• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUSAT SISWAZAH GRADUATE CENTRE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PUSAT SISWAZAH GRADUATE CENTRE"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100 PUSAT SISWAZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: dpps@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/pusatsiswazah

PUSAT SISWAZAH • GRADUATE CENTRE

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Rujukan: UKM.SWZ.100-1/3/1 Tarikh: 13 Januari 2021 PEKELILING PUSAT SISWAZAH BIL. 3/2021

Dekan/Pengarah Fakulti/Institut

Universiti Kebangsaan Malaysia

Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pengajian Pascasiswazah) Fakultl/Institut

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar (Pengajian Pascasiswazah)

Fakulti/lnstitut

Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato'/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

GARIS PANDUAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PROGRAM KEDOKTORAN (TAHAP 8, MQF)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Mesyuarat Senat ke-471 bertarikh 23 Disember 2020 telah meluluskan cadangan Kertas Kerja Garis Panduan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Program Kedoktoran (Tahap 8, MQF).

3. Bersama-sama ini dilampirkan petikan minit mesyuarat dan garis panduan berkenaan sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya. Sukacita dimaklumkan, Pekeliling ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut: (shorturl.at/auBT2)

4. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Nama/Jawatan/Jabatan Alamat Emel/Tel. Prof. Madya Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar

Ketua, Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah kualitips@ukm.edu.my Tel: 03-8921 3100 Puan Rafidah Hassan

(2)

MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100 PUSAT SISWAZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: dpps@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/pusatsiswazah

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof.Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

PROF. DR. SARANI ZAKARIA

Pengarah

Pusat Siswazah, UKM

s.k;

- Timbalan Pengarah Pusat Siswazah, UKM

- Ketua, Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah Pusat Siswazah, UKM

(3)

MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100 PUSAT SISWAZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: dpps@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/pusatsiswazah

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

PETIKAN MINIT SENAT KE-471 Bertarikh 23 Disember 2020

IV. Perbincangan Kertas Kerja

6. Perancangan dan Pengurusan Akademik

6.20. Kertas bil. 170/2020 - Cadangan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Program Kedoktoran (Tahap 8, MQF)

Senat:

i. mengambil perhatian akan penerangan Pengerusi mengenai cadangan pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan bagi pelajar program Kedoktoran (Tahap 8, MQF).

ii. bersetuju meluluskan cadangan pengecualian Kursus Kaedah

Penyelidikan bagi pelajar program Kedoktoran (Tahap 8, MQF) berkuat kuasa dari tarikh kelulusan Senat dan tertakluk kepada pelajar yang mendaftar mulai Sesi Akademik 2020/2021. Perincian seperti di Lampiran I.

Tindakan: Pengarah PS/ Dekan Fakulti/ Pengarah Institut/ TPAK

(4)
(5)

LAMPIRAN I

PUSAT SISWAZAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PENGECUALIAN KURSUS

KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI

PELAJAR PROGRAM

(6)

KANDUNGAN

Bil Halaman

GARIS PANDUAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PROGRAM

KEDOKTORAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Syarat-Syarat Permohonan 3

3.0 Prosedur Pemberian Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan 4

4.0 Tarikh Kuat Kuasa 5

Lampiran A Carta Alir Proses Permohonan 6

Lampiran B Templat Borang Permohonan Pengecualian Kursus Kaedah

Penyelidikan

(7)

1.0 Pengenalan

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada Fakulti/Institut dalam proses mempertimbangkan pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan bagi pelajar peringkat kedoktoran (Tahap 8, MQF) yang telah mengambil kursus yang sama pada peringkat sarjana (Tahap 7, MQF).

2.0 Syarat-Syarat Permohonan

2.1 Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan pelajar memohon

pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan Tahap 8, MQF:

i. Pelajar telah mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan semasa pengajian

peringkat sarjana di UKM atau di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia lain;

ii. Program sarjana yang diikuti boleh sama ada secara mod kerja kursus,

campuran atau penyelidikan;

iii. Kursus Kaedah Penyelidikan semasa pengajian program sarjana tersebut

hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun daripada tarikh pendaftaran masuk ke UKM;

iv. Nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program sarjana adalah sama atau

lebih daripada nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program kedoktoran;

v. Gred minimum kursus Kaedah Penyelidikan yang pernah diikuti di peringkat

program sarjana mestilah sekurang-kurangnya Gred B untuk mod yang mendapat gred atau Lulus bagi mod tanpa gred;

vi. Kesetaraan kandungan kursus hendaklah tidak kurang daripada 80% antara

kursus Kaedah Penyelidikan peringkat sarjana dan peringkat kedoktoran;

vii. Pelajar program kedoktoran secara laluan pantas adalah tidak layak memohon;

viii. Pelajar yang melakukan pertukaran daripada program sarjana ke program

kedoktoran boleh diberikan pengecualian ini tertakluk kepada pencapaian semasa penilaian oleh Panel Penilai pertukaran program.

2.2 Pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan ini juga adalah tertakluk kepada

syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut seperti syarat-syarat penerbitan, syarat-syarat keperluan program dan lain-lain yang dirasakan perlu bagi menjamin kompetensi pelajar.

2.3 Pelajar mod kerja kursus dan campuran yang memohon perlu dimaklumkan bahawa

gred untuk kursus yang mendapat pengecualian tidak akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred dan tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi

(8)

kursus yang dikecualikan. Oleh itu, sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit pelajar tidak mencukupi, maka pelajar hendaklah mengambil kursus lain bagi mencukupkan kredit.

2.4 Pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon seperti yang disebut dalam

Perkara 2.1 akan diberikan kelulusan bersyarat dan perlu memenuhi prosedur pemberian pengecualian seperti yang diperincikan dalam Perkara 3.0. Carta alir prosedur tersebut adalah seperti di Lampiran A.

3.0 Prosedur Pemberian Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan

3.1 Berikut adalah keperluan yang perlu dipenuhi bagi melayakkan pelajar diberikan

pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan Tahap 8, MQF:

i. Permohonan hendaklah dilakukan secara bertulis kepada Dekan/Pengarah

melalui Borang Permohonan Pengecualian Kursus (Lampiran B) dalam tempoh dua (2) semester daripada tarikh pendaftaran masuk ke UKM. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan;

ii. Pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon seperti yang disebut

dalam Perkara 2.1 akan diberikan kelulusan bersyarat dan hendaklah melalui proses penilaian iaitu perlu menyediakan dan membentang cadangan penyelidikan selewat-lewatnya pada semester ke-4 pengajian;

iii. Untuk tujuan yang dinyatakan dalam perkara 3.1(ii), suatu Jawatankuasa Penilai

di Fakulti/Institut hendaklah ditubuhkan bagi menilai penulisan dan pembentangan cadangan penyelidikan pelajar. Jawatankuasa ini perlu dianggotai sekurang-kurangnya dua (2) orang pensyarah dalam bidang pengajian pelajar dan bukan di kalangan penyelia pelajar;

iv. Pelajar hendaklah memperoleh penilaian sekurang-kurangnya Memuaskan

(Tahap Penilaian: Lemah, Memuaskan, Baik, Cemerlang) semasa penilaian cadangan penyelidikan tersebut. Rubrik penilaian perlu dibangunkan oleh Fakulti/Institut berdasarkan keperluan disiplin masing-masing;

v. Pelajar yang tidak melepasi tahap yang ditetapkan hendaklah memperbaiki

cadangan penyelidikan dan membentang semula di hadapan Jawatankuasa Penilai dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pembentangan pertama;

vi. Pelajar yang masih tidak mencapai tahap penilaian sekurang-kurangnya

Memuaskan pada pembentangan kali ke-2, hendaklah mendaftar dan mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan peringkat kedoktoran (Tahap 8, MQF) yang ditawarkan oleh Fakulti/Institut.

3.2 Bagi pelajar yang memohon pertukaran program daripada sarjana ke kedoktoran,

prosedur permohonan dan pemberian pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan ini boleh dilakukan secara bersama dengan sesi penilaian pertukaran program oleh panel penilai yang dilantik bagi proses pertukaran program tersebut.

(9)

3.3 Bagi tempoh yang disebut dalam perkara 3.1(i) dan (ii), Fakulti/Institut boleh menetapkan tempoh yang bersesuaian mengikut keperluan namun hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum yang dinyatakan tersebut.

4.0 Tarikh Kuat Kuasa

Garis Panduan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Peringkat Kedoktoran ini berkuat kuasa serta-merta.

(10)

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PROGRAM KEDOKTORAN

Halaman 6

Permohonan diterima, diberikan kelulusan bersyarat dan majukan untuk proses penilaian

Permohonan ditolak

F/I maklumkan kepada pelajar permohonan tidak layak dan hendaklah mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan

Program Kedoktoran F/I maklumkan kepada pelajar keperluan proses

penilaian

F/I melantik Jawatankuasa Penilai

Mula

Pelajar mohon kepada Dekan/Pengarah dalam tempoh dua (2) semester pengajian

F/I semak permohonan pelajar

Memenuhi syarat Tidak memenuhi syarat

Tidak melepasi tahap Memuaskan Layak diberikan pengecualian

kursus Kaedah Penyelidikan

Pelajar baiki cadangan penyelidikan dan bentang kali

ke-2 dalam tempoh 6 bulan

F/I maklumkan kepada pelajar permohonan gagal dan hendaklah mengikuti kursus Kaedah

Penyelidikan Program Kedoktoran Melepasi tahap

Memuaskan Tidak melepasi

tahap Memuaskan Pelajar dinilai melalui penulisan

dan pembentangan cadangan penyelidikan

Melepasi tahap Memuaskan Tamat

(11)

LAMPIRAN B

TEMPLAT BORANG PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN

BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN

Application Form for Research Metodology Course Exemption

Bahagian A: Maklumat Diri Pelajar

Part A: Student’s Detail

Nama (Name) No. Pendaftaran (Registration Number) No. Telefon (Telephone Number) Email (E-Mail) Fakulti / Institut (Faculty / Institute) Pusat Pengajian/Jabatan (School / Department) Semester/Sesi (Semester/Session) Program Pengajian (Program) Nama Penyelia-Penyelia (Jika berkenaan) (Name of Supervisors-if applicable) Bentuk Pendaftaran (Type of Registration) Sepenuh Masa (Full Time) Separuh Masa (Part Time)

Bahagian B: Maklumat Kursus Terdahulu Yang Mempunyai Kesetaraan

Part B: Previous Research Methodology Course Detail

Nama Universiti (Name of University): Kod Kursus

(Course Code) Nama Kursus (Course Name)

Jam Kredit (Credit Hour) Gred Diperolehi (Score Grade) Tarikh Kursus Diambil

KELAYAKAN PERMOHONAN (ELIGIBILITY TO APPLY)

Telah mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan di peringkat sarjana dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (mod kerja kursus/campuran) atau Lulus (Mod campuran/penyelidikan).

Has attended the Research Methododology course at master's level and obtained at least Grade B (course / mixed mode) or Pass (mixed / research mode).

Kursus Kaedah Penyelidikan di peringkat sarjana tersebut tidak melebihi tempoh lima (5) tahun daripada tarikh pendaftaran masuk ke UKM.

The Research Methodology Course does not exceed a period of five (5) years from the date of entry into UKM.

Nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program sarjana adalah sama atau lebih daripada nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program kedoktoran.

The credit of the Research Methododology of the master's programme is equal to or greater than the credit of the doctoral programme.

Kesetaraan kandungan kursus hendaklah tidak kurang daripada 80%. Course content equivalence should not be less than 80%.

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) semester dari tarikh mendaftar di UKM. Application must be made within two (2) semesters from the date of registration at UKM.

PEMAKLUMAN UNTUK PELAJAR (NOTICE TO STUDENTS)

Sertakan salinan yang disahkan bagi transkrip peperiksaan yang terakhir dan silibus kursus yang dipohon untuk pengecualian.

Enclose a verified copy of the final examination transcript and the course syllabus of the previous Research Methodology. Pelajar mod kerja kursus dan mod campuran tidak akan mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan dan gred yang diperoleh ketika peringkat sarjana juga tidak akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred. Oleh itu, Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit pelajar tidak mencukupi, maka pelajar hendaklah mengambil kursus lain bagi mencukupkan kredit bergraduat.

For course work and mixed mode students, credit will not be given for exempt course and grade obtained during the master's degree will not be taken in determining the PNGK value. Therefore, student shall sit for another course to obtain credit in order to fulfil credit requirement for graduation.

Pelajar yang memenuhi syarat yang dinyatakan di atas perlu menyediakan dan membentangkan cadangan penyelidikan seperti yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut.

Student who meets the above conditions must prepare and present research proposals as prescribed by the Faculty / Institute.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Incomplete applications will not be processed.

(12)

“Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah benar”

“I hereby confirm that the information provided is true”

Tandatangan Pelajar : ____________________ Tarikh : _______________

(Student’s Signature) (Date)

Bahagian C: Perakuan Kesetaraan Oleh Pensyarah/Penyelaras Kursus Kaedah Penyelidikan

Kesetaraan Diluluskan/Tidak Diluluskan Tandatangan dan Cop Rasmi Pensyarah Tarikh

Bahagian D: Kelulusan Dekan Fakulti / Pengarah Institut

Approval by Dean of Faculty/Director of Institute:

Permohonan *diluluskan/ tidak diluluskan (* Approved / disapproved application)

Ulasan (Comment): ______________________________________________________________________________________ Tandatangan: _________________________ Tarikh: ___________________ Signature: Date: Cop Rasmi: Official Stamp:

Referensi

Dokumen terkait

(2) Aplikasi teori berfikir dalam 3 aspek iaitu pemikiran keusahawanan, pembangunan perniagaan dan pendidikan keusahawanan. Perbincangan bagaimana aplikasi ini dibuat dirujuk

Bagi memastikan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan maka penerbitan Panduan dan Log Penyelidikan IKMa adalah untuk memudahkan penyelidik menulis laporan

Berdasarkan latar belakang, maka tujuan dari penelitian ini adalah menganalisis pengembangan peternakan sapi perah dan dinamika moda produksi usaha peternakan sapi perah

Pemilihan strategi analisis SWOT yang dap- at dikembangan objek wisata Kota Banda Aceh yaitu dengan mempertahankan dan meningkat- kan kualitas objek wisata kemudian melakukan

(1) Pada saat Perkeretaapian Umum Perkotaan MRT Jakarta mulai dioperasikan, Perseroan berkontrak dengan Pemerintah Provinsi OKI Jakarta untuk memberikan pelayanan sesuai dengan

Penerbitan ilmiah dalam bentuk monograf atau buku merujuk kepada bentuk penulisan cara gaya ilmiah, tertumpu kepada bidang khusus yang kebiasaannya diterbitkan oleh

Prosedur ini bertujuan memberi garis panduan bagi merancang aktiviti pelajar, menyediakan jadual aktiviti dan melaksanakan aktiviti mengikut ketetapan yang

Seseorang layak untuk menuntut insentif dalam bentuk potongan satu atau dua kali bagi perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan untuk R&D, jika semua syarat