• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Pengajian Perniagaan Sem 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Pengajian Perniagaan Sem 2"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

1. Pengurusan [42 WAKTU]

1.1 Pengenalan kepada pengurusan [MINGGU 1-4 WAKTU] 1.1.1 Fungsi pengurusan

(a) Mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya;

ORGANISASI : DEFINISI 1:

 Organisasi didefinasikan sebagai gabungan dua atau lebih individu yang bergabung tenaga secara sistematik untuk mencapai matlamat atau objektif khusus yang telah ditetapkan

 Organisasi terdiri daripada sumber manusia dan bukan manusia seperti kewangan,bahan mentah, mesin dan peralatan pejabat

 Semua organisasi perlu diurus dan orang yang mengurus organisasi dikenali sebagai pengurus

 Aktiviti pengurus organisasi pula dikenali sebagai pengurusan

 Oleh itu,pengurus adalah seseorang yang melakukan aktiviti pengurusan

DEFINISI 2:

 Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

 Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

PENGURUSAN: DEFINISI 1: C.Certo

Sebagai proses mencapai matlamat organisasi melalui penggunaan tenaga kerja dan sumber-sumber organisasi ( C.Certo)

Sebagai usa merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal segala sumber serta aktiviti bagi memastikan matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai

DEFINISI 2:

Satu proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi utk mencapai objektif yg telah ditetapkan dgn cekap dan berkesan.

DEFINISI 3:

Melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.

(2)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | DEFINISI 4: Mary Parker Follet

Pengurusan ialah “ Seni untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dilakukan melalui orang lain”

DEFINISI 5: Plunkett dan Attner

“Proses menetapkan dan mencapai matlamat melalui pelaksanaan lima fungsi asa pengurusan yang menggunakan sumber manusia, kewangan dan bahan..”

DEFINISI 6: Mescon, et al.

Pengurusan merujuk kepada “ proses merancang, mengatur, memimpin dan mengawal usaha anggota organisasi dan menggunakan segala sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi yang dinyatakan”..

DEFINISI 7 : James A.F Stoner & Charles Wienkel

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa „pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’. DEFINISI 8 : Wikipedia

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.

KESIMPULAN: DEFINISI ‘PENGURUSAN’

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

3. Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

a. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

b. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

(3)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | KEPENTINGAN PENGURUSAN:

1. Memastikan matlamat organisasi tercapai

2. Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi 3. Memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam

organisasi digunakan secara berkesan

4. Memastikan semua sumber [faktor pengeluaran] di dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur.

5. Memastikan tiada pembaziran sumber [faktor pengeluaran] dalam organisasi.

(4)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

(b) menjelaskan fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;

FUNGSI PENGURUSAN

TERDIRI DARI 4 FUNGSI UTAMA:

1. Perancangan- Satu proses untuk menentukan organisasi mencapai objektifnya.  Satu proses di mana pengurus menentukan matlamat yang hendak dicapai dan

menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil disemua peringkat organisasi.

 Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:

1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.

2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

4. Perlindungan

 Supaya dapat meminimumkan risiko dengan mengurangkan ketidakpastian persekitaran urusan

 Membantu organisasi mengurangkan pembaziran sumber dan masa 5. Pencapaian matlamat

 Untuk meningkatkan kejayaan organisasi

 Mempastikan semua aktiviti dapat diselaraskan dengan baik  Supaya organisasi sentiasa cekap dan mencapai objektifnya 2. Pengorganisasian

 Proses dimana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.

 Menyusun serta mengaitkan tugas, tanggungjawab, kuasa serta sumber- sumber sesuai dalam organisasi ke arah pencapaian objektif.

 Pengorganisasian melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan).

 Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat.

 Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji,

(5)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.

3. Kepimpinan

 Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan.  Merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan

teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

4. Pengawalan

 Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir tercapai seperti yang dijangkakan.

 Merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

 Memastikan semua aktiviti dijalankan seperti yang dirancang  Memastikan aspek kualiti dipelihara

 Memastikan tiada penyelewengan  Proses kawalan melibatkan:

1. Menentukan piawaian yang sesuai 2. Mewujudkan sistem laporan berkesan 3. Menyediakan sistem ganjaran menarik 4. Mengadakan pemantauan

(6)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

1.1.2 Konsep keberkesanan dan kecekapan

(c) membincangkan konsep keberkesanan dan kecekapan pengurusan;

Keberkesanan

-melakukan sesuatu yang betul

-pastikan apa matlamat yang ingin dicapai dulu

-kemudian putuskan bagaimana mencapainya

Kecekapan

-melakukan sesuatu dengan betul

-gunakan semua sumber yang ada dengan bijak tanpa membazir -laksanakan dengan kos yang minima

Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya, apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan betul. Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.

Nota lain:

Kecekapan (Efficiency)

Melaksanakan kerja dgn betul yakni menggunakan sedikit input bagi menghasilkan banyak output – cuba meminimakan kos. Cekap :

Bermaksud mengunakan sumber-sumber – manusia, wang, bahan mentah dan lain-lain dgn bijaksana dan kos-efektif

Keberkesanan (Effectiveness)

Bermaksud melaksanakan kerja yg betul yakni mencapai matlamat yg ditetapkan

Berkesan: bermaksud utk mencapai matlamat, membuat keputusan yg betul dan dapat melaksanakan keputusan tersebut dgn jayanya yg mana dapat membantu mencapai matlamat organisasi.

(7)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

1.1.3 Peranan pengurus

(d) menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);

Peranan Pengurus di Dalam Organisasi

Pencapaian matlamat dalam sesebuah organisasi akan menjadi lebih berkesan jika ia dilakukan secara berkumpulan berbanding secara individu. Untuk memastikan setiap individu memberikan kerjasama ke arah tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Pihak pengurusan ataupun pengurus-pengurus perlu memainkan peranan yang penting supaya aktiviti yang dilakukan di dalam organisasi tidak menyimpang daripada matlamat yang telah ditetapkan.

Peranan seorang pengurus itu bergantung kepada fungsi atau jabatan yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya. Pengurus kewangan misalnya mempunyai peranan untuk memastikan bahawa sumber-sumber diperolehi dan dibahagikan keseluruh bahagian organisasi. Begitu juga pengurus pemasaran bertanggungjawab menilai kehendak pelanggan, mempromosikan produk baru dan meningkatkan jualan supaya dapat bersaing dengan pengeluar lain di pasaran. Pengurus operasi pula menentukan bahawa produk yang dikeluarkan adalah bermutu; pada kadar, kos dan masa yang telah ditetapkan.

Terdapat juga fungsi-fungsi lain di dalam organisasi seperti akaun, sumber manusia, perhubungan awam, penyenggaraan dan pembaikpulihan, pengedaran dan sebagainya. Kesemua fungsi ini mempunyai seorang pengurus yang bertanggungjawab memastikan kesemua aktiviti di dalam bidang kuasanya berjalan dengan lancar. Walaupun pengurus-pengurus berada di dalam fungsi atau jabatan yang berbeza namun pada dasarnya mereka mempunyai tanggungjawab yang serupa seperti yang telah disenaraikan oleh Mintzberg dalam Jadual di bawah:

(8)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | Peranan Pengurus (Mintzberg)

Hubungan Sesama Manusia (Interpersonal)

Ketua (Figurehead) Melakukan tugas-tugas sosial dan yang berkaitan undang-undang

Pemimpin (Leader) Membina hubungan yang baik dengan orang bawahan, berkomunikasi dan memberi mereka tunjukajar

Pengantara (Liaison) Mengekalkan hubungan luar Berkaitan Maklumat (Informational)

Pemantau (Monitor) Mencari maklumat dalaman dan luaran yang mempengaruhi organisasi

Penyampai (Disseminator)

Menyampaikan maklumat di dalam organisasi

Jurucakap (Spokesperson)

Menyampaikan maklumat organisasi kepada pihak luar

Berkaitan Keputusan (Decisional) Usahawan

(Entrepreneur)

Merupakan nadi penggerak kepada perubahan dan inovasi terbaru

Pelerai Masalah (Disturbance Handler)

Melakukan tindakan pembetulan bila organisasi menghadapi masalah

Pengagih Sumber (Resource Allocator)

Mengagih semua sumber-sumber yang diperolehi termasuk masa, kewangan, peralatan dan tenaga manusia)

Perunding (Negotiator) Mewakili organisasi dalam perbincangan mengenai perniagaan

(9)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

RINGKASAN Peranan Pengurus

Mengikut Mintzberg:-

1. Pengurus sebagai komunikator:

 Pemantau : memantau , memerhati maklumat berkaitan organisasi dan persekitaran luar organisasi. Dapatkan maklumbalas berkaitan keputusan organisasi.

 Penyampai : Menyebarkan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak dalaman dan pihak berkepentingan tentang rancangan organisasi, sasaran pekerja dan arahan yang tepat dan jelas melalui memo, ucapan, bulletin dll.

 Jurucakap : Menyampaiakan maklumat kepada pihak diluar organisasi atau pihak berkepentingan. Maklumat berkaitan rancangan organisasi, polsi, tindakan dan keputusan yang diambil melalui rundingan, mesyuarat, laporan tahunan dll.

2. Pengurus sebagai Pendorong:

 Memberikan galakan kepada pekerja supaya meningkatkan motivasi.  Memberikan motivasi kepada pekerja dalam melaksanakan tugas.

 Fasilitator untuk memimpin pekerja untuk menyelesaikan sebarang masalah dalam organisasi.

 Kaedah : mendengar masalah pekerja, memberikan perangsang dll. Peranan penyelesai masalah:

 Menangani gangguan: menyelesai masalah yang timbul dalam organisasi atau luar organisasi.

 Bekerjasama dan membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja.

 Perunding konflik: Menyelesaikan masalah dengan pihak berkepentingan seperti pembekal, pekerja, pelanggan dsb.

 Pengagihan sumber : membuat pengagihan sumber yang ada dalam organisasi. Peranan sebagai usahawan:

 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru secara kreatif dan inovatif.

 Sentiasa peka terhadap persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan peluang dan ancaman dan bagaimana mengatasinya.

 Sentiasa memperbaiki prestasi unit/organisasi dalam semua aspekk terutama dalam mengembeleng factor pengeluaran dalam organisasi untuk melaksanakan aktiviti dengan cekap dan berkesan.

(10)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

1.1.4 Pendekatan pemikiran pengurusan

(e) menjelaskan pendekatan-pendekatan pemikiran pengurusan, ciri-ciri dan pelopornya termasuklah Pendekatan klasikal, Pendekatan kemanusiaan/gelagat, Pendekatan sains pengurusan/kuantitatif, dan Pendekatan moden/kontemporari.

1. PENDEKATAN KLASIKAL

Konsep Pendekatan Klasikal

– Berikutan perkembangan revolusi industri pd p‟tghan k-19

– Masalah utama pengurus – usaha utk meningkatkan kecekapan dan produktiviti

– Pendekatan yg memberi perhatian kepada:

KECEKAPAN ORGANISASI DGN TUJUAN MENINGKATKAN PENGELUARAN DAN KEJAYAAN ORGANISASI

– Mencari cara + kaedah sesuai utk mengurus kerja & organisasi 1.Pendekatan Pengurusan Saintifik :

• Pemikiran pengurusan saintifik ini memberi perhatian terhadap „satu cara terbaik‟ bagi melaksanakan tanggungjawab pengurusan.

• Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik atau penggunaan sains bagi menentukan perubahan dalam amalan pengurusan atau kaedah kerja

• Sebagai usaha memperbaiki kecekapan dan produktiviti pekerja

Pendekatan Klasik Andaian: Manusia adalah rational Pengurusan Saintifik Frederick Taylor Frank and Lillian

Gilbreth

Prinsip-Prinsip Pentadbiran Henry Fayol Mary Parker Follett

Organisasi Birokratik

(11)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | 1. FEDERICK W.TAYLOR (1856-1915) :

 Dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. Kaji pergerakan pekerja lebur besi .

 Menilai tugas dengan mengkajinya secara saintifik setiap bahagian tugas tersebut;

 Memilih pekerja yang mempunyai keupayaan sebenar;

 Berikan pekerja latihan dan insentif untuk melaksanakan kerja dengan kaedah kerja yang tepat;

 Prinsip saintifik untuk merancang kaedah kerja dan keselesaan melakukan kerja.

 Memperkenalkan empat prinsip untuk meningkatkan kecekapan pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti:

i) Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas ii) Memilih dan melatih pekerja yang sesuai iii) Kerjasama pekerja dan pengurus

iv) Pembahagian tugas yang adil antara pekerja dan pengurus

 Memberi skim insentif upah kepada pekerja berasaskan kepada output yang dihasilkan.

 Taylor menyarankan perkara berikut yang perlu dilaksanakan oleh pengurusan organisasi:

1. Pemilihan personel secara saintifik.

Pemilihan dan latihan pekerja perlu dilakukan dengan saintifik dan jelas. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti kekuatan, kemahiran dan kelemahan setiap pekerja yang diberi tugas supaya penyesuaian dapat dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah maksimum kepada organisasi.

2. Insentif.

Motivasi pekerja amat dipengaruhi oleh faktor ekonomi seperti gaji dan ganjaran, oleh itu Taylor mencadangkan gaji pekerja perlu berdasarkan kepada hasil yang dikeluarkan bukanya kepada masa bekerja.

3. Pembahagian fungsi pengurusan.

Taylor menyarankan pengurusan organisasi perlu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian pengurusan dan bahagian bukan pengurusan.

Menurut konsep Taylor organisasi dapat bertindak dengan lebih berkesan dan dicapai melalui perencanaan jadual tugas dengan kepakaran pekerja secara saintifik dan terperinci.

(12)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | 2. FRANK & LILIAN GILBERT (1868-1924) :

 Kaji bagaimana pekerja susun bata menggunakan alat rekod pergerakan “therbligs”. Hasilnya daripada 8 dapat jadi 5 pergerakan.

 Penggunaan kaedah saintifik untuk menghapuskan pergerakan yang tidak perlu untuk meningkatkan kecekapan pekerja

 Menyarankan pengurus harus memberi perhatian kepada pekerja dan memahami keperibadian dan keperluan mereka

3. HENRY L.GANTT (1861-1919)

 Menyarankan Carta Gantt, iaitu alat grafik yang boleh diguna oleh pengurus untuk merancang , menjadual dan mengawal perjalanan tugas dan kos

 Memperkenalkan skim insentif kewangan bagi pekerja dan penyelia yang telah mencapai standard output yang ditetapkan

 Meningkatkan kecekapan pekerja. Lihat kaedah tugas dijadualkan dan upah diberikan.

1. Tugas perlu dijadualkan 2. Ganjaran terhadap inovasi 2.Teori organisasi klasikal

• Fokus pengurusan organisasi 1. Henry Fayol (1841-1925):

Pelopor & penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling terkemuka.

 Orang pertama mensistemetikkan pengurusan. Beliau telah mengenal pasti fungsian utama pengurusan.

 Fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan

 14 Prinsip pengurusan Fayol :

1. Pembahagian tugas ─ Pekerja menjalankan tugas yang khusus untuk meningkatkan produktiviti bagi mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.

2. Autoriti ─ hak untuk memberi arahan kerana kedudukan seseorang dalam struktur hierarki organisasi.

3. Disiplin ─ menurut arahan dan prosedur serta menghormati persetujuan yang dibuat antara organisasi dan kakitangan. 4. Paduan perintah (Unity of command) ─ seseorang pekerja mesti

(13)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | mengelakkan berlakunya kekeliruan dan konflik dalam

penerimaan dan pemberian arahan.

5. Paduan arahan ─ Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah distukan di dalam satu rancangan dan diumumkan oleh seorang ketua sahaja.

6. Mengutamakan kepentingan organisasi ─ Kepentingan

peribadi/individu perlu diketepikan. Objektif organisasi paling penting daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah/Ganjaran ─ Pekerja mesti dibayar bayaran yang adil dan sewajarnya.

8. Pemusatan/Centralization ─ Walaupun pengurusan

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan hendaklah diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan berkesan.

9. Rantaian perintah @ arahan/Scalar chain ─ Menunjukkan autoriti bermula dari peringkat atasan hingga peringkat bawahan. Rantaian skala ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal dalam organisasi.

10. Susunan/Tertib ─ Menggunakan prinsip susunan bahan dan sumber manusia di mana bahan dan manusia hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat. 11. Ekuiti/Kesaksamaan ─ Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka terhadap organisasi.

12. Kestabilan personel ─ Firma yang berjaya mempunyai kumpulan staf yang stabil/kadar lantik henti yang rendah. 13. Inisiatif ─ Kakitangan hendaklah diberikan kebebasan untuk

memajukan dan mengimplimentasikan rancangan.

14. Rasa kekitaan/Esprit de corps ─ Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi. 2. Chester I.Bernard (1886-1961):

 Kepimpinan merupakan tugas paling utama dan penting bagi semua pengurus. Setelah penetapan matlamat dan pengumpulan sumber, pengurus perlu menjalankan tugas memimpin sebagai menandakan penerimaan terhadap autoriti mereka.

3. Max Weber (1864-1920):

 Bagi Weber, birokrasi adalah rasional. Organisasi secara idealnya cekap iaitu yang berasaskan prinsip-prinsip logik.

(14)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | I. Pembahagian buruh

 Mengukut kemahiran dan minat Ii. Hierarki dan autoriti

 Mengikut carta organisasi Iii. Pemilihan pekerja secara formal

 Sistematik berdasarkan kelulusan Iv. Peraturan dan prosedur kerja secara formal

 Peraturan dibuat secara formal dan bertulis V. Tidak bersifat peribadi

 Tidak pilih kasih

Vi. Kemajuan kerjaya berasaskan kepada merit  Berdasarkan penilaian prestasi.

 Menurut Weber, teori pengurusan organisasi ialah membezakan konsep kuasa dan autoriti serta perhubungannya dalam pengurusan.

 Perbezaan menjelaskan mengapa individu mematuhi sesuatu arahan dan mengapa melakukan sesuatu mengikut arahan.

 Kuasa adalah kebolehan seseorang pemimpin menguasai orang lain patuh padanya manakala autoriti bermakna kebolehan seseorang itu mempengaruhi orang lain mengikut arahannya secara sukarela.

 Dalam autoriti, subordinat mengangap pihak atasan mempunyai kuasa sah untuk memberi arahan kepada subordinat.

 Berdasarkan sistem autoriti, Weber mengkelaskan organisasi kepada 3 jenis iaitu, berkarisma, tradisional dan sah rasional.

 Organisasi berbentuk birokrasi karisma ditentukan oleh kualiti personaliti pemimpin yang menjadi sanjungan ahli- ahlinya.

 Wujud beberapa kumpulan yang mencurah taat dan setia mereka kepada pemimpin.

 Kebiasaannya organisasi ini bergerak dalam keadaan tidak stabil dan keadaan menjadi lebih buruk bila pemimpin disanjung meninggal dunia, organisasi akan berpecah dan berpuak-puak.

 Menurut Weber lagi, kalau warisan kepimpinan adalah berdasarkan keturunan, organisasi itu akan lahir sebagai organisasi tradisional manakala jika warisan ditentukan oleh peraturan dan undang – undang maka organisasi tersebut berkembang menjadi organisasi sah rasional atau birokratik.

(15)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | SUMBANGAN PENDEKATAN KLASIKAL

1. Teori klasikal telah mengenalpasti pengurusan sebagai elemen penting dalam masyarakat terancang dan menjadi begitu penting dalam dunia yang global. 2. Pendekatan klasikal telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan iaitu

perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. 3. Bagaimanapun fungsi pengurusan bergantung kepada keupayaan dan

kemahiran seseorang pengurus. Pendekatan klasikal juga telah memberi sumbangan kepada teknik-teknik pengurusan seperti analisis pergerakan dan masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual pengeluaran, pengujian personel dan belanjawan.

4. Kritikan terhadap pendekatan klasik : pendekatannya terlalu ringkas yang agak tidak sesuai untuk organisasi yang sentiasa berubah dan belum stabil.

5. Pandangan klasik cenderung untuk lebih bersikap mekanistik. Beranggapan manusia ibarat gerigi dalam mesin, menyebabkan ia mengabaikan kepentingan kehendak manusia.

2. PENDEKATAN KEMANUSIAAN/GELAGAT

• Pengurus perlu faham tentang manusia, iaitu pekerja & berusaha menyesuaikan organisasi dengan manusia – kejayaan akan diperolehi

• Dibahagi 2:

– Perdekatan pergerakan hubungan manusia – Pendekatan sains tingkah laku/gelagar A. Perdekatan Pergerakan Hubungan Manusia 1. Hawthorne (Elton Mayo)

 Kecekapan pekerja adalah disebabkan oleh faktor sosial dan bukannya faktor fizikal seperti cahaya penyinaran, suhu dan lain-lain

 Aspek sosial seperti cara pengurus berinteraksi, memberi perhatia peribadi kepada pekerja dan pengikhtirafan kumpulan kerja di tempat kerja akan meningkatkan prestasi pekerja

 Elton Mayo dan kesan Hawthorne Kajian dilakukan di Hawthorne Works of The Western Electric Company oleh Elton Mayo dan rakannya dari Harvard

University.

 Kajian bermula dengan penyiasatan untuk melihat kesan cahaya dalam mempengaruhi produktiviti pekerja.

 Kajian ini membuktikan pentingnya sentuhan kemanusiaan ke atas pekerja.  Berdasarkan kajian yang dijalankan Mayo, terbukti sentuhan kemanusiaan

/interaksi itu penting dalam mewujudkan produktiviti yang tinggi.

 Di samping bijak menguruskan mesin, pengurus perlu bijak menguruskan manusia bagi memperkukuhkan kejayaan organisasi.

(16)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |  Kajian Mayo ini telah membuktikan kepentingan pergerakan hubungan manusia

dan sosiologi industri 2. Mary Parker Follet

 Kecekapan pekerja dapat dipertingkatkan melalui dorongan kepada pekerja, kepimpinan kuasa dan aktiviti

 Mengenalpasti bahawa organisasi patut dilihat dari perspektif gelagat manusia secara individu dan berkumpulan.

3. Hugo Munsterberg

 Mencipta lapangan psycologi industri – iaitu kajian saintifik individu ditempat kerja dlm usaha utk memaksimakan produktiviti dan utk sebarang perubahan.  Munsterberg merasakan sains dapat menyumbang kepada industri dalam 3 cara :

1. Kaji tugas dan tentukan pekerja yang mana paling sesuai dengan tugas berkenaan

2. Kenalpasti suasana pysiologi bagaimana pekerja dapat melakukan kerja dengan baik

3. Bangunkan strategi yang dapat mempengaruhi pekerja B. Pendekatan Sains Tingkah Laku

1. Abraham Maslow – Hierarki Keperluan Maslow

 Menyarankan bhawa pekerja sebenarnya mempunyai keperluan lain selain kewangan

 Hierarki Keperluan Maslow 1. Keperluan fisiologi

 Keperluan paling asas untuk membiayai kehidupan manusia seperti makanan, udara, pakaian dan lain-lain

2. Keperluan Keselamatan

 Bebas daripada ancaman bahaya kepada tubuh badan, nyawa dan kehilangan kerja, makanan dan tempat perlindungan

3. Keperluan sosial

 Keinginan individu untuk mendapatkan persahabatan dan penghargaan, pemberian dan penerimaan kasih sayang sesama manusia

4. Keperluan penghargaan

 Keinginan untuk dihormati, dihargai dan disanjungi oleh orang lain untuk mendapatkan kepuasan seperti kuasa, status dan keyakinan diri 5. Keperluan pencapaian hasrat diri

 Keinginan seseorang untuk menjadi apa yang mampu bagi memaksimumkan potensinya dan mencapai sesuatu

(17)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | 2. Douglas McGregor

 Menyarankan bahawa pengurus akan melayan pekerja berdasarkan sifat seseorang pekerja tersebut

Teori X Teori Y

Sifat pekerja

• Tidak suka bekerja

• Tiada motivasi dan kurang bercita-cita

• Mengamalkan sikap tidak mengambil tahu perihal organisasi dan mementingkan diri sendiri

• Sentiasa mengelka daripada memikul tanggungjawab • Perlu dikawal, diancam dan

disuruh kerja

Sifat pekerja

• Mempunyai minat terhadap kerjanya dan kerjaya • Berinisiatif

• Berusaha untuk mencapai matlamat syarikat

• Menganggap tanggungjawab sebagai cabaran

• Diberi peluang membuat keputusan

3. PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN/KUANTITATIF A. Pendekatan Sains Pengurusan

 Pendekatan ini memberi penekanan terhadap penggunaan teknik kuantitatif (matematik/pengiraan) dalam pengurusan seperti statistik, simulasi Komputer.  Penyelesaian masalah secara teknikal dan bukan kepada tingkah laku manusia.  Pendekatan kuantitatif (matematik / pengiraan) ini bermula dalam perang dunia

kedua apabila British kekurangan pesawat perang dalam melawan Jerman yang lebih banyak pesawat ditempat yang berasingan dalam waktu yang sama.  British guna kaedah pengiraan untuk agih-agih pesawat perang

 Amerika turut guna kaedah yang sama apabila sertai perang dalam tahun 1941.  Bila tamat perang, pegawai tentera Amerika (WHIZ KIDS) gunakan teknik ini

dalam menyelesaikan masalah Ford Motor.

 Robert McNamara jadi presiden Ford, kemudiannya S.U kementerian pertahanan USA sebelum dilantik sebagai Pengerusi World Bank

(18)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | B. Pendekatan Kuantitatif

a) Teori sains pengurusan

Tumpuan kepada peningkatan keberkesanan pembuatan keputusan melalui penggunaan model matematik dan kaedah sains

b) Teori pengurusan operasi

Membantu pengurus menguruskan pengeluaran dan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi melalui kaedah pengunjuran dan analisis inventori

c) Teori sistem pengurusan maklumat

Tumpuan kepada mereka bentuk dan mengurs maklumat melalui komputer untuk tujuan pembuatan keputusan

4. PENDEKATAN MODEN/KONTEMPORARI

A. Teori Sistem

 Melihat sesebuah organisasi sebagai satu sistem penuh yang saling bekerjasama untuk mencapai objektif

 Terbahagi kepada sistem fizikal (input, proses transformasi dan output) dan sistem abstrak (pendapat yang berkaitan)

 Menekankan keperluan organisasi untuk berinterasi dengan elemen dalaman dan luaran organisasi untuk memastikan kejayaa organisasi

B. Teori Kontingensi

 Mulai berkembang tahun 1962, teori ini menyatakan bahwa tidak ada satu sistem pengurusan yang optimum, sistem tergantung pada tingkat perubahan

lingkungannya. Sistem ini disebut sistem organik (sebagai lawan sistem mekanistik), pada sistem ini mempunyai beberapa ciri:

1. Substansinya adalah manusia bukan tugas. 2. Kurang menekankan hirarki

3. Struktur saling berhubungan, fleksibel, dalam bentuk kelompok 4. Kebersamaan dalam nilai, kepercayaan dan norma

5. Pengendalian diri sendiri, penyesuaian bersama

 Keberkesanan pengurus, gaya, teknik dan fungsi bergantung kepada situasi yang tertentu kerana persekitaran yang dinamik

 Cara penyelesaian masalah berbeza mengikut situasi tertentu

 Mencadangkan supaya pendekatan yang dibuat oleh pengurus disesuaikan dengan individu dalam situasi persekitaran

(19)

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy | PENGARUH KONTEMPORARI DALAM PERKEMBANGAN PENGURUSAN

1. Urus kekaburan dan paradoks : Menguruskan organisasi yang sentiasa berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran

2. Kecondongan tindakan : Berani mencuba tanpa khuatir pada gagal 3. Hampir kepada pelanggan

4. Autonomi : pemilikan atas jabatan

5. Produktiviti Melalui Manusia : Kepercayaan kepada pekerja

6. Berpegang kepada penggerak nilai : amalan pengurusan yang meliputi keseluruhan aspek dan bahagian dalam organisasi

7. Kekal kepada industri asal

8. Bentuk ringkas pergantungan terhadap kakitangan : tidak terlalu bergantung kepada ibu pejabat

Referensi

Dokumen terkait