• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL KERTAS KERJA KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK KENALI POTENSI DIRI SIRI 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL KERTAS KERJA KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK KENALI POTENSI DIRI SIRI 2"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KERTAS KERJA

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK “KENALI POTENSI DIRI”

SIRI 2

(2)

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK “KENALI POTENSI DIRI” SIRI 2

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Y. Bhg. Datuk Prof. Naib Canselor bagi mengadakan Program Kecemerlangan Akademik “Kenali Potensi Diri” Siri 2, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal bagi Semester 2 Sesi 2011/2012.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ingin memastikan prestasi pelajar dapat dipertingkatkan dari segi sahsiah peribadi dan akademik. Justeru itu, motivasi ke arah pembangunan individu yang tinggi adalah amat penting bagi memastikan usaha yang berterusan dapat dikekalkan di kalangan pelajar.

2.2 Penekanan yang akan diberikan dalam program ini adalah: (a) Kesedaran kendiri

(b) Pembangunan individu (c) Penyelesaian masalah (d) Kreativiti

2.3 Berikutan dari itu, Jawatankuasa Penasihatan Akademik FKM dengan kerjasama Jabatan Termal Bendalir, Jabatan Struktur dan Bahan, Jabatan Rekabentuk dan Inovasi, Jabatan Automotif dan Jabatan Pengajian Diploma telah merancang untuk mengadakan program tersebut di:

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka. 3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Satu program peningkatan sahsiah diri yang melibatkan pelajar-pelajar FKM bakal diadakan dengan harapan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik dan sahsiah peribadi mereka. Sasaran program ini adalah untuk semua kategori akademik pelajar dengan ±85% khas untuk pelajar yang mempunyai CGPA dibawah 2.30 supaya mereka dapat mepertingkatkan prestasi akademik mereka. Program ini antara lain akan

(3)

(b) Menanam ciri-ciri murni seperti keikhlasan, kejujuran, ketulusan, tanggungjawab, kesopanan dan lain-lain yang akan membangunkan individu pelajar.

(c) Potensi keupayaan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (d) Kreativiti.

3.2 Sebagai makluman, program seumpama ini telah pun dijalankan pada tahun – tahun sebelum ini. Pihak fakulti melihat terdapat perubahan dari segi prestasi pelajar yang mengikuti program seumpama ini. Melalui program seperti ini, ia telah berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan ianya suatu yang amat membanggakan kerana sedikit sebanyak hasrat dan objektif program ini tercapai. Lampiran 1 menunjukkan keputusan pelajar yang mengikuti Kem Kecemerlangan Akademik untuk semester 2 Sesi 2010/2011.

4.0 PENYERTAAN

4.1 40 orang pelajar. Enam pelajar dengan CGPA 3.00 keatas dan selebihnya CGPA dibawah 2.30 (maksimum 8 pelajar/jabatan). Pelajar dipilih berdasarkan CGPA yang diperolehi pada semester 1 Sesi 2011/2012 .

4.2 Fasilitator.

4.3 Ketua-ketua jabatan.

i) Jabatan Automotif

ii) Jabatan Struktur Bahan (Dr Zulkifli Selamat)

iii) Jabatan Rekabentuk Inovasi (Dr. Abdul Rahman Dullah) iv) Jabatan Termal Bendalir (Dr Yusmady Mohamad Ariffin) v) Jabatan Pengajian Diploma (En Faizil Wasbari)

4.4 Urusetia dan Jawatankuasa pelaksana program. 5.0 LOKASI DAN TARIKH

Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tarikh : 24-26 Februari 2012

Tentatif Program : Rujuk Lampiran 2.

6.0 URUSETIA DAN JAWATANKUASA PELAKSANA

(4)

7.0 FASILITATOR DAN PENCERAMAH Fasilitator terdiri daripada staf FKM.

8.0 PENGISIAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan oleh staf-staf FKM dan sebahagian pengisian akan disampaikan oleh penceramah atau fasilitator daripada Kompleks Falak Al Khawarizme. Modul-modul pengisian program boleh dirujuk Lampiran 4

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran jumlah kewangan yang terlibat adalah seperti berikut : a) Pakej Penginapan, Makan dan Minum, Kemudahan, Aktiviti

i) 8 pelajar JTB ii) 8 pelajar JRI iii) 8 pelajar JSB iv) 8 pelajar JA v) 8 pelajar PD vi) 5 wakil jabatan

vii) 7 ahli urusetia dan pelaksana program viii) 3 Fasilitator

(Rujuk Lampiran 5 untuk quotation) b) Hadiah aktiviti c) Banner/Backdrop d) Kecemasan RM 7,150.00 RM 300.00 RM 300.00 RM 200.00 JUMLAH RM 7,950.00 10.0 SYOR

Dengan segala hormatnya pihak jabatan memohon Y. Bhg. Datuk Prof. Naib Canselor mempertimbangkan aktiviti ini dan seterusnya meluluskan permohonan untuk mengadakan program ini.

(5)
(6)

Lampiran 2

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK “KENALI POTENSI DIRI” FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL Tempat : Kompleks Al Falak Al Khawarizme

Tarikh : 24 - 26 Februari 2012 HARI/ MASA 5.45 – 6.50 7.00 – 8.00 8.30 - 10.30 10 .30 -11 .00 11.00 - 1.00 1.00 2.15 2.15 - 3.45 3.45 - 5.15 5.15 -5.30 5.30 – 6.30 6.30 7.00 7.15 9.00 9.00 - 11.00 11 .00 - 11 .30 11 .30 - 5.30 Jumaat Pelajar bergerak dari Kampus Industri, UTeM ke Kompleks Falak Al Khawarizme Min um P et ang & S olat As ar Pendaftaran Makan Ma lam So lat Ma ghrib/ Tazk ira h & S ol at Isy ak ( Fas i 3) Taklimat dan Pengenalan. Sesi Ice Breaking dan pembahagian kumpulan (Urusetia) Min um Ma lam Re hat /T idu r Sabtu So lat S ubuh & T a zk ira h (F as i 3) Riada h P ag i/ Sar ap an P ag i Modul 1 (Fasi 1) Min um P ag i/ Re hat Modul 2 (Fasi 2) Makan T en ga har i/ So lat Tayangan Planetarium & 3D (Al Falak Al Khawarizme) Aktiviti Teambuilding (Al Falak Al Khawarizme) Aktiviti Teambuilding (Al Falak Al Khawarizme) Aktiviti Cerapan Bintang (Al Falak

Al Khawarizme)

(7)

Lampiran 3

URUSETIA DAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat & Pengerusi Jawatankuasa Penasihatan Akademik FKM En. Imran Syakir bin Mohamad

Pengarah

En. Mohd Nur Azmi bin Nordin Setiausaha

Cik Suhaila Binti Mohd Yusof Bendahari

Cik Nur Hazwani Binti Mokhtar AJK Aktiviti dan Riadah

En. Fadhli bin Syahrial AJK Tempahan En. Md. Isa bin Ali AJK Hadiah dan LDK Cik Siti Nor Habibah Binti Hassan

AJK Peralatan dan Jurugambar En. Noorhasyuddin bin Mohd Basri

(8)

Lampiran 4

MODUL-MODUL AKTIVITI Aktiviti 1

BIJAK-BIJAK

(Tujuan: Menguji Kecerdasan Minda)

ARAHAN:

Berapakah jumlah segiempat diatas dan terbitkan satu formula matematik untuk mendapatkan jumlah segiempat tersebut?

Aktiviti 2

LAUTAN BERASID

(Tujuan: Membentuk Kerjasama Kumpulan)

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 6 petak dan dikehendaki menyeberang daripada garisan mula ke garisan tamat yang telah ditetapkan tanpa memijak keluar daripada petak yg dibekalkan. Kumpulan pertama yang berjaya ke garisan penamat adalah pemenang.

Garisan tamat Garisan mula

(9)

Aktiviti 3

TELEFON BERKARAT

(Tujuan Aktiviti: Kemahiran Mendengar, Menyampaikan dan Menulis.)

Setiap kumpulan duduk dalam barisan memanjang. Penerima cerita hendaklah orang pertama dalam barisan dan penulis cerita adalah orang terakhir di dalam barisan. Fasilitator akan menyampaikan cerita kepada Penerima cerita, ia akan menyampaikan cerita kepada setiap ahli secara berbisik sehinggalah cerita tersebut sampai kepada penulis cerita. Penulis cerita dikehendaki menulis semula cerita tersebut dipapan putih. Kumpulan yang paling tepat ceritanya dikira sebagai pemenang.

i) Jepun jalan-jalan jumpa Jamal, jepun jolok jambu, jamal jerit “jambu jatuh, jambu jatuh (14 pp)

ii) Kakak ku kata kuku kaki kiri ku kaku, lalu ku kikis-kikis kuku kaki kiri ku (16 pp)

iii) Tentera tengah tolong tolak todak, tiba-tiba tentera ternampak taik, tentera terus tembak taik tersebut. “Tiung!” tenggelam timbul, “Tiung!” tenggelam timbul. (21 pp)

Aktiviti 4

GELUNG KERTAS

(Tujuan Aktiviti: Kerjasama)

Setiap kumpulan dibekalkan satu kertas A4. Ahli kumpulan perlu berbincang bagaimana untuk membuat gelung kertas dengan menggunakan kertas tersebut supaya ianya berjaya memuatkan kesemua ahli dengan syarat gelung kertas tersebut tidak koyak/rosak. Gunting tidak dibenarkan. Kumpulan yang berjaya dikira pemenang.

(10)

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Gerakkan 1 anak panah untuk jadikan 4 segitiga

2. Gerakkan 3 anak panah untuk jadikan ikan berenang bertentangan arah

3. Gerakkan 2 anak panah untuk jadikan lembu pandang ke kanan

4. Gerakkan anak panah mengikut arahan berikut:- i) 4 anak panah supaya membentuk 3 segiempat ii) 3 anak panah supaya membentuk 2 segiempat iii) 3 anak panah supaya membentuk 2 segiempat

(11)

6. Isikan petak dengan nombor 1 hingga 8 dengan syarat nombor berturut tidak boleh bersebelahan

7. Pecahkan kepada 4 bahagian (mestilah simetri)

(12)

9. Bentukkan satu persamaan matematik dengan menggunakan nombor berikut untuk mendapatkan hasil 100 dengan syarat menggunakan kesemua operasi matematik iaitu ( + , - , x , ÷ )

1 7 7 7 7

10. Tukarkan salah satu digit sahaja di dalam persamaan matematik di bawah dengan mengekalkan kesamaan pada persamaan tersebut.

(13)
(14)

Referensi

Dokumen terkait

Pada Matahari Mall Banda Aceh taghrir tidak terdapat dalam shighat akad maupun objek akad, namun taghrir terdapat pada pelaksanaan discount dengan menggunakan kartu member

Pada tahun 1966, tepatnya setelah meletusnya G.30 S.PKI pada tahun 1965, diadakan Sidang Umum MPRS yang menetapkan status pendidikan agama di sekolah-sekolah berubah

Faktor resiko penyebab faringitis yaitu udara yang dingin, turunnya daya tahan tubuh yang disebabkan infeksi virus influenza, konsumsi makanan yang kurang gizi, konsumsi alkohol

Dari penjelasan di atas jelaslah bahwa taman hiburan yang di dalamnya termasuk taman rekreasi tlogomas Kota Malang juga turut merupakan penyuplai pendapatan asli

Persentase kelangsungan hidup larva ikan baung terendah terdapat pada perlakuan S3 (6ppt) yaitu 71,67 %, larva ikan baung lebih sulit untuk mentolerir salinitas

Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh gambaran tentang penampilan keturunan hasil persilangan timbal balik pada ayam Kedu hitam dan ayam Kedu putih, yaitu bobot tetas,

Setelah membahas hasil rekap data tanggapan responden dari sub-variabel attention, interest, search, action, dan share maka akan dilanjutkan dengan pembahasan

Tugas Akhir Karya Seni ini bertujuan untuk mendeskripsikan konsep, tema, bentuk, dan teknik penciptaan kriya logam, yaitu perhiasan. Karya ini mengangkat objek