• Tidak ada hasil yang ditemukan

contoh soalan peperiksaan pendidikan moral tingkatan 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "contoh soalan peperiksaan pendidikan moral tingkatan 3"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PERMAISURI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL SATU (2013)

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 2 JAM

Nama:__________________________ Kelas:____________ Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak. Jawab semua soalan pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A (50 markah)

Soalan 1 hingga 50. Pilih jawapan yang betul. Hitamkan jawapan anda diruangan yang disediakan pada mukasurat 4 1. Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai

bertanggungjawab, kecuali…

A.

seorang pengurus syarikat menyediakan laporan yang lengkap tanpa sebarang kesalahan.

B.

para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat siber.

C.

juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum

memulakan penerbangan.

D.

cikgu memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti. 2. Pilih kepentingan nilai toleransi.

i. Mewujudkan keamanan dalam masyarakat ii. Mengelak perselisihan faham

iii. Mengelak pergaduhan iv. Mencetus isu perkauman

A. i dan ii C. ii, iii dan iv B. i, ii dan iii D. semua di atas

3. Setiap kelakuan di bawah menunjukkan nilai hemah tinggi, kecuali…

A.

Rosli bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang, tidak kira yang tua atau yang muda.

B.

Rafidah tidak menggunakan kata-kata kesat dalam

pertuturannya.

C.

Zunainah suka bermegah-megah apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

D.

Yong Chai duduk dengan sopan di hadapan tetamu.

4. Gambarajah di atas menunjukkan nilai… A. amanah C. kasih sayang B. bertanggungjawab D. Rasional

Gloria menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya sebelum menonton rancangan

kegemarannya di televisyen.

5. Situasi di atas mengambarkan amalan nilai… A. Kesederhanaan C. Bertanggungjawab B. Kerajinan D. Hemah tinggi

6. Perkataan bertanggungjawab bermaksud…

A. berani menghadapi sesuatu tugas yang diberikan. B. kesanggupan untuk memikul sesuatu tugas dengan

sempurna

C. perasaan bangga apabila diberi kepercayaan melakukan sesuatu tugas.

D. ketabahan dalam menyiapkan sesuatu tugas

7. Mengapakah sikap bertanggungjawab perlu dipraktikkan oleh setiap individu?

A. Mudah mengambil hati majikan

B. Dapat mewujudkan masyarakat yang suka bersaing C. Dapat melakukan sesuatu tugas dengan sempurna D. Dapat mengurangkan kos perbelanjaan

8. Apakah nilai yang perlu menjadi pegangan setiap kakitangan kerajaan terhadap piagam pelanggan yang dipamerkan di pejabat?

A. Rasional C. Bertanguungjawab B. Keadilan D. Kesederhanaan

9. Berikut merupakan ciri-ciri budaya cemerlang kecuali… A. sentiasa berdaya saing

B. mementingkan kuantiti daripada kualiti

C. mempunyai wawasan untuk mencapai kecemerlangan D. mengamalkan etika dalam sesebuah organisasi 10. Mesin fotostat telah rosak ketika digunakan oleh Azman.

Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Azman? A. Meninggalkan mesin fotostat begitu sahaja

B. Melaporkan kerosakan kepada bahagian pengurusan C. Mencuba membaiki kerosakan tersebut

D. Menuduh orang lain yang merosakkan mesin tersebut 11. Apakah kepentingan sikap berhemah tinggi dalam

pergaulan seharian?

A. Dapat mempamerkan kebaikan diri B. Dapat mengelakkan perselisihan faham C. Mudah menerima simpati daripada orang lain D. Meningkatkan kebolehan diri

12. Antara berikut, perlakuan yang manakah bukan menggambarkan nilai hemah tinggi?

A. Mengakui kesalahan yang telah dilakukan B. Tidak bersangka buruk terhadap orang lain C. Berasa malu apabila menerima teguran D. Bersedia memperbaiki kelemahan diri

13. Nilai hemah tinggi merupakan kompenan kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam prinsip…

A. Rukun Negara C. Rang Undang-Undang B. Piagam Negara D. Perlembagaan Negara

(2)

2

14. Dalam suatu mesyuarat, Kavitha telah ditegur oleh

majikannya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Kavitha sepatutnya…

i. tidak bertegur dengan majikannya

ii. menerima teguran itu dengan hati yang terbuka iii. berusaha memperbaiki dirinya

iv. tidak mengendahkan teguran tersebut A. i dan ii C. ii dan iii B. i dan iv D. iii dan iv

15. Amalan berhemah tinggi ketika menerima kritikan mencerminkan perkara berikut, kecuali…

A. kebaikan hati C. kerendahan hati B. kehebatan diri D. kemuliaan peribadi 16. Individu yang mengamalkan sikap toleransi akan…

i. mengambil peluang mencari kesalahan orang lain ii. enggan memahami masalah orang lain

iii. sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi iv. mengelakkan diri dalam sebarang pertelingkahan A. i dan ii C. ii dan iii

B. i dan iv D. iii dan iv 17. Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak

menerangkan nilai toleransi? A. Bersedia memaafkan orang lain B. Menghormati hak orang lain

C. Memberi bantuan kepada saudara-mara sahaja D. Menerima teguran atau pandangan orang lain 18. Yang berikut merupakan ciri-ciri toleransi ketika

menyelesaikan sesuatu masalah? i. menghormati pendapat orang lain ii. sentiasa berpandangan positif

iii. sentiasa bersaing untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik

iv. saling menyalahkan antara satu sama lain A. i dan ii C. ii dan iii B. I dan iv D. iii dan iv

19. Perbuatan yang manakah tidak menggambarkan nilai toleransi?

A. Aizad sentiasa mencurigai kawannya yang pernah melakukan kesalahan

B. Daniel sentiasa mengawal emosinya ketika menyelesaikan sesuatu masalah

C. Trisha sentiasa bersabar apabila dikritik dan ditegur oleh rakannya

D. Dahlia sentiasa tenang apabila menghadapi masalah 20. Sesuatu masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan…

A. berkongsi masalah dengan ramai orang

B. membawa masalah tersebut ke muka pengadilan C. berbincang untuk mencari jalan penyelesaian masalah D. menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah 21. Apakah yang akan terjadi sekiranya alam sekitar tidak

ditadbir dengan baik?

i. Keseimbangan ekosistem terjejas ii. Struktur tanah menjadi tidak seimbang iii. Manusia akan hidup dalam keadaan tertekan iv. Kebahagiaan manusia dan makhluk lain tergugat A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv B. i, ii dan iv D. I, iii dan iv

22. Mengapakah hutan perlu dipulihara? i. Hutan merupakan kawasan tadahan air ii. Hutan menjadi tempat tinggal manusia

iii. Hutan mampu memberi pulangan yang lumayan iv. Hutan merupakan habitat flora dan fauna A. i dan ii C. ii dan iii B. I dan iv D. iii dan iv

23. Mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar?

A. Kerana alam sekitar mampu mempengaruhi kehidupan kita

B. Kerana alam sekitar dapat menjamin kekayaan manusia

C. Kerana alam sekitar menghasilkan kayu-kayan yang berharga

D. Kerana alam sekitar merupakan khazanah yang sangat bernilai

24. Terdapat sesetengah pihak yang memburu hidupan liar semata-mata untuk…

A. memperlihatkan kehebatan berburu

B. mendapatkan organ sebagai penawar penyakit C. memuaskan nafsu berburu

D. menghapuskan spesies haiwan tersebut

25. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang amanah?

A. Sentiasa berpegang kepada janji B. Mengamalkan nilai membenci rasuah

C. Menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya D. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna 26. Yang berikut merupakan etika kerja yang perlu diamalkan,

kecuali…

A. meningkatkan kecekapan kerja

B. menekankan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi C. memberi keutamaan kepada kepentingan individu D. menunjukkan kesetiaan kepada negara dan organisasi

tempat bekerja

27. Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan penerokaan hutan sewenang-wenangnya? A. Mengharamkan pengusaha balak memasuki hutan B. Mewartakan kawasan hutan persendirian

C. Memelihara lebih banyak haiwan liar

D. Menguatkuasakan akta dan undang-undang yang lebih tegas

28. Apakah implikasi daripada sikap seseorang pekerja yang tidak amanah?

A. Mengubah struktur pentadbiran sesebuah organisasi B. Menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi C. Mempengaruhi pekerja yang lain

D. Menimbulkan kemarahan pekerja lain

29. Berikut merupakan tindakan yang perlu ada dalam Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, kecuali…

A. memupuk nilai membenci rasuah B. mematuhi sepenuhnya kod Etika Jabatan C. bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk

memerangi rasuah

D. melaporkan sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis

(3)

3

30. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pihak yang

melakukan pembalakan secara haram? i. Ingin mengaut keuntungan semata-mata ii. Menganggap alam sekitar hak individu iii. Mengeksploitasi khazanah hutan yang bernilai iv. Ingin menghapuskan hidupan liar

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

31. Sikap amanah perlu dipupuk sejak kanak-kanak supaya… A. mereka tidak terpengaruh dengan budaya negatif B. mereka dapat menaikkan imej keluarga

C. mereka sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat D. mereka dapat berbangga dengan diri mereka

32. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga maruah diri? A. Menjaga nama baik diri dan keluarga

B. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

C. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang yang diceburi

D. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan

33. Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk meningkatkan harga diri?

A. Mempunyai pegangan agama yang kukuh B. Menjalinkan hubungan mesra dengan anggota

masyarakat

C. Mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi D. Membanding bezakan kelebihan yang ada pada diri

dan orang lain

34. Yang berikut perlakuan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi emosi, kecuali…

A. berupaya menyelesaikan sesuatu masalah

B. sabar dan tabah ketika berhadapan dengan masalah C. sering meletakkan kesalahan terhadap diri sendiri D. sentiasa bersikap tenang dan sabar

35. Apakah kesan yang akan timbul sekiranya kita tidak mempunyai harga diri?

i. Mudah terjebak dengan gejala negative ii. Dipandang serong oleh masyarakat iii. Hilang pekerjaan dan sumber pendapatan iv. Struktur keluarga tidakakan berkembang A. i dan ii C. ii dan iii B. i dan iv D. iii dan iv

36. Apakah kepentingan mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas?

A. Mendapat pujian daripada pihak atasan

B. Dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri C. Dapat mempamerkan nilai murni yang ada pada diri D. Meraih kepercayaan dan keyakinan daripada orang

lain

37. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif?

A. Mencuba sesuatu yang baru

B. Mempercayai orang yang baru dikenali C. Bijak memilih rakan sebaya

D. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang lain

38. Apakah peranan remaja untuk menangani gejala sosial? i. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan ii. Menjaga perlakuan diri di hadapan orang yang tidak

dikenali

iii. Berpegang teguh kepada ajaran agama iv. Menjauhkan diri daripada perbuatan negatif A. i dan ii C. ii dan iii B. I dan iv D. iii dan iv

39. Yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri toleransi? A. Saling memahami C. Mementingkan diri B. Saling menghormati D. Berfikiran terbuka 40. Apakah definisi nilai berdikari?

A. Tanggungjawab terhadap tugasan

B. Berbudi pekerti dan beradab sopan dalam pergaulan C. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu

dengan usaha sendiri

D. menerima kritikan orang lain dengan fikiran terbuka 41. Seseorang yang mempunyai nilai amanah akan…

A. dicurigai oleh rakan-rakan sekerjasewaktu menjalankan tugas

B. mampu memberi keyakinan kepada orang lain sebelum menjalankan tugas

C. disukai oleh rakan sekerja semasa menjalankan sesuatu tugas

D. mampu memperoleh kepercayaan dan keyakinan orang lain kerana melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab

42. Semua kelakuan di bawah menunjukkan nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga kecuali…

A. Meng Yee membawa adiknya bersiar-siar di bandar pada hujung minggu

B. Meng Yee bercakap dengan nada rendah semasa berinteraksi denganahli keluarganya

C. Meng Yee mendapatkan kebenaran abangnya sebelum menggunakan begnya

D. Meng Yee tidak membantah nasihatdan kata-kata ibu dan bapanya

43. Apabila abang dinaikkan pangkat, anda patut… i. mendiamkan diri

ii. mengucapkan tahniah iii. meraikan kejayaannya

iv. memeluk dia dan melahirkan perasaan sedih A. i dan ii C. ii dan iii B. ii dan iv D. iii dan iv 44. Semua perlakuan di bawah adalah betul kecuali…

A.

menderma kepada tabung menyelamatkan haiwan liar

B.

membuang sisa-sisa kilang ke dalam laut negara jiran

untuk menjimatkan kos pelupusan

C.

menyaman pemilik kereta yang membebaskan asap hitam

(4)

4

45. Pilih ciri-ciri yang mencerminkan nilai kasih sayang

terhadap keluarga

i. Mengambil berat masalah keluarga ii. Menggembirakan ahli-ahli keluarga iii. Sanggup berkorban untuk keluarga iv. Mengejek kelemahan ahli keluarga A. i dan ii C. i, ii dan iii B. ii dan iv D. Semua di atas

46. P i l i h c i r i - c i r i y a n g b e r k a i t a n d e n g a n n i l a i kesederhanaan.

i. Tidak terlalu mementingkan orang lain ii. Bertindak mengikut kemampuan diri iii. Bersimpati dengan orang lain

iv. Mengabaikan kepentingan diri demi kepentingan orang lain

A. i sahaja C. ii dan iii B. i dan ii D. iii dan iv

47. Seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan akan… i. berbelanja mengikut keutamaan

ii. membuat perancangan perbelanjaan iii. mengelakkan diri daripada berboros iv. berbelanja tanpa had

A. i dan ii C. ii, iii dan iv B. i, ii dan iii D. semua di atas 48. Alam merupakan anugerah Tuhan. Kita perlu…

A. menebang pokok untuk mencari keuntungan yang maksimum

B. membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai C. melindungi keaslian alam

D. membangunkan kawasan hutan sewenang-wenangnya 49. Pilih kelakuan yang boleh merosakkan diri dan perlu

dihindari.

i. Menyertai kumpulan samseng

ii. Mengusik pelajar-pelajar perempuan di sekolah iii. Ponteng kelas dan merokok di dalam tandas sekolah iv. Berkelakuan liar dan meniru tabiat buruk rakan-rakan A. i dan ii C. ii, iii dan iv

B. i, ii dan iii D. Semua di atas

50. Antara yang berikut, manakah boleh dikitar semula ? i. Aluminium iii. Kaca

ii. Besi iv. Plastik A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv B. i, ii, dan iv D. semua di atas

Hitamkan jawapan Bahagian A pada ruangan yang disediakan di bawah. 1. A B C D 26. A B C D 2. A B C D 27. A B C D 3. A B C D 28. A B C D 4. A B C D 29. A B C D 5. A B C D 30. A B C D 6. A B C D 31. A B C D 7. A B C D 32. A B C D 8. A B C D 33. A B C D 9. A B C D 34. A B C D 10. A B C D 35. A B C D 11. A B C D 36. A B C D 12. A B C D 37. A B C D 13. A B C D 38. A B C D 14. A B C D 39. A B C D 15. A B C D 40. A B C D 16. A B C D 41. A B C D 17. A B C D 42. A B C D 18. A B C D 43. A B C D 19. A B C D 44. A B C D 20. A B C D 45. A B C D 21. A B C D 46. A B C D 22. A B C D 47. A B C D 23. A B C D 48. A B C D 24. A B C D 49. A B C D 25. A B C D 50. A B C D BAHAGIAN B (50 MARKAH)

1. Tandakan (√) pada perlakuan yang betul dan (x) pada perlakuan yang salah. (10 markah)

(a) Kita perlu merayakan perayaan bersama -sama keluarga demi mengeratkan hubungan antara ahli-ahli keluarga

(b) Sekiranya salah seorang ahli keluarga berbuat salah, kita patut memarahinya dan tidak memberi peluang kepadanya untuk membaiki kelemahannya.

(c) Kita boleh me ngabaikan adat warisan keluarga apabila hidup di zaman moden ini.

(d) Individu yang moden ialah individu yang tidak boleh tinggal bersama dengan ibu bap a yang sudah berusia.

(e) Puan Wong membuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam longkang (f) Para penjaja membiarkan sampah sarap bertaburan di kawasan gerai mereka. (g) Kawasan hutan perlu dikekalkan untuk mengelakkan bencana alam

(h) Terumbu karang perlu dipelihara kerana me mainkan peranan penting dalam aspek pembiakan dan tumbesaran hidupan akuatik

(i ) Kemusnahan hidupan akuatik akibat pencemaran dapat diatasi dengan membela ikan dan udang air ta war buat selama -lamanya

(j) Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya memberi sokongan kepada penghidap AIDS agar terus melalui kehidupan dengan lebih bermakna

(5)

5

2. Isi tempat kosong dalam pernyataan di bawah dengan jawapan yang sesuai. (10 markah)

Hemah tinggi Amanah Kesejahteraan Pegangan Cemerlang

Konflik Bertanggungjawab Keikhlasan Produktiviti Kesungguhan

(a) Seseorang pekerja mestilah menjaga imej syarikatnya dan mencurahkan bakti dengan penuh……… (b) Prinsip akhlak atau nilai moral perlu menjadi……….dan garis panduan bagi seseorang semasa

melakukan sesuatu pekerjaan.

(c) Encik Samsudin seorang pekerja yang berpegang teguh pada etika kerja. Dia tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan imej syarikat kewangan tempat dia bekerja. Dia seorang yang ………... (d) Individu yang mengamalkan sikap amanah merupakan individu yang ……….

(e) Nilai bertanggungjawab dapat memupuk sikap……… dalam pekerjaan.

(f) Sikap bertanggungjawab penting untuk mewujudkan budaya kerja yang ……… bagi sesebuah organisasi.

(g) Pekerja yang melakukan sesuuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dapat membantu meningkatkan ……… syarikat.

(h) Sikap bertoleransi perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat demi ……… hidup. (i) Sikap saling menghormati pendapat dan perasaan orang lain amat penting dalam penyelesaian

sesuatu………..

(j) Pelajar yang mempunyai nilai……….……. akan sentiasa menilai kelakuan diri dan cuba mengatasi kelemahan diri agar dirinya berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

3. Nyatakan nilai yang boleh dikaitkan dengan mutiara kata dan peribahasa di bawah. (20 markah)

(a) Memusnahkan, merosakkan dan mencemarkan alam semulajadi bererti manusia telah mengkhianati kepercayaan kurniaan Tuhan.

Nilai: ………. (b) Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji.

Nilai: …...……….. (c) Orang yang beriman tidak keluar dari mulutnya kata-kata yang keji .

Nilai: ………. (d) Bagai lebah menghimpun madu.

Nilai: ………. (e) Kehidupan dan harta benda merupakan sesuatu kekayaan tetapi sekiranya tidak berjimat-cermat kekayaan itu akan

hilang.

Nilai: ………. (f) Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

Nilai: ………. (g) Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Nilai: ………. (h) Jika kamu berikan seekor ikan kepada seseorang, dia akan menghabiskan ikan itu dengan sekali makan sahaja tetapi

jika kamu mengajar dia cara menangkap ikan, dia akan dapat makan ikan sepanjang hayatnya.

Nilai: ………. (i) Apabila anda berkata-kata, berbicaralah sesuatu dengan benar dan adil.

Nilai: ………. (j) Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Nilai: ………. 4. Sebagai anak, nyatakan lima tanggungjawab anda untuk menaikkan imej dan maruah keluarga anda (10 markah)

i. ……… ii. ……… iii. ……… iv. ……… v. ……… ---TAMAT---

(6)

6

SKEMA JAWAPAN

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2013 PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 BAHAGIAN A 1. A B C D 26. A B C D 2. A B C D 27. A B C D 3. A B C D 28. A B C D 4. A B C D 29. A B C D 5. A B C D 30. A B C D 6. A B C D 31. A B C D 7. A B C D 32. A B C D 8. A B C D 33. A B C D 9. A B C D 34. A B C D 10. A B C D 35. A B C D 11. A B C D 36. A B C D 12. A B C D 37. A B C D 13. A B C D 38. A B C D 14. A B C D 39. A B C D 15. A B C D 40. A B C D 16. A B C D 41. A B C D 17. A B C D 42. A B C D 18. A B C D 43. A B C D 19. A B C D 44. A B C D 20. A B C D 45. A B C D 21. A B C D 46. A B C D 22. A B C D 47. A B C D 23. A B C D 48. A B C D 24. A B C D 49. A B C D 25. A B C D 50. A B C D BAHAGIAN B 1. 2. 3.

(a) √ (a) keikhlasan (a) Kepercayaan kepad aTuhan (2m) (b) x (b) pegangan (b) Harga diri(2m)

(c) x (c) amanah (c) Hemah Tinggi(2m) (d) x (d) bertanggungjawab (d) Kerajinan(2m) (e) x (e) kesungguhan (e) Kesederhanaan(2m)

(f) x (f) cemerlang (f) Kasih sayang(2m) (g) √ (g) produktiviti (g) Toleransi(2m) (h) √ (h) kesejahteraan (h) Berdikari(2m) (i ) x (i) konflik (i) Keadilan(2m)

(j) √ (j) hemah tinggi (j) Mengekalkan tradisi kekeluargaan(2m)

4.

(i) Belajar bersungguh-sungguh agar cemerlang dalam pelajaran. (2m) (ii) Tidak melibatkan diri dengan gejala sosial (2m)

(iii) Menjaga adab pergaulan sesama keluarga, rakan dan masyarakat. (2m) (iv) Menjaga etika berpakaian. (2m)

(v) Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ko kurikulum sekolah. (2m)

Referensi

Dokumen terkait