Gejala sosial
Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak sopan, tidak baik,
bertentangan dengan budaya tempatan dan menjatuhkan imej pelajar bagai mencalar muka dengan arang.Antara kelakuan negatif itu melibatkan ponteng sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media massa telah menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka sehingga pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan pandangan mereka tentang perkara ini. Jadi, mengapakah apakah gejala ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?
Gejala ponteng sekolah bukan sahaja menular di kawasan bandar tetapi meliputi juga pelajar luar bandar.Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang dengan melepak di sesuatu tempat tanpa memberitahu keluarga mereka. Biasanya, pelajar sebegini akan berpura-pura pergi ke sekolah tetapi melencong kemudiannya. Pakaian sekolah akan ditukar dengan pakaian biasa ketika mereka
melakukan gejala yang memalukan ini. Tindakan bijak mereka ini mampu mengaburi mata ibu bapa untuk mengesan kelakuan tidak baik mereka bagai menjaga intan dicanai.
Selain itu, vandalisme yakni sikap suka memusnahkan sesuatu juga menjadi satu masalah yang besar dalam kehidupan pelajar kini.Pelajar suka merosakkan kemudahan-kemudahan awam sekolah seperti meja tulis, papan kenyataan dan juga kemudahan tandas. Tindakan ini telah menyusahkan pihak sekolah kerana kos untuk menggantikan semua kemudahan ini agak mahal juga. Pada masa yang sama, kemusnahan kemudahan awam ini turut menyusahkan pelajar lain untuk menggunakannya pula.
Dalam usaha menangani masalah ini, pihak ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dengan mendisiplinkan anak mereka seperti sayangkan anak tangan tangankan, sayangkan isteri ingat ingatkan.Sikap memahami dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku dalam jiwa anak mereka amat penting supaya ibu bapa boleh memberi nasihat serta teguran yang
membina.Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah juga penting supaya semua masalah anak mereka di sekolah dapat dipantau dengan lebih efektif lagi.
Manakala, pihak masyarakat pula boleh menghulurkan bantuan dengan membuat laporan sebarang aktiviti yang mencurigakan daripada pelajar sekolah ini.Masyarakat boleh memerhatikan pelajar yang bermasalah ini dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Keprihatinan masyarakat ini turut memberi amaran kepada pelajar agar lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu tindakan buruk kerana tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh masyarakat juga kerana budi yang baik dikenang sampai mati.
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati.Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu
PERENGGAN ISI:Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan
menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti.Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri.Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka?Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.
Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk
mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka.Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.
Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara.Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta".Sebagai rakyat yang
mempunyai semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.
Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah memanfaatkan penggunaan Internet.Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi
membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu.Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia.
Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga.
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali.Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar.Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel.Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong?Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam.Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan.Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka.Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka.Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka.Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang
minimum.Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki
pengangkutan awam.Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri.Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita.Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum.Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat
membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau.Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga.Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka.Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga.Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah.Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa-apa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa.Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan.Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi
kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang
cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.
KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar.Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut.Walau
bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta.Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku?Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan?Tepuk dada tanyalah selera.Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis.Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita.Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas.Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik.Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis.Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”.Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan.Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
CIRI-CIRI PUSAT PENGAJIAN TINGGI IMPIAN SAYA
Setiap individu yang bergelar pelajar pastinya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Begitu juga dengan setiap ibu bapa, pastinya mereka menanam aspirasi setinggi gunung untuk melihat anak-anak mereka melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi idaman mereka. Pelbagai pilihan pusat pengajian tinggi yang ada di dalam negara dan di luar negara yang boleh dipilih oleh setiap pelajar. Di Malaysia, terdapat banyak pusat pengajian tinggi, sama ada pusat pengajian awam ataupun swasta yang menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia ialah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi awam yang ada di dalam negara ini. Manakala, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Industri Selangor pula adalah sebahagian daripada pusat pengajian tinggi swasta. Untuk menjejakkan kaki ke pusat-pusat pengajian seperti ini pelajar perlulah menanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni mereka ini. Begitu juga dengan saya. Saya juga ingin menggapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mengikuti kursus yang saya minati. Dalam hal ini, saya mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai ciri-ciri yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang.
Pertama sekali, remaja perlulah mempunyai visi yang jelas tentang bidang yang ingin diceburi pada masa depan dan pilihan universiti oleh seseorang.Pada pendapat saya, saya akan memilih pusat pengajian tinggi yang tersenarai dalam senarai universiti terbaik di seluruh dunia. Hal ini kerana kualiti universiti-universiti tersebut telah dijamin dan diiktiraf oleh seluruh dunia apabila pusat pengajian tinggi tersebut disenaraikan sebagai yang terbaik. Selain itu, saya akan memilih universiti-universiti yang dapat membekalkan peluang kepada siswa-siswa untuk mengembangkan bakat-bakat mereka yang masih belum diketahui dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis pengalaman. Tambahan pula, universiti-universiti yang meyediakan tempat penyelidikan seperti lab sains supaya kita dapat membuat penyelidikan juga akan saya ambil kira dalam pemilihan universiti. Tuntasnya, visi yang jelas akan dapat membantu kita dalam pemilihan universiti.
lebih tahu akan masalah yang dihadapi oleh para siswazah dalam pelajaran . Oleh itu , mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menaikkan prestasi para siswa dalam pelajaran sekali gus dapat mengharumkan nama universiti tersebut . Selain itu , siswa juga mendapat peluang menimba ilmu dengan baik . Mereka mendapat pendidikan daripada pensyarah yang berilmu pengetahuan tinggi dan luas . Pensyarah yang berkaliber sangat penting supaya dapat melahirkan siswa yang berpengetahuan .
Selain itu, prasarana yang lengkap merupakan aspek yang penting bagi institut pengajian tinggi idaman saya. Institut yang ideal sudah tentu perlu menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk menjadi tempat rujukan setiap pelajar dalam sebarang kemuskyilan berkaitan dengan bidang yang dituntuti. Hal ini juga dapat menaikkan semangat saya dan membuatkan diri saya terjamin dalam bidang pelajaran saya. Saya juga menginginkan dewan kuliah yang luas dan berhawa diingin. Hal ini bukan sahaja memberi keselesaan malah menyebabkan kita berasa tidak sesak dan tegang ketika sesi pembelajaran. Para pensyarah pula perlu dilengkapkan dengan set mikrofon supaya sesi pensyarahan dapat didengar dengan baik dan teliti. saya juga berpendapat bahawa tempat kediaman pelajar yang sempurna perlu disediakan. Suasana sekeliling perlulah sentiasa dijaga kebersihannya. Tambahan pula, pengangkutan seperti bas perlulah disediakan oleh institut pengajian tinggi bagi kemudahan pelajar. Oleh itu, institut pengajian tinggi idaman saya perlulah dilengkapi dengan prasarana yang sempurna.
Pada masa yang sama,ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman saya ialah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak pusat pengajian.Kokurikulum didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah dan aktiviti ini boleh mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.Oleh itu, pihak pusat pengajian tinggi,haruslah menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab baharu yang sesuai dengan minat pelajar. Sebagai contoh, kelab fotografi, kelab kebudayaan, kelab permainan badminton dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang dijalankan, para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah malahan dapat memberikan keseronokan kepada pelajar yang menyertainya. Di samping itu, semangat perpaduan juga dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar. Hal ini dapat dilihat di dalam kelab permainan bola sepak. Terdapat pelbagai kaum yang menyertai kelab tersebut dan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, ibarat isi dengan kuku. Oleh itu, pihak pusatpengajian tinggi haruslah menubuhkan aktiviti sampingan kepada pelajar dan aktiviti yang dijalankan pula perlulah dipantau oleh pihak pusat pengajian tinggi dari masa ke masa supaya dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dan serba boleh.
Tentunya, keadaan persekitaran yang indah dan bersih juga amat dititikberatkan oleh para pelajar bagi memastikan keselesaan untuk menimba ilmu. Pada kebiasaannya, hanya persekitaran yang bersih sahaja yang diambil kira oleh kebanyakan institusi pengajian. harus diakui bahawa penanaman pokok dan juga pokok bunga pelbagai jenis memainkan peranan dari aspek psikologi untuk menaikkan semangat para pelajar untuk belajar. Jika keadaan persekitaran yang kosong tanpa ada pokok-pokok yang ditanam di persekitaran institusi pengajian, ia akan membuatkan para pelajar merasa bosan dan mereka akan cuba untuk mencari suasana yang lebih ceria di luar sekali gus kurangnya interaksi antara pelajar-pelajar. Umum mengetahui bahawa pokok-pokok ataupun tumbuhan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Di samping ia dapat menyegarkan otak kita untuk berfikir kerana mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, ia juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan menyegarkan sekaligus memberikan keselesaan kepada para pelajar. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat mewujudkan suasana ceria yang dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan setelah seharian bertungkus lumus untuk memahami topik-topik pembelajaran yang kadangkala membebankan para pelajar. Oleh itu,jelaslah bahawa keadaan persekitaran yang bersih dan menarik juaga amat penting untuk diwujudkan di mana-mana sahaja institusi pengajian bagi membantu menaikkan semangat para pelajar dan mengurangkan tekanan serta memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu.
kriteria-kriteria khusus mengikut pendapat masing-masing. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, tidak kira institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta pada zaman serba canggih ini. Hal ini demikian kerana wujudnya persaingan sengit antara pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di dunia. Sekiranya pelajar ingin menyambung pelajaran, mereka haruslah berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa sehingga memperoleh kejayaan, bak kata pepetah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, saya juga telah membulatkan tekad untuk menyambung pengajian ke universiti terbaik seantero dunia pada abad ini. Kata orang pusat pengajian tempatan juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan universiti di luar negara, bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan kanak kanak
Ibu bapa ialah tonggak sesebuah keluarga. Peranan mereka umpama nakhoda sebuah bahtera
yang sedang merentasi sebuah samudera yang penuh cabaran. Budaya membaca sebagai
penanda aras penting sesebuah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan dan kemajuan
patut bermula dari rumah. Di tangan ibu bapalah asas pembentukan tingkah laku dan tabiat
anak-anak dapat disemai. Peribahasa menyebut bahawa melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan utama bagi memupuk budaya membaca
di rumah. Penentu kejayaan peranan ibu bapa termasuklah keupayaan kepimpinan, kewangan
dan dorongan yang berterusan.
Kepimpinan ibu bapa dalam konteks pemupukan budaya membaca bermaksud proses
mempengaruhi anggota keluarga supaya sentiasa aktiviti pembacaan semasa berada di rumah.
Untuk itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan budaya membaca. Kesedaran itu kemudian dipanjangkan kepada anak-anak
supaya mereka juga memiliki tahap kesedaran yang sama dengan ibu bapa mereka.
Kesedaran tentang budaya membaca dizahirkan menerusi minat ibu bapa terhadap bahan
bacaan menerusi percakapan dan juga perbuatan. Pendek kata, kesedaran ibu bapa adalah
asas pemupukan budaya membaca di rumah.
Cogan kata 'kepimpinan menerusi teladan' sudah biasa kita baca dan dengar. Sebagai
pemimpin keluarga, ibu bapa ialah suri teladan terdekat kepada anak-anak. Ibu bapa dan
anak-anak bukan sahaja memiliki hubungan biologi yang jelas, bahkan sebahagian besar
pembawaan dan tabiat ibu bapa turut diwarisi oleh anak-anak. Peranan ibu bapa dalam proses
pemupukan budaya membaca ialah pengukuhan pengaruh positif secara konsisten. Ibu bapa
bukan hanya menggesa anak-anak supaya membaca, sebaliknya mereka sendiri menunjukkan
teladan amalan membaca yang ketara.
seperti siaran radio dan televisyen dihentikan. Peruntukan waktu senyap di rumah akan
membuka laluan supaya tabiat membaca berkembang dan menjadi kebiasaan di rumah.
Ibu bapa juga mesti meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkunjung ke
perpustakaan awam yang berdekatan. Misalnya, pada pada hujung minggu, selepas sarapan
pagi, seisi keluarga bergerak menuju perpustakaan dan berada di sana mungkin dalam tempoh
satu atau dua jam. Ibu bapa harus menemani anak-anak yang masih kecil untuk memberi
galakan ke arah pengukuhan tabiat membaca yang didambakan. Ibu bapa juga boleh
membantu anak-anak untuk memahami bahan bacaan pilihan masing-masing. Ibu bapa mesti
sanggup menurunkan tahap komunikasi supaya setara dengan anak-anak supaya aktiviti
pembacaan tidak bersifat beban yang berat atau membosankan. Kunjungan ke perpustakaan
awam hendaklah dijadualkan, manakala anak-anak diberi pengukuhan supaya memiliki tahap
kesediaan yang tinggi untuk terus bersama mereka ke perpustakaan awam.
Belanjawan keluarga memang perlu dirancang dengan berhemah bagi memenuhi semua
keperluan, walaupun pendapatan ibu bapa mungkin tidak sebanyak mana. Di samping
melangsaikan segala perbelanjaan asas rumah tangga, peruntukan untuk membeli bahan
bacaan harus ada walaupun sedikit Misalnya, setiap orang anak dihadiahkan senaskhah buku
setiap bulan. Kini, buku dan bacaan bacaan yang bermutu tidak hanya dijual di toko buku
yang besar, bahkan di gerai pasar malam dan pasar tani, terutama buku terpakai yang masih
baharu. Penerbit buku juga mungkin mengadakan pameran buku bergerak dengan tawaran
potongan harga yang menarik. Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang bersesuaian
sambil dapat berjimat.
Kegiatan bacaan di rumah juga menjadi lebih selesa jika terdapat suasana fizikal rumah
yang sesuai. Ibu bapa boleh mengatur susunan perabot yang menyokong aktiviti pembacaan.
Ruang tamu tidak hanya dipenuhi dengan rak cakera padat hiburan, tetapi didominasi oleh
bacaan bacaan yang menarik. Berdekatan dengan set televisyen juga tertera slogan seperti
'baca buku dahulu, kemudian baharu menonton'. Minda seisi keluarga sudah dibiasakan
dengan keutamaan amalan membaca. Disiplin dalam pembacaan juga diterapkan dalam
kalangan anak-anak. Seisi keluarga menghormati tempoh waktu membaca tanpa sesiapa pun
yang cuba membuat kecoh. Tiada sebarang bacaan yang dibiarkan berselerak usai aktiviti
membaca. Pendek kata, ibu bapa berperanan besar dalam menyediakan suasana membaca di
rumah.
Di negara maju seperti Jepun dan Jerman terdapat pasar raya buku yang khusus. Di
Malaysia, walaupun gedung besar seumpama itu belum wujud, sekurang-kurang terdapat
kedai buku di lot kedai atau pasar raya utama. Ibu bapa boleh memainkan peranan memupuk
budaya membaca di rumah dengan mengajak anak-anak mengunjungi premis kedai buku
yang berkenaan. Kunjungan ke kedai buku bukan bererti untuk membuat belian bahan bahan
bacaan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya ibu bapa menetapkan senaskhah buku bagi
setiap orang anak. Tujuan sampingan ke kedai buku adalah untuk membuat tinjuan judul
buku terkini. Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak supaya merujuk buku-buku yang
berharga mahal di perpustakaan sahaja.
lisan dan hadiah yang munasabah Pujian yang dihamburkan oleh ibu bapa hendaklah
dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati. Bahasa mesra yang digunakan
untuk menggalakkan anak-anak untuk terus membaca bakal menyumbang terhadap proses
pemupukan budaya membaca di rumah.
Aktiviti pembacaan yang sihat tidak berakhir dengan begitu sahaja tanpa sebarang
susulan yang konkrit. Ibu bapa berperanan untuk memastikan bahawa setiap sesi pembacaan
seisi keluarga memberi manfaat yang berpanjangan. Caranya adalah dengan melakukan
perbincangan ringan tentang perkara yang dibaca. Ibu bapa dan anak-anak saling bersoal
jawab tentang pengalaman pembacaan yang telah dilalui. Input bacaan dikongsi bersama
dalam bentuk aplikasi alam nyata. Anak-anak juga diberi peluang meluahkan pendapat
samada setuju atau membantah saranan yang ditemui dalam bahan bacaan masing-masing.
Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah begitu
menyumbang terhadap pembinaan sebuah masyarakat yang mencintai ilmu dan kemajuan
dalam segala bidang. Ibu bapa bukan sekadar memainkan peranan yang pasif dengan hanya
tahu menyuruh anak-anak membaca, sebaliknya mempamerkan contoh teladan yang terbaik.
Amalan membaca bukan suatu pilihan, tetapi ialah suatu kewajipan sebagaimana yang
disarankan lewat surah al-Alaq. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin keluarga untuk
menyemarakkan amalan membaca di rumah tidak boleh dibuat secara sambil lewa. Peranan
ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah sebenarnya sangat kritikal.
Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi
yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.
Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.
Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran
delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan
Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.