• Tidak ada hasil yang ditemukan

SASARAN 30 JAM INTERAKSI PPI BENGKEL BER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SASARAN 30 JAM INTERAKSI PPI BENGKEL BER"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Quality Time Prosiding Seminar Setiausaha-Setiausaha & Pembangunan Pengurusan Kualiti Politeknik Malaysia 2015 192 – 197. Politeknik Kota Bharu

SASARAN 30 JAM INTERAKSI PPI : BENGKEL BERSAMA INDUSTRI 2014 ‘AUTOCOUNT COMPUTERIZED ACCOUNTING’

Musalifah Binti Mustafa

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, KELANTAN (musalifahmustafa@gmail.com)

ABSTRAK

(2)

daripada populasi peserta 152 orang. Maklum balas diperolehi dengan menggunakan soal-selidik. Maklum balas dari temu bual ringkas diperolehi daripada 39 pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan 19 orang pelajar Diploma Pemasaran. Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd oleh para pensyarah adalah pada tahap tinggi. Hasil pembelajaran yang signifikan berjaya dicapai oleh pelajar meliputi; pengetahuan, kemahiran praktikal, pemikiran kritikal & penyelesaian masalah, kemahiran dan tanggungjawab sosial, serta kemahiran pembelajaran sepanjang hayat & pengurusan maklumat. Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd oleh para pelajar juga adalah pada tahap tinggi.

Kata kunci : industri, teknikal akaun, Sistem Perakaunan Berkomputer

PENDAHULUAN

(3)

PENYATAAN MASALAH

Kolaborasi bersama dimulakan pada 22 Januari 2014, bersetuju untuk bersama mengendalikan program/ aktiviti dan latihan kepada pelajar dengan menyediakan mereka sebagai sumber manusia bidang perakaunan kelak. Kolaborasi ini juga berusaha memberikan pendedahan dan kefahaman kepada para pensyarah bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, kewangan dan pemasaran bagi membolehkan mereka menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar/ fasilitator kepada aktiviti/ program yang seterusnya akan dijalankan kepada pelajar. Program kolaborasi seumpama ini menggalakkan pendidikan dan pembangunan insan yang lebih terancang. Program ini dapat menghasilkan manusia yang sanggup menerima cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan sentiasa berusaha. Faktor-faktor keberkesanan kepada pensyarah dilihat dari aspek penilaian penceramah, perlaksanaan dan keberkesanan perlaksanaan program/ aktiviti. Manakala faktor-faktor keberkesanan kepada pelajar dilihat dari aspek impak hasil pembelajaran mereka.

(4)

Sejauh manakah sistem perakaunan berkomputer ini dapat dikenali sebagai satu program yang mudah pengguna, dapat meningkatkan kemahiran pelajar dan seterusnya meingkatkan kebolehpasaran graduan PKB ?

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua (2) objektif kajian, di mana :

i. Tahap peningkatan domain pembelajaran pelajar.

ii. Tahap keberkesanan pemberian latihan sistem perakaunan berkomputer kepada pensyarah.

KEPENTINGAN KAJIAN

Program ini dapat membantu para pensyarah PKB bersama menyahut cabaran, yang mana membantu menyediakan para graduan yang berkualiti serta membentuk modal insan yang cemerlang. Program ini dapat memberikan input ke atas yang perlu diperbaiki dalam usaha menerapkan ciri kejayaan para pelajar PKB. Para pensyarah dapat menyedia diri dengan mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu memberi panduan seterusnya kepada para pelajar tentang pengurusan pangkalan data perakaunan, termasuk mewujudkan, mengekalkan, memproses transaksi, melayar dan mengubahsuai rekod, menghasilkan pelaporan berkenaan dan menyimpan data dengan selamat.

(5)

para pensyarah yang ada hari ini bagi membuka ruang untuk memfokus kepada menyediakan pelajar-pelajar kepada dunia pesat membangun yang menuntut modal insan berkualiti dilahirkan.

Kepada PKB, sasaran bagi mencapai KPI Kolaborasi bersama pihak luar, merujuk keperluan PolyPMO dan Teras 4 dalam Business Plan PKB tidak akan tergendala. Pengwujudan dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara politeknik dan pihak luar diteruskan.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Tinjauan ini melibatkan pelajar-pelajar PKB, yang terdiri daripada para pelajar Jabatan Perdagangan, iaitu pelajar Semester Akhir Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan dan Pemasaran. Tinjauan juga melibatkan sebahagian besar pensyarah Jabatan Perdagangan PKB. Apa yang dikaji adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat mereka tentang kejayaan penerapan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka semasa program dijalankan, di samping hasil pembelajaran lain diperolehi mereka. Tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan tinjauan soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan analisis melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan tinjauan bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

METODOLOGI KAJIAN

(6)

tahun. Responden pensyarah dipilih secara rawak, terdiri daripada latar belakang pengajian yang berbeza (54 orang dari Jabatan Perdagangan, yang terdiri daripada bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, kewangan dan pemasaran). Bilangan responden kajian adalah 50 orang. Soal selidik bagi mendapatkan maklum balas dari pensyarah adalah merujuk kepada keperluan PS 10 dalam prosedur kualiti MS ISO 9001 : 2008 Politeknik Kota Bharu.

Manakala dapatan maklum balas dari pelajar adalah melibatkan 122 pelajar Diploma Akauntansi, daripada populasi peserta 152 orang. Maklum balas diperolehi dengan menggunakan soal-selidik. Maklum balas dari temubual ringkas diperolehi daripada 39 pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan 19 orang pelajar Diploma Pemasaran. Temuduga telah dipilih untuk kajian ini kerana disedari bahawa ia adalah sumber yang paling boleh dipercayai (Adjei, 2013) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari pelajar bukan bidang perakaunan.

DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

Sistem maklumat perakaunan merupakan satu struktur yang seragam di dalam sesebuah entiti, seperti firma perniagaan, yang menggunakan sumber-sumber fizikal dan lain-lain komponen untuk mengubah data-data ekonomi kepada maklumat perakaunan. Ia mempunyai objektif untuk memuaskan keperluan maklumat pelbagai pengguna.

(7)

menguruskannya dengan betul, serta sentiasa mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam memahami tanggungjawab kerja mengikut pengurusan perakaunan dengan urutan dan berkesan. Ini semua adalah usaha melahirkan siswazah yang mempunyai pemikiran positif, dan mampu mencapai nilai kebolehpasaran yang disasarkan. Program dijalankan juga dengan tujuan penambahbaikan pada masa hadapan dan seterusnya mencetuskan sebahagian besar kejayaan kepada penerapan ciri-ciri kejayaan dalam bidang perakaunan dan pengauditan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di PKB. Faktor-faktor pencetus keberkesanan tersebut dilihat dari aspek pengetahuan, perancangan dan pelaksanaan, serta keberkesanan penceramah/ pihak luar.

(8)

Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd oleh para pensyarah adalah merujuk kepada item penilaian penceramah, perlaksanaan dan keberkesanannya terhadap pensyarah, seperti disertakan (Sujirah & Zuraidah, 2013) :

Item Penilaian Tahap Kepuasan Skor Min

Penceramah Tahap 3 (Tinggi) 4.664

Perlaksanaan Aktiviti Tahap 3 (Tinggi) 4.64 Keberkesanan Aktiviti Tahap 3 (Tinggi) 4.456

Tahap kesediaan para pensyarah, berfokuskan kepada berkeyakinan mereka untuk berkongsi ilmu diperolehi, serta berasa mampu untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengannya adalah pada tahap 78%.

Hasil pembelajaran yang signifikan berjaya dicapai oleh pelajar (JPP, 2012) melalui Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd ini meliputi :

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran praktikal

iii. Pemikiran kritikal & penyelesaian masalah iv. Kemahiran dan tanggungjawab sosial

v. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat & pengurusan maklumat.

(9)

dipersetujui membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang diperlukan apabila tamat pengajian mereka kelak. Keseluruhan pelajar bersetuju bahawa :

i. Ilmu tentang sistem perakaunan berkomputer adalah penting bagi sesebuah firma/ organisasi.

ii. Dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer, pencapaian kerja organisasi akan meningkat.

iii. Dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer, tugas-tugas perekodan buku akaun akan lebih tepat dan efisyen.

iv. Pendedahan ilmu baru ini meningkatkan kualiti kebolehpasaran mereka kelak.

Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd ini oleh para pelajar adalah merujuk kepada

Kemahiran teknikal akaun dalam hal perekodan akaun melalui sistem perakaunan berkomputer akan menjadi lebih tepat dan cekap.

Tinggi 2.83

Kemahiran fungsi perakaunan seperti posting urusniaga ke lejer dan catatan bergu lebih mudah.

(10)

Kemahiran teknikal ini membantu

mengurangkan kesilapan aritmetik. Tinggi 2.31

Kemahiran teknikal ini membantu kerja-kerja pengauditan penyata kewangan menjadi lebih mudah.

Tinggi 2.24

Praktikal/ menggunakan sistem perakaunan

berkomputer selain AutoCount Tinggi 3.00

Sistem perakaunan berkomputer AutoCount

lebih mudah dipelajari dan difahami Tinggi 2.63

Perlaksanaan program ini adalah bantuan besar bagi pelajar :

i. Meningkatkan kemahiran teknikal dan kebolehdapatan kerja pelajar bidang perakaunan.

ii. Membantu mempertingkatkan kualiti graduan yang dilahirkan melalui sistem pendidikan politeknik.

iii. Mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu memberi panduan seterusnya kepada para pelajar tentang pengurusan pangkalan data perakaunan, termasuk mewujudkan, mengekalkan, memproses transaksi, melayar dan mengubahsuai rekod, menghasilkan pelaporan berkenaan dan menyimpan data dengan selamat.

iv. Menyediakan pelajar tentang kemajuan AutoCount Computerized Accounting, belajar menggunakan fail bantuan dan video.

(11)

Manakala, kepada pensyarah, Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd, membuka peluang :

i. Mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu memberi panduan seterusnya kepada para pelajar tentang pengurusan pangkalan data perakaunan, termasuk mewujudkan, mengekalkan, memproses transaksi, melayar dan mengubahsuai rekod, menghasilkan pelaporan berkenaan dan menyimpan data dengan selamat.

ii. Menyediakan pelajar tentang kemajuan AutoCount Computerized Accounting, belajar menggunakan fail bantuan dan video.

(12)

perakaunan berkomputer dapat menjimat penyimpanan fail dan kertas. Sistem maklumat perakaunan menyediakan maklumat kepada julat pengguna yang lebih luas. Jadi, penggunaannya akan meningkatkan kebolehpercayaan dalam melaksanakan tugas (Kisakye, 2013).

Merujuk laporan dalam laman web SimpleStudies.com (2010), kelebihan terbesar sistem perakaunan berkomputer adalah kelajuan dan ketepatan. Apabila menggunakan sistem perakaunan manual, setiap langkah dalam kitaran perakaunan mesti dilakukan dengan tangan. Proses ini perlu dilaksanakan berulang untuk setiap urus niaga perniagaan. Jika perniagaan adalah kecil dan membuat transaksi hanya beberapa bulan, ia tidak akan banyak masalah. Tetapi untuk perniagaan lain, mungkin terdapat beribu-ribu urus niaga, dan ia boleh mengambil kedua-dua sejumlah besar masa dan kakitangan yang besar untuk bersaing. Dengan sistem perakaunan berkomputer, langkah-langkah yang dinyatakan di atas telah siap dengan satu proses kerja sahaja. Makluman melalui laman web itseducation.com, Hadler (2015), kerja-kerja posting dengan ketepatan yang tinggi adalah lebih mudah. Perekodan akaun secara automatiknya dikemaskini. Terbukti; kemahiran teknikal ini membantu kerja-kerja pengauditan penyata kewangan menjadi lebih mudah.

(13)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Usaha dijalankan ini adalah bagi memastikan graduan berjaya memperoleh pekerjaan kelak dalam bidang pengkhususan masing-masing. Program kebolehpasaran ini diadakan bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang mereka perlukan apabila mereka tamat pengajian kelak, selaras dengan KPI politeknik Malaysia iaitu 85% graduan politeknik mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian. Tiada sebarang faktor yang boleh menjadi penghalang penerapan kemahiran teknikal dengan melaksanakan program yang selaras keperluan proses pengajaran dan pembelajaran. Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd, berjaya mencapai skor tinggi membuktikan aktiviti kemahiran praktikal mampu memberikan pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan. Praktikal hands-on mampu membawa pengetahuan diri ke luar paradigma. Aktiviti dibuktikan berjaya mencapai objektif program dilaksanakan di PKB ini. Aspek pengetahuan merupakan faktor utama penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti dilaksanakan menyumbang kepada peningkatan pengetahuan.

(14)

masyarakat setempat, mewujudkan dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara politeknik dan pihak luar.

Antara cadangan/ tindakan yang boleh dilaksanakan adalah :

i. Meneruskan usaha aktiviti pelajar bersama industri, dan mempelbagaikan sokongan dan bantuan industri.

ii. Meneruskan usaha meningkatkan jam interaksi bersama industri bagi program pengajian lain, selaras dengan keperluan KPI PolyPMO.

iii. Menambah bilangan aktiviti yang melibatkan peningkatan kemahiran yang melibatkan GST.

KESIMPULAN

Hasil daripada keseluruhan dapatan, dapat disimpulkan bahawa pelajar telah mendapat manfaat dalam meningkatkan kualiti pembelajaran mereka, dan seterusnya modal besar kualiti kerja mereka kelak dan ini secara tidak langsung memberikan kebaikan kepada semua pensyarah dan pelajar mereka. Dan, para pensyarah juga mendapat input penting dalam meningkatkan kualiti kerja mereka. Pendedahan dan kefahaman para pensyarah dijangka mampu memberi impak kepada kebolehpasaran pelajar. Proses pembelajaran sepanjang hayat ini juga dapat memberi nilaitambah kepada pensyarah dan pelajar.

(15)

RUJUKAN

Adjei, B. A. (2013). The Effects Of Computerized Accounting System On Ghanaian Banks, The Way Forward (A Case Study Of Amanano Rural

Bank). Bachelor’s Thesis. University of Applied Sciences HAAGA-HELIA.

Kisakye, A. R. (2013). Computerised Accounting And Processing Of Financial Statements In Manufacturing Firms. A Case Study Of Nile Breweries Limited-Jinja. The Final Report For The Award Of Bachelors Of Commerce. The College Of Education And External Studies, Makerere University.

Simmons, A. & Hardy, R. (2011). Cambridge VCE Accounting Units 1 And 2. 2nd Ed. Cambridge University Press, Melbourne.

Hadler, G. (2015). The Advantages of Using Computerised Accounting Software.

http://www.itseducation.asia/computerized-accounting Dipetik Pada : 6 Mei 2015.

Sujirah Ibrahim & Zuraidah Abdullah, Dr. (2013). Amalan-amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Ke Arah Keberkesanan Sekolah.

http://repository.um.edu.my/35754/1/kajian1.pdf Dipetik Pada : 3 Januari 2015.

Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bab 4 Menuju Ke Arah Pembangunan Sosiologi Secara Inklusif.

(16)

Dipetik Pada : 24 Oktober 2014.

What Are Advantages Of Computerized Accounting? April 17, 2010.

http://simplestudies.com/advantages-of-computerized-accounting.html

Dipetik Pada : 11 Januari 2015.

Referensi

Dokumen terkait

b.wajib memahami laporan keuangan, bisnis perusahaan khususnya yang terkait dengan layanan jasa atau kegiatan usaha Emiten atau Perusahaan Publik, proses audit,

Dalam penelitian ini, para informan memiliki pengalaman dan pemaknaan terhadap game online Dota 2, dikarena mereka sudah berulang kali berinteraksi dengan hal-hal

Berdasarkan alasan tersebut, khususnya terhadap faktor-faktor dan akibat hukum yang dapat timbul karena belum terdaftarnya suatu perusahaan pada daftar perusahaan, maka

Kecepatan linier suatu titik pada benda yang ber- jarak 0,5 m dari sumbu putar adalah.. 9,5 m/s

Mengetahui karakteristik nanopartikel GVT-0 (ukuran partikel, morfologi partikel dan entrapment efficiency) yang dihasilkan oleh preparasi nanopartikel menggunakan polimer

hidrotermal yang terbentuk pada litologi breksi dan lava andesit di sumur CBD-1 ini diperkirakan sebagai bagian dari batuan penudung (caprock) sistem panas bumi Cubadak

Sampah norganik, yaitu sampah yang tidak mudah membusuk, seperti plastik wadah pembungkus makanan, kertas, plastik mainan, botol dan gelas minuman, kaleng, kayu, dan sebagainya.

commune dapat digunakan sebagai standar dan direkomendasikan menjadi jamur untuk pengujian ketahanan alami kayu karena dapat menyebakan penurunan bobot hingga lebih