak

3. Tadika Cempaka 4. Tadika Pelangi

(13)

Kajian secara pemerhatian dilakukan bagi memperolehi data-data yang berkaitan di atas. Selain itu data secara primer diperolehi melalui pejabat pendaftaran di Pejabat Majlis Daerah Kerian.

PELANGGAN

Kebanyakkan daripada pelanggan kami adalah penduduk di sekitar Daerah Kerian dan kawasan yang berdekatan. Sasaran pelanggan kami adalah kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun. Selain itu, servis kami juga menawarkan perkhidmatan kepada semua bangsa tanpa mengira kaum.

PERSAINGAN

Terdapat beberapa pesaing yang dikenalpasti membuka cawangan program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran dengan lokasi program tersebut iaitu Smart Reader Kindergarten Programs And Childcare Programs, Tadika Kreatif Dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak, Tadika Cempaka, Tadika Taman Pelangi, dan sebagainya.

Kami juga telah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pesaing-pesaing kami. Kajian kami ini banyak membantu kami dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

(14)

:-RAMALAN PENDAPATAN YURAN TAHUNAN (RM)

TAHUN

PERKARA 2005 2006 2007

Pesaing-pesaing Kekuatan Kelemahan

Tadika Kreatif Dan Pusat

Penjagaan Kanak-kanak • Bertapak 3 tahun yang lalu dan mempunyai imej yang telah dikenali ramai.

• Tenaga pengajar yang ramai.

• Agak mahal dari segi harga.

• Agak jauh dari Pusat Parit Buntar.

Tadika Cempaka • Terkenal di kalangan ibu bapa.

• Lokasi berhampiran dengan Krista Childcare Programs.

• Harga mahal.

• Tapak tadika yang agak sempit.

Tadika Taman Pelangi Kemudahan dan kelengkapan

pengajaran yang baik.

• Menawarkan pakej promosi yang agak menarik perhatian.

• Tidak menekankan penguasaan ilmu pengetahuan awal kanak-kanak.

Smart Reader Kindergarten Programs And Childcare Programs

• Menjadi pilihan popular ibu bapa di kalangan penduduk setempat.

• Mempunyai kolam air dan taman permainan untuk kanak-kanak beria.

• Harga agak mahal • Tidak menawarkan

pakej pembelajaran awal untuk kanak-kanak. • Terlalu mementingkan bahasa Inggeris sehingga mengabaikan penguasaan bahasa lain.

(15)

Jumlah yuran bulanan yang dikutip bulan semasa

19000 22200 28900

JUMLAH 228,000 266,400 346,800

STRATEGI PEMASARAN SECARA KESELURUHAN

Ciri-ciri Strategi Penilaian Catatan

Harga Tinggi

Sederhana Rendah

Harga perkhidmatan kami adalah berasaskan jumlah jam yang di kehendaki oleh ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka di pusat ini.

Lokasi

Strategik Sederhana Tidak Baik

Lokasi amat strategik di mana ia berhampiran dengan pusat perniagaan iaitu di Pusat Bandar Parit Buntar, justeru lokasi tersebut menjadi tumpuan utama penduduk menjalankan aktiviti harian. Ia juga memudahkan ibu bapa untuk mengunjungi pusat penjagaan kanak-kanak kami. Berhampiran lokasi ini juga terdapat infrastruktur seperti pasaraya, klinik, jaringan pengangkutan yang sistematik, dan sebagainya. Oleh itu, ia memudahkan mobiliti ibu bapa ke tempat tersebut. Barangan / Perkhidmatan yang ditawarkan Banyak Sedikit Tiada Langsung

Masa ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat adalah fleksibel di mana mereka boleh mengikuti kesenangan masa mereka masing-masing.

Amaun Pengiklanan Besar

Sederhana Sedikit

Pengiklanan adalah sederhana kerana modal adalah terhad. Melalui kelebihan perkhidmatan diyakini ia mampu menarik minat ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka di pusat untuk

(16)

mendapatkan ilmu pengetahuan.

Imej Baik

Sederhana Lemah

Imej adalah baik kerana tenaga pengajar berpengalaman yang dan terpelajar dan memberikan jaminan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

1. Barangan / Produk / Perkhidmatan

Perniagaan kami adalah berbentuk servis ataupun perkhidmatan penjagaan serta asuhan kanak-kanak. Namun begitu konsep asuhan kami di sini lebih mendalam dan memberi penekanan dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak.

Kami juga turut menyediakan perkhidmatan komputer di mana tujuan kami adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak di dalam bidang teknologi maklumat.

2. Harga

Kami mengira faktor pendapatan penduduk setempat dalam menetapkan harga perkhidmatan kami memandangkan kebanyakan daripada penduduk di sini bekerja di dalam sektor awam dan berpendapatan sederhana. Harga perkhidmatan kami adalah berasaskan jumlah jam yang di kehendaki pelanggan.

Kami menawarkan tiga pakej untuk memudahkan ibu bapa menempatkan anak-anak mereka di pusat:

1. Pakej 1 (8:00 pagi – 12:00 tengah hari) RM 120.00 2. Pakej 2 (8:00 pagi – 2:00 petang) RM 200.00 3. Pakej 3 (8:00 pagi – 6:00 petang) RM 350.00

3. Promosi

(17)

a) Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan kami dengan melayari laman web kami secara on-line iaitu http://www. krista.com. Cara ini dilihat lebih berkesan memandangkan ia dapat menjimatkan masa.

b) Menggunakan saluran media massa iaitu dengan mengiklankann di surat khbar. Kami juga turut mengedarkan risalah-risalah di sekitar Daerah Kerian terutamanya di tempat tumpuan orang ramai seperti di pasaraya, kawasan perumahan dan sebagainya agar orang ramai mengetahui kemudahan perkhidmatan kami. Selain itu, kami juga mengantungkan baner di tempat- tempat tumpuan orang ramai.

c) Lokasi

Lokasi pusat kami adalah strategik di mana ia terletak di kawasan Pusat Bandar Parit Buntar. Pusat Bandar Parit Buntar merupakan bandar pembangunan baru yang berkembang dengan pesat di bawah projek pembangunan Daerah Kerian. Pusat bandar ini berpotensi berkembang disebabkan penghijrahan penduduk baru dari tempat lain. Oleh itu, kadar pertumbuhan populasi semakin bertambah. Oleh yang demikian, pasaran kami akan diperluaskan. Pusat kami berpeluang untuk menarik kemasukan kanak-kanak baru.

BELANJA PEMASARAN (RM) TAHUN/

BELANJA

RISALAH BANER PAPAN

TANDA SURAT KHABAR 2005 1200 100 800 500 2006 1300 100 - 500 2007 1400 100 - 700

(18)

7.0 RANCANGAN OPERASI

Satu pasukan pengurusan yang mantap telah dibentuk untuk mengendalikan pengurusan operasi yang dicadangkan ini. Pekerja eksekutif yang bakal dilantik telah pun dikenalpasti secara terperinci. Ahli-ahli pengurusan Krista yang dicadangkan ini akan dilatih dalam aspek-aspek

berikut:-• Operasi harian termasuk pengurusan dan pentadbiran pekerjaan • Pengawalan kualiti perkhidmatan

• Melayan dan memberi perkhidmatan pelanggan • Penerimaan dan melayan aduan pelanggan

JENIS PERNIAGAAN

Jenis perniagaan yang dijalankan adalah program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Tadika ini bertindak sebagai pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Tadika ini terletak di kawasan yang strategik. Selain itu, tadika ini turut memberi perkhidmatan untuk menjaga kanak-kanak yang berumur di antara 3 tahun hingga 6 tahun. Mereka akan diajar dengan pelbagai aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal mereka.

Sebelum memulakan perniagaan ini, beberapa langkah telah diambil untuk memastikan rancangan ini berjalan lancar. Antara langkah-langkah tersebut ialah;

1) Langkah utama yang diberi perhatian ialah kawalan keselamatan.

Keselamatan ini dikategorikan kepada pekerja, kanak-kanak, dan kawasan sekeliling. Tujuannya adalah untuk memastikan semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

(19)

a) boleh mengajar dengan baik

b) boleh bersabar dan mengawal emosi diri dengan baik.

c) sentiasa bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

d) boleh menarik perhatian kanak-kanak semasa mengajar agar kanak-kanak tidak mudah jemu dan bosan.

3) Menyediakan keperluan yang mencukupi: a) alatan mengajar.

b) makanan serta tempat yang selesa untuk mereka. c) taman permainan, kolam renang, dan sebagainya.

CARTA ALIRAN PROSES

Iklan

jawatan

(20)

1. Iklan

Untuk menghebahkan kepada orng ramai tentang kekosongan kerja yang ditawarkan oleh syarikat ini

2. Borang

Calon yang berminat boleh mengisi satu set borang permohonan jawatan kosong yang menyediakan maklumat seperti berikut:

a) Taraf pendidikan b) Pengalaman kerja

c) Butir-butir peribadi pemohon d) Lain-lain

Tujuannya adalah untuk rujukan penemuduga semasa mengendalikan temuduga mengendalikan temiduga di mana maklumat tersebut mungkin dapat meramalkan kejayaan dalam kerja yang dipohon oleh calon.

Panggilan temuduga Mengajar Terima permohonan mengikut kelayakan pemohon Mengasuh

(21)

Selain itu, ia juga dapat menunjukkan keupayaan calon mematuhi arahan dan penguasaan bahasanya.

3. Temuduga

Bertujuan untuk mendapat lebih banyak maklumat diri calon seperti minat dan harapan untuk mendapatkan kerja dan sebagainya yang dapat menentukan kesesuaian calon dengan kerja dan organisasi. Soalan-soalan yang ditanya adalah berkisar tentang apa jua topik yang berkaitan dengan organisasi kerja dan persekitaran.

4. Penerimaan calon

Tawaran kerja yang dibuat oleh pihak pengurusan setelah seseorang calon berjaya melalui peringkat pemilihan dan betul-betul menunjukkan minat untuk bekerja. Turut sama dirundingkan ialah soal gaji, faedah, cuti dan jaminan kerja mungkin dirundingkan. Gaji yang ditawarkan juga adalah setanding dengan gaji pekerja dan setaraf di organisasi yang lain.

MASA OPERASI

Bagi perniagaan ini, masa operasi bermula dari 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Pusat kami membahagikan masa kepada 3 pakej.

(22)

MASA AKTIVITI

8:00 -11:00 pagi Sesi pembelajaran 11:00 pagi – 12:00 tengah hari Mandi, makan, dan rehat 12:00 tengah hari -2:00 petang Tidur

2:00 - 6:00 petang Aktiviti bebas seperti bercerita, bermain dan sebagainya.

PERALATAN

Tadika ini mempunyai seramai 100 orang kanak-kanak. Oleh itu, tadika ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang kakitangan untuk mengajar dan mengasuh.

Peralatan yang digunakan termasuklah; a) kerusi

b) meja c) alat tulis d) permainan e) kelengkapan

Peruntukan harga untuk peralatan:

ALATAN UNIT HARGA (RM) JUMLAH (RM)

Kerusi 110 50 5,500 Meja 110 100 11,000 Alat tulis - 800 800 Permainan - 500 500 Kelengkapan 3 5,000 5,000 JUMLAH 22,800 OVERHEAD OPERASI

Perbelanjaan operasi bagi perniagaan ini terdiri daripada bayaran gaji untuk pekerja, membeli peralatan dan keperluan bahan makanan serta lain-lain.

(23)

-22-PERBELANJAAN BILANGAN BAYARAN (RM) Gaji pekerja 10 237,888 Peralatan -kerusi, meja 110 1,1650 -alat tulis - 800 -buku cerita 150 1,500

Keperluan bahan makanan - 8,000

JUMLAH 259,838

SUSUN ATUR RUANG OPERASI

TAPAK KRISTA CHILDCARE PROGRAMS TINGKAT BAWAH

BILIK / KELAS

BILIK /

KELAS BILIK /KELAS

TEMPAT MAKAN DAPUR BILIK AIR PEJABAT PENTADBIRAN T A N G G A P IN T U M A SU K

(24)

-23-TAPAK KRISTA CHILDCARE PROGRAMS TINGKAT ATAS

RUANG TAMU

TEMPAT BERISTIREHAT SMART LIBRARY

BILIK AIR T A N G G A

(25)

TAPAK KRISTA CHILDCARE PROGRAMS HALAMAN LUAR PUSAT

TAMAN PERMAINAN KOLAM RENANG P IN T U M A SU K P IN T U U T A M A

(26)

8.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

ALAMAT KRISTA CHILDCARE PROGRAMS

No. 2 & 2A, Halaman Pekaka, Taman Pekaka,

34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan

(27)

CARTA ORGANISASI

Pengetua Teoh Mooi Hoon Penolong Kanan Pengetua

Seow Lin Lin Penyelia Robiatul Adawi Bakar

Guru Dispilin Nor Maiza Noor Din

Guru Guru Guru Guru Guru Rafinazuriani Rosimah Johan Yong Chai Chin Zailinah Wagiron Zaiton

Yaakop Dollah

Kakitangan / Kerani Hafizah Husin

SENARAI BUTIR-BUTIR LENGKAP JAWATAN YANG DIPERLUKAN

JAWATAN SPESIFIKASI TUGAS

PENGETUA • Membuat perancangan pengurusan dan pentadbiran tadika. • Memastikan setiap perjalanan operasi tadika adalah lancar dan mengikut matlamat dan objektif yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi kerja yang diberi.

• Memantau perjalanan pentadbiran tadika.

• Mengawal pergerakan / operasi tadika secara keseluruhan. PENOLONG KANAN

PENGETUA • Menetapkan spesifikasi tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melancarkan perjalanan operasi tadika. • Memastikan organisasi berjalan dengan lancar dan

pentadbiran adalah berada di bawah kawalan. • Menetapkan strategi pemasaran tadika.

(28)

perkhidmatan yang ditawarkan.

• Mengira jumlah penerimaan tunai dan mengadakan akaun tadika.

• Mengawal untung rugi tadika.

GURU DISPLIN Menetapkan peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan menjadi panduan kepada kakitangan dan pelajar. • Menjaga kebersihan pejabat tadika sepenuhnya.

KERANI • Menerima panggilan daripada pelanggan yang inginkan perkhidmatan.

• Menerima pendaftaran pelajar dan menerima yuran pelajar daripada ibu bapa mereka.

GURU Menyampaikan pelajaran kepada pelajar secara berkesan. • Membentuk sahsiah pelajar yang baik.

IMBUHAN BALAS JASA DAN INTENSIF PEKERJA 1. Perbelanjaan Pentadbiran – Gaji / Imbuhan Balas Jasa

JAWATAN GAJI SEBULAN (RM) GAJI SETAHUN (RM) KWSP 12% SEBULAN (RM) MAJIKAN KWSP 11% SEBULAN (RM) PEKERJA SOCSO 1.25 % SEBULAN (RM) GAJI BERSIH SEBULAN (RM) Pengetua 2,500 30,000 300 275 31.25 2,193.75 Penolong Kanan Pengetua 2,000 24,000 240 220 25.00 1,987.75 Penyelia 1,500 18,000 180 165 18.75 1,316.25 Guru Disiplin 1,000 12,000 120 110 12.50 877.50 Guru 1,000 12,000 120 110 12.50 877.50

(29)

Kerani 600 7,200 72 66 7.50 526.50

2. Perbelanjaan Pejabat – Senarai Perabot, Alatan Kelengkapan, Dan Bahan Mentah

PERKARA UNIT HARGA

SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) PERABOT Meja Kaunter 1 500 500 Meja 110 100 11,000 Kerusi 110 50 5,500 Rak Buku 3 150 450 KELENGKAPAN Komputer 1 1950 1,950 Sistem Audio 3 1430 4,290 JUMLAH 23,690

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

KOS PERLAKSANAAN PROJEK (BUDGET) (RM)

PERKARA/ TAHUN 2005 2006 2007 ASET TETAP Perabot 17,450 - 4,500 Kelengkapan 6,240 - -PERBELANJAAN Belanja Gaji 103,200 103,200 103,200 Makanan 8,000 8,500 9,000 Alat Tulis 800 900 1,000 Buku Cerita 1500 - 200

(30)

LAIN-LAIN PERBELANJAAN Insurans 2,000 2,300 2,400 Sewa 7,200 7,200 7,200 Belanja Pengiklanan 2,600 1,900 2,200 PENDAPATAN Yuran Pendaftaran 5,000 500 1,000 Yuran Bulanan 228,000 266,400 346,800 LAIN-LAIN PENDAPATAN Hasil Daripada Jualan Buku 50,000 55,000 60,000

SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Modal RM 100,000

JUMLAH PEMBIAYAAN PROJEK RM 100,000

KUNCI KIRA-KIRA

KRISTA CHILDCARE PROGRAMS

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2005, 2006, DAN 2007

PERKARA/TAHUN 2005 (RM) 2006 (RM) 2007 (RM)

ASET TETAP

Kelengkapan 6,240 6,240 6,240

Perabot 17,450 17,450 21,950

(31)

Tunai 75,000 80,000 88,000 Bank 85,020 138,910 201,610 Alat tulis 300 300 300 JUMLAH 184,010 242,900 318,100 DIBIAYAI OLEH EKUITI PEMILIK MODAL 100,000 100,000 100,000 UNTUNG BERSIH 84,010 142,900 218,100 JUMLAH 184,010 242,900 318,100

PENYATA UNTUNG RUGI

KRISTA CHILDCARE PROGRAMS

PENYATA UNTUNG RUGI BAGI 3 TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2OO5, 2006, 2007 PERKARA/TAHUN 2005 2006 2007 PENDAPATAN Yuran Bulanan 228,000 266,400 346,800 Yuran Pendaftaran 5,000 500 1,000 JUMLAH 233,000 266,900 347,800 PERBELANJAAN Belanja Gaji 103,200 103,200 103,200 Kelengkapan 17,450 - -Perabot 6,240 - 4,500

(32)

Insurans 2,000 2,300 2,400 Sewa 7200 7200 7200 Belanja Pengiklanan 2,600 1,900 2,200 Makanan 8,000 8,500 9,000 Alat Tulis 800 900 1,000 Buku Cerita 1,500 - 200 JUMLAH 148,990 124,000 129,700 UNTUNG BERSIH 84,010 142,900 218,100

10.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, rancangan perniagaan memang amatlah penting kepada seorang usahawan kerana ia menerangkan tentang aspek perniagaan yang bakal diceburi di mana ia merangkumi bentuk aktiviti yang ingin dijalankan, bagaimana untuk menjalankan aktiviti yang telah dikenalpastikan, kekuatan dan kelemahan pihak yang mempunyai kepentingan dengan bidang yang diceburi. Kejayaan usahawan adalah ditentukan oleh keyakinan daripada pelbagai pihak terhadap rancangan perniagaan yang telah disediakan.

Referensi

Dokumen terkait