• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unsur Percampuran Kod Dalam Pdp

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Unsur Percampuran Kod Dalam Pdp"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

0

SMK ELOPURA, SANDAKAN

PENULISAN ILMIAH 2011

(Satu Staf, Satu Projek)

TAJUK :

UNSUR PERCAMPURAN KOD DALAM

PROSES PEMELAJARAN DAN

PENGAJARAN : ANCAMAN BAHASA

MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Oleh;

Rovina Bt Samsudin

(790919-12-5124)

(2)

1

UNSUR PERCAMPURAN KOD DALAM PROSES PEMELAJARAN DAN PENGAJARAN : ANCAMAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Oleh : Rovina Bt Samsudin

ABSTRAK

Dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, jelas memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Keselarasan kedua-dua perkara tersebut telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan bahasa kebangsaan sebagai lambang identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai wadah penyatuan rakyat, manakala bahasa rasmi pula merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan, perdagangan, dan upacara rasmi yang lain. Hal ini termasuklah bidang pendidikan sebagaimana telah tercatat dalam Penyata Razak 1956 yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan Malaysia.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, dilakukan semata-mata untuk mencapai perpaduan nasional yang menjadi wahana penting dalam memupuk perkongsian nilai yang sama sebagai warganegara Malaysia. Selain peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan negara, bahasa Melayu turut berfungsi sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dengan berkesan melalui kesatuan pemikiran dan sikap sebuah bangsa yang dinamai bangsa Malaysia. Namun begitu, belakangan ini kedudukan bahasa Melayu sebagai

(3)

2

bahasa pengantar utama dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan terus dicabar oleh pelbagai senario yang mengasak bahasa Melayu dari pelbagai sudut hingga menggugat dan menggoyah benteng pertahanannya. Era globalisasi yang begitu gah dengan teknologi informasi dan komunikasinya, telah mengubah cara hidup masyarakat pada hari ini, khususnya generasi muda sehingga terbawa-bawa dalam proses pemelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Pencabulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa rasmi dalam bilik darjah terus berlaku sehingga mewujudkan fenomena unsur percampuran kod atau lebih dikenali sebagai „bahasa rojak‟ yang kian hari kian parah. Lebih menyedihkan, situasi ini bukan sahaja melibatkan generasi muda sebagai anak murid, malah turut berlaku pada segelintir guru yang sepatutnya menjadi contoh dalam penguasaan bahasa kebangsaan ini. Oleh itu, makalah ini ditulis untuk perkongsian ilmu dan sebagai satu wahana untuk menyedarkan diri kita sebagai para pendidik akan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu dalam proses pemelajaran dan pengajaran agar dapat melahirkan generasi muda yang bersatu padu, berjiwa Malaysia, dan menepati cogan kata „bahasa jiwa bangsa‟.

PENGENALAN

„Bahasa Melayu merentasi kurikulum‟. Frasa tersebut selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran lain, selain mata pelajaran Bahasa Melayu, seperti Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan sebagainya. Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan ini telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan daripada penegasan perundangan terhadap Penyatak Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Lebih tiga dekad yang lalu sejak tahun 1971, pelbagai kajian

(4)

3

telah dilakukan terhadap kesan sistem pendidikan tersebut dan hasil yang diperoleh agak membanggakan. Bahasa Melayu terbukti berjaya menjadi bahasa pengantar pendidikan, setanding dengan bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu berjaya diangkat dan bertindak sebagai bahasa ilmu. Bahasa itu digunakan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan mulai tahun 1983 semua institusi pengajian tinggi awam di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (Pelita Bahasa, September 2008 m/s 14-16).

Namun demikian, keadaan yang sebaliknya kini kelihatan sedang berlaku. Dengan perkembangan semasa yang ghairah dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ditambah lagi dengan sikap dan persepsi masyarakat yang kononnya kian maju telah memperlihatkan kecenderungan sesetengah pihak untuk menidakkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut Datuk Seri Utama Rais Yatim (Disember, 2004), masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu telah terdedah kepada unsur-unsur baru akibat nilai-nilai dan amalan dunia global masa ini. Segala macam ilmu pengetahuan lebih pantas diperoleh. Cara berfikir, cara bertindak, dan cara hidup, semuanya kian berubah. Kewujudan komputer dan internet, rentetan kesan kemajuan global telah mengubah cara hidup lama masyarakat Malaysia. Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau membina bangsa yang dikehendaki kerana suatu proses nilai yang kuat lagi berpengaruh semakin menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu perkara yang bakal disedut melalui proses tersebut ialah menerusi fenomena pencabulan bahasa, iaitu unsur percampuran kod dalam bahasa Melayu.

(5)

4

DEFINISI KONSEP

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, „unsur‟ bermaksud suatu bahan atau anasir. Manakala, „percampuran‟ bermaksud perihal bercampur atau bercampur aduk. Perkataan „kod‟ pula merujuk tulisan dengan tanda yang mempunyai erti tertentu. Nik Safiah Karim (1990) pula berpendapat bahawa „percampuran kod‟ merupakan suatu pencemaran yang salah kepada bahasa Melayu pada peringkat formal. Abdullah Hassan (2007) mengatakan bahawa „percampuran kod‟ merujuk penutur bahasa Melayu yang menggunakan bahasa yang bercampur aduk, contohnya bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan percampuran itu dilakukan pada setiap peringkat penguasaan bahasa. Oleh itu, dapat diringkaskan di sini bahawa unsur percampuran kod boleh disinonimkan dengan istilah „bahasa rojak‟, iaitu bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya. „Bahasa Rojak‟ wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak (Datuk Seri Utama Rais Yatim, Disember 2004).

Sementara itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata „proses‟ bermaksud satu siri perubahan yang berlaku secara semula jadi. Manakala, „pengajaran‟ merujuk perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Kata „pemelajaran‟ pula merujuk proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam (Kamus Dewan Edisi Keempat, m/s 56). Menurut Mok Soon Sang (2005) pula, „pengajaran‟ merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Manakala, „pemelajaran‟ pula merujuk sesuatu proses melalui latihan atau pengalaman sesuatu organisma yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Justeru, dapat disimpulkan bahawa proses pemelajaran dan pengajaran adalah suatu

(6)

5

perubahan sikap dan perlakuan yang dialami oleh individu akibat daripada hasil penerimaan ilmu pengetahuan atau sesuatu kemahiran.

Maksud kata „ancaman‟ pula ialah sesuatu yang mengancam atau diancamkan atau bahaya yang mungkin menimpa sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, m/s 143). Kata „bahasa‟ pula, menurut sumber rujukan yang sama ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia atau antara individu dengan individu yang lain. Oleh itu, bahasa Melayu ialah bahasa pertuturan yang digunakan untuk berhubung dalam suatu kelompok yang dipanggil bangsa Melayu. Frasa „bahasa ilmu‟ pula ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan dan dalam konteks penulisan ini merujuk kepada bahasa Melayu (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002). Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa „unsur percampuran kod dalam proses pemelajaran dan pengajaran‟ merupakan satu keadaan yang mencemarkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh unsur-unsur penyelitan dan pencampuradukkan perbendaharaan kata bahasa asing, terutamanya dalam sistem pendidikan atau dalam bilik darjah.

Fenomena ini jika dibiarkan berlanjutan maka akan merebaklah „penyakit campur aduk‟. „Penyakit campur aduk‟ inilah yang menyebabkan berkembangnya „bahasa rojak‟ dan seterusnya mengancam kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu. Berdasarkan pemerhatian, terdapat pelbagai faktor yang mewujudkan fenomena ini sehinggakan menimbulkan pelbagai implikasi yang negatif, justeru pelbagai langkah untuk mengatasinya perlu diambil secara proaktif demi menyelamatkan bahasa ibunda kita, bahasa Melayu.

(7)

6

HURAIAN KONSEP

Impian untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, seperti yang termaktub dalam Penyatak Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, dan Akta Pendidikan 1996, merupakan tindakan yang mulia lagi membanggakan. Semua pihak harus memikul tanggungjawab untuk merealisasikan kelahiran „modal insan‟ terbilang daripada acuan bahasa dan budaya kita sendiri sebagai bangsa Malaysia. Bagi memartabatkan dan mengangkat bahasa Melayu di puncak singgahsana, pendidik perlu memainkan peranan mereka untuk melihat dan memperbaik apa-apa yang kurang bagi membolehkan bahasa Melayu berdiri sama tinggi dengan bahasa Inggeris. Di Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris amat meluas hingga penggunaan bahasa Melayu makin tenggelam, padahal sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa persuratan, bahasa ilmu, bahasa kerajaan, bahasa agama (Islam), dan bahasa bertulisan jawi yang berjaya menghasilkan karya persuratan (Pelita Bahasa, Januari 2009).

Malangnya, kini pencemaran bahasa Melayu amat berleluasa sehinggalah ke dalam bilik darjah, iaitu ketika proses pemelajaran dan pengajaran berlaku. Situasi yang melibatkan komunikasi antara murid-murid dan guru, atau antara murid sesama murid turut menjadi bukti akan kebejatan fenomena ini yang sekali gus menggugat usaha untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu itu sendiri. Walaupun situasi yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan situasi yang dianggap kecil atau sampingan jika dibandingkan dengan situasi lain yang berlaku di persekitaran kita seperti menerusi media massa, khususnya televisyen, komputer, dan internet, namun perlu kita sedari bahawa generasi muda yang masih di bangku sekolah inilah yang menentukan masa hadapan negara dan jati diri bangsa Malaysia.

(8)

7

Teguran Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang mengatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu „rojak‟ dalam kalangan generasi muda kini kian parah terutamanya ketika berkomunikasi dalam majlis formal, perlu diambil iktibar (Bernama, 20 September 2011). Menurut beliau, faktor penyumbang penggunaan bahasa Melayu „rojak‟ ini mungkin disebabkan golongan muda kurang didedahkan dengan penulisan bahasa Melayu formal atau aktiviti komunikasi ketika di peringkat sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, kegemilangan bahasa Melayu perlu dikembalikan dan cabaran itu perlu digalas oleh semua pihak terutamanya sistem pendidikan yang perlu menekankan kurikulum berlandaskan penggunaan bahasa Melayu dalam konteks yang betul.

i) Ciri-ciri Unsur Percampuran Kod dalam Bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam huraian konsep sebelum ini, „unsur percampuran kod‟ boleh disinonimkan dengan istilah „bahasa rojak‟ atau lebih tepat dalam konteks perbincangan ini, iaitu bahasa Melayu „rojak‟. Terdapat beberapa ciri utama yang dapat digunakan untuk mengenal pasti unsur percampuran kod tersebut.

Menurut Abdullah Hassan dalam Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang diadakan pada 18 – 19 Julai 2007, unsur percampuran kod dalam bahasa Melayu dapat dilihat melalui cara penyampaian idea atau komunikasi seseorang. Antaranya, penguasaan bahasa Melayu baku yang tidak lengkap seperti sekerat belut sekerat ular. Dalam penggunaan bahasa Melayu „rojak‟, pelbagai kod sering digunakan dan fenomena ini turut berlaku dalam proses pemelajaran dan pengajaran. Misalnya, “yes….aku lulus

(9)

8

dalam exam tu..”, “cikgu pesan, homework tu kena submit next week”, “..tapaukan aku makanan dari kantin...‟, dan “panggil semua student turun ke lab sekarang”.

Ciri kedua yang dapat kita lihat dalam bahasa Melayu „rojak‟ ialah penggunaan tatabahasa yang tidak gramatis. Penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak dipentingkan dalam bahasa Melayu „rojak‟ akibat kewujudan unsur percampuran kod. Bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Menurut Khairiah Ahmad (1985), unsur penting dalam menghasilkan pertuturan berkesan ialah penguasaan bahasa yang agak tinggi dalam sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa, dan nada. Oleh itu, penguasaan tatabahasa dalam bahasa Melayu amat penting bukan sahaja kepada seorang guru, tetapi juga kepada para pelajar dan masyarakat umumnya. Apatah lagi kepada sorang guru Bahasa Malaysia.

Selain itu, situasi formal seperti dalam bilik darjah yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu baku, tidaklah berlaku sebagaimana yang diharapkan. Penggunaan dialek semasa proses pemelajaran dan pengajaran turut mencalar kredibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002). Lazimnya, sesuatu bahasa mempunyai beberapa dialek, dan salah satu daripada dialek ini menjadi variasi kepada bahasa Melayu „rojak‟. Contohnya, sebutan bunyi /a/ pada akhir perkataan, misalnya „lupa‟, tidak sama antara dialek Johor dengan dialek Negeri Sembilan, atau dengan dialek Parit, Perak. Di Johor, bunyinya [ә], di Negeri Sembilan [ͻ], di utara [a], dan di Parit [ε] (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002). Oleh itu, bayangkanlah jika seorang guru berasal dari negeri Kelantan dan dihantar untuk berkhidmat di negeri Sabah, dan guru berkenaan mengajar dengan menggunakan

(10)

9

bahasa Melayu dialek Kelantan. Sudah tentulah objektif pemelajaran dan pengajaran tersebut tidak tercapai seperti yang diharapkan.

ii) Faktor-faktor Unsur Percampuran Kod dalam bahasa Melayu

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan, terdapat banyak faktor yang menyebabkan fenomena pencemaran bahasa Melayu ini terus berlaku. Faktor keturunan dan latar belakang keluarga merupakan salah satu penyumbang penularan masalah ini. Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Maklumat Bahasa Malaysia oleh Abdul Razak Sulaiman et. al (1988), faktor keturunan turut memainkan peranan dalam proses mewujudkan aktiviti kebahasaan. Perkaitan antara faktor keturunan dan bahasa pertuturan di rumah didapati turut mempengaruhi bahasa pertuturan di sekolah dan berdasarkan kajian tersebut, 83% responden berbangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu di rumah dan 17% lagi menggunakan bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Laporan kajian tersebut juga mendapati penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas daripada penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan responden berbangsa Cina. Responden berketurunan Kadazan pula lebih banyak menggunakan bahasa Melayu jika dibandingkan dengan keturunan lain. Sebanyak 26% responden Kadazan menggunakan bahasa Melayu untuk pertuturan harian di rumah, manakala 30% lagi menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa bahasa pertuturan di rumah banyak mempengaruhi kebolehan dan keupayaan individu mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu standard.

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Melayu „rojak‟ juga banyak dipengaruhi oleh faktor alam persekitaran seperti tempat kediaman yang merangkumi tempat lahir, tempat tinggal sekarang, dan tempat

(11)

10

menetap lima tahun lepas, sebagai sebahagian dari aspek yang dijangka mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu standard (Abdul Razak Sulaiman, 1988). Keadaan persekitaran yang berbeza ini boleh mempengaruhi pemerolehan bahasa seseorang melalui komunikasi. Misalnya, seorang individu berbangsa Melayu yang dibesarkan di kampung halaman dan kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mengalami persekitaran yang berbeza dan menyebabkan ia terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi baru tersebut. Sekembalinya individu tersebut ke tempat asal pasti akan menyebabkannya „merojakkan‟ bahasa Melayu.

Persepsi individu terhadap bahasa Melayu juga menjadi penyumbang berlakunya pencemaran bahasa kebangsaan ini. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin et.al, 2010), bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang, hal ini perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Menurut kajian beliau, 80% daripada 1500 orang pelajar sebagai responden bersikap positif terhadap bahasa Melayu, namun hanya 29.9% sahaja yang mempunyai persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk agar pelajar tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa ilmu.

Sikap segelintir guru yang tidak menitikberatkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga menjadi punca menularnya unsur percampuran kod di dalam bilik darjah. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, pelajar terdiri daripada pelbagai peringkat yang berbeza dari segi kebolehan dan latar belakang sosioekonomi. Dengan penuntut yang terpilih dan daripada kumpulan yang berkebolehan tinggi, tugas guru menjadi lebih mudah dengan motivasi yang positif

(12)

11

daripada pelajar untuk belajar. Namun, sekiranya penuntut yang berbeza-beza dari segi kebolehan, tugas guru menjadi lebih kompleks. Umumnya, jika dilihat peranan guru, kita boleh katakan bahawa guru bukanlah hanya sebagai pengajar semata-mata, tetapi juga bertindak sebagai model kepada muridnya. Sikap seorang guru biasanya terbawa-bawa ke dalam minat dan sikap kebudayaan, pemilihan pekerjaan, pegangan intelektual, dan pelbagai aspek kehidupan dewasa seseorang. Oleh itu, amatlah rugi dan bertapa berbahayanya masa hadapan bahasa Melayu sekiranya guru yang diharapkan untuk mendidik generasi muda supaya berbahasa Melayu standard, tidak menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Faktor yang terakhir ialah pengaruh media massa dan teknologi maklumat (TM). Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup masyarakat Malaysia. Kemunculan komputer, internet, dan telefon bimbit seolah-olah menjadi „menu wajib‟ bagi masyarakat, tidak terkecuali para pelajar. Masyarakat kini mengirim berita pantas melalui „e-mail‟ dan „sms‟ – dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata kita. Perkataan baru sering memasuki perbendaharaan kata kita dan kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama, dan akibatnya bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu dan separuh bahasa Inggeris. Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), golongan remaja menjadikan bahasa Melayu „rojak‟ sebagai alat perhubungan dengan alasan bahasa itu ringkas dan mudah bagi mereka. Impaknya, dalam penulisan karangan, kelemahan aspek bahasa pelajar amat ketara termasuk penggunaan bahasa yang tidak mantap

(13)

12

kerana dicampuradukkan dengan bahasa asing yang tidak difahami dengan mendalam maksud perkataan yang digunakan.

iii) Kesan-kesan Unsur Percampuran Kod dalam Bahasa Melayu

Kita akan membincangkan kesan percampuran kod dalam bahasa Melayu ini secara umum sahaja kerana implikasinya telah pun kita sentuh sejak awal perbincangan. Impak yang paling ketara akibat pencemaran bahasa Melayu ini ialah menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan sudah tentu sebagai bahasa ilmu. Tan Sri Dr. Jins Shamsudin, apabila diajukan pertanyaan tentang masa hadapan bahasa Melayu, turut memberikan pendapat beliau yang bernas. Menurut beliau, yang menghidupkan atau mematikan sesuatu bahasa ialah masyarakat penggunanya. Bahasa Melayu akan musnah jika penutur bahasa itu tidak menggunakannya dengan betul dan begitu juga sebaliknya (Pelita Bahasa, Januari 2011). Oleh itu, jika kita bertemu dengan orang Melayu, gunakanlah bahasa Melayu yang baik kerana bahasa menunjukkan bangsa.

Impak yang paling digeruni oleh para pencinta bahasa Melayu akibat pencemaran bahasa Melayu ini ialah terbentuknya generasi yang akan menggunakan bahasa Melayu yang salah. Kini, sudah seakan-akan satu budaya apabila seseorang yang bertutur bahasa Melayu pasti akan mencampurkannya dengan kata-kata bahasa Inggeris. Fenomena ini jika tidak dibendung sejak awal mungkin akan membawa kewujudan satu budaya yang sangat merendahkan martabat bahasa Melayu. Apabila anak-anak mengikut, anak-anak murid juga mengikut, akhirnya bahasa Melayu sudah tidak ada, yang wujud ialah bahasa Melayu „rojak‟ atau bahasa campuran. Keadaan ini akan menggagalkan usaha

(14)

13

mewujudkan bahasa baku dan seterusnya menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Apabila semua itu berlaku, maka fenomena ini akan mengancam bahasa Melayu sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia. Ibarat kata-kata seorang tokoh…..“Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh

pelbagai kaum yang tinggal di Malaysia.” Demikian catatan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, dalam buku cenderamata Festival Bahasa dan Sastera, yang dirasmikannya pada 21 Julai 2010 yang lalu. Nampaknya beliau sependapat dengan Tan Sri Lee Lam Thye yang mengatakan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam menghubungkan semua kaum di negara ini (Pelita Bahasa, Oktober 2009). Menurut beliau lagi, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang membolehkan rakyat negara ini berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apabila kita menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu untuk berhubung, maka tanpa kita sedari telah wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

iv) Cadangan Mengatasi Masalah Unsur Percampuran Kod

Untuk mengatasi masalah percampuran kod dalam bahasa Melayu, terutamanya dalam proses pemelajaran dan pengajaran, semua guru, termasuk guru bukan bahasa Melayu perlu berpegang pada prinsip „Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum‟. Sekiranya semua guru berpegang teguh pada prinsip tersebut, maka secara tidak langsung maka akan timbul rasa bertanggungjawab dalam diri guru itu untuk menggunakan bahasa Melayu yang gramatis dan tepat semasa di dalam bilik darjah. Bagi guru Bahasa Melayu pula, prestasi bahasa Melayunya harus menjadi contoh yang baik untuk diteladani oleh murid-muridnya. Kecekapan dan kebolehan

(15)

14

bahasanya haruslah meliputi prestasinya dalam bahasa lisan dan bahasa tulisan yang standard. Dalam hal ini, peringkat kecekapan yang diperlukan untuk pengajaran yang berkesan bolehlah ditakrifkan sebagai peringkat yang lebih tinggi dan bebas daripada kesilapan dan kefahaman yang jelas akan laras bahasa dalam pelbagai bentuk keperihalan keadaan ( Azwan Wan Chik, 1985).

Selain itu, kejayaan dalam berkomunikasi turut bergantung pada satu syarat penting, iaitu sesuatu mesej mesti mempunyai makna yang sama kepada pemberi dan penerima mesej. Seperti yang telah dibincangkan dalam ciri-ciri unsur percampuran kod tadi, unsur penting dalam menghasilkan pertuturan berkesan ialah penguasaan bahasa yang agak tinggi dari aspek sebutan, kosa kata, tatabahasa, tekanan, dan nada. Komunikasi yang bermutu tinggi dapat menolong guru memenuhi dua fungsi penting, iaitu menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas serta menjadi model pertuturan kepada murid-murid supaya mereka dapat meniru gaya pertuturan yang baik.

Fenomena pencabulan bahasa Melayu dalam proses pemelajaran dan pengajaran ini juga boleh dibendung melalui kempen berterusan oleh Panitia Bahasa Malaysia dengan melibatkan para pelajar dan komuniti luar. Panitia Bahasa Malaysia di bawah Bidang Bahasa boleh mengadakan Bulan Bahasa Malaysia pada setiap tahun dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh menanam minat para pelajar terhadap bahasa Melayu dan seterusnya mewujudkan perasaan cinta akan bahasa kebangsaan. Peranan guru-guru Bahasa Malaysia juga amat penting, bukan sahaja di dalam bilik darjah, malah sepanjang masa dan di mana-mana jua. Guru-guru Bahasa Malaysia perlu berani menegur secara berhemah dan membetulkan sebarang kesilapan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar atau masyarakat umumnya. Memang tidak dapat dinafikan akan kewujudan pelbagai

(16)

15

cabaran dan halangan, namun melalui tindakan inilah kita akan dapat membantu memartabatkan semula kedudukan bahasa Melayu.

Pihak pentadbiran sekolah pula boleh mengadakan kursus perkembangan staf untuk memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kakitangannya, khususnya guru-guru bukan opsyen Bahasa Melayu dan juga anggota kakitangan sokongan seperti kerani dan pembantu makmal. Hal ini selaras dengan satu Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang bertujuan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi, termasuk surat-menyurat dan mesyuarat. Oleh itu, usaha ini bolehlah dianggap sebagai satu peringatan kepada pegawai-pegawai awam agar mempertingkat penguasaan bahasa Melayu selaras dengan sistem ejaan dan sebutan baku bahasa Melayu.

(17)

16

RUMUSAN

Dengan itu, dapat dirumuskan di sini bahawa Unsur Percampuran Kod dalam Proses Pemelajaran dan Pengajaran memanglah merupakan satu ancaman besar terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Slogan „bahasa jiwa bangsa‟ tidak akan berguna lagi sekiranya bangsa Malaysia, terutamanya orang Melayu itu sendiri mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa asing lain dalam perbualan harian mereka.

Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi setiap hari mencerminkan diri kita yang sebenar. Gaya kita berbahasa sememangnya bergantung rapat dengan cara kita melihat diri kita melihat diri kita sendiri, dan cara kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita. Apabila kita melihat diri kita sebagai seorang yang terpelajar, maka dengan sendirinya kita mengawal bahasa yang kita gunakan bagi mencerminkan citra diri kita, justeru apabila kita kurang memahami iklim komunikasi di sekeliling kita, maka kita tidak akan memberi pengiktirafan kepada faktor-faktor yang membawa kepada berleluasanya fenomena ini.

Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Dalam konteks pengajaran bahasa, bukan sebarang bentuk bahasa boleh diajar oleh guru. Bahasa yang betul dan berkesan adalah aspek-aspek yang harus diutamakan. Oleh itu, untuk mengajar bahasa Melayu yang baik dan berkesan, maka wajarlah seorang guru mengetahui dan menguasai aspek kosa kata, sebutan, tatabahasa, dan intonasi bahasa Melayu sebaik mungkin.

(18)

17

PENUTUP

Kesimpulannya, bahasa kebangsaan sebagai bahasa imu memiliki apa-apa sahaja yang dipunyai oleh bahasa yang lain, terutamanya bahasa Inggeris. Cuma ruang dan peluang untuknya menunjukkan „belang‟ di negara ini agak tersekat dan terbatas oleh sebab dan alasan yang kadangkala tidak masuk akal. Sememangnya kita tidak pernah sesekali menolak kepentingan bahasa lain, terutamanya bahasa Inggeris, kerana hanya mereka yang tidak waras sahaja mengetepikan bahasa yang lain. Kita tidak pernah menyekat sesiapa sahaja daripada mempelajari apa-apa juga bahasa kerana ilmu yang terdapat dalam bahasa itu. Namun demikian, hal tersebut tidak seharusnya sampai meminggirkan dan mencemarkan bahasa kebangsaan negara sendiri. Dalam hal ini, semua pihak yang benar-benar mencintai bahasa Melayu perlulah bersikap positif untuk menggunakan bahasa Melayu standard dalam semua urusan, baik rasmi mahupun tidak rasmi. Tahap kecintaan yang tinggi terhadap bahasa Melayu perlu diasuh sejak kanak-kanak lagi untuk menjamin maruah bahasa Melayu tetap terpelihara sepanjang masa.

(19)

18

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat. (1995). Bahasa Melayu :

Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Selangor Darul Ehsan :

Longman.

Abdul Razak Sulaiman. et al. (1988). Laporan Kaji Selidik Maklumat Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohamad Amin. (1990). Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa

Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Azwan Wan Chik. (1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2 : Latihan Guru dan

Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chew Fong Peng. (2008). Bahasa Melayu Titian Ilmu Jilid 2. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara : Syah Holdings.

Darwis Harahap. (1989). Peristiwa Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (2006). Bahasa Kita Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

James T.Collins. (1990). Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Borneo. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Md. Yusoff. (2000). Media dan Masyarakat : Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1. Kuala Lumpur : K.Publishing.

Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1988). Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dato‟ Awang Had Salleh et. Al. (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji

Pengguna Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran

(20)

19

Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redan Ginoh. (1994). Bahasa Guru dan Penulis. Sarawak : Sadong Press.

S. Nathesan. (1994). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan

Penyelesaiannya. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________. (2008). Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________. (2010). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur kepada Allah SWT atas segala rahmat dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul “Potensi Ekstrak Daun Belimbing Wuluh (Averrhoa

dengan nrinuman isotonik terhadap pcrnulihan denyut nadi pada pemain hoki FIK UN\4, yang mana pemulihan d€nytrt ruadi dcngen pcmberian mjlrLnran isotonik lebih baik

Kekuatan retensi ini dihasilkan dari lapisan cairan saliva yang terdapat diantara basis gigi tiruan dan mukosa yang bekerja mempertahankan integritas

Pemanfaatan tegalan (lahan kering) di daerah lahan kering iklim kering yang potensi lahan sawah berigasi terbatas seperti di Kabupaten Sumba Barat dan Sumba Barat Daya

bahwa untuk mempercepat pelaksanaan kegiatan Pekerjaan Pembangunan serta memperhatikan kemampuan keuangan daerah yang timbul akibat dari Pelaksanaan kegiatan tersebut, maka

Conviction atau cara untuk menimbulkan rasa percaya dalam benak wisatawan adalah dengan cara menuliskan kata-kata yang dapat meyakinkan sehingga wisatawan dapat

Dalam hal pemaknaan teks mengenai posisi dan peran wanita dalam lingkungan keluarga, posisi dan peran wanita dalam lingkungan sekolah, dan posisi dan peran wanita dalam