• Tidak ada hasil yang ditemukan

Krisis Kapitalisme dan Pemantapan Kembal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Krisis Kapitalisme dan Pemantapan Kembal"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Krisis Kapitalisme dan Pemantapan Kembali Kearifan Tempatan - Mohd Izzuddin Bin Ramli

Pendahuluan

Kapitalisme berasal dari perkataan “kapital”yang bermaksud "modal". Istilah ini mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis. Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi. Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan.1 Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20 dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.2

Dari satu sisi, sistem ekonomi kapitalisme hari ini tanpa diragukan telah berjaya memicu revolusi dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Sumbangan-sumbangan dari proses industrialisasi terutamanya dalam hal perkembangan teknologi secara masal telah merubah pola-pola peradaban manusia. Manusia berhasil menikmati segala macam perkara baru yang tidak pernah dirasai sebelumnya baik secara politik, ekonomi mahupun budaya, malah hampir semua ruang aktiviti kehidupan manusia, kapitalisme akan hadir untuk mengerakkannya. Berakhirnya Perang Dingin, disambut dengan runtuhnya tembok Berlin serta kehancuran sistem politik Komunisme-Sosialisme seringkali ditafsirkan sebagai satu perolehan kemenangan kepada Kapitalisme.

Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Francis Fukuyama dalam The End of History and the Last Man, apa yang bakal (dan telah) kita lihat sebenarnya bukanlah sekadar berakhirnya Perang Dingin ataupun kita melewati tempoh-tempoh tertentu sejarah pasca-perang, akan tetapi ia adalah sebuah pengakhiran sejarah iaitu titik penamat evolusi ideologi manusia dan universalisasi Demokrasi Liberal barat sebagai bentuk akhir pemerintahan manusia. Kapitalisme tampaknya menjadi suatu nilai budaya yang dikongsi bersama oleh manusia yang mana Wallerstein dan Hopkins mempunyai istilah yang lebih tepat dan neutral yang disebutnya sebagai Sistem Dunia (World System)3 iaitu kapitalisme yang sudah mengglobal.

Hari ini, apa yang pernah diimpikan oleh Adam Smith barangkali sudah menampakkan hasilnya. Campur tangan negara dalam hal pengurusan ekonomi telah direduksikan sedaya upaya sehingga ke tingkat yang paling minimal. Setidak-tidaknya negara masih memiliki peranan dalam mewujudkan suasana ekonomi dan pelaburan yang aman. Masyarakat mula berhadapan dengan fasa dimana sistem demokrasi sudah dilembagakan sebagai sistem yang terbaik antara sistem-sistem politik yang lain, wujudnya kebebasan media yang dijamin, masyarakat bebas untuk bersuara, bebas meluahkan idea dan pendapat (sepatutnya), dan masyarakat memiliki kuasa yang besar untuk memilih. Adam Smith menyakini bahawa pasaran ataupun hubungan ekonomi darimana manusia memenuhi keperluannya, memiliki hukum yang akan membawa kehidupan manusia kepada suatu titik keseimbangan.

Namun begitu, kapitalisme global dari satu sisi yang lain juga telah menciptakan suatu keadaan sosial yang tidak kondusif kepada manusia sendiri. Dari tingkat paling asas, jurang sosial antara golongan kaya dengan golongan miskin nampaknya semakin merenggang dan menjauh. Eksploitasi baik terhadap sumber daya alam mahupun modal manusia semakin menjadi-jadi yang sehingga pada titik akhir memperlihatkan bahawa berlakunya krisis moral. Bernard Murchland (1992) seorang pendukung kuat kapitalisme sendiri mengakui bahawa masalah yang paling besar berlaku kepada sistem kapitalisme global ialah pada peringkat pengikisan nilai-nilai moral manusia. Ketamakan

1

Capitalism, Encyclopedia Britannica. (2006) 2

Scott, John (2005). Industrialism: A Dictionary of Sociology, Oxford University Press. 3Dawa Rihardjo, dl Ope “o iety: Refor i g Glo al Capitalis George “oros . Pu li

(2)

2

manusia dalam mengaut segala macam hal-hal yang bernilai diatas muka bumi ini secara tidak langsung telah menimbulkan krisis dehumanisasi. Tata nilai manusia semakin merosot. Hasilnya kita melihat telah berlakunya krisis sosial seperti kegiatan transaksi pemerdagangan manusia, keruntuhan solidariti institusi kekeluargaan oleh kerana tebalnya sifat individualisme serta budaya materialisme, ruang-ruang kosong kota yang asalnya efektif sebagai ruang awam dirompak oleh para pemodal atas tujuan pembangunan dan sebagainya. Habermas (1988) tidak pernah gagal dalam meneliti fenomena ini dengan memperkuatkan bahawa kapitalisme lanjut menimbulkan ketidakseimbangan ekologi, ketidakseimbangan antropologi (gangguan sistem personaliti) dan juga ketidakseimbangan antarabangsa.

Secara politik, wacana berkenaan dampak yang dibawa oleh kapitalisme global ini sekurang-kurangnya membuat kita menjeling mata ke arah nasib masa depan negara-negara timur yang rata-ratanya masih tergolong dalam kategori negara dunia ketiga dan negara sedang membangun. Antaranya seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Namun, gejala yang seringkali ditemui dalam negara-negara dunia ketiga ini ialah fenomena ketergantungan. Ketergantungan negara-negara dunia ketiga terhadap negara pusat seterusnya terhadap sistem kapitalisme itu sendiri telah menyebabkan proses pembangunan di negara-negara ini telah menjadi perlahan. Kebimbangan Raul Presibich terhadap pertumbuhan ekonomi di negara-negara maju secara pesat, namun dalam masa yang sama tidak memberikan perkembangan yang sama kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara miskin inilah yang menyumbangkan kepada lahirnya teori dependensi.

Fenomena ketergantungan ini tidak hanya memperlihatkan bahawa negara-negara timur terpaksa menyandarkan diri kepada barat secara ekonomi sahaja, malah terdapat beberapa aspek lain lagi yang terpaksa dikorbankan oleh negara timur untuk dilihat bergerak sama laju dengan negara-negara barat. Antaranya ialah nilai sosial-budaya, nilai politik, dan sebagainya. Masyarakat timur sendiri secara asasnya sangat dikenali dan identik dengan budaya-budaya dan nilai tradisional, baik dalam hal pengurusan keperibadian sehinggalah dalam proses pengelolaan masyarakat secara menyeluruh. Dalam proses hukum pengadilan contohnya, permasalahan-permasalahan yang berkait dengan hal-hal kekeluargaan atau konflik-konflik sosial kebiasaannya akan diselesaikan didalam lingkungan masyarakat ataupun melalui khidmat orang-orang agama ataupun memanfaatkan adat-adat yang sedia ada. Meskipun begitu, akibat terpaan nilai budaya barat dan budaya kapitalisme secara masal hasil dari proses globalisasi ini, kearifan-kearifan yang sedia wujud dalam masyarakat timur sudah semakin terhakis dan menghilang.

Kapitalisme dilihat sebagai suatu yang asing dan barangkali tidak identik dengan kebudayaan dan nilai tempatan masyarakat timur. Apa yang dapat kita lihat sebenarnya ialah, kapitalisme tidak hanya cenderung menghancurkan dirinya sendiri, namun turut sama memberi impak negatif kepada budaya-budaya lainnya. R. Bahro sendiri dalam bukunya Die Logik der Rettung – Wer kann die Apokalypse Aufhalten?4 (Logik Penyelamatan – Siapa Yang Boleh Menghentikan Kiamat), menjelaskan dalam

ruang lingkup “megamesin” industri kapitalis, ia melihat suatu budaya yang cenderung

menghancurkan diri sendiri dan suatu jenis pembasmian sedang berlangsung. Dari sudut pandang sosial, sifat totalitarian pasaran dunia itu sendiri yang kompetatif dan yang sudah dideregulasi, berpusat disekitar penimbunan kekayaan dan sedang mengarah ke tingkat pemiskinan dan penyembelihan dramatik keatas orang ramai, tidak hanya di Timur, malah juga di Barat itu sendiri.5 Tesis Fukuyama dalam The End of History and the Last Man (agaknya) juga telah ditolak oleh George Soros kerana kapitalisme pada waktu ini, pada pengamatannya ternyata juga sedang mengalami krisis walaupun sudah menjadi suatu sistem yang mengglobal.

4

R. Bahro, 1987. 5

(3)

3 Kearifan Tempatan Sebagai Anti-Tesis

Menghadapi cabaran ini, adalah penting untuk kita menggali kembali segala macam kekayaan kearifan tempatan yang telah sedia wujud dalam lingkungan masyarakat, baik dalam aspek kebudayaan, aspek sosial mahupun dalam aspek politik kepemerintahan. Penerokaan kembali terhadap sumber kearifan tempatan sangat perlu untuk dilakukan kerana ia sekaligus berupaya untuk menjadi penampan terhadap ancaman hebat budaya kapitalisme terhadap tata budaya tempatan. Seperti kata Cliffort Geertz, kearifan tempatan adalah merupakan entiti yang sangat menentukan harkat dan martabat manusia dalam komuniti. Dalam definisi kamus, kearifan tempatan terdiri daripada dua perkataan iaitu, kearifan (wisdom) dan tempatan (local). Kearifan tempatan secara amnya merujuk kepada tradisi lama dan amalan masyarakat serantau, masyarakat asli ataupun tempatan. Kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pegetahuan dan ajaran.6 Dalam banyak kes, kearifan tempatan diperturunkan secara lisan daripada seorang individu kepada individu lain dalam masyarakatnya. Antara lain, sesetengah bentuk kearifan tempatan dinyatakan melalui kisah-kisah lagenda, cerita-cerita rakyat, ritual, lagu dan juga undang-undang.

Manakala dalam disiplin antropologi pula, ia dikenali dengan istilah local genius. Istilah ini mula diperkenalkan oleh seorang ahli antropologi iaitu Quaritch Wales. Local genius juga boleh difahami sebagai cultural identity, bermaksud identiti budaya bangsa yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat atau bangsa yang mana menyebabkan bangsa atau masyarakat itu mampu menyerap atau mengolah budaya asing sesuai dengan watak dan kemampuan mereka sendiri.7 Walau bagaimanapun, setiap kelompok masyarakat semestinya memiliki kearifan tempatannya yang tersendiri dan ia mungkin berbeza dengan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat lain. Sumpah Pocong adalah antara contoh kearifan tempatan yang terdapat dalam masyarakat perdesaan Islam di Indonesia. Tradisi ini dijalankan atas tujuan menghakimi atau mengadili individu-individu yang telah terlibat dalam kes perebutan harta warisan, hak-hak tanah, masalah hutang dan sebagainya. Selain daripada menghakimi pesalah di mahkamah-mahkamah moden, tradisi ini masih kental dijalankan dengan menerapkan nilai-nilai adat oleh masyarakat desa. Sumpah ini biasanya dilakukan oleh masyarakat Islam di rumah ibadat dengan disertai oleh beberapa orang saksi. Pihak yang berkonflik akan dikafankan sama seperti orang yang telah meninggal dunia dan diletakkan di hadapan mimbar, sehingga dibacakan sumpah.8 Amalan tradisi dalam proses mengadili individu ini seharusnya dijaga dan dikekalkan. Hal ini demikian kerana, hal-hal yang sememangnya identik dengan masyarakat setempat lebih efektif dan lestari jika dibandingkan dengan matode-metode moden yang secara asasnya tidak begitu sesuai dengan nilai sosio-budaya tempatan kita.

Kearifan tempatan secara kasarnya adalah sangat berkait dengan benda-benda, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan apa sahaja yang terdapat disekitar masyarakat itu. Hubungannya dengan manusia atau masyarakat adalah melalui bagaimana manusia itu sendiri memanfaatkan sumber-sumber ini dengan melibatkan penggunaan akal budi kita. Kearifan tempatan seharusnya sudah mula menjadi satu kecenderungan umum masyarakat, lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang memiliki autonomi pemerintahan sendiri di peringkat tempatan. Kearifan tempatan merupakan pengetahuan yang eksplisit yang muncul dari tempoh masa panjang yang berevolusi bersama-sama masyarakat dan lingkungannya dalam sistem tempatan yang sudah dialami bersama-sama.9 Proses evolusi yang begitu panjang dan melekat dalam masyarakat dapat menjadikan kearifan tempatan sebagai sumber tenaga dari sistem pengetahuan kolektif masyarakat untuk hidup bersama secara dinamik dan damai.

6

Acharya, Deepak and Shrivastava Anshu (2008): I dige ous Her al Medi i es: Tri al For ulatio s a d

Traditional Her al Pra ti es , Pengedar & Penerbit Aavishkar, Jaipur- India. Hlm. 440 7

Ayatrohaedi, 1986: 18-19

8

http://www.lintasberita.com/Entertainment/Mistis/asal-usul-sumpah-pocong- . Di akses pada: 26/7/2011 9

Nurma Ali Ridwan (Magister Agama, Pensyarah tetap STAIN Purwokerto), La dasa Keil ua Kearifa

(4)

4

Pengertian ini melihat kearifan tempatan tidak sekadar sebagai acuan tingkah-laku seseorang, tetapi lebih jauh, iaitu mampu mendinamisasi kehidupan masyarakat yang penuh dengan peradaban.

Kesimpulan

Sesuai dengan ini, membangkitkan kembali kearifan tempatan yang pasti sejalan dengan nilai-nilai daerah atau nilai-nilai tempatan amatlah penting dalam menghadapi era globalisasi yang semakin laju hari ini. Proses-proses pembangunan baik dari aspek fizikal mahupun spiritual seharusnya sudah mulai mengambil kira nilai-nilai tempatan yang wujud dalam masyarakat. Kita tidak menolak kapitalisme secara keseluruhan, namun jika ia tidak disemak imbang oleh nilai-nilai tempatan, identiti asal kita akan beransur punah. Dengan cara meletakkan ia seiring, pembangunan yang kita wujudkan dalam linkungan masyarakat kita menjadi lebih seimbang dan dalam masa yang sama nilai kearifan tempatan yang sebenarnya merupakan identiti kita tidak hilang begitu sahaja.

Referensi

Dokumen terkait

bukanlah budaya asli orang Jepang, tetapi merupakan budaya import dari negara Barat yang masuk ke Jepang semenjak pertengahan abad ke-19, meskipun faktanya

Model Pendidikan Karakter Berbasis Kearifan Budaya Lokal: Penelitian Terhadap Masyarakat Adat Kampung Benda Kerep Cirebon Provinsi Jawa Barat Untuk Pengembangan

Meskipun globalisasi selama ini dianggap sebagai salah satu penyebab lunturnya budaya lokal/adat/tradisi di sebagian wilayah Indonesia, tetapi masyarakat Pulau Marore

Namun begitu setelah melihat kepada hegemoni dengan lebih mendalam, hegemoni budaya tidak berlaku secara mutlak dalam konteks ketuanan Melayu kerana masih wujud elemen

Didalamnya akan dikaji: (1) Tujuh Pilar Budaya Masyarakat Cianjur; (2) Peran Bahasa dan Budaya Sunda dalam Kehidupan Masyarakat Jawa Barat; (3) Nilai-nilai Kearifan

Teknologi dan globalisasi membawa dampak positif, namun jika digunakan buruk dapat menyebabkan perubahan sosial budaya negatif, termasuk kerusakan organ akibat penyalahgunaan

Namun begitu setelah melihat kepada hegemoni dengan lebih mendalam, hegemoni budaya tidak berlaku secara mutlak dalam konteks ketuanan Melayu kerana masih wujud elemen integrasi

Rasionalitas kemasan halal dalam formulasi kebijakan industri pariwisata Provinsi Nusa Tenggara Barat juga dapat memfilter proses reduksi tatanan nilai kearifan lokal akibat banjir