• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SUKAN SBAM 2018

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. NAMA PERTANDINGAN : DAMAK 2. PENGANJUR : Jawatankuasa SBAM 2018 3. PENGELOLA :

Jawatankuasa Induk, SBAM 2018 4. TARIKH PERTANDINGAN

27-30/04/2018 5. TEMPAT

Educity Iskandar Puteri 6. PERATURAN UMUM :

6.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut syarat-syarat serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatakuasa Pengelola Pertandingan.

6.2 Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

7. PERATURAN TAMBAHAN :

Selain dari peraturan umum diatas, Jawatakuasa Penganjur boleh meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan yang difikirkan wajar bagi perkara-perkara yang tidak tercatat dalam peraturan ini, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan

8. KELAYAKAN PENYERTAAN :

8.1 Sepertimana PERATURAN AM PERYERTAAN. 9. PENDAFTARAN PEMAIN :

9.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar SATU ( 1 ) PASUKAN sahaja.

9.2 Setiap PASUKAN hanya dibenarkan mendaftar DUA ( 2 ) ORANG PEGAWAI dan LAPAN ( 8 ) ORANG PEMAIN LELAKI DAN SEORANG (1) PEMAIN WANITA SERTA DUA (2) ORANG SIMPANAN

9.3 Pemain-pemain hendaklah didaftarkan secara talian terus sebagaimana item 4.1.6 Peraturan Am kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan selewat-lewatnya 15hb Januari 2018.

9.4 Setelah pendaftaran pemain dibuat, perubahan atau penggantian atau tambahan akan hanya dibenarkan sebagaimana item 4.1.7 Peraturan Am.

9.5 Sebarang perubahan atau penggantian atau tambahan setelah pertandingan bermula tidak akan diterima.

(3)

10. CARA PERTANDINGAN :

10.1 Kejohanan ini adalah diantara pasukan dan terbahagi kepada TIGA ( 3 ) peringkat iaitu Pertandingan dalam kumpulan ( Peringkat Awal ), Pertandingan Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir (PENENTUAN JOHAN, N JOHAN, KETIGA DAN KEEMPAT).

10.2 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada EMPAT ( 4 ) kumpulan, iaitu kumpulan A,B,C dan D. Pasukan-pasukan yang MENJADI JOHAN ,NAIB JOHAN, KETIGA DAN KEEMPAT pada kejohanan yang lepas, akan ditempatkan kedalam kumpulan yang berasingan bagi mengetuai kumpulan masing-masing ( SEEDED ). Pasukan-pasukan lain akan diundi untuk menentukan kedudukan mereka.

10.3 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan.

10.4 DUA PASUKAN TERATAS dalam setiap kumpulan adalah layak keperingkat seterusnya dengan format silang antara Juara dengan Naib Juara (A & B / C & D). 10.5 Pertandingan SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR dan AKHIR akan dimainkan

secara KALAH SINGKIR. 10.6

a. Kedudukan pasukan-pasukan yang layak kepusingan seterusnya akan disilangkan seperti carta dibawah.

1. JOHAN A 2. NAIB JOHAN B 3. JOHAN B 4. NAIB JOHAN A 5. JOHAN C 6. NAIB JOHAN D 7. JOHAN D 8. NAIB JOHAN C

b. Perlawanan diadakan untuk menentukan TEMPAT KE TIGA ( 3 ) dan TEMPAT KE EMPAT (4) bagi menentukan mata.

11. SUSUNAN PERLAWANAN :

Susunan perlawanan di sepanjang kejohanan adalah seperti berikut :

i. Tiga ( 3 ) Sepasukan ( trio ) ii. Beregu Pertama

iii. Perseorangan Pertama iv. Beregu kedua

v. Perseorangan kedua

(4)

i. Menang - 3 mata

ii. Kalah - 0 mata

iii. Pasukan yang menarik diri/ - 0 mata Lucutan teknikal

12.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu perlawanan, maka pasukan lawan adalah diberi DUA (2) MATA dengan kemenangan TIGA ( 3 ) LEGS KOSONG ( 0 )

12.3 Jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri dari pertandingan tanpa

sebarang sebab, maka Mata dan Jumlah Legs Menang/ Kalah dan Jumlah Mata Menang/ Kalah yang melibatkan pasukan tersebut tidak akan diambil kira.

12.4 Sekiranya Pasukan yang mendapat MATA yang terbanyak akan dikira menang dan sekiranya MATA adalah sama dalam Pertandingan, maka pasukan yang

mempunyai :-

i. Nisbah Legs yang terbanyak dianggap sebagai pemenang.

ii. Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Legas yang sama, maka pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawan dianggap sebagai pemenang.

iii. Jika semua perkara diatas didapati sama juga maka keputusan MUKTAMAD akan ditentukan dengan perlawanan semula Trio

13. PERTANDINGAN :

13.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari

13.2 Setiap pasukan adalah disyaratkan bermain lebih daripada satu perlawanan dalam satu hari sekiranya perlu.

13.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

13.4 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan SATU ( 1 ) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN DALAM Borang Khas yang disediakan kepada Jawatakuasa Permainan LIMA BELAS ( 15 ) MINIT sebelum perlawanan bermula. Borang Khas pendaftaran pemain hendaklah diperolehi dari Urusetia Permainan. 13.5 Semua pasukan yang akan dijadualkan untuk bermain mestilah berada digelanggang

permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

13.6 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualakan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Selepas waktu ini jika masih tidak hadir, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir mengikut jadual dengan mengikut Perkara 12.2

13.7 Jawatankuasa Pengelola Permainan tidak akan melayan apa-apa permintaan untuk menangguhkan mana perlawanan oleh mana-mana pasukan.

13.8 Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan MENARIK DIRI ( WALK OVER ) dengan sendirinya DIGANTUNG dalam perlawanan-perlawanan berikutnya.Semua perlawanan terawal yang melibatkan pasukan tersebut akan dibatalkan.

(5)

13.9 Susunan Perlawanan adalah sepertimana berikut :- a) Tiga ( 3 ) Sepasukan ( Trio )

b) Bergu Pertama c) Perseorangan Pertama d) Beregu kedua e) Perseorangan kedua

13.11 Keputusan semua permainan akan ditentukan dengan DUA ( 2 ) LEGS TERBAIK DARIPADA TIGA ( 3 ) LEGS kecuali Acara Tiga( 3 ) Sepasukan ( Trio )

13.12 Acara Tiga Sepasukan ( Trio ) – 1001 mula terus ( straight start trio ) disudahi dengan angka genap dua ( doubles to finish ) satu ( 1 ) legs.

13.13 Acara Perseorangan/Bergu – 501 mula terus ( straight start ) disudahi dengan angka genap dua (doubles to finish ) 2 legs terbaik daripada 3 legs ( Best go three legs ). 13.14 KECUALI PEMAIN PERSEORANGAN semua pemain-pemain dibenarkan

bermain sebanyak dua ( 2 ) kali dalam setiap perlawanan.

13.15 MANA-MANA PASUKAN YANG TELAH MENCAPAI KEMENANGAN MAJORITI DALAM SESUATU PERTANDINGAN TIDAK DIBENARKAN MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA PERMAINAN LEG SETERUSNYA KEPADA PIHAK LAWAN.

13.16 Penentuan gelanggan akan ditentukan oleh Jawatakuasa Permainan.

13.17 Semasa pertandingan dijalankan TIADA pemain DIBENARKAN meninggalkan gelanggang permainan tanpa izin pengadil.

13.18 Jadual dan Format Pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengurus Permainan jika keadaan memerlukan berbuat demikian bagi melicinkan pertandingan. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya dari Pengurus Permainan.

13.19 Semua pemain diwajibkan memakai seragam pasukan yang kemas.Pemain yang hanya berselipar atau memakai jeans atau baju T-shirt tanpa kola atau tanpa lengan tidak dibenarkan menyertai perlawanan.

14. PERMULAAN/ PENAMAT.

14.1 Undian akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang memulakan balingan. Pemain yang memulakan balingan akan mengikut giliran angka ganjil iaitu, 1:3:5 dan 7, manakala pihak lawan akan mengikut giliran genap iaitu 2:4:6 dan 8.

14.2 “Burst “ akan digunakan apabila pemain yang cuba menamatkan pemain dengan pengiraan ( score ) yang lebih dari jumlah baki yang ada.

15. BALINGAN :

15.1 Seorang pemain dibenarkan mencuba balingan yang tidak melebihi enam ( 6 ) balingan atas match dartboard sebelum perlawanan dimulakan.

15.2 Pemain hanya boleh menggunakan damak yang diiktirafkan oleh Malaysian Darts Federation ( M.D.F )

(6)

15.5 Damak yang menganjal atau jatuh dari papan damak tidak akan diambil kira.

15.6 Semasa balingan hanya Pengadil, Pengira ( scorer ) dan Pemain dibenarkan berada dalam Zon Pertandingan.

15.7 Sebarang lebihan kaki atau pengalas kaki tidak boleh melintasi garisan oche semasa membuat balingan.

15.8 Sekiranya semasa membuat balingan, sebarang lebihan kaki atau pengalas kaki melintas garisan oche, maka damak yang dibaling akan dikira sebagai balingan tetapi pengiraan ( score ) tidak akan diambil kira.

15.9 Pemain boleh membuat balingan dari mana-mana sudut asalkan kaki atau pengalas kaki tidak melintas garisan oche yang telah ditetapkan.

16. PENGIRAAN ( SCORING )

16.1 Hanya damak yang melekat dengan mata damak atas papan damak sahaja diambil kira.

16.2 Pemain tidak dbenarkan mencabut damak selagi pengiraannya ( score ) belum selesai. Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk memastikan pengiraan adalah betul sebelum damak dicabut.

16.3 Pemain dibenarkan bertanya kedudukan pengiraannya ( score ) dan baki selepas setiap damak dibaling semasa permainan.

16.4 Pemain dalam dua pasukan adalah dikehendaki menjadi “ Chalker “ untuk perlawanan dalam setiap perlawanan di pusingan awal.

17. PENGGANTIAN PEMAIN

17.1 Pertukaran pemain tidak dibenarkan dalam permainan yang sama kecuali seseorang pemain terjatuh sakit sebelum permainan dimulakan atau pun bermasalah yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Permainan.

18. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

18.1 Semua Pengadil akan diatur dan disusun oleh Jawatankuasa Permainan.

18.2 Keputusan Pengadilan adalah MUKTAMAD atas semua perkara. Walaubagaimanapun Ketua Pasukan boleh merayu kepada Pengadil berdasarkan item 12.1 di dalam Peraturan Am.

19. DISPLIN :

19.1 Semua pemain hendaklah menunjukkan semangat kesukanan yang baik

19.2 Pemain yang mengganggu pemain lawan yang bersedia untuk membuat balingan atau semasa membuat balingan di garisan oche atau semasa pertandingan lain sedang berjalan akan diberi amaran.

19.3 Pemain yang diberi AMARAN DUA ( 2 ) KALI oleh pengadil atas kelakukan tidak bersemangat sukan akan digantung secara automatik pada perlawanan selepas yang dia diberi amaran

19.4 Permain-permain TIDAK DIBENARKAN minuman keras atau makan atau merokok didalam dewan atau zon pertandingan. Jawatankuasa Permainan akan membatalkan penyertaan pemain atau pasukan dari meneruskan permainan, jika arahan ini tidak dipatuhi, Pasukan yang dibatalkan penyertaan dianggap sebagai MENARIK DIRI.

(7)

20 TANGGUNGJAWAB

20.1 Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal Ahli-ahli pasukannya dengan sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para perserta bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini.

20.2 Jawatakuasa Pengelola Pertandingan tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang kepunyaan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang kejohanan ini.

22. HADIAH

22.1 Hadiah-hadiah akan disampaikan kepada Pemenang-pemenang kejohanan seperti berikut :

a) JOHAN b) NAIB JOHAN c) KETIGA / KEEMPAT

22.2 Sejumlah TIGABELAS ( 13 ) HADIAH INDIVIDU akan diberikan kepada setiap PASUKAN yang menang termasuk PEGAWAI.

Referensi

Dokumen terkait

 Bahwa benar ibu para Termohon/semasa masih hidup tidak menyetujui/keberatan jika Pemohon I menikah lagi dengan wanita lain termasuk Pemohon II;berdasarkan fakta-fakta

Sangat penting bagi wanita untuk mendapatkan pelayanan dari seorang profesional yang sama atau dari satu team kecil tenaga profesional, sebab

Dengan melihat beberapa pengaruh besar media sosial dalam kehidupan saat ini serta adanya permasalahan seperti diatas, muncul suatu ide untuk membuat suatu aplikasi media

-perfect rails -display location coordinates. LIKETILTINGAPLATEH

Dengan memanfaatkan efek perubahan tahanan listrik dari lapisan tipis oleh adanya medan magnet luar, maka medan magnet tersebut bisa diukur dengan cara kalibrasi resistansi

Menentukan apakah sebuah tahun adalah tahun kabisat atau tidak dengan menggunakan kelas dan konstruktor (prasetyo, randy, alfasy, luthfi, ponco, agung, herdiyanto, claudio,

Dengan produk pembiayaan ARRUM BPKB di Pegadaian Syariah Kantor Cabang Sidoarjo dapat membantu pengusaha kecil yang berada di sekitarnya untuk memperoleh tambahan

Seiring dengan meningkatnya jumlah penduduk serta memperhatikan luas wilayah dan rentang kendali pelayanan kepada masyarakat Banyuke Hulu dan sekitarnya disatu pihak dan dipihak