• Tidak ada hasil yang ditemukan

MOCK CLASS 21 SUATU INSTRUKSIONAL COACHING KE ARAH PAK 21. Asrifah Binti Amirul PPD Kuala Penyu, P/S 24, Kuala Penyu, Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MOCK CLASS 21 SUATU INSTRUKSIONAL COACHING KE ARAH PAK 21. Asrifah Binti Amirul PPD Kuala Penyu, P/S 24, Kuala Penyu, Sabah"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MOCK CLASS 21 SUATU INSTRUKSIONAL COACHING KE ARAH PAK 21

Asrifah Binti Amirul asrifah77@yahoo.com

PPD Kuala Penyu, P/S 24, 89747 Kuala Penyu, Sabah Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur impak program instruksional coaching MOCK CLASS 21 ke atas pembangunan profesionalisme guru Matematik yang dibimbing ke arah PAK 21. Kajian yang dijalankan adalah suatu kajian tinjauan yang bersifat deskriptif. Seramai 22 orang sampel yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru Matematik di empat buah sekolah menengah di daerah Kuala Penyu iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu, SMK St Peter Bundu dan SMK Menumbok. Instrumen kajian dan analisis data yang digunakan adalah menggunakan analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil dapatan kajian daripada pemerhatian bimbingan di kelas mendapati bahawa impak MOCK CLASS 21 meningkat daripada 0% (TOV) kepada 31.8% iaitu 7 daripada 22 orang guru dibimbing telah mengamalkan aktiviti PAK 21. Dapatan daripada analisis dokumen SKPMg2 Standard 4 pula menunjukkan peratus peningkatan skor sebanyak 1.39 daripada 1.14. Manakala dapatan analisis dokumen daripada keputusan peperiksaan percubaan SPM 2017 menunjukkan penurunan gpmp Matematik daripada 7.5 kepada 7.44. Oleh kerana intervensi ini menunjukkan impak yang positif di sekolah menengah, maka pengkaji bercadang untuk membuat penyeragaman ke peringkat sekolah rendah.

Kata kunci: Pembelajaran abad ke-21, coaching dan mentoring SKPMg2 Standard 4

PENGENALAN

Matlamat utama Program ‘Instructional Coaching’ adalah untuk menghapuskan sebarang penghalang yang menggangu implementasi amalan terbaik instruksional yang secara positifnya memberi impak kepada kejayaan pelajar. Penyeliaan yang berkesan membantu guru, pengetua, pentadbir dan semua pendidik untuk mengubah tingkahlaku, kepercayaan dan diri mereka (Aguilar, 2013). Penyeliaan adalah suatu komponen terpenting untuk menentukan keberkesanan suatu program pembangunan profesional dalam kalangan guru kerana ianya akan membina kehendak, kemahiran, ilmu, nilai, perasaan, kepercayaan dan kapasiti sebagai seorang pendidik.

Menurut Casey (2008), ‘Instructional Coaching’ bertujuan untuk membantu merapatkan jurang pencapaian murid dan memecut pembelajaran pelajar dengan membina kapasiti guru melalui pelaksanaan amalan instruksional yang berkesan. Dengan kata lain, tanggungjawap utama ‘Instructional Coaching’ adalah untuk memperbaiki penyeliaan di bilik darjah demi meningkatkan prestasi pelajar. Berdasarkan kajian, dijangkakan 95% guru yang menerima sokongan berterusan dan bimbingan melalui penyeliaan adalah lebih suka belajar dan implemen amalan baru di dalam bilik darjah. Penyelidik juga menjangkakan bahawa guru perlu untuk menggunakan strategi baru instruksional sekurang-kurangnya 25 kali sebelum ianya dipindahkan menjadi rutin harian pengajaran mereka.

(2)

Oleh hal yang demikian, ‘Instructional Coaching’ MOCK CLASS 21 telah dirangka sebagai suatu strategi pembangunan profesionalisme berterusan guru semasa membuat selia bimbing di sekolah. Intervensi ini adalah suatu pendekatan Pegawai SISC+ Matematik ke arah pembudayaan Pembelajaran Abad Ke 21 dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah di daerah Kuala Penyu sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) dalam usaha untuk mengukuhkan dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah.

LATAR BELAKANG MASALAH

Cabaran dalam abad ke-21 telah mendesak penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki kualiti pendidikan (Robina, 2014). Oleh yang demikian, pelbagai cara telah dilaksana bagi menyahut cabaran ini. Salah satu resolusi yang dititikberatkan adalah memperkasa jati diri guru melalui latihan dan mengasah kemahiran serta kebolehan guru melalui penyeliaan pengajaran (Bryant et. al., 2016).

Seperti apa yang diperkatakan oleh Sergiovanni dan Starratt (2006), terdapat tiga tujuan utama penyeliaan pengajaran serta amalannya. Sekiranya tujuan penyeliaan adalah meningkatkan motivasi guru, penyelia akan berusaha untuk membina dan memupuk kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru. Sekiranya tujuan penyeliaan adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru, maka penyelia akan menitikberatkan dalam kemahiran pengajaran dan mendalami ilmu pendidikan. Jika penyeliaan dijalankan untuk mengawal kualiti, penyelia akan menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran guru serta membuat lawatan ke dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang diharapkan, penyeliaan pengajaran perlu diberikan perhatian oleh pihak pentadbir. Selain daripada guru besar dan penolong kanan yang bertanggungjawab sebagai penyelia di sekolah rendah kebangsaan, tugas ini turut dipikul oleh ketua panitia (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001:2008) memandangkan bebanan tugas yang dipikul oleh guru besar terlalu meluas walaupun pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah diberikan mandat utama (Ahmad Kamal Ariffin et. al., 2014).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

Meningkatkan impak bimbingan guru Matematik dengan aktiviti PAK 21 melalui intervensi MOCK CLASS 21.

Meningkatkan peratus standard penarafan bimbingan SISC+ dalam SKPMg2 Standard 4. Menurunkan gpmp Matematik dalam ujian/peperiksaan yang murid duduki.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang ingin dijawab oleh kajian ini ialah:

Apakah impak bimbingan guru Matematik dengan aktiviti PAK 21 melalui intervensi MOCK CLASS 21?

Adakah peningkatan peratus standard penarafan bimbingan SISC+ dalam SKPMg2 Standard 4??

(3)

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah suatu kajian tinjauan. Sampel kajian yang terlibat adalah terdiri daripada 22 orang guru Matematik di empat buah sekolah menengah daerah Kuala Penyu iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu, SMK St Peter Bundu dan SMK Menumbok. Instrumen kajian menggunakan analisis SKPMg2 Standard 4, pemerhatian dan analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2017. Kajian ini telah dilaksanakan bermula 06 Mac sehingga November 2017 yang mana Pegawai SISC+ Matematik sekolah menengah telah menjalankan bimbingan ini di lokasi yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut merupakan analisis data SKPMg2 Standard 4 yang diperolehi daripada Portal NKRA KPM tahun 2017.

Jadual 1: Analisis Impak Bimbingan Intervensi MOCK CLASS 21

KEPUTUSAN IMPAK TOV

(2016) AR 1 (MEI 2017) AR 2 (JULAI 2017) ETR (NOV 2017)

Guru Matematik dibimbing di sekolah menengah yang melaksanakan Aktiviti PAK 21

selepas Intervensi MOCK CLASS 21 0% 5/22 (22.7%) 7/22 (31.8%) 22/22 (100.0%)

Daripada Jadual 1 yang ditunjukkan di atas, didapati pada peringkat awal mentoring, guru dibimbing tidak melaksanakan aktiviti PAK21 semasa pdpc Matematik di kelas iaitu TOV sebanyak 0%. Bilangan ini telah meningkat setelah guru matematik dibimbing menggunakan intervensi MOCK CLASS 21 pada bulan Mac - April yang lalu. Dapatan menunjukkan impak meningkat di mana 5 orang daripada 22 orang guru telah melaksanakan aktiviti PAK21 semasa pdpc iaitu sebanyak 22.7% pada bulan Mei. Seterusnya bilangan ini bertambah lagi kepada 7 orang daripada 22 orang guru dibimbing telah melaksanakan aktiviti PAK21 semasa pdpc dengan peratus sebanyak 31.8% pada bulan Julai. Walau bagaimanapun, ETR yang ditetapkan tidak dapat dicapai kerana selepas bulan Julai tiada berlaku mentoring di lokasi atas sebab peralihan SOP tugas SISC+ untuk sesi 2017. Oeh itu, bimbingan ke atas guru Matematik akan diteruskan pada tahun hadapan untuk memastikan kesemua guru dibimbing menunjukkan perubahan positif dalam melaksanakan aktiviti PAK21 semasa pdpc Matematik. Rajah 1 di bawah menunjukkan Graf Impak Bimbingan MOCK CLASS 21.

(4)

Rajah 1: Graf Impak Bimbingan MOCK CLASS 21

Jadual 2 : Analisis data – Portal NKRA KPM, SKPMg2 Standard 4 (2016)

BIL NAMA GDB NAMA SEKOLAH SKPMg2 STANDARD 4

TOV (2015) 2016 PENINGK ATAN % 1 GURU A SMK PEKAN KUALA PENYU 85 88 3 2 GURU B 82 87 5 3 GURU C 82 88 6 4 GURU D 83 85 2 5 GURU E 85 90 5 6 GURU F 92 92 0 7 GURU G 85 82 -3 TOV AR 1 AR 2 ETR IMPAK 0 22.7 31.8 100 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Per atu s

IMPAK

(5)

8 GURU H SMK MENUMBOK 85 85 0 9 GURU I 80 83 3 10 GURU J 80 80 0 11 GURU K SMK KUALA PENYU 93 93 0 12 GURU L 90 92 2 13 GURU M 92 90 -2 14 GURU N 92 92 0 15 GURU O 93 93 0 16 GURU P SMK ST PETER BUNDU 93 92 -1 17 GURU Q 90 90 0 18 GURU R 90 92 2 19 GURU S 90 90 0 20 GURU T 90 90 0 21 GURU U 87 90 3 22 GURU V 90 90 0 87.68 88.82 1.14

Daripada Jadual 2 menunjukkan skor SKPM Standard 4 guru-guru Matematik yang dibimbing pada tahun 2016 dengan 2015 sebagai TOV. Hasil analisis mendapati berlakunya peningkatan peratus Standard 4 iaitu sebanyak 1.14% iaitu daripada 87.68% pada tahun 2015 kepada 88.82% pada tahun 2016.

(6)

Jadual 3 : Analisis data – Portal NKRA KPM, SKPMg2 Standard 4 (2017)

BIL NAMA GDB NAMA SEKOLAH SKPMg2 STANDARD 4

TOV (2016) 2017 PENINGK ATAN % 1 GURU A SMK PEKAN KUALA PENYU 88 88.56 0.56 2 GURU B 87 90.12 3.12 3 GURU C 88 89.45 1.45 4 GURU D 85 82.77 -2.23 5 GURU E 90 85.90 -4.1 6 GURU F SMK MENUMBOK 92 93.41 1.41 7 GURU G 82 92.51 10.51 8 GURU H 85 91.05 6.05 9 GURU I 83 92.26 9.26 10 GURU J 80 90.46 10.46 11 GURU K SMK KUALA PENYU 93 90.12 -2.88 12 GURU L 92 89.22 -2.78 13 GURU M 90 89.74 -0.26 14 GURU N 92 89.82 -2.18 15 GURU O 93 90.25 -2.75 16 GURU P 92 94.08 2.08 17 GURU Q 90 90.50 0.50 18 GURU R 92 92.94 0.94

(7)

19 GURU S SMK ST PETER BUNDU 90 90.78 0.78 20 GURU T 90 89.02 -0.98 21 GURU U 90 91.17 1.17 22 GURU V 90 90.53 0.53 88.82 90.21 1.39

Jadual 3 menunjukkan skor SKPMg2 Standard 4 bagi guru yang dibimbing selepas didedahkan dengan intervensi MOCK CLASS 21. Dapatan analisis menunjukkan peningkatan sebanyak 1.39% iaitu 88.82% pada tahun 2016 kepada 90.12% pada 2017. Ini bermakna peningkatan peratus turut menaik iaitu daripada 1.14% pada tahun 2016 kepada 1.39% pada tahun 2017 dengan beza peratus yang ditunjukkan oleh kedua-dua tahun adalah sebanyak 0.25%.

Peningkatan skor guru dibimbing dalam SKPMg2 Standard 4 membuktikan bahawa intervensi MOCK CLASS 21 memberi impak yang memberangsangkan kepada kualiti pdpc guru. Rentetan daripada dapatan ini, pengkaji mengambil inisiatif untuk meneruskan intervensi ini ke tahun 2018 ke atas guru yang belum dibimbing menggunakan aktiviti PAK21 dengan harapan impak yang sama akan terhasil.

Rajah 2 : Analisis Dokumen – Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Rajah 2 yang ditunjukkan di atas adalah analisis dokumen menggunakan SAPS Peperiksaan Percubaan SPM 2017 di daerah Kuala Penyu. Dapatan menunjukkan bahawa GPMP Matematik pada tahun 2017 ialah 7.44 iaitu merupakan GPMP Matematik yang terbaik

(8)

sepanjang lima tahun daripada tahun 2013 - 2017. Penurunan GPMP ini adalah juga didorong oleh penyampaian kualiti pdpc yang semakin meningkat dalam kalangan guru matematik yang dibimbing melalui intervensi MOCK CLASS 21. Impak intervensi ini bukan sahaja membangunkan profesionalisme guru malah turut meningkatkan kemenjadian murid dalam peperiksaan SPM.

KESIMPULAN

Pengkaji berpendapat bahawa intervensi MOCK CLASS 21 merupakan suatu mentoring yang sangat efisien dan berimpak tinggi untuk mentransformasikan pdpc yang konvensional kepada suatu pdpc berorientasikan murid yang aktif. Intervensi ini juga dapat membantu guru dibimbing untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 iaitu kemahiran 4K + 1N (Komunikasi, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif + Nilai Murni).

Oleh kerana impak yang ditunjukkan oleh intervensi ini adalah sangat memuaskan, maka pengkaji bercadang untuk melebarkan fungsi intervensi ini dengan membuat bimbingan ke atas guru-guru di peringkat sekolah rendah. Dua buah sekolah rendah dipilih sebagai lokasi penyeragaman iaitu SK Menunggang dan SK Tempurong di daerah Kuala Penyu. Dijangka penyeragaman ini akan dilaksanakan bermula Oktober 2017 hingga Oktober 2018. Hasrat ini agar guru-guru tersebut akan mengubah cara pengajaran mereka kepada suatu pengajaran yang berpusatkan murid malah meningkatkan kemenjadian murid dalam peperiksaan yang lain.

Rujukan

Ahmad Kamal Ariffin, Abd. Rahman Idris and Zuraidah Abdullah (2014). Factors associated to teachers’ motivation towards the implementation of learning supervision in secondary school. International Journal of Scientific and Research Publications, Volume 4, Issue 10. 2250-3153.

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Pernyataan Standard SKPM 4. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Krueger, R. A., & Casey, M. A. (2000). Focus group: a practical guide for applied research (3 th Ed). Newbury Park : Sage Publications.

Sergiovanni, T. J., & Starratt, R. J. (2006). Supervision: A redefinition (8th ed.). New York: McGraw-Hill.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya rencana pengembangan Bandara Silangit sebagai bandara terbesar setelah Bandara Ngurah Rai Bali dengan target kunjungan 1.000.000 wisatawan, maka pengembangan

Dalam rancangan ini sensor digunakan untuk mendeteksi keberadaan sampah diselokan.sensor dipasang dikedua sisi selokan, jika tidak tedapat sampah maka sensor akan

Berdasarkan data hasil penelitian dan pembahasan, dapat disimpulkan bahwa pengembangan modul praktikum kimia bahan alam berbasis generik sains tentang isolasi kafein

Alhamdulillahhirobbil’alamin, puji syukur Penulis panjatkan kehadirat Allah SWT karena telah melimpahkan segala taufik, rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat

Tabel 1 menunjukkan data salah satu citra grayscale telur dengan kondisi bagus yang diambil pada jarak 5 cm, 10 cm, 15 cm dan dilakukan segmentasi menggunakan metode

Sedangkan sumber keunggulan bersaing yang tercipta dari penerapan CSR dianggap saja sebagai dampak positif dari penerapan CSR, karena ketika peritel mampu

Jadi Wakil Pialang bertindak atas nama perusahaan pialang berjangka atas amanat nasabah, yang mengelola rekening nasabah dan dalam mengelola rekening nasabah, wakil

Sebagai istilah umum , fotografi berarti proses atau metode untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merekam pantulan cahaya yang mengenai objek