• Tidak ada hasil yang ditemukan

RINDU AYAH. merindukan ayah, ayah amat bererti dalam kehidupanku selain ibuku. Ayah tidak penah lelah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RINDU AYAH. merindukan ayah, ayah amat bererti dalam kehidupanku selain ibuku. Ayah tidak penah lelah"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

RINDU AYAH

Ya Allah, aku amat merindukan seorang yang menjadi tulang belakang keluargaku, Ayah. Aku merindukan ayah, ayah amat bererti dalam kehidupanku selain ibuku. Ayah tidak penah lelah melayan kerenah anaknya. Ayahlah orang yang pertama risaukan kesihatan anaknya. Ayahlah segalanya. Semenjak engkau memanggil namanya untuk kembali pada- Mu, aku berasa separuh nyawaku sudah hilang. Kini tidak ada lagi seseorang yang boleh dipanggil Ayah, hanya tersisa ibu, aku dan adikku.

***

Namanya dipanggil oleh mama tetapi tidak didengari oleh Alisya, mungkin juga sengaja Alisya tidak mendengarinya. Dengan lenggok jarinya yang lincah menekan papan kekunci laptop sedang bermain game online, wajahnya yang serius menatap skrin monitor tidak tercuit sedikit dengan panggilan demi panggilan dari ibunya sehingga ibu mencuit bahunya menyuruhnya bersiap untuk keluar makan malam bersama jiran lamanya yang dahulunya mereka tinggal di Kuala Lumpur. “Akak tak mahu pergi. Mama, Ayah dan adik sahajalah pergi.” Alisya kembali menumpukan permainannya.

“Tak elok macam tu kakak. Cik Ani dengan keluarga dia datang sini mahu makan malam dengan kita. Hormatkan tetamu yang datang. Sebentar sahaja pun,”

“Ala, bukan penting pun sekiranya akak pergi. Mama pergi sahaja. Akak boleh tinggal di rumah.” Kerutan dahi Alisya semakin kelihatan kerana konsentrasinya sudah lari kerana Mama sedang bercakap disebelahnya.”

“Tolonglah dengar cakap mama, kakak. Mama tidak masak untuk malam ini jadi kita makanlah di luar bersama mereka. Kakak tak mahu ke berjumpa dengan Sara? Kawan sepermainan kakak dahulu. Kita keluar sekejap sahaja ya sayang.” Mama masih lagi memujuk Alisya dengan kata-kata yang lembut walaupun kesabarannya semakin menipis.

(2)

Alisya seorang anak sulung yang terlalu degil untuk mendengar kata. Kehidupan mereka yang mewah melahirkan Alisya menjadi seorang yang tidak mengenal erti susah dan mementingkan dirinya sendiri. Alisya juga seorang pelajar di sebuah universiti di Bangi dan sedang mempelajari dalam bidang Sains Komputer dimana kerjanya lebih banyak menciptakan software dan memprogram komputer jadi tidak peliklah jika melihatnya menghadap komputer sepanjang hari. Kelebihan Alisya ini mudah dan senang untuk membantu Ayah dalam menguruskan serba sedikit urusan syarikat mereka.

“Mama, akak dah cakap akak tak mahu pergi. Akak mahu selesaikan assignment akak sekejap lagi. Mama pergi sahaja.” Ketukan jari-jemarinya di papan kekunci semakin kuat kedengaran malah tangan yang mengawal tetikus juga kelihatan semakin kasar rentaknya. Bahang amarahnya mula terasa tetapi mama masih lagi cuba memujuk dengan mengeluarkan baju yang perlu untuk dipakai oleh Alisya.

“Kakak, kita keluar sekejap sahaja. Balik nanti boleh siapkan assignment tu, tak eloklah kalau Mama, Ayah dan adik sahaja yang pergi. Apa pula kata mereka nanti?” "kakak ikut ya." kata mama.

“Akak sudah berkali-kali kata akak tak mahu ikut pergi makan. Sekejap atau lama ke? Akak tetap tidak mahu ikut!” Alisya tidak menyedari nadanya agak meninggi ketika berbicara dengan Mama. Hati Mama terguris dengan sikap anak sulungnya tapi dia masih lagi memujuk rasa hatinya itu. Dengan wajah yang sugul, Mama keluar dari bilik Alisya. Alisya masih lagi kusyuk bermain komputer ribanya. Tidak sedikit pun hatinya teesentuh akan rasa bersalah dan berdosa kepada Mama.

***

Alisya juga sememangnya seorang yang mudah marah sekiranya orang mengganggunya bermain komputer walaupun orang itu adalah ibu bapanya sendiri. Adik lagi lah tidak perlu lagi dikatakan, kerana dia begitu arif sekali dengan sikap kakaknya yang terlalu keras hati dan degil malah dia juga tahu kakaknya begitu liat sekali mahu keluar dari rumah akibat ketagihan bermain permainan online.

(3)

Itulah satu keburukan yang terdapat pada seorang pemain komputer apabila dia terlalu cenderung bermain permainan online kerana mereka lebih banyak memberikan sifat negatif kepada para-para permain seperti Alisya salah satunya Dota dan Hon iaitu game yang kebanyakkannya lelaki bermain dimana mempunyai dua kumpulan yang berlainan mempunyai lima orang setiap kumpulan perlu bertarung sehingga mereka dapat menghancurkan kerajaan kumpulan lain. Dalam permainan ini memerlukan kerjasama antara permain yang lain kerana tanpa kerjasama mereka tidak akan menang. Secara kebiasaannya, permainan ini mengambil masa selama tiga puluh minit untuk menghabiskan satu permainan. Maka apabila Alisya bermain permainan tersebut, Alisya tidak boleh meninggalkan permainan apabila dia sedang bermain kerana akan menjejaskan stat permainan tersebut iaitu catatan rekod permainan, sikapnya secara spontan akan menjadi kasar dan tidak beradab. Atas sebab kecenderungannya terhadap melakukan sesuatu. Seperti orang mengejutkan kita yang baru sahaja mahu melelapkan mata, kita akan berasa marah.

****

Alisya kembali bermain permainannya dengan penuh konsentrasi tetapi Ayah pula menegurnya. “Kakak pergi bersiap sekarang. Kita keluar makan dengan keluarga Cik Ani. Sekarang.”

“Akak tak nak pergi. Akak sudah beritahu mama, akak tak mahu ikut. Biar akak tinggal dirumah.” “Jangan degil sangat akak. Pergi bersiap sekarang atau ayah tutup modemn internet. Jangan buat ayah marah.” Dengan lantang ayah bersuara menandakan dia akan marah bila-bila masa sahaja lagi. Dila masih tidak mempedulikan arahan ayah.

“Fikir sikit awak bukan budak-budak lagi nak kena marah untuk di suruh buat itu ini. Ayah ulang lagi jangan sampai ayah marah, memang semua tak dapat nanti.” Ayah bercekak pinggang di sebelah Alisya, membuatkan Alisya berasa tidak selesa dan rimas.

“Bencilah begini. Tolong jangan paksa orang boleh tak? Alisya dah cakap kan nak buat assignment, ayah mama pergilah keluar makan.” Alisya menjeling ke arah ayah. Ayah menahan sabarnya sebanyak yang boleh takut lain jadinya nanti.

(4)

“Assignment apa benda ini? Jangan nak menipu ayah. Bersiap sekarang!” meja belajar Alisya ditepuk kuat membuatkan Alisya meradang. Alisya menghempas tetikusnya dan bangun dari kerusi.

“Kenapa degil sangat, Alisya? Tak pernah nak hormatkan orang lain. Ikutkan kepala kau sendiri sahaja. Jangan nak mengada, cepat pergi bersiap!” ayah keluar dari bilik dan menutup pintu. Alisya melabuhkan punggungnya semula dan sambung main permainannya.

Beberapa minit selepas itu, ayah masuk semula ke bilik Alisya dan terus sahaja memarahi Alisya. “Orang dah cakap tak mahu pergi. Jangan paksa orang!” tinggi suara Alisya bercakap bersama ayahnya.

“Prang!” ayah merampas dan menghempas komputer riba milik Alisya ketika Alisya kusyuk bermain. Alisya terpempan. Berderai komputer ribanya didepan mata.

“Ayah!!” “Pang!”

Pantas sahaja tangan ayah menampar Alisya. Alisya terdiam, matanya merah bak biji saga menahan marah dan kesakitan pipinya ditampar oleh ayah. Tiada laptop ibarat separuh nyawanya hilang. Kerja yang di buat oleh Alisya hapus begitu sahaja kerana ayah baru sahaja menghempas laptopnya. Alisya mengepal penumbuk. Menahan amarah.

“Kau kenapa kurang ajar sangat dengan ayah. Hantu sangat dengan game itu apa faedahnya? Ayah suruh kau keluar makan punya payah, bukan suruh buat kerja lain.”

Menggigil tangan ayah kerana selama ini dia tidak pernah sedikit pun menjentik anaknya. “Bagus ayah, memang bagus sangat ayah menghancurkan laptop akak! Ayah memang membuatkan akak benci ayah! Esok akak kena present tiga buah projek dan sekarang ayah sudah pun menghancurkannya. Memang kejam, ayah! Akak gagal semesta ini, akak memang salahkan ayah. Memang akak salahkan ayah 100%! Akak benci ayah!” dengan amarah juga Alisya membuat perkara yang lebih teruk dengan membaling alat pendengaran yang dia sedang gunakan ke lantai. Alat pendengarannya terus berkecai membikinkan ayah semakin meradang.

(5)

Mencerlung pandangan ayah menembusi wajah Alisya. Tubuh Alisya menggigil menahan amarah ya amat. Ayah mengutip alat telinga yang telah berkecai dan menunjuk pada Alisya.

“Alisya! Kau tahu tak berapa harga ayah belikan kau alat telinga ini? Tahu tak?! Satu alat telinga RM4000, lebih mahal dari laptop yang kau agung-agungkan sangat. Aku bagi kau alat telinga supaya kau boleh dengar seperti orang lain. Bantu diri kau sendiri. Tergamak kau buat ayah seperti ini Alisya.”

“Yang pergi hempas laptop orang fasal apa? Orang dah cakap tak nak pergi tak nak pergilah! Jangan nak paksa orang. Pedulilah alat telinga itu. Orang gagal semesta ini memang orang salahkan diri ayah!” Alisya membaling segala barang didepan matanya. Sehinggakan dia mengatakan sesuatu yang begitu teruk sekali menyebabkan ayah menumbuk dan membelasahi Alisya. Alisya membalas dengan menumbuk ayah. Berlubang pintu bilik Alisya ditumbuk oleh ayah.

“Ayah memang jahat! akak benci ayah! akak benci!” Alisya terjelepok diatas katil. Dirinya yang sakit dan cedera dibelasah ayah tidak dihiraukan. Tangannya menggenggam kuat cadar katil sambil menjerit sekuat hatinya. Air mata yang mengalir deras tidak dihiraukannya.

“Kau memang kurang ajar, Alisya. Ayah tak ada anak seperti kau. Kau tak pernah langsung hormatkan ayah sebagai ayah kau. Ayah bagi kau kesenangan supaya kau boleh belajar dengan baik, ayah beri kau segalanya yang kau nak. Ini yang kau balas pada ayah?” Ayah menghempas dan membaling kerusi yang diduduki Alisya sebentar tadi ke pintu. Menyebabkan kerusi Alisya patah dek dibaling oleh ayah tadi.

“Ayah lebih teruk dari orang. Orang memang benci ayah selama ini! Senang apa ayah cakap? Ayah lebihkan adik berbanding orang!” amarah Alisya tidak surut jauh sekali rasa berdosanya terhadap ayah. Alisya membaling bantal dan apa sahaja yang tercapai dek tangannya kearah ayah.

Ayah semakin hilang sabar dengan sikap kurang ajar kau Alisya, ayah membaling bantal kearah Alisya dan menumbuk Alisya sekali lagi. Alisya membalas dengan sekuat hatinya. Melepaskan amarahnya yang terbendung dalam lubuk hatinya.

(6)

“Memang orang kurang ajar, sebab ayah lagi kurang ajar!”

Ayah tergamam mendengar kata-kata Alisya. Terlalu menusuk hati tuanya, dia tidak sangka anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh dipijaknya sebegitu mudah. Dibiarkan sahaja Alisya menangis di tepi katil tanpa sebarang pujukan. Kenapa perlu dia yang memujuk? Anak itu perlu diajar.

“Ayah tak sangka kakak jadi seorang yang kurang ajar seperti ini. Kakak langsung tak pandai bersyukur dengan apa yang kakak ada sekarang. Tunggu ayah mati baru kakak tahu apa nasib kakak. Ingat! Kakak tidak akan senang pada masa akan datang sekiranya sikap seperti ini tidak diubah.” Ayah berlalu menuju kebiliknya dengan wajah yang keruh.

Alisya bangun dari katil dan mengambil komputer ribanya yang telah rosak di lantai. Dia mencuba menghidupkan komputer riba tersebut namun hampa. “Apa aku nak buat? Esok ada pembentangan. Sampai hati ayah mencampak laptop kakak. Sampai hati ayah.” Alisya menangis semakin kuat sambil memeluk laptopnya dan dibawa ke atas katil sehingga tertidur dalam tangisannya.

Jatuhnya airmata seorang ayah, berdosa besarlah anak itu terhadapnya. Ayah mencuba menenteramkan hatinya. Hati tuanya begitu sedih akan sikap anak sulungnya itu namun kasih sayangnya pada anak itu tidak pernah langsung pudar. Setelah beberapa jam kemudian, ayah membuka pintu bilik Alisya. Terlihat Alisya sedang tidur disamping airmatanya masih basah di pipi. Dia tahu anak itu begitu degil dan sukar dibentuk ekoran terlalu dimanjakannya dahulu. Ayah menghampiri Alisya dan menarik laptop yang berada di dalam dakapan Alisya dan letak di atas meja solek. Hati tuanya semakin sedih melihat keadaan Alisya dengan lebam dan bengkak serta sedikit cedera di segenap tubuhnya. Kesakitan yang dialami oleh anaknya sudah cukup sakit hatinya melihat anak itu. Dengan perlahan dia mengejutkan anaknya bangun dari tidur.

“Kakak, bangun. Sudah hampir maghrib.” Disentuh kaki anaknya itu secara perlahan supaya tidak mengejutkan Alisya secara mendadak. Alisya tersedar dari tidurnya, terlihat ayah berada di hujung kakinya. Dia mencuba untuk bangun, dengan kudrat yang ada Alisya menahan kesakitan itu dengan tangisan yang halus.

(7)

Ayah melabuhkan punggungnya disebelah Alisya sambil mengusap belakang Alisya.

“Kakak pergi mandi, kita pergi kedai komputer. Ayah belikan komputer baru untuk kakak. Kemudian boleh buat tugasan kakak.” Kakak yang mendengarinya hanya akur. Tidak berdaya lagi mahu mengeluarkan kata-kata kerana kesakitan yang tiba sahaja mencucuk segenap tubuhnya. Selesai mandi, Alisya tunggu di bilik sehingga ayah memanggilnya keluar dan mereka pergi ke kedai komputer di pekan. Sepanjang pembelian di kedai, Alisya hanya mendiamkan diri dan hanya membalas dengan isyarat kepalanya sahaja.

“Kakak mahu yang mana? Pilihlah, ayah tak tahu kakak perlukan yang mana untuk kakak.” Ayah cuba membawa Alisya kearah perbualan namun hampa. Alisya lebih banyak mendiamkan diri. Ayah menyuruh Hong iaitu tauke di kedai tersebut untuk melihat sama ada komputer lama Alisya boleh diperbaiki kerana dia mahukan kerja anaknya yang berada didalam itu boleh diselamatkan lagi. Namun hampa juga. Kerana harddisk dan motherboard komputer sudah rosak dan retak. Alisya yang mendengarinya hanya menahan genangan airmata dari jatuh. Kerana dia sudah tahu dia takkan mampu membuat pembentangan keesokkan harinya. Ayah menjadi tidak tentu arah kerana fail didalam komputer lama Alisya sudah tidak dapat diperbaiki.

Selesai sahaja pembelian komputer riba baru itu, mereka pulang kerumah. Mama dan adik baru sahaja pulang dan membawa bungkusan makanan dari kedai yang mereka makan bersama keluarga Cik Ani. Ayah dan Alisya makan bersama ditemani suara televisyen. Mama dan adik tidak berani bertanya ayah dan Alisya ketika itu kerana mereka memahami keadaan ayah dan Alisya agak dingin. Selesai sahaja makan malam bersama, ayah membantu kakak membuka komputer riba barunya itu.

“Kakak buat kerja dulu yang mana boleh. Esok ayah datang universiti jumpa pensyarah kakak ya?” tangan ayah sibuk melekatkan cover komputer riba sambil bercakap dengan kakak.Alisya lebih banyak membalas dengan anggukan.

(8)

Malam semakin larut, Alisya sibuk membuat tugasannya untuk dihantarkan esok. Walaupun dia tidak dapat menyiapkan pembentangan, Alisya mencuba sedaya yang boleh supaya dia mendapat sedikit markah dari tugasan yang tidak seberapa lengkap akibat dia tidak mempunyai software yang digunakan untuk membuat projeknya.

Ketika Alisya merenggangkan tubuhnya, dia memusing belakang melihat ayah telah pun terlelap di atas katilnya. Hatinya tersentuh, disitu jugalah terbitnya rasa berdosa ya amat akibat sikapnya selama ini. Apatah lagi kata-katanya siang tadi. Alisya ingin mengejutkan ayah untuk meminta maaf namun egonya dia membatalkan niatnya sehinggalah paginya dia mengejutkan ayah bangun untuk solat Subuh.

“Ayah, bangun. Subuh sudah masuk.” Kakak menggerakkan ayah dengan menyentuh lembut bahu ayah. Ayah mencelikkan matanya dan memandang kakak.

“Kakak tak tidur lagi? Sudah siap tugasan kakak?” ayah kelihatan terpinga-pinga, Alisya hanya sempat memberikan anggukan.

“Dah. Ayah tak perlu risau. Ada beberapa lagi akak tak boleh siapkan sebab akak tiada software. Tapi tak mengapa, di kelas nanti akak beritahu pensyarah.” Ayah hanya mengangguk selepas mendengar kata Alisya dan bangun berlalu ke biliknya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam namun sebelum sempat melangkah, Alisya mengatakan sesuatu.

“Ayah, kakak minta maaf dengan sikap kurang ajar kakak tadi. Maafkan akak sebab menuturkan kata-kata yang melukakan hati ayah.” Ayah merenung wajah kakak yang mendung. Terlihat sinar keinsafan dimata anaknya itu. Ayah menepuk bahu anaknya dengan.lembut dan berhati-hati. “Ayah selalu maafkan kakak. Tidak mengapa, kakak anak ayah, ayah faham anak ayah walaupun degil dia masih lagi tahu bagaimana perasaan ayah sekarang. Maafkan ayah juga.”

“Akak benar-benar minta maaf pada ayah. Akak janji akak tidak akan melawan cakap ayah dan mama. Maafkan akak, ayah. Akak tak pernah bencikan ayah. Akak sahaja yang bodoh tidak faham keadaan ayah dan tidak pernah bersyukur. Akak janji akak akan berubah,” diciumnya tangan ayah berkali-kali. Betapa berdosanya dirinya terhadap ayah.

(9)

Ayah mengusap rambut Alisya, dan memeluk anak kesayangannya itu dengan erat. Alisya yang sedang teresak-esak menangis, lebih kuat lagi tangisannya apabila mendengari ayahnya mengatakan dia benar sayangkan anaknya dan mengharapkan anaknya menyayanginya dan menghormatinya.

“Kakak pergi tidur sekejap. Sebentar lagi perlu pergi ke kelas, kan? Tidur dulu, nanti mengantuk pula ketika memandu. Ayah kejutkan kakak bangun sekejap lagi.” Ayah memimpin Alisya ke katil. Alisya akur dan melelapkan dirinya sebentar. Jauh disudut hatinya, dia berasa lega kerana dia dapat memohon maaf pada ayah. Ayah juga berniat dia tidak akan menyakiti hati anaknya apatah lagi tubuh anaknya. Dia akan cuba mengubah sikap barannya dan lebih banyak bersabar. ***

Tetapi itu semua berlaku dua tahun yang lepas sebelum kematian ayah. Ayah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya dan keadaannya amat teruk sehingga tidak dapat diselamatkan lagi. Keadaan ayah teruk kerana tulang rusuk sebelah kirinya patah dan ada pendarahan di otak. Kakak sedih melihat keadaan ayah ketika itu yang penuh dengan wayar-wayar. Ayah seorang yang hebat, kakak amat sayang akan ayah. Walaupun ayah garang dan selalu marah anak-anaknya kalau tidak mendengar kata tetapi ayah akan memujuk semula. Kakak terkejut mendengar semasa ada orang menelefon mama memberitahu ayah kemalangan. Adik dan kakak terus keluar rumah dengan memandu kereta untuk bawa ayah ke hospital kerana waktu ayah kemalangan bantuan tidak lagi sampai.

Ketika kakak sampai disitu kakak terkejut tengok keadaan ayah yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kakak tak boleh fikir waktu tu, kakak hanya nak cepat sampai ke hospital sahaja. Ketika sampai ayah di masukkan ke unit rawatan rapi(icu). Doktor beritahu keadaan ayah teruk dan hanya tunggu tindak balas sahaja dari ayah kalau tiada Doktor tak boleh jalankan pembedahan. Sehingga dua pagi kakak, adik, mama dan sepupu menunggu tetapi hampa dan ayah di pindahkan di wad biasa.

“Ayah, kakak sayang ayah, ayah bangunlah”. Ayah hanya mendengar tetapi ayah tidak boleh bercakap kerana ayah koma ketika itu. Kakak bercakap lagi dengan ayah supaya ayah bangun.

(10)

“ Ayah, kakak janji akan dengar cakap ayah kakak tak mahu kehilangan ayah kerana kakak sayang ayah sangat”. Kakak hampa kerana ayah tidak membalas. Sehinggalah mama meredhakan pemergiaan ayah. “Abang, Ros redha abang pergi Ros tak mahu abang terseksa lagi kerana hanya bergantung dengan mesin”. Kata-kata terakhir mama meredhakan ayah dan kedengaran bunyi mesin.

“Tut….tut…tuttttttt”.

Ayah sudah meninggalkan kami sekeluarga. Kata–kata ayah yang terakhir amat menyentuh hati “Ayah juga tidak berniat akan menyakiti hati anaknya apatah lagi tubuh anaknya. Dia akan cuba mengubah sikap barannya dan lebih banyak bersabar.” Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga kakak. “Ya Allah, engkau tempatkan Ayahku di kalangan orang-orang yang beriman.” Kakak sayang ayah sangat-sangat. Tidak ada yang lain boleh menjadi pengganti ayah… KAKAK RINDU AYAH.

Referensi

Dokumen terkait