Bahan Dan Alat Jahitan
Alatan Asas Jahitan
1. Alatan Mengukur
Alatan mengukur
kegunaan
Pita ukur
. Mengukur dengan tepat ukuran badan dan
fabrik
Pembaris lurus
. Mengukur dan menanda garisan lurus di
kertas pola
. Mengukur fabrik
2. Alatan Mendraf
Pembaris L
Membuat sudut tepat
Membuat garisan lurus 90 darjah
Pembaris Lengkung
membuat garis melengkung dalam
kerja menderaf pola.
Pensil
Membuat garisan di pola pakaian
Alat menanda
Roda surih
Memindahkan garis dan tanda ke
fabrik
Kertas karbon
Memindahkan garis dan tanda ke
fabrik bersama roda surih
Jarum peniti
Menyemat pola kertas pada
fabrik dan juga menyemat
kepingan fabrik sebelum
menjahit secara kekal. .
Digunakan untuk
menetapkan pola pada
fabrik semasa menggunting
atau menjahit
Menggunting kertas bagi
penyediaan pola
Snipper
Mendedel jahitan atau
setikan secara mudah
Penetas jarum
Menanggalkan benang
yang telah dijahit pada
fabrik
Alat Menjahit
Alatan
kegunaan
Jarum tangan
Menjahit jahitan tangan pada fabrik sama
ada kekal atau sementara.
Untuk jahitan biasa spt menjahit
Jarum mesin
. Saiz 9-10 digunakan untuk kain yang halus
. Saiz 12-14 untuk kain sederhana
. Saiz 14-16 untuk kain yang tebal
Pencucuk benang
Memasukkan benang pada jarum tangan
atau mesin.
Digunakan untuk membantu memasukkan
benang ke lubang jarum tangan atau
lubang jarum mesin
Mesin jahit
Menjahit dan mencantum fabrik
Alatan Lain
Alatan
kegunaan
Benang
Mencantum kedua-dua kain atau
fabrik.
Gunakan benang yang padan dengan
kain dan jahitan yang hendak dibuat
Butang empat lubang
Membuat butang pada
baju kemeja
dan leher baju
Alat menekan
Alatan menekan
Kegunaan
Seterika
Menekan dan menyeterika
setiap proses pada semua
peringkat jahitan supaya
kemas dan rata
Bod Seterika
Memudahkan semua proses
http://rafflesia4.wordpress.com/2012/05/11/kategori-alatan-jahitan-2/
kemahiran hidup tahun 5 alatan jahit
http://jahitankht5.blogspot.com/p/alatan-jahitan.html
the tools of the trade-alat-alat jahitan
T H U R S D A Y , F E B R U A R Y 4 , 2 0 1 0
The Tools of The Trade - Alat alat Jahitan
Saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan mengenai alat-alat jahitan
yang perlu ada untuk menjahit. Oleh itu, saya terpanggil (cewahh..) untuk buat
entry mengenai perkara ini.
Peralatan yang saya paparkan di sini adalah berdasarkan apa yang saya guna atau
yang saya tahu. Terdapat banyak lagi alatan lain yang saya sendiri tak tahu macam
mana nak guna. Cikgu KH masa tingkatan 3 dulu pun tak pernah ajar pun. Oh
mungkin juga masa dulu alatan itu belum wujud.
Cikgu Kama sendiri pun hanya menggunakan peralatan2 asas yang boleh didapati
dalam "Grandma's sewing box" ekekeke..
Ok. Cikgu Kama ialah emak saya. Beliau merupakan guru ERT (ex, sebab sekarang
dah pencen) dan beliau tidak pernah mengajar ERT di sekolah saya sebab beliau
mengajar sekolah lain. Okey..sebelum saya melalut ke laut, kita kembali ke tajuk
asal..
Alat-Alat Jahitan
Ini adalah gunting2 yang saya gunakan. Yang besar tu untuk menggunting kain sahaja.
Yang kecik di tengah tu untuk potong benang atau digunakan semasa menjahit sulam tangan.
Gunting warna hijau tu untuk memotong kertas.
Satu hari nanti saya nak ambik pinjam gunting Singer Cikgu Kama yang besar, berat dan bersinar dan juga mahal itu untuk dimasukkan dalam koleksi gunting saya.
Pita pengukur atau measuring tape boleh didapati dalam ukur imperial (inci) dan matriks (cm).
Yang warna biru to retractable tapi dah rosak sebab anak2 suka main tarik2 pastu tekan kat tengah tu dia gulung sendiri.
Ini merupakan alatan2 yang digunakan melakar pola (pattern) dan menanda basi jahitan (seamline).
Kapur tu saya jarang guna. Saya suka guna pensil warna merah dan biru. Safiya pun suka guna pensil tu untuk conteng-conteng *sigh* Pen yang berwarna purple dan biru muda tu saya suka guna juga.
Yang berwarna purple tu -Air Erasable manakala yang berwarna biru tu - Water Erasable.
Bila kita guna pen ini untuk membuat lakaran, dakwat dari air erasable lebih cepat hilang berbanding water erasable. Dakwat dari water erasable pen akan hilang bila
kita semburkan air padanya.
Oh ini adalah favourite saya.
Penetas jahitan( Seam Ripper / Seam Unpicker) ini digunakan untuk membuka jahitan atau membuat lubang butang.
Jarum untuk jahitan tangan.Ada bermacam jenis. Gunalah ikut kesesuaian. Contoh, jarum yang panjang dan nipis macam kat tengah di antara 3 jarum tu digunakan untuk menjahit manik. Jarum Milliners pula selalunya digunakan untuk
sulaman benang khasnya untuk menjahit bullion.
Needle Threader pula digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Saya beli yang banyak dan murah. Beli kat Mydin aje. Tapi jenis ni memang cepat
rosak.
Ada macam-macam bentuk jarum peniti ni.
Saya suka guna jarum peniti yang panjang dan ada kepala warna warni tu. Gunalah jarum peniti yang tajam supaya tidak merosakkan fabrik.
Pembaris
Pembaris sesiku L dan pembentuk digunakan untuk membuat pola (pattern) baju. Saya guna pembaris pembentuk tu untuk buat bentuk curve pada bahagian bawah
baju kurung pahang atau baju kurung pesak gantung.
pola baju.
Tracing Wheel & Thimble
Ok. Ini adalah alat-alat yang saya tak pernah guna dan juga tak tahu namanya dalam bahasa melayu.
Tracing wheel digunakan bersama tracing paper.
Thimble tu digunakan semasa jahit tangan di mana ianya untuk menekan jarum dan lebih relevan digunakan semasa hand basting masa buat quilt.(saya rasa lah, kalau
salah tolong betulkan ye :)
Benang juga ada bermacam jenis dan kegunaan.
Macam gambar kat atas ni ada benang cotton, polyester, rayon, benang getah(elastic thread) dan benang untuk jahit tepi.
Tapi jika anda baru mula nak menjahit. beli saja benang biasa tu, jenis spun polyester.
Ini pula adalah benang yang digunakan untuk sulaman tangan dan cross-stitch. Benang yang bersusun dalam bekas tu, saya buat sendiri tempat lilit benang tu
hehe..
ala..potong kertas keras aje, pastu lilit benang.
Ram yang digunakan untuk meregangkan kain semasa sulaman tangan, sulaman riben dll.
Ada ram dari kayu, plastik dan getah.
Gambar di atas menunjukkan ram plastik dan kayu.
Jarum yang digunakan untuk sulaman riben dan penebuk kain untuk memudahkan jahitan sulaman riben.
Selain daripada mesin jahit dan juga seterika dan ironing board, senarai di atas adalah alat-alat jahitan asas.
Alatan yang tidak tersenarai di atas, pada saya adalah lebih kepada 'gadget', di mana kalau kita memilikinya, ianya banyak membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja.
Oh ya, ada satu lagi benda yang penting - buku nota untuk mencatat nota, ukuran atau untuk conteng-conteng.
Sekian sajalah untuk entry kali ni.