• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 1 2016.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 1 2016.docx"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT JALAN SULTAN ALAM SHAH,

42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR. MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BILANGAN 1 TAHUN 2016

Tarikh : 7 Januari 2016

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Anjung Musyawarah

Kehadiran : 11 orang

Bil Nama Jawatan

1. Pn. Hjh. Fazidah bt. Abdul Kadir GPK Kokurikulum 2. Pn. Nor Hafiza bt. Abd Razak Ketua Panitia 3. Cik Noormala bt. Md Yusof

4. Pn. Khuzaimah bt. Zaaim

5. Pn. Nurul Hanis Solehah bt. Zolkafli 6. Pn. Morni bt. Darus

7. En. Wan Adnan b. Wan Salleh 8. Pn. Sukma Saira bt. Kamari 9. Pn. Siti Zarinah bt. Manaf 10. Pn.Nazrahayu bt Ngadi 11. En. Mohd Azmi b. Ismail

Tidak Hadir (Bersebab) -

TIADA-Urus Setia Mesyuarat :

1. Pn. Khuzaimah binti Zaaim Setiausaha Panitia Matematik

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Matematik untuk mesyuarat kali pertama bagi sesi 2016.

1.2. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa Panitia Matematik bagi sesi 2015 yang lalu terutamanya sepanjang program Peningkatan UPSR dan malam kepungan. Semoga usaha dan komitmen yang cikgu-cikgu berikan diberkati dan harap

(2)

dapat diteruskan pada tahun 2016.

1.3. Pengerusi memaklumkan pencapaian UPSR 2015 sedikit peningkatan dari 85% lulus pada tahun 2015 ke 87.1% pada tahun 2015. Diharap guru-guru dapat bekerjasama membantu dalam mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Tindakan : Makluman

2 UCAPAN PENASIHAT

1. Penasihat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Matematik yang hadir ke mesyuarat kali pertama.

2. Guru-guru dicadangkan supaya mengadakan aktiviti yang lebih kreatif seperti nyanyian .

3. Penasihat memaklumkan murid-murid mesti menguasai fakta asas dengan baik.

Tindakan : Makluman

3 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

1. Tiada

4 PERKARA BERBANGKIT

4.1. Tiada

5 PERLANTIKAN AJK

1. Semua guru mata pelajaran Matematik secara automatiknya dilantik sebagai AJK Panitia Matematik.

2. Surat perlantikan akan diberi oleh setiausaha.

3. Semua guru Matematik perlu mengisi borang maklumat guru dan jadual waktu persendirian untuk diserahkan kepada setiausaha.

Tindakan : Semua guru Matematik

6 LAPORAN UNIT

1. Laporan Kewangan

1. Sehingga hari ini, Jawatankuasa Kewangan belum memaklumkan berapa peruntukan dan bila peruntukan akan turun, tetapi guru-guru boleh memohon untuk pembelian barang melalui nota minta dan menyerahkannya kepada Setiausaha atau Ketua Panitia. Ketua akan panjangkan kepada pihak pentadbir.

2. Nota minta haruslah lengkap dengan diskripsi barang, saiz, kuantiti, warna dan lain-lain.

3. Sebelum membuat pesanan, guru diminta memeriksa di bilik BBM untuk melihat sama ada BBM yang dipesan sudah ada ataupun belum. Ini untuk mengelakkan pembaziran.

4. Kertas warna yang sedia ada boleh digunakan sebagai BBM kepada murid.

(3)

1. Laporan Aktiviti 2015 1. Analisa PAT 2015 1. Peratus kelulusan Tahun 1 : 94.83% Tahun 2 : 91.79% Tahun 3 : 77.36% Tahun 4 : 36.75% Tahun 5 : 35.33%

Secara kesimpulannya peratus kelulusan murid-murid Tahap 1 adalah tinggi dan baik. Ini kerana PBS dan murid diuji dengan soalan yang hampir sama dengan latihan yang diberikan.

2. Peratus kelulusan murid di Tahap 2 menurun kerana soalan yang disediakan oleh pihak MGB (Majlis Guru Besar) tahap aras tinggi. Masih lagi ada murid yang tidak menguasai KBAT (Kemahiran berfikir Aras Tinggi). Selain itu, cuti bencana menyebabkan kekangan masa yang singkat untuk guru-guru membuat ulangkaji.

3. Semua guru Matematik diminta berbincang dalam aliran masing-masing untuk mencari kelemahan dan kekuatan, mencari penyelesaian terbaik, berbincang teknik mengajar yang sesuai, teknik menjawab soalan dan penandaan kertas ujian.

4. Semua guru Matematik diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid-murid.

Tindakan : Makluman 2. Analisa LINUS NUMERASI 2015

6.2.2.1 Peratus murid melepasi Linus Numerasi Tahun 1: 100 %

Tahun 2: 95% Tahun 3: 100 % 3. Minggu Matematik

1. Semua pemenang bagi aktiviti minggu Matematik tahun 2015 telah mendapat hadiah.

2. Diharap kertas kerja bagi minggu Matematik untuk sesi 2016 yang akan dilaksanakan pada bulan April dapat disiapkan lebih awal untuk memohon peruntukan pembelian hadiah.

Tindakan : Setiausaha

4. Pemantauan

6.2.3.1.3.1 Pemantauan oleh Ketua Panitia Matematik akan dilaksanakan mengikut jadual.

Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru Matematik 7 PERANCANGAN PANITIA BAGI TAHUN 2016

(4)

1. Pengurusan Panitia

1. Guru-guru diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian selaras mengikut aliran, ditulis berpandukan takwim dan kaedah yang telah ditetapkan.

2. Guru perlu memastikan sehingga minggu ke-6, murid telah mempunyai buku tulis dan buku aktiviti. Buku latihan ini mesti disemak oleh guru. Untuk murid-murid yang lemah di kelas belakang, guru-guru boleh menyediakan modul pemulihan atau mendapatkan koleksi soalan asas sebagai latihan kepada murid.

3. Jadual penggubalan soalan

7.1.3.1 Jadual penggubalan soalan sudah disediakan, tetapi ada perubahan untuk Tahun 3 dan Tahun 5.

7.1.3.2 PKSR 1, PKSR 2, PPT dan PAT melibatkan semua aliran dalam penggubalan soalan.

7.1.3.3 Penggubalan soalan perlu mengikut format dan berpandukan JSU.

 Ada aras tinggi, sederhana dan rendah

- Kertas 1 dan Kertas 2 mengikut format baru yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman 7.1.3.4 Hantar soalan untuk disemak oleh KP mengikut tarikh yang

ditetapkan beserta dengan skema pemarkahan.

7.1.3.5 Sila serahkan softcopy soalan di desktop Bank Soalan Matematik dan 3 salinan hard copy untuk bank soalan. 7.1.3.6 Gambarajah hendaklah jelas.

4. Pencerapan

7.1.1.1 Tarikh pencerapan guru-guru yang terlibat akan dimaklumkan kemudian.

7.2. Perancangan Aktiviti

1. Mesyuarat panitia diadakan empat kali setahun iaitu bulan Jan, April, Julai dan November.

2. Februari – Kelas tambahan Tahun 4, 5 dan 6 akan bermula. 3. Mac – Bengkel Kecemerlangan Matematik

4. April – Minggu Matematik. Guru Matematik setiap aliran akan melaksanakan aktiviti yang dirancang semasa PdP Matematik. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti:

a. Tahun 1 – Pn. Siti Zarinah b. Tahun 2 – En. Mohd Azmi c. Tahun 3 – Pn. Khuzaimah

d. Tahun 4 – Pn. Nurul Hanis Solehah e. Tahun 5 – En. Wan Adnan

f. Tahun 6 – Cik Noormala Perancangan Aktiviti: a. Jelajah kira b. Jom Hafal Sifir c. Sifir Challenge

d. Nyanyian Lagu Matematik e. Mural Matematik

(5)

f. Kira Cepat g. Saya Bijak Sifir

h. Teka Silangkata Matematik

5. Mei – Peperiksaan Pertengahan Tahun.

6. Julai – Bengkel Teknik Menjawab Soalan. Akan menjemput penggubal soalan, guru pakar atau pemeriksa kertas. Diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Gemilang UPSR. Percubaan UPSR juga pada bulan Julai.

7. Ogos – PKSR 2 8. September – UPSR

9. Oktober – Peperiksaan Akhir Tahun 10. Program Sepanjang Tahun

1. Program Sinar Pagi

10 minit sebelum PdP bermula, dijalankan pada Hari Rabu Tahun 6 – Pn. Nor Hafiza, Cik Noormala, En. Wan Adnan (pentas perhimpunan)

Tahun 5 – En. Wan Adnan, Pn Murni, Pn. Hjh Fazidah (gelanggang badminton)

Tahun 4 – Pn. Nurul Hanis Solehah, Cik Noormala, Pn. Murni (perkarangan surau)

Pengisian: Hafalan Sifir, nyanyian lagu Matematik dan formula Matematik

2. Program Zoom A

Terbuka kepada murid tahun 5 dan 6 Bayaran RM20 setahun

Guru yang mengelola : En. Wan Adnan

3. Program RELAMATH / SELF ACCESS LEARNING

Guru-guru boleh memperbanyakkan soalan asas matematik dan meletakkan koleksi soalan di dalam kelas. Kertas warna dan plastik laminate boleh diperolehi daripada Ketua Panitia 4. Program BIJAK SIFIR

Guru-guru boleh jadikan hafalan sifir, cara menulis sifir menggunakan Magic Square/petak 100 sebagai induksi setiap kali masuk kelas. Minta setiap murid hafal sifir dan dapatkan tandatangan guru/rekod setiap kali murid berjaya hafal dengan lancar. Ketua Panitia akan memperbanyakkan borang Magic Square.

5. MURAL MATEMATIK

Mohon bantuan guru-guru matematik dan guru praktikum untuk memurnikan mural matematik di blok A dan tambahan mural di laluan gajah menyusu. Cat / berus ada dgn Ketua Panitia.

6. Program LESSON STUDY LINUS Matematik Tahun 3 KSSR – kendalian Pn. Khuzaimah.

7. GEGAR UPSR

Guru-guru aliran lain membantu guru-guru Matematik menjelang UPSR

(6)

8. BENGKEL PENANDAAN KERTAS 2

Jemput penceramah yang berpengalaman dalam penandaan soalan peperiksaan, serta berbincang teknik yang sesuai untuk mengajar topik-topik kritikal

Tindakan : Semua guru Matematik 8 HAL-HAL LAIN

1. Lawatan bimbingan untuk guru-guru oleh pihak SISC+.

2. Panitia Matematik berkerjasama dengan Kelab Matematik memilih Hari Matematik menggunakan masa kokurikulum membuat aktiviti bagi menambah dana Panitia Matematik.

9 PENUTUP

1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Urus Setia Panitia Matematik SK Kanchong Darat Tarikh : 10 Februari 2016

Referensi

Dokumen terkait