• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL JPKAS PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MANUAL JPKAS PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.2.1 DEFINISI

Satu proses pemeriksaan untuk menilai kerugian hasil yang tertinggal selepas penuaian BTS siap dijalankan.

1.2.2 OBJEKTIF

i. Mengenalpasti jumlah nilai hasil tertinggal di ladang akibat perkara-perkara seperti berikut:

1. Buah relai tidak dipungut di bulatan dan tapak buah. 2. Tandan BTS telah dituai tetapi tidak dikeluarkan. 3. Tandan BTS masak yang tidak dituai.

4. BTS muda telah dituai tetapi diperam di ladang.

ii. Menilai prestasi kerja menuai BTS dan kutipan buah relai yang dijalankan di ladang.

iii. Memberi maklumat kepada pihak ladang tentang kehilangan hasil akibat kecuaian.

1.2.3 PIAWAIAN

i. Pihak Pengurusan Ladang perlu mengadakan 2 orang petugas setiap ladang untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan hasil tertinggal di ladang. Yang bergelar LQI (Loose Fruit Quality Inspector).

ii. LQI perlu membuat kerja-kerja pemeriksaan selepas 2 hari kerja menuai siap dijalankan.

iii. Kekerapa pemeriksaan ialah 2 pusingan setiap minggu bagi setiap peringkat atau kawasan tuai B 8.

iv. Tarikh dan masa pemeriksaan perlu diberitahu kepada pihak ladang, sebelum 15 jam pemeriksaan bermula.

v. Luas kawasan sampel pemeriksaan perlu melebihi 10 - 20% dari kawasan tuaian yang telah dijalankan.

(2)

vi. Bancian perlu dijalankan bersama wakil pihak ladang sebagai pengesahan pemeriksaan yang dijalankan.

vii. LQI yang menjalankan pemeriksaan perlu menjalani latihan dan mempunyai kemampuan untuk membuat pemeriksaan nilai hasil tertinggal di ladang. viii. Pihak ladang bersama Area Quality Supervisor (AQS), perlu menyusun

program dan membuat pemeriksaan berkala kerja-kerja yang dijalankan oleh LQI.

ix. Laporan hasil pemeriksaan perlu dikeluarkan setiap hari kepada pihak ladang dan salinan ke wilayah atau zon.

1.2.4 PERALATAN DAN BAHAN

i. Peta Ladang ii. Borang Bancian iii. Clip Board iv. Pen atau Pensil v. Mesin Kira

vi. Digital Camera ( jika perlu )

vii. Alat Undian - Bernombor 1 hingga 10.

1.2.5 PANDUAN PRODUKTIVITI

Aktiviti Tenaga

Kerja/M.Day Luas Kawasan

Pemeriksaan hasil tertinggal di ladang

2 LQI 100 hek kawasan tuai

* Nota : bergantung kepada bentuk muka bumi ladang dan jumlah sampel hasil yang tertinggal di ladang

   

(3)

1.2.6 KAEDAH

Persiapan Pihak Ladang

i. Pihak ladang perlu mengadakan sistem menuai B 8 dan keluasan setiap kawasan di antara 400 hingga 500 hektar.

ii. Kawasan menuai B 8, perlu ditandakan di dalam peta peringkat setiap ladang. iii. Pihak ladang perlu melabel setiap baris/teres di dalam blok menuai yang telah

ditentukan.

iv. Melabel bertujuan untuk memudahkan proses pemeriksaan dan seterusnya membolehkan pemeriksaan dijalankan secara lebih terperinci dan tepat.

v. Kedudukan dan cara melabel bergantung pada umur pokok sawit dituai, seperti berikut:

1. Bagi pokok berumur di bawah 3 tahun tuai, melabel perlu menggunakan zink plate atau plastik. Label ditulis menggunakan cat dan digantung pada pelepah dengan ketinggian 1.3 meter.

2. Bagi pokok berumur 4 tahun tuai ke atas, label perlu ditulis di pangkal keratan pelepah dengan ketinggian 1.3 meter

vi. Kedudukan label mestilah jelas dan boleh dilihat dari jalan pertanian dengan jelas.

vii. Ukuran label perlu berukuran 25 cm x 19 cm dengan warna dasar hitam dan tulisan putih.

viii. Label tersebut perlu dijaga dan perlu diganti atau ditulis semula sekiranya di dalam keadaan yang tidak jelas.

ix. Maklumat yang perlu ditulis dilabel ialah No Blok, No. Baris/Teres dan Bil. pokok dalam barisan/teres. Contoh seperti berikut:

   

(4)

CONTOH LABEL DAN MAKLUMAT YANG PERLU DITULIS

x. Maklumat label perlu direkodkan dalam “Buku Maklumat Asas Ladang” dengan tepat dan betul, seperti berikut:

1. Peringkat 2. Blok

3. No baris/teres

4. Bilangan pokok dalam baris/teres Pelaksanaan Pemeriksaan

i. Pemeriksaan kehilangan hasil di ladang perlu diselaraskan oleh AQS bersama pihak ladang.

ii. Temu janji perlu diatur bersama pihak ladang, sebelum 15 jam pemeriksaan dimulakan.

iii. Pihak ladang perlu menyediakan wakil untuk bersama menjalankan bancian di ladang.

iv. AQS atau LQI perlu mendapatkan maklumat asas ladang, peta kawasan, blok menuai dan jadual menuai sebelum menjalankan pemeriksaan di ladang.

v. Undian nombor baris/teres untuk memulakan bancian perlu dilakukan setiap blok sebelum menjalankan pemeriksaan.

25 CM 19 CM Bilangan  Pokok Dalam   Baris / Teres 

B  38 

19 

No  Blok  No Baris /  Teres

(5)

vi. Wakil pihak ladang perlu mencabut satu nombor dari sepuluh nombor dari alat undi.

vii. Nombor undian menentukan nombor barisan/teres pertama masuk dan keluar untuk memulakan pemeriksaan.

viii. Barisan kedua untuk menjalankan pemeriksaan adalah setiap 10 baris dari no baris yang telah diundi.

ix. Sebagai contoh No 8 telah diundi. No barisan/teres 8 masuk dan keluar pada baris/teres 9. Barisan kedua adalah baris/teres no.18 masuk dan keluar baris/teres no.19 dan seterunya setiap 10 baris/teres. Seperti contoh berikut: CONTOH MEMULAKAN BARISAN PERTAMA PEMERIKSAAN

(6)

x. Undian perlu dibuat setiap kali memulakan pemeriksan setiap blok menuai yang baru.

xi. LQI perlu menggunakan borang pemeriksaan hasil tertinggal di ladang seperti contoh “Borang Pemeriksaan 01”.

xii. Data yang perlu direkodkan di dalam Borang Pemeriksaan 01 ialah: 1. Buah relai tidak dipungut bulatan dan tapak buah

2. Tandan BTS telah dituai tetapi tidak dikeluarkan 3. Tandan BTS yang masak tidak dituai

4. BTS muda telah dituai tetapi diperam di ladang

xiii. Data dari pemeriksaan perlu dianalisa dan ditukarkan kepada nilai “Ringgit Malaysia (RM)”, menggunakan borang pengiraan hasil/hektar seperti “Borang Pemeriksaan 02”. Lapuran ini perlu dikeluarkan setiap hari kepada Pengurus Ladang dan salinan ke AQS.

xiv. AQS perlu membuat rumusan nilai kehilangan hasil setiap projek di kawasannya, menggunakan borang rumusan seperti “ Borang Pemeriksaan 3”.

xv. Borang rumusan nilai kehilangan hasil perlu dimajukan ke Jabatan Pengurusan Kualiti dan Alam Sekitar setiap minggu dan salinan kepada Pengurus Besar Wilayah ladang terlibat.

1.2.7 KAWALAN

i. Pemeriksaan perlu dijalankan dua hari selepas kerja menuai siap dijalankan. ii. Gambar perlu diambil pada sampel yang luar biasa terdapat semasa

menjalankan pemeriksaan.

iii. Pihak ladang perlu menandatangani borang pemeriksaan 01, selepas pemeriksaan siap dijalankan.

iv. Pihak ladang mesti mengambil tindakan segera di atas keputusan hasil pemeriksaan yang telah dijalankan.

(7)

1.2.8 KESESUAIAN PELAKSANAAN

Setiap kawasan tuaian di ladang perlu melepasi dua kali pemeriksaan kehilangan hasil tertinggal di ladang setiap minggu. Pemeriksaan perlu dijalankan bersama pihak ladang bagi mengelakkan perkara berbangkit.

1.2.9 ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membuang sampah merata dan melakukan pembakaran terbuka.

1.2.10 KESELAMATAN

i. LQI yang menjalankan pemeriksaan perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri seperti Kasut Keselamatan.

ii. Setiap kumpulan pemeriksaan perlu mempunyai 2 orang LQI.

1.2.11 PETUNJUK KEJAYAAN

i. Pihak ladang dapat meningkatkan mutu penuaian BTS. ii. Penuai tidak lagi menuai BTS Muda.

iii. Penuai memungut dan mengeluarkan buah relai sepenuhnya ke tapak buah. iv. Penuai mengeluarkan BTS sepenuhnya ke tapak buah.

v. Berlaku peningkatan pengeluaran hasil, setiap ladang meningkat melebihi 2 m.tan/hektar/tahun.

vi. Peningkatan kadar perahan minyak (OER) meningkat setiap kawasan.

1.2.12 RUJUKAN

i. Pekeliling QAMS Tanaman Sawit - (FASSB).

(8)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MELABEL POKOK SAWIT MUDA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MELABEL POKOK SAWIT MATANG

(9)
(10)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 PUSINGAN  MENUAI

BIL PERKARA  NO  BARIS JUMLAH

Bil. Pokok Diperiksa TARIKH PEMERIKSAAN DIBUAT Bil. Tandan Dituai Bil. Tandan Masak Tidak Dituai Bil. Tandan Dituai Tidak Bawa Keluar Bil. Tandan Muda  Dituai Dan Diperam Bil. Buah Relai Tidak Dikutip Di Bulatan  Bil. Buah Relai Tidak Dikutip Di Tapak Buah  Pusingan Menuai Mengikut Masa/Lewat/Sangat Lewat Pengangkutan BTS Ke Kilang  Hari Yang Sama/ Hari Berikutnya/Melebih 48 Jam Nama Pemeriksa ( LQI ) Tandatangan Disahkan Oleh AQS Nama Wakil Ladang  Nama Jawatan Tarikh Tandatangan Tandatangan    

(11)

 PEMERIKSAAN BULAN :  1 2 3 4 5 6 7 8 9 KPG  [ % ] Harga BTS  [ RM ] Bilangan Tandan Muda Dituai & Diperam Bilangan Buah Relai Tidak Dikutip Di Bulatan

Bil. Perkara  TARIKH PEMERIKSAAN

Peringkat Blok Tuaian Bilangan Buah Relai Tidak Dikutip Di Tapak Buah Diisi Mengikut Peringkat  Setiap Awal Bulan Luas Blok Tuaian Bilangan Pokok Diperiksa Bilangan Tandan Masak Tidak Dituai Bilangan Tandan Dituai Tidak Dibawa Keluar

(12)

(Hektar) Pkt Hek (Hek) (Kg/Hek/Pus) (RM/Hek/Pus) (Kg/Hek/Pus) (RM/Hek/Pus) (Kg/Hek/Pus) (RM/Hek/Pus) (Kg/Hek/Bln) (RM/Hek/Bln) GRED A B C D Dirian  Pokok /  Hek Anggaran Kehilangan Hasil  Sebulan Kehilangan Hasil Buah Relai  BTS  Jumlah  MINGGU No Nama Ladang Luas diperiksa BORANG LQI 03 ‐ CQC  Jumlah  Pokok  Disampel Sangat Tinggi 0.75 ‐ 1.00 1.00 ‐ 1.25 Luas  Disample Luas  Ladang KAWASAN LADANG / KILANG     BULAN 0 ‐ 0.75 Gred  Pusingan Ini Pusingan Lepas > 1.25  GRED KEHILANGAN HASIL ( BTS & BUAH RELAI ) TAHAP KG/HEK/PUS Baik Sederhana Tinggi    

Referensi

Dokumen terkait

• Karena file digital yang telah diberikan watermark masih rentan (kurang kuat menghadapi serangan) terhadap proses pengolahan file (modifikasi file) yang akan mempengaruhi

Perancangan campuran beton sesuai target kuat tekan yang hendak dicapai dilakukan dengan mengacu data agregat kasar dan agregat halus yang merupakan gabungan dari dua jenis pasir

Seperti yang tertuang dalam ungkapan, Kudu paheuyeuk-heuyeuk leungeun (Harus saling berpegangan tangan). Manusia merupakan makhluk sosial. Satu sama lain saling

Tenaga teknis bersertifikat yang dibutuhkan disini adalah tenaga teknis bersertifikat yang dimiliki oleh distributor/dialer dari pada produk yang ditawarkan dan

foto-foto, buku, dan artikel. Adapun hasil yang telah didapat oleh peneliti, mendapatkan beberapa dokumentasi yang dapat mendukung dan membantu dalam proses

Setiap pelayanan yang diberikan selalu diselesaikan dengan baik o1eh pegawai kecamatan yang memberikan pelayanan Pegawai kecamatan selalu taat dan patuh terhadap perintah atasan

Saya harap anda akan mengisi 2 bagian contoh soal latihan Tes Karakteristik Pribadi dibawah ini, yang terdiri dari Bagian 1 berjumlah 18 Soal Latihan dan Bagian 2 17 Soal

Balamang bagi keagamaan dimana tradisi ini yang dilakukan oleh masyarakat Ujung Pasir saat datangnya bulan suci Ramadhan juga menyimbolkan adanya penghormatan