• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN LEMBAGA KOPERASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN LEMBAGA KOPERASI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anggota Koperasi Tentera yang dikasihi.

Bagi pihak Lembaga Koperasi, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Kewangan Koperasi Tentera, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pada 12 November 2015, dengan bangganya saya ingin memaklumkan bahawa organisasi milik kita ini telah menjangkau usia 55 tahun. Dalam lima setengah dekad yang telah berlalu, Koperasi Tentera telah mengharungi pelbagai ombak dan badai dalam mencapai puncak tertinggi.

Dengan terus berpegang pada janji yang termaktub dalam misi untuk mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi anggotanya, KT terus menongkah arus perubahan persekitaran yang semakin mencabar.

KT tidak akan berundur

dan mengaku kalah

kepada cabaran yang

dihadapi malah akan

terus memperkasakan

iltizam dan wibawa kami

untuk membuktikan nilai

kami kepada anggota

(2)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera (KT) di atas sokongan beliau kepada Koperasi. Penghargaan yang sama saya panjangkan kepada Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua di atas dorongan dan sokongan kepada KT untuk terus bergerak maju sehingga berada di tahap sekarang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin atas pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut dan selanjutnya sebagai Naib Yang Dipertua baru yang menggantikan Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar yang telah bersara. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar sepanjang beliau menjadi Naib Yang Dipertua KT.

2015 TERUS MENGUJI KEUTUHAN KOPERASI TENTERA

Sejarah lima dekad yang lalu menunjukkan bahawa perniagaan KT mampu mengharungi kancah ekonomi makro. Prestasi KT di masa-masa lalu hanya sedikit terjejas oleh perubahan suasana ekonomi dunia mahupun negara. Akan tetapi, senario ini telah berubah apabila pasaran KT kini telah ditembusi oleh institusi perbankan yang menawarkan pelbagai produk perbankan yang menarik kepada anggota KT.

Perkara ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi dan menjadi semakin rancak dalam tahun 2015. Penyelesaian awal oleh anggota melalui institusi kewangan mencecah RM400 juta menyebabkan aset pembiayaan yang merupakan punca pendapatan utama KT menguncup dari RM2.248 bilion pada akhir tahun 2014 ke RM2.182 bilion pada bulan September 2015, sebelum pulih semula menjadi RM2.249 bilion di akhir 2015. Untuk maklumat, dalam tempoh 5 tahun (2011 -2015), KT telah menerima penyelesaian awal ini berjumlah RM1.056 bilion.

Prestasi Kewangan Tahun 2015

Alhamdulillah, pada keseluruhannya, prestasi kewangan 2015 menunjukkan keputusan yang sangat membanggakan. Walaupun didatangi dengan pelbagai cabaran dan persaingan, namun KT berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan secara keseluruhan (selepas mengambil kira kos kewangan) daripada RM218 juta pada tahun 2014 menjadi RM257 juta pada tahun 2015, bertambah hampir 18%. Ini disumbang oleh pulangan daripada penempatan dana secara berhemah (RM17 juta) dan hasil usaha pemulihan pembiayaan terbengkalai yang telah dihapus kira (RM33 juta).

Selaras dengan perkembangan kegiatan perniagaan, perbelanjaan KT telah meningkat sebanyak RM33 juta secara keseluruhannya iaitu daripada RM52.5 juta pada tahun 2014 kepada RM85.5 juta pada tahun 2015. Namun begitu, peningkatan yang tinggi disebabkan oleh pematuhan kepada GP23 – Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi yang mengkehendaki KT membuat peruntukan pembiayaan tak berbayar yang berjumlah RM23 juta.

Dengan kenaikan pendapatan yang memberangsangkan ini dan selepas ditolak perbelanjaan operasi, KT telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebelum cukai berjumlah RM172 juta, meningkat RM7 juta daripada tahun 2014.

(3)

Pembahagian Untung

Setelah mengambil kira pengagihan berkanun mengikut Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) serta berdasarkan lebihan untung boleh agih untuk tahun 2015, Lembaga mencadangkan bayaran dividen 10% iaitu sama dengan pulangan yang telah dibayar pada tahun lepas. Cadangan ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM117 juta. Untuk tahun kewangan 2015, kadar 1% dividen telah meningkat menjadi RM11.7 juta berbanding RM 10.8 juta untuk tahun 2014.

Pulangan kepada Anggota

Seperti tahun-tahun sebelum ini, KT terus membayar pulangan atas simpanan anggota pada kadar 5%. Bagi tahun 2015, sejumlah RM11.2 juta telah dibayar kepada anggota yang menabung bersama KT. Angka ini meningkat sebanyak RM0.9 juta daripada RM10.3 juta yang dibayar pada tahun 2014.

Prestasi Kewangan 10 tahun

Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam beroperasi, KT telah berupaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dan terus memberikan pulangan yang kompetitif untuk anggotanya. Dalam tempoh 10 tahun (2006 - 2015), KT telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM1.6 bilion dan RM910.8 juta telah dipulangkan kepada anggota dalam bentuk bayaran dividen tunai pada kadar purata 12% setahun. Carta di bawah menunjukkan ringkasan prestasi KT sejak 10 tahun lalu:

(4)

KEANGGOTAAN

KT sedar bahawa anggota merupakan nadi penggerak kepada sebuah koperasi. Oleh itu, usaha giat telah dijalankan oleh KT bagi menggalakkan penyertaan anggota berdaftar dengan KT.

Bilangan anggota KT pada akhir Disember 2015 adalah 153,407 orang berbanding 152,091 orang pada akhir 2014, meningkat seramai 1,316 anggota. Ahli lembaga KT beserta seluruh warga kerja KT amat berbesar hati atas sokongan yang telah diberikan oleh anggota.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN Pembiayaan

Tahun 2015 menyaksikan pengeluaran pembiayaan bersih tertinggi dalam sejarah KT iaitu sebanyak RM 842.76 juta. Pengeluaran bersih ini meningkat lebih RM119 juta berbanding tahun 2014, hasil dari usaha gigih pasukan pemasaran dan pembiayaan yang telah dapat melawan arus penyelesaian awal yang juga menunjukkan angka tertinggi pada tahun 2015.

PERTUMBUHAN ASET DAN DANA

Dari segi pertumbuhan aset, usaha-usaha penambahbaikan infrastruktur diberi perhatian utama demi memastikan anggota KT menikmati perkhidmatan yang terbaik. Pelaburan di dalam menaik taraf sistem perbankan merupakan punca utama pertumbuhan aset KT pada tahun 2015.

Ringkasnya, pertumbuhan aset dan pendanaan di KT ialah seperti berikut:

• Aset keseluruhan KT meningkat hampir 2% daripada RM2.912 bilion pada 2014 menjadi RM2.968 bilion pada 2015. Peningkatan ini agak rendah jika dibandingkan dengan peningkatan pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 10.2% atau RM270 juta.

• Aset pembiayaan hanya berkembang sebanyak RM1.54 juta daripada RM2.248 bilion (2014) kepada RM2.249 bilion kesan daripada pelangsaian awal pembiayaan oleh anggota.

• Simpanan anggota meningkat lebih RM15 juta, daripada RM256 juta pada 2014 kepada RM271 juta (2015).

• Kumpulan wang anggota berkembang sebanyak RM98 juta daripada RM1.453 bilion pada 2014 kepada RM1.551 bilion pada 2015.

• Yuran dan syer meningkat menjadi RM1.245 bilion daripada RM1.143 bilion, bertambah RM102 juta dari tahun 2014, membuktikan keyakinan anggota terhadap KT.

PENGELUARAN PEMBIAYAAN BERSIH

2015 2014

RM842.76 juta RM723.64 juta

(5)

Penambahbaikan produk dan perkhidmatan pembiayaan telah menghasilkan peningkatan RM1.54 juta dalam aset pembiayaan walaupun RM400 juta telah mengalir keluar ke institusi kewangan lain yang lebih besar dari KT. Ini merupakan satu pencapaian yang amat kami banggakan dan akan kami teruskan demi memartabatkan KT sebagai pembela kebajikan dan sosio-ekonomi anggota ATM.

Insurans

Insurans merupakan satu produk yang ditawarkan oleh KT bagi tujuan untuk menjaga kebajikan anggota. KT telah menyediakan produk insurans kepada Anggota Tentera Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. KT telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans dan takaful terkemuka di Malaysia dalam melestarikan objektif KT untuk mempertahan dan memperbaiki tahap sosio ekonomi anggotanya. KT bertindak sebagai agen syarikat takaful dengan menawarkan produk insurans yang direka khusus untuk anggota ATM secara keseluruhan, iaitu:

1. SKIM Takaful Berkelompok ATM (STBATM) 2. Skim Medic KT; dan,

3. Skim Takaful Perwira II (TPII)

Seramai lebih 138 ribu anggota menyertai STBATM setakat tahun 2015 dengan memegang lebih 645 ribu unit. Manakala, 26 ribu anggota adalah pemegang polisi Medic KT dan hampir 7 ribu menyertai skim TPII.

Sepanjang tahun 2015, pampasan yang telah dibayar bagi skim-skim STBATM dan Medic KT adalah berjumlah RM18.15 juta dan RM12.48 juta setiap satu.

BAYARAN PAMPASAN SEPANJANG 2015

STBATM Medic KT

RM18.15 juta RM12.48 juta

Skim Takaful Berkelompok ATM merupakan satu skim yang berorientasikan kebajikan kepada anggota. Skim ini menawarkan perlindungan yang komprehensif dengan premium yang amat rendah iaitu RM4.00. Perlindungan yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM20,000 ini meliputi kematian biasa, kematian kemalangan dan kecacatan kekal. Berdasarkan jumlah pampasan yang diterima dan telah dibayar oleh pihak penanggung, premium untuk skim ini mungkin terpaksa disemak semula bagi mengimbangi risiko peserta yang menyertai skim ini. Untuk maklumat, kadar RM4 seunit ini tidak pernah disemak sejak tahun 1996.

Ar Rahnu

Pada tahun 2015, KT telah membuka sebuah lagi cawangan Ar Rahnu di Subang Perdana dalam usaha mengembangkan aktiviti ini. Namun begitu, keadaan ekonomi yang hambar telah melihat harga emas turun ke USD34/gram dari USD52/gram pada awal 2015. Ini memberi impak kepada perniagaan Ar Rahnu secara keseluruhan dan akibatnya pendapatan dari Ar Rahnu KT juga menurun sebanyak RM511 ribu pada tahun 2015, daripada RM3.2 juta pada tahun 2014 kepada RM2.7 juta.

Berdasarkan kepada analisis pasaran, pengurusan KT sedar bahawa perniagaan Ar Rahnu merupakan perniagaan yang malar hijau yang akan terus membawa pendapatan dalam apa jua keadaan ekonomi. Dengan itu, KT akan terus menyediakan perkhidmatan ini dan merancang akan menggabungkan perkhidmatan Ar Rahnu dalam cawangan KT akan datang.

LAPORAN

LEMBAGA KOPERASI

(6)

AKTIVITI PELABURAN

KT amat selektif dalam melakukan pelaburan kerana matlamat pelaburan KT adalah untuk menjana keuntungan yang mampan dan pengekalan modal dengan mengambil kira keseimbangan tahap risiko dan pulangan yang sepadan. Tindakan ini adalah selaras dengan dasar kawalan dalaman dan pengurusan risiko KT.

Setakat 31 Disember 2015, KT telah melaburkan sebanyak RM 92.34 juta ke dalam pelbagai portfolio pelaburan. Pelaburan strategik terbesar KT adalah di dalam Great Eastern Takaful Malaysia Berhad (30% pegangan saham) dan Pacific Mutual Fund Berhad (30% pegangan saham).

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Selain menumpukan perhatian kepada urusan perniagaan, KT tidak mengabaikan tanggungjawab dalam membantu anggota-anggota yang memerlukan bantuan. Setiap tahun, KT memperuntukkan sebanyak RM 2 juta untuk aktiviti kebajikan anggotanya. Pada tahun lepas, setelah berlakunya banjir besar pada penghujung tahun 2014, Lembaga Koperasi telah meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM 1 juta khusus untuk disalurkan kepada anggota yang kehidupan mereka terjejas akibat banjir.

Berikut merupakan ringkasan agihan peruntukan-peruntukan yang telah dibuat sepanjang 2015:

LAPORAN

LEMBAGA KOPERASI

Jenis Tabung Bayaran

(RM) PenerimaBilangan

TABUNG PENDIDIKAN 613,000 2,330

TABUNG DERMA AM 350,289 723

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN 542,000 271

BANTUAN BANJIR 2015 480,900 1,603

JUMLAH BESAR 1,986,189 3,324

(7)

ASAS TRANSFORMASI MULA TERBENTUK

Seperti yang telah dinyatakan tahun lalu, untuk terus memastikan pulangan terbaik untuk anggotanya, KT tiada pilihan melainkan keluar daripada kepompong selesa dan meneroka pasaran baru, luar daripada lingkungan anggota sahaja. Telah juga diperincikan pada tahun lalu, langkah-langkah, inisiatif dan strategi transformasi kepada sebuah koperasi yang lebih dinamik dan mampan.

Sehingga akhir tahun 2015, saya berasa sangat berbesar hati melihat semua usaha transformasi mula direalisasikan. Antaranya ialah penggubalan dasar-dasar tadbir urus korporat, pembangunan infrastruktur, pengolahan semula imej dan jenama serta melatih dan mendapatkan modal insan untuk KT beroperasi dengan lebih cekap kini sudah mula terbentuk, seterusnya mendekatkan lagi KT ke arah permulaan sebuah era baru.

Transformasi ini merupakan persediaan untuk KT berjuang di medan yang lebih luas dan mencabar, yang memerlukan KT menjadi lebih ‘lasak’. Usaha-usaha memperluaskan capaian kepada anggota, melalui saluran-saluran yang lebih canggih serta memanfaatkan teknologi perbankan dalam talian, melalui internet dan kemudahan mudah alih.

Transformasi ini juga bakal memberi peluang kepada KT untuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan kepada anggota, mengembangkan sayap untuk merangkumi produk pembiayaan untuk perniagaan kecil dan sederhana, pembiayaan perumahan, sewa beli dan sebagainya.

Usaha-usaha transformasi yang giat dijalankan ini, kini sudah mula memberi bayangan yang lebih nyata kepada kami, sebagai Anggota Lembaga, dan lebih utama lagi sebagai anggota Koperasi Tentera. Kami berasa sangat bangga melihatkan betapa jauh perjalanan telah KT tempuhi dalam jangka masa 55 tahun sejak ia dibentuk. Kami juga berasa terharu mengenangkan yang kami bukan sahaja membuat perubahan untuk kebaikan dan kebajikan anggota sedia ada, malah bakal mewariskan legasi besar bagi generasi anggota KT di masa akan datang.

PROSPEK 2016

2016 tidak menjanjikan prospek yang cerah. Dalam persekitaran ketidakpastian yang berterusan dan sentimen perniagaan yang berhati-hati, pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan akan lebih perlahan berbanding dengan prestasinya sebelumnya ini.

(8)

Kelembapan ekonomi bererti institusi kewangan di negara kita tidak boleh lagi bergantung kepada badan-badan korporat yang besar dan industri-industri utama seperti industri minyak dan gas semata-mata. Institusi-institusi ini akan mula menerobos ke sektor pasaran runcit, lebih-lebih lagi di kalangan penjawat awam yang menjanjikan pulangan yang lebih stabil. Anggota ATM ialah antara sasaran utama mereka dan pastinya, KT kini terpaksa berhadapan dengan pesaing yang jauh lebih berkemampuan untuk menawarkan produk yang lebih menarik.

Bagi Koperasi Tentera, ini bermakna kami harus bekerja lebih keras untuk terus meyakinkan anggota bahawa KT adalah satu-satunya organisasi yang benar-benar memikirkan tentang kebajikan anggota ATM. Namun, kami menjangkakan tahun 2016 dan 2017 akan menambahkan tekanan kepada KT untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi kerana kami bukan sahaja menerima cabaran luaran (pesaing yang lebih kuat) tetapi juga kami harus meneruskan usaha transformasi yang sangat kompleks.

Yang pastinya, KT tidak akan berundur dan mengaku kalah pada cabaran yang dihadapi malah akan terus memperkasakan iltizam dan wibawa kami untuk membuktikan nilai kami kepada anggota. Janji kami, KT akan tetap memberi pulangan terbaik kepada anggotanya, walau dalam seburuk mana jua situasi.

PENUTUP

Dalam masa lima dekad, KT telah berkembang daripada sebuah koperasi jimat cermat kepada sebuah institusi kewangan bernilai RM2.9 bilion. Saya mewakili Anggota Lembaga Pengarah ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat-Nya di sepanjang perjalanan KT. Tidak dapat dinafikan, kekuatan sebenar kami terletak di atas sokongan anggotanya. Dari itu jugalah, kami tidak akan berhenti mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota KT yang dikasihi, terutama atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kepada barisan Lembaga Koperasi, pihak pengurusan serta warga kerja KT.

Ucapan terima kasih juga kami panjangkan kepada anggota lembaga yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan iaitu Mej Jen Datuk Mazelan bin Kasap, Laksamana Muda Dato’ Anuwar bin Mad Said, Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias (TUDM), Brig Jen Dato' Abdul Halim bin Hj Salleh, Datin Zaharah binti Ali, Lt Kol Hamisan bin Mian, Mej Rozi binti Abbas dan Encik Hafizi bin Mutolib.

Penghargaan yang sama kami panjangkan kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas sokongan, panduan, bimbingan dan kerjasama yang tidak ternilai diberikan kepada kami.

Kepada semua warga kerja KT, dari pihak pengurusan hinggalah ke pegawai dan kerani yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun 2015, pihak Lembaga Koperasi ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kegigihan yang telah ditunjukkan.

Syabas kepada semua. Sekian, terima kasih.

MEJ JEN DATO’ ZULKIFLEE BIN MAZLAN (BERSARA)

Pengerusi

Referensi

Dokumen terkait

Peneliti menggunakan teknik pengumpulan data purposive dan snowball dikarenakan peneliti telah menetapkan kriteria informan yang sesuai dengan kriteria yang tepat, tetapi

dapat menyebabkan atau digunakan untuk memprediksikan kinerja seseorang, artinya jika mempunyai kompetensi yang tinggi, maka akan mempunyai kinerja yang tinggi pula

Nyamuk Aedes aegypti pada semua wilayah penelitian telah resisten terhadap malathion 0,8%, hampir semua resisten cypermethrin 0,05% hanya sampel dari Kabupaten

Untuk faktor-faktor yang mempengaruhi struktur modal hanya faktor keuntungan yang terbukti secara signifikan (pada tingkat keyakinan 95%) mempunyai hubungan negatif

- Jika posisi gigi-gigi terhadap masing-masing rahangnya normal maka relasi gigi-gigi bawah terhadap gigi-gigi atas distoklusi karena gigi-gigi tersebut terletak pada rahang

Larry Diamond dan Morlino (2005) mendefinisikan sistem yang demokratis dalam beberapa ciri yaitu: h ak memilih bagi setiap orang dewasa secara menyeluruh, pemilu jujur an

PT Bank Muamalat Indonesia memiliki bidang usaha yang hampir sama dengan bidang usaha Bank umum pada umumnya yaitu menghimpun dana dari masyarakat melalui sarana

Israel menulis sejarahnya dalam bentuk cerita. Sejarah yang ditulis adalah sejarah naratif, artinya sejarah yang disampaikan dalam bentuk narasi. Bagi orang Israel