S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.15 (34)
KERAJAAN MALAYSIA
Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan
PENGGUNAAN INTERNET UNTUK PELAKSANAAN PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Fasa 3 ePerolehan telah dilaksanakan mulai pertengahan Jun 2002 kepada semua agensi Kerajaan Persekutuan. Salah satu daripada komponen infrastruktur yang perlu disediakan ialah kemudahan rangkaian EG*net. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ePerolehan, agensi adalah diberi kebenaran menggunakan perkhidmatan rangkaian internet sehingga talian EG*Net dibekalkan.
2. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
( Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam ) Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
s.k.