• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan. 3 kategori undang-undang - R.O.Winstedt. BBM 3104 Kuliah 9 & 10 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan. 3 kategori undang-undang - R.O.Winstedt. BBM 3104 Kuliah 9 & 10 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BBM 3104 Kuliah 9 & 10

BAHASA MELAYU ABAD KE-18

SASTERA UNDANG-UNDANG

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma

Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti

Bahasa Moden dan Komunikasi,

UPM

Pengenalan

Undang-undang Melayu wujud sejak

pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.

Lebih merupakan arahan-arahan atau titah

raja kerana pengubalannya dibuat oleh raja.

Dengan yang demikian, raja adalah

pemutus bagi setiap hukuman

Contoh:

Hukum Kanun Melaka

Undang-undang laut Melaka

Undang-undang Pahang

Undang-undang Kedah

3 kategori undangundang

-R.O.Winstedt

1. Kumpulan Adat Perpatih –

keturunan Minangkabau di

N.Sembilan. Dalam bentuk

perbilangan

2.Kumpulan Adat

Temenggung-terbahagi kepada 3 bahagian:

 a. hukum mengenai perlembagaan, jenayah dan

b

. undang-undang di pelabuhan bagi menjaga

kepentingan kapal-kapal dan saudagar.

c. Undang-undang pelayaran atau

undang-undang laut

3 Undang-undang Islam- mirip kepada

ajaran Shafie dan banyak menghuraikan

hal-hal tentang perkahwinan dan cerai

talak

▸ Baca selengkapnya: contoh bodynote undang-undang

(2)

Kandungan Teks undang-undang

Berkaitan dengan adat-istiadat diraja

Undang-undang Islam

kuasa raja dan pembesar

undang-undang jenayah

undang-undang awam

adat istiadat raja dan pembesar

Aspek yang difokuskan

Penyebaran undang-undang

Sejarah undang-undang

Perbezaan undang-undang

a. corak pemerintahan

b sistem perkahwinan

c penceraian

d pembahagian harta

e pelaksanaan hukuman

Sifat Umum Sastera

Undang-undang

 Tidak sama dengan kod undang-undang pada hari ini.  Hanya sebagai digest- R.J. Wilkinson

 Berguna dari sudut undang-undang, filologi (analisis saintifik tentang rakaman bertulis dan teks sastera) dan budaya Kajian melibatkan

 a. Corak persembahan  b mitos asal usul  c. kedudukan raja

 d Diskriminasi dalam menjatuhkan undang-undang  e. Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu

Corak persembahan

Menghampiri sifat sastera tradisional.

bermula dengan bismillah dan selawat

serta pujian kepada nabi dan Allah.

Contoh undang-undang Inderagiri,

Undang-undang Riau, Adat

Temenggung dsb.

(3)

Mitos Asal-usul

 Asal-usul keturunan dan pembukaan sesebuah negara

 Contoh HKM – tokoh Iskandar Zulkarnian  HK Pahang dan Undang-undang Sembilan Puluh

Sembilan- Raja Nusyirwan Adil dari Parsi  Sejarah Melayu dan Misa Melayu- Iskandar

Zulkarnian

 Tuhfat al Nafis- Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis.  Hikayat Acheh- Iskandar Zulkarnian dgn Dewa

Visynu

 Kaitan tokoh- menaikkan imej pengasas dalam kalangan rakyat dan raja.

Kedudukan raja

Raja sebagai tonggak hieraki  dari segi keturunan dan kepercayaan  Pakaian dan adat istiadat  Kuasa melantik pembesar  Peribadi raja

 Konsep setia dan derhaka

Konsep daulat dan tulah berkaitan dengan „divine king‟ dan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba “  SM ms 19. Maka sembah Demang Lebar Daun ” Adapun

Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak”

Konsep Daulat dan Tulah

SM m.s 20

Maka titah Sang Sapurba,” Hendaklah pada

akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba

jangan durhaka pada anak cucu hamba kita,

jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun”

Maka sembah Demang Lebar Daun,

Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah

Diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman

Keistimewaan kepada golongan

atasan atau golongan bangsawan

Seseorang yang melakukan kesalahan

ke atas pembesar akan dijatuhi

hukuman yang lebih berat jika

dibandingkan dengan kesalahan

dengan orang biasa.

(4)

Pengaruh undang-undang Islam dan

Hindu

Isinya bercampur aduk

Pengaruh Islam lebih menonjol

Undang-undang HKM dianggap sebagai

Undang-undang Melaka lengkap (proper)

oleh Liaw Yock Fang (LYF)

Ph.S.van Ronkel- HKM ada sedikit hukum

Islam tetapi LYF –HKM ada 44 fasal dan

banyak hukum Islam.

sambungan

 Undang-Undang Pahang (UUP) lebih banyak mengandungi undang-undang Islam jika dibandingkan dengan HKM

 R.O. Winstedt dan J.E Kempe membahagikan undang-undang Pahang kpd:

 Fasal 1-Fasal 23- memperlihatkan pewarnaan Hindu

 Fasal 24-Fasal 60- terjemahan secara langsung hukum Islam mazhab Syafie  Fasal 68-92 – campur aduk undang-undang Islam

dengan unsur-unsur tempatan

sambungan

HKM bersifat campur aduk sumber

Hindu dan Islam. Contoh;

“ adapun pada hukum kanun,

disuruh berlawan berselam air atau

minyak atau timah. Maka disuruh tulis

ayat al-Quran pada tembikar kuali

itu….(m.s 133).

Undang-undang Islam

 Pengaruh Islam lebih menonjol dalam teks Itqan al-Muluk bin Ta‟dil al Suluk (Terengganu) dan Thamarat al-Muhimmah (Riau)

 Itqan al-Muluk bin Ta‟dil al Suluk- mengandungi 53 fasal menceritakan zaman pentadbiran Sultan Zainal Abidin III

 Thamarat al-Muhimmah karya Raja Ali Haji (Riau)-mengandungi 3 bab dan 17 fasal membincangkan konsep raja dan kerajaan daripada pandangan Islam.

 Mengikut Raja Ali Haji, muncul raja atas 3 sebab, iaitu a) bai‟ah- daripada ulama, b) istikhlaf –sebab penggantian dan c) taghlab – sebab paksaan dan kekerasan.

(5)

Thamarat al-Muhimmah

Bab 2 membincangkan tugas-tugas

kadi dan tertib di makhmah.

Bab 3 membincangkan aspek

pembersihan diri dari segi rohani dan

jasmani.

Undang –undang perhambaan

 Undang-undang terletak di tangan golongan yang kuat  Dlm HKM – ada kategori hamba:

 Hamba pinjam

 - jika mati hamba yang dipinjam tanpa izin  tuannya - dikehendaki bayar sepenuhnya  - jika mati hamba yang dipinjam dengan izin –  dibayar sepertiga harga

 Hamba raja

 lebih tinggi dpd kalangan hamba sendiri.  tidak boleh dipalu. Merdeheka akan dihukum masuk  ulur dan abdinya dikerat lehernya.

 Bagi hamba perempuan- mas kahwin digandakan,  orang merdeheka akan masuk ulur atau dibuang negeri.

sambungan

Hamba berhutang – isteri akan mewarisi

sepertiga sahaja hutang jika sipiutang

meninggal dunia.

Di Perak, bayaran menebus diri ialah $25.

atau 100 bidur

Dua sistem – sistem mengiring (menyerah

tenaga dan khidmat kpd tuannya) dan

Perhambaan di Perak

Abdi – Batak, Sakai dan Habsyah

Hamba raja

Hamba berhutang

Hamba berhutang disebabkan perkahwinan

dgn perempuan berhutang

Anak isteri hamba berhutang

(6)

Kelemahan Sastera Undang-undang

Kurang membincangkan pembahagian

harta

Bercampur aduk melalui fasal 6 HKM

(rujuk m.s 143-144)

Undang-undang lain yang bercampur

aduk – Undang-undang Kedah

Gaya bahasa

“ Naskhah undang-undang Melayu

lama itu misalnya dapat menunjukkan

kepada kita gaya penulisan atau gaya

bahasa pada suatu zaman dalam

sejarah kesusasteraan Melayu” –

Mohd Taib Osman

Gaya bahasa

 Gaya bahasa sastera kitab, contoh penggunaan „fasal‟ „hukuman‟ dsb

 Ayat panjang dan berbelit-belit.

 Ada pengaruh Inggeris terutama HKM dan HKP yang ditulis pada abad ke-16 dan ke-17  Terdapat unsur bahasa Sanskrit dan Arab  Lebih bersifat konotatif lantaran adanya

penggunaan metafora, pantun dan perumpamaan. Contoh dalam undang-undang Adat Perpatih. Undang-undang Minangkabau terdapatnya gabungan bahasa prosa dan puisi

Contoh : penceraian dalam Adat

Perpatih

Dalam Adat Perpatih, selain menggunakan

hukum syarak dalam proses perceraian,

terdapat proses tertentu sebagai tambahan

yang dipanggil sebagai

bersuarang.

Suami

akan mengadakan jamuan kecil dan

menjemput keluarga daripada kedua-dua

pihak dan di sinilah segala permasalahan

akan dibincangkan:

Kok kusut diselesaikan

Kok keruh dijernihkan,

(7)

Sekiranya berlaku juga penceraian,

soal pembahagian harta adalah seperti

dalam teromba yang berikut:

Ada pertemuan dinikahi

Habis pertemuan diceraii

Cari bahagi,

Dapatan tinggal,

Pembaca kembali

Sekutu belah

Suarang beragih

Undang-undang Melayu lama

 Undang-undang Melayu lama berbeza di antara

setiap negeri.

 Dipercayai Hukum Kanun Melaka (HKM) atau Undang-undang Melaka yang tertua, lebih tua daripada Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Acuan bagi membuat undang-undang yang lain.

 Mengikut Sejarah Melayu- HKM disusun dalam pemerintahan Sultan Muzafar Shah (1446-1456TM) tetapi diatur dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511TM)

Hukum Kanun Melaka(HKM)

Dipercayai dibuat oleh Iskandar

Zulkarnian.

Dapat dibahagikan kepada 3

bahagian- Prof Taib Osman

a. undang-undang berkenaan dengan

adat lembaga negeri

b. berkenaan dengan perkara-perkara

Menerangkan adat-adat raja dan

larangannya,tugas-tugas bendahara,

temenggung, bendahari dan syahbandar.

Fasal satu- larangan kepada rakyat

memakai pakaian kuning, pakaian nipis,

memakai keris berulu emas dsb.

Diterangkan juga empat perkara yang

menjadi syarat raja dan hamba iaitu

pengampunan, murah hati, sabar dan

berlaku adil.

(8)

 Fasal ketiga- larangan kepada rakyat menggunakan payung kuning.

“ …segala orang besar-besar dan orang-orang yang mulia-mulia dan rakyat yang mati tiada boleh berpayung kuning dan berpundai dan menghambur dirham melainkan dengan kurniaan raja…”

 Fasal keempat – hukum negeri dan anak sungai serta dusun tertakluk pada negeri itu.

 Fasal kelima- mengenai perbuatan jenayah  Fasal keenam- mengenai orang yang mengamuk  Fasal ketujuh- hukum membunuh hamba abdi

 Fasal kelapan hukum menetak orang antara orang yang merdeka dengan hamba abdi.

 Fasal kesembilan- orang yang berhak membunuh, iaitu Bendahara sewaktu menangkap orang, syahbandar jika arahannya tidak dipatuhi dan nakhoda ketika berada di laut

 Fasal ke-11- tentang mencuri

 Fasal ke-12 hukum menawan anak isteri orang  Fasal ke-13 mengenai menjual titah

 Fasal ke-14 perihal tuduh menuduh dan sangkal menyangkal

 Fasal ke-16 mengenai fitnah memfitnah

 Fasal ke -18 hukum membunuh orang dan memasuki kampung orang.

 Fasal ke-21 tentang kerbau menanduk orang atau membinasakan tanaman.

 Fasal ke-22 mengenai orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat melunaskan hutang.

Kesimpulan: HKM meliputi seluruh segi hidup daripada adat raja, larangan, tanggungjawab pegawai hinggalah hukum jenayah dan awam kecuali pembahagian harta

Undang-undang Laut Melaka

(ULM)

R.O Winstedt- ULM digubal untuk

kegunaan kapal-kapal Bugis yang

datang berniaga ke Melaka.

Prof Taib Osman- ULM untuk

keperluan perdagangan

ULM dimulai dengan ayat-ayat suci

al-Quran.

Fasal satu- tentang tugas-tugas pegawai dalam

perahu.

Fasal kedua-hukum zina. Hukum berzina boleh

dihukum bunuh atau didenda atau dujadikan

hamba oleh nakhoda.

Fasal ketiga – tentang harta yang dicari.

Menjadi milik nakhoda dan diberi kepada

pencari atas pertimbangan nakhoda.

Fasal keempat, kelima dan keenam – tentang

orang lari dari kapal, orang yang ditolong

semasa kapal karam dan hukum memaki

hamun.

(9)

Rumusan ULM

Meliputi segala perbuatan semasa

pelayaran.

Memasukkan unsur Islam seperti

muslim hendaklah sentiasa

mengerjakan suruhan Allah.

Secara tidak langsung

menggambarkan kebiasaan raja dan

orang-orang besar dalam bidang

perniagaan dan menjaga kepentingan

diri sendiri

Undang-undang Pahang (UP)

Terbahagi kepada tiga bahagian:

a. bersangkutan dengan tugas dan

tanggungjawab pegawai-pegawai.

b. tentang jenayah

Hal-hal awam

Lebih kemas daripada HKM.

Tidak banyak campur aduk dalam satu bab

Lebih mirip hukum Islam- lebih

menitikberatkan hukum Allah daripada

perintah raja

Perbezaan dengan HKM- mengenal jual rumah

dan tanah.

Berkait rapat dengan pergerakan masyarakat

dan membicarakan hak-hak wanita

berdasarkan ajaran Islam.

Berbeza dengan HKM dalam Fasal

kedua-huma yang ditinggalkan selain taman-taman,

memasuki kampung orang, pinjam meminjam

barang perhiasan, derhaka kepada raja, jual

beli, hukum zina, murtad, tidak sembahyang,

sabil, bunuh membunuh orang dan binatang

dan hal-hal orang-orang islam yang ditawan

dalam perang, merampas harta dan tugas

pegawai-pegawai mahkamah.

Undang-undang Kedah (UK)

 Mengandungi empat bab:

 a. Undang-undang Seri Paduka mengandungi 16 fasal. Tentang hukum pertanian, ternakan dan tugas-tugas ketua kampung yang mengawal keamanan kampung serta dedikasi dan bertanggungjawab, urusan jual beli dan seumpamanya.

 b. Undang-undang pelabuhan mengandungi 16 fasal – tentang urusan perdagangan, perniagaan di pelabuhan, ketua-ketua yang mengawal perahu dagang dsb.

(10)

Rumusan

Undang-undang Melayu lama- - satu hasil

sastera yang dapat mencerminkan keadaan

hidup dan corak pemikiran masyarakat

Melayu lama.

Menonjolkan gaya penulisan atau gaya

bahasa pada zaman itu.Menggunakan

kiasan serta ibarat. Contoh:

“Jikalau tiada raja-raja itu nescaya tiada

akan tentu ehwal segala rakyat, maka

jadilah mereka itu seperti kambing tiada

bergembala maka dimakanlah oleh yang

kuat akan yang lemah”

Rumusan

Tiga kategori kitab Undang-undang

Melayu

1. Kumpulan Adat Perpatih

2. Kumpulan Adat Temenggung

3. Undang-undang yang berlandaskan

Islam

Undang-undang Melayu tertua

Hukum Kanun Melaka

Undang-undang laut Melaka

Undang-undang Pahang

Undang-undang Kedah

Penutup

 Undang-undang Melayu lama dikatakan satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu.  Menunjukkan gaya penulisan dan gaya bahasa

pada zaman kesusasteraan Melayu lama  Bahasa perlambangan dan ibarat digunakan untuk

menyatakan undang-undang.

 Ini menyerlahkan lagi bahawa unsur keindahan dan kiasan bahasa merupakan salah satu ciri hasil sastera Melayu lama

Referensi

Dokumen terkait

Mandor Pemasangan Rangka Atap Baja Ringan (TS 056) 1

[r]

Dengan ini diberitahukan bahwa setelah diadakan penelitian oleh Kelompok Kerja Konstruksi IV (empat) ULP Kabupaten Lampung Tengah menurut ketentuan – ketentuan yang berlaku,

Kontrak Pekerjaan Yang Sedang Dilaksanakan (jika ada) Demikian disampaikan atas perhatiannya diucapkan terima

Seluruh asli dokumen penawaran Saudara yang telah diunggah melalui LPSE

Apabila dalam waktu tersebut perusahaan Saudara tidak hadir dalam pembuktian kualifikasi dengan alasan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan, maka perusahaan

Make sure that the products or services that you will be offering are desired, do not just decide to open up a store with out doing any market research is like playing craps,

If poker is your game it is a little different, most games depend on luck and all you really need to know if the basics, but poker is totally different because you are playing