• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK

PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta disiplin di sekolah memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020 dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025. Ini boleh dicapai melalui perancangan, pengurusan dan program intervensi kaunseling serta disiplin yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara supaya lebih menarik, berkesan dan cemerlang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengenal pasti kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah-sekolah yang boleh menjadi model terbaik.

3.2 Menyelaras, menyeragamkan dan meningkatkan pengurusan

pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan disiplin agar lebih menarik, kreatif dan berkesan di semua sekolah.

3.3 Mengenal pasti sekolah-sekolah yang boleh dijadikan contoh dan penanda arasan kerana telah berjaya melaksanakan program perkhidmatan kaunseling dan disiplin dengan cemerlang.

(2)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 2 3.4 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin

murid, meningkatkan kehadiran murid di sekolah dan perkembangan kerjaya murid.

4.0 KUMPULAN SASAR

4.1 Amalan Terbaik Perkhidmatan/Program Kaunseling 4.1.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR 4.2 Amalan Terbaik Program Disiplin

4.1.2 Terbuka kepada Guru Disiplin

4.3 Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling 4.1.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR 4.4 Pengurusan Terbaik Disiplin

4.1.4 Guru Disiplin

5.0 PERINGKAT PELAKSANAAN

BIL PERINGKAT TARIKH/BULAN

1 Surat Siaran 30 Mei 2016

2 Persediaan Peringkat Sekolah Jun 2016

3 Penilaian Daerah Julai 2016

4 Penilaian Negeri Ogos 2016

5 Penilaian Kebangsaan KPM 20 hingga 22 September

2016 6 Bengkel Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kebangsaan

11 hingga 13 Oktober 2016

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pemantauan Penilaian

6.1 Pelaksanaan Pembentangan Amalan dan Pengurusan Terbaik

Program/Perkhidmatan Kaunseling/Disiplin ini melibatkan penyertaan Guru Bimbingan dan Kaunseling DAN *Guru Disiplin (*Semua Guru adalah Guru Disiplin) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah

(3)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 3 (SM) daripada semua Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).

6.2 Penolong Pengarah Kaunseling Negeri dan Pegawai Unit Disiplin Negeri akan menghebahkan program ini untuk pengetahuan semua Guru Bimbingan dan Kauseling serta Guru Disiplin SR dan SM yang ingin mengambil bahagian. (Jun 2016)

6.3 Sesi taklimat dan borang penilaian diedarkan kepada semua sekolah pada bulan Jun sebagai panduan dan rujukan. Pihak sekolah yang berminat akan melakukan persediaan dan penilaian kendiri di peringkat sekolah menggunakan borang ini dan menghantar penyertaan ke PPD dan JPN masing-masing.

6.4 Sekolah yang akan dinilai dikehendaki membuat persiapan di peringkat sekolah berasaskan borang penilaian yang telah dihantar ke sekolah. Penolong Pengarah Kaunseling Negeri, Pegawai Unit Disiplin JPN dan Penyelia Kaunseling/Disiplin PPD akan melaksanakan penilaian di peringkat daerah dan seterusnya memilih pemenang/wakil peringkat daerah SR dan SM bagi setiap kategori.(Julai 2016)

6.5 Pemenang/wakil peringkat daerah bagi setiap kategori akan dicalonkan ke peringkat negeri. Penilaian peringkat negeri akan dilaksanakan berdasarkan pembentangan dan dokumentasi amalan terbaik dan pengurusan kaunseling dan disiplin yang telah dilaksanakan oleh wakil di peringkat daerah. Pemenang di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat saringan kebangsaan. (Ogos 2016)

6.6 Di peringkat kebangsaan wakil bagi setiap negeri akan membentang dokumentasi amalan terbaik dan pengurusan kaunseling serta disiplin dalam Bengkel Penilaian Kebangsaan. (September 2016)

(4)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 4 6.7 Pemilihan pemenang peringkat kebangsaan akan melalui satu

peringkat pemilihan;

Kebangsaan

i. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SM

ii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SR

iii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SM

iv. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SR

v. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM

vi. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR

vii. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Disiplin SM viii. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Disiplin SR

Pembentangan Perkongsiaan Peringkat Kebangsaan (Terpilih untuk Pembentangan di Bengkel Pengurusan HEM)

i. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SM ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

ii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SR ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

iii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SM ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

(5)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 5 iv. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

Disiplin SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

v. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

vi. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

vii. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

viii. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)

7.0 PENILAIAN

7.1 Elemen Penilaian dan instrumen penilaian.

Penilaian Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin memberikan peruntukan skor markah yang tinggi kepada impak dalam meningkatkan Pembangunan Sahsiah Diri Murid, Pendidikan Kerjaya, Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid, Pengukuhan Disiplin Murid serta Meningkatkan Kehadiran Murid. a. Elemen Penilaian Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

Kaunseling/Disiplin

BIL PERKARA SKOR

1 Idea 20 2 Kreativiti 20 3 Kaedah Pelaksanaan 15 4 Impak 30 5 Pengiktirafan 5 6 Pendokumentasian 10 JUMLAH 100

(6)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 6

(7)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 7 b. Elemen Penilaian Pengurusan Terbaik Kaunseling/ Disiplin

BIL PERKARA SKOR

1 Berimpak 35

2 Pengurusan Bilik Bimbingan dan

Kaunseling/ Disiplin

15

3 Pengurusan rekod, program dan aktiviti 15

4 Ceria, Bermaklumat, Bermakna 10

5 Kreativiti dan Inovasi 10

6 Pendokumentasian 10

7 Pengiktirafan 5

JUMLAH 100

8.0 PENGANUGERAHAN

8.1 Penganugerahan dan penghargaan diberikan kepada pemenang bagi setiap dikategorikan seperti berikut :

a. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Rendah

b. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Menengah

c. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Rendah

d. Anugerah Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Menengah

e. Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Rendah

f. Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Menengah

g. Anugerah Pengurusan Terbaik Disiplin Sekolah Rendah h. Anugerah Pengurusan Terbaik Disiplin Sekolah Menengah

(8)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 8 8.2 Penghargaan diberikan kepada pemenang bagi semua kategori pada

Bengkel Pengurusan HEM seperti berikut:

i. Johan

ii. Naib Johan iii. Ketiga

iv. 2 Saguhati

b. Bengkel Penilaian Peringkat Kebangsaan

Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada setiap peserta.

9.0 PENUTUP

9.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya perkongsian Amalan dan Pengurusan Program/Perkhidmatan Terbaik Kaunseling/Disiplin ini akan tercetus lebih banyak inovasi, kreativiti dan model terbaik yang boleh diteladani dalam meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin di sekolah seluruh Malaysia.

(9)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 9 PROSEDUR KERJA

AMALAN TERBAIK PROGRAM/ PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN KAUNSELING /DISIPLIN DI SEKOLAH TAHUN 2015

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN

1 30 hb Mei 2016 Surat Siaran dikeluarkan oleh KPM dan dipeturunkan ke JPN

KPM JPN PPD

2 Jun 2016 ‘Outreach’ ke sekolah PPD

Sekolah

3 Jun 2016 PERSEDIAAN SEKOLAH

Persediaan dan penilaian kendiri di peringkat sekolah

Sekolah

4 Julai 2016 PENILAIAN PERINGKAT DAERAH

8 wakil terbaik setiap kategori (Disiplin dan Kaunseling) dipilih bagi mewakili setiap daerah ke peringkat negeri

PPPD(Disiplin) MGKK Daerah (GBK)

5 Ogos 2016 PENILAIAN PERINGKAT NEGERI

8 wakil terbaik setiap kategori (Disiplin dan Kaunseling) dipilih bagi mewakili negeri ke peringkat penilaian

Kebangsaan PPPD(Disiplin) MGKK Negeri (GBK) 6 20 -22 hb. September, 2016 PERINGKAT PENILAIAN KEBANGSAAN KPM

16 wakil terbaik semua kategori setiap negeri PP(Disiplin) PP(B&K) JPN Selangor Jawatankuasa Pelaksana 7 11-13 hb. Oktober, 2016

BENGKEL PENGURUSAN HEM 3 terbaik semua kategori akan melaksanakan perkongsian pembentangan untuk sesi perbengkelan

Jawatankuasa Pelaksana

(10)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 10 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta Guru Disiplin (GD) di sekolah menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Semua amalan dan pengurusan terbaik peringkat AKHIR KEBANGSAAN

2015 tidak dibenarkan membentangkan amalan terbaik yang sama untuk tahun 2016.

3. Setiap penyertaan TIDAK dikenakan sebarang yuran penyertaan.

4. Setiap penyertaan akan diadili di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah untuk peringkat awal. Kemudian Jabatan Pendidikan Negeri untuk mewakili negeri. Penyertaan terbaik bagi kategori GBK dan GD dari setiap negeri akan diadili oleh panel pemilih peringkat kebangsaan yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Bahan pertandingan yang dihantar kepada pihak penilai adalah dalam bentuk

a) 3 salinan dokumentasi bercetak b) 1 salinan DVD.

6. Bahan penyertaan akan menjadi hak milik penganjur iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Keputusan panel penilai dan juri adalah muktamad.

8. PANDUAN PENULISAN DOKUMENTASI a) Gunakan kertas A4

b) Gunakan font Times New Roman atau Arial

c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan

d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas

(11)

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING/DISIPLIN 11 f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum

penghantaran dibuat.

g) Setiap penulisan perlu dimulai dengan penulisan abstrak.

h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

9. PANDUAN MENYEDIAKAN CAKERA VIDEO DIGITAL (DVD)

a) Bahan untuk pembentangan dan dokumentasi perlu disimpan dalam storan cakera video digital (DVD).

b) Sediakan satu salinan untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan satu salinan lagi untuk Kementerian Pendidikan Malaysia

Referensi

Dokumen terkait